Saturday, 12 December 2015

9 CARA MUDAH MENGHALAU LALAT DIDALAM RUMAH

Assalamualaikum...


Teringat saya masa kecil-kecil dulu lalat datang ada musim nya.
Tapi sekarang ni boleh kata sepanjang tahun
lalat sentiasa ada.Pantang goreng ikan masin ke, atau
masak masakan yang kuat baunya, mesti lalat
akan datang memenuhi ruang dalam rumah.
Bila dia dah masuk memang susah la nak halau keluar

Saya nak kongsikan beberapa cara yang boleh
kita semua ikut untuk menghapuskan lalat atau mengusir lalat di dalam rumah.
Ini antara cara-caranya untuk menghapuskan dan menghalau lalat.

1-Kertas perangkap lalat

gambar dari google

Ada banyak kertas perangkap lalat yang dijual di kekal.
Ianya disertakan dengan bau-bau tertentu yang boleh memerangkap lalat.
namun anda harus berhati--hati menggunakan kertas pelekat ini kerana
ianya mudah terkena dan melekat pada anak kecil atau pun haiwan kesayangan anda
disebabkan bahagian atas kertas tersebut diselaputi pelekat yang agak kuat.
Saya kurang gemar menggunakan kertas ni sebab bau yang ada pada kertas tersebut
boleh menarik lebih banyak lalat di ruangan dalam kediaman kita.

2-Hirisan daun pandan


Bau daun pandan kurang disenangi oleh lalat.
Jadi ambil beberapa helai daun pandan yang tua.
Hiris nipis2 dan letak kan di dalam
semangkuk air berisi air suam atau boleh diletak kan kering
didalam bekas begitu saja.

3-Lilin


Meletak kan lilin berhampiran makanan yang dihidangkan
juga mampu mengusir lalat.Cara ini banyak dilakukan di kedai2 makan.
Nyalaan api dan haba panas lilin dapat membuatkan lalat
takut untuk mendekati ruang makan anda.

4-Pokok selasih


Dulu di rumah saya ada sejenis pokok.Mak saya kata namanya pokok selasih.
Dia tanam pokok tu sebab katanya bau pokok tu
boleh menghalau lalat.Daun nya rasa macam pedas2 dan beherba.
Mungkin betul ianya mampu menghalau lalat
sebab memang kurang lalat dalam rumah.

5-Kipas angin


Ni cara yang paling mudah namun ianya kurang berguna di sesetengah tempat.
Ianya memerlukan kipas yang kuat dan laju.

6- Plastik transparent berisi air


Saya pernah lihat ada yang menggantungkan plastik yang berisi air
di letak kan di tingkap dapur dan di meja makan.
Ianya sebenarnya untuk mengusir lalat kerana dikatakan pantulan
cahaya yang terkena air itu akan mengelirukan lalat.
Ianya sesuai untuk kawasan yang mempunyai cahaya yang terang.

7-Lemon dan cengkih


Hiris sepotong lemon dan taburkan bunga cengkih yang sudah di kisar atau di tumbuk halus.
ianya mampu mengusir lalat di kediaman atau bilik anda.
Atau anda boleh sekadar mencucuk bunga cengkih tersebut diatas lemon.
Cara ini juga boleh menghalau serangga lain.

8- Lavender

Bau lavender juga dikatakan mampu mengusir lalat.
Lebih bagus jika ruangan anda diletak kan beberapa tangkai lavender.
namun jika tidak ada cukup la dengan semburan lavender ke ruangan anda.
Lalat tidak suka kan bau lavender .

9- Tutup pintu dan tingkap

Ini cara yang sangat berkesan dan saya amalkan sejak dulu lagi.
Bukan saja tak memerlukan modal malah ianya mudah dan berkesan.
heheh..

Selamat mencuba dan semoga hidup anda tenang tanpa gangguan lalat lagi..:)


sekian...


PERASMIAN 15 DISEMBER TAPI SUDAH ADA YANG TIDUR DI KAKI LIMA RESTORAN FIZO OMAR

Assalamualaikum...

Selalunya bila satu restoran dibuka memang ambil masa untuk restoran
tersebut mendapat tempat di hati pelanggan.
Selain dari promosi yang berterusan , hidangan dan layanan sangat ditiik beratkan oleh pelanggan2.
Tapi saya agak terkejut dengan Restoran yang satu ni.
Belum pun dibuka dan dirasmikan tapi sudah ada pelanggan yang sanggup
tidur di kali lima kedai untuk menunggu pintu restoran dibukA.



Restoran Makanan Thai FIZOMAWAR  KITCHEN yang diusahakan oleh
pasangan suami isteri Fizo Omar dan Mawar
ini dikatakan akan dirasmikan pembukaan 15 disember ini namun apa yang mengejutkan
sudah ada pelanggan yang berbaris di kedai dan sanggup bermalam
di kaki lima Restoran tersebut.



Ramai yang mempertikaikan tindakan orang ramai yang terlalu taksub
hingga sanggup bermalam di kaki lima kedai sehingga ianya kelihatan seolah2
ianya sebagai satu strategi pemasaran yang di rancang oleh Fizo dan Mawar sendiri.





Kalau difikir2 kan tak logik jugak kan..
Tak kan la setakat nak dapatkan "preoder" restoran Thai je sampai
nak bermalam kat kaki lima kedai.
Kalau sebelum ni ada yang sanggup bermalam di Kaki lima
hanya untuk membeli tudung Fareeda Tapi yang ni
hanya sebab nak buat tempahan awal untuk  makanan thai.

