Friday, 21 February 2014

NAMPAK MACAM SENANG 6

Assalamualaikum...

Jom cuba buat yang ni pulak..
CARA BUAT ALAS KAKI
memang senang tapi kat mana nak beli benda yang petak tu ye?



Gunting kain lepas tu ikat..
kalau buat besar2 boleh letak dalam bilik..
Buat kumpul habuk..
hehheheh

kalau kreatif boleh buat guna kain
berwarna lepas tu susun bagi ada rupa ghimau ke,beruang ke..
kan???

Cuba tau..
nanti tunjuk kat kami kalau dah siap??

sekian..

Thursday, 20 February 2014

KERAP ROTAN DAN PUKUL PENENTU KEJAYAAN ANAK-ANAK

Assalamualaikum...



Antara komen kat Fb yang saya baca..

"Anak-anak sekarang ni tak macam orang dulu-dulu..kami setakat kena rotan,dipukul dengan getah paip, ranting kayu,itu benda biasa.sebab tu la orang2 dulu ramai yang berjaya.."

"anak2 sekarang tak boleh pukul .sebab tu dah besar pijak kepala mak ayah.kuat melawan"

Bagaimana dia boleh tau budak2 sekarang ni tak kan berjaya bila mereka dewasa nanti ye??adakah kejayaan seseorang tu kita boleh jangka dengan melihat samaada dia kerap dirotan atau pun tak?Semasa kecil saya paling kerap dipukul dirotan antara adik beradik lain (bukan mak abah yang pukul).tak pulak saya jadi jutawan atau berjaya beli kereta mewah,masa sekolah pun saya bukan lah pelajar cemerlang.

Cuba tanya adik beradik saya yang lain adakah sekarang ini saya seorang yang tak melawan bila di perlakukan sesuka hati?tak..saya berani pukul orang tu dengan batang penyapu kalau dia buat tak baik dekat saya walaupun dia tu kakak,atau adik saya.Sehingga saya dewasa sekarang orang yang kerap memukul dan merotan saya tu lah yang saya paling benci dan suka lawan.

Bagi saya selalu merotan dan memukul bukan menentukan kejayaan masa depan.tahu kenapa zaman sekarang banyak kes dera anak2 kecil?sebab ibu bapa dididik dengan rotan dan pukul masa mereka kecil dulu.jadi bagaimana mereka dididik macam tu la mereka mendidik.




Masa dan era sudah berubah.cara mendidik anak juga sepatutnya sudah diubah.percaya lah jika dalam keluarga dipenuhi dengan kasih sayang tak kan ada sikap anak aniaya ibu bapa atau ibu bapa mendera anak-anak.

Jangan rosak kan emosi anak-anak kita dengan selalu merotan dan memuukul sebagai hukuman atas kesalahan mereka.ada banyak lagi cara lain yang boleh buat mereka takut bercampur hormat pada kita sebagai ibu bapa.Adakah kita berbangga jika anak takut pada kita tiap kali tiba waktu makan malam?adakah kita berbangga jika anak kita tak berani meluahkan perasaan dan pendapat mereka sendiri di hadapan kita.??


Saya bukan lah orang yang tidak pernah merotan anak saya.tapi saya pastikan sekali rotan itu menyinggah betisnya itu lah hukuman yang akan dia ingat selamanya.tak perlu memberi hukuman yang sama untuk setiap kesalahan yang dia buat.Jika kita asyik merotan dan merotan sudah tentu emosi dan perasaan nya pada kita juga akan berubah.saya mahu anak saya hormat pada saya bukan takut pada saya.kebiasaan nya perasan takut datang bersama perasaan benci.saya tak mahu itu berlaku.


sekian...


.

PERANGAI HODOH ARTIS MALAYSIA

Assalamualaikum...



Ada setengah manusia ni kan..
bila nak kan sokongan kita mula la nak puji itu puji ini..
Kau tua ke muda ke sama je.
perangai huduh ni tetap ada..

macam budak2 la perangai gini..
"nak sikit,awak baik.."

