Monday, 25 July 2016

GOO.N LAMPIN PAKAI BUANG YANG SELESA DAN TAK BERPELUH

Assalamualaikum...


erm..kat rumah tak de lantai merelit macam ni..heheheh

Macam ni la anak saya , Mikhail kalau keluar membeli belah di Mall atau kedai2 yang lantainya dia nampak licin dan berkilat..masa tu la dia nak main tembak-tembak atau  nak berenang macam jaws Pening kepala ..kan??Nak kejar dia satu hal la sebab bila kita kejar dia ingat kita main kejar2 dengan dia..jalan pegang tangan memang jangan mimpi la


Disebab kan lasaknya anak saya ni saya akan pastikan dia pakai pakaian yang selesa dan lampin dia juga mesti lah selesa.Saya diperkenalkan dengan lampin pakai buang jenama Goo.N ni.Ini pertama kali saya beri anak saya cuba pakai lampin jenama ni.

Saya pilih lampin jenis tape ni ..Koyak je kat depan macam ni..Ini saiz XL.memang besar dan nampak penuh.

Saya agak risau jugak la nak pakaikan dia lampin ni sebab lampin ni macam nipis.Malam tadi jam 11 saya pakaikan lampin ni pada di sebelum tidur.Mula2 dia macam tengok je muka saya .pelik kot sebab lampin nipis , Rasa selesa kot.selalu pakai lampin tebal..panas..hehehe..

Dia bangun pagi jam 7 saya tengok tak la bocor.Ok sangat la sebab saya biarkan dia pakai sampai jam 9 pagi pun masih tak bocor..Masa dia tidur pun saya perasan dia tak mengamuk ..selalunya malam2 dia akan merungut nak buka lampin dia sebab lampin tebal dan panas.sampai berpeluh tau.Lampin Goo.N ni yang buat dia rasa selesa sebab bahagian pinggan ni ada Liquid lock system.Anak kita kalau melompat2 pun dia tak kan rasa berpeluh.

Keluar nak pergi beli barang dapur pun saya tak risau dah la bila pakai lampin ni.Kat rumah Mikhail memang tak pakai lampin..Untuk jalan dan tidur je saya bagi dia pakai lampin.Kami keluar beli barang dapur, tiba2 dia menjerit cakap nak kencing..nak kencing..Rupanya dia tak sedar yang dia pakai lampin..hahaha..


Kadang2 kita selalu rasa lampin tebal bagus..kan??tapi sebenarnya kalau lampin tebal lagi buat anak tak selesa..Pilih je Goo.N. Selasa dan anak tidur nyenyak..GooN ni memang jarang2 ada harga best macam ni..Tapi kali  ni apa kata kita borong banyak2.Guna Code Voucher di bawah untuk potongan 20% khas untuk pelanggan -pelanggan baru bersempena dengan Lazada Big fair nanti..

20LAP20



Jangan lupa tau korang..Esok ada lazada Big baby fair..Masa ni la siapa yang belum buat persiapan nak sambut baby baru tu elok sangat la cari barang time ni..Potongan harga sehingga 80% tau..Diapers Goo.N pun yang saiz L , 4 bungkus baru RM74.Kalau kat luar harga sebungkus 50 lebih tau..



 klik banner ni untuk mula shopping...

Lazada Big Baby Fair akan  berlangsung dari 27-31 Julai 2016. Jangan terlepas semua tawaran yang menarik ni..

sekian...

Sunday, 24 July 2016

MENDIDIK ANAK DI ZAMAN MODEN LEBIH BESAR CABARAN NYA.

Assalamualaikum...


Kalau kita berniaga kemudian rugi..kita boleh mulakan semula perniagaan kita...kalau kita kerja kemudian di pecat kita boleh saja cari kerja lain.Tapi Dalam hal mendidik anak ,ianya tak kan boleh diulang.Bila kita silap, kesan nya akan ada..Betul tak??

Bukan senang nak mendidik anak.Kalau zaman ibu bapa kita dulu mana ada laman sosial untuk diaorang berkongsi tips kekeluargaan.Mana ada forum atau group perbincangan ibu bapa bersama pakar kanak-kanak dan sebagainya.Pandai2 sendiri la diaorang nak ajar.