Harap2 ini bukan lah promosi awal yang di rancang  oleh Fizo Dan Isteri kerana
ianya seolah2 menggambarkan sikap buruk rakyat malaysia yang terlalu berlebih lebihan
untuk perkara2 yang tidak penting dan tidak masuk akal.


sekian..

INILAH ANAK-ANAK SAYA..

Assalamualaikum...

Jom la kita menulis benda yang best pulak..
malas dah makcik nak duduk mengenang kan
sikap2 manusia yang suka fitnah dan aniaya orang.
Kan mudah kalau cakap tak suka awal2..kan??
Mujur Makcik ada bahu sasa dan dada bidang suami untuk bersandar..
ekekek...

Kakak kata ibu ambil gambar depan cahaya matahari tu yang buat gambar ni nampak gelap.Ye ke  salah ibu??ke kakak yang memang gelap..ekekekk




Ni nak cerita pasal anak-anak bertuah saya ni..
2,3 hari lepas saya ada cerita tentang anak-anak saya yang cerewet bab makan.
Lepas tu ada dapat mesej kat " contact ' tu..
dia kata pembaca setia saya dulu masa saya
selalu update tentang anak sulung saya , maisara..
Sekarang sejak dah tak de entry pasal anak saya
dia tak baca la blog saya dah.
banyak la dia tanya maisara dah besar mana,
petah bercakap lagi ke atau dah jadi pemalu?
heheh..Nak baca tentang maisara boleh la jenguk kat sini.
scroll sampai bawah klik kat nombor2 tu untuk baca entry lama2 tu..

Jarang2 ni saya nak tunjuk gambar anak2 kat blog.
jadi entry pagi ni meh la hadap 2 makhluk kecil
yang sentiasa menggamat kan rumah saya
dan selalu buat ibu depa berpeluh.

Saya pernah cakap kat suami macam ni ..

"kemas depan, kat bilik bersepah..kemas bilik , satgi stor pulak berselerak.aih..nak kena mengamuk ni."

Suami: Biar la..rumah yang bersepah tu tanda anak-anak kreatif.

Saya: ya ka??nanti jangan bagi alasan rumah bersepah punca abang nak kawen lain tau..

hahahah...
Mikhail (adik) yang selalu perasan dia adalah boboiboy..

Tapi kan saya perasan la yang rumah saya ni
kemas time anak2 sibuk mengadap tab dan komputer je..
hahahah..memang ada masa2 nya saya bagi depa
guna gadjet sebab ni zaman depa.
Guna pun untuk pembelajaran dan berhubung dengan kawan-kawan
dan  ada had masa nya..

Adik ketika dipaksa menjadi model untuk video klip kakak ketika menyanyikan lagu Let it go..


Biasa nya rumah saya cuma kemas awal pagi dan lewat malam sahaja.
sabar je la ...

Klik untuk dapatkan Free gift dan rebat sehingga rm200- Klik sini!!!!!


sekian..

Friday, 11 December 2015

SEMOGA BAHAGIA HANYA DI DUNIA...



Tiada maaf untuk mereka yang menganiaya saya..
Hilang terus dari dalam hati ni.
Kepercayaan, kasih sayang  dan hormat..
segala nya lenyap dalam sekelip mata..

Terus lah hidup di dalam sifat suka
menghina dan merendah-rendah kan orang lain.
kalau itu yang boleh buat kamu semua bahagia.
Tapi ingat..bahagia di dunia tak kan kekal selamanya..

sekian..




Thursday, 10 December 2015

4 TIPS MUDAH MENCAIRKAN COKLAT DENGAN BETUL

Assalamualaikum...




Coklat memang makanan kegemaran ramai terutama nya bagi kanak-kanak dan wanita.Coklat adalah lambang cinta dan ketenangan...Rasa manis dan pahit yang lembut bersatu di dalam mulut .mencair dan memberi rasa sensasi pada pemakan nya.Wah!!nampaknya penggemar2 coklat dah telan air liur..hahaha...


Baru2 ni ada yang tanya saya macam mana cara saya cairkan coklat.Kalau nak tahu cara saya cairkan coklat adalah cara yang salah dan boleh mengubah rasa coklat.hahah.tapi ini saya buat time untuk makan sendiri je..saya suka cair kan coklat guna microwave.jangan tiru cara saya ni sebab silap2  hangus coklat awak.kalau nak bagi kat orang ke, buat la betul2 ye.

Tapi yang sebenarnya ada cara dan tips yang betul untuk mencairkan coklat.Nak tahu cara nya..?jom ikut 4 langkah mudah untuk mencairkan coklat dengan betul.

1- Alatan kering
Sebelum awak memulakan proses mencairkan coklat pastikan semua alatan yang awak gunakan kering dan bersih.sedikit air saja boleh merosak kan coklat kita.Bukan saja bekas dan alatan yang kering malah tangan kita sendiri juga harus lah kering dan bersih.

2-potong coklat 
Untuk memastikan coklat mencair dengan cepat dan sekata Potong coklat kecil-kecil dalam bentuk kiub atau dipecah-pecahkan menjadi lebih kecil.

3-jangan panaskan secara terus
Untuk mencairkan coklat ,cara  yang paling baik ialah dengan kaedah double boiler.ianya dengan meletak kan bekas berisi air panas di bahagian bawah dan bekas berisi coklat dibahagian atas.(rujuk gambar di bawah)


Kaedah ini memerlukan anda menggunakan bekas yang tahan panas.Aduk coklat perlahan2 sehingga coklat mencair.pastikan ianya tidak berketul dan mencair dengan sempurna sebelum diangkat .

