Tuesday, 8 October 2013

VIDEO LELAKI DI TAMPAR KEKASIH DI KHALAYAK RAMAI

Assalamualaikum...



Korang dah tengok ke belum
video seorang lelaki yang kena marah dengan kekasih dia sebab bawak
perempuan lain balik kerumah..

Giler kejam perempuan tu...
belum kawen dah garang macam tu..kalau dah kawen habis la lelaki tu..

Kalu korang tengok video ni
lelaki tu siap nangis meraung2..
meluat pulak aku tengok..
macam tak de telor je..


kau bangun je la..
lepas tu kalau pempuan tu nak blah ke apa
sukahati dia la..
boleh jalan la perempuan gitu..
kan??

memalukan betul..
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO 
dan baca kisah nya...

sekian..

BOLEHKAN ANDA MENGINGATI NAMA TASIK INI?

Tahu tak di Amerika ada Tasik dengan nama terpanjang yang susah untuk disebut adan diingati.



Orang ramai lebih mengenali tasik ini dengan nama tasik Webster. tasik cantik ini memang terletak di bandar Webster, Massachusetts, Amerika. Nama asal tasik ini sangat susah untuk disebut. .Nama tasik ini sebenarnya adalah Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg.



Nama tasik yang terlalu panjang ini memang menyukarkan orang untuk membaca, mengeja atau mengingatinya. Namun nama tasik ini juga  membuatkan ramai orang ingin kesana . Ada juga yang menyebut tasik ini dengan nama lain, antaranya Chabanaguncamogue, Chaubanagogum, dan Chaubunagungamaug.



Dulunya tasik ini sering dijadikan sebagai tempat pertemuan suku Indian Nipmuck dan puak mereka. Seorang lelaki Inggeris bernama Samuel Slater mulai membuka sebuah kilang di Manchaug. Kemudian orang-orang Indian yang tinggal di daerah tersebut mulai memanggil tasik itu dengan sebutan Chargoggaggoggmanchoggagogg, yang bererti "Orang Inggeris di Manchaug". Awalnya nama danau ini hanya Chargoggagoggmanchoggagogg dan seseorang menambahkan Chaubunagungamaug untuk mengekalkan identiti  suku Indian.

sumber:vemale

AKAK BUAT- BUAT TAK PAHAM JE APA SAYA CAKAP..KAN?

Assalamualaikum...

selamat pagi...
hari ni aku nak cerita pasal kejadian masa pi beli barang dapur kat tesco hari jumaat malam tu..memang rasa nak lempang2 orang je masa tu..hahahha...

Biasa la bila hari jumaat atau hujung minggu adalah masa untuk mencari barang2 keperluan -..Untuk beli barang2 kering aku memang ke Tesco Bukit Mertajam  je..dekat dengan rumah ..Tapi entah kenapa hari jumaat tu ramai kemain orang.tertanya2 jugak aku apa yang istimewa nya tesco hari ni sampai ramai sangt nih..selalu tak ramai orang pun ..

dah ambik itu ambik inipergi pulak kat bahagian lampin pakai buang tu.,baca kat blog Lyd hari tu pasal lampin pakai buang sekali nak cuba jugak lampin pet pet tu.selama ni pakai huggies dan Whoopie .tengah dok nak berkira2 nak ambik lampin tu sekali ada budak kecik lalu sebelah aku sambil nangis meraung2.."mana mak kami..mana mak kami.."

kebetulan pulak tak de satu makhluk pun kat tempat lampin tu..aku bawak dia ke hujung rak dan ada satu kakak kat situ..sebab aku tak nak bawak budak tu ketempat ramai orang takut jadi tarik perhatian orang,aku suruh la kakak tu panggil kan orang yang kerja tesco kebetulan ada kat tepi kaunter bayaran tu..

Aku :kak ,tolong panggil jap budak pompuan tu (Tunjuk kat orang yg kerja tesco)..budak ni mak dia hilang pulak..

Kakak: erm..tak tahu la.. akak pun tak reti nak buat cemana..(sambil jalan macam mintak kena tendang bontot)

Aku: ??????????

kau dah kenapa kakak?aku ingat balik apa bahasa aku cakap kat kakak tu yang buat dia jadi bongok semacam.mana la tau kot2 bahasa aku berubah jadi bahasa uganda sampai dia boleh tak paham apa aku cakap.

Mujur la ada pekerja tesco lalu depan aku dan aku cuit2 dia dan suruh dia uruskan budak tu.Aih..yang si Mak nya  pun ..seronok sangat agaknya shopping kat tesco sampai anak hilang pun tak sedar.

Aku rasa la..kakak yang buat2 tak paham apa aku cakap tu mesti dia tak ambik tau hal orang.bagus betul kakak tu..tahniah!!agaknya kalau dia jumpa bayi tepi jalan pun dia buat tak tahu je...dia biar kan je..moga2 ada orang lain yang akan uruskan nanti..kan??

sekian...

GIVEAWAY PERTAMA DARI MESSYSERABUT

klik untuk join

Saya nak join Giveaway Pertama Dari MessySerabut kerana saya nak kan hadiah..heheh

sekian..

Monday, 7 October 2013

20 TAHUN MINUM AIR KENCING SENDIRI



Seorang wanita  yang berusia 63 tahun rela meminum air  kencing nya sendiri setiap pagi. Sylvia Chandler sudah melakukan terapi ini selama 20 tahun.

