Wednesday, 18 November 2015

TIPS UNTUK PENIAGA ONLINE AGAR DISENANGI PELANGGAN

Assalamualaikum..



Sekarang ni ramai juga kawan-kawan saya di alam maya ni yang dah mula berjinak-jinak dalam perniagaan atas talian.Bermacam-macam barang jualan yang mereka ada. Satu kelebihan juga untuk saya sebab tak payah nak membeli pada orang yang saya tak kenal.Tak la risau di tipu dan sebagainya.Jadi hari ni saya nak beri sedikit tips untuk peniaga2 online ni supaya mereka akan disenangi oleh pelanggan dan orang ramai.

1-Gunakan bahasa yang baik.
Ini paling utama sekali kalau nak  berniaga .kalau awak jenis peniaga yang awal2 dah nampak ciri-ciri garang tu ada kemungkinan orang takut nak membeli.Sebab saya selalu fikir kalau peniaga macam ni agak sukar untuk pembeli memilih.Pembeli terpaksa terima je apa yang sampai depan mata.Nak complain nanti tak pasal2 kena marah.jadi baik saya beli pada orang lain..."serius buyer only..yang setakat nak tanya je,pergi berambus!!"..kau rasa ada tak orang nak beli dengan bahasa macam tu??

2-Nyatakan harga dan maklumat barang jualan
Ada orang kata, .."dah letak harga  semua pun dok tanya lagi.."..jangan risau..macam mana pun anda tetap perlu letak harga dan maklumat tentang barangan.Yang tak baca tu mungkin sorang dua je, Tapi masih ramai yang baca dulu sebelum bertanya..jangan risau tentang persaingan harga.Selagi anda disenangi oleh ramai pelanggan, tak mustahil orang tetap akan membeli dengan anda.Sebab itu tonjolkan ciri-ciri yang baik ketika berniaga.



3-Kerap kemaskini barang jualan.
Ini untuk memudahkan pelanggan dalam memilih.Sebagai pelanggan saya agak kecewa bila setiap kali saya terpaksa bertanya pada peniaga sama ada barangan yang dipaparkan  masih ada atau sudah habis..4,5 kali tanya pun semuanya habis..tak de stok.Buang masa je..kan??.jadi ada baiknya anda kemaskini senarai barangan.

4-Jangan mengganggu pelanggan atau rakan dilaman sosial.
Jangan sesekali tag rakan anda pada produk jualan anda kecuali jika disuruh.Ini menyebabkan rakan anda akan rasa terganggu dengan notification yang masuk .Nasib tak baik anda akan di singkirkan dari senarai rakan lain yang terganggu.Anda juga yang rugi nanti...

5-jangan berjanji jika tidak pasti.
Ada sesetengah peniaga mengambil dulu bayaran sebelum barang sampai.cara ini agak berisiko kerana ada bermacam kemungkinan  yang akan berlaku.Apa lagi jika kita menerima bayaran dari pelanggan baru yang masih tidak tahu cara perniagaan kita dijalankan...Dia mungkin akan berulangkali bertanyakan tentang barangan nya yang masih belum sampai.jadi untuk mengelak kan berlaku salah faham jangan berjanji dengan nya dan jelaskan bagaimana dan bila dia boleh mendapatkan barangan yang dipesan dengan jelas sehingga dia faham.



6-sabar
Berhadapan dengan pelanggan yang cerewet adalah salah satu cabaran dalam apa juga perniagaan.Walaupun hanya di dalam talian , pelanggan yang cerewet juga boleh sedikit sebanyak menguji kesabaran kita.Bersabar lah..Mungkin dengan sikap sabar kita membuatkan pelaggan yang cerewet itu senang membeli dengan kita dan tak mustahil kita adalah online shop pilihan utamanya dan siapa tahu mungkin dia ada cadangkan online shop kita pada rakan2 nya yang lain.

Jika kita tahu mengawal situasi dan jujur dalam perniagaan kita InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar .Tindakan kita yang tidak profesional dalam perniagaan  hanya akan merugikan dan memalukan diri kita sahaja.


sekian..

TUNGGU KAU ADA ANAK NANTI KITA TENGOK MACAM MANA..

Assalamualaikum...



Seronoknya saya tengok sejak semalam
ramai ibu bapa yang kongsi keputusan UPSR anak-anak mereka
di facebook dan blog.
Tak kira apa keputusan anak-anak mereka
semuanya berbangga dan bersyukur.
Alhamdulillah..

Macam tu la..tak perlu nak kecewa dan sedih dengan keputusan
anak kalau ianya tak macam yang kita harapkan.
Baru UPSR..kan??masih panjang lagi perjalanan mereka.
Sekurang-kurang nya UPSR ni menyedarkan sesetengah ibu bapa
dimana dan apa kelemahan anak mereka.
Lepas ni dah tahu mana kurang dan lemahnya mereka
jadi buat yang lebih baik.

Dalam pada itu ada juga mereka2 yang
sakit mata tengok ibu ayah ni berkongsi keputusan anak2.
Dan yang paling tak best yang dok pertikaikan tu
adalah mereka2 yang belum berkahwin pun.

Agaknya rimas kot rakan2 yang dah berkahwin ni
dk kongsi keputusan anak, sampai tak nampak status2 tentang cinta
dan status gila2 dari rakan yang lain.

Bagi mereka2 yang belum berkahwin atau ada anak
mungkin mereka belum berada di tempat ibu bapa ni.
Tunggu la bila kau dah ada anak nanti,
silap2 anak kau menguap pun kau bagitau kat facebook.

Dunia ibu ayah ni apa sangat la yang penting pun
selain dari anak-anak mereka.
Jadi kalau mereka dok kongsi tentang anak-anak mereka,
itu pekara biasa je.Tak de timbul pun soal menunjuk-nunjuk, riak, berlagak atau apa je.
Dah itu je perkara penting dalam hati ibu bapa.