4- Terus padam api
Pastikan selepas coklat mencair api dapur terus ditutup dan magkuk coklat di angkat untuk mengelak kan suhu meningkat dan ianya boleh merosak kan coklat.

Contoh coklat yang rosak ialah ianya berbiji-biji dan menjadi seperti doh (tidak mencair dengan sempurna).Ianya kerana coklat sangat sensitif dengan haba.Jadi lepas ni kena jaga2 bila mencairkan coklat ye.Gunakan teknik yang betul.Semoga berjaya..


sekian..

CARA BUAT KUACI BIJI LABU

Assalamualaikum..




Saya memang suka makan kuaci biji labu ni.
Eh!1awak pun panggil ni kuaci biji labu..kan??
kalau namanya lain saya tak tahu la..
tapi yang ni memang saya panggil kuaci biji labu.
Rasanya sangat sedap lagi2 bila dimakan ketika menonton
bolasepak dan gegar vaganza.hahahah

Biasanya kita beli je..kan??
kalau nak murah beli je kat pasaraya tu..
Tapi yang kat pasaraya dan kedai tu biasanya
kandungan garam dia "makaih.."
boleh buat pecah bibir ni sebab masin sangat..


jadi apa kata kalau buat sendiri je..
Bukan susah pun.Ini cara-caranya..



*sukatan ni untuk jumlah biji labu yang diambil dari sebiji besar labu.~~ Bersihkan biji labu.Masuk kan ke dalam periuk
bersama 2 cawan air.Ambil segenggam garam anggaran dalam 1 sudu besar garam.
campurkan ke dalam periuk tadi .rebus bersama dengan api sederhana.
jika air sudah mengering ,angkat dan tapis  kemudian keringkan biji labu dibawah matahari
sehingga kering.kemudian boleh la di makan..

Tapi musim2 hujan ni susah juga nak jemur kat matahari..kan??
Boleh je kalau selepas di tapis tu kita
sangai je atas api yang perlahan..pun boleh jugak..
Senang je..kan??lepas ni cuba tau.

sekian..


ISTERI LARANG SUAMI BALIK JENGUK MAK AYAH

Assalamualaikum...



Saya dok dengar radio Mutiara Fm petang ni..
Cerita tentang anak-anak yang tak balik jenguk mak ayah nya.
Ustaz tu kata ada anak2 yang pasangan nya tak bagi balik
jenguk mak ayah.
Ada ke yang macam tu?
kalau suami2 yang larang isteri balik jenguk mak ayah
tu mungkin ada la ..kan??
Ada la tu sebab2 nya dia tak bagi balik.

Tapi kalau isteri yang tak bagi suami balik
jadi punca kenapa suami tu tak balik jenguk mak ayah
rasanya macam tak logik pulak..kan??
Kecuali la suami tu tak dak kaki atau tak dak upaya
nak balik sampaikan nak balik jenguk mak ayah sendiri pun isteri yang uruskan.

Kalau pun isteri tak suruh balik
rasanya suami tu patut ada kesedaran sendiri la nak
balik jumpa mak ayah dia.
tak kan la nak balik jenguk mak ayah pun isteri nak kena ingatkan.
Betul tak??

Patutnya suami2 rasa tercabar kalau
ada isteri yang ingatkan dia supaya balik jenguk mak ayah..
mak ayah awak, isteri pulak yang ingat kan.
memalukan betul!!tak pasal2 nanti orang kata
awak ikut cakap isteri pulak..betul tak??
isteri suruh baru nak buat..kalau tak suruh tak buat la..

Tapi pandangan orang2 luar ni..
Bila lelaki tu jarang balik jenguk mak ayah,mula la dia
kata isteri tak bagi balik.
aduhai//bodoh sangat ke si laki tu sampai
isteri tak bagi balik pun  dia ikut je cakap isteri??
hahhah...sebenarnya itu semua bergantung pada
sikap lelaki tu jugak..
kalau dia betul2 sayang dan utamakan mak ayah dia,
apa pun jadi dia tetap akan balik.
Isteri tu letak la parang kat leher pun , dia akan balik jugak..
betul tak??

sekian..

BILA DAPAT APA YANG DI MINTA....

Assalamualaikum...



Sejak 2 minggu lepas saya terimgin samgat nak makan
pisang muda masak lemak
tapi tak mau yang pedas sangat.
saya bagitau pada suami tolong carikan pisang muda.
tapi susah la nak jumpa kat kedai2 ni.
kalau nak sayur2 macam ni kena pi ke pasar nun.
mana la sempat dia nak ke pasar.

Tengah dok berkira2 bila ank ke pasar tu,
tiba2 je ada jiran yang hantar kan pisang muda.
bukan banyak pun.dalam 7,8 biji je.
mungkin rezeki saya kot..
akhirnya dapat la makan gulai pisang tu.

Rasa seronok nya la sebab Allah mendengar dan memakbulkan doa
manusia banyak dosa macam saya ni.
Alhamdulillah..

Dalam seminggu ni saya tak sihat.
Saya batuk sampai sakit bahagian bawah paru2 kanan.
memang sakit sangat sampai nak tidur pun tak boleh.

Tapi Alhamdulillah...Sakit itu kan pengahapus dosa-dosa kecil.
Selama ni saya berdoa semoga Allah ampun kan dosa2 saya,
Kali ni Allah makbul kan doa saya.

Saya ni bukan nya orang yang sentiasa bertuah..
Bila apa yang kita minta tu kita dapat,
walaupun untuk berkara2 kecil dan walaupun Allah tak bagi semuanya,
saya rasa saya juga  antara insan yang sangat bertuah..

Alhamdulillah..


sekian..