Ni la yang terjadi kat kebanyakan artis kat malaysia ni..
time nak promot drama,nak promot filem,
nak jual album,nak buat konsert
baru la keluar ayat..

"tanpa anda siapa la kami.."

"tanpa peminat,tak mungkin saya dapat anugerah ni.."

Tapi..
kalau kena hentam sebab perangai buruk..
lain pulak ayat dia..

"ada aku kesah..?"
"bukan awak yang bagi saya makan.."
"bukan awak yang hantar saya
pergi balik dari lokasi.."



Eeeeiii.geli geleman !

sekian...



KITA PM DIA ATAU DIA PM KITA DULU??

Assalamualaikum...



Aku keliru sikit bab2 PM ni..
atau ayat panjang nya Private Message.

Contohnya gini..

Abu jual roti kat facebook..
dia pun terang kan la gini..

"saya  jual roti..
harga rm 10,,
bla..bla..bla..
saiz roti,warna roti,inti roti bla..bla..
tel: 0123456789
email: roti@gmail.com.
berminat sila pm.."

lepas tu ada orang komen kat bawah nya..

"pm..."


pelik tak??
nak pm apa nye??
bukan sepatutnya dia ke yang pm peniaga tu dulu?

kalau peniaga tu yang pm dia dulu
apa peniaga tu tanya biasanya ye??
 dia tanya gini ke?

"nak beli ke tak nak?"

aku tak tahu sebab tu aku tanya korang..
Biasanya kalau aku nak beli barang tu
aku yang pm peniaga tu..bukan suruh peniaga tu pm aku dulu.

heheh...

sekian...


GIVEAWAY HOLIDAY ANUM

Assalamualaikum..

Bila tengok gambar2 Anum kat korea
rasa macam nak pi korea je..
Dah la hari2 tengok drama korea,
baca entry2 pasal Anum kat Korea lagi la rasa membuak2 nak ke korea.

Mungkin GA akan datang Anum akan bagi hadiah tiket ke Korea.
muahahhaah..
bagi aku negaranya cantik.
tak percaya sila la erjah entry2 korea kat blog anum..

Korang kalau ada rasa nak ke korea boleh dapatkan banyak info dan tempat2 best
kat blog Anum .Dia memang suka travel..
Ada banyak tempat jugak selain Korea yang dia dah pergi..

Klik banner kalau nak join GA anum..

sekian...



1ST GIVEAWAY BY RARA

Assalamualaikum..



Korang..
nanti ada masa join ye GA yang Rara buat tu..
ye..dia ada buat GA..
hadiah best2..
aku paling suka hadiah stoking baby yang comel tu..
yang ni tajaan butik Baby BoO..
Butik ni ada sediakan hadiah lain iaitu
voucer rm50.banyak tu..
boleh dapat 2 helai baju baby tu...


Comel tak beg ni??


tak payah beli.kalau bertuah menang GA Rara ni,
ini lah salah satu hadiah yang korang boleh dapat.
tajaan dari Intanz Handmade

Tarikh tutup 2 march 2014..
klik gambar atas sekali kalau nak join..

Jangan lupa like MOMS MADNESS GARAGE 
sebab kat sini ada macam2 benda yang
Rara jual..sebut je nak apa nanti dia akan cari.
hahaah..sebab tu kena like supaya korang tak terlepas barang2 yang
memang tengah jadi kegilaaan sekarang..

join tau GA ni ..


sekian,,

DAPAT LAKI MACAM SHARNAZ AHMAD TAK KELUAR BILIK LE...

Assalamulaikum...



Betul ke isnin ni episod last drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta??
terbaca kat IG tadi.
Belek2 IG nampak satu video ni..
part last sekali tu yang best..

