Monday, 6 April 2015

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2014 YANG HAMBAR

Assalamualaikum...

Tak berapa seronok tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 ABPBH2014 yang berlansung sebentar tadi..
Mungkin sebab pengacara nya tu tak best...heheeh..Apa pun meh la kita imbau semula senarai2 pemenang Anugerah BIntang Popular Berita Harian 2014 ABPBH2014 .



















mudah je update senarai pemenang macam ni..
tak letih nak menulis..hahaha..


Tahniah pada semua pemenang..
terkejut tengok fesyen Didie Lias..
pelik bebenau fesyen Didie Alias kali ni..
dulu pun pelik jugak..
tapi kali ni lebih pelik sebab ada lampu pulak kat leher baju dia.hahah..
walaupun artis komedi tapi perlu ke pakai baju macam  badut??

Pemilihan pemenang untuk kategori pelakon filem wanita popiUar pun saya rasa macam tak kena je..
semua yang dalam senari top 5 entah apa filem la yang diaorang berlakon masa  2014 ..
hahaha..tapi tu la.dah nama nya pilihan penonton ..
mesti ada la yang tak kena..

Dari segi persembahan pulak semuanya boring..
lagi2 masa Persembahan Hazama, Black dan Akim..
tak best...kat mana yang tak best ??
Entah la..
yang pasti memang tak best..hahahah..

Tagline penaja pun tak best..
berjela sangat..
susah nak ingat...
mungkin nak tiru Qu Puteh tapi 
tagline tak menjadi..kan??

Ok la..tu je komen tak boleh pakai saya tentang ABPBH2014..

Sekian..









Saturday, 4 April 2015

MULUT SAYA PUN ADA BISA JUGAK..

Asslamualaikum...


Bosan sebenarnya bila orang yang sama asyik kata kita ni sombong..tak nak bergaul..
Taknak berbual2 ..berat mulut..katanya..
padahal kita malas nak jawab ..
tapi bila diasak2 dengan ayat2 macam tu rasa geram jugak..

Ikut kan hati nak je cakap..
saya bukan anti sosial..
saya cuma tak mau layan orang2 bodoh dan perkara2 bodoh..
itu je..

Cumanya kalau saya jawab depan2 dia macam tu
mau dia hentak kepala saya..
ahhahah..
jadi bila saya diam je tu jangan la diusik..
maklum la..mulut saya ni pun berbisa jugak..
saya diam sebab saya tau bila saya berkata2 mungkin bisanya terkena kat orang tertentu..

kan??

sekian...

RESEPI ASAM PEDAS AYAM RINGKAS DAN SEDAP

Assalamualaikum...

Tengahari ni saya masak asam pedas ayam yang ringkas tapi sedap.
ni gara2 tak de biji ketumbar la..
jadi  bubuh apa yang ada je..
ringkas tapi sedap.
kalau ikan lagi sedap..kan??
Saya paling suka asam pedas ikan kembung..
erm..kalau asam pedas ikan tu sampai 2,3 kali tambah nasik la...
heheheh..kantoi la makcik makan nasik banyak..hahahahh


Jom kita tengok cara buat asam pedas ayam yang ringkas tapi sedap..

Bahan-bahan:
5-6 ketul  Ayam 
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
serbuk kunyit
sedikit belacan.
daun kesum
bunga kantan
2 batang serai
1 asam keping atau  asam jawa
garam
5 sudu minyak Masak

Cara -caranya..

kisar cili kering , bawang merah, bawang putih halia , belacan  dan serbuk kunyit..
panaskan minyak dan tumis bahan kisar Tadi.
ketuk2 serai dan masuk kan dalam bahan tumis.
masuk kan daun kesum dan bunga kantan..
masuk kan ayam dan asam keping.
tunggu sampai naik minyak..dan ayam masak..
lepas tu bubuh air sikit..
tapi jangan banyak sangat.tak mau cair2...
lepas tu bubuh garam..
tungguh sampai mendidih dan siap..

Selamat mencuba...

Sekian..


Friday, 3 April 2015

SADA BORNEO MEMBANGGAKAN RAKYAT MALAYSIA DI ASIA'S GOT TALENT

Assalamualaikum...




