Friday, 16 September 2016

GAMBAR MAJLIS AKAD NIKAH SAHARUL RIDZWAN DAN DEENA EMIR

Assalamualaikum..
Pagi ni berlangsung majlis akad nikah pelakon Saharul Ridzwan dan Deena Emir.

Cantik sangat isteri dia tau..muka cam anak patung..sekali imbas macam Zara Zya pulak..hehe..
Jom tengok gambar majlis akad nikah Saharul Ridzwan dan Deena Emir. 

Pasangan ni dinikahkan oleh ayah pengantin perempuan sendiri ..
Tahniah Saharul dan Deena..


Deena Emir ni seorang pemilik butik ..
Ini butik dia. www.wrapjubah.com..
ahli perniagaan rupanya...





































Selesai sudah majlis akad nikah Saharul dan Deena..lepas ni kita tengok gambar majlis persandingan diaorang pulak macam mana..


Sekian..




Thursday, 15 September 2016

IBU KEPADA 3 ORANG ANAK, MARION CAUNTER TETAP ANGGUN DAN CANTIK

Assalamualiakum...

Awal kemunculan Marion Caunter  dulu mesti ramai yang selalu nampak beliau di rancangan 8tv Quickie .Dia bergandingan dengan beberapa pengacara lain yang tak kurang hebat nya.kalau dulu dia punya cara berpakaian biasa-biasa je.Tapi sejak dia berkahwin dan mempunyai 3 orang anak saya lihat yang dia sangat pandai bergaya dan setiap apa yang dia sarungkan ke badan nya tu memang nampak ada classs dan sempurna..kan??Tambah pulak dia semakin cantik..setiap apa yang dipakai seperti dibuat khas untuk dia..

Jom tengok gambar -gambar Marion Caunter yang cantik ..


gaya ringkas dengan beg galas dkoleksi Jimmy Choo.


seksi...baju dari Johanna Ortiz 



Coat dari Chi Chi Von Tang



baju kurung dari Innai Group




Cantik sangat skirt dari Dolce Gabbana tu..


ops!!nampak pelik sikit  rekaan  ELLERY ni....
Mujur yang pakai nya orang cantik..:)

comel nya dress dari Alexis ni...


Baju kurung dari Rizalman..

 Jom kita cantik-cantik macam Marion juga..Jaga makan, bersenam dan selalu pandang benda2 yang cantik je..baru la kita pun nampak cantik..:)


sekian..

BERGAYA DI HARI RAYA DENGAN JUBAH LA ROSES

Assalamualaikum...



Setiap kali tiba hari raya Aidiladha, kebanyakan dari kita memang tak kan beli baju raya.biasanya akan pakai baju yang sama je masa aidilfitri yang lepas..kan?tapi kalau dah namanya perempuan, tak raya pun keinginan nak membeli baju baru tu tetap ada...Macam sekarang ni saya percaya ramai wanita yang kalau diberi peluang untuk  beli baju memang diaorang melompat keriangan..hhaha

Tapi mesti banyak benda penting lagi yang kita akan utamakan dulu.Betul tak??Cuma kalau ada rezeki lebih apa salah nya kita beli baju baru yang lebih cantik.Suami tengok pun tak boring..



Macam masa raya haji yang lepas ni..Biasanya saya punya baju raya mesti kain kosong je..Tak de bunga-bunga ke apa..Jubah saya pun berapa helai semuanya tak de corok2..

Bila saya pakai je jubah bunga-bunga di hari raya suami punya la puji sampai naik risau pulak saya dengar..Biasala perempuan kan suka was-was..Suami  puji lebih-lebih sikit mula la fikir suami nak tambah cawangan baru..ahhaha


Cantik tak jubah saya ni?Ini gambar masa raya haji kelmarin..Saya pun suka jubah ni,..ramai yang tegur saya nampak tinggi pakai jubah ni..Dalam gambar tu suami siap tunduk sikit sebab dia tak nak orang nampak isteri dia rendah..Padahal masa saya pakai jubah ni mak saya pun kata saya nampak tinggi.Tak payah suami nak rendah2 kan badan pun..hahahh

Kalau nak jubah macam saya ni pergi kat facebook Divalovafashion dan bagitau dia nak beli jubah macam kak diana pakai tu...:) ada kaler hitam dan biru..

sekian...