Sylvia minum air kencingnya sendiri untuk menjaga kecantikan dan kesihatannya. Sylvia minum segelas air kencing setiap pagi dan minum lagi dua gelas antara petang dan malam. Air kencing terbukti membuatnya lebih bertenaga, mencantik kan bentuk badan dan membuat kulit wajahnya lebih lembut.

tengok dia tak cantik pun..serabut ada la..


Pada awalnya dia sendiri tidak pasti untuk melakukan nya. Dia selalu mencampurkan  air kencing  dengan jus sebelum meminumnya. Lama kelamaan dia menjadi biasa dengannya  dan mula minum air kencing tanpa mencampurkan apa-apa. Menurut Sylvia rasa air kencing  tersebut lebih manis dari air biasa. Dia juga menjelaskan bahawa air kencing  membuatnya lebih sihat. Sylvia tidak pernah menghadapi masalah kesihatan dengan tabiat uniknya ini. Menurutnya air kencing  juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan luka, namun dia belum pernah mencubanya.



Sylvia menjadi penasihat terapi air kencing  untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Beberapa ahli terapi menyatakan bahawa terapi minum air kencing  belum boleh dibuktikan secara medik mampu menyihatkan tubuh badan.

Air kencing adalah hasil pembuangan tubuh manusia yang berasal dari ginjal. Ginjal memiliki fungsi yang sangat baik untuk menyaring zat-zat yang diperlukan tubuh. Jadi jelas apa yang telah dikeluarkan dari ginjal adalah benda2 yang tidak diperlukan. jadi apa betul meminum air kencing yang disingkirkan oleh ginjal itu adalah sesuatu yang baik??ada yang berani nak cuba??dah cuba buat entry ye..

ahahah

sekian..

Giveaway Butik Comel Collection

KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
1) Baucar RM200
2) Baucar RM150
3) Baucar RM100
Saguhati: 2 pemenang x Baucar RM50

Hadiah ditaja oleh Butik Comel Collection

PEMILIHAN PEMENANG:
-menggunakan random.org

SEMUA PESERTA BERPELUANG UNTUK MENANG
JOM JOIN RERAMAI!

1st Giveaway by Miss Fluffy

Assalamualaikum..



kalau nak join klik banner ye..

sekian..

MAISARA:tindik telinga


Assalamualaikum...

dah petang ni baru nak update blog..
elok sangt la tu ..hahhaha

sebenarnya hari ni memang sibuk sikit.
sibuk kat luar..
suami keja jam 4 nanti..
jadi semua urusan kena buat pagi2..

bawak maisara pergi tindik telinga..
dah lama suruh dia tindik telinga.
tapi dulu dia tak nak..
sakit katanya..

tapi hari ni beriya2 nak tindik telinga.
kami pun bawak la..
lepas tindik menangis sakit pulak..

peliknya..
cabut gigi,
tampal gigi,
tak de pulak dia menangis sakit.
tindik telinga sakit pulak..

Ayah dia boh minyak gamat sikit..
buat syarat je..hahah..
lepas tu suruh dia tidur..

harap2 bila bangun satgi
dia tak merungut sakit lagi..
selalunya berapa hari ye rasa sakit sengal2 tu??

sekian..



Sunday, 6 October 2013

GADIS CANTIK MAKAN PLASTIK

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
apa makanan kegemaran korang??
nasi?roti??mee..
ramai yang suka makan makanan ini..
tapi lain dengan sorang gadis yang berasal dari
Sacramento,California ,Kailyn (19) apabila dia lebih gemar makan plastik..


aksi kailyn ketika makan plastik

Kailyn mengaku yang dia mula makan plastik
sejak berumur 7 tahun seperti botol minuman,
dan tempat CD.
"saya sudah makan 12 alat kawalan jauh,
lebih dari 5000 manik,100 garpu,10 botol air,
penutup cawan plastik dan banyak lagi
,"
Dia juga mengatakan
mengambil plastik sebagai bahan makanan
sudah menjadi satu keperluan baginya.

walaupun begitu dia sedar yang
bahan plastik tersebut tidak baik
untuk kesihatan nya.namun kerana sudah terbiasa
rasa kuatir itu sudah lenyap sama sekali
dan mengakui plastik yang paling digemari ialah
alat kawalan jauh.

*boleh kenyang ka??untung sapa yang jadi suami dia..
kutip je botol2 tepi jalan untuk bagi dia makan..heheh..

sekian..

Saturday, 5 October 2013

WANITA INI DIPAKSA MELAKUKAN PENGGUGURAN KETIKA KANDUNGAN NYA BERUSIA 6 BULAN



Seorang wanita di China mendedahkan dia telah diseret dari rumahnya di tengah-tengah malam dan dipaksa untuk melakukan pengguguran.

Wanita tersebut Liu Xinwen , 33 dan suaminya Zhou Guoqiang  bakal menimang cahaya mata kedua 3 bulan lagi namun segalanya hancur musnah.

Wanita tersebut dipaksa menggugurkan kandungan atas dasar undang-undang negara tersebut.undang-undang  yang diperkenalkan pada tahun 1979 untuk memastikan penduduk negara itu hanya mempunyai seorang anak.