Apa kata sebelum kau ada anak ni kau
ambil la sikit apa yang ibu bapa ni kongsi tentang hal anak2
untuk kau jadikan pengalaman orang lain sebagai bekal
bila kau dah ada anak nanti.

Jangan la asyik fikir -ve je.
Orang2 muda sepatutnya lebih +ve,
tapi sekarang saya tengok mereka lebih banyak
suka bersangka buruk dan menyalahkan orang lain.

sekian..

Tuesday, 17 November 2015

5 TIPS PENTING UNTUK TRAVEL BAJET BERSAMA ANAK-ANAK

Assalamualaikum....



Musim cuti sekolah dah tiba.Mesti dah ada yang merancang untuk pergi bercuti dan bawak anak jalan-jalan kan??Tapi banyak perkara yang nak di fikirkan dalam merancng percutian dengan keluarga.Kalau jalan-jalan sendiri atau dengan kawan-kawan mungkin mudah bagi kita tapi kalau dengan anak-anak ada beberapa tips yang perlu kita ikuti supaya percutian kita menjimatkan dan berjalan lancar.



1-Pastikan cuaca tidak menjejaskan percutian anda
Untuk mengelak kan kos yang berlebihan atau percutian anda menjadi sia2 jangan melakukan perjalanan ketika musim hujan .Anda mungkin hanya akan menghabiskan masa di dalam bilik hotel dan segala perancangan anda akan tergendala.Ia  menyebabkan kos anda juga akan bertambah.



2-Bersedia dengan tahap kesihatan ahli keluarga
Pastikan tahap kesihatan anda dan ahli keluarga dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.Ianya untuk mengelak kan kos perubatan yang tinggi di tempat yang anda pergi.bayangkan jika ada ahli keluarga yang terpaksa di tahan di wad, dah tentu percutian anda hanya di hospital sahaja..Adakalanya cuaca di negara lain mempengaruhi tahap kesihatan kita.Jangan lupa sediakan ubat-ubatan untuk perkara-perkara kecemasan sebagai persediaan.



3-Tinggalkan kenderaan anda 
Jika anda melakukan perjalanan ke negara-negara yang berdekatan adalah lebih baik anda menggunakan syarikat penerbangan.perjalanan menggunakan kenderaan sendiri hanya akan membuatkan kos bertambah. Minyak, tol, dan ada kemungkinan kos anda akan meningkat jika berlaku kerosakan pada kenderaan anda.Boleh lawatai laman web mana2 syarikat penerbangan untuk mendapat kan harga terendah untuk anda dan anak-anak.



4-Guna cara orang tempatan
Hotel, kenderaan, tempat makan segalanya anda boleh dapatkan dengan harga murah jika anda menggunakan semua ini seperti orang tempatan.Kelebihan nya anda akan melihat budaya dan cara hidup orang tempatan dengan lebih dekat.



5-Elak kan tempat membeli belah
Pastikan anda dan keluarga tahu apa tujuan perjalanan kali ini.Ianya hanya tentang melihat dan merasai pengalaman di tempat orang.Bukan untuk membeli belah dan menambahkan jumlah bagasi.Jika tidak bersedia lah dengan kos tambahan yang terpaksa di tanggung.


Bagi yang belum berkeluarga dan nak tahu macam mana nak travel dengan cara yang menjimatkan boleh la ikuti tips-tips di sini.(klik)

sekian..

AJAK PENGIKUT CARUTKAN ASTRO AZWAN ALI TAWARKAN RENDANG CHEF DIVA

Assalamualaikum...

Astro ni memang dari dulu lagi suka ulang2 siaran nya.
ye la..kita pun tahu stesen tv ni kan stesen tv yang kita kena langgan.
Ada yang langgan hari ni, ada yang langgan minggu depan, bulan depan..
sebab tu dia ulang2 supaya pelanggan yang baru pun dapat tengok 
siaran yang sebelum2 ni..

Tapi yang dah lama melanggan , 
mesti rasa boring jugak dok tengok rancangan 
yang sama je..dalam satu hari tu boleh dikatakan 90% nya 
adalah rancngan lama yang diulang tayang sampai
penonton yang dah lama melanggan ni naik cemuih sekaligus naik angin..



Kalau drama2 di  Prima dan Ria tu lagi la..
ada la satu dua drama baru..
yang lain semua drama lama.



Hari ni Diva AA mengajak pengikut2 nya dilaman IG
untuk carutkan Astro gara2 Astro ulang tayang siaran Sembang teh tarik
yang menampilkan dirinya sebagai tetamu jemputan.

Siapa yang carut boleh dapat Rendang AA.
Haih..orang ajak la buat benda yang baik..
ni ajak buat benda tak baik pulak.
Yang hairan nya ada jugak tu yang ikut sama 
maki hamun astro.

Sekian..



ADA KE GADIS MELAYU YANG TERIMA SAJA SESIAPA UNTUK JADI PASANGAN HIDUP?

Assalamualaikum...

Orang kata kalau nak kahwin ni kena pilih pasangan betul2.
Sebab kita bukan nak kahwin sehari.
Nak sampai mati ikatan perkahwinan kita dan suami..
Biarlah yang itu pertama dan terakhir..InsyaAllah.


tapi kalau dalam kes macam gambar diatas ni ,
apa pendapat kawan2.?
Adakah betul gadis2 melayu ni memang berani kat
status laman sosial je.
Padahal dia tak maksudkan langsung dengan apa
yang dia tulis..??

Saya memang agak setuju dengan apa yang di tulis oleh saudara Mohd Zailee ni.
Mana ada gadis yang tiba2 je
boleh terima entah siapa2 yang dia tak kenal
untuk jadi pasangan dia,.- Pasangan seumur hidup.
Budak2 kecil pun tak mau dekat
dengan orang yang dia tak kenal.
Ni kan pulak dah jadi anak gadis.