Tuesday, 8 December 2015

CEREWET NYA BUDAK-BUDAK NI...

Assalamualaikum....

Setiap hari pening kepala ni tak tahu nak masak apa.
sebab dok ulang2 hidangan yang sama je..
Anak2 pulak bab makan memang cerewet.

kalau makanan melayu ni
boleh kata bahan2 dalam masakan nya sama je..
ada bawang merah bawang putih dan cili kering.
jadi rasanya pun lebih kurang sama je..
hehhe..hari2 makan bawang..cemuih dah rasa..:p

sepanjang musim cuti sekolah ni
lagi banyak menu saya kena fikirkan
sebab anak2 ni bila dok rumah tak de buat apa
memang benda makan je la yang dia mintak.
benda yang kita tak pernah buat tu
pulak yang dia nak makan.

bila dah buat tiba2 dia kata tak sedap.
tak mau makan..
dan dia akan set dalam kepala dia benda ni memang tak sedap.
kaii ke dua nanti bila kau masak bagi sedap
pun dia tak kan makan sebab dia rasa benda ni memang
jenis makanan yang dia tak suka dan tak sedap.

ha..begitu lah cerewetnya anak2 saya bab makan ni..

sekian..

Friday, 4 December 2015

5 HADIAH YANG BAGUS UNTUK DIBERIKAN PADA PENGANTIN BARU

Assalamualaikum...



Musim kawan-kawan naik pelamin ni . Mesti ramai yang tercari-cari hadiah apa yang nak diberikan pada psangan pengantin baru nanti.Kalau boleh hadiah kita tu biarlah yang pasangan tu akan kenang dan boleh guna.Tapi tak ramai yang fikir macam tu.Asalkan bagi dah la.Guna ataupun tidak itu belakang cerita.hahahh..

Meh kita tengok 5 hadiah yang boleh kita berikan pada pengantin baru

1-wang
Mungkin jumlah nya tidak lah besar pada anda tapi bagi pasangan pengantin ianya adalah satu hadiah yang paling mereka suka dan sedikit sebanyak ianya mungkin membantu mereka di masa depan.

2- Perabot
Almari, katil atau pun meja makan - ianya contoh hadiah yang digemari oleh pengantin baru.hadiah seperti ini bukan sahaja kekal lama malah ianya berguna untuk mereka .

3-Tajaan
Bantuan anda dalam merialisasikan majlis idaman pengantin baru ialah sesuatu yang akan mereka kenang .Mungkin sekadar tajaan bunga telur atau door gift dan jika berkemampuan apa salahnya memberi mereka percutian bulan madu yang akan mereka kenang selamanya.

4-barangan elektrik
Memudah kan urusan pasangan pengantin baru selepas bergelar suami isteri, hadiah anda seperti cerek elektrik, televisyen atau mikrowave adalah pilihan yang sangat sesuai untuk mereka.

5-Perhiasan
Hiasan dinding yang besar dan cantik adalah hadiah yang bagus .Mungkin hiasan dinding ini lah yang akan di pandang setiap hari oleh mereka untuk menenangkan fikiran selepas pulang dari kerja.Ingatan mereka pada anda juga sudah tentu setiap hari..





sekian..

LELAKI INI SEMBUH DARI PENYAKIT ARTRITIS HANYA DENGAN KETAWA

Assalamualaikum...



Pada 1976 seorang wartawan dan tokoh keamanan dunia bernama Norman Cousins telah menulis sebuah buku bertajuk Anatomy Of An Illness.Buku ini berkisar tentang usaha yang dilakukan beliau untuk melawn penyakit jantung dan artritis yang dihidapinya. Menurut doktor penyakit jantung nya serius dan peluang untuk dia sembuh adalah tipis.

Selepas lama menderita dia dia melakukan terapinya sendiri bersama bantuan pil vitamin serta mengamalkan sikap-sikap yang positif.Salah satu terapi yang dilakukan ialah Ketawa.Norman akan menonton filem dan rancangan komedi .Menurut Norman ketawa selama 10 minit dapat mengurangkan sakitnya selama 2 jam.

Apabila kesakitan nya itu datang semula dia akan sekali lagi bergelak ketawa dengan menonton rancangan-rancangan komedi dan ketika itu dia akan rasa lebih seronok, lega dan lupa pada segala masalah yang dihidapi.Proses ini terus berulang hingga akhirnya dia disahkan sembuh daripada artritis.

Norman meninggal dunia pada usia 75 tahun, 35 tahun selepas dia disahkan mengidap penyakit tersebut dan 10 tahun selepas dia mendapat serangan jantung yang pertama.

Apa yang dilakukan Norman membuktikan ketawa adalah satu bentuk terapi  yang amat baik....

sekian..

UNTUK HARI ISNIN NI...

Assalamualaikum...



Hari ni jari kena pisau..
tu yang tak de entry dari pagi..
satu kena kat jari,
satu lagi kena kat tapak tangan..
luka kalau baru memang rasa sakit sengal2 ..kan??
tak tau la macam mana boleh kena..
berangan banyak..heheh
tunggu sat2 lagi panjang la kot entry nya..hahah...

Ni nak pesan kot sapa2 nak review isnin ni ada kosong ye..
cepat2 mai pm bagi detail semua ,
isnin ni entry dah boleh publish..
tapi bayar dulu baru saya publish la..

Saya ni kalau orang kata "rabu baru saya bayar ye.."
ye..saya ok ja..sebab dah bagitau awal2..
yang jenis buat senyap tu yang saya tak mau tu..
kita pulak nak kena pi tanya dia dah bayar ka belum..
Entry pasal dia pageview cecah seribu dah tapi bayaran kita tak dapat2 lagi..sedih la makcik..
ok..paham dak??

sekian..