Wednesday, 14 September 2016

BETUL KE TENGOK STATISTIK BLOGGER LAIN BOLEH BUAT BLOGGER RASA RENDAH DIRI

Assalamualaikum...




Nak tahu tak macam mana saya mula datang minat nak tulis blog dulu?Semuanya bermula dengan melihat blog orang lain.Masa tu saya suka baca blog Eyriqazz.com.Itu lah blog pertama yang berjaya membuatkan saya berminat nak tulis blog.Dia suka kongsi turun naik blog dia..Dia menang peraduan la, dia dapat hadiah dari advertiser, dia dapat sponser bercuti.Dia dapat pi event blogger..Semua tu buat saya berminat nak ada blog juga.

Saya tak tahu macam mana orang lain boleh rasa down bila lihat statistik blogger lain?Sebab sebagai seorang blogger itu adalah perkara yang sangat menyeronok kan.Bila kita dapat tengok statistik blogger lain kita akan rasa lebih semangat nak menulis.Itu Yang saya rasa sepanjang lebih 6 tahun saya menulis di blog ni.Jangan kan statistik..Orang kongsi keyword  blog pun saya kemain teruja .hahahApa lagi kalau kongsi tentang income dari blogging ni..seronok tengok oi..

Bila saya berkongsi statistik blog ,saya tak pernah terfikir nak menunjuk-nunjuk.Bagi saya orang kena tahu statistik blog saya.Orang juga kena tahu yang saya terima bayaran untuk tulis review.Orang kena tahu yang saya seorang blogger ,.Orang kena tahu blog saya selalu dapat job berbayar untuk memperkenalkan sesuatu.Sebab itu saya sedia berkongsi semua tentang blog saya dengan orang lain.

Banyak kali saya pesan pada kawan-kawan blogger yang rapat dengan saya supaya berkongsi apa saja tentang blog kita di media sosial.Itu saja cara supaya orang nampak blog kita..Tapi ada yang malu, ada yang tak yakin..Yang sebenarnya uv tinggi ka rendah ka, kalau  berani share statistik blog kita maknanya kita betul-betul serius dengan blog kita.Bila kita dah share dengan orang lain, akan datang kita akan kongsi statistik blog kita yang dah meningkat banyak berbanding apa yang kita kongsi hari ini.Bila dapat advertorial job tu bagi tau je kat orang.Mana tahu ada rakan-rakan kita yang lain nak guna juga khidmat kita..Lama-lama nanti baru la orang percaya nak bayar kita untuk menulis.

Saya seorang blogger yang tak suka bersaing dengan blogger lain.Saya suka bersaing dengan diri sendiri.Hari ni pageview 10k..esok saya nekad nak lawan untuk dapat pageview 15k..Itu cara saya..Jadi sebab tu saya rasa saya tak pernah nak ada rasa marah, benci, dengki, rendah diri bila lihat statistik blogger lain.

Tapi bukan lah 24 jam kami bercerita pasal blog je..Macam saya sehari sekali kena la share pasal blog..Tapi lain2 masa ada jugak bercerita pasal anak, masak-masak, jalan-jalan  dan sebagainya.Tapi mungkin yang orang ramai nampak di media sosial tu cuma pasal blog je sebab rakan facebook saya ramai blogger.Jadi bila cerita pasal blog je ramai yang  nak like dan komen.Blogger memang macam tu la..Suka cerita dan baca tentang blogging ni.Kalau awak tak minat nak baca benda2 gini awak mungkin bukan blogger yang betul2 ada minat.Awak cuma ikut2 orang je..Awak cuma nak join comunity blogger ni atas sebab2 tertentu yang hanya awak sendiri saja tahu.Blogging kena ada minat.Tak boleh ikut2 orang je..