Pasangan itu berkata bahawa mereka terjaga pada jam 4 pagi minggu lalu selepas pintu mereka telah ditendang dan beberapa pegawai dari Shandong Province Suruhanjaya Perancangan Keluarga.

baldi oren yang berisi janin yang baru digugurkan

Mereka kemudian membawa isteri nya ke hospital dan memberikan suntikan untuk menggugurkan bayinya.Dia segera menuju kehospital dan mencari isterinya selama 5 jam namun pihak hospital tidak mahu memberitahu dimana isterinya ditempatkan.Dia akhirnya mendapati isterinya dihantar ke Hospital Rakyat Fangzi Daerah di Weifang City.Dia tiba dihospital beberapa minit selepas isterinya disuntik.

surat yang ditandatangani secara paksa oleh isterinya


Mr Zhou mendakwa isterinya telah dipaksa untuk menandatangani kertas yang berkata beliau telah bersetuju untuk melakukan pengguguran . katanya lagi jika dia enggan dia  akan ditangkap.

mr Zhou dan anak pertamanya yang berusia 10 tahun


kejadian tersebut meninggalkan trauma kepada keluarga nya dan dia berasa sangt sedih dengan apa yang terjadi.

#sedihnya..nak menangis rasa bila baca berita nih.negara yang kejam.

sekian..

Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak




Giveaway Saya Sayang Malaysia





Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..

Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia




1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"

2. Copy and Paste Code entry giveaway

3. Follow dan Like fanpage Sponser

AbgferOz | Izzat Nazmi | Ieta Mat Sa’ad | Dunia Niaga Ieta | Delima Zamrud | Mohd Ridzwan | Sheila Salim | Nizam Ijam | Amirul Syahnaz | Rosila Wati | Nrl Ndh | Cik Gksb | Miszz Nadea | Aqilah Azmy | Syiera Shiera | Lienda Ramly | Diera Tekikushika | Nurmujahidah Ismail | Edizz PreTouch | Dayang Deno | Hadi Ismail | Tengkubutang Miaw | KyLe Kesha


4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana saya lahir di Malaysia.saya membesar di Malaysia dan siapa saya hari ini adalah kerana saya rakyat Malaysia.

Sila Layari Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini.. >




UMMUHAFIEY 1ST GIVEAWAY

Assalamualaikum...


jom ramai2 join GA shaklee
kat blog ummuhafiey ni..

mana tau kot2 bertuah..
bertuah punya budak..
hahaha

sekian...

Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza

Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza
Giveaway yang simple saja... Jam Tangan untuk diberi kepada mereka yang bertuah....
     Untuk mudahkan kalian menyertai GIVEAWAY ni... kalian copy paste sahaja coding yang leeza bagi di bawah nanti kat ENTRY HTML kalian.. Cuma kalian perlu lengkapkan ayat yang leeza minta tu... ^_^
SYARAT PENYERTAAN : 
  1. Blogger Berakyat Malaysia 
  2. FOLLOW my FB PAGE
  3. Buat Entry Yang BERTAJUK "Giveaway: Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza"
  4. Letak BANNER Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza
  5. Sambung Ayat ni " Saya Mahu Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza kerana ..................................... "
  6. Tinggalkan Link Di Entry ni.....
  7. Berikan pendapat tentang blog Santai Leeza... (Tiada paksaan)
  8. PROMOTE BLOG dan GIVEAWAY (Tiada Paksaan)
  9. SUMBANGKAN TRAFIK Untuk SantaiLeeza.com (Tiada Paksaan)
 Hadiah Yang Disediakan : 
  • Jam Tangan = 2 orang pemenang bertuah
  • Saguhati = 4 orang peserta bertuah
Saya Mahu Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza  kerana saya tak pernah ada jam tangan.mungkin jika saya dapat jam ni,ini lah jam pertama selepas jam kesayangan saya dicuri 12 tahun lalu.

pendapat tentang blog:kemas dan loading pun laju.


    GAMBAR ANAK KIM KARDASHIAN

    Assalamualaikum..

    Sebelum ni aku tak pernah tengok lagi anak
    Kim Kardashian , North West .
    dan rasanya ramai yang belum tengok lagi..
    walau pun dah berapa bulan bayi dia dilahirkan..

    Biasalah ...
    Selebriti hollywood memang macam tu..
    Sorok anak macam sorok berlian..
    Hehe..

    Jom tengok gambar anak dia, North West,
    hasil perkongsian hidup dengan penyanyi terkenal Kenya West..
    Anak dia comel sangat..
    Kan??





    posted from Bloggeroid

    Friday, 4 October 2013

    6 sikap jengkel isteri di ranjang!

    Assalamualaikum...