Thursday, 3 December 2015

7 BAHAN DI DAPUR YANG ANDA BOLEH GUNA UNTUK MELEMBUTKAN DAGING

Assalamualaikum...



Saya nak kongsi dengan awak semua
7 bahan yang kita boleh guna untuk melembutkan daging.
Biasa nya yang liat ni macam daging ayam kampung
dan kadang2 kita risau daging yang kita masak tu
tak lembut,kita pun guna beberapa cara untuk melembutkan daging tu..

Nah..ini dia bahan-bahan
yang awak boleh gunakan untuk melembutkan daging


  • daun betik- ambil beberapa helai daun betik.ramas bersama daging dan bungkus daging tersebut dengan daun betik selama 30 minit,kemudian bilas hingga bersih dan boleh di masak untuk apa hidangan yang anda mahu.
  • buah nenas- parut nenas dan lumur keseluruh daging.perap selama 20 minit.bils hingga bersih dan boleh dimasak
  • cuka epal- rendam daging didalam cuka epal selama 1 jam.kemudian bilas.
  • buah kiwi - perap daging bersama kiwi yang dihancurkan .bersih kan selepas 20 minit dah boleh la di masak apa hidangan yang anda gemari.
  • pati lemon- lumur daging dengan pati lemon selama sejam setengah kemudian boleh la di masak.
  • tomato- lumur dengan daging selama 40- 60 minit dan bersihkan lalu boleh la di masak.
  • hampas kopi - lumur hampas kopi pada seluruh daging .cara ini bukan saja melembutkan daging malah menghilang kan bau hamis daging.
Sesetengah bahan diatas juga boleh dicampurkan bersama ketika anda memasak hidangan yang anda mahu untuk melembutkan daging tersebut.

selamat mencuba..

sekian..

SEKARANG BUKAN ZAMAN BERMENUNG DAN MENUNGGU

Assalamualaikum...


Saya sekarang ni tengah kalut buat persiapan sekolah anak.
Walaupun anak yang sekolah cuma seorang je tapi
saya memang nak siapkan awal2 semuanya .
lepas siap semua baru la lega nak berjalan makan angin ke, nak bercuti ke..kan?
bajet pun tak lari..hahaha..

Sekarang tengok dok cari orang jual telekung untuk budak.
Telekung untuk anak pakai ke sekolah agama.
Telekung yang tahun lepas tu nampak macam dah singkat sikit.
cepatnya anak saya meninggi.Lagi anak besar, lagi banyak nak pakai duit.

Orang kata duit bukan segalanya tapi zaman sekarang duit boleh beli segalanya.
Ada orang yang boleh dibeli iman nya..Suap 2, 3 ratus semua boleh jalan.
nyawa pun boleh dijual beli.kalau tidak tak de la kes jenayah bunuh membunuh tu.
Nak sihat pun kena ada duit sekarang ni kalau tidak
makan  la ubat dari Klinik kesihatan je...
kalau sakit,  nak pi klinik tu pun dah makan kos..

Sekarang kalau tengok makcik2  pakcik yang dah bersara
pun tak mau dok saja..
nak juga buat sesuatu yang boleh mendatang kan duit.

Sebab tu saya pelik sikit kalau ada orang yang sepatutnya bekerja tapi dia tak kerja.
Sebab sekarang ni macam2 cara boleh untuk cari duit.
macam mana dia tergamak duduk saja dengan senang hati tak kerja.
Orang ada PHD pun sanggup jual nasik lemak tepi jalan
sebab nak cari duit.
Suri rumah pun la ni dok rumah tapi ada berniaga sikit2 untuk duit.
Jangan ingat suri rumah la ni tadah duit suami ja tau...

Sekarang bukan zaman untuk kita bermenung menunggu segalanya disuap.
kalau ada yang nak bagi kat kita pun, bukan bagi saja..Ada makna lain tu.
Dah bagi tapi lepas tu ambik balik.baik tak payah bagi..kan??

Jadi sebelum dia bagi lagi banyak untuk ambik lebih banyak dari kita,
baik la kita bangkit usaha cari duit sendiri..

sekian..

HATTA DOLMAT DEDAH ARTIS WANITA PENIPU

Assalamualaikum..

Mula-mula kita baca la dulu caption2 dari Hatta Dolmat, pereka yang terkenal ni.
Dikatakan dia ditipu berkaitan bayaran oleh seorang artis wanita berdarah arab.
katanya sekarang tengah sibuk kumpul bukti berkaitan penipuan oleh artis wanita tu..







Ok..jom la kita main teka teki siapakah artis berdarah arab asal johor itu yang telah menipu pereka popular ini?Dari clue2 yang dia bagi tu rasa macam kenal je kan?


sekian...

HANG NI GILA KA APA??

Assalamualaikum...

Penyakit nyanyuk dan lupa dikalangan muda mudi zaman sekarang ni makin teruk
makin kronik sampaikan orang yang pernah jadi rakan dia pun dia lupa.
saya punya rakan facebook  bukan ramai pun.
saya boleh ingat siapa yang pernah jadi rakan facebook saya.
lagi2 kalau dulu saya pernah like status dia, pernah komen2..
mesti la kita ingat.. kan..??

