Wednesday, 25 March 2015

TASHA SHILA BERBAIK SEMULA DENGAN BEKAS KEKASIH

Assalamualaikum....



Eh!!ye ke ni??
bagus la dah baik semula..
katanya putus dulu sebab perbezaan agama apa semua tu la..
Mungkin sekarang dah capai kata putus.kan??

"kau nak aku ,kau kena masuk islam.."

gitu la kot...tapi yang berita diaorang dah baik semula tu tak pasti pun lagi
betul ke tidak..hahahah...
tadi saya baca benda ni keluar dari mulut rakan baik Tasha Shila sendiri iaitu Kaka Azraff.



Sebelum ni ada pihak yang kata
Kaka Azraff punca Tasha Shila dan Han berpisah.
Sampai Kaka di pulau rakan2 lain sebab jadi punca segalanya.

"Terus terang saya memang terkejut apabila mendapat tahu perkara itu. Saya sendiri tidak tahu bagaimana nama saya boleh terkait dalam perkara ini. Adalah lebih baik jika anda semua bertanyakan hal ini pada Tasha dan Han. Bagaimanapun saya dapat tahu mereka sudah berbaik semula," -kaka-

Erm..pelik .dulu kata sebab berbeza agama..
Entah la..belit2 cerita diaorang ni..
yang makcik pun,,,,,sibuk nak ambik tau..
nanti orang komplain marah pulak..heheheheh




Tapi walaupun berbeza agama..
saya pun suka kalau tasha Shila kawen dengan Han ni..
Sebab dia pandai lawan2 kot..
heheheh


sekian..

GARA-GARA CEMBURU BUTA,WANITA INI BERTINDAK GILA

Assalamualaikum..


Cemburu tanda nya sayang.
tapi kalau cemburu buta itu namanya apa ye??
Rimas jugak kalau pasangan kita cemburu buta.
nak kemana2 pun susah la..penuh dengan syak wasangka.

Seperti yang berlaku di China ni..
akibat perasaaan cemburu dan kerap curiga
pada teman lelaki,
seorang wanita bertindak melakukan sesuatu yang gila dan memalukan




Li Tan , 25 , di katakan risau jika kekasihnya berlaku curang
apabila teman lelakinya De,  tidak pulang2 ke rumah.
selepas satu jam menanti namun teman lelaki nya tidak pulang kerumah
seperti yang dijanjikan Li kemudian nya ke kedai berdekatan dan
membeli 20 keping tuala wanita dan menampal tuala wanita tersebut di atas kereta De.
Bukan itu saja malah Li turut memuat naik gambar kereta tersebut di laman sosial.

De yang pulang kerumah terkejut melihat Li yang marah-marah dan  keadaan kereta nya.
Dia kemudian menjelaskan sebenarnya dia keluar kerana sedang merancang majlis
kejutan untuk kekasihnya itu di sebuah restoran mewah sempena harijadi Li  tidak lama lagi.



haih..kuat sangat cemburunya..
balik lambat pun tak boleh ke??
Muka cantik pun nak cemburu..
kalau lelaki tu ada kekasih lain ,blah je la..
awak kan cantik..banyak lagi lelaki nak..
yang saya tau perempuan cantik tak kuat cemburu..kan??
saya tau la sebab saya tak kuat cemburu...


ekekkekek...nak jugak tu!!


sekian...

NAK JUAL EMAS TERPAKAI DAN SURAT PAJAK GADAI

STICKY POST 24 JAM
scroll untuk entry baru...

Assalamualaikum...



Pernah dengar tentang syarikat BuyGold Resources.
Syarikat ni dah dah lama di tubuh kan..
Dah 50 tahun.sebab tu ianya dipercayai ramai..
Syarikat ni menyediakan perkhidmatan seperti menjual
dan membeli emas, emas terpakai, dinar, barang kemas,
syiling dan tempahan emas, suasa dan perak.
Malah mereka juga menyediakan khidmat menebus surat pajakan.