    Seks ade lah sesuatu yang sangat2 di nantikan oleh suami2..
    (suami jugak yang kena..)oleh sebab itu jangan le kita sebagai isteri jadi penyebab acara ini terjejas dengan benda2 yang tak sepatut nye..bak kate orang2.."potong stim betul la.."
    kat sini aku senaraikan le perkara2 yang boleh buat acara kegemaran suami2 ni boleh terjejas..
    1)tiade reaksi
    ade ke isteri2 yang tak bagi reaksi pada suami dia?bile suami sentuh je mcm sentuh patung..tak de tindak balas.kalau boleh mase tu la dia nak menjahit,nak main sms..ish..ish..fokus la weh!!!sebenar nye respon dari isteri adalah perkara yang boleh memuaskan suami.kalau korang tak respon,suami pun malas le ..
    2)bersuara keras
    walaupun suami nak kan korang bertindak balas tapi jangan le korang bawak keluar suara yang menggerun kan itu..cukup2 bagi telinga suami dengar dah le..takkan nak bagi jiran2 dengar kot..tambah memalukan bile sedara mara ade dalam umah kan..kalau kat hotel lain la..korang nak pakai mic pun tak de sape marah..kalu dah tak dapat nak kawal sangat suara tu pasang le radio atau tv kuat2...
    3)kurang pengetahuan
    tak tahu le kalau dia memang tak tau nak buat ape atau pura2 naif tentang hubugan seks...elok untuk kita tau serba sedikit tentang hubungan seks denagn pasangan.benda2 macam ni akan buat suami sayang kita ketat2..hehe..
    4)bersuara tentang masalah sewaktu melakukan hubungan intim.
    Yang ni korang jangan sekali2 buat.tengah suami bernafsu time tu la dia nak citer,gula dah habis la..orang sebelah hantar kuih karipap la..bil astro tak bayar lagi la..ape2 je la korang eik??tambah2 benda yang melibat kan duit..boleh buat mood suami hilang je..kalau nak becakap jugak citer la benda2 yang romantik..
    5)kerap menolak
    sekali dua menolak ok la..ni kalau dah tiap2 malam menolak memang korang akan dapat madu la tak lame lagi.haha..malam ni sakit kepala..malam esok badan tak larat,malam jumaat lak nak basuh baju..huh!baik tak payah kawen gitu kan?kan bagus kalau sekali sekala kita2 isteri ni yang mintak..ha..seperaissssss!!
    6)tubuh tidak bersih
    yang ni memang tak dapat di nafikan la..mana ade suami yang suke badan isteri dia busuk..rambut tak besikat..baju pun ade tompok2 kunyit..sekali angkat ketiak,ulat daun pun ade..ish..ish..bile nak tidur tu tukar la baju.pakai yang seksi2 sikit..sembur2 minyak wangi..nak bagi suami berselera tengok kita,kita kena la berhias.jangan le pakai istilah "suami terima saye seadanye"..ape,ko ingat laki ko tu tak de jiwa dan perasaan ke..pasir di pantai pun boleh berubah ni kan pulak hati suami..
    semoga berbahagia selalu!


    sekian...

    entry lama!!!!

    BAPA PALING TUA DI DUNIA KECEWA ISTERI LARIKAN ANAK



    Ingat lagi tak dengan lelaki tua inibyang bergelar bapa paling tua didunia..
    Kisah Ramjeet Raghav ditahun 2010 yang baru mendapat
    cahaya mata  di usia 94 tahun
    pernah menjadi bualan dan berita hangat dunia.
    Waktu itu kegembiraan dan kebahagian jelas terpancar diwajahnya
    sambil bergambar di samping anak yang baru dilahirkan dan isternya.

    Ramjeet bersama isteri dan dua anak nya

    Namun kini semuanya berubah apabila isterinya pergi
    meninggalkan nya keseorangan hanya sebelum beberapa hari
    ulangtahun kelahiran bayi kedua mereka.
    Dia yang kini berusia 97 tahun hidup keseorangan
    didalam rumah satu bilik di India Utara.


    sebelum itu,6 bulan lalu Ramjeet  kehilangan anak sulung nya
    ketika isterinya Shakuntala membawa Bikramjeet
    ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan..
    Namun isterinya tertidur ketika menunggu bas
    dan apabila tersedar dia terkejut mendapati Bikramjeet sudah hilang.

    tak terurus

    kehilangan anak pertamanya betul mengecewakan nya
    namun kehilangan isteri lebih membuatkan hatinya hancur dan kecewa

    selepas isterinya lari membawa bersama anak kedua yang
    lahir pada tahun lepas Ramjeet semakin hilang arah
    dan sentiasa murung.
    dia tetap menanti kepulangan isteri dan anak-anaknya
    #entahentahbinitaktahanasyikngandungjekerjanyahahaha

    sekian..

    WANITA INI DISEBAT KERANA MENAIKI KERETA DENGAN LELAKI

    Assalamualaikum..



    seorang wanita Sudan di sebat dikhalayak ramai
    apabila ditangkap kerana menaiki kereta bersama lelaki yang
    tidak ada kaitan saudara dengan nya..
    kejadian berlaku di ibu negara Sudan-Khartoum

    Wanita tersebut,Halima disebat oleh anggota polis
    sambil disaksikan orang awam yang hanya mampu melihat dan membisu.
    kejadian tersebut malah dirakam dan 
    video tersebut diserahkan kepada wartawan.

    Gabenor Khartoum , Abdul Rahman Al Khidir , dilaporkan berkata
    bahawa dia tidak fikir hukuman sebatan itu dijalankan dengan sepatutnya ,
    tetapi dia berpendapat wanita tersebut  berhak dihukum mengikut undang-undang Shar'ia itu, "





    Sistem undang-undang agama Islam , 
    secara meluas dgunapakai oleh masyarakat Islam di seluruh dunia.
    Namun menurut  Afrika Press, wanita Sudan telah menderita di bawah Artikel 152 kanun keseksaan , undang-undang ' tidak berperikemanusiaan, ganas dan terkenal ' yang mula dilaksanakan pada tahun 1991.

    Undang-undang negara sudan mula diteliti 
    sejak bulan lepas apabila seorang wanita 
    yang rela dirinya disebat untuk mempertahankan haknya
    untuk tidak menutup rambut.

    sekian..



    Blogger::Pedulikan apa orang kata

    Assalamualaikum...

    "pedulikan apa orang kata.."

    ayat kaki kipas..hehehhe..
    betul tak??ayat ni selalu la kita nampak kat
    komen2 di entry2 yang ala2 mengadu..
    atau meluahkan rasa kecewa sebab ada yang tak puas hati
    dengan tuan punye blog tu..

    "pedulikan apa orang nak kata..
    be urself..."

    cis!!!mana boleh kita pedulikan macam tu saja..
    kalau teguran tu negatif sekali pun
    kita kena fikir kenapa ada teguran negatif macam tu..
    jangan kita buat tak peduli seolah-olah
    apa yang kita buat memang betul.
    betul kat mata kita tapi tidak kat mata orang lain.

    ada jugak yang bila orang tegur sikit
    dah dikatanye orang tu dengki.
    heheh...