Nampak romantik la Sharnaz Ahmad tu..
kalau aku jadi Qi bukan sikit cemburu nya..hahaha..
jom tengok...




pernah baca ada satu status dari sorang wanita bergelar isteri ni..
katanya kalau dapat laki macam Sharnaz tak keluar bilik la dia..

geli geleman je rasa..
mesti suami dia sedih kalau baca apa
dia tulis tu kan??
kalau aku cakap sapa perempuan tu mesti korang kenal..
tak la popular,tapi kalau sebut korang tau la dia tu siapa.

sekian...

Wednesday, 19 February 2014

YANG PENTING SUAMI SOKONG

Assalamualaikum...

Ramai Ibu2 yang dah sedar tentang kelebihan susu ibu.
kalau tengok kat forum2 pun
wanita bekerjaya pun dah ramai yang
lebih suka bagi SI pada anak.

Tapi bila tak de sokongan,sedikit sebanyak
semangat nak menyusu tu menurun dan adakalanya hilang terus.

Sokongan yang paling kuat mestilah dari suami.
penting untuk suami tahu kelebihan dan betapa
bagus nya anak2 diberi susu ibu.
kalau yang ini suami tak tahu memang tak habis2
yang keluar dari mulut dia...

"bagi je la susu formula.."

tapi kalau dia tahu,mesti dia pun akan menyokong seratus peratus.
nak bagi suami tahu kita kena la bertindak.
Dia nak cari sendiri kelebihan susu ibu ni,memang tidak la..kan??
kita la yang kena jalan kan peranan.
paksa dia baca apa2 info tentang penyusuan ni.
hari ni dia tak nak baca..esok pulak kita suruh.

klau tak pun sambil sembang2 tu
cerita kat dia betapa pentingnya susu ibu untuk bayi yang baru lahir.
cerita la sampai telinga dia bernanah.hahah
sampai dia paham dan boleh terima.

mertua tak nak paham tak kisah..
mak ayah taknak paham,lantak diaorang..
diaorang tak nak sokong.tak pe..yang penting suami sokong..


sekian..

Tempat tidur yang tidak sesuai.

Assalamualaikum...



Selamat petang semua.
Rasa mengantuk pulak lepas makan tengaharikan??

cerita pasal tidur..
sapa tak suka tidur..kan??
kalau dpat tidur 12 jam kan bagus..hehehe..

Tau tak ada tempat2 tertentu yang kita
tak digalak kan untuk tidur.
ni sekadar untuk
dapatkan rasa tenang sewaktu tidur je..
ada yang tak boleh tidur kalau pasang lampu..
dan macam2 lagi la cara kita ni dapatkan
rasa nyaman tidur tu..

Jadi kali ni nak kongsikan dengan korang
tempat2 yang tak bagus untuk tidur.

~depan pintu
aliran udara terus kepada kita
dan boleh mendatangkan penyakit.
sebab tu orang kata nak tidur jangan letak kipas angin depan muka..
tak elok untuk kesihatan..

~rapat ke dinding
ni pun tak baik jugak..susah kita nak ubah posisi
tidur kalau terlalu rapat ke dinding.
tambah2 kalau dinding tu sebelahnya
adalah bilik air..sejuk tu boleh
datang kan penyakit..

~disebelah tingkap
bukan saja angin yang masuk tu membahayakan
kesihatan 'malah debu2 yang berterbangan tu
jugak boleh memudaratkan..

~dibawah penghawa dingin..
yang ini lagi la tak baik..
sejuk2 memang la sedap tidur..kan??
yang sedap tu la yang nak bagi penyakit sesak2 nafas ni.

itu je tips2 tidur untuk hari ni..
ada yang nak tidur petang ni..?
jom cari port baik punye..:)
heheheh

sekian..

TIP SUPAYA ANAK BERHENTI HISAP PUTING

Assalamualaikum..