Kalau nak tau Syarikat ni ada cawangan
di beberapa buah negeri..


Kawan-kawan boleh la hubungi no tel
yang saya letak kat bawah post ni
untuk berurusan dengan mereka..
Semua urusan jual beli adalah mengikut prosedur yang betul..
Bukan cincai2 je tau..

Ada sebab2 tertentu kenapa kita nak jual emas kita..
lagi-lagi waktu harga emas tu tengah naik.
Itu kalau yang jadikan emas sebagai pelaburan.
tapi ada juga yang jual atas sebab2 peribadi.
dan dah tentu dalam keadaaan macam tu kita tak nak la
rasa tertipu..kan??
BuyGold Resources  lah tempat yang kawan-kawan
boleh percayai kerana sistem mereka yang telus dan
setiap urusan jual beli  adalah dengan harga yang dipersetujui
oleh kawan-kawan dan pihak BuyGold Resources.

nak cari mereka boleh hubungi no telefon di bawah..

NO TEL : 03-87379327
H/P:0112-3636477

boleh rujuk laman web mereka untuk mengetahui
jenis-jenis emas yang boleh kawan-kawan jual..

laman Web: http://buygold77resources.blogspot.com/

Sekian...

BETUL KE MEE KARI MERDEKA GARDEN IPOH ADA KHINZIR?

Assalamualaikum...




Saya ingatkan tak de orang islam
yang makan kat kedai Mee Kari merdeka Garden ni..
Rupanya memang ramai orang islam yang makan..
Kedai Mee Kari Merdeka Garden atau pun dikenali
dengan Mee Kari MG ni terletak di Ipoh..
Saya terbaca tadi  katanya kedai ni
disahkan haram berikutan penemuan tulang Khinzir di dalam
periuk kuah mee kari tu..Entah ye entah tidak..
entah2 Fitnah je ada tulang khinzir tu...

Tapi...
saya kadang2 pelik jugak dengan sikap terbuka
orang islam ni..
kadang2 selalu nampak orang islam selamba je makan minum
dikedai  makan orang cina.
Alasan nya sebab sedap..
Kedai2 kopi orang cina tu selamba je dia masuk order kopi ,teh..
langsung tak de rasa risau atau was2.TABIK!!!

sekian...







TAK PANDAI JAGA SUAMI

Assalamualaikum...

Ni nak bagi tau satu benda ni..Awak2 yang bergelar isteri tu..
cer check2 facebook suami awak..kot2 ada benda lain macam...
Tengok senarai rakan dia..yang gambar pelik2 tu cer klik tengok..
takut dia dok like page atau ber 'friend' dengan seseorang yang awak tak sangka..
Bukan apa..sekarang kan kecoh2 pasal ramai lelaki melayu
dok add dan like page pelacur perempuan kat facebook tu..

gambar cilok dari fb orang..
Saya buka facebook perempuan tu semalam  terkejut tengok
kawan sekolah saya pun dok like page tu..
aih..cari apa la kat page2 macam tu ye..dah sah2 perempuan tu
kerja nya melacur jadi dia cari pelacur ke?
ha..sebab tu kena check tengok..takut nanti orang cakap awak tak pandai jaga laki..

Ada setengah isteri dia rasa bersalah kalau check barang peribadi suami.
macam telefon bimbit,email dan facebook..
takut suami kecik hati..
Ni kes isteri lurus bendul la..suami dok buka facebook pun
tak berani nak dekat..dok jauh2 je..
takut mengganggu privasi suami katanya...
saya tahu tak ramai pasangan macam ni..tapi ada..