    "tu la orang melayu..
    tak habis2 nak jatuhkan bangsa sendiri"
    pulak dah....
    cemana kalau ada orang kata gini kat kita..
    "tu la bangsa melayu..
    tak boleh ditegur..bila tegur kata
    kita nak jatuh kan sesama kita.."
    ha..cemana tu...

    sebaiknye jangan buat tak peduli.
    jangan rasa kita dah cukup bagus sampai kan
    teguran orang lain kita buat tak endah
    dan merasakan perangai depa huduh
    berbanding kita..

    sekian

    BELI DAN BUANG

    Assalamualaikum....

    Kebiasaan nya setiap hari jumaat
    Aku akan kosongkan peti sejuk..
    Hari ni la nak kena habiskan sayur2..
    Habiskan ayam daging dan sayur2dalam peti sejuk tu..
    sebab setiap minggu samaada hari sabtu atau ahad
    Aku akan beli barang2 basah..

    Aku bukan jenis yang beli barang dapur hari2.
    Tak kuasa aih nak keluar hari2..
    Keluar sekali beli cabai kering..
    Esok keluar lagi beli bawang besaq..
    Tidak sama sekali..hahah..

    Bila dah hujung2 minggu ni
    Buka peti sejuk baru la nampak..

    "Eh..ada rupanya sayur ni.."

    Tengok2 dah rosak..
    Mana tak nya..seminggu dalam peti sejuk.heheh..

    Sebabnya masa membeli
    Tak fikir pun bila nak masak..
    Nampak murah, telan air liur terus beli..
    Lepas tu nampak sayur lain beli lagi..
    Beli, beli beli,
    Balik umah sumbat dalam peti sejuk..

    Tu pun pening lagi..
    " nak masak apa la hari ni.."

    Padahal masa membeli hari tu
    Tengok sayur je dah tau nak masak resepi apa..
    Tiba hari nak memasak boleh pening pulak..
    Last2 makan kat luar je..

    Hari ni nak buat senarai nak beli sayur apa.
    tak nak buang2 sayur rosak dah..
    Nak buat senarai menu apa dari isnin sampai jumaat..
    bila ada menu isnin sampai jumaat senang la nak beli barang apa..kan??

    Tengok2 sampai hari nak masak tu,teringin menu lain pulak..
    Ekekekk..

    Sekian...

    Thursday, 3 October 2013

    PERSONALITI SEBENAR LELAKI YANG PANDAI BERMAIN GITAR

    Assalamualaikum...

    Selamat petang semua..
    suka main gitar??kalau orang perempuan
    memang ramai la yang minat lelaki yang
    pandai main gitar ni..
    tengok macam yana dan ujang..
    tidur malam yana pun ada orang dodoikan ..heheh

    Petang ni aku nak kongsikan dengan
    korang personaliti sebenar
    lelaki yang pandai main gitar ni..
    mungkin tak semua lelaki pandai main gitar
    ada ciri2 ni....
    tapi KEBANYAKAN nye adalah seperti ini..


    ~Bersuara bila perlu
    nak kata pendiam tak jugak.
    tapi ada masa2nya dia lebih suka diam dari bersuara

    ~kreatif
    dia suka berfikir luar dari kotak pemikiran.
    bermulut manis dan meluahkan kata2
    romantis adalah salah satu kelebihan nya.

    ~sensitif
    dia mudah tersinggung lebih2 lagi
    bila melibatkan hal2 percintaan.

    ~Romantik
    ~dia romantik tapi tak suka menonjolkan
    sikap itu di depan orang ramai.
    hanya ditunjuk kan didepan yang tersayang saja.

    ~Mudah jatuh cinta
    tak susah untuk menggoda lelaki ini.
    hanya berpura2 mempunyai pendirian yang sama
    dan melayan karenah nya
    tak mustahil dia akan jatuh cinta.


    sekian...

    MAKNA HADIAH DARI SIDIA

    Assalamualaikum...



    selamat malam..siapa tak suka dapat hadiah??semua orang suka kan..tambah2 yang beri hadiah tu ialah sidia yang terlalu istimewa dihati kita.Setiap hadiah yang diberikan ternyata mempunya makna dalam perhubungan.

    1-tiket percutian untuk berdua.
    -dia ingin meluangkan masa bersama kita.tapi pastikan korang dah kawen k..untungnya siapa yang dapat hadiah macam ni..:)

    2-buku yang disertakan dengan tandatangan penulis.
    -sidia betul2 peka dengan minat dan hobi kita.

    3-kasut dengan jenama terkenal
    ramai perempuan sukakan kasut.:pada yang buat koleksi.tapi jika korang mendapat hadiah kasut yang berjenama itu bermakna sidia ingin mencuri hati korang.jadi awas ye kalau kekasih korang dapat hadiah kasut berjenama dari rakan nya..:P

    4-baju tidur yang seksi.
    ops!!hati2..hadiah begini pastinya dari sidia yang ingin berhubungan intim dengan kita.kalau suami yang bagi jangan malu2 untuk menerimanya...heheh

    5-perhiasan
    jika dia pertama kali memberikan hadiah perhiasan pada kita itu bermakna perasaan nya ikhlas pada kita.dan dia betul2 serius..:)

    6-barang elektrik
    nampaknya dia sudah memikirkan tentang masa depan untuk bersama kita..tahniah!

    sekian..