Perempuan yang bijak dia akan teliti dulu , kenali
sehabis baik bakal pasangan dia.
Asal usul nya, citarasa bakal suami nya, apa pekerjaan nya..
zaman sekarang benda2 kecil macam tu jangan la dipandang ringan.
Ada pasangan yang bercerai hanya sebab perkara2 kecil.
bercerai sebab gaji suami tak cukup,.
bercerai sebab suami tak makan itu tak makan ini (cerewet).
bercerai sebab suami suka layan whatsapp
bercerai sebab suami selera songsang.

Saya rasa zaman sekarang bukan macam zaman dulu.
Zaman dulu jiran kampung sebelah kenenkan anak
saudara dia dengan kampung yang lain..pun jadi..
Boleh je sampai ke anak cucu hubungan perklahwinan nya.
Tapi sekarang dah berbeza.
banyak sangat anasir2 luar yang
boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

Bukan saya nk kata awak kena berkasih sayang dulu sebelum kahwin.
cuma sekurang2 nya ambil masa untuk mengenali lelaki tu.
jangan baru kenal 3 minggu,
perasaan suka pun tak de, apa lagi cinta,
tiba2 lelaki cakap jom kahwin..
awak pun terus nak .

Lepas kahwin jadi apa2, tanggung la sendiri.
jangan nak menyesal ke apa.

Ada banyak cara lain selain bercinta untuk gadis2 ni mengenali
bakal pasangan dia.
Contohnya macam tanya pada orang terdekat, seperti kawan2,
atau saudara mara si lelaki.
Yang lelaki pun jangan la anggap perempuan ni asal boleh je sampaikan 
awak sesuka hati nak melamar anak gadis orang.
Bila ditolak mula nak naik angin..
perempuan pun ada hal untuk menolak.
padahal awak pun bukan nak sangt kahwin..
saja nak mengusik je.Betul tak??


Jadi pada gadis2 tu lepas ni jangan  nak up sangat la status la
"boleh kahwin dengan siapa2 je.."
"terima siapa je jadi pasangan hidup.."
"biar orang cinta kita, kita tak cinta tu tak pe.."
serius ni..makcik meluat baca..




sekian..

BUAT PRODUK YANG MURAH DAN BERKUALITI TAK BOLEH KE??

Assalamualaikum...



Hari ni saya terbaca tentang boikot.
Ada banyak barang yang disarankan kita untuk boikot.
Tapi saya rasa ada sebab2 tertentu kenapa
orang tak boikot sama.

Kita diajak untuk menggunakan
produk tempatan.
Tapi perasan tak yang kebanyakan produk tempatan ni
harga nya Ampun..mahalnya...

Dalam keadaan ekonomi kita sekarang ni
awak rasa mampu tak kita nak boikot barang2
yang kita gunakan sehari-hari.
Lepas tu nak laburkan duit untuk barang yang harganya
dua kali ganda.

Contohnya macam milo..
Ada yang kata 'jom la boikot..tak payah guna milo dah.."
Ok..kita gantikan dengan serbuk koko macam milo tapi keluaran tempatan.
Keluaran bumiputra..

Ada tak yang murah??
Memang tak de..alasan nya ..

".yang ni berkhasiat sebab ada habatus sauda, bla..bla..bla..."
" yang ni untuk minda..bla..bla..bla..
"yang ni ada kolegen..."


Awak rasa selama ni orang beli milo sebab khasiat dia ke?
tak de nya..orang beli sebab ianya sedap
orang beli sebab ianya murah..

"mahal2 pun kena la sokong produk tempatan..
sokong orang kita sendiri.."

ha ah..ye la tu..
Ingat kita ni cop duit ka nak sokong dia..
awak tu buat la produk yang orang mampu beli..
sokong sama rakyat malaysia yang gaji ciput ni..

Tengok harga tuala wanita..
yang biasa2 ni tak nak pulak orang tempatan buat..
nak ada yang berubat la..berherba la..
lepas tu letak harga sampai berbelas ringgit untuk sekotak.
Lepas tu bila orang guna jenama yang banyak kat kedai tu'
kata kita tak sokong produk tempatan..
sokong israel..Pulak dah!!

lepas ni cuba buat tuala wanita yang biasa tak de berubat2 punya..
yang kualaiti sama macam kotex
letak harga sama macam jenama kotex tu.
boleh buat..??
kalau tak boleh buat jangan cakap banyak kalau orang
tak beli produk tempatan awak tu.

P/s Lucu nya bila kebetulan ada perkara2 macam ni berlaku..
kebetulan je...Tapi lucu..kan??

sekian..

Monday, 16 November 2015

CELUP TANGAN DALAM MINYAK PANAS.LELAKI INI TIDAK MELECUR

Assalamualaikum...

Ingat tak dulu viral juga kisah makcik yang jual goreng pisang tu..
Selamba je dia celup minyak panas untuk goreng pisang.
kali ni kisah yang sama ada di India.
Seorang lelaki yang berkebolehan mencelup minyak panans sambil menggoreng



Ram Babu , lelaki berusia 60 tahun ini berniaga dijalanan dengan memasak kentang 
goreng dan hirisan terung dengan cara yang sangat menakjub kan.
Dia mampu memasukkan dan mengeluarkan tangan beliau ke dalam minyak masak 
yang dipanaskan sehingga 200 darjah Celsius, tanpa cedera


Ram menjelaskan dia mula berniaga ketika usia nya 20 tahun.
Pada suatu hari dia secara tidak sengaja mencelup tangan nya ke dalam minyak panas.
Apa yang mengejutkan ,tangan nya tidak cedera dan melecur.
Sejak itu dia mula tidak menggunakan alatan dapur dan hanya menggunakan tangan 
untuk mengeluarkan dan mengalih kan gorengan nya.



