Friday, 10 February 2017

KESAN DEDAHKAN ANAK-ANAK DENGAN BERBAGAI BAHASA SEJAK KECIL

Assalamualaikum..




Ada kawan saya yang tengah berkira-kira nak anaknya belajar bahasa asing.Dia nak anak nya tahu sekurang-kurangnya 3 bahasa asing..Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa cina.Kawan saya ni berbangsa India.Kalau dirumah katanya dia selalu cakap bahasa inggeris dan Melayu walaupun anak dia macam tak berapa faham tapi bila guna gerak badan dia akan faham dan ingat.tapi kalau cakap saja , esok dia akan lupa.Jadi macam tu la dia hari2 ajar anak dia bahasa Melayu dan Inggeris.

Tapi bahasa Cina dia pun tak pandai dan dia nak anak dia masuk sekolah Cina.tapi si ayah tu tak benar kan..Nenak nya pun tak suka dan rasa cucunya tu terlalu kecil nak diserapkan dengan macam-macam bahasa.Bagi Nenak dia cukup cucu dia tahu cakap Melayu dan Inggeris sebab tinggal di Malaysia ni kena penting untuk faham cakap Melayu.

Jadi kawan saya ni kecewa, keliru rasa tak de sokongan..Sedangkan dia nak yang terbaik untuk anak dia.

Saya setuju memang penting anak kita tahu cakap bahasa lain .Saya tengok bapa saudara saya dia boleh cakap India, boleh berbahasa Inggeris, boleh cakap Melayu dan boleh berbahasa Cina juga.Mudah bagi dia nak berurusan dengan sesiapa je.Kenalan nya pun ramai.Itu untungnya bila kita tahu banyak bahasa.

Ramai yang kata 'nanti anak keliru kalau dipaksa-paksa' tapi sebenarnya kalau kita dedahkan santai-santai je pada anak lambat laun dia akan pandai juga.Tapi tahu tak kanak-kanak ni otak dia masa muda ni sangat cepat tangkap apa yang ada disekeliling dia.Sebab tu sebaiknya dedahkan mereka dengan berbagai bahasa sejak mereka kecil lagi.


Jangan fikir , umur 9 tahun nanti  baru  nak bagi anak masuk sekolah Cina..Sebenarnya itu dah terlewat tau.Tak payah nak bertahap-tahap sangat la..Kita bagi anak tengok tv tak de pulak fikir tahap-tahap nya..Pagi drama, malam wrestling, petang cartoon..malam pulak tonton Meletop..Lepas tu cer tanya dia ingat tak semua yang dia tengok tadi.Dari pagi dia tengok tv sampai malam , percaya lah yang dia masih ingat 50 % apa yang dia tonton tadi.


Macam kawan saya ni dia suka campur-campur bahasa...Dalam English ada malay sikit..ada India sikit..Tapi yang itu yang buat anak dia boleh faham sebab dia tahu ada kosakata yang dalam English dia tak faham tapi dalam melayu dia faham.Jadi campur-campur bahasa tu bagus sebanarnya.


Ajar anak dengan bahasa asing dari kecil ni juga boleh buat dia berminat untuk belajar.belikan dia buku-buku atau video yang menarik..Lama kelamaan benda tu jadi tabiat juga sampai dia besar.Nak tunggu dia besar dan belajar sendiri memang tak la..Potong jari pun dia tak mau belajar sebab dia rasa cukup selesa dengan bahasa yang dia tahu je.

Lepas ni jom kita usahakan untuk anak-anak belajaar bahasa asing...Bahasa Perancis ok tak??heheheh

sekian..

JANGAN BUAT PAID REVIEW PADA KING COCO - DAI WAN

Assalamualaikum...

Saya selalu rasa tak berapa yakin nak buat review yang kena tunjuk diri saya ni.. .kalau suruh buat video saya berjalan ke, melompat ke, bergerak sana sini memang tak berapa yakin takut terselak, terbuka, terlondeh bagai..Kadang2 kita berjalan kat luar pun kita jaga2 benda ni..Tapi kalau setakat bergambar sambil pegang produk tu saya ok je..Kita boleh la pilih gambar yang tak de terselak mana2..kan??



Tertarik dengan status dan nasihat Dai Wan di facebook dia yang saya baca semalam..Katanya Kadang kita nak barang kita laris tapi tak sedar tindakan kita membayar pada mereka-mereka yang bergelar Public Figure ni adalah jalan yang akan membankrup kan kita diakhirat.Dia juga kata "Saya secara khususnya tidak benarkan peniaga2 Islam untuk buat 'Paid review' pada King Coco atau 'Public Figure' atau 'Celebrities' yang sama waktu dengannya, atau persis sepertinya..." Lepas ni artis dah tak boleh cari duit jajan guna paid review la nampaknya..heheh

Nak tahu apa yang dimaksudkan oleh Dai Wan ni..Ini apa yang di tulis dalam facebook beliau..


Da'i Wan
3 hrs
'Paid Review' yang haram didalam Islam
Bismillahirahmanirahim.
Assalammu'alaikum.
Nampaknya saya perlu sampaikan ini.
Hukum menggunakan perkhidmatan 'Paid review' untuk barang perniagaan awak sendiri dari seorang tukang promosi yang tidak tutup auratnya, meskipun Followers dia beratus ribu atau berjuta. Hukumnya ialah haram. Awak dikira berdosa paling banyak nak dicompare daripada 'Public Figure' itu sendiri. Awak yang bayar dia. Awak yang minta dia. Awak yang arah dia. Dia pula promosikan barang awak dengan 'Gambar' dia yang 'Free hair', pakaian dia yang nampak pusat sedangkan dia perempuan, kain dia yang ada belahan peha saat dia bergambar dengan produk awak.