Pesanan saya untuk blogger-blogger yang mudah rasa dengki, iri hati , rendah diri tiap kali bogger lain kongsi apa2 perkembangan tentang blog dia, sampaikan rasa nak terjun tangga,nak hantuk kepala kat dinding...Minggu ni cuti sekolah ada banyak kem2 motivasi untuk pelajar sekolah..Pergi lah join kem-kem motivasi tu..Yang darjah 6 pun ada..Pergi bina keyakinan diri awak yang tak berapa matang tu.Awak tak sesuai untuk jadi blogger..

Kalau nak tau lagi kenapa blogger suka cerita pasal blog dia..pasal review pasal duit, pasal unit visitor dan pageview meh baca sini..

sekian..

MAKAN SEDAP DI WARUNG PAK JABIT

Assalamualaikum...


Saya cuti 4 hari.. Dari sabtu sampai selasa..Hari ni baru nak jenguk blog ni.Semalam memang letih la..Buka facebook , instagram pun sambil baring-baring je..Boleh tak kalau nak cerita peristiwa-peristiwa  yang berlaku sepanjang bercuti ni.??Sopan tak?siap mintak izin kau..hehehh..Nak cuba-cuba belajar tulis entry makan-makan ni.Time rajin semua nak cerita.Datang malas , nak ambik gambar pun makcik tak kuasa..heheh


Hari sabtu jam 10 pagi bertolak balik ke kampung.Risau sebenarnya nak tinggal Hero sekor2 kat rumah..Sebab dia mana pernah kena tinggal sendiri.Tapi terpaksa tinggal la..kena la biasakan..Saya pastikan dalam sangkar makanan dan minum nya cukup.tempat tidur pun selesa..Maka balik la kami dengan senang hati .



Jam 12 lebih sampai kat Batu Hampar.Singgah satu kedai makan ni..Suami saya kata "ni la kedai makan Pak Jabit.."heheheh..kalau kedai makan tepi jalan kat Perak macam ni memang suami  panggil kedai makan Pak Jabit.tak kira la tuan kedai tu nama apa pun, semua dia bedal nama Pak Jabit.Suka sangat tengok cerita Hantu Kak Limah...heheh


Memang sedap masakan kedai ni.Masing-masing order makanan kegemaran.mee rebus untuk saya, laksa untuk Maisara dan Bihun sup untuk suami..Mikhail tak makan sebab tak de selera.Tak sabar nak jumpa opah katanya..Masa makan punya la di paksa nya kami ni makan cepat sebab nak jumpa opah..Aduhai la anak..

Cendol dia..memang terbaik la..sedap sangat..Ada jagung juga..tak manis sangat..banyak pulak tu.kalau siapa lalu jalan Batu Hampar nak ke Beruas tu boleh la singgah..Kedai dia belah kiri.


Nak tahu tak??semalam petang kita orang kemalangan tau.Kereta dilanggar dari belakang.Laju kereta belakang tu sondol kereta kitaorang.Sampai sakit kepala makcik terhentak kat tempat duduk tu.Mujur la anak tak apa2.Kemek depan belakang la abang waja kita orang tu..Yang langgar tu lelaki cina.terus dia ajak pi bengkel dan dia bayar semua kos rawatan abang waja..Kereta depan kami tu dia bayar rm100+ sebab belakang nya calar dan no plat patah hancur berkecai.. .Rm1000+ kos rawatan dia bayar untuk abang waja kami...4, 5 hari lagi siap la kot.Untuk sementara ni kitaorang bertapa la kat rumah..


Makcik dengan pakcik ko mula la berkira-kira nak tukar kereta lain..Ni dah dua kali tau kereta di langgar.kali pertama  dulu langgar tepi..tak de kemek ke apa..Yang kali ni teruk sikit,..
Ok tu je la nak cerita..Tak pandai nak tulis2 cerita peribadi ni..jadi penutup nya macam ni je la..bye,


sekian..

Friday, 9 September 2016

ORANG HEBAT PUN ADA KEKURANGAN DAN KELEMAHAN..MAAFKAN JE LA..

Assalamualaikum...

Siapa nak booking slot review boleh pm ye..Nanti bagitau tarikh bila awak nak..Sampai masa saya pm awak semula..