Berbeza dengan zaman sekarang , dah mudah nak dapatkan tips2 mendidik anak.Tapi kenapa anak2 sekarang makin sukar nak dibentuk.Saya memang tak suka berbual dengan budak2  sekolah yang remaja2 sekarang ni.Takut saya naik angin.Kita bercakap elok2 dengan diaorang tapi bahasa dia orang tu langsung tak de adab.Sial, gile, dan macam2 lagi perkataan tak sedap di dengar yang diaorang sebut bila berbual dengan kita yang dah taraf mak ayah diaorang ni.

Ramai juga anak-anak zaman sekarang yang dididik dengan cara zaman dulu tapi alih-alih  mereka memberontak, mereka jadi makin liar macam orang kurang kasih sayang.

Sebab itu ibu bapa zaman dulu, yang anak nya sekarng dah kerja bagus, bahagia dalam perkahwinan jangan la terlalu bangga sangat dan awak semua rasa dah terlalu bijak dalam mendidik anak.Awak semua patut bersyukur di zaman awak dulu tak de pengaruh jahat yang boleh merosak kan seperti yang terjadi pada anak2 sekarang.

Cuba la ibu bapa yang anak yang dah besar dan bekerjaya tu , sekarang ni mengandung lagi dan jaga anak kecil dengan cara awak didik anak awak yang dulu..Tengok apa yang jadi..

Cara mendidik anak dah berbeza..Dah tak sama macam kita kecil2 dulu..Ada orang yang kata anak jadi liar sebab ibu bapa bekerja.Jadi ada ke ibu 2 yang bekerjaya ni bersedia nak jadi surirumah??Jawab soalan 2 kat sini dan kemudian awak fikir la bersedia ke nak jadi suri rumah sepenuh masa?Awak sanggup??

sekian...

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak



Syarat-syarat untuk join

  1. Anda mestilah seorang blogger Malaysia.
  2. Follow blog cik akak.
  3. Tempek banner di atas dalam entri anda.
  4. Letak tajuk "Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak
  5. Backlink entri anda di kotak komen entri ini
Giveaway tamat : 25.07.2016 jam 7.00 pagi
Pemenang akan diumum pada 25.07.2016 jam 8.00 pagi

sekian..

Saturday, 23 July 2016

NAK CANTIK MACAM ARTIS KOREA TAK??

Assalamualaikum...

Jualan Murah..Jualan Murah!!!
apa benda yang murah sangat tu..

Lazada Malaysia
Klik Banner untuk shopping barang2 kecantikan dari Korea...


Sekarang ni memang ramai yang akan pilih produk dari korea..
maklum la..nak cantik macam Ji Hyo katanya...
nak kulit flawles macam Park Shin Hye..

Perasan tak diaorang punya kulit cantik sangat walaupun tak makeup.
Sebab bagi diaorang kulit diaorang tu aset penting diaorang sebagai selebriti.
Kadang tu artis biasa2 je suam2 je...pun cantik,
sebab diaorang banyak sangat selebriti yang lawa2,..
jadi saingan tu kuat sangat..



Ada yang kata tu semua plastik je..
Sebenarnya bukan semua artis diaorang tu buat pembedahan plastik.
kebanyakan yang buat pembedahan plastik ni adalah artis diaorang yang dah lama
menceburi bidang seni.
Tapi yang baru2 ni memang gitu je la muka nya..
sebab diaorang percaya produk kecantikan diaorang pun
banyak yang sudah berkualiti dan mampu mencantik kan diaorang..

kalau diaorang buat pembedahan plastik biasanya diaorang akan betulkan mata dan hidung.
tapi kulit diaorang tak kan ubah..

Lazada Malaysia
Klik Banner untuk mula shopping...


Korang pun nak cantik jugak ke??Jom shopping barang2 kecantikan dari korea ni.
Beli je kat Lazada ni ha..
Murah dan original jugak..
klau beli terus kat website dari korea nun memang la mahal..
dah la poket tengah kering ni..heheheh
Kita beli melalui Lazada he la..


Jom Shopping!!!

Friday, 22 July 2016

KETAHUI PRESTASI DAN POTENSI PASARAN HARTANAH DI MALAYSIA

Assalamualaikum...