Ini belum dikira dengan 'Selfie video' dia bersama produk awak dalam keadaan dia menggoda pembeli, menggedik manja, dan mengacah Cantik / Flawless sedangkan realitinya ia sebuah 'Penipuan' dibelakang tabir. Produk awak baru shj bagi semalam, hari ini dia dah bagi review. Berpadalah kalian, berpadalah dengan perlakuan dosa yang telah dilakukan, kemudian awk tambah lagi permintaan dosa untuk diri awak sendiri dengan namanya 'Dosa menipu' pula.
Maaf, saya kena tegur ni. Saya nampak ramai sangat peniaga Islam tak kisah pun pasal ni. Yang penting biar 'Public Figure' tu buat promo, sbb Followers dia ramai, awak mesti nak buat 'Paid review' dari dia. Awak rasa awak akan untung banyak kesan dari tarikan Followers dari Public 'Figure' tu sendiri.
Tetapikan:
Pada saya, awak telah pilih jalan untuk jadi bankrupt di hari akhirat sebenarnya. Awak mungkin boleh dapat 'Duit' dari reach yang tinggi bila 'Public Figure' tu promo barang awak didunia, tapi awak pasti dapat 'Reach' dosa yang tinggi juga dihari akhirat jika duit yang awak dapat rupanya dari jalan2 yang' Haram' rupanya selama ini, dan bukannya 'Halal' ataupun 'Bersih', atau pun higher level sikit dan jauh 'Suci' itu sendiri.
Hati-hati dalam mengejar untung yang tidak berkat, hidup awak bukan makin hebat, tapi saban hari semakin melarat, sehingga terkadang nak bernafas selalu rasa tersekat, akibat diri mencari dan cari tidak pernah cukup rehat, sedangkan dah usaha sepatutnya memang dapat, tetapi ujian itu ini tak pernah berhenti seolah tak kenal penat. Macam sengaja Tuhan nak tinggalkan amanat. Yang dunia memang kita bukan Tuan bukan pemilik tempat.
Soft reminder dari saya:


Saya secara khususnya tidak benarkan peniaga2 Islam untuk buat 'Paid review' pada King Coco atau 'Public Figure' atau 'Celebrities' yang sama waktu dengannya, atau persis sepertinya. Maaf. Saya cuma sampaikan nota pengetahuan saya, lantas patut sekali saya tak benarkan. Ia boleh dilakukan secara umum. Terlampau banyak dosa tercipta dalam satu kelipan mata dari dalam sesaat 'Paid review' yang dibuat oleh 'Public Figure' yang telah saya sebut memiliki ciri-ciri yang diatas.
Harap maklum kepada siapa-siapa yang terlibat secara tidak lansung atau secara lansung dalam hal seperti ini.
Sebarkan, saya perlukan setiap orang Islam yang berniaga hari ini, tidak terlibat dengan 'Paid review' yang haram.
Ikhlas, Da'i Wan
Jadi lepas ni diharapkan pemilik online shop atau pengasas mana2 produk akan lebih berhati-hati...Buat paid review pada blogger pun ok jugak..heheheh...Sebab saya tengok blogger ni kebanyakan nya menutup aurat..Kami bukan artis..Suara kami pun mewakili suara orang ramai..jadi kalau ambik orang biasa macam kami untuk paid review lagi orang ramai percaya kot.dari guna artis yang sah2 tak guna pun produk tempatan ni..betul tak??hahahha..

Tapi yang saya perhatikan selalunya yang buat review tu tak over pun..Tapi pengasas nya yang terlebih gedik.Tengok je la anak sorang pelakon veteren tu..Yang jual jamu tu la.Kalau dia buat iklan promosi kan produk dia dah macam iklan lucah.Dasyat betul cara tarik pelanggan.Tak payah sampai bergelek kot..

sekian..

ANAK LASAK..INI YANG SI AYAH LAKUKAN...

Assalamualaikum..

Semalam saya tengok ada rakan facebook kongsi gambar anak nya yang lumur kepala si adik dengan mash potato.Sebelum tu ada juga rakan facebook kongsi gambar anak nya luka di kepala dan kena 2 jahitan sebab bergurau adik beradik.Kelmarin ada lagi rakan facebook kongsi cerita anak-anak nya yang susah nak dikawal bila pergi ke pasaraya.

Nanti bila dah besar cerita-cerita macam ni akan buat kita tersenyum sorang-sorang..kan?Walaupun masa kita tengah hadapi benda tu kita rasa dunia macam tak berpihak pada kita je..hahahah..Saya sendiri ada anak-anak yang sangat lasak.

Kejap je ni..lepas tu...erm...

Alhamdulillah si kakak dah besar dan kurang dah lasak-lasak ni.Tapi tetap aktif dan tak tahu letih.Sekarang masa untuk adik dia.Memang susah nak kawal.Kalau berjalan di tempat ramai orang , dia nak kita ikut dia.Bukan dia ikut kita.

Dalam rumah lagi la dasyat.Susah nak tengok dia duduk diam .Kalau dia tengok youtube di phone pun dalam 5 minit je dia tengok.Lepas tu phone tu entah kemana dah.Kat sekolah saya tak tau dia macam mana.Buat masa ni cikgu tak mengadu apa pun jadi saya anggap dia ok kat sekolah.Saya pun tak mau tanya sebab takut entah apa yang keluar dari mulut cikgu..hahahaha..