Kebolehan yang dimiliki oleh Ram menyebabkan gerainya sentiasa menjadi tumpuan dan
pelanggan kerap datang hanya untuk melihat aksinya itu.
Berbagai soalan yang kerap ditanya kepada nya dan dia hanya menjelaskan
ianya adalah anugerah tuhan pada nya.

dari segi saintifik ianya kita panggil Leidenfrost effect
iaitu keadaan di mana jika anda mencelup tangan anda
terlebih dahulu di dalam air, (atau cecair sejuk seperti adunan),
dan kemudian mencelup dalam cecair panas, air di sekitar kulit akan dipanaskan
sehingga ia bertukar kepada wap.Ianya mewujudkan satu pelindung
untuk beberapa saat yang melindungi kulit dari cecair panas.

Dia celup badan dia dalam tu pun makcik tak sanggup
nak beli gorengan dia tu..
tengok la gerai dia tu..kotor nya lahai...heheheh

sekian..

SIAPA NAK SILA HUBUNGI SAYA...

Assalamualaikum...

Ada satu iklan banner saiz 120 x 728 kat atas header .
Siapa nak boleh pm saya ye..
nak contact saya scroll sampai bawah blog ni..
nampak ada "contact" kat situ??
ok..nanti bagitau kata nak iklan tu ye..
Sebulan rm20 sahaja..

Review produk saya buka isnin ini..
siapa nak boleh PM..
satu review rm50.

Ini antara contoh2 review yang saya pernah buat.

http://www.dianarashid.com/2013/07/pengalaman-menggunakan-natural-bamboo.html
http://www.dianarashid.com/2015/11/vee-guard-boleh-merawat-masalah.html
http://www.dianarashid.com/2015/10/awasproduk-kecantikan-ini-boleh-buat.html
http://www.dianarashid.com/2015/11/rebut-peluang-beli-iphone6-dengan-harga.html
http://www.dianarashid.com/2015/10/di-mana-tempat-nak-jual-surat-pajak-dan.html
http://www.dianarashid.com/2014/11/sedap-nya-susu-kambing-asli-iqeel-ni.html


sekian..

VEE GUARD BOLEH MERAWAT MASALAH KEPUTIHAN DAN GATAL-GATAL

Sticky Post!!


Assalamualaikum...

Bagi seorang wanita aset paling berharga ialah bahagian Intim nya..tetttt!!!ada la tu yang seram sejuk nak baca..hahahah..jangan macam tu..Kita perempuan kena tahu serba sedikit bab2 penjagaan bahagian intim ni.Lagi2 bila dah bersuami.Sejak anak dara dah kena jaga tau .

Selain daripada memilih makanan yang baik kena juga pilih produk penjagaan bahagian intim yang sesuai dan terbaik.Silap pilih merana la diri.Dapat pulak suami yang jenis mementingkan kebersihan luar dan dalaman.lagi la kena jaga.Rasa nya semua suami2 nak isterinya dalam keadaan bersih,sihat dan berseri-seri..kan??Sebab itu lah saya nak perkenalkan satu produk best yang setiap wanita perlu ada.Vee Guard adalah produk baru yang tengah hangat kat pasaran kerana bukan sahaja fungsinya untuk membersih malah ia juga untuk merawat.



Ha!!teruja la tu...Produk ni sesuai sangat bagi wanita2 yang takut nak makan dan nak  sumbat sebarang ubat di bahagian intimnya dengan tujuan untuk merapat dan mengetat..Memang banyak produk2 yang cara nak guna nya kena sumbat di bahagian intim.Ramai yang  memang takut nak guna produk macam tu.Bila ada nya Vee Guard  lega sebab akhirnya jumpa juga produk yang tak payah nak sumbat-sumbat..betul tak??
pengguna setia Vee Guard

Apa kelebihan Vee Guard?

 1- mencegah

  • bau yang tidak menyenangkan
  • gatal-gatal dan kerengsaan kulit
  • jangkitan kuman


2-Melindungi

  • Keseimbangan PH secara semulajadi
  • mewangikan dan memberi kesegaran
3-mengekalkan

  • Kebersihan miss V
  • kelembapan miss V
  • kesegaran sepanjang hari
Antara testimoni pelanggan yang dah merasai kesan hebat Vee Guard:-


Nak tengok banyak lagi testimoni boleh pi kat laman web Vee Guard.dah ramai yng cuba dan ianya memang berkesan.

Gabungan ekstrak sireh, manjakani dan kacip fatimah membuatkan Vee Guard mempunya khasiat baik untuk penjagaan bahagian intim wanita.Antara khasiat Vee Gard:-

  • merapatkan miss V
  • mencegah dan menghilangkan kegatalan
  • menyelesaikan masalah keputihan
  • menyembuhkan luka selepas bersalin dengan cepat
  • mengatasi masalah kulat dan kuman

Cara nak gunakan nya memang mudah.Picit sikit kat tapak tangan kemudian bersihkan bahagian intim.cuci dengan air bersih.dah siap.Bau dia harum sangat tau.Tak de pun bau sirih tu.yang ada cuma bau wangi ..



Nak dapatkan produk best ni?Hubungi :-

Nur Ain - 0195091982 
Ayu Eleena- 0174010645
Facebook : https://www.facebook.com/Wanita-100-HQ-VeeGuard-903061109786062/timeline
laman web:  http://www.vee-guard.com/

sekian...

Sunday, 15 November 2015

KENAPA PERLU BERKHATAN DAN CARA-CARA BERKHATAN

Assalamualaikum...



Cuti sekolah hampir tiba.Ada yang dah merancang nak buat majlis khatan untuk anak.tapi rasa was2 nak buat ke tidak?ada juga yang tertanya2 kat mana nak buat? ada tak khatan yang tak menyakit kan.Macam2 soalan yang berlegar2 dikepala sampaikan dok fikir cemana kalau dia lari sebelum khatan...hahahah..

jadi meh saya nak kongsikan satu artikel dari DrRich DrRahim.. Dr ni dari Penang jadi loghat Penang tu dok ada la.Jangan risau ayat 2 dia mudah ja nak paham.sebab tu saya kongsikan di blog ni..