Di petik dari artikel di propertyguru.com.my tahun ini dijangka kan 6 dari 10 orang meracang untuk membeli hartanah dalam tempoh 6 bulan yang akan datang.Kebanyakan orang berani melabur dalam hartanah kerana keuntungan nya yang tinggi.Dan lokasi pilihan ramai yang palig di gemari sudah tentulah di Lembah Kelang. (rujuk infografik di bawah)

Di sini jugak dapat diisimpulkan bahawa purata tahap kepuasan  rakyat Malaysia  terhadap pasaran hartanah tempatan telah meningkat sejak  2015 di mana ia mencapai dari 25% kepada 28%.Antara penyebabnya ialah prospek jangka panjang yang baik,pasaran hartanah yang stabil dan pilihan pembiayaan yang baik .

An-Insiders-Look-Into-the-Property-Market-H1-2016-Infographic

sekian..

Thursday, 21 July 2016

RESEPI CUPCAKE COKLAT YANG MUDAH TAPI SEDAP

Assalamualaikum...

Sambil2 seronok  melayan Mikhail tengok Didi and Friends teringat pulak yang saya kena masak sesuatu untuk majlis jamuan hari raya sekolah Maisara.Terus rasa menyesal pulak melompat menari dengan Mikhail.Banyak tenaga dah buang ni..jadi kita buat benda yang mudah2 je la untuk jamuan tu nanti.Apa lagi yang paling senang dan cepat siap kalau bukan coklat cupcake..Bakar dalam 15-20 minit je..bancuh pulak tak sampai 10 minit..



Saya memang tak pandai menghias kek termasuk la cupcake.macam2 peralatan menghias ada tapi sumpah..tak reti guna..hahah..Selalu juga melayan video2 mendeco kek cawan di youtube tapi bila buat tak jadi pulak..Bila tak jadi mula la hias ikut kepala sendiri.hahaha..

cup yang saya guna

Tapi tak pe la..yang penting rasa sedap..Hidang pulak kat budak2 je..bukan dia orang tau teknik menghias tu betul ke tidak..heheh..asal nampak comel, bercoklat kira ok dah la bagi diaorang.Untuk resepi cupcake coklat ni saya buat bancuhan untuk 30-40 biji je..Guna cup yang kecil.Cup jenis keras tu tau.kalau nak pakai cup jenis bergerigi tepi tu pun boleh jugak.Tapi bila dah masak jangan keluarkan dia dari loyang selalgi tak sejuk sebab nanti kertas dia mengembang dan kek mudah terkeluar dari cup.Nak bagi dia melekat terus macam gambar bawah ni , tunggu betul2 sejuk ye..

Boleh juga kalau nak guna cup ni tapi tunggu sejuk sebum keluarkan dari loyang


Sebab tu saya guna cup keras ni...tak cerewet sangat.lagipun guna cup yang bergerigi tu kena bakar guna loyang.satu loyang ada 8 cup je.lambat la nak siap..dah la oven kecik je..kalau guna cup yang keras ni sekali bakar terus 20 cup.

Ok..jom  kita tengok resepi cupcake coklat yang sedap dan mudah ni..Saya kurangkan gula sebab buat untuk budak2..tapi masih tak lari rasa nya..masih manis dan sedap.kalau nak lebih manis boleh tambah lagi gula.Saya tak tambah sebab ada letak topping yang manis juga.

pernah dulu buat cupcake guna cup biasa ni..


 Bahan-bahan;-
2 cawan tepung gandung
1 cawan serbuk coklat
1 sudu besar baking powder
(ayak bahan2 ni bersama dan ketepi kan)

1 1/2 cawan mentega atau boleh juga guna majerin saja.
1 cawan gula halus
6 biji telur Gred A

1sudu kecil esen vanila
4 sudu besar susu pekat boleh ganti dengan 1 cawan susu segar

Cara-caranya:-

ada topping krim dan coklat leleh..sebb tu saya kurangkan gula dalam adunan..


panas kan oven

Pukul  mentega  bersama gula sampai kaler dia jadi pucat .kemudian masuk kan telur ..masuk kan satu-satu.Pukul sampai kembang.

Lepas tu masuk kan esen vanila dan susu pekat.Pukul lagi sampai sebati..

Last sekali baru masuk kan tepung , baking powder dan serbuk coklat yang dah diayak tadi..kacau hingga sebati .

Susun cup dalam loyang atau dalam dulang.masuk kan adunan dalam cup.Masuk kan separuh cup saja.kalau guna piping bag lebih mudah.Nak guna sudu je pun boleh..tak de masalah.