Tengok je senyum manehh .kan??tapi.....

Tapi walaupun macam tu saya kagum betul dengan suami saya.Jauhhhhhh bezanya dengan saya ni.kalau saya, entah berapa kali suara saya memecah tembok rumah jiran2 saya ni..Tapi suami saya bila anak berlari , melompat , sampai kadang2 anak dia boleh lompat lepas sikit je dari kepala dia, dia akan tarik tangan anak, peluk dan cakap.."mintak besar nanti anak ayah ni jadi ustaz.."..hahahhaha...

lepas tu anak dia akan tengok muka dia....dan berlalu pergi..sambung melompat macam biasa..erm..Kata suami saya.."satgi dia letih dia berhenti la.."...

sekian..





Wednesday, 8 February 2017

HINA UMAT ISLAM: FILEM BARU SHAHRUKH KHAN DI BOIKOT

Assalamualaikum,..


Saya antara peminat filem-filem lakonan Shahrukh Khan.kalau dalam filem tu dia jadi jahat pun saya tengok.Ada ramai lagi peminat-peminat Shahrukh Khan yang sentiasa ternanti-nanti filem lakonan nya.Terbaru filem RAEES yang sedang hangat dengan kempen promosinya diseluruh dunia .

Filem RAEES mengisah kan seorang pengusaha membuat minuman keras yang juga seorang penyeludup dikenali sebagai Raees Bhai.Kejahatan yang dilakukan oleh Raees Bhai sukar di kesan pihak polis kerana kekejaman nya.Berlaku beberapa konflik apabila seorang pegawai polis mendedahkan kejahatan Raees Bhai.

Apa yang mengecewakan Shahrukh Khan dan team RAEES adalah filem ini tidak diluluskan untuk tayangan di Pakistan kerana terdapat unsur-unsur menghina orang islam dalam filem berunsurkan gengster tersebut.


Kerajaan pakistan menegaskan filem tersebut tidak melambangkan sisi seorang muslim yang baik kerana watak utama nya yang beragama islam tapi melakukan banyak kejahatan.

Pakistan adalah antara negara  yang memberi pulangan terbesar kepada industri perfileman di india dan keadaan ini sudah pasti memberi kesan buruk pada RAEES.

Tak pe la..yang pasti nya kalau masuk Malaysia filem ni laku keras sebab orang Malaysia ramai Minat Shahrukh Khan..kan??hehehe

sekian..


SENARAI PEMENANG GIVEAWAY SLIMMTREAT BERSAMA DIANARASHID.COM

Assalamualaikum...



Hari ni saya nak umumkan senarai Pemenang Giveaway Slimmtreat bersama Dianarashid.com.Jom kita tengok siapa yang kena..

Pemenang RM50- Penaja Slimmtreat
1- http://nusha1706.blogspot.my
2- http://aunidenovella.blogspot.my/
3- http://sishawa.blogspot.my/


Pemenang Rm50- Penaja Nora Misnan
1- http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/


Pemenang RM50- Penaja Nadiah Hanum
1- https://missobsesi.blogspot.my


Pemenang RM 20- Penaja Aida hanafiah
1-http://muslimahsejati96.blogspot.my/


Pemenang RM10- Penaja Jamil Hashim
1- http://norminieza.blogspot.my/
2- https://muhammadshahril97.blogspot.my


1 pek Chia Seeds Slimmtreat - Penaja Slimmtreats
1- http://www.syuhadasalleh.my/
2- http://www.kisahsidairy.com/
3- http://www.ceritaejoy.com/
4- http://husnazahidi.blogspot.my/
5- http://www.azhafizah.com/
6- http://www.sayidahnapisah.com/
7- https://ramaramapendek.blogspot.my
8- http://www.huhahuhajerr.com/
9-  http://puanbee.com/
10- http://www.maisarahsidi.com/

*Pemenang wang tunai boleh PM saya di facebook atau whatsapp saya 012 597 7656 -
Nama penuh:
No account :
Nama bank.:
Nama Penaja:

*Bagi pemenang Chia Seed Pm atau Whatsapp saya di 012 597 7656 .
Nama :
Alamat lengkap:
No Tel:


Tahniah pada semua pemenang ..Dan terima kasih untuk semua peserta  kerana sudi memeriahkan giveaway ini.Pemenang dipilih melaui random.org

sekian..

Tuesday, 7 February 2017

INI DIA PASUKAN BOLASEPAK PALING GANAS DIDUNIA

Assalamualaikum...

Satu yang tak best bila ada perlawanan bolasepak ni bila pasukan lawan tu asyik bermain kasar je.Pengadil pun naik takut..silap2 pengadil pun kena belasah?Tapi ada ke pasukan bolasepak yang teruk sampai macam tu sekali?




Jangan terkejut..Memang ada...Pasukan bolasepak yang berasal dari Portugal ini adalah kelab pasukan bawahan yang sering dielak kan oleh pasukan lawan untuk beradu ditengah padang. Kebanyakan pasukan bola sepak yang dijadualkan bertemu pasukan Canelas 2010 ini lebih rela membayar denda USD800 dari bertanding.

Cenalas 2010 telah memperolehi 19 kemenangan dan 13 darinya adalah kemenangan percuma akibat pasukan lawan yang menarik diri dari bertanding.


Pemain Canelas 2010 juga dikatakan akan menakut-nakutkan  pengadil dan pemain lawan setiap kali perlawanan berlangsung.Mereka juga tidak takut untuk mengasari pemain lawan seperti menanduk, menendang dan memukul pemain lawan .


