Wednesday, 11 September 2013

MENGANDUNG LAGI?

Assalamualaikum...

Kadang-kadang ada jugak rasa sedih
bila fikir pasal umur dan anak..

Sedih sebab umur dah 33
tapi anak baru dua...

Sedihnya sebab tak nak kawin awal2.
Kalau tak mesti anak dah 3,4 orang.
Ada bekas rakan sekelas
aku sekarang dah nak dapat menantu pun..
Dia kawin lepas sekolah.

Sepatutnya sekarang anak
aku tengah ambik UPSR..
Ok..start dah berangan..haha...
Aku tak boleh ngandung bila
Usia dah terlebih sebab
Ada tekanan darah rendah..
Jadi kalau nak ngandung lagi
tahun ni paling sesuai..

Wah...sampai ke situ aku fikir...
Haha..
Jom tido la..pikir banyak sangat dah..
Sekian...

Tuesday, 10 September 2013

IBU INI BERKAHWIN DENGAN ANAK NYA ATAS DASAR CINTA



Betty Mbereko mengahwini anaknya sendiri dengan alasan rasa cinta satu sama lain. Kini keduanya ingin merasmikan cinta mereka hingga ke gerbang perkahwinan.

Wanita berusia 40 tahun ini juga sedang hamil  hasil perhubungan dengan anak kandungnya. Betty telah menjadi janda selama 12 tahun dan tinggal dengan anak lelakinya Farai Mbereko, yang kini berusia 23 tahun. Dia sangat bangga kerana dengan keringatnya sendiri dia membesarkan Farai hingga besar dan berjaya.

Setelah kematian suaminya, wanita ini semakin merasa memiliki hak penuh atas anak lelakinya itu. Dia juga berkata berhak berkahwin dengan Farai kerana dia merasa dia lah  orang paling berjasa dan tidak ada wanita lain yang lebih berhak.

Tindakan si ibu itu disokong oleh anaknya.Malah dia mengakui sudah bersedia berkahwin dengan ibunya. Farai juga akan membayar mahar perkahwinan ayahnya yang belum dibayar kepada neneknya.

Banyak pihak yang tidak setuju kerana dianggap melanggar norma dan agama. Ketika ketua penduduk memberi pilihan untuk memutuskan pernikahan atau keluar dari kampung mereka, pasangan ibu dan anak ini memilih untuk meninggalkan kampung dan meneruskan perkahwinan mereka.

##manusia jenis apa ni??pelik nya..

MANDI MILO

Malam tadi budak ni cuba nak ambil air
Milo kat atas meja...
Sudahnya milo tu tumpah atas dia..
Mujur la air milo tu dah sejuk..
Aih..sabar jela...
Dah la ibu ni malas nak mop2 lantai..
Kalau dah besar memang ibu cubit tangan tu..

Monday, 9 September 2013

GAMBAR NABILA HUDA YANG CEDERA DIKAKI AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

sumber gambar dari IG Anak Man kidal

Petikan dari blog nara
Kalau saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja. Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila pernah bawa Keisha ke kerja sebelum ini atau pun tidak.
Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada.. Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara.Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila.-AMY SEARH

sekian...

GAMBAR ANAK NABILA HUDA YANG CEDERA AKIBAT KEMALANGAN DI LEBUHRAYA KARAK

Assalamualaikum...

Kesian nya tengok anak nabila Huda ni..
Bagi yang tak tahu semalam mereka terlibat 
dengan kemalangan dekat lebuh raya karak.
Nabila huda selamat dan cuma cedrera ringan
manakala anaknya Keisha patah tangan.

tengok kat Insta semalam gambar anak dia bersama
bekas suami ..
dalam pada tu kat twitter bekas suami dia sempat 
meluahkan rasa tak puas hati
seebab Nabila Huda bawak anak dalam urusan kerja.


benda dah nak jadi..kan..
lain kali hati2 la bawak memandu..
sabar je la..
jom tengok gambar Keisha di Hospital...







Semoga Keisha cepat sembuh..

sekian..

SEMUA SEBAB SETAN

Assalamualaikum....


Selamat pagi...

Dikalangan kawan-kawan maisara ada yang menganggap aku ni garang.
Kalau diikut kan yang aku tengok mak depa lagi garang kot..
Cumanya sebab aku ni bukan mak depa
tapi berani tegur kalau depa buat salah tu yang
depa anggap aku ni garang...

