Thursday, 6 March 2014

FARAH AZUREEN ALI PELAKON DAN BAKAL JURUTERBANG YANG CANTIK

Assalamualaikum...

Cantik tak dia ni??
cantik la dari aku..kan??
hahahah...
ini lah bakat baru dari MIG.
Biasa la..David Teo mesti sambar dulu pelakon yang 
cantik2..
Eh..tak la baru sangt..rasanya dari tahun lepas dia dah ada..
cuma tak perasan je kot sebab masa tu dia masih belajar di MAFA
namanya Farah Azureen Ali..


Baru je tamat pengajian di Malaysian Flying Academy..
tahniah,.!!
sama dengan suami Fauziah Gous la kan??
suami dia pun dah dapat lesen jadi pilot..
untung..heehhe











Ini rasa nya juruterbang wanita 
pertama yang jadi artis..kan??
kalau tak salah aku la...

Muka cantik,kerjaya bagus..
buat apa la jadi artis..kan??
hehehehh

sekian..

SUKA HATI JE TUKAR NOMBOR TELEFON

Assalamualaikum....



Geram je bila kita call orang
tetiba dengar bunyi "tut tut tut" yang laju.
makna nya no tu dah tak aktif..
dah tukar nombor lain.
kita ada hal penting nak cakap ni..
geram..

Pernah jumpa tak orang yang
suka tukar nombor telefon??
pelik la..kenapa suka2 tukar?
kalau awak tu jenis duduk dalam hutan
tak de kenal sapa2,
tak de saudara mara,
tak de urusan dengan orang lain,
tak de masalah apa2,
lain la...



tak pikir ke awak asyik tukar nombor telefon,
kalau ada kematian ke,kemalangan ke,
jiran2 call sebab rumah terbakar ke,
kan menyusahkan diri sendiri je tu??
nak tukar pun bagitau la..

Ada jugak yang bagitau bila nak tukar nombor,
tapi rajin sangt orang nak update
contact nombor kat phone tu
mana yang aktif mana yang tidak???
sudah nya,belambak2 la nombor kau dalam phone orang.
bila nak call mula pening yang mana satu
nombor kau yang aktif.



Ada pulak tu bila di tanya..
"no lama tu dah tak pakai la ye?"
dia jawab: "pakai lagi.."
tapi bila call.hagahammmmmmmm!!
tak aktif jugak..

tukar2 nombor telefon ni,
lari dari sapa sebenarnya??
cer citer sikit...

sekian...




MR.R :"ITU SEMUA FITNAH"

Petaling Jaya: “Semua fakta dijelaskan, saya tuntut dia minta maaf secara terbuka atas tuduhan dilemparkan.”

Demikian permintaan pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, atau Hanez terhadap wanita dikenali sebagai Nurliyana Abdul Manan, 29, yang membuat kenyataan mendakwa artis itu merampas suaminya.



Nurliyana yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya, Romie Razin Adilha, 34, sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendakwa Hanez menjadi penyebab keretakan rumah tangga mereka.

Hanez berkata, kenyataan Nurliyana yang dia menjalin hubungan dengan Romie sejak lapan bulan lalu juga satu fitnah.

“Saya dan Romie berkenalan pada 20 Disember tahun lalu selepas Nurliyana memfailkan perceraian pada 8 Oktober tahun lalu.

“Saya buat sidang media ini untuk menjelaskan (fitnah) ke atas saya. Kalau lepas ini orang nak hina atau cakap apa pun itu hak mereka.

“Yang penting saya dah jelaskan fakta sebenar untuk membersihkan nama saya,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di sini, semalam.

Pada majlis itu, Hanez ditemani peguam syarie Wan Norliyana Abd Rahman dan Romie turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kekecohan timbul apabila kenyataan Hanez kepada Harian Metro bertarikh 25 Februari lalu mengenai status lelaki itu didakwa seorang duda anak dua menyebabkan pelakon itu dikritik banyak pihak.

Hanez dituduh memutarbelitkan kenyataan sebenar dalam rumah tangga lelaki itu dan didakwa menjadi punca keretakan perkahwinan pasangan terbabit.