Namun apa yang mengejutkan pasukan ini tidak pernah sekali pun mendapat bantahan atau hukuman atas tindakan mereka menjadikan mereka lebih berani dan pasukan ini sedang berada di kemuncak.Jika mereka menjadi juara mereka mungkin akan bermain untuk play-off dan bakal bersaing dengan pasukan Porto.


*pakai ilmu hitam ke apa diaorang ni..kan??


GAMBAR HARIMAU CHUBBY AKIBAT TERLALU KENYANG

Assalamualaikum...

Kenyataan: makan banyak badan gemuk.Bukan manusia je yang akan gemuk kalau makan banyak.Harimau pun macam tu jugak.Harimau pun kalau makan berlebihan boleh jadi gendut, gemuk, montel, bulat dan sebagainya...ahahha...

Macam yang berlaku di Siberian Tiger Park di China ni..Akibat terlalu kenyang harimau-harimau di  sini menjadi gemuk dan sukar bergerak. Kesemua harimau ni dberikan terlalu banyak makanan sempena Spring Festival yang berlangsung di China.



Alahai..comel pulak tengok..Ni kalau dapat dipeluk2 ni mau lena terus..hahahah..


Kalau nak tahu harimau ni dari jenis Siberia.Harimau ini memang mempunyai sifat suka makan berlebihan.Namun ianya hanya berlaku pada musim terlalu sejuk sahaja kerana mereka memerlukan lebihan lemak untuk melindungi tubuh mereka.Keadaan mereka akan berubah sepeti biasa apabila tiba musimpanas.




Beberapa waktu yang lalu pernah terjadi beberapa ekor harimau mati akibat kelaparan dan kesejukan dimusim sejuk.Pihak Zoo dipersalahkan dan dituduh sengaja menyebabkan kematian harimau-harimau tersebut kerana ada yang mendakwa tulang2 harimau yang mati akan diproses menjadi wain yang mampu menguatkan stamina dan seksual mereka yang meminum nya.




Comelnya lahai dia dok terbaring macam tu.Kau gemuk pun tak pe la ghimau oi..Gemuk masa musim sejuk je..Kan bagus kalau makcik pun macam tu..Musim sejuk ni gemuk ..masuk musim panas terus slim..

sekian..

MEMASAK JADI LEBIH MUDAH DAN SEDAP DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI

Assalamualaikum..

MEMASAK JADI LEBIH MUDAH DAN SEDAP DENGAN REMPAH RATUS MAK SITI  Macam mana cara nak memasak dengan sedap?Soalan ni biasa sangat dah kita dengar..Pelik la cemana orang tu masak sedap , kita masak tak sedap.Sebenarnya memasak ni pun kena belajar jugak.Bukan setakat tengok saja.Kena juga dipraktik kan selalu.Lama-lama masakan kita pun akan jadi sedap.Tapi nak masak selalu bukan senang lagi-lagi yang bekerja ni.

Rempah Ratus Mak Siti yang terdapat di pasaran

Mai sini akak nak cerita sikit rahsia nak masak sedap dan mudah.Sekarang ni dah ramai yang hebat memasak kat dapur sebab ada Rempah Ratus Mak Siti.Saya baru tahu sebenarnya..hahahha..Selama ni saya kalau memasak memang ikut peraturan sungguh...Satu-satu bahan kena ada, lengkap..siap berlesung batu bagai..Tapi rupanya memasak jadi lebih mudah dan sedap dengan Rempah Ratus Mak Siti.


Guna rempah mak Siti ni bukan je untuk masak lebih sedap tapi juga cepat

Kat tesco pun ada jual Rempah  Mak Siti ni.kalau kedai runcit tu tak tahu la pulak..Try la cari kot-kot ada..Selain tu ada juga dijual di Jusco, Aeon Big, Hero, Sogo dan  CS Brother .Saya pun nanti nak cari kat Tesco je.Kedai runcit kat Penang ni kebanyakan nya bukan milik Melayu..So paham-paham jo la..hahah..Terus je ke Tesco malas nak terjah kedai runcit.Nak beli melalui online pun boleh..

Setakat ni saya baru guna 2 je Rempah Ratus  Mak Siti ni..Rempah Masak kicap Mak Siti dan Rempah Kari Daging Mak Siti.Alhamdulillah keluarga suka.Tak de dah la bunyi lesung batu kat rumah ni nanti..Sebelum ni kalau buat masak kicap saya kena tumbuk bunga lawang, kulit kayu manis dan segala bagai rempah la.Rasanya kat kejiranan  saya ni , lesung batu saya je yang berbunyi hari-hari..kahkahkah..

Selain Rempah Masak Kicap dan Kari daging ada juga rempah Kari ikan, Rempah Makanan Laut,  Rempah Kurma,Sup Kepala Ikan, Serbuk Kunyit , Rempah Soto dan Rendang. Lepas ni nak try masak Ayam Kurma guna Rempah Kurma Mak Siti ni.

Kari daging ni memang sedap..

Kari daging ni saya guna Rempah Mak Siti, daun kari, bawang merah, bawang putih , dan halia.Tumis semua tu terus campak je rempah dengan air secawan..Masak sampai garing boleh letak daging dan kentang...Boleh la tengok video dan belajar cara Masak Gulai Daging Sedap dan Cepat di sini.

Daging masak Kicap ni pun guna Rempah mak Siti.

Yang ni pulak Daging Masak Kicap . Yang ni lagi senang. Bawang merah, halia, dan bawag putih di tumis , lepas tu masuk kan rempah yang dah dicampur air, kemudian masuk kan daging dan kicap..