Bukan nak suruh curiga tak tentu hala pada suami awak....
tapi agak pelik la bila dah berkahwin ada pulak undang2 tak boleh
baca mesej suami,tak boleh buka email suami..
pelik..kan??Bukan nya pasangan bujang yang belum berkahwin..
lain kalau belum kahwin..itu memang tak patut.

kalau nak check semua tu buat la sembunyi2..
jangan buat depan2 dia..kalau buat depan2 memang la dia kecik hati..
awak jadi isteri kena bijak selangkah ke depan dari suami tau..hahha..
kita bukan di zaman hang tuah .
sekarang dunia nombor 2 ada kat hujung jari je..
jadi kena bijak sikit ok..



satu lagi...
bila ada yang menyampai cerita buruk pasal suami kita..
jangan la melenting tak tentu pasal..
tapi jangan diam dan terus percaya,..
jangan pulak awak hanya menangis dan bersedih..
rilek je...tapi dalam diam awak bertindak..kena siasat.
Betul atau tidak...

Jangan sesekali awak tunjuk peranagi cemburu buta depan suami..
isteri mana la yang tak de rasa cemburu..
Cemburu tanda sayang..tapi jangan tunjuk..
Cemburu tu buat kat belakang2 dia saja..
Tak de la suami rimas bila tiap kali awak buka mulut..



Jaga suami ni bukan takat pandai jaga perut,jaga pakai dan jaga batin nya..
tapi benda2 gini pun kena berjaga2 jugak..
Cuma buat senyap2 saja..ok??

sekian...




Tuesday, 24 March 2015

PEMUDA INI TERGAMAK MEMBUNUH DAN MEMASAK KEDUA IBU BAPANYA

Assalamualaikum...

Bagi semua yang bergelar ibu bapa mesti ada letak kan sedikit harapan pada anak2 bila diaorang dah besar nanti..kan??Sekurang2 nya kalau tak berjaya dalam pelajaran biar lah dah tua2 nanti ibu bapa boleh menumpang kasih sayang anak2.Bila anak masih kecil ni kita belai,kita manja kan dan harapnya besar nanti dia kenang semua tu...


Pasangan suami isteri  , Chau Wing-Ki (65) dan isterinya Siu Yet-Yee (62) pasti tidak menyangka anak yang mereka kandung dan besarkan sanggup melakukan perkara yang akhirnya menamatkan riwayat hidup mereka berdua.


Anak lelaki mereka ,Henry Chau baru2 ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh dan memasak kedua-dua orang tua nya.Kejadian berlaku pada tahun 2013 ini pernah menggemparkan penduduk Hong Kong.

Pada mula nya Chau dan Siu dilaporkan hilang .Namun selepas beberapa hari akhirnya pasangan suami isteri ini ditemui didalam peti sejuk di apartmen Henry Chau.Henry awalnya memberitahu ibu bapanya pergi ke China namuan penemuan 2 kepala didalam peti sejuk menjawab segala punca kehilangan ibu bapanya.


Henry Chua juga mengaku beberapa bahagian badan ibu bapanya di cincang dan dimasak untuk dijadikan bekal makanan nya.Ini berikutan penemuan beberapa anggota badan yang tidak lengkap di tempat sampah .

Alahai...kos hidup tinggi sangat ke sampai kau sanggup jadikan daging mak ayah sebagai lauk??Kedekut betul..beli je la ayam sekor..sekor dalam rm16- rm17 ringgit je pun...

sekian...

LANDAK SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN

Assalamualaikum...



Seumur hidup saya ni , saya pernah bela kucing je..
itu je la binatang yang saya berani dekat pun..
yang lain2 selain kucing memang tak berani...



Saya tengok sekarang ni macam2 binatang dah
orang bela sebagai haiwan kesayangan..
Dulu bela monyet  kemudian ular,ada bela iguana..
lepas tu makin pelik orang bela sugar glider..
kemudian ada yang bela binatang macam beruk tu..
menakut kan betul...tangan panjang..hahhah...