Hari ni #sadaborneo  Sada Borneo jadi viral di laman sosial.
kemunculan mereka di Asia's Got Talent semalam  betul2
membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
kalau di lihat dari post yang dikongsi oleh mereka di lama facebook,
perjalanan ke  Taylor's University untuk audition
Asia's Got Talent bukan lah sesuatu yang mudah.
namun dengan semangat yang ada mereka berjaya menempuh nya..
tahniah...


 klik untuk video  sepanjang perjalanan ke Taylor's University

Menampilkan  persembahan dengan menggunakan
alat muzik tradisonal ,mereka juga
menarik perhatian juri dengan bunyi bunyian
semula jadi yang dihasilkan dengan menggunakan
alat muzik.

klik untuk menonton video  audition 

Sada Borneo dianggotai oleh 5 orang anak muda
yang berasal dari Borneo .
Harapan mereka untuk mengangkat kembali muzik
tradisional nampaknya membuahkan hasil ..

-sada borneo-

 sekian...






TAK TAHU APA MASALAH NYA.

Assalamualaikum,..

screen capture dari entry ini
http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2015/04/cara-untuk-kembali-ketat-seperti-malam.html


macam ni la rupanya bila saya buka blog kawan2 hari ni..
saya tak tahu apa puncanya..
tapi jadi sejak 2 hari lepas..

Mula2 saya ingat line slow..
tapi bila buka melalui tab dan komputer suami saya 
ok je...
Buka dari laptop keluar macam ni..
sebab tu ada setangah blog saya tak boleh baca apa pun dan nak komen2 pun tak dapat..

siapa tau apa puncanya,??

sekian..


ORANG BUJANG KERAP ALAMI MASALAH SIANG MENGANTUK MALAM BERJAGA

Assalamualaikum....

Dulu masa bujang saya pun ada masalah macam ni..
memang orang bujang macam ni kot.kan??
Kalau orang dah kawen , dia siang malam mengantuk..
malam2 letak je kepala terus hanyut...hahahah..



Masalah orang bujang ni puncanya sebab bila petang2 dia baik kerja atau
balik dari kelas dia tidur...
tidur lama pulak tu..
sampai masuk maghrib la..
tu yang bila malam jadi burung hantu...


Kalau mengantuk dah tak tahan sangat
pakai je fesyen tilam bantal macam atas ni.hahahah.sanggUp??
Kalau tak sanggup
jangan tidur petang hari  sampai berjam2 ye...
tidur 15 minit dah la..
tapi kalau dah jam 6 petang tak payah la tidur dah...
boleh jadi gila tau tidur lepas asar ni..

Sekian

BILA MAKCIK PANGGIL ABANG......

Assalamualaikum...

Ramai yang berkunjung ke blog saya pagi2 macam ni
adalah isteri orang.Lingkungan umur 28 ke atas..
Anak sekurang2 nya ada 1 paling ramai 5..
tapi semua masih cun...
kau memang cantik menarik tertarik..(apa makcik merepek ni?)

Selalunya kalau awak la sebagai perempuan,
nak panggil lelaki lain dengan panggilan apa..
orang tu awak tak kenal..tapi ada sebab tertentu awak kena bercakap
dengan dia ,apa awak nak panggil dia?



A) Hoi?
B) hey?
C) tak panggil apa..cakap terus je..

dan kebanyakan dari kita memilih C...heheh

kalau awak si gadis manis yang masih bujang
mungkin nampak ok kalau panggil orang tu 'abang'..kan?
pernah nampak golongan layak dipanggil
makcik2 tapi panggil lelaki lain yang lebih muda dengan panggilan "Abang"?
hahhaha..
panggil la adik ke,atau sebut namanya..
ni tidak...abang di panggilnya..
makcik dok rasa umur makcik masih 20 ke???



tak pernah jumpa..?
awak cer pi kat IG artis2 lelaki yang jadi hero drama tu..
Zul Aripin je, Sharnaz si hero Tamil ke..
pelakon nama Bahrain apa benda entah..ha..yang tu!
awak boleh jumpa makcik2 yang macam ni kat IG diaorang..
selamba je panggil hero2 tu abang.
Orang pompuan gitu la..
nampak lelaki ganteng sikit terus lupa umur..


heheheheh

sekian..




CANTIKNYA IZREEN AZMINDA BERHIJAB

Assalamualaikum....

Orang perempuan ni kalau berhijab memang nampak kemas..kan??
Nampak bersih je..
tak serabut tengok..sebab bila dah berhijab dah tentu pakaian nya pun di jaga..
pakai yang sopan je.
lagi2 kalau memang asalnya dah cantik, muka jadi bertambah ayu..
makin ramai artis2 yang dah berhijab.tak kira penyanyi ke pelakon ke!
tak jadi masalah bila bawa imeh bertudung..


Pelakon Izreen Azminda salah seorang artis yang dikatakan baru saja berhijab sepenuh nya.
saya sendiri pun tak pasti kesahihan nya..
tapi bila tengok gambar2 yang dikongsi di IG memang gambar2 terbarunya semua nya berhijab..