Oven dah panas ..kita bakar la..bakan dengan suhu 180 selama 15-20 minit.
dah siap boleh la sejuk kan dan hias ikut suka.saya buat krim kek , dan bila dah sejuk saya letak coklat yang dah dicairkan..

selamat mencuba..


sekian..

Monday, 18 July 2016

DIPAKSA BERKAHWIN AKHIRNYA SALMAN KHAN DEDAHKAN 18 NOVEMBER ADALAH TARIKH PERKAHWINAN NYA

Assalamualaikum..


Dengan usia bakal mencecah 51 tahun December ini Salman Khan bukan nya dianggap masih muda.Mengenangkan usia yang makin meningkat dia mengakui didesak untuk berkahwin oleh keluarga nya sendiri.

Rimas didesak dia akhirnya mendedahkan tarikh pernikahan nya akan berlangsung pada 18 November.Salman Khan sedang hangat di gosipkan dengan Lulia Vantur , wanita berdarah Romania.Lulia juga adalah seorang pelakon dan pengacara tv.


Salman yang ketika itu menghadiri  majlis pelancaran buku Sania Mirza di mumbai diajukan soalan mengenai tarikh perkahwinan nya dan dia kemudian nya menjawab dia akan berkahwin pada 18 November namun masih belum pasti tahun nya..

kenapa 18 November??Sebab tarikh tersebut adalah tarikh dimana perkahwinan ibu bapa salman, Salim Khan dan Salma Khan diadakan . Pada tarikh  yang sama, adik perempuan kesayangannya, Arpita Khan berkahwin  dengan Aayush Sharma.Jadi tak hairan lah kalau salman juga akan memilih tarikh yang sama untuk majlis perkahwinan nya nanti..


sekian..

NAK TAHU APA ISTIMEWA NYA BEG INI??

Assalamualaikum...



korang biasa kan naik kapal terbang??
pernah tak korang belek2 kerusi dalam kapal terbang  yang korang duduk tu..
Tahu tak bahan yang digunakan untuk buat kerusi tu..
Dia menggunakan fabrik yang kuat dan tahan lama.



Jadi korang bayang kan la kalau ada kerusi yang tak digunakan tu,
di buang dan dibiarkan macam tu je memeng rasa macam membazir pulak.
Disebab kan ketahanan dan kekuatan fabrik tu ,
Fallen Furniture iaitu sebuah syarikat mengusahakan beg dan aksesori  telah
menjadikan fabrik2 dari kerusi kapalterbang ni sebagai beg,
yang mewah, tahan lama dan bergaya.
kalau diperhatikan memang tak de siapa pun tahu ianya dari
kerusi pesawat.



Kesemua beg2 ni dihasilkan dengan berbagai model yang terkini .
Diaorang buat messenger bag, backpack, duffle bag ,
sarung smartphone dan tablet menggunakan fabrik yang ada
motif yang cantik dan menarik.



Kalau korang nak beli beg ni boleh ke website Kickstater.
harga nya antara $38 hingga la $322 .


Sekian...

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NILAI HARTANAH

Assalamualaikum..



Apabila anda terfikir untuk mendapatkan rumah atau  hartanah, terdapat beberapa faktor yang mesti dipertimbangkan. Jika harga rumah hanya berdasarkan kos bahan binaan , maka hampir setiap rumah akan mempunyai harga yang tepat dan tidak akan ada spekulasi hartanah. Oleh sebab  itu ada beberapa perkara yang mendorong harga hartanah, maka  anda perlu tahu  bagaimana nilai  untuk bangunan, unit, atau harta ditentukan. Perkara-perkara khusus berikut perlu lah diberi perhatian jika anda ingin membeli hartanah dimasa akan datang.

sekolah
Menurut Bigger Pockets, sekolah bukan sahaja mempengaruhi harga hartanah yang ditawarkan, tetapi ia juga boleh menjadi salah satu penyebab utama . Selain dari nilai hartanah sudah tentu apa faedah yang anda dapat dari hartanah yang anda beli juga menjadi satu kepentingan.. Contohnya seperti rumah yang mempunyai kolam ..Ianya buka aset yang boleh menambah nilai malah untuk menguruskan nya juga akan menambah kan kos anda..tetapi dengan  sekolah, bagaimanapun, anda mempunyai sesuatu yang hampir semua orang yang memerlukan nya.