Tapi sekarang ni ada satu lagi haiwan yang tak disangka orang akan bela..
Ni ha....landak...
ish..yang tidak2 je la diaorang ni...
tak bahaya ke bela landak??
Bukan duri dia kat belakang tu tajam2 ke..kan??




ada siapa2 nak bela landak???
jangan sesekali ajak saya ke rumah awak ye..

hahahahh..

sekian...

PENUMPANG ALZA WA 5367 W CURI BEG TANGAN MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA

Assalamualaikum...



Hari ni Video pencuri beg tangan mangsa kemalangan
yang tersebar tu memang mendapat perhatian ramai orang di laman sosial.
Saya sendiri terkejut dengan kejadian tu..
Tak berhati perut punya manusia..
nak tengok video tu klik sini.. 

Dia tak tahu ke kesan nya bila dia buat macam tu??
kalau datang pihak polis nanti
macam mana diaorang nak kesan nama mangsa dan tempat tinggal waris mangsa.
Mujur la ada insan yang sedang merakam kejadian tu.
kalau tidak terlepas macam tu je la pencuri tu..kan??

Lepas video tersebut tersebar pemilik kereta tersebut
tampil membuat penjelasan mengatakan kereta tersebut
memang milik nya tapi bukan dia yang memandu kereta tu..
tapi adik dia yang pinjam kereta tu dari dia dan
salah seorang rakan adik nya yang menumpang kereta tu lah
yang mencuri begtangan mangsa kemalangan tersebut..

kesian tuan punya kereta..
tak pasal2 dapat nama buruk..
Walaupun dia dah beri penjelasan tapi masih ada juga
yang sangsi dan mempertikaikan tindakan dia
menjelaskan hal sebenar tu..
Namun tak kurang juga yang menyokong tindakan nya yang berani tampil ke depan.

Pemilik kereta tersebut juga menjelaskan telah membuat 'laporan polis
berhubung apa sebenarnya yang berlaku..

laporan polis telah dibuat :sumber:siakap keli


Tu la..susah nya kalau bagi pinjam kenderaan pada orang nih.
walaupun adik beradik bila jadi apa2 kita juga yang kena.kan??
harap2 pencuri tersebut dapat di kesan ..

sekian..

GAYA JE LEBIH TAPI KULIT BERKERAK

Assalamualaikum...



Tubuh badan atau gaya??
yang mana satu awak pilih??

Ada orang yang dia tak kisah kulit  dia berkerak..
tak kisah jerawat kat muka..
yang penting tudung Fareeda

kalau untuk kulit muka beli yang 5,6 puluh ringgit je..
tapi kalau untuk kasut,baju semua nya mahal2 ..
beli kat butik khas je..

Ingat tak de ke orang macam tu..belambak la...
Ada setengah tu duit habis banyak dengan makan2 dan jalan2 je..
Tapi .siku pun kering ..
muka jangan cakap la..pucat je..
katanya tak de bajet untuk kulit..heheheh
cukup2 je untuk beg tangan dan kasut..gitu !!!!

KALAU saya la... baik la saya habis kan duit untuk kulit saya
dan untuk kesihatan dalaman dari habis untuk barang2 berjenama.
Saya memang tak kisah pakai baju harga 20 ringgit..
atau pakai Shawl rm10 tu..yang penting kulit saya cam baby2..
Itu pun  KALAU..
tapi saya ni bajet untuk kulit pun tak de,untuk barang berjenama lagi la tak de..
Bilas muka dengan air cuci beras je..tak mampu kesah nye...
ekekekek..

sekian...


Monday, 23 March 2015

WANITA CANTIK INI CARI LELAKI DI FACEBOOK YANG BOLEH BUAT DIRINYA HAMIL

Assalamualaikum...

Macam2 jenis orang kita boleh jumpa kat faebook..
yang selama ni kita tak pernah bayangkan pun kita boleh jumpa..



Macam satu kes ni..
seorang wanita yang dah bosan
dengan hubungan cinta yang dianggap tidak ada kesudahan
telah memuat naik status mencari mana-mana lelaki yang
boleh membuat dirinya hamil.