Harap2 betul la yang dia dah berhijab..
mesti ramai yang suka dan kagum dengan perubahan artis cantik ni..


Perubahan2 positif yang dilakukan oleh golongan2 selebriti ni sebenarnya 
memberi kesan jugak pada peminat2.
maklumla..budak2 muda sekarang memang suka ikut2 
apa yang artis pakai..kan??

Tak salah pun berhijab sebab tiru artis..
saya tak pernah dengar lagi dari mana2 ustaz atau ustazah yang kata
berhijab sebab terpaksa atau sebab ikut2 orang tu satu dosa.
kalau tak mulakan, bila lagi...??

Sekian..



MENEGUR TAK SEMESTINYA DENGAN LEMAH LEMBUT

Assalamualaikum.....


Ada org kata berdakwah ni kena hikmah.....
Lalu sy tanya apa maksud 'hikmah'?
Dia kata 'lemah lembut'...................................
Maka sy tanya apakah Saidina Umar tidak
'hikmah'?
Maka jawab beliau.........................(jawapannya yg titik2 tu)
Lalu sy menerangkan dgn izin ALLAH
bahawasanya 'hikmah' itu mksudnya bkn 'lemah lembut'....
'Hikmah' ertinya 'bijaksana'....
Ada masa kita lembut, ada masa kita keras, ada masa kita gedik, ada masa kita garang, ada masa kita comel, ada masa kita manja, ada masa kita singa, ada masa kita angry bird...semuanya tergantung pd 'keadaan'......
Ada golongan yg bila dgr bunyi tapak kaki je dah terjaga dari tidur... Ada yg x perlu sapa kejut tp terjaga sendiri... Ada yg kna kunci jam baru terjaga... Ada yg kena cuit baru bangun... Ada yg kena bg penumbuk baru bangun....
Siapa yg jenis terjaga hanya dgn cuit skit, tak perlu lah hiraukan 'tumbukan' tu kerana 'tumbukan' tu utk org yg jenis 'kena tumbuk baru bangun'....
Orang yg selalu ckp Nabi dakwah lembut..xde keras2... itu salah... sbb tu, sblm kita ckp sesuatu perkara yg kita x pasti, jgn ckp...
Nasihat sy bacalah sirah-sirah nabi sblum nk berkata ttg nabi... Nabi Muhammad SAW dakwah ada masa baginda lembut, ada masa baginda keras... bukan sentiasa lembut je... okay...! senyum 
-Ustaz Firdaus

Sekian

Thursday, 2 April 2015

INI TIPS BAGAIMANA BADAN NORMAN HAKIM BOLEH JADI 'SADO'

Assalamualaikum...

Tengok Filem Pasrah lakonan Norman Hakim masa zaman2 dia bujang dulu,
badan nya sekeping je...
pakai baju pun bahu mengelebeh..hahah..
Tapi sekarang tak lagi...
Badan nya dah ketul sana sini..
"sado" kata orang...


nak tahu rahsia nya??
Ini tips yang dikongsikan Norman Hakim untuk 
encik2 diluar sana yang teringin sangat nak "sado"kan badan jugak..

Hamba sekadar memenuhi minat yang mendalam dalam bidang sukan.Sambil riadah,sambil2 beribadah.Tipsnya?Cuba gantikan setiap kiraan '1,2,3...' dalam mengangkat beban tu dengan zikir 'subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar...'.'Sado' tu akan datang kemudian dengan sendirinya.Yang penting jaga niat.Hamba tgk pic sendiri ni pun mcm tak percaya "macamana badan aku boleh jadi macam nih?!".Hamba istigfar jugak takut timbul riak...



lepas ni tak payah nak 1,2,3 lagi ye,,
banyak2 kan berzikir sambil angkat beban2 tu
dan sado tu akan datang dengan sendirinya...

subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar...

lapan..lapan lagi...eh!

subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar...



sekian...


KEUTAMAAN KEPADA MEREKA YANG ADA ONLINE SHOP

Assalamualaikum...

Sedih betul hari ni..
Line tenet slow sangat sampai nak buka blog pun tak boleh..
Bila pi blog orang tengok gambar2 semua pecah2..
sebab tu pi saja tak komen apa pun..
Tulisan pun tak keluar...\nak baca apa nye...
last2 buka tv berguling dengan anak..hehehe...