Sudah 2 minggu anak aku,Mikhail tinggalkan tabiat hisap puting.
Mula2 aku bagi puting dulu sebab nak dia mudah tidur.
Biasa buat macam tu??
Nak bagi anak diam,mudah tidur sumbat je puting.
lepas tu dia pun lena..
lama2 jadi tabiat dia susah nak tinggal puting.
Puting asyik dok kat mulut je..



Sejak gigi atasnya dah penuh ni
aku mula terfikir nak buang puting dia tu.
tak mau dia hisap puting lagi..
tapi bukan senang..ambik masa jugak..
meh nak kongsi tip mana tau kot2 korang boleh cuba.

1-sorok puting
bukan sorok dari anak je tapi dari kita sendiri.
sebab bila anak merengek ,kita capai je puting terus sumbat kat anak.
jadi bila sorok kita akan guna cara lain untuk diam kan anak.

2-alihkan tumpuan anak.
Macam anak aku ni dia pandai mintak.
kalau dia nak puting dia akan kata "nak tik"
aku alihkan tumpuan dia dengan ajak dia bermain.
buatla kapal terbang ke,main raksasa2 ke..
boleh la alihkan tumpuan dia pada puting untuk sejam dua.
dia paling suka main kat luar rumah.

3-bagi makanan
selalunya aku bagi biskut.
dia mintak je puting aku akan tanya "nak biskut tak?"
biasanya dia akan geleng tak nak..hhaha..
tapi aku tetap ambik jugak biskut dan tunjuk kat dia.
tak nak jugak,aku ambik air secawan,duduk bersila dengan biskut tu
makan depan dia,tak lama dia datang la makan biskut tu sama..haaha..
dari pada dia kerap hisap puting lebih baik dia kerap makan.
jangan la asik umpan biskut je,bagi la jugak makanan lain yang dia suka
dan tak pernah cuba.

4-jangan paksa anak tidur
Apa yang aku perhatikan anak ni bila dia mengantuk sangt,
tak payah puting pun dia boleh lena.
Kita kerap tidur kan anak dengan puting,cuba cabut puting time dia tidur
mesti dia terus terjaga.sebab kita paksa dia tidur dengan guna puting.
bukan dia mengantuk sangt pun tapi
sebab dia lali dengan puting tu la dia tidur.jadi banyak kan aktiviti untuk buat anak cepat letih dan mengantuk.lena la tidur nya nanti.

5-had kan
macam orang merokok la..
bukan boleh bberhenti terus.kalau rasa anak tetap nak puting
bagi la kejap.dia ralit je cabut dan simpan.
tapi jangan la kerap sangt mengalah nya.
kot kalau dia menangis sampai berguling2 depan rumah bagi je la kejap.



Bagi aku bukan masalah besar pun hisap puting ni.
setakat masalah gigi jadi jongoih ja..
Gigi jongoih ke depan pun boleh masuk U jugak..
dah kerja nanti ada duit pandai2 le depa nak betul kan gigi depa tu.
Mikhail ni aku stop puting ada sebab lain jugak..
dia suka lempar puting dia merata2.
letih nak kutip basuh..
hehheeh...

sekian...



ORANG LAIN BERCERAI ARTIS NI PULAK YANG KALUT

Assalamualaikum...



Selamat pagi semua..

Rasa lawak pulak dengan sorang artis ni..
semalam kawan nya bercerai..
tak habis2 dok up citer sedih kat IG.
sampai dua tiga post.
boring je tengok..

Lagi kelakar bila orang ramai komen
sedih la,sabar la,dan macam2 lagi boleh pulak
dia kata 'tak kena kat kita' la..
'jangan judge orang' la..
macam2 la..

kalau tak mau orang komen kau jangan
la nak post pasal tu..
senyap dah la..
Biasa la,manusia ni kan..
apa artis dok post sibuk nak komen nak nasihat la..
tak boleh nak marah le cik kak oi..
sedangkan kau sendiri sibuk bangkitkan citer tu.

cer kau diam..
tak de nye orang lain nak menyalak sama..
tak bagi orang komen apa2 kau tulis je la dalam diary

sekian..