Adelina Albu ,25 , mengakui dia tidak ingin lagi
menjalinkan hubungan dengan mana2 lelaki kerana merasakan
kaum lelaki tidak matang dan bersikap kebudak-budakan.
Dia juga menganggap lelaki hanya memilkirkan masalah mereka sendiri.


Dengan membayar sejumlah harga ,Adelina
berharap akan bertemu lelaki yang boleh memberinya zuriat
dan sehingga sekarang dia masih belum menemui
lelaki yang dirasakan sesuai..

Jika ada lelaki yang berminat dengan tawaran nya
harus melakukan ujian kesuburan terkebih dahulu..
dan jika dia hamil dia ingin semua hak penjagaan anak nya
atas namanya sendiri..


macam ni punya orang pun ada..kan??
Buat nya dapat benih penyamun naya je..

sekian..




RAMAI WANITA TAK SKIP ROTI PERTAMA TAPI LELAKI INI MASIH BUJANG.KETAHUI PUNCANYA

Assalamualaikum...



Gambar ni ramai jugak yang share..
gambar menunjuk kan seorang lelaki yang beri
sebab kenapa dia masih bujang..
katanya dia mencari wanita yang tak skip roti pertama..

Pada yang tak paham..
Roti pertama ni maknanya kepala roti..
kalau orang2 tua kata kepala roti
sebab dia dok kat atas sekali..



Memang ada orang yang tak makan kepala roti ni..
sebab ada yang kata ianya tak sedap..
rasa keras.
tapi kebanyakan orang suka kepala roti nih.
lagi2 kalau di sapu mentega dan dibakar rangup.
kalau buat sandwich bahagian ni kita ngap dulu..ahhaha
jadi pelik juga cemana la punya ramai perempuan yang
suka kepala roti ni tapi dia tak jugak jumpa sorang pun untuk buat bini..

Dari kata2 dia tu ,dia nak kan isteri
yang tak memilih...makan dan pakai apa yang ada..
jangan membazir..gitu la..



Tapi tu la..
Kita ni bila nak cari pasangan dah tetapkan
syarat macam gitu macam gini..
Tak cermin pulak diri sendiri tu cukup syarat macam yang orang nak ke tidak..
nak yang tak memilih..
tapi tak sedar kita pun memilih..

macam saya kata tadi la...

"cemana la punya ramai perempuan yang 
suka kepala roti ni tapi dia tak jugak jumpa sorang pun untuk buat bini.."

nampak tak sebab nya kenapa???
sebab dia memilih sangat...

sekian...






DIA TAK SEKOLAH

Asslamualaikum



Pagi2 lagi rumah dah riuh rendah..
hari ni kan budak2  start sekolah semula..
tapi anak saya tak boleh sekolah lagi..
belum sihat sepenuh nya...
masih demam,,tapi on off..
ok la..dari pada sebelum ni..
sebelum ni sepanjang hari merengek je..
suhu sampai cecah 40.
dah pergi check darah semua cuma ada kuman dalam darah je..
tak de masalah lain..tengok macam nak batuk pulak tu...
Cuti hari ni tanpa surat la sebab masa pi klinik tu time cuti sekolah tak de
pulak rasa nak minta surat cuti.
tak sangka demam nya lama gini..start demam hari selasa.lama ..kan??
Pagi ni bangun pun dia tak menangis sakit kepala..
dia kata dah ok..
tapi kami tak bagi pi sebab demam on off tu la..
takut pagi ni ok..
nanti sampai sekolah demam balik.
marah pulak cikgu nanti ..anak tak ok lagi dah bagi pi sekolah..
kalau berjangkit kat kawan2 lagi la menyusahkan orang lain pulak..
pagi ni depan2 dia call cikgu kelas dia bagi tau keadaan dia..
Dia dengar saya dah cakap dengan cikgu dia 
baru la dia berhenti sebut pasal nak sekolah tu..
terus masuk bilik dan tidur..
hahhaha...susah jugak kalau anak suka pi sekolah ni.

sekian...