Alasan bahawa sekolah boleh memberi kesan harga kepada hartanah adalah agak mudah untuk difahami.Hampir setiap keluarga yang ada di luar sana mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka. Sekolah yang baik bermakna tenaga pengajarnya juga terdiri daripada kalangan pengajar yang berpengalaman dan sudah tentu mereka juga di bayar dengan lumayan dan ini bermakna pembayar cukai di kawasan itu mempunyai tahap pendapatan tertentu untuk mampu membayar cukai . Kejayaan sekolah itu terus menarik orang lain dari luar, dan yang mendorong sehingga meningkatnya nilai hartanah.

Jenayah
Tiada siapa yang mahu berurusan dengan apa-apa perkara  berkaitan jenayah. Anda mempunyai pilihan samada  membayar kepada pihak polis dan pihak berkuasa lain untuk menghentikan atau mengurangkan kadar jenayah di kawasan tersebut, atau mengambil keputusan untuk berpindah disebabkan peningkatan kadar jenayah  , Jika sebelum nya ramai yang berpindah keluar  ianya akan mengurang kan nilai hartanah tersebut.

Pendek kata, di kawasan di mana kadar jenayah adalah rendah, orang berasa selamat dan nilai hartanah menjadi  tinggi. Itulah sebabnya apabila anda sedang merancang untuk membeli hartanah anda boleh mendapatkan real  estate with  PropertyGuru Malaysia untuk mencari nilai hartanah yang  baik .Anda perlu bijak menilai statistik jenayah umum di kawasan itu untuk mengelak kan nilai hartanah anda susut .

Topografi tanah
Bentuk muka bumi juga memberi kesan dalam menentukan nilai hartanah yang anda ingin beli.. Jika dikawasan tersebut adalah kawasan yang cantik, damai, pemandangan yang memukau di tambah dengan beberapa kemudahan yang sangat baik walaupun jauh dari suasana moden , nilai hartanah tersebut tetap tinggi.

Sementara itu, jika tapak  tersebut tidak cantik,  tetapi ianya terletak di daerah dan kawasan yang bagus , anda mungkin masih perlu  membayar dengan harga tinggi  kerana keberadaan tapak tersebut di dalam kawasan yang masih bagus.. Satu yang anda perlu ingat jika tapak nya terletak di atas bukit,  atau ianya adalah lalauan kereta api atau di bawah kabel elektrik. ianya  boleh mengurangkan nilai hartanah.

Jiran 
Anda perlu berhati-hati apabila anda sedang mencari rumah kerana jiran sekitar pasti akan mempengaruhi nilai potensi harta anda. Anda mungkin tidak berfikir bahawa mereka akan mempunyai terlalu banyak pengaruh,  Mempunyai kawasan tidak terurus boleh menunjukkan bahawa penduduk sekitar tidak mempedulikan satu sama lain, dan ia juga boleh menyebabkan penjenayah dan orang yang berbuat kerosakan akan melihat kawasan  ini sebagai sasaran mereka. Jika mereka fikir tidak ada orang yang memberi perhatian dan mempedulikan satu sama lain mudah untuk mereka melakukan jenayah

Salah satu artikel di dalam  The New York Times ada diterangkan penilaian mereka mengenai nilai-nilai hartanah dan apa yang mereka katakan mengenai nilai-nilai rumah yang dipengaruhi  oleh persekitaran terdekat dan jiran-jiran mereka adalah sangat tepat. Lagipun, mengapa seseorang perlu  membayar ribuan ringgit   hanya untuk tinggal di sebelah rumah yang kacau-bilau, berurusan dengan orang-orang yang mementingkan diri sendiri , berjiran dengan orang tidak peka, dan juga boleh menyebabkan kehadiran haiwan perosak. Hakikatnya, walaupun anda tidak suka bagaimana penilai ini menilai rrumah anda , rumah anda diberikan nilai dan nilai bagian ditentukan dari persekitaran  serta keseluruhan nya


lokasi
Bila kita bercerita tengtang  hartanah sudah  tentu kita juga ingin tahu tentang lokasi nya..Ianya menjadikan lokasi juga adalah faktor penting bagi memilih hartanah . Pendek kata, orang memberi wang untuk hidup di mana mereka mahu dan ada juga yang bersedia untuk membayar lebih agar  boleh dekat dengan semua kemudahan dan fasiliti yang ada.. Ianya satu kelebihan  jika anda boleh menjimatkan masa dan wang ketika berulang-alik setiap hari maka anda boleh simpulkan ianya berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding jika anda membeli hartanah yang lebih murah tetapi  jauh jaraknya antara rumah dan tempat kerja anda. . Walaupun lokasi adalah salah satu ciri yang paling penting, anda juga perlu tahu apa yang penting untuk anda secara peribadi supaya ianya  berbaloi untuk anda ataupun  tidak.