Bagaimanapun, pada Jumaat lalu, Hanez sekali lagi tampil mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada semua pihak atas kenyataan mengenai status teman lelakinya.

***************************
#bukan dulu dia kata kenal dah 8 bulan ke??

sekian...


BOIKOT AURAWHITE KERANA HANEZ SURAYA

Assalamualaikum...

Sebab sikap orang lain 
orang lain pulak yang kena...
nasib la..kan?



Gara2 marah dengan Hanez Suraya
ada yang mendesak Aurawhite menukar 
duta produk mereka.



Tapi jangan la risau la..
depa bukan pengguna Aurawhite pun..
kalau betul2 pengguna 
tak de berani boikot nye..
sebab bagi aku la
kalau produk tu bagus kau guna ,siapa duta pun kau tak peduli
yang penting ahkak cantik..!!!

heheheh


sekian..

Wednesday, 5 March 2014

CARA MUDAH DAN JIMAT HILANGKAN BINTIK HITAM DI HIDUNG

Assalamualaikum...

Aku pernah try dah cara nak buat mask guna madu 
dan kulit kayu manis ni..
memang elok muka kita tapi tak tahan pedih..
macam di cocok2 muka kita.
tapi tak lama..kejap je pedih nya tu..


cuma buah pala tu je tak letak sebab tak de..
tak letak pun tak pe kot.
kalau letak lagi bagus..kan??

 Satu lagi...

korang pernah tak ada benda ni kat hidung?
aku pun ada..
Aku guna Biore dia kurang sikit..
tapi ada cara yang lebih bagus 
kalau korang nak cuba..
dan lebih jimat pastinya...





Ambil pencuci muka yang gel tu..
apa2 jenama je la..
lepas tu campur dengan baking soda satu sudu,
dan satu sudu garam..
kacau2 dan letak kat hidung..
tutup dengan kapas.
tunggu la dalam 5 minit lepas tu cuci...

tadaaaa!!!
dah hilang..

cuba tau..

sekian...

HATI WANITA MANA LAH YANG TAK SEDIH

Assalamualaikum...
Cantik2 gambar pra perkahwinan Aidil dan Zarema nih..
Gambar dari Wunderclique.
siapa nak guna khidmat depa boleh contact depa ye.
Jom tengok ada banyak lagi gambar2 yang cantik..














Mesti hati zarema sekarang ni berbunga2 je..
eh!video pra perkahwinan diaorang pun dah siap tau.
yang pasti ada bola.
heheh..

semoga mereka berbahagia la hendak nya..
kawen dengan restu seronok kan??
tu la..yang sana telan air liur je..
kesian tau..

Kesian sebab mereka berdua ni berhubungan ketika
Aidil masih suami Orang..
Bercerai je terus nak kawen..
hati wanita mana la yang tak sedih..


sekian...

Tuesday, 4 March 2014

NAMPAK MACAM SENANG 9

Assalamualaikum...

rasa macam nak buat je macam ni..
aku ada kayu2 panjang gitu
kat depan umah ni
laki aku potong dahan pokok pelam yang besaq2 tu.
aku buang daun nya kayu aku simpan.
nampak nya boleh buat cendawan  nih..

Tinggal beli cat je..kan??
bekas2 lama pun rasanya ada yang tak pakai .

ye ye je la..
berangan je tu.
jangan percaya.hahahh ..


satu lagi yang ni..
macam senang kan??




senang kan??
cuma yang bulat2 tu je tak
tahu nak cari kat mana??

aku ni kalau ada "cuma" tu makna
nya tak menjadi la nampak nya..heheheh..

korang cuba la..

sekian..

THE MOST BEAUTIFUL MIRACLE

Assalamualaikum...
Mikhail masa umur berapa bulan entah..hehehe


Satu tabiat Mikhail dia suka tidur atas aku..
kalau baring2 tengok tv dia kan datang dan tidur kat atas badan aku ni..
kadang2 tengah malam dia terjaga pun
sambil pejam mata dia tidur atas aku.
Suami aku pernah kata
mungkin dia nak rasa yang sama macam masa dia
dok dalam perut dulu.hahahh...