Sunday, 22 March 2015

GAMBAR MAJLIS AQIQAH DAN KESYUKURAN ANAK SULUNG DIANA AMIR

Assalamualaikum...

Genap usia nya 2 minggu hari ni..
maka berlangsung lah majlis aqiqah dan kesyukuran untuk anak
sulung Diana Amir dan Mohd Habbibullah
iatu Khaulah Al Azwar..













tabung derma pun ada...
Bersedekah la walau di mana berada..


cantik kan???
nanti kalau beranak lagi nak buat macam ni la...
hahahah



Comel nya buaian dia...




wah..kuih kegemaran makcik pun ada ni..
tengok bekas telur dia tu  nampak mewah..kan??



sekian...

JANGAN SESEKALI BERIKLAN DI KOMEN BLOG SAYA

Assalamualaikum....

Amboi..amboi...
dua hari makcik tak buka blog..
kemain banyak lagi peniaga2 ni
dok berjualan barang di kotak komen makcik ye...
Makcik tanda kan sebagai spam nanti baru tau..

Jangan la buat macam tu...
Kotak komen tu untuk komen2 yang berkaitan dengan
entry yang saya tulis je..
Untuk kawan2 yang berkunjung
ke blog saya berkongsi pandangan.
Ini bukan IG artis yang awak boleh awak promote barang jualan..



kalau nak beriklan senang je..
Email saya di diana.rashid36@gmail.com
atau pun pm saya kat facebook..
Kita boleh bincang pasal harga..
entry macam mana yang awak nak saya tulis..
gambar pun awak boleh letak..
IG,twitter,facebook laman web semua awak boleh letak 
dalam post tu..
Ok..bayaran pun murah je...

Lain kali jangan buat lagi ye..
tak kira la kat blog saya ke..
kat blog blogger lain ke...
jangan buat..
Lagi2 kalau produk awak tu ada nama besar..
buat malu je..
tak de bajet untuk promosi ke.???

sekian...

Friday, 20 March 2015

LELAKI DAYUS DAN TAK PEKA

Assalamualaikum.....



Hari jumaaat awak pun.....
kena la ostajah2 sikit...
kang ada pulak yang cakap makcik tak peka dengan hari jumaat..
gigih dok email makcik semata2 nak bagi tau makcik tak peka..
semalam update cerita orang kaya terus
dapat email kata update blog macam tak peka dengan keadaan semasa..
Rakyat tengah susah hati dengan GST
makcik lak sibuk nak update cerita wang hantaran mahal dengann niat
nak buat orang bergaduh...
kau yang bodoh..makcik pulak yang kena..
kesah pulak makcik dengan kau..
tak kuasa !!!

sekian...

Thursday, 19 March 2015

HANTARAN KAHWIN ANAK PM 500,000 USD

Assalamualaikum....

Hari ni entry cerita pasal kaya je ye,..
nampak sangat makcik suka berangan kaya...
berangan tu kan percuma...

Ni satu lagi cerita pasal orang kaya...
Anak kepada perdana menteri kita...
Nooryana Najwa yang melangsungkan perkahwinan dengan 
Daniyar Kessikbayev katanya hantaran dia mak oihhhh!!
mahal bebenor..
maklum la orang kaya...
ni bukan fitnah tau...
ada bukti bertulis lagih....



nampak tu...yang kat bawah tu....
hantaran dia je 500000 USD kau...
ye la..lelaki tu pun katanya anak orang kenamaan jugak kat Kazakhstan nun..
tak tahu betul ke tidak..ada jugak yang kata 
tak betul..dia orang biasa2 je...



sebab tu banyak kali dah cakap kat Maisara..
belaja pandai2...cari duit jadi kaya...
nanti boleh letak hantaran tinggi2 kat anak cucu ...
ekekekekek

sekian...