Ni dah petang baru rasa macam nak update blog..
Cuma nak letak gambar je tak boleh..
kenapa ye??
Ada kena mengena dengan GST ke??hahahah

Petang2 satgi la saya pi blogwalking blog awak ye..
satu lagi.. seminggu lagi saya nak buat GA..
ada siapa2 nak jadi penaja?
kalau ada pm atau email saya ye..
hadiah dalam bentuk barang atau wang tunai..
GA akan berlangsung selama 2 minggu.
kalau boleh saya nak yang penaja2 tu terdiri dari
mereka2 yang ada online shop...
kat facebook ke,kat Ig ke...ok..



sekian...

TIPS UNTUK YANG BARU MULA BELAJAR MEMASAK

Assalamualikum...


Betul ke memasak ni susah??
mula2 je susah..dah lama2 jadi senang..
kalau kita minat apa pun jadi mudah..
nak belajar memasak??
ini tips untuk mereka yang baru mula belajar memasak...

1-masak dengan api perlahan

2- masak masakan yang tak memerlukan bahan yang banyak.

3- masak untuk diri sendiri, kemudian dah pandai baru masak untuk orang lain..

4- jangan malu bertanya.

5-  masak dengan kuantiti sedikit.

sekian

Wednesday, 1 April 2015

GAMBAR PEMAIN IMPORT BARU PASUKAN BOLASEPAK TERENGGANU

Assalamualaikum...

Saya pasti  sekarang ni penyokong2 pasukan bolasepak Terengganu 
mesti tak sabar nak lihat prestasi dan corak permain  import baru pasukan terengganu yang 
baru sahaja menandatangi kontrak dengan pasukan tersebut siang tadi.



Ini lah dia pemain Import baru pasukan Terengganu
Issey Nakajima-Farran 31 , pemain yang berasal dari kanada
dan mempunyai kerakyatan Jepun ,
pernah bermain di kelab2 bolasepak di Singapura, Jepun, Sepanyol,
Kanada, Australia dan Denmark.







Kacak..kan???kehkehkeh...
Harap-harap pasukan terengganu jadi pasukan terbaik untuk Musim ni..

Lari topik sikit..
Dengar2 nya bilik persalinan pasukan terenggaanu pun bakal
berubah wajah jugak tau..


nampak???
macam ni baru best..kan???

sekian...


PENCURI KABEL TERSEKAT 40 JAM

Assalamualaikum...




Orang kata bila nak buat sesuatu kita kena ada perancangan rapi.
tak kira kau nak pi merompak sekali pun kena ada plan.
kalau tidak memang ade je benda tak elok yang jadi kat kau nanti..

Seperti yang terjadi pada lelaki yang berasal dari Guandong ini..
Niat sebenarnya  untuk mencuri kabel
di dalam sebuah bangunan akhirnya tidak kesampaian
apabila dia tersekat di bahagian kotak penghawa dingin luar
ketika sedang memanjat Keluar dari bangunan berkenaan.


ketika hendak keluar dari bangunan melalui tingkap
dia tersekat di atas kotak penghawa dingin diluar bangunan.
Selepas hampir 2 hari (40 jam ) terperangkap baru la orang ramai menyedari
dia tersekat di situ dan mereka segera
menelefon pihak polis untuk membawa dia turun.

ketika polis sampai dia berkeras tidak mahu menyerah diri
namun pihak polis berjaya juga memberkas nya .

kelakar nya..
lain kali bawak la jajan2 ke apa..
kalau tersekat tak de la 2 hari kena berlapar..


sekian..





KOMEN LANA NODIN TENTANG SINGAPURA BUAT PEMINAT KECIL HATI

Assalamualaikum...

Lana dan Daud

Saya ada tonton rancangan temubual Lana Nodin bersama Pak Nil di Hlive kelmarin.
lepas tu buka IG Lana  nak tengok dekat2 muka bakal suami dia..
sekali nampak komen2 dari singapura yang mengecam Lana
hanya disebab kan kata2 Lana yang Malaysia lebih baik dari Singapura.
kesian Lana..satu kerja nak melayan karenah manusia2 macam ni..

Sebenarnya bukan salah Lana pun..
Penonton2 Hlive tu yang salah sangka sebenarnya bila
Lana menbandingkan Singapore dan Salaysia dari segi makanan dan cost living.
tapi diaorang ingat Lana mengutuk negara mereka.
Apa lagi,terus mereka hentam Lana dan mengutuk Malaysia ni tak bersih la..
politik teruk la, bab education la..
memang lari sangt dari apa yang Lana Maksud kan..


Siap ada video lagi yang dibuat oleh orang yang tak puas hati ni.
yang buat Lana marah sangat tu sebab rakaman temubual tu dah di crop
sampai siapa2 yang tak tengok rancangan penuh temubual
di HLive tu mesti akan salah sangka
dengan komen Lana tengtang Singapore.