    BUNUH DIRI GARA-GARA PEMBEDAHAN ALAT KELAMIN GAGAL



    Seorang transeksual bernama Nathan Verhelst dari Belgium memilih untuk mengakhiri hidupnya kerana berasa pembedahan alat kelaminnya gagal membuatnya menjadi seorang lelaki.



    Nathan Verhelst pada awalnya lahir sebagai wanita yang bernama  Nancy. Dia selalu berasa berbeza dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi lelaki. Semenjak tahun 2009, dia memutuskan untuk menjalani terapi hormon yang akan mengubahnya menjadi seorang lelaki. Namun ianya tidak membuahkan hasil. Dia mengalami sakit yang luar biasa pada bagian dada dan alat kelaminnya tidak terbentuk dengan sempurna. Dia merasa dirinya bagaikan seorang raksasa.



    Nathan yang putus asa akhirnya memilih untuk mengakhiri hidupnya dengan melakukan suntikan euthanasia. Proses bunuh diri dengan suntikan mati ini memang menjadi sesuatu yang dibenarkan di Belgium. Seorang doktor dipilih oleh Nathan kerana doktor tersebut  memang pernah melakukan suntikan tersebut terhadap seorang kembar yang menderita kanser.  Nathan menghembuskan nafas terakhirnya di tangan doktor dengan pilihan suntikan mati tersebut.



    Suntikan mati ini memang menjadiperkara yang masih kontroversi di Belgium. Beberapa orang bersetuju dengan cara ini, namun ramai juga yang menentangnya kerana ianya seperti membenarkan bunuh diri.

    sumber:dailymail/vemale

    DAH ORANG BAGI SILA JAGA ELOK-ELOK

    Assalamualaikum...

    Sedih kan bila apa yang kita bagi pada orang tak dihargai..
    sama ada bagi pinjam atau bagi terus
    Kena la jaga baik2..

    Ada kawan yang mengadu dia rasa nak marah je dekat si A
    Ni sebab si A pinjam novel dia..
    Tapi tak jaga elok2..
    Aku gelak je masa kawan aku tu citer..

    Sebenar lebih kepada gelak kan diri sendiri
    Sebab dah pernah terkena..

    Ada ke patut barang aku bagi kat dia
    Boleh dibagi anak dia main.
    Benda tu bukan mainan tapi
    Aku bagikat dia sebab masa tu dia perlukan benda tu.
    Nak beli mahal.bukan murah..

    Tapi bila dah orang tolong bagi
    Pandai2 la jaga baik2..
    Ini tak,..ada ke patut barang yang aku bagitu
    salah satu bahagian nya aku nampak dok kat bawah lemari kasut.

    Rasa nak menangis pun ada..
    Tapi ku tahan je...
    Aih..sejak tu apa pun aku malas nak bagi.
    Kalau ye pun dah tak nak guna
    Simpan la baik2.
    Mana tau kot2 lain kali nak guna lagi..

    Apa pun kita  kena la ikhlas kan..
    Tapi lepas ni,
    sendiri mau ingat la..

    Sekian...

    SIMPAN KEPALA ABANG DALAM PETI PEMBEKU

    Mallorca: Seorang pemotong daging Sepanyol memotong tubuh abangnya dan menyimpan cebisan daging mangsa dalam peti pembeku selama setahun sebelum menyerah diri kepada polis, semalam.

    Aurele Al-manza, 48, mendakwa membunuh abangnya, Olmas kerana mempertahankan diri.Lelaki itu membungkus anggota badan yang dipotong termasuk kepala abangnya sebelum disimpan dalam peti pembeku.

    Almanza menyerah diri dan mengaku membunuh abangnya kepada polis tempatan di Pulau Mallorca, semalam setahun selepas kejadian itu.

    Polis yang melancarkan pemeriksaan di rumah lelaki itu menemui cebisan anggota mangsa dalam peti pembeku. Kepala dan beberapa anggota lain dibungkus rapi dan diletakkan bersama makanan segar.

    Almanza mendakwa abangnya, Osmas cuba menyerangnya dengan penukul ketika mereka bergaduh.Lelaki itu mengajak abangnya tinggal bersamanya ketika susah, tetapi mereka kerap bertelingkah.Dia mendakwa dihantui kejadian itu dan menyerah diri setahun selepas kejadian. - AFP

    PADAH MINTA ANAK MURID HIDUPKAN ENJIN KERETA

    Kuala Lipis: “Saya lihat kereta itu mengundur dengan laju dan cuba mengelak, namun tidak sempat,”

    kata Siti Aisyah Mohd Ridzuan, 13, seorang daripada tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benta, yang parah akibat dilanggar seorang pelajar lain di tapak perkhemahan Kampung Lalang, di sini, kelmarin.

    Sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, seorang guru meminta pelajar berusia 13 tahun terbabit menghidupkan enjin kereta Proton Perdana miliknya untuk memasang penghawa dingin. Bagaimanapun, pelajar itu secara tidak sengaja memasuki gear undur sebelum melanggar khemah yang diduduki Siti Aisyah bersama Nor Sabina Syakikia Ahmad Nordin, 13, dan Nur Najwa Rahmat, 14.

    Akibatnya, Siti Aisyah patah kedua-dua tulang selangka dan pergelangan tangan kanan, Nor Sabina Syakikia patah pinggang serta paha manakala Nur Najwa Rahmat, 14, patah jari kanan.

    Difahamkan, Nor Sabina Syakikia masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL manakala Siti Aisyah dan Nur Najwa sudah dipindahkan ke wad biasa semalam.