Eh!!iklan sat...
Cakap pasal lupa ni jom kita imbas sat kenangan 
masa dok kampung dengan opah /nenak kita dulu.
Dulu selalu bergaduh dengan opah saya time mengaji..
hahahah..(klik sini kalau nak imbas kenangan lama)





ok..sambung cerita pasal lupa..
Ini cara saya bila setiap kali saya "unfriends" siapa2
yang saya rasa patut untuk saya tidak berkawan dengan mereka di facebook,.
Saya akan block sekali.Supaya tak de
lagi yang jadi pengintip dan saya pun tak sibuk nak intip
apa dia buat dan sebagai nya.

Jadi bila saya block setiap kali saya unfriend,
saya tak lupa la yang dia ni dulu pernah dalam senarai rakan saya.

Awak pun patut buat macam ni bila
awak unfriend saya sebab tak la nanti
awak tiba2 add saya balik.
Dan jangan terkejut la kalau saya tak aprove awak jadi rakan saya
sebab saya tau awak ni macam mana punya orang.

Time awak tak suka  saya awak unfriend saya.
Lepas tu bila kawan2 awak dok sebut2 pasal saya,
awak pun kalut nak tau jugak apa saya buat, apa status saya tulis,
lepas tu mula add saya balik..awak lupa dulu kita pernah jadi rakan facebook..

hang gila ka apa???


sekian..



ADA BAUCER LAZADA UNTUK DIBERIKAN PADA ANDA

Assalamualaiakum...

Masih ada lagi yang tanya saya.." Akak .ada voucher Lazada lagi tak?"..Ha..ni nak shopping lagi la ni..kan??Maklum la.sekolah dah nak dekat ni.Mula la nak fikir pasal barang sekolah.Nak menapak ke kedai kos lagi..kan??Kalau ada voucher senang la sikit.Betul tak?Saya pun sama la macam awak jugak.Dok intai-intai kat Lazada  juga ni cari barang sekolah anak-anak.Tapi tu la, intai-intai nampak barang sendiri je banyak.Hahah..Untuk tahun baru apa salahnya kita tukar yang lama beli yang baru.kan??Nak tahu saya nak beli apa??

1-Saya ada dengar orang kata jam tangan di Lazada murah tak masuk akal.Jadi ini jam tangan pilihan saya..Harga serendah RM9 tau.Tapi yang saya nak ni harga nya cuma Rm23.00




2-Vacuum lama kat rumah saya ni dah uzur sangat.Bunyi pun dah keluar sama dengan bau .hahhaha..jadi kita tukar la sebelum meletup tiba-tiba.

3-Untuk tahun baru rasanya buku2 saya pun nak juga ruang yang baru dan lebih selesa.Rasanya rak buku ini sangat sesuai untuk diletak kan di sudut bilik saya.harga pun murah.Rak ni ada dua satu warna pink yang tak sesuai untuk bilik saya.Jadi saya pilih warna kelabu ini.

Tapi nak beli semua ni ada ke duit???hahahha...dah tentu la.Lagi pun  kita ada voucher dari Lazada yang nak diberi pada awak semua.Semua orang boleh guna Lazada Voucher ni ye..Ada banyak Voucher untuk diberikan pada awak...Jom shopping!


sekian.

RISIKO RAMAI PENGIKUT DILAMAN SOSIAL

Assalamualaikum...



Siapa ada follow saya kat facebook , kat instagram ..ada??
kalau tak de ni ha..facebook saya Diana Rashid
Instagram saya pulak di sini Diana Rashid

Wah..tetiba promote laman sosial sendiri ni dah kenapa kan??
saja la nak menambah ramai kawan dan rangkaian..gitewww...
Tapi semakin ramai rakan kita dilaman sosial semakin besar risiko nya.
Risiko nak bergaduh, risiko akaun nak kena hack,
risiko nak diganggu dengan ayat2 lucah dan sebagainya.
Dalam ramai2 tu bukan semua tu suka pada kita.
Jangan marah kalau tiba2 pendapat dan pandangan kita
ada yang bangkang dan silap2 dia capture screen untuk buat bahan jenaka.

Jangan terkejut juga bila ada yang jadi batu api.
Dia tengok awak baik dengan si A, dia pun
pergi kat awak mencocok awak dengan macam2 ayat yang
buat awak marah dan tiba2 awak rasa si A  ni umpama saingan awak .
Terus dari kawan jadi saingan pulak.



Macam baru2 ni berlaku kat Pak Nil.
katanya dah retak2 sikit hubungan dia dengan sorang kawan dia ni
gara2 orang dok cocok2 kawan dia.
kawan dia pulak rasa tercabar, terus maki hamun Pak Nil
dengan ayat2 tak sedap di dengar.
Siap ada video si kawan Pak Nil ni buang
benda yang paknil bagi kat dia ke dalam tong sampah.
Kesian Pak Nil tau..Tak pasal2 je..kan?

Sekian..

STATISTIK BLOG DIANARASHID DOT COM UNTUK BULAN NOVEMBER

Assalamualaikum...



Terlupa pulak saya nak buat entry statistik blog saya ni untuk bulan november.Untuk bulan November yang lepas saya berjaya menulis hanya  65 entry.Harapan nak menulis 5 entry sehari nampak nya masih tak kesampaian.

Bulan november juga saya banyak tawaran menulis review.Alhamdulillah.Boleh dikatakan setiap minggu ada hasil dari blog ni.Affiliate yang saya join pun dah nampak peningkatan hasilnya.Tak de lah menulis kosong2 je..kan??

Nak cakap pasal pageview pulak...bulan november yang best nya pageview saya lebih dari 10k kekal setiap hari dari awal sampai akhir november.Cuma lepas ni perlu lebih kerap update  dan  rajin cari pembaca supaya ada peningkatan masa akan datang.