ILMU KESIHATAN: Artikel 254 : " DAH SUNAT ke belum? He he he. KENAPA PERLU BERKHATAN? "

Kejap je doc rasa;Musim cuti sekolah dah nak mula,ramai mai BOOKING di Klinik doc untuk khatan/sunat anak mereka. Ada group nak sunat anak2 mereka dlm Majlis Berkhatan ramai2. Sebelum booking khatan; doc kena cek "burung" itu tiada masaalah "buta" / phimosis ke? atau "belalai je ada" tpi "burung hilang ke mana pula?" dan kesihatan kanak2 dulu. Klu OK....boleh pilih sendiri hari bila nak "disembelihkan burung" tersebut.

Ramai yg mai jumpa doc.. burung anaknya "buta". Doc tolong locehkan...he he he.. baru "kepala burung" tu nampak DUNIA!!

Tau tak Kenapa kita perlu berkhatan atau bersunat?

1.Dlm Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan. Bagi memastikan kemaluan itu bersih drp kekotoran/najis di bawah lebihan kulit ...baru sah ibadat kita.

2.Dlm perubatan , khatan maksud buang lapisan kulit yg balut bahagian depan alat kelamin lelaki krn lapisan ini ada najis & ia adalah lebihan alat kelamin lelaki.
Kekotoran itu menyebabkan seseorang alami keradangan alat kelamin & penyakit berjangkit drp hubungan seks.

3.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dapati berkhatan mengurangkan risiko jangkitan virus HIV.

4. Tiada sel kulit yg mati terkumpul lalu bentuk kekotoran bila dah sunat.

5. Tiada penyakit kulit kulup kemaluan ni yg menjadi punca jangkitan saluran kencing hingga rosak buah pinggang.

6. Kemaluan mudah dibersihkan & jarang kena infeksi kemaluan & penyakit sexual..Aids; Syphilis; Gonorrhea;Herpex..

7. Tenaga Batin ada Uhmmm & Gahnya!!

Cara2 sunat/khatan :

A. Operasi pembedahan kecil secara tradisional. Ingat lagi doc kecik2 dulu. Mereka gempak doc kena pilih potong dgn pisau ke, kapak ke atau gaji ke... Doc tengok Tok Mudin bermisai dah takut. Dok redam dlm sungai sampai sejuk kecut dgn gang satu norstalgia yg indah. Doc Di bawa kokok atas bahu bapa best sekali. Potong atas batang pisang...tak nangis pun.. Hebat jadi hero kampung waktu tu & dpt RM 10 amat besar nilai masa tu. Yang syok dah rasa jadi DEWASA dah masa tu...he he he.

B. Cara Moden pakai LASER, DIATHERMY dan ada guna Klamp. Jadi khatan semakin mudah & kurang menyakitkan. Sembuh cepat sekali..7 ke 10 hari je.
KHATAN MEMANG TERBAIK UNTUK KESIHATAN.

La ni doc banyak SEMBELIH burung kanak2 & Org Dewasa yg BUKAN ISLAM... Doa suatu hari mereka dpt hidayah peluk agama Islam. Insyallah.

Ada soalan.. Doc jawapkan bila lapang.

Drp: Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181

Kalau ada soalan pi la tanya Dr  ye.ada no tel siap semua tu.
Facebook Dr Rich DrRahim..(klik)

sekian..

Saturday, 14 November 2015

MALAM MINGGU MESTI TONTON ASTRO 202 VELITHIRAI

Assalamualaikum...


Biasanya malam minggu macam ni saya jarang tengok Siaran lain selain dari Astro 202.Siaran filem2 tamil.hehheh..malam ni filem seram .jadi layan je.....

Saya sejak sekolah dulu memang suka la tengok filem tamil..Hero2 nya bukan kacak pun tapi jalan cerita tu best.Memang menggambar kan cara masyarakat diaorang yang sebenar.

kalau filem dia tentang hal2 politik tu , berani je diaorang buat cerita menteri cekik duit haram , polis makan rasuah..kalau kat negara kita buat filem macam tu memang tak keluar wayang la filem kau.hahah..

Filem diaorang pulak kebanyakan nya da diselitkan unsur2 jenaka ..kebanyakan filem diaorang memang macam tu.walaupun cerita tu sedih ya amat, tak de la 3 jam tonton tu sedih je mood kita.ada la sesekali kita diajak bergelak ketawa.



Pelakon 2 dia bukan saya kenal pun walaupun selalu tonton filem tamil.tapi ada banyak Filem tamil yang melekat dalam fikiran saya sampai sekarang walaupun dah bertahun.Contoh nya macam Filem Muthu, lakonan Rajinikhant.Filem ni banyak aksi lucu.sampai sekarang tak jemu tonton.lagu pun best...



Satu lagi filem yang saya suka ialah filem seram Chandramukhi.Filem seram ni saya suka sebab yang pegang watak wanita dirasuk hantu tu orang nya cantik.tapi bila kena rasuk muka nya seram walaupun cantik..tapi tak tahu nama sebenar pelakon nya nya apa..hahhaha..
dan satu lagi filem yang sampai lagu2 nya pun saya minat ialah filem Minnale.



Filem minnale ni tentang seorang lelaki yang menyamar jadi orang lain untuk pikat seorang gadis.tak disangka identiti sebenar orang yang dia gunakan untuk menyamar tu ialah musuh dia sejak dia belajar di kolej lagi.Lagu2 dalam filem ni memang best.Ada orang tak layan lagu tamil.tapi saya layan je..Zaman sekolah dulu jiran saya orang india.Jadi lagu2 tamil ni macam lali dah kat telinga.hahha..
tapi yang banyak bunyi gendang tu sakit jugak telinga sesekali dengar.hahah

Satu lagi paling best tengtang filem tamil ialah aksi lawan2 tu..Hindustan pun kalah dengan bab2 ni.
jadi best pulak bila tengok hero dia lawan dengan muka selamba macam baru bangun tidur..Nama pun hero..kan??heheh..



sekian..