    Wednesday, 2 October 2013

    MITOS TENTANG JERAWAT

    selamat petang kawan2..
    wah..dah macam rancangan adik2 pulak ye..
    hhehehe..

    kita cerita pasal jerawat la hari ni..nak tak??
    selalukan bila kita tumbuh jerawat macam2 andaian
    orang..tengah jatuh cinta la..
    tak cuci muka la..
    kadang2 geram je..kan??sebenarnye tu semua mitos je..
    meh kita baca mitos2
    tentang jerawat ni..

    jerawat muncul jika kita jatuh cinta
    ~sebenarnye jerawat tidak muncul kerana jatuh cinta.
    ianye terjadi kerana emosi yang sering berubah dan kadang2
    menyebabkan stres.ini bermakna faktor hormon yang menyebabkan
    munculnye jerawat

    kulit wajah tidak bersih
    ~jerawat tidak muncul hanya kerana
    kulit kita tidak bersih.ianye adalah kerana hormon dalaman.

    jerawat boleh berjangkit
    ~sape kata jerawat boleh berjangkit??hehhe
    kalau kita duduk berdekatan dengan orang yang berjerawat
    mana mungkin la kita juga akan di jangkiti jerawat.

    dialami oleh remaja
    ~orang dewasa pun ada jerawat la.
    jerawat akan muncul jika kita stres atau kulit kita
    berminyak.

    jerawat tidak boleh sembuh sepenuh nye
    ~ramai yang menganggap kalau sekali dijangkiti jerawat
    sampai bila2 pun jerawat akan tumbuh.
    sebenarnye jerawat yang tumbuh masa kita remaja akan hilang
    bila kita berusia 25 tahun ke atas.diet yang sihat membantu
    mengawal kulit wajah dari serangan jerawat

    sekian..
    .

    TAKUT PULAK NAK PI MAKAN KENDURI

    Assalamualaikum..



    Masuk hari ni dah 4 orang disahkan meninggal
    sebab keracunan makanan kat sungai Petani tu..
    Takut betul la..
    takut terkena kat diri sendiri dan anak2..

    teringat masa jamuan hari raya kat
    sekolah maisara hari tu..
    balik2 umah terus maisara muntah2
    sampai dah tak de apa nak dimuntahkan..
    keluar air liur je.
    masa tu memang susah hati je..
    mujur la tak teruk macam kes kat sungai Petani tu..

    Sekarang ni kan dah nak masuk musim kenduri kawen..kan??
    jadi hati2 la kalau nak makan kenduri tu..
    sebelum makan bau dulu..
    perhati dulu nasik lauk bagai..
    jangan ngap je..tengok lain macam tolak ketepi je..

    Yang tukang masak pun
    sila lah jaga kebersihan dan
    tengok2 la sama bahan2 tu masih boleh pakai ke tidak..
    kadang2 benda2 yang kita beli banyak2 untuk kenduri ni,
    ada yang terluput tarikh,terbusuk,
    termasam,terdedah..lagi2 sekarang ni
    banyak orang yang dah berkongsi rumah dengan lalat..
    heheh..

    sekian..


    KANAK-KANAK 2 TAHUN HAMIL

    Beijing: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari Huaxi, China menjalani pembedahan melahirkan anak selepas doktor mendapati dia ‘hamil’.Xiao Feng dibawa ke hospital selepas perutnya membuncit hingga dia sukar bernafas.

    Sebaik dimasukkan ke hospital, doktor melakukan imbasan X serta imbasan MRI dan mendapati Xiao Feng membawa janin kembarnya sendiri di dalam perutnya. Dia kemudian segera dibawa ke bilik pembedahan.

    Di samping itu, janin yang dibuang oleh kumpulan doktor berkenaan berukuran 20 sentimeter dan mempunyai tulang belakang lengkap serta tangan dan kaki termasuk jari tangan dan jari kaki.

    .PERUT yang kian membesar menyukarkan Xiao Feng bernafas.Kembar parasit berkenaan mungkin menjadi bayi lelaki dan sudah memenuhi hampir dua pertiga daripada perut Xiao Feng dan jika tidak dibuang boleh menyebabkan kanak-kanak terbabit mati.

    Menurut pakar, kembar biasa terbentuk apabila telur berpecah kepada dua bahagian selepas persenyawaan, manakala kembar siam pula terjadi apabila telur gagal berpecah sepenuhnya.

    Sementara itu, pakar neonatologi di Hospital Kanak-Kanak Rainbow di Cleveland, Dr Jonathan Fanaroff berkata, sesetengah kembar siam boleh menjadi parasit, tetapi ia tidak berlaku apabila satu kembar menyerapi pasangannya. - Agensi

    Tuesday, 1 October 2013

    MAISARA:BAGUSNYA ANAK AKU NI..

    Assalamualaikum.....

    Aku pernah cakap kat Maisara dulu
    Yang aku nak bawak dia pi tindik telinga..
    Tapi dia tak nak...
    Katanya  takut nanti kawan2
    Belek2 telinga dia..hehe...

    Semalam petang aku bagitau la cuti sekolah
    Nanti nak pi tindik telinga dia..
    Sekali lagi dia kata dia kata dia tak nak.
    takut sakit Pulak..

    Dia masuk bilik dia..
    Lama..baru dia keluar..
    Rupanya dia buat anting-anting..

    "Tengok ni ibu..
    Tak payah nak tindik telinga kami..
    Kami dah ada subang..
    Cantik kan?"

    tidur pun pakai anting2 kertas dia tu.


    Aih...sanggup dia pakai  gitu
    Dari tindik telinga..

    Dia memang suka buat semua benda dengan kertas..
    Buat baju polis pun guna kertas..
    dah tu sidai depan umah pulak..

    ni baju polis tau..