Apabila anda menitik beratkan semua perkara-perkara diatas ini sekurang-kurangnya anda akan mempunyai beberapa pilihan sebelum anda membeli .Jelas sekali anda perlu menitik beratkan perkara-perkara diatas ini bergantung kepada keadaan anda  dan juga bergantung kepada keperluan peribadi anda sendiri. Dalam keadaan apa sekali pun faktor-faktor diatas haruslah menjadi keutamaan  supaya rumah dan hartanah yang anda beli sempurna untuk anda duduki dan rumah impian dapat anda miliki.Ambil lah masa untuk menilai hartanah yang  ingin dibeli dari setiap sudut demi kebaikan dan kedudukan anda keseluruhan nya

sekian..



Sunday, 17 July 2016

4 KISAH PENGALAMAN PEMAIN GAME POKEMON GO.

Assalamualaikum..



Sekarang ni ramai yang bercerita tentang game Pokemon Go..Benda tengah hangat diperkatakan  jadi akan muncul la macam2 cerita misteri dan gempar yang berkaitan dengan game Pokemon Go ni . Game yang sedang menjadi fenomena ni adalah game berasaskan teknologi augmented reality (AR) yang tersedia untuk android dan perangkat iOS.Setiap pemain nya boleh menangkap dan  melatih karektor pokemon dalam permainan yang disediakan.Macam best je kan??

Tapi dalam best2 tu pun ada macam2 cerita yang tersebar berkaitan game ni...Nak tahu apa ceritanya jom baca.

Jumpa Pikacu di kubur adik



Seorang lelaki berbangsa Belanda mendakwa dia ternampak Pikachu di kubur adiknya.Ketika sedang berjalan menuju ke kubur adiknya dia sedang bermain game Pokemon Go.Tiba2 dia ternampak Pikachu ditepi batu nisan kubur adiknya.Yang mengejutkan ,  adiknya itu dulunya seorang peminat Pikachu..Didalam game Pokemon Go ini, Pikachu adalah karekter yang paling susah untuk di temui.

Putus cinta gara-gara tangkap pokemon di rumah kekasih



Evan Scribner, dari Sunnyside, Queens, Amerika, berjaya mengesan Pokemon jenis kelawar di sebuah lokasi dipercayai rumah bekas kekasihnya.Dia pun segera ke rumah bekas kekasihnya dan cuba menangkap pokemon tersebut namun tanpa disedari nya kekasihnya tahu evan sedang berada di rumah bekas kekasih.Sejak itu Evan tidak dapat menghubungi kekasihnya dan tahu yang kekasihnya pasti sudah memutuskan cinta mereka.

Isteri sakit bersalin, suami sibuk bermain Pokemon Go



Jonathan Theriot yang sedang asyik bermain Pokemon Go menemui Pokemon jenis Pidgey di katil isterinya yang sedang bertarungn yawa untuk melahirkan bayi ketiga mereka.Dengan rasa bangga Jonathan menunjuk kan screen capture burung pidgey  tersebut kepada isterinya dan isterinya hanya mendengus dan diam.Dia juga memuat naik gambar tersebut di laman sosial miliknya.Berbagai reaksi dari netizen .Ada yang mengecamnya dan ada yang mencadangkan bayi mereka diberi nama Pidgey.

Jumpa mayat ketika mencari Pokemon 



ketika sedang bermain Pokemon Go Shayla Wiggins terkejut apabila menemui sekujur mayat terapung diatas sungai di bandar Riverton .Syala mendakwa dia mengikut peta dan arahan yang diberikan dalam permainan tersebut untuk mencari pokemon namun terkejut apabila dia ternampak mayat terapung diatas air.

bahaya juga game Pokemon Go ni..Takut dia membawa kita ke tempat2 yang bahaya dan siapa tahu jenayah menanti kita di hadapan.Jangan nanti bila game ni dah ada di Malaysia ada pulak yang main Pokemon Go sambil memandu..heheh..keluar suratkhabar , lelaki di tahan kerana memandu sambil bermain Pokemon Go.hahahha...


sekian..