Tu je la nak citer untuk staistik blog dianarashid.com kali ni..Jom la kita usaha sama2 untuk meningkatkan blog kita.Usaha hariini perlu lebih dari yang semalam..kalau semalam kita cuma menulis dan blogwalking apa kata hari ni kita tulis , kita blogwalking dan kita share  ..

sekian..




Wednesday, 2 December 2015

CARA PINDAHKAN WANG DARI AKAUN PAYPAL KE AKAUN MAYBANK

Assalamualaikum...


Saya dah buat akaun paypal sejak 2 tahun lepas.
Tapi lepas daftar  semua, akaun tu tak aktif sebab ada
masalah dengan kad maybank saya.
Bila nak terima bayaran dari review , ada yang tanya " ada akaun paypal tak?"
saya cakap tak de,sebenarnya ada tapi sebab tak boleh guna
jadi terbiar macam tu je..

Sampai la satu hari tu lepas saya tulis satu review,
tiba2 dia nak bayar guna paypal.
dia kata dia akan tunggu sampai saya aktifkan paypal
sebab syarikat dia dari luar negara.
Jadi kena guna paypal jugak.
Saya pernah nak pinjam akaun rakan blogger lain tapi
tak jadi sebab suami kata call je la maybank tu selesaikan semua.
lepas buat beberapa panggilan telefon akaun tu pun aktif.

Sejak tu memang dah banyak  kali saya terima bayaran
melalui paypal.Paling best bila terima bayaran dalam usd.
masa memula dulu jakun jugak sebab tak pernah terima duit usd..heheh.

Bila dapat bayaran melaui paypal ni saya
akan terus masuk kan duit tu ke dalam maybank.
sebab mudah saya nak uruskan nanti.
Bila awak dah selalu menulis review kat blog ni
penting untuk awak ada akaun paypal.
siapa yang tak de akaun paypal boleh la ikut tutorial ni untuk daftar ye.(klik)

Bagi yang nak tahu macam mana cara nak pindahkan
wang dalam akaun paypal ke dalam maybank
meh saya nak kongsikan caranya.

1-log in ke akaun paypal anda (klik)
2- klik pada bahagian withdraw


3-Kemudian klik kat withdraw to your bank account - tengok syarat dia kat tepi tu.kalau lebih 400 free je.tapi kalau kurang bayaran rm3 caj dikena.

4-kemudian masuk kan lah jumlah yang kita nak pindah kan tu..Pilih akaun bank kita dan tekan continue.Kalau belum "add bank account"  masuk kan dulu no akaun maybank awak ye.nanti ada bahagian Routing code tu masuk kan MBBEMYKL - bagi akaun maybank sahaja.



5-dan kemudian dah siap.tunggu lah dalam beberapa hari macam yang diberitahu untuk duit tu diproses masuk ke akaun awak.

 ok..dah siap...itu je..


sekian.. 

BILA DAH VIRAL YANG BIASA JADI LUAR BIASA

Assalamualaikum..



Kalau awak semua perasan la sekarang ni semua benda orang nak viralkan.
Benda dan perkara yang biasa2 pun orang viralkan
sampai ianya nampak luar biasa.
Ada yang anggap benda yang viral ni sekurang2 nya boleh menyedarkan,
boleh menginsafkan , boleh dijadikan panduan..
Itu saya setuju tapi tak semua perkara tu kita patut viralkan.
Lagi2 kalau benda tu melibatkan maruah seseorang.
Dan seseorang itu ialah orang yang kita sayang.
Contoh macam video atau gambar tersebut
terang2 dan jelas terpampang muka ayah kita
atau pun gambar tu jelas gambar mak kita.



Salah satu yang paling diperkatakan minggu ni ialah
gambar2 dan video adik beradik yang merayu nak jumpa ayah nya
sampai di simbah air oleh kelurga tiri.

Saya tak nampak apa tujuan video tu diviralkan oleh anak-anak ni.
Kata nya sayang tapi tak sedar video dan cerita macam ni akan buat
orang ramai mencaci hina ayah mereka.
Banyak komen2 yang saya baca kata ayah nya tak bertanggungjawab..
ayah nya dayus, ayahnya lemah , macam2 lagi la gelaran yang tak sedap.

Tak pasal2 ianya dah jadi fitnah dikalangan
pembaca dan yang memberi komen tu.
mereka tu bukan tahu pun cerita sebenar..

Kalau lah tujuan kita supaya orang ramai
berhati2 dan ambil iktibar rasanya cukup la kalau
kita cerita kan dalam bentuk bertulis dan tak dinyatakan siapa lelaki itu, siapa wanita tu..
ni sampai keluar video nampak sangat tujuan nya untuk memalukan keluarga sendiri.

Dah sah2 orang akan kata
keluarga mereka ni keluarga yang bermasalah.
kalau saya malu la orang kata keluarga kita macam tu.
Berhati2 kalau nak viralkan sesuatu.
fikir habis2..ada banyak cara boleh selesaikan masalah.
menviralkannya  hanya buat masalah jadi besar.

Kalau nak viralkan video, ini dia video yang bagus yang patut awak viralkan..

sekian..

INI LAKSA KE MEE KARI?

Assalamualaikum...




Pernah dulu saya keluar makan dengan kawan sekerja di satu restoran ni.Sampai kat meja makan tu kawan saya yang asalnya dari indonesia, tanya pada saya "Awak nak makan apa,nanti saya ambilkan.." saya kata pada dia, saya nak makan laksa.Tapi yang dibawa pada saya ialah Mee kari.Rupa-rupanya kalau kat sana mee kari tu diaorang panggil laksa.heheh..