10 FAKTA MENARIK TENTANG DARAH

Assalamualaikum...



Apa yang kita tahu tentang darah? merah , A, B AB ...O... heheh..darah tinggi, kurang darah..lagi apa entah...ada 10 fakta menarik tentang darah yang menarik selain dari warna nya merah...:p

1-ketika dilahirkan , hanya ada kira-kira secawan darah saja dalam tubuh kita.

2-darah membentuk 7 % daripada berat badan manusia

3-Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari , menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh terutamanya bakteria.Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil ( yang membentuk 65-75 % daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.



4-satu pain darah yang anda dermakan mampu menyelamatkan 3 nyawa.

5-susu lembu dicampur darah adalah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.

6-Orang Moche (peru),Scythia (greek) dan Nomad di Rusia minum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

7-terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain.



8-Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8 hingga 5.7 liter.

9- Pada 1928 William harvey (1578-1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia.namun sebenarnya ketika itu ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui bahawa saintis islam bernama Ibnu Nafis Ali Bin Abi Al- Hazamal - Quraisy,  telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal dari William harvey.

10- Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah , lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging , dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, , lalu tulang belulang itu kami jadikan  dia makhluk yang (berbentuk)  lain .Maka Maha Sucilah Allah pencipta yang paling baik." - surah al-Mukminun:14

Itu dia fakta tentang darah..menarik juga fakta yang no 4 tu..tapi sebelum nak tunggu orang selamatklan kita ada baiknya kita selamatkan diri kita dulu.Meh baca ni..mana tau lepas ni kita akan lebih menjaga diri kita ke arah gaya hidup sihat.

Friday, 13 November 2015

AWAK KENAL SAYA KE??....TAPI SAYA TAK KENAL AWAK..

Assalamualaikum...

Ini pageview saya sekarang..
setiap hari ianya melebihi 10k..
Ok tak??

Tapi jangan ingat semua yang baca blog saya ni maknanya
dia suka blog saya..
Ada yang masuk untuk jadi perisik..
lepas tu kat whatsapp group mengata saya macam2.
Ni bukan tuduh2 ye,
tapi kenyataan..Saya tahu blog dia, fb dia.
Cuma sebelum ni tak pernah baca blog dia.

Bila saya tahu dia suka mengata saya
jadi saya pun pi la baca blog dia..
nak juga kenal2 siapa dia yang lagaknya macam kenal sangat kita ni.
ternyata saya memang tak kenal dia.

Cukup untuk tahu yang dia tak suka saya..
tahu lah saya apa yang perlu saya buat .
Saya memang tak de masalah dengan dia..
maksud saya , saya tak de apa2 perasaan pada dia..
Benci pun tidak, suka pun tak..
sebab saya tak kenal..

Saya tak boleh nak elak orang macam ni..
Saya pun tak tahu nak buat apa ,jadi saya biarkan je la.
Saya pernah Pm dia.saja tegur2 dia..
tapi saya acah2 je tanya sesuatu tentang hal masakan .
masa tu memang tak tergamak nak tanya
apa yang dia dok ceritakan hal saya kat group dia tu??
tapi saya buang jauh2 niat tu..
pertama sebab saya tak mau dia rasa saya musuh dia.
yang ke dua sebab saya berharap yang  satu hari nanti
tanggapan dia pada saya akan berubah..

tak nak pun tak pe la..
mana tau satu hari nanti dia rasa malas dah nak cerita hal saya.
hahaha...itu pun dah cukup baik..

Utuk adik blogger tu..
adik ke apa la..saya tak tau..
Saya harap adik jangan ambil tahu tentang saya.
sebab kita saling tidak mengenali..
Saya maafkan segala cakap2 belakang  dari adik.
saya masih waras dan sedar yang selama ni saya
memang tak pernah tulis, cakap, apa2 tentang adik.

Sampai sekarang tertanya2 adakah saya kenal  dia....??


sekian..

BERNIAGA TUDUNG TAPI TAK TAHU JENIS KAIN

Assalamualaikum..




9 dari 10 rezeki adalah dari perniagaan.
Sebab tu sekarang ramai yang memilih untuk berniaga.
Saya pun pernah berniaga tapi
sebab kekangan masa terpaksa lupakan pasal berniaga..
Berniaga review dah la..hahAha

Nak berniaga bukan senang.
kena tahu la apa barang yang kita nak niagakan tu.
Tahu yang saya maksud kan ni ialah
awak tahu tentang barang yang awak jual.

Pernah tengok tak satu temuramah sorang artis kat rancangan HLive
yang baru berjinak2 dalam pernigaan tudung dan jubah.
Bila wartawan tu tanya tentang jenis kain
yang digunakan untuk buat tudung tu,
boleh pulak artis tu kata dia tak tahu, masih belajar,
dan paling lawak yang dia tahu cuma kain tu bila pakai jenis jatuh..

Saya punya gelak la sampai hari ni
bila ingat memang boleh ketawa sorang2.
macam mana la dia boleh
buat tudung kalau dia sendiri tak tahu jenis kain nya.

Nampak sangat dia cuma bayar je..
yang uruskan semua tu orang lain.heheheh
Bahaya berniaga macam ni.
Nanti kalau kena tipu baru nak saman la apa.
Padahal salah diri sendiri.

Sekarang ni macam2 cara orang nak menipu.
tak kira kawan atau saudara sendiri.
harapkan kawan suply barang 
tengok2 barang seludup...habis la...
Bisnes kemana ,imej pun tercalar...
betul tak??nak tahu kenapa tak elok guna barang seludup 'boleh baca kat sini..