Tu yang buat aku kadang2 tak nyenyak tidur.
dah ada seketoi Mikhail atas perut aku ni,
mau tak semput aku time tidur.
tapi tak pernah pulak rasa nak ubah tabiat huduh dia tu.:p

nak cerita pasal video ni sebenarnya...

Pernah tak tengok video nih..
Baby baru lahir yang
tak mau lepas kan ibu dia..
senyum aku tengok video ni..
mesti hilang terus rasa sakit ibu dia tu..

Bila dia dekat ibu dia senyap,
bila diangkat nak bersih kan dia,dia menangis..
heheheh..mesti anak manja nih..

aku,ni bukan boleh tengok benda2 gini.
mula la berangan nak anak lagi..
eh!!


sekian...


DENGAN ADIK BERADIK TERCUIT SIKIT TAK BOLEH...

Assalamualaikum....



Pergi mana2 memang sikap,tingkah laku dan kata2
menjadi perhatian orang.
Sebab nya kita dari kecik dah dididik begitu.
pergi kenduri kawen
mak dah pesan siap2..

"satgi ampa jangan nak buat kelaku macam ayam na..
jangan nak bagi malu muka mak..
dok elok2 tok sah dok berambat pi mari pi mari...
bla..bla..bla.."

semua tu untuk menjaga supaya
orang pandang kita elok..

Sampai kita besaq pun macam tu..
kita pi mana2 kita jaga supaya orang nampak kita elok.

tapi yang tak sedapnya..
Ada setenagh orang dia nak jaga
mulut lidah dia time dengan kawan2,jiran2 saja,
tapi dengan adik beradik,saudara mara,
tercuit sikit tak boleh.

Berkira jangan cakap la..
dengan jiran bagi kuih,bagi laksa,
buat lempeng pun bagi..
pi mana2 bercuti balik bagi itu ini kat kawan2 kat jiran.
tapi dengan adik beradik berkira nak mampoih..
nasik sepinggan pun nak kena bayar
sebab dia beli beras sekampit yang 10kg tu.,
jadi kita nak makan kena bayar.

Dengan kawan2 boleh tidoq satu selimut berkongsi.
dengan adik beradik bejalan telanggaq bahu ja...
"oi..nak mampoih ka?"



Orang macam ni elok dok dalam hutan
ambik beruk buat jadi adik beradik angkat.

**************************

Rasulullah S.a.w bersabda:
قلتُ: يا رسولَ اللهِ من أبَرُّ ؟ قالَ: أمَّكَ قالَ: قلتُ: ثمَّ مَن ؟ قالَ: أمَّكَ قالَ: قلتُ: ثمَّ مَن ؟ قالَ: أمَّكَ قالَ: قلتُ: ثمَّ مَن ؟ قالَ: ثمَّ أباكَ ثمَّ الأقربَ فالأقربَ
"Mu'awiyah bertanya, wahai Rasulullah siapa saja yang paling berhak bagiku berbuat baik padanya? Rasulullah menjawab: 'Ibumu' (sampai 3x). Lalu siapa: 'ayahmu, lalu kerabat yang terdekat, dan seterusnya..'" (HR. Tirmidzi, ia berkata: "hasan")

sekian...

KAU DAH KENAPA DIK...???

Assalamualaikum....

Macam2 budak2 sekarang ni kan??
aku rasa kelakar je baca komen budak nih..
terbaca kat IG Nellydia Senrose




Mula2 ingtkan dia melawak je..
tapi tak kan la..kan??
hahah..

entah la...
budak2 kan??
zaman kita dulu pun masa budak2 mesti minat artis itu ini...
cuma masa tu kita tak de FB tak de IG tak de Wechat  macam 
sekarang yang membolehkan 
kita berhubung terus dengan artis yang kita minat..

cuma..
harap2 dia pilih la cita2 yang lain..
hehehe

sekian...