Dia pulak tak minta laksa pada penjual tu.cuma dia tunjuk gambar pada menu yang tertera je pada penjual.jadi mee kari la yang saya dapat hari tu..

kalau kita kat sini , laksa tu yang kuah dia di buat dari ikan, mee nya tu bukan guna mee kuning tapi mee yang dibuat dari tepung beras..kan??Tapi kawan saya ni kata kalau di indon yang ini lah (mee kari) dipanggil laksa...sebelum bekerja di Jb dulu pun saya tak tahu laksa johor juga tak gunakan laksa dalam pembuatan laksa johor.Lain tempat lain panggilan nya..kan??sebab tu kena rajin2 jalan ke tempat orang..heheh

Cakap pasal laksa ni, saya tak boleh makan laksa janggus yang popular kat Pulau Pinang ni.Awat entah rasa dia pelik sangat.Macam diletak gula.Bau dia je saya dah nak muntah.hhahhah..bagi saya itu la laksa paling tak sedap yang saya pernah makan.hahah..

Sekarang tak susah dah nak dapatkan laksa yang sedap.Memang banyak tempat yang jual laksa.Ada macam2 jenis laksa.Boleh baca dan tengok kat sini senarai tempat makan laksa yang sedap dan popular kat malaysia.mana tau kot2 nanti nak singgah boleh la rasa laksa2 yang dikatakan sedap ni.. Mana tau entah2 tempat ni dekat sangt dengan rumah awak.nanti boleh pergi..


sekian..

DAH TAHU SUSAH TAPI SELERA BESAR...

Assalamualaikum...



Bila saya tonton cerita tentang kesusahan satu pasangan dalam video ini yang sampai nak beli susu anak pun tak de duit..saya rasa ramai orang yang alami benda yang sama masa zaman kegawatan ekonomi dulu.Ingat tak lagi zaman tu.masa tu saya baru umur belasan tahun.

Fikir2 macam mana la mak saya boleh bagi lagi kami makan dalam keadaan macam tu?

Zaman sekarang pun ada juga yang sampai nak beli susu anak pun tak de duit.Tapi selera bukan main besar lagi.Macam baru2 ni saya tengok kat Ig Diva AA..nak beli rendang tapi nak hutang dulu, gaji nanti baru bayar.

Alahai..sedih betul la..Tapi pendapat saya kalau setakat benda2 tak penting ni tak payah la sampai nak hutang2.Rendang pun kau nak hutang.Kot ye pun teringin sangat sabar la sampai kau gaji nanti.

Memang ramai yang jenis suka berhutang untuk benda2 yang tak penting.Pernah jumpa tak orang yang berhutang beli smartphone?

sekian..

Tuesday, 1 December 2015

RASA MACAM NAK LOMPAT BINTANG!

Assalamualaikum...



Tengah jalan2 tetiba nampak belas kekasih..
terus melompat seronok sebab masa tu korang pun single lagi.
Dan dia pun kabarnya masih single..
Mula la hati berbunga2 walaupun
masa putus dulu puncanya ialah dia kedekut!

Pernah tak rasa macam tu??
Rasa seronok sebab jumpa sesuatu yang tak disangka-sangka.
Itu kalau jumpa orang..
kalau jumpa jumpa barang pulak cemana??

Mak saya pernah kata kalau hilang barang,
lepas tu dah cari merata barang tu tapi tak jumpa,
berhenti lah mencari.
Sebab nanti benda tu akan keluar sendiri.hahahah



Paling best kalau jumpa duit.
Bukan duit orang lain pun..
duit kita sendiri.Dulu simpan sampai terlupa kat mana kita simpan tu.

Cer baca entry ni..(Klik)
mesti salah satu nya pernah jadi kat korang.

Tak sangka sangat hari ni beli baju kat satu online shop tu.
tapi rupa-rupanya baju tu ada potongan harga..
Punya la seronok macam nak buat lompat bintang je..

Korang pernah jadi macam ni..??cer citer sikit..


sekian..

3 CARA MUDAH UNTUK MEMBUKTIKAN TUBUH ANDA LANGSING

Assalamualaikum...



masalah kegemukan memang sering menghantui wanita.
pelik juga kan kenapa la wanita ni selalu risau perkara2 yang
ada kaitan dengan berat badan.
Orang lelaki tak de la kisah sangat pun tentang berat badan diaorang kan??
tapi menurut suami saya orang perempuan selalu risau
tentang berat badan sebab sikap segeklintir lelaki yang suka
memandang wanita hanya pada kecantikan..
ha!!ada betul nya jugak tu..kan??

Hari ni saya nak kongsikan cara untuk wanita2
check sama ada badan dia langsing atau pun tidak.
ada beberapa cara ..meh kita heck satu2 ye..



1-letak syiling di leher.
Ramai yang dah pernah cuba cara ni.
Letak kan beberapa syiling ke leher.
kalau tak jatuh tu maknanya awak betul2 langsing.
kena letak banyak la.setakat sekeping tak jadinya..heheh



2- sentuh payudara
menyentuh payudara dari belakang.
cara nya macam gambar di bawah ni.
kalau awak dapat sentuh itu maknanya awak lansing.
jangan dipaksa2 ye..kalau tak sampai, terima
je la hakikat...mungkin badan awak bukan kategori langsing..tapi yang biasa2 ja..hhahah


3-sentuh pusat
sama macam no 2..lakukan sentuhan dari belakang.
jika berjaya, tahniah..anda memang langsing.
kalau belum berjaya, usaha lebih kuat ye..

jom la kita cuba..mana tau dapat sentuh ..kan??
heheh..yang dah tahu tanpa mencuba tu ,
bersabar saja la..


sekian..