Apa jenis perniagaan pun
kita kena tahu juga semuanya dari A sampai Z.
Kalau buka restoran sekurang2 nya kita tahu
bahan2 dan cara2 masak yang tukang masak kita buat.

Bukan setakat tahu yang duit dah masuk akaun je..



sekian..


Thursday, 12 November 2015

AZWAN ALI DI TIPU USTAZ DARI RUMAH ANAK YATIM

Assalamualaikum..



Sejak tengahari tadi terbaca caption2 di gambar Diva AA tentang Majlis Tahlil yang akan diadakan di rumahnya pada malam ni.
Dia jemput kanak-kanak dari Pusat tahfiz ARBA,
tapi majlis yang sepatutnya diadakan jam 6;30 petang tu terpaksa di batalkan disebabkan Ustaz tu tak muncul2.
Bila dah datang kena halau la sebab tak menepati masa.


Mujur la Diva bertindak pantas menjemput anak2 yatim dari Rumah Bakti Ulu Klang..


Antara kandungan SMS yang dihantar Azwan Ali pada Ustaz tersebut..


Bila azwan Ali up cerita ni di laman IG dia muncul la salah seorang ustaz yang menguruskan pusat Tahfiz ARBA dan menjelaskan bahawa ustaz yang dimaksudkan oleh Azwan Ali sebenarnya telah lama di pecat kerana mencuri duit ank yatim.


kesian Diva AA ni.Dah bayar rm630 pada ustaz penipu tu.Duit ank yatim pun dia berani kebas.Apatah lagi duit Azwan Ali.Sabar je la Diva ..

sekian..

BAHAYA POST BAHAN LUCAH DI GROUP WHATSAPP

Assalamualaikum...



Pagi tadi saya baca satu entry kat blog eelobor.blogspot.my
yang cerita tentang masalah post2 kat group whatsapp yang dia join
bila ada antara ahli dalam group suka post bahan2 lucah,
tak pasal2 bila anak dia buka enpon maka terkeluar la
apa benda yang tak sepatutnya tu..

Saya pun pelik juga dengan orang lelaki ni..
macam tu je ke cara mereka semua berhibur?
itu sajakah vara mereka bergurau dan mengusik?

Kalau depa tunjuk hat depa sendiri,lantak pi la..
ni dok post hat pompuan punya.
Tak ka depa rasa malu.?
ye la,..nak malu apa nya bukan hat depa pun..kan??
Buat apa nak rasa malu..

Ok..kita tolak la rasa malu tu ke tepi..
Anggap je depa tak dak rasa malu..
tapi bayangkan kalau ampa eksiden ka, enpon tertinggal kat mana2 ka..
tetiba2 enpon ampa tu dok kat tangan orang lain..
dapat kat bini ok la..
tapi cer bayang kan kalau pak mertua yang pegang enpon tu..
Atau pun kat anak ampa yang sulong..
umur dia 14..

Entah apa la anggapan mereka pada ampa..
Memang bukan ampa yang post..
tapi bila ada kawan yang post ampa delete terus la dari enpon tu..
simpan nak buat apa?
kot ampa nak layan sama tak tau la..kan??

Tengah dok makan2 kat restoran, bagi anak main enpon.
dia buka terbuka la video ka apa..
bunya lain macam keluar..
semua orang tengok ampa..
tak kan time tu kulit ampa tebai lagi kot..
mesti malu..kan??

Kita nak larang orang post memang tak boleh..
depa memang lagu tu..tak senonoh..
sekarang yang kena bertindak, ampa tu..
dapat terus delete..ok..

Kalau betul2 nak kan hiburan yang best 
apa kata baca ni..mesti ampa rasa seronok..
Seronok macam budak kecik..heheh

sekian.

JANGAN RISAU..SAYA TAK KAN CADANGKAN DIA PADA MANA-MANA BLOGGER..

Assalamualaikum..



Saya nak marah sebenarnya bila dia rasa tulis entry tu senang je..
nampak penjelasan saya yang bawah tu..sampai typo2 la..
peduli apa makcik..kau tak paham  gasak je la..

Memang rasa senang kalau kita buat cincai2 je..
tapi ianya bukan la semudah yang di sangka.

Bila awak dah bayar pada blogger,
tergamak ke blogger tu nak buat cincai2 je..
dah tentu dia akan buat betul2 walaupun awak cuma bayar sepuluh ringgit.

Awak pun ..
bila dah bayar, tapi awak tengok dia buat cincai2 je..
Dah tentu awak pun akan pertikaikan
kenapa buat cincai2 je..kan??
Mungkin awk akan kata .."ingat 10 ringgit tu tak de nilai ke..?"

Awal2 tu saya dah nak terima,
tapi bila dia had kan bayaran dan nak blog yang ada pegeview banyak tu banyak ni,
terus rasa tawar hati..
entah la..tak tahu kenapa tapi
saya rasa blogger yang pageview bawah 5k pun
sepatutnya diberi peluang..kan?
padan  la dengan bayaran yang dia nak bagi..

Ni memilih sangat..terus rasa malas nak terima..

**sorry ye untuk adik yang whatsapp ni..
tapi awak tak boleh pandang ringan dngan kerja orang.
kalau rasa ringan dan mudah apa kata awak je buat blog sendiri, promote sendiri barang2 awak tu dan
kemudian baru awak tau berapa lama masa seseorang blogger tu ambil untuk dapatkan pembaca di blog dia.


sekian..



Wednesday, 11 November 2015

SIAPA KATA RAKYAT DAH TERIMA GST?

Assalamualaikum...


Sama macam orang lain..
saya pun bengang juga dengan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kastam
(Perkastaman & Cukai Barangan dan Perkhidmatan)
Datuk Subromaniam Tholasy yang saya baca di Awani tadi.
Katanya rakyat semakin menerima dan faham mengenai GST.