Boleh crop2 pulak komen orang ye..
sama macam yang yang pernah TGNA kena dulu la
pasal komen dia tentang BRIM tu..
Suka2 hati crop dan sebarkan..lepas tu
orang kampung pun salah sangka la..kesian!
sanggup buat semata2 nak bagi orang percaya dengan fitnah.

sekian..

5 KESALAHAN SUAMI APABILA ISTERI BEKERJA

Assalamualaikum...




Bagusnya pasangan suami isteri yang sama2 sepakat mencari rezeki.dapat duit gaji sama2 bayar hutang bayar bil.Kongsi2 duit bawak keluarga bercuti..kan??Ianya memerlukan persefahaman dan persepakatan jugak.kalau tidak memang susah.yang ni berjimat yang tu pulak boros.kesilapan2 macam ni boleh menyebabkan pergaduhan dalam rumahtangga.Ada jugak suami yang bila isteri dah bekerja dia pulak buat perangai.Antara kesalahan suami apabila isteri bekerja.

1-curang
Mentang-mentang isteri bekerja, tak banyak masa kat rumah.
pergi pagi balik dah senja.memasak pun jarang.
kemas rumah basuh baju cuma mampu buat dihujung minggu.
nak bermanja bermesra pun tak boleh setiap hari.
Waktu2 macam ni mula la suami rasa isterinya tak sempurna.
Terus fikir nak cari yang lebih sempurna.

2-lepas tangan
Ada isteri yang ada duit gaji sendiri ni dia akan beli barang2 dapur atau bayarkan bil dengan duit dia.
tapi bagi suami yang jenis suka ambil kesempatan ni,dia rasa tak pe je kalau tetiap2 bulan isteri bayarkan semua tu.lepas tu mula la lepas tangan.Nafkah untuk isteri pun tak diberi.

3-Boros
Smartphone berganti setiap bulan,
eksesori kereta bertukar ganti..nak risau apa,.
isteri bekerja.duit habis , duit isteri ada.


4-berhenti kerja/bertukar-tukar kerja
Belum pun pasti jawatan yang di pohon tu dapat,
dia dah sedia berhenti di tempat kerja sekarang.
Ada setengah tu kejap kerja,kejap berhenti..
bila menganggur sampai 3,4 bulan..
Tak risau pun tentang soal kewangan .
isteri boleh cover belanja rumah untuk sebulan dua..katanya!

5-rendah diri
Suami kerap rasa rendah diri apabila isteri yang bekerja
mempunyai jawatan dan pendapatn yang lebih tinggi.
perasaan begini sebenarnya merosak kan hubungan suami isteri.
Dah tentu isteri juga akan rasa serba salah dengan keadaan tersebut.


sekian..

MACAM PENYAMUN,MAIN REMBAT JE

Assalamualaikum...



sedih betul saya tengok gambar ni..
Sedih sebab budak yang berasal dari vietnam ni
menangis kerana anjing kesayangan nya
di bunuh dan dijual di pasar.
Anjing dia sudah beberapa hari hilang tapi sedihnya
dia temui anjing dia dalam keadaan macam tu..

Suami saya kata kat sini pun diaorang punya perangai memang macam ni.
Entah anjing siapa,kucing siapa...kalau di jumpa tepi jalan
dia ambik bawak balik nak masak.

Tak de rasa pun nak tanya orang "ini siapa punya.."
teruk betul perangai.
kat tempat diaorang tak pe la kot buat macam tu..
Ni datang tempat orang pun nak buat macam tu jugak..

kat tempat kerja suami saya banyak kucing .
kat belakang2 tu kawasan kedai jadi memang tempat banyak kucing la.
senang nak dapat makan.
ada setengah kucing2 tu ,orang yang bela.
kebanyakan nya pekerja2 kat situ yang bela..
tapi sedihnya selalu kucing hilang.
siapa lagi punya kerja .kalau depan mata pun diaorang berani ambik dan siap
bawak balik..dah dilarang pun buat jugak..
sekarang ni ada kucing baru,kena sorok2..kadang2 ada yang ambik
dan letak kat kawasan lain masa nak balik kerja tu..
tapi tu la..tak jamin keselamatan kuicng2 tu..

ye la..itu budaya diaorang..
tapi kan ini tempat kita...
rakyat malaysia ni ramai yang sayang kucing,anjing,monyet,
Jangan la suka2 hati ambik dan masak makan.
Diaorang ni agaknya nak kena hantar pi kursus kot sebelum datang sini,.

rasa macam sia2 je tulis entry ni..
Bukan diaorang baca pun..
geram!


sekian..