Kalau nak beli  Rempah Mak Siti ni  melalui online boleh ke Facebook Rempah ratus Mak Siti dan Instagram Rempah Ratus Mak Siti . Website : www.maksiti.com  atau pun Whatsapp Rempah Mak Siti  terus ..:+60173 309 330 




sekian..

GIVEAWAY: PENYERTAAN DI TUTUP..

Assalamualaikum...



Minggu lepas saya kurang update blog.Tak sempat sebab keutamaan tetaplah untuk keluarga..kan?macam tu la kalau dah bekeluarga ni..Nak buat apa pun kena utamakan perkara-perkara melibatkan anak-anak dan suami dulu.Sebab tu saya suka merancang awal2..Kalau kerja-kerja melibatkan blog ni kalau boleh seminggu lebih awal dah kena siap sedia.Kalau tidak memang tak sempat.

Sabtu ahad saya memang jarang sangat ada dirumah.Saya ni pulak kalau online semata2 kat rumah je..kalau keluar bercuti memang tak de la nak belek2 phone ni.Kecuali kalau dah balik hotel ke, tak de buat apa dan masa tu  anak2 tidur cepat boleh la scroll2 fb dan iG..scroll je tau..bukan balas2 komen ke, balas whatsapp ke..hahahha..Ni kerana saya nak jaga hubungan dengan rakan2 lain.Satgi takut ada yang marah dan kecil hati bila kita balas komen si A tapi post si B kita buat tak nampak.Saya ni dah banyak kali di cop SOMBONG tau..Orang bukan kat tempat kita jadi bukan orang faham pun..Cuma kita sendiri kena berjaga2 je la..

Hari ni juga GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM dah pun tamat..InsyaAllah esok saya akan umumkan pemenang.Bagi masa sikit untuk saya siapkan post pengumuman pemenang ye.Kali ni penyertaan peserta memang sangat memuaskan hati.Harap-harap lepas ni punya Giveaway pun akan dapat sambutan macam ni..

Terima kasih banyak-banyak pada penganjur , penaja dan semua peserta..Untuk check senarai peserta boleh tengok di sini.SENARAI PESERTA GIVEAWAY . Yang baru join dan belum ada dalam senarai nanti saya update ye..Yang dah lama join tapi tak de dalam senarai sila bagitau akak cepat2 ok..

sekian..

Sunday, 5 February 2017

PELUANG TAMBAH PENDAPATAN BAGI MEREKA YANG TIADA MODAL DAN PENGALAMAN BERNIAGA

Assalamualaikum..



PELUANG TAMBAH PENDAPATAN BAGI MEREKA YANG TIADA MODAL DAN PENGALAMAN BERNIAGA - Baru masuk bulan februari dah dikejutkan dengan berita kenaikan harga minyak.Bulan lepas naik sepuluh sen..bulan ni naik 20 sen pulak.Sampai bila kita nak tunggu dan hanya berharap harga minyak dan barangan lain turun?Jangan tunggu-tunggu lagi.Ini lah masanya kita terus berusaha menaik kan lagi taraf hidup kita.Bukan nak suruh semua keluar rumah bekerja tapi sekarang ni duduk dirumah pun kita boleh menjana pendapatan sendiri.Mari baca apa yang saya tulis ni supaya sedikit sebanyak memberi semangat dan membuka peluang untuk wanita-wanita dan sesiapa saja nak menambah pendapatan sampingan.

Jom kita belajar berniaga pulak.Berniaga ni tak susah kalau kita mulakan dari dari awal dengan bimbingan mereka yang lebih mahir.Sebab itu saya cadangkan bagi wanita yang tak ada modal dan  tak ada pengalaman berniaga untuk menjadi agent atau dropship untuk  Escarves- satu jenama instant shawl yang sedang mendapat tempat di kalangan wanita-wanita muslimah.Ini lah peluang tambah pendapatan bagi mereka yang tiada modal dan pengalaman berniaga .



Kenapa Escarves?

Kerana Escarves sentiasa memperbaharui design dan patern shawl mereka..Kalau awal-awal dulu mereka mulakan dengan Nayla series..Instant Shawal yang labuh dan kosong.Kemudian muncul pulak Mika printed , shawl labuh yang diserikan dengan corak bunga dibahagian bawah shawl . Tak lama kemudian Escarves mengeluarkan Pucci Instant Shawl  dan terbaru Premier Collection ( Around The World ) pulak muncul.. Memanggil-manggil betul koleksi yang terbaru ni..Memang cantik-cantik semua koleksi Escarves . Disebabkan sentiasa ada koleksi terbaru maka Escarves sentiasa menjadi pilihan wanita muslimah.

Kenapa korang kena jadi agent dan dropship Untuk Escarves ?

Salah satu sebab kenapa ramai takut berniaga ialah sebab takut rugi.Tapi yang menariknya bila korang jadi dropship atau agent Escarves ni korang tak payah keluarkan modal.Sambil layan-layan berbual dengan kawan-kawan di facebook dan boleh promote barang.Bila ada yang order barang korang tak payah nak kena keluar pergi ambil stok dan pos barang .Mudah kan??

Satu lagi yang best sekali korang juga akan dapat ganjaran hasil penat lelah korang..Selain dapat komisyen atas setiap jualan korang tu ada juga diberikan loket emas dan juga beg tangan berjenama.Seronok tak??