Entah apa yang membuatkan dia berani cakap macam tu ye?
adakah sebab kita masih membeli dan membayar untuk GST tu?
Nak buat macam mana ..kan?tak beli tak makan la kita..
Mungkin sampai tahap kita makan pasir baru dia
percaya yang rakyat tak terima GST.

Senyap bukan bermakna suka dan terima,
tapi sekarang rakyat dah paham yang hanya PRU saja boleh
menjelaskan perasaaan rakyat pada pemimpin2 yang nak cekik duit rakyat ni..
Rakyat makin faham dengan menteri2  ni.
bila rakyat merungut ,
menteri akan keluarkan kenyataan bodoh yang
rasanya kalau rakyat layan tak ubah macam layan budak2 bergaduh.


Jadi biarlah rakyat bertindak dalam diam.
Berbunyi pun bukan boleh buat semuanya berubah.
GST tetap dijalankan..

Dalam keadaaan ekonomi yang mencekik ni 
rakyat terpaksa fikir macam2 cara untuk dapatkan duit..
tengok kat sini macam mana rakyat malaysia cari duit..
macam2 perniagaan diwujudkan demi kelangsungan hidup 
yag memang memerlukan duit..


sekian..


TAK PERCAYA ADA YANG JADI MANGSA VAPE MELETUP

Assalamualaikum...



Ketagih merokok memang bahaya.
Semua orang tahu merokok boleh menjejaskan kesihatan
Tak kira la rokok seludup ke,rokok tak seludup.
walau rokok daun sekalipun.

Dan sekarang muncul rokok baru..
Ops!!bukan rokok tapi Vape..
"Vape bukan rokok la..."
Ok..vape bukan rokok...tapi ianya tetap bahaya.

Minggu ni dengar cerita ada yang jadi mangsa Vape.
Sebelum ni kejadin berlaku kat negara luar.
Vape meletop ketika di hisap dan mencedera kan mulut mangsa..
"Tapi tak boleh percaya sangat..
sebab tu luar negara..entah2 berita palsu.."

Sekarang selepas vape di sahkan boleh di jual dan dihisap,
Ada yang jadi mangsa vape meletup.
"Ok..tak percaya jugak..ni semua berita palsu..
nak suruh rakyat beli rokok yang harga rm17 tu.."

Siap minta bukti lagi..
nak alamat rumah mangsa tu..
Nak tengok betul ke dia cedera sebab vape meletup..

Ni la kalau dah ketagih ..
sampai berita macam ni, melibatkan nyawa orang pun tak percaya lagi.
nak hisap ,hisap la..
tapi kenapa la sampai tak nak percaya vape tu boleh meletop.
Orang pakai kereta pun boleh meletop.
boleh pulak kau percaya kereta boleh meletop tiba2..
ni cerita vape meletop tak nak percaya pulak..

ye la..kereta dengan vape mana nak sama..
tapi kan tak mustahil benda tu boleh meletup.
sampai nak minta bukti tu dah kenapa la..
Cuba la terima hakikat yang benda tu tetap ada bahayanya..
tak boleh ke kau ambil kisah ni
untuk kau lebih berhati-hati..

P/s teringat cerita seerong kawan yang menghadapi detik
cemas bila tv di rumahnya meletop..nampak??
tv pun boleh meletop, ni kan pulak vape..
Ingat tak zaman2 tv ada dua siaran je dulu?
ada tv1 dan tv 2..masa tu tak de kot kes tv meletop.
sebab tv kawan saya ni meletop sebab anak dia tekan remote tv laju2.
terus meletop...lagi pun dulu tv mana ada rremote..
tak caya baca kat sini..




sekian..





REBUT PELUANG BELI iPHONE 6s DENGAN HARGA RM11 DI LAZADA

Assalamualaikum...

Hari ini ada sesuatu yang istimewa untuk awak.-11/11/2015 - Kalau saya ajak awak-awak shopping nak tak?Siapa nak belanja?Ni ha..Lazada Malaysia tengah buat jualan besar-besaran hari ni.Ada banyak barang yang ada potongan harga sampai 98%..


Ada lebih 30,000 produk dengan diskaun bermula dari 80% hingga 98% akan ditawarkan pada jualan besar-besaran kali ni. Tahun ni paling best la bagi saya  sebab potongan harga yang tinggi jugak.Tak macam tahun2 sebelum ni..kan??saya dah tengok barang yang ada diskaun 98% tu..Rasa macam nak beli semua.heehe..


Bukan tu saja..Lepas beli boleh menang Voucher rm500 setiap hari dan beberapa produk lain.Hanya sertai "Spin The Wheel Deal' ..



Korang ada facebook tak??kalau tak de buat facebook cepat, lepas tu like facebook Lazada Malaysia.Kat situ nanti ada satu games yang menarik iaitu  "the Unlock Deals" . Dalam game ni korang kena like facebook post game tersebut. Setiap produk ada jumlah like yang kena capai .Bila dah capai, korang boleh klik link tersebut dan beli dengan harga RM11. Korang boleh beli iPhone 6S dengan harga RM11 kalau like post tersebut mencapai 11,000!  ..



Boleh check link ini untuk join game best ni :
http://www.lazada.com.my/online-revolution-games

Saya dah berkira2 nak beli  satu barang kat Lazada ni.. Antara dua ni la..Electrik BBQ Grill ataupun Electrik BBQ baking pan..Beli hari ni jimat banyak tau..Lagipun boleh beli guna voucher...:p


Istimewa hari ni sebab ada voucher khas yang korang boleh guna untuk shopping hari ni.. Khas untuk pembaca blog ini. , RM30 OFF di setiap pembelian berjumlah RM120 dan keatas. Voucher shopping ni hanya valid pada 11 November 2015 iaitu HARI INI SAHAJA..!


Dah tak sabar2 nak Shopping kan??Klik link di bawah dan selamat bershopping....




Sekian..