Tuesday, 18 February 2014

NAMPAK MACAM SENANG 5

Assalamualaikum...

Yang ni senang sangat..
CARA BUAT KERTAS BERCETAK GAMBAR DAUN.
tapi kena pilih jenis daun jugak..
Daun yang jenis banyak air tu tak boleh la ..
nanti jadi comot pulak..

Kertas putih kat bahagian bawah..
letak daun kat tempat yang kita nak..
atasnya letak tisu..
dan mula ketuk pelahan lahan..

Sekarang kita dah ada kertas yang cantik..
nanti cuba ye..

sekian,,

SUAMI PATUT DIWAJIBKAN MELIHAT ISTERI MELAHIRKAN ANAK

Assalamualaikum...

Rasa geram je bila baca berita atau cerita sedih 
wanita2 yang dah berkahwin ni tiba2 je di ceraikan suami
sebab suami suka perempuan lain.
ada setengah tu sebab kecik2 je dah nak cerai2..

Kalau pun isteri tu salah suami kena la bimbing..kan??
jangan la asyik nak cerai je sebagai jalan mudah
menyelesaikan masalah..



Rasanya dah tiba masanya suami2 ni 
diwajibkan masuk dalam labour room
waktu isteri melahirkan anak.
tengok betapa payahnya nak melahirkan waris dia.
Tengok betapa apa yang dilalui isteri 
tak kan boleh dibalas dengan sikap suka shopping si isteri.
Betapa sakitnya isteri ketika melahirkan anak
tak boleh dibandingkan dengan 
betapa tak sedapnya isteri masak.

Bukan lah nak gunakan alasan "beranak"
untuk isteri buat silap.
tapi sekurang2 nya bertolak ansur la sikit dengan isteri.
hati wanita ni lembut..
lambat laun degil2 dia pun akan berubah jugak kalau 
kena cara nya..

sekian...


INI TANDA AIDIL DAN ZAREMA BAKAL BERNIKAH DALAM MASA TERDEKAT

Assalamualaikum....

Bila tengok gambar ni rasanya tak lama je lagi majlis perkahwinan  bekas suami Rita Rudaini , Aidil akan berlangsung dengan si cantik manis Zarema Zainal..

Tak cepat sangt ke??? hikhik...
Gurau je...



"Food testing wedding diner of Emma"

Ni gambar semalam tau ..


3 hari lepas Zarema zainal siap buat hen party lagi..
Temanya pinkkk!!!




Kat belah Aidil tu,Mesti la majlis nya meriah..
Dulu tak dapat buat kenduri sakan punya..
Kali ni mesti meletop letop majlis nya..

Jangan ada yang marah sudah..

Hehehh
Pada yang tak tahu,
Zarema Zainal ni bukan artis ye...
Nak tau dia siapa sila google..
Heheh

Sekian...

Monday, 17 February 2014

TIPS PUTUS CINTA:JANGAN BUAT MACAM NI KALAU DAH TAK SUKA

Assalamualaikum...

Entry ringkas dan cepat malam ni..
baca jeling2 sudah..heheh..

Malam ni ada tak sapa2 yang tengah bercinta ni
ada niat nak tinggalkan bekas kekasih..



ni ada pesanan sikit..
kalau nak putus jangan sesekali buat macam ni..

1-mengubah status hubungan di media sosial..
tetiba je dari ada hubungan dengan si Kasim,
terus tukar kepada single..

2-sms saje..
"jgn dtng jmpa sy lagi..baca sms ni dan jgn balas.sy dah tukar no tepon.."

 peghh!!mudah je..tulis pun singkat2 je huruf.
maklum la..dah tak kose.