Bagaimana cara nak jadi agent atau dropship Escarves?
Senang je kalau nak berminat nak jadi dropship atau Agent Escarves korang boleh contact Puan Lydia Miza .Boleh baca tentang Puan Lydia Miza dia sini yang menceritakan serba sedikit tentang wanita cantik ni. Puan Lydia akan bimbing korang daripada Zero to Hero.Yang penting jangan putus asa dan kuatkan usaha..



Untuk hubungi Puan Lydia :

Facebook: Lydia Miza Norjaini

Facebook page; Butik Lydia Miza

Instagram: https://www.instagram.com/lydia_miza/

Blog personal Lydia: http://www.lydiamiza.com/

Whatsapp014 368 4369

Bagi yang nak mendapatkan Instant Shawl Escarves ni boleh juga hubungi Lydia Miza seperti yang tertera diatas.Memang tak rugi pilih Escarves.Fabriknya berkualiti dan corak yang cantik bergaya..

sekian..

Friday, 3 February 2017

PENIRAM VIRAL : PEMBEKAL KUIH PENIRAM MURAH DAN DIJAMIN SEDAP

Assalamualaikum...

Pembekal kuih peniram yang sedap dan murah 

Kuih Peniram memang ramai penggemarnya.Tak kira kanak-kanak hingga lah orang dewasa, kuih tradisional ni memang menjadi kegemaran .Tambahan pula kuih Peniram ni sangat mudah disimpan namun nak menyediakan nya bukan lah perkara yang mudah.Kalau silap bancuh rasanya keras dan  tak berongga..Saya nak kenal kan pembekal kuih peniram yang boleh membekalkan kuih Peniram diseluruh Malaysia...Insyaallah..sikit hari lagi boleh dah kot masuk pasaran Brunei dan Singapore..Hahah..



Nampak sedap kan??Bukan nampak je sedap malah rasanya, Subhanallah..memang sedap sampai tak sedar dah makan berbungkus-bungkus.Rasanya yang tak terlalu manis buat kita asyik nak makan dan tak de rasa muak pun.

Sealu juga saya beli dikedai-runcit tapi kualitinya tak seperti yang saya harapkan.Kuih nya terlalu manis , kering dan terlalu keras .Langsung tak rasa gula merah.Ada juga yang entah bulan bila punya produk masih dijual dikedai.


Tapi Kuih Peniram Viral ni hanya akan dibuat jika ada permintaan sahaja.Korang order baru dia akan buat.Jadi tak kan ada masalah korang dapat Kuih Peniram dari stok lama.



Tempah Kuih Peniram untuk door gift

Kuih Peniram Viral ni dah sampai keseluruh negri di Malaysia ni.Mereka bukan saja membekalkan pada kedai-kedai tapi tempahan juga dibuka untuk sebarang majlis yang korang akan buat.Tak kira la majlis perkahwinan ke, majlis berendoi ke..Semua boleh.Kalau nak order siap dalam paket kecil untuk doorgift juga boleh mereka sediakan..


Harga Tempahan Kuih Peniram

Untuk satu bungkus macam dibawah ni harganya hanya RM3.50 ..harga untuk 200 biji hanya RM12..Murah kan??Kalau nak order , ambik lebih sikit..setakat 200 biji saya percaya memang tak cukup sebab sedap tau..Korang bayang kan lah saya order 80 biji pun habis dalam masa 2 hari je..Dah sekarang ni tekak ni memang nak mencari Peniram Viral jugak.Tak mau dah kuih Peniram yang lain..


Pembekal Kuih Peniram Di Malaysia

Korang nak rasa juga penangan Kuih Peniram Viral ni??
Boleh hubungi ;-

Facebook@AzzreJerry 

#kuihpeniramviral 

No tel: whatsapp: 011 1287 9154 / 017 931 7151 (Azree/Atikah)

sekian...

BIAR ANAK TAHU TIADA YANG PERCUMA DALAM DUNIA INI

Assalamualaikum..


sejak saya balik dari bercuti ni saya memang tak punya banyak masa nak berlaman sosial .Macam biasa la bila tiap kali kita habis bercuti ada banyak perkara tertunda yang kita kena selesaikan.Tapi Alhamdulillah semuanya saya rasa saya dapat uruskan dengan baik walaupun dengan masa yang terhad.


Selalunya orang akan anggap surirumah ni hanya menguruskan kerja-kerja rumah sahaja.Tapi sebenarnya ada banyak lagi perkara yang surirumah diberitanggungjawab untuk menguruskan nya termasuk lah hal ehwal pelajaran anak-anak.

Kalau dikalangan adik-adik saya dan mak saya sendiri sedia tahu saya ni kalau bab pelajaran memang agak tegas termasuk lah dengan anak-anak saya.Tengah malam pun kalau saya check buku sekolah anak, ada kerja sekolah yang tak siap atau salah buat, kau mengantuk ke, kau nak makan ke, kau nak tengok rancangan tv kegemaran ke , saya akan pastikan kerja sekolah tu siapkan dulu atau betul kan semula.

Mula2 dulu memang suami saya tak suka dengan sikap tegas saya ni.Tapi bila saya terangkan kesan nya jika kita terlalu berlembut , dia faham dan terima cara saya.Bagi saya ada setengah perkara kita boleh berlembut dan ada yang tidak.

Makan saya suapkan, kadang2 saya mandikan diaorang, tidur pun ditepuk-tepuk, saya sediakan apa yang diaorang suka , saya beri apa barang yang diaorang nak..tapi bila saya beri arahan saya nak mereka ikut.Saya terangkan banyak kali pada anak-anak saya tak de benda percuma dalam dunia ni.Kita nak kan sesuatu kita kena beri sesuatu.