JANGAN SESIAPA BERANI MENYOKONG TINDAKAN HANEZ SURAYA

Assalamualaikum....

Selamat pagi..
minggu ni memang hangat bercerita pasal
bercinta dengan suami orang..
benda paling sensetif bagi rakyat malaysia.
bukan saja wanita,malah lelaki juga
tak bersetuju dengan tindakan wanita yang merampas suami orang.


Suatu masa dulu pelakon cantik Fasha sanda pernah mengalami
kemelut yang sama dialami pelakon Hanez suraya.
tapi Fasha Sanda lebih bijak menjawab
ketika ditanya oleh pihak media.
Dia juga hanya mendedahkan hubungan sebenar
dengan bekas suami Nora Danish hanya selepas
Nora danish dan Rizal Ashram sah bercerai.
Sebab itu masih ramai yang berpihak pada fasha sanda ketika itu.

Berbeza dengan Hanez suraya
yang mendapat kritikan pedih dari masyarakat sekeliling
malah artis juga ramai yang kurang bersetuju
dengan tindakan nya merampas suami orang,
bercuti di bangkok bersama suami orang dan
mencabar isteri kekasih nya.
itulah perkara paling bodoh yang hanez Suraya lakukan.


Semalam pelakon komedi Jihan Musa
dikecam hebat kerana memberi komen
seolah2 menyokong tindakan Hanez suraya.
menyedari orang ramai mula menghentam beliau,
dia kemudian memadam semula komen2 yang diberikan.
seperti menyedari amaran jangan sesekali membela hanez Suraya


komen awal..kemudian disusuli komen seperti menyokong hanez suaraya
yang kemudian di padam setelah dikritik hebat.heheh

Tidak ada sesiapa pun yang suka melihat orang lain dianiaya.
lebih2 lagi dalam hubungan suami isteri.
malah ianya pasti melibatkan anak2 yang kecil.
walaupun bukan artis,
merampas suami orang dan mengambil kesempatan diatas keretakan
rumah tangga orang lain adalah perkara yang sangat keji.


Jika anda bukan seorang artis terkenal
mungkin jiran2,kawan2 tempat kerja,saudara mara,
 akan pandang serong pada anda..
apa lagi kalau anda seorang artis dan dikenali ramai.
Tak ada ramai orang yang akan membela anda.
malah mungkin ahli keluarga sendiri juga
sedikit sebanyak tidak menyokong tindakan anda.

sekian..

Monday, 3 March 2014

GADIS-GADIS KECIL INI RUPANYA ANGGOTA KUMPULAN METAL

Assalamualaikum..  



Bila tengok gambar budak2 ni tak sangka
rupanya mereka ni
penyanyi lagu2 metal dari jepun


Dengan nama Baby Metal mereka
terdiri daripada SU-METAL (15 tahun), 
YUIMETAL dan MOAMETAL (13 tahun.


tapi muzik metal diaorang ni masih boleh di
aku terima lagi la..sebab dengar la jugak
bijik butir yang dia sebut,waLaupun tak paham
bahasa jepun..kan??

kalau muzik metal yang lagu entah apa dia sebut
yang dengar bunyi macam lembu nak
beranak tu yang tak boleh nak  aku hadam..
hehehe..

Boleh ke youtube  cari video mereka ye....

sekian...

AKSI ANAK NORA DANISH BERSAMA ANAK FASHA SANDA

Assalamualaikum...

Hubungan 2 beradik ni kalau di lihat dari gambar2 
memang sangt akrab..
mungkin sebab Fasha Sanda sendiri melayan
anak Nora danish ,Rayqal macam anak kandung dia sendiri..



Walaupun ada sesetengah orang yang buruk
sangka dengan Fasha Sanda tapi
gambar2 ni membuktikan Rayqal nampak selesa dan biasa 
dengan adik nya Rayfal..

Jom tengok bebarapa aksi Rayqal dan Rayfal 
yang boleh buat kita tersenyum..

comel...!!!





sayang betul kat adik dia..kan??


sekian...

SUAMI YANG BERUSAHA MELAKUKAN YANG TERBAIK SUKAR MENGAKUI KELEMAHAN DIRI

Assalamualaikum...