Tetiap petang kalau depa mai rumah aku ni
aku memang dok kat tempat depa berkumpul main ni..
Kat depan tv..sambil online sambil perati depa..
Ampa nak menjerit ka,melompat ka memang
aku tak kisah..
Asal jangan bergaduh dan pelingkup barang mainan dah la..
Sebab esok depa jugak yang nak main lagi..kan?

Selalunya kalau bergaduh aku akan kata

"bergaduh la..setan tengah tersengih tu tengok
Ampa bergaduh..suka la setan tu sebab ampa dah jadi geng
Depa" terus tak gaduh dah..main baik2..

Depa ni paling takut kalau sebut setan la..
Takut sungguh kalau masuk geng setan..haha..

Walaupun bagi depa aku ni garang tapi
depa masih lagi nak mai umah
aku main dengan Maisara ni..
Mungkin sebab depa tengok kalau maisara
pun yang salah maisara pun tetap kena jugak..
Sebab tu depa rasa selesa kot..
Lagipun aku tak banyak undang2..

Memang ada mak pak yang anak nak buat sesetengah benda tak boleh.
Paling kerap ialah gunting kertas.
Alasan:semak!jadi tak goleh gunting kertas kat dalam umah..
Apatah lagi nak bawak kawan2 mai umah..
Lagi la tak boleh..alasan takut umah besepah..

Aku bagi je depa gunting kertas..buat anak patung la,
buat bendera la,tapi lepas gunting sebelum balik
Kena buang sampah2 tu..

Aku suruh dengan tegas,lantang dan siap pesan

"sapa tak tolong kemas esok pi main kat tempat sampah sana.
Kat situ tak payah kemas2.boleh buat kotor sebab itu rumah setan.
Setan memang suka orang pengotor ni"

Kiranya kalau dalam tiap nasihat aku tu
kena ada sebut setan la..

Nak bagi depa paham sebenornya apa2 sikap
buruk yang kita buat semuanya adalah
apa yang setan suka buat..

Sekian

WARIS GESA POLIS MENAHAN AHMAD DHANI

Salah seorang  anak Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani, mengalami kemalangan di Tol Jagorawi mengarah ke Pondok Indah. Abdul Qadir Jaelani mengalami kecederaan dan patah kaki.




kereta yang dipanduAbdul Qodir Jaelani 13 tahun melanggar dua kereta lain di Kilometer 8, Minggu (8/9/2013), sekitar pukul 00.45 WIB. 




Abdul Qodir Jaelani merupakan satu dari sembilan yang cedera dalam kemalangan tersebut. Sementara enam lainnya dilaporkan maut.



Abdul Qodir Jaelani kini dirawat di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan. "Dul sehabis mengantar kekasihnya dari Cibubur, pulang ke Pondok Indah. Dia mengalami patah tulang kaki dan sedikit trauma," kata Ahmad Dhani di RS Pondok Indah.

Terdapat tiga kendaraan yang terlibat kecelakaan maut tersebut, yakni Lancer B 80 SAL, Gran Max B 1349 TFN, dan Avanza B 1882 UZJ.

Kemalangan jalanraya di jalan Tol Jagorawi Km 8 elibatkan kereta Mitsubishi Lancer  dan Daihatsu Gran Max.
kereta  yang dipandu Abdul Qodir Jaelani datang dari arah selatan menuju utara gagal dikawal, sehingga masuk kearah berlawanan dan melanggar sebuah Daihatsu yang datang dari arah utara ke selatan dan merempuh Avanza 

Akibat kejadian tersebut, enam orang meninggal dunia, iaitu Agus Komara, Agus Wahyudi, Rizki Aditya Santoso, Agus Surahman, Qomar, dan Nurmansyah. 

Sementara sembilan orang lainnyacedera, iaitu Wahyudi, Nugro B, Abdul Kodir, Zulhari, Boby, Pardomoan S, Pujo Widodo, Ahmad Abdul Qadir, dan Noval Samodra.

semua waris yang terlibat dalam kemalangn tersebut menggesa pihak polis menahan  Ahmad Dhani yang membelikan keretuntuk anaknya, Ahmad Abdul Qodir Jaelani , yang masih kecil dan membiarkannya memandu sehingga mengakibatkan kemalangan .

sahabat baik Abdul Qodir Jaelani yang dikenali sebagai Fuad juga mengatakan bahwa Abdul Qodir Jaelani telah membawa kereta sejak 2 tahun lalu iaitu sejak dia berumur 11 tahun. Selama  waktu itu pula, dia menilai Abdul Qodir Jaelani sebagai pemandu yang baik-baik saja. "dalam dua tahun ini, dia mahir memandu.," katanya lagi. 