Cakap pasal booking slot review atau banner iklan ni , Percaya tak ada orang yang punya kelemahan diri iaitu susah nak menunaikan janji..

Bila bercakap tentang janji nak cerita tentang satu perkara ni..Sejak saya menulis review ni saya kerap kali dihubungi mereka-mereka yang popular, hebat dalam bidang perniagaan  dan bidang masing-masing, bila update status di laman sosial kerap memotivasikan orang lain , dalam dunia blog dia la juara, bila berkata2 memang bersemangat orang yang mendengar dan membaca..tapi bila bab janji ni memang tak boleh pakai..

"saya nak booking tarikh review..5hb ni saya bayar"

"saya nak banner tu ye kak..minggu depan saya bayar.."

"Nanti petang ni saya bayar.."

Percaya lah..Sumpah!!saya tak pernah percaya dengan janji2 macam ni walau betapa hebat dan besarnya status orang tu.

Bagi saya tindakan lebih bermakna dari kata-kata.Tapi saya tak ambik hati pun benda macam ni.Awal2 dulu memang terkilan juga bila janji tinggal janji..tapi sekarang saya biarkan je..

Senyap sunyi !!tak de kata maaf, tak de nak hubungi saya cakap "o..saya tak jadi ambil la.."

Tapi bila dah lama2 dah biasa saya mula terfikir yang kita semua ni sama saja.KIta hanya insan biasa yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan.


Kau hebat berniaga ke,kau hebat menulis blog ke, peminat kau ramai, kau punya pengikut beribu ke, yang pasti nya kau pun sama je macam orang lain.penuh kekurangan... Mungkir janji,   tak de adab, suka pandang rendah pada orang2 biasa macam saya dan tak tahu nak fikir tentang kesulitan orang lain...

yang pelik nya seller yang kecik2 ni kalau tak jadi nak ambik iklan ke apa terus hubungi saya bagi tau tak dapat bayar, minta maaf bagai...Tapi tak pe..jangan risau saya sentiasa memaafkan orang2 macam ni.Tak kira la dia minta maaf ke tidak.

Sebab itu saya nak pesan ni kalau menyanjungi orang jangan berlebih-lebih..kalau percaya kat orang , jangan 100%, ada had2 nya..Jangan sampai kita rasa bila dia hebat dalam satu perkara maknanya orang tu dah cukup sempurna sebab semua orang ada kelemahan.

Saya pun ada kelemahan.Saya punya sikap pelupa memang tak tahu saya nak atasi macam mana..Tulis kat kertas apa nak buat , lepas tu kertas tu pulak hilang entah kat mana saya letak pun saya boleh lupa...

yang penting saling memaafkan dan tolong faham yang orang lain pun ada kekurangan sama macam kita.Selalu yang kita kecewa ni sebab kita letak kan harapan tinggi sangat kat orang yang kita sanjung tu.

sekian..

Thursday, 8 September 2016

IMPIAN UNTUK BERSAYAP AKAN TERCAPAI TAK LAMA LAGI

Assalamualaikum...

Bila tengok burung terbag sayup di awan nun berkata-kata juga dalam hati ni..
Untung nya engkau burung..ada sepasang sayap yang bole bawa kau kemana saja..
lepas tu berangan la kot-kot kita pun boleh ada sayap..



Ok..tak payah la berangan sebab sekarang korang pun boleh ada sayap jugak..
Cuma sayap yang ni tak tahu la boleh terbang ke tidak..Try la naik tangga
lepas tu lompat ke bawah..Boleh terbang ke tidak??
hahahahaah...Jangan buat pasai ye...
Ni ha..Ada beg glas untuk mereka yang teringin nak ada sayap macam burung... 



cantik kan??tak dapat terbang pun tak pe la asalkan boleh ada perasaan bersayap macam burung tu..
Tak tahu la ada jual ke tidak beg ni dekat malaysia ..
Try la cari kalau ada..lepas tu jual kat online..laris tau..ehhehe


sekian..