Semalam lama sangat menungga aku capai satu majalah lama.
belek2 isi dalam nya nampak satu ruangan kissah rumahtangga..
luahan seorang wanita
tak ingat namanya apa..
lebih kuirang gini...

"suami saya memang baik..
tak pernah mengabaikan saya dan anak2.
tapi susah nak mengakui kesilapan dan kelemahan nya.
pernah saya bertanya pada nya..
'minggu ni nak balik kampung(belah suami) tak?'
jawab nya:tak payah la..awak nampak letih dan baik awak berehat saja.

tapi saya tahu sebenarnya dia sendiri yang tak mau balik.
tapi dia lebih suka meletak kan sebab nya kerana saya.
saya tak mahu membincangkan hal ini
bersama nya kerana tahu dia
tak kan mengakui kesilapan nya dan hanya
akan mencetuskan pertelingkahan."

aku ringkas2 kan je la surat dia tu.
tapi memang bunyi nya lebih kurang gitu...
ada banyak lagi la cerita pasal suami dia yang tak nak
mengakui kelemahan sendiri.

Bila baca nampak remeh je masalah dia.
tapi kalau fikir2'
tak elok la suami buat macam tu.
nampak macam isteri ni je sebab dia tak balik jumpa mak ayah dia.
ada satu part tu dia cerita tak dapat bersama suami dia
sebab suami bagi alasan isteri letih padahal suami tu yang tak larat.
tapi dia tak cakap dia tak larat.dia bagi
alasan isteri tak larat..

Suami yang berusaha melakukan yang terbaik untuk keluarganya
memang susah nak akui kesilapan dan kelemahan mereka.
sebab mereka dah berusaha untuk mencapai tahap yang mereka sendiri puas.
tapi bila berlaku kesilapan
mereka tak suka mengakui nya.
Mereka fikir mereka sudah melakukan yang terbaik
dan tidak patut ada siapa2 yang melihat kesilapan dari dirinya..

sekian..




Sunday, 2 March 2014

NAMPAK MACAM SENANG 8

Assalamualaikum...

Hari ni kita belajar buat benda ni..
orang panggil apa ye??
kancing baju??butang ke??
apa2 je la..

yang penting sesuai untuk letak kat Baju
menggantikan butang biasa..
nampak cantik kan??


tapi macam susah la..
heheh..

cuba la..
tak cuba tak tahu..

sekian...

TIDUR HANYA 1 JAM SEHARI

Assalamualaikum...



Apa rasa bila kita tidur sejam sehari..
1 jam saja??aduh..
tak pernah buat..
paling kurang aku tidur 4 jam je..
Tu pun jarang2 la..
hahahah...

'Jenn Scwaner, seorang rakyat Florida mengaku
hanya memerlukan  4 jam satu hari untuk tidur.
lagi yang lebih mengejutkan, Pat Pallentino,
ayah  Jenn Scwaner  kadang-kadang hanya tidur selama 1 jam sehari.

Kajian ada menyatakan manusia  dengan kemampuan
 ini hanya ada 1% dari jumlah populasi.
Mereka memiliki kelainan gen yang membuat
tidur mereka tidak seperti manusia normal lainnya
yang memerlukan 7-8 jam sehari untuk tidur.'

-nydailynews.com-

Bagi orang kuat tidur macam aku ni
bagi 24 jam untuk tidur pun kami boleh kot..
tapi tak pernah cuba lagi la..
hahahah

sebenarnya kan hidup kita ni bukan untuk tidur..
tapi untuk kerja...ini kenyataan,..
kita bangun pagi jam 6.
balik kerja jam 6..
12 jam dah..
tak kan jam 6 tu balik2 terus tidur ..kan??
buat itu ini dah jam 10 malam..
baring2 paling cepat kita tidur 11 malam..
11-6 = 7 jam..

7 jam je kita rehat kan diri dengan cara tidur.,
guna tenaga 16-17 jam..
patut la ramai orang sakit mental..kan??

sekian..