INI 3 PERKARA YANG ANDA PERLU LAKUKAN DI AIDILFITRI

Assalamualaikum...


bergambar kat luar rumah.Ni saudara nak balik dah tapi biasala orang perempuan kalau nak balik tu sejam boleh sembang lagi..campur dengan setengah jam untuk selfie bagai..heheh

Kita masih lagi dalam mood raya.saya percaya hari ni pun ada banyak rumah terbuka untuk kita hadiri.Lagi2 hari minggu memang ramai yang memilih untuk adakan rumah terbuka memandangkan hari cuti boleh la ramai kawan2 dan saudara mara datang bertandang.Tak kira la berapa pun usia kita , kita kena la meraikan
Aidilfitri ni dengan rasa gembira dan bahagia.

Ada orang kata dah tua2 ni tak rasa pun keseronokan Aidilfitri.Saya rasa mungkin orang ini tak tahu Aidilfitri adalah salah satu  nikmat yang Allah bagi pada kita.Jadi bersyukur la dengan nikmatNya.

Dalam pada tu jangn kita lupa di Aidlfitri ni kita ambil la peluang untuk melakukan kebaikan pada orang lain.Antara kebaikan yang kita boleh buat.

sayang nya kami tak de gambar berempat sebab tak de jurugambar.masa ada jurugambar suami lak tak de sebab pi  bawak anak2 dia beraya ke rumah kawan dia ..

Merendah diri
Jumpa pun setahun sekali..Kita mesti nak orang anggap kita dah jadi orang yang hebat, berpengaruh dan sebagainya.Tapi tahu tak itu semua tak penting.Sikap rendah diri dan tinggi hatinya lebih orang senangi..Kalau sebelum ni suka berbangga diri , untuk sehari bersama2 orang tersayang ni jadilah antara orang yang rendah diri.Pandangan orang pada kita  juga turut akan berubah dan kita akan  lebih disayangi

Bersedekah
Bukan dengan memberi duit raya je kita  sudah dikira bersedekah.Memberikan belanja lebih untuk keluarga bagi persedian Aidilfitri atau rumah terbuka juga dianggap sebagai sedekah.Atau kalau mampu boleh juga membatu saudara mara yang kurang berkemampuan .Misalnya  kita  bersedia membelikan baju raya untuk anak-anak saudara kita .Ingat tau..kalau nak bersedekah utamakan orang2 disekeliling kita dahulu.

Bertanya khabar
kadang2 kita ni nak jumpa orang time hari2 biasa memang susah.Aidilfitri je hari yang ada..kan??contohnya macam kawan2 lama.Ada yang rasa janggal pulak nak contact kawan lama dan bertanya kabar.jadi dengan ada nya Aidilfitri ni lah kita ambil peluang nya..Atau ada dikalangan adik beradik dan saudara mara kita yang hanya kita temui di hari raya.Jangan sombong untuk bertanya kabar mereka, kehidupan mereka .Mungkin tanpa kita sedari dalam kita gembira menyambut aidilfitri , hati dan jiwa mereka dirundung masalah yang tak mampu mereka pikul sendiri.


sekian..

LELAKI SELEKEH SELEPAS KAHWIN

Assalamualaikum...



Ramai yang percaya lelaki selepas kahwin akan lebih terurus dan bergaya. disebab kan ada isteri yang boleh menguruskan bab pakai dan makan.Sebab tu ramai lelaki yang kalau sebelum kahwin kurus je, baju pun depan belakang bergosok tapi kat lengan berkedut.hehehh..Selepas berkahwin semua urusan pakai dan makan diuruskan isteri..Badan makin berisi, muka nampak bersih, baju kerja pun cantik je bergosok sempurna.

Tapi kalau ada lelaki yang selepas kahwin makin selekeh jangan pulak disalahkan isteri sebab tak pandai jaga laki.Dah tentu suami dia tu bukan budak sekolah tadika.Sebelum kahwin boleh je melaram , kemas dan bergaya.tapi lepas kahwin asyik berseluar pendek, pakai singlet dan rambut kusut masai..memang ada lelaki macam ni sebab mereka merasakan bila dah kahwin tak payah la nak bergaya macam orang bujang. Bukan isteri tak tegur tapi kalau dia sendiri tak nak berubah apa la yang isteri boleh cakap.nasihat lebih2 nanti tersentap pulak ,..Dah katanya derhaka..