Saya beri apa yang mereka nak dan mereka perlu beri apa yang saya nak.Itu saja undang-undang yang mereka kena ikut.Soal anak memberontak, memang akan timbul.tapi saya tak boleh mengalah.Saya biarkan mereka faham sendiri setiap apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikan mereka.Dan perkara tu akan mereka faham tak lama kemudian.



Orang luar kalau tengok saya tegas dengan anak diaorang akan kata .."kesian kat anak..ibu garang sangat.." padahal orang bukan tahu anak saya makan pun masih saya yang suap, apa diaorang nak saya belikan, tak cukup manja lagi ke..kan??

Saya biarkan saja mulut-mulut bijak pandai ni mengkritik cara saya .Saya perhatikan cara mereka mendidik anak mereka  banyak tak betul.Ikut dan percaya saja apa kata anak.Sampai anak jadi tak de adab.Depan-depan mak ayah boleh mendengus, menjerit tunjuk rasa tak puas hati.

Kalau anak saya, berani buat macam tu..??Memang dapat habuan la...


sekian..

Thursday, 2 February 2017

MENGELAK BAYAR TIKET MASUK ZOO LELAKI INI MAUT DI BAHAM HARIMAU

Assalamualaikum..



Zaman duit sangat bernilai ni kalau boleh semua orang nak semuanya free .Makan nak free, nak berhibur pun kalau boleh nak yang free.Tapi jangan sampai menyusahkan diri sendiri ye.Macam yang berlaku pada seorang lelaki di China ni..

Akibat ingin mengelak dari membayar tiket untuk memasuki sebuah zoo lelaki ini sanggup memanjat pagar  zoo dan malangnya dia maut akibat diserang harimau.


Seorang lelaki yangg dikenali sebagai Zhang mengunjungi zoo bersama isteri dan anak-anak nya dan ditemani rakan sekerja nya Li dan isteri.Ketika isteri dan anak-anak membeli tiket Zhang dan rakan sekerja nya Li cuba memanjat pagar dawai setinggi 3 meter untuk mengelak membayar harga tiket.


Malang nya ketika Zhang melompat ke bawah  tiba-tiba sahaja seekor harimau menerkam kearahnya.Li yang masih berada diatas pagar dawai tersebut hanya mampu melihat rakan nya dibaham harimau.Pihak keselamatan zoo berusaha mengusir harimau yang menyerang Zhang dengan menggunakan bunga api untuk menakitkan harimau tersebut,Namun hanya seekor yang lari dan seekor lagi terus mengheret Zhang ke dalam belukar.





Akhirnya petugas keselamatan terpaksa melepaskan tembakan untuk membunuh harimau tersebut selepas 1 jam.



Zhang kemudian nya dikejarkan ke hospital malangnya dia tidak dapat diselamatkan akibat kecederaaan yang serius.Harga tiket untuk memasuki zoo tersebut hanya berharga 130 Yuan anggaran dalam RM83.00..

Orang ramai mula berkabung namun ianya bukan lah untuk Zhang tetapi untuk harimau yang dibunuh

sekian..


SENARAI PESERTA GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM

Assalamualaikum..



Masih ada masa lagi untuk join Giveaway saya ni..Terima kasih pada yang dah join Giveaway Slimmtreats Bersama Dianarashid.com.Memang ramai yang join dan saya sangat puas hati dengan penganjuran Giveaway kali ni.Harap-harap ianya akan mendapat sambutan untuk giveaway yang akan datang.Berikut adalah senarai peserta Giveaway Slimmtreats Bersama Dianarashid.com.
.

1- http://www.kisahsidairy.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
2- http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
3- https://belogsjm.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
4- http://www.miazain.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
5- http://thezafirahnazri.blogspot.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html

6- http://www.leaazleeya.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
7- http://www.ceritaejoy.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama-dianarashid.html
8- http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
9- http://shalmilanadya.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
10- http://razanahanis.blogspot.my/2017/01/random-giveaway-slimmtreats-bersama.html

11- http://www.syuhadasalleh.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
12- http://bluechoralpearl.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
13- http://blogashalya.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
14- http://penselduabee.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
15- http://www.suriaamanda.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html?m=1

16- http://nayfatimahrasyid.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
17- http://norminieza.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
18- http://www.kakgojes.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama-dianarashid-2017.html
19- http://itsmelyya.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
20- http://jombercontest.blogspot.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html

21- http://ayubarbydol.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
22- http://www.maisarahsidi.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama-dianarashidcom.html
23- http://www.huhahuhajerr.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
24- http://akuchentacamera.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
25- http://macammacamcite.blogspot.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html

26- http://www.cekgunorazimah.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
27- http://aunidenovella.blogspot.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
28- http://kiwiceri.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
29- http://www.syahidahfadilah.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
30- http://www.mariafirdz.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html

31- http://seindahcerita.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
32- http://littlesnorlax.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
33- https://ramaramapendek.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
34- http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
35- http://deariescouple.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html

36- http://akupenulisluarbiasa.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
37- http://mummysupplementshop.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
38- https://missobsesi.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
39- https://ajemy.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
40- http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html

41- http://jombercontest.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
42- http://husnazahidi.blogspot.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
43- http://akusukaketawa.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
44- http://www.azhafizah.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
45- http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html

46- http://sweetsourleyra.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama_24.html
47- http://galeriduniaku.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
48- http://messarah.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
49- https://zahirahfarhanipunye.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
50- http://www.mommyfiqa.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html