3-menjauhkan diri.
tiap kali dia ajak pi jalan2 korang
ngelak..ajak je kejumpa mesti bagi alasan..
sakit perut,sakit gigi juga sakit kepala...
heheh..macam lagu dangdut dulu2 tu..ingt tak??heheh

4-buat masalah ..
"rasa macam malas  dah nak jumpa si Minah ni..
kalau dia nampak aku isap dadah mesti dia tak nak dah kat aku.."

tak pun..

"nak buat2 curang la..
nanti mesti dia minta putus..aku tak payah pening kepala...".


ok tu je..
kenapa tak boleh buat semua ni???
sebab kesan nya akan lebih buruk..
hati orang kita tak tahu..
takut2 dia simpan dendam..

jadi cara terbaik..
duduk berbincang dan cari bersama jalan penyelesaian..
berbincang tau..bukan bergaduh..

sekian..

INI CIRI-CIRI JIRAN YANG MENJENGKELKAN

Assalamualaikum..



Hidup berjiran ni kena ada persefahaman dan tolak ansur.
kalau tak de lebih baik kita kurung je diri dalam rumah dan
jangan bercampur dengan orang keliling.
Susah sendiri tanggung,
betul kan??

Memikirkan yang kadang2 kita memerlukan pertolongan jiran tetangga ,
kena jugak la bergaul dengan jiran2.
Tapi ada sesetengah sikap jiran2 yang kadang2 buat kita rasa menyampah sangat.
dan tak disangka2 kita jugak ada sikap yang diantaranya menjengkelkan ini.

1-suka bergosip
yang ini kat mana2 pun orang tak suka.
Tak suka pun,tapi tadah jugak telinga ni dengar..
Gosip betul ke,tak betul ke kalau tak de kena mengena dengan diri sendiri
lebih baik diam je..jangan pandai2 nak tokok tambah cerita nak buat ulasan bagai.
takut memburuk kan keadaan je...

2-Iri hati
memang boleh dikatakan rata2 dari kita
bila tengok jiran lebih sikit mula la rasa iri hati.
Iri hati kalau disertakan dengan rasa seronok lihat jiran tu bahagia,
tak pe jugak."wah..saya cemburu la tengok kak Mah pakai kereta baru.."
lepas tu dia balik rumah,lupa terus pasal kereta kak Mah.
Yang tak baik nya bila iri hati di sertakan dengan hasad dengki,
Bangun tengah malam ,bawak paku,tabur depan rumah kak Mah.
"padan muka kau,pancit la tayar kete baru kau tu.."

3-Masuk rumah orang sesuka hati
Yang ni memang pantang tok nenek aku la..
Datang2 je bagi salam ,kita belum jawab lagi,
dia dah menonong masuk sampai ke dapur tu..
lagi geram siap ada yang angkat tudung periuk..
"hang masak apa hari ni..?"amboih...
Dan satu lagi paling tak suka kalau orang datang masuk sampai ke bilik tidur.

4-Bising
Ini pun aku tak suka..
lagi2 kalau rumah kita ada anak kecil.
tau2 je la budak2kan,dengar enjin motor kuat2 pun
dia akan terkejut.satu lagi bunyi muzik yang kuat.
lagu lain bangsa pulak tu..lagi la rasa nak hantuk kepala kat dinding.

5-suka ambil tahu.
yang ni pun boleh buat kita rimas.tiap kali nampak
je muka kita keluar dia pun keluar la..lepoas tu mula la buat bancian..
"sapa yang mai tadi tu"?
"laki hang pi mana"?
"Anak2 mana?senyap je.."
lepas tu tanya taknak berenti pulak tu..
mengganggu je ,masa tu pulak kita sibuk nak memasak dan
banyak kerja rumah nak buat.tak layan nanti
dikatanya sombong..
dia pulak sibuk nak buat bancian.

Yang mana satu jenis jiran korang?
aku jarang berjumpa jiran2 sebab
semua kerja..
heheh

sekian..

Sunday, 16 February 2014

4 CARA UNTUK MENCANTIK KAN PUNGGUNG

Assalamualaikum...