Saya tengok contoh macam pelakon Shukri Yahya.Ramai yang kata dia nampak selekeh selepas berkahwin.Dengan jambang nya, lepas tu rambut tak terurus.Selalunya perempuan je yang buat perangai macam ni...Bila dah mengandung mula la rambut mengerbang, badan pun busuk, mandi lewat..muka pun kusam je macam tak cukup vitamin.hehehhe..

Jangan fikir orang tak mengata kalau lelaki selepas kahwin ni selekeh..Ingat orang perempuan je ke yang orang perhati.lelaki pun sama jugak.kena jaga penampilan..Pergi spa, potong rambut, pakai pakaian yang sesuai kalau nak bergambar untuk tatapan orang ramai, sebelum upload gambar tu tengok2 sama gaya kau .Jangan la muka berminyak , kusam pun kau nak upload..takut pulak nanti balik kampung mak ayah tegur, isteri tak jaga ke sampai kau nampak selekeh macam ni.nama isteri jugak yang busuk.kau tetap nampak suci.heheheh..


sekian..

Saturday, 16 July 2016

INGAT TAK WAJAH PELAKON - PELAKON CILIK NI?BAGAIMANA RUPA MEREKA SEKARANG?

Assalamualaikum..



Saya seorang penggemar filem-filem Hindi.
Antara yang paling saya suka ialah Filem Dilwale Dulhaniya Le Jayenge.
Filem lakonan hebat Shahrukh Khan dan Kajol.
Dalam filem ni Kajol ada seorang adik yang digelar Chutki.
Watak Chutki dipegang oleh Pooja Ruparel

Sorang lagi pelakon cilik yang membintangi filem
kabhi Kushi kabhi Gham yang memegang watak Krish..
Watak Krish di pegang oleh Jibraan Khan.

Tapi kan..Apa kabar la dua pelakon cilik ni..kan??
Sebab tak pernah tengok pun diaorang ni berlakon..
kalau nak  tahu ini lah wajah terbaru dua pelakon cilik ni..

Chutki - Dilwale Dulhaniya Le Jayenge

Krish- Kabhi Kushi Kabhi Gham
 Nak tengok gambar pelakon2 cilik yang lain , Jom kita tengok..

tak ingat nama watak nya tapi dia berlakon dalam Kuch Kuch Hota Hai

Pooo>>.,,Pooja- Kabhi Kushi kabhi Gham

Ihsaan- Taare Zameen Par . Dia sangat popular dia diindia sekarang..best kan filem ni..

Anjali - Kuch Kuch Hota Hai

Anjali yang paling cantik...

sekian...

INGAT TAK WAJAH PELAKON - PELAKON CILIK NI?BAGAIMANA RUPA MEREKA SEKARANG?

Assalamualaikum..



Saya seorang penggemar filem-filem Hindi.
Antara yang paling saya suka ialah Filem Dilwale Dulhaniya Le Jayenge.
Filem lakonan hebat Shahrukh Khan dan Kajol.
Dalam filem ni Kajol ada seorang adik yang digelar Chutki.
Watak Chutki dipegang oleh Pooja Ruparel

Sorang lagi pelakon cilik yang membintangi filem
kabhi Kushi kabhi Gham yang memegang watak Krish..
Watak Krish di pegang oleh Jibraan Khan.

Tapi kan..Apa kabar la dua pelakon cilik ni..kan??
Sebab tak pernah tengok pun diaorang ni berlakon..
kalau nak  tahu ini lah wajah terbaru dua pelakon cilik ni..

Chutki - Dilwale Dulhaniya Le Jayenge

Krish- Kabhi Kushi Kabhi Gham
 Nak tengok gambar pelakon2 cilik yang lain , Jom kita tengok..

ak ingat nama watak nya tapi dia berlakon dalam Kuch Kuch Hota Hai

Pooo>>.,,Pooja- Kabhi Kushi kabhi Gham

Ihsaan- Taare Zameen Par . Dia sangat popular dia diindia sekarang..best kan filem ni..

Anjali - Kuch Kuch Hota Hai

Anjali yang paling cantik...

sekian...