    "Ibu nak tahu tak kenapa
    Kami suka buat guna kertas je??
    Sebab kami main sekejap je..
    Kalau beli rugi je duit ayah..
    lepas main kami buang2 je.
    Kan rugi...."

    Ya Allah..
    Bagus nye la anak aku ni..
    Hahaha...

    Sekian...

    WANITA HAMIL 13 JANIN

    Baghdad: Seorang wanita Iraq yang berusia awal 40-an hamil dengan 13 janin walaupun sudah melahirkan tujuh anak termasuk anak kembar sejak dia berkahwin 24 tahun lalu.

    Suaminya, Fadhil Al Azawi yang juga peladang dari wilayah tengah Salahuddin berkata, ujian perubatan menunjukkan isterinya mengandungkan 13 janin selepas lima tahun tidak hamil.

    Fadhil berkata, dia berkahwin dengan seorang lagi wanita tahun lalu selepas isterinya gagal hamil lagi.

    “Saya gembira dengan kehamilan isteri saya tetapi pada masa yang sama saya juga bimbang bagaimana untuk menjaganya.

    “Berita isteri saya mengandungkan 13 janin cukup mengejutkan. Saya kini sibuk menguruskan persediaan untuk menyambut kelahiran bayi. Saya mungkin satu-satunya bapa yang mempunyai anak kembar 13,” katanya.

    Pakar sakit puan di Hospital Takreet, Dr Mikdam Al Jabouri berkata, ujian imbasan menunjukkan wanita itu hamil dengan 13 janin.

    “Ujian awal menunjukkan empat daripada janin itu sudah mati kerana jantung mereka tidak lagi berdenyut, manakala yang lain dalam keadaan baik.

    “Si ibu juga dalam keadaan baik dan ini adalah kes kehamilan paling jarang ditemui. Bagaimanapun, kami menjangka lebih banyak janin akan mati pada awal peringkat kehamilan dan mungkin jumlah yang lahir kelak kecil saja,” katanya.
    - Agensi

    13 TAHUN MENGAHWINI PATUNG

    Michigan: Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkahwin dengan patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun.

    Lelaki yang digelar sebagai Davecat itu mendapat perhatian media tempatan The Atlantic berikutan kisah hidupnya yang aneh itu.

    Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan harga AS$6,000 (RM19,566). Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi nama Sidore Kuroneko.

    Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata, warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu.

    “Hasilnya benar-benar mengagumkan bagai jatuh cinta pandang pertama,” katanya.

    RealDoll ialah kilang pengeluar patung seks.Secara anatomi. Sidore memang menyerupai manusia. Kulitnya amat halus walaupun diperbuat daripada silikon. Walaupun Sidore ialah patung seks, tetapi Davecat menganggapnya sebagai pasangan hidupnya.

    Menurut Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Dia juga mengakui dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids.

    Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan.Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai ‘Sintetik’ lebih bermakna.

    “Pengalaman saya dengan ‘Organik’ (manusia) tidak pernah bertahan lama atau selalu berakhir dengan kekecewaan.

    “Sintetik tidak akan curang, berbohong atau mengadili diri anda,” katanya.

    Selain Sidore, dia juga memiliki sebuah patung yang dibelinya dari Russia dan dinamakan sebagai Elena. Menurutnya, Elena ialah patung simpanan dan juga teman kepada Sidore. - Agensi

    SAIFUL APEK BEBAS KALI KEDUA

    PETALING JAYA: Nasib menyebelahi pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek buat kali kedua apabila dia bersama tiga lagi pekerjanya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada tuduhan memasukkan ganja ke dalam badan, tiga tahun lalu.

    Keputusan itu dibuat Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 44, Shaiful Baharom, 26; Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 30, serta Noremy Mohamad, 30. 

    Pada 25 Jun tahun lalu, Mahkamah Majistret membebaskan semua tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. 

    Bagaimanapun pada 22 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan mereka membela diri.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

    Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan. 

    Sementara itu ditemui media di luar mahkamah, Saiful Apek bersyukur kerana dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas tiga tahun naik turun mahkamah

    . “Saya berterima kasih kepada peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus yang banyak membantu,” katanya. 

    Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad ketika ditemui memaklumkan pihaknya akan mengemukakan rayuan kes itu ke Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat. 
    Sumber:harianmetro


    DIGILIS KERETAPI KETIKA BERASMARA

    Kiev: Perbuatan sepasang kekasih yang gemar melakukan perkara mencabar berakhir dengan tragedi apabila digilis kereta api ketika melakukan seks di landasan kereta api.

    Pasangan berkenaan yang dalam perjalanan pulang berhenti sejenak di landasan kereta api untuk melakukan hubungan seks.

    Si wanita yang berusia 30-an maut selepas digilis kereta api di bandar Zaporozhye pagi Sabtu lalu, manakala pasangannya yang berusia 40-an terselamat, tetapi kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat cedera teruk.

    Kementerian Dalam Negeri Ukraine, yang mengumumkan kemalangan berkenaan berkata, pasangan terbabit gagal menahan nafsu berahi mereka dalam perjalanan pulang.
    Mereka ingin menikmati pengalaman melakukan hubungan seks dekat landasan kereta api, tetapi gagal menyelamatkan diri apabila kereta api muncul, lapor agensi berita Russia, RIA Novosti.

    Laporan Yahoo News pula mengatakan pasangan terbabit dikatakan mabuk ketika kejadian.Menurut sumber, pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri parti di kediaman rakan sebelum memutuskan untuk berhenti sejenak di landasan itu. - Agensi