Orang perempuan..
biasa la..kan??
semua benda dia nak nampak cantik..
kalau ada tahi lalat bawah tapak kaki pun dia nak gosok bagi bekilat..

Ni satu lagi cara nak nampak cantik..


Jom cuba..
nanti dah cantik boleh la pakai ketat2 sikit..
ketat sampai tok2 haji tengok pun meleleh..
mak2 aji tengok sampai berdarah hidung..

mauahahah...

sekian..

kesilapan dalam bercinta

Assalamualaikum...




"perlukah saya melayan kekasih saya berbual ditelefon
sedangkan masa tu mata saya dah mengantuk..
saya nak tidur tapi dia paksa jugak
saya berbual dengan dia.."
Gitu lah luahan hati seorang kekasih..
hehehe

Aku tak paham dengan budak2 sekarang bercinta.
bila bercinta tu depa sampai
tak reti nak berfikir sendiri..
sampaikan soalan gini pun kena tanya orang..
kena mintak pendapat orang..

cinta membutakan mata dan fikiran..
dengan cinta kita tak boleh nak fikir dengan baik..
sebab nye kita asyik memikirkan perasaan dia..
hati dia..mood dia..
sampai kita lupa pada diri sendiri.
sebab tu kita tak jumpa jawapan nye.
kerana kita bukan lah dia.
kita tak boleh membaca pikiran kekasih kita.

serupa jugak dengan dia.dia tak boleh baca diri kita.
dia tak paham yang mata kita pun mengantuk..
dia tak paham kita letih.

tu baru bercinta..
kalau dah kawen cemana la gamaknye ye??
agaknye nak kemana2 pun tak boleh..asyik berpaut kat kaki kita..
hahhha..

Itu lah salah satu kesilapan dalam bercinta.
bila saling menyinta
mereka rasa mereka sudah memiliki sepenuhnya..

sekian...

Friday, 14 February 2014

HARI NI SAYA BANYAK KERJA

Assalamualaikum...


TAJUK POST ENTAH APA2 JE...
Aku baru lepas makan nasik ni..
lewat makan hari ni sebab sibuk dengan urusan rumahtangga.
cuaca kan panas rumah cepat berhabuk.
Lap sana,lap sini,mop lantai..

lepas tu ada kucing sapa entah masuk kat dalam kawasan umah
dia berak kat pasir depan umah ni..
adoi..kesian la anak aku nak main kat luar tak boleh dah.
kena tunggu esok lusa suami aku nak tengok kat mana lagi dia bantai berak.
tadi dah buang najis nya.
tapi lupa pulak nak siram air bagi dia tak berak dah kat situ..
jap lagi mesti dia cari tempat tu jugk kalau dia 
nak membuang sebab dah ada bau dia kat situ..

tu yang sampai makan pun lambat..

tapi bagus jugak makan lewat gini sebab malam 
nanti dah tak payah makan..
maknanya  makan sekali je..

Aku pulak sekarang dah start sikit2 makan nasi.
jadi perut memang cepat kenyang.
selalunya pagi makan oat,tengahari makan nasik jam 12 atau 1.
lepas tu makan malam jam 6 atau 7 petang.
malam aku ambik oat.

Sebenarnya cara makan gini tak kurus pun .
suami aku bising kalau aku diet dan tak makan nasi.
sebab bila tak makan nasik mula la
nak pitam..
kalau tak makan nasik aku makan roti banyak2..
siap bertuna,bersambal ikan bilis lagi..
hhahaha..

suami aku kata..
nak kurus dan sihat sila bersenam ye Puan Ibu..
jangan nak tahan2 lapar..
hahha..

ok...

sekian...

NAMPAK MACAM SENANG 4

Assalamualaikum....

Comel kan??kalau buat ni mesti orang tengok kita je...
(giler perhatian)
hahahha


Buat la..
Buat banyak2 letak kat opis..
Bos tengok mesti dapat naik gaji..
muahahahh

sekian..