RESEPI KEK BATIK RANGUP SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Kalau di lihat pada gambar, apa sangat la setakat kek batik yang semua orang dah tahu buat ni.pejam mata je nak buat kek batik.Bukan susah pun..Tapi sengaja la saya buat dan share gambar ni di laman sosial saya.Nak mencetuskan idea juga pada kawan-kawan yang tak tahu nak masak apa untuk raya nanti..Nak buat biskut-biskut tu macam leceh pulak sebab raya tak sampai seminggu je lagi.Mana la sempat nak buat ..kan??Dengan kerja nya lagi, dengan anak yang tengah periksa, buat je la kek batik.Senang kerja...

Saya dan anak-anak tak suka kek batik yang rasa biskutnya macam lembut dan lemau.Kami suka yang biskutnya keras.Bila gigit pun rasa rangup.Cuma bila biskut tu lembut senang la nak potong..Cantik je potongan dia tu..Tak de la berserbuk macam saya buat ni...Kalau nak buat macam saya ni nak potong nya kena hati2 sikit..sebab keras..Walaupun comot tapi sedap..Kalau lembik ,lembut, tapi tak sedap buat apa..kan??heheh

Meh la saya ajar cara nak buat kek batik yang rangup dan sedap

Bahan-bahan

1 bungkus biskut Meri. Boleh guna yang plain aau yang coklat juga.(patah kan 2 ..kalau tak nak pun tak pe..)
1 cawan majerin atau mentega
1 cawan serbuk milo
2 sudu besar serbuk coklat
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

cra-cara

1-Cairkan mentega dalam periuk..guna api kecil je.
2-Masuk kan susu pekat milo dan serbuk coklat..
3-kacau sampai milo dan coklat tak berketul..
4-masuk kan esen vanila..tutup api.
5-masuk kan biskut mery.
6-kacau sebati dan terus angkat masuk kan dalam loyang.
7-tekan-tekan supaya dia mampat dalam loyang.
8-masuk kan dalam peti sejuk lebih kurang 5-6 jam.
9-sedia untuk dihidangkan..

kalau suka boleh sedia kan topping coklat dan tuang atas kek sebelum dimasuk kan dalam peti sejuk.macam saya buat ni saya buat topping sikit dan tuang atas coklat.Kemudian saya taburkan milo kat tas dia..Korang boleh juga taburkan badam atau coklat rice.Budak-budak mesti suka..

selamat mencuba..

sekian..


4 BARANG YANG WAJIB DIBELI DI NAURA SHOP

Assalamualaikum..

Saya suka betul kalau ada onine shop yang jual macam-macam benda.Lagi-lagi barang tu khas untuk wanita.Memang berjam-jam la dok melangut kat onlineshop tu.Pernah dengar tentang Naura Shop? Kedai online yang menjual berbagai barangan wanita dari tudung sampai la produk kecantikan.kalau dah singgah ke Naura Shop jangan keluar dengan tangan kosong.Ini senarai 4 barangan yang korang kena beli sebab semua nya dijual dengan harag murah dan yang penting sekali Naura Shop adalah kedai online yang boleh dipercayai.



 Escarves kini tampil dengan koleksi terbarunya Mika printed yang terdiri dari Mika printed basic dan mika printed Flare.Bagi yang sukakan tudung labuh Mika printed sesuai untuk anda kerana ianya tidak jarang dan menutup dada sepenuhnya.


Ops!!lemak?/tak mau..ha..kalau korang jenis yang takut gemuk tapi masih nak makan macam2 benda sedap korang cuba dapatkan Leptos.Paling best bila korang beli laptos korang akan dapat sebuah diari Kurus .beest kan??


Losyen XXS seqy beauty yang sedang mendapat perhatian ramai wanita untuk tampil kurus dan ramping.Ibu-ibu yang selepas bersalin dan dalam pantang sangat digalak kan untuk menggunakan produk ni supaya dapat mencantik bentuk badan dan paling best bau dia harum  tau..



BB cream Seqy beauty ..produk yang tak perlu diperkenalkan lagi.BB cream yang mampu merawat kulit
yang rosak.nak pakai waktu tidur pun boleh .

Jadi jom ke Naura Shop sekarang untuk dapatkan produk hangat di pasaran ni.Jemput like kedai online Naura Shop sekarang.

sekian..