51- http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
52- https://kasihkuamani.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
53- http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
54- http://purplestarz89.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
55- http://misstiey34.blogspot.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html

56- https://hanismasturina.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
57- http://www.nooratikahramli.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
58- http://www.kakgojes.com/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
59- http://norfazpremix.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html
60- http://the-fadedd.blogspot.my/2017/01/giveaway-slimmtreats-bersama.html

61- http://themaiman.blogspot.my/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html
62- http://sishawa.blogspot.com/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html
63- http://puanbee.com/giveaway-slimmtreats-bersama-dianarashid-com-2017/
64- https://muhammadshahril97.blogspot.my/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html

65- http://theaaisy.blogspot.my/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html
66- http://theieraziera.blogspot.my/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html
67- http://nusha1706.blogspot.my/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html
68- http://hootiecyum.blogspot.com/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html
69-http://www.sayidahnapisah.com/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html

70-http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html
71-https://zulaikha-bahri.blogspot.my/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html
72-http://muffincokelatcinta.blogspot.my/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html
73-http://chanchueshahida.blogspot.com/2017/02/giveaway-slimmtreats-bersama.html
74-


Sudikan untuk blogwalking ke blog rakan-rakan kita ni .Kalau nak add mereka di laman sosial pun dipersilakan..Tak salah kita dulu yang memulakan..betul tak??Jom kita tambah rakan untuk meluaskan lagi jaringan sosial kita.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 dan pemenang akan saya umumkan selewat-lewatnya pada 8-2-2017.

Wednesday, 1 February 2017

KENAIKAN HARGA BARANG DAN KESAN NYA PADA PENIAGA

Asslamualaikum..



Sejak dari pagi saya  lihat di facebook  penuh dengan status berkaitan kenaikan harga minyak.Ramai yang dah jangka akan ada kenaikan harga selepas harga minyak naik bulan lepas.Susah hati betul dengan harga minyak sekarang ni..Bila harga minyak naik automatik harga barangan lain pun akan turut naik.

Jangan salahkan peniaga sebab barang mahal tau.Kalau nak tahu di kawasan rumah saya ni dah banyak kedai yang tutup sebab tak mampu nak jual barang dengan harga murah kerana bayar sewa kedai mahal.

Cuba perhatikan kedai-kedai kat tempat korang juga.Mesti dah ada yang tutup dan ada juga yang terpaksa mulakan perniagaan di tempat baru yang kadar sewa nya agak rendah.

Sedangkan mereka yang berniaga hanya dirumah pun terasa kesan nya ..Inikan pulak yang sewa bangunan kedai.Kebanyakan yang berniaga dari rumah ni ambil barang bukan secara borong.Bila ada tempahan baru diaorang beli barang.Terutamanya yang berniaga makanan.Jadi bila harga barang naik, dan harga barang jualan diaorang pun terpaksa lah dinaik kan.Kadang-kadang sampai pelanggan lari..Kesian  kan??

Jangan lah bandingkan kos hidup kita ni dengan negara luar..Mana kan sama Malaysia dan Thailand atau indonesia,..kan??Jadi tak patut ada perbandingan macam tu..

Lagi kuat kita bekerja lagi tinggi kos hidup kita .. Selagi kudrat kita ni boleh di gunakan oleh pemimpin-pemimpin kat negara kita ni selagi tu la mereka akan kikis kita habis -habisan.Mereka sarankan surirumah dan wanita buat perniagaan online sampingan , mereka ajak orang ramai tanam sayur di rumah, kurangkan gula dan sebagainya..Tapi mereka bersenang lenang bercuti keluar negara, beli barang berjenama,..Mereka ada berjimat macam kita tak??Memang tak la...hahhaha..

kalau nak sembang pasal kenaikan harga barang ni sampai esok tak habis...Tapi ada juga yang sokong kerajaan naik kan harga minyak.Saya sendiri tak tahu orang macam ni entah bagaimana cara dia berfikir..

sekian..


REVIEW MACAM MANA YANG KORANG SUKA?

Assalamualaikum...


February dah menjelma..Alhamdulillah semakin ramai yang nak menggunakan khidmat blog saya untuk review produk...Bermula esok start la kita memerah idea untuk menulis review.

Cakap pasal review ni korang suka review yang macam mana ye??Yang terlalu asyik cerita pasal kebaikan produk sahaja atau pun review pengalaman blogger menggunakan produk tu??

Kadang-kadang kita nak review kita tu dok kat halaman pertama google sampaikan orang baca review kita tu macam baca maklumat produk kat belakang kotak produk tu..Betul tak???Langsung tak de jiwa la kata orang..lurus je tak de belok2 langsung..hahahah

Ada juga yang review dengan santai menceritakan pengalaman dia guna produk tu..Tajuk pun tak de nak SEO sangat la..Tapi bila orang baca rasa tertarik sangat..Rasa tak sabar nak beli dan cuba.Siap ada yang share lagi...kan??

Sekarang dah makin ramai yang suka buat video.Saya pun tengah cuba2 nak buat video ni tapi tu la bila ada anak-anak kat rumah suara anak je yang dengar jelas..hahah..Kalau buat video lebih ramai yang suka tonton.Lagi-lagi bila video kita tu digunakan oleh pemilik produk untuk promosikan produk diaorang.Tapi kalau orang yang jenis kedekut data internet tu diaorang memang tak layan video review produk ni..

Sebagai seorang blogger korang suka menulis yang bagaimana dan sebagai seorang pembaca, review yang macam mana yang korang suka?

sekian..