Walaupun begitu Fuad mengaku tidak mengetahui adakah Abdul Qodir Jaelani memiliki lesen memandu yang sepatutnya ada pada seorang pemandu. 

Ahmad Abdul Qadir Jaelani (13) masih menjalani rawatan di Rumah Sakit Pondok Indah (RSPI) Jakarta, Minggu (8/9/2013). Selain orang tuanya, Ahmad Dhani dan Maia Estianty, Abdul Qodir Jaelani juga ditemani kekasihnya yang bernama Fajrina Khairiza. 

Gadis tersebut beberapa kali keluar masuk ruangan tempat Abdul Qodir Jaelani menjalani rawatan. Namun, diamembisu ketika ditanya mengenai khabar kekasihnya. 

Sebelum itu gadis tersebut ada juga menanyakan keadaan Abdul Qodir Jaelani melalui akaun  Twitter nya. "Kamu kenapa sayang :( @AhmadAbdulQodir,. "Sayang, cepet sembuh ya nanti aku ke sana :) @AhmadAbdulQodir love you :(," lanjutnya.

sumber:kompas

Friday, 6 September 2013

DAH KAHWIN TAK NAK MENGAKU.LELAKI JENIS APA NI?

Assalamualaikum...



Selamat pagi semua...
Pagi ni aku nak citer pasal lelaki..
lelaki yang kawen senyap2..
bila orang tanya tak nak ngaku..

Ada sesetengah lelaki suka perasan macam 
orang hadap sangt dengan status depa.
takut sangt nak mengaku dah kawen..

kalau aku la..
berdepan dengan lelaki yang tak nak ngaku dah kawen ni
mesti aku dah ada tanggapan buruk tentang lelaki macam ni..
mula la macam2 aku teka dalam kepala otak aku ni..
antara kemungkinan nya..

~mesti dia  nak menggatal lagi ..
~kawen lari
~ambik bini orang
~kalau artis pulak mesti sebab dia perasan
orang tengok drama/filem lakonan dia sebab dia bujang.

Cer pikir pulak perasan mertua dia..
kalau aku jadi mertua dia memang aku ngamuk dah..
dah kawen dengan anak aku tetiba tak ngaku..
malu la bila orang nampak anak kita diusung laki macam ni..
lepas tu si A tanya  
"nampak anak kau dengan lelaki tu..berpeluk sakan.bla..bla.."

lepas tu kau cakap..
"depa dah kawen dah..."

si A balik umah...tengok facebook..hati dia berkata2..

"ceh...dah kawen konon..menipu la tu..
lelaki tu tak kata pun dah kawen..
saja nak tutup 
la tu yang anak dia suka menggelitis dengan jantan.."

dah kita nampak buruk..kan??

Aku tak percaya langsung kalau kata
kedua2 belah keluarga suruh rahsiakan perkahwinan..
apa ke giler keluaraga macam tu..

lepas tu bila dah kantoi
baru la terhegeh2 ngaku dah kawen..
eiii..memang meluat la lelaki macam ni..



sekian...

MAISARA; minggu ni tak boleh

Assalamualaikum....


dah lama tak tayang gambo anak2...
pagi2 ni malas nak menaip panjang2..
korang pun tak de nye nak membaca sangat pagi2 ni..
sedap layan mengantuk lagi...

hahhaha..

selalunya bila ambik gamba adik,
kakak pun sibuk suruh ambik gamba dia..

muka teruja sebab kakak pasang lagu kegemaran

tapi semalam nak ambik gamba dia ,
dia tak bagi pulak..

  ibu: cepat la nak ambik gamba ni..nak letak kat blog..

maisara:tak nak la...lain kali je..

ibu:kenapa pulak...??





maisara:minggu ni tak boleh....tengok ni pipi kami ada jerawat pulak..


ye la tu...jerawat konon..dia selalu belagak macam dia dah besar..
padahal nyamuk gigit kemarin..
dia garu2 jadi melecet kulit tu..
pandai2 je kata jerawat..

sekian...

Thursday, 5 September 2013

KLOUT:MENYEMAK KAN MATA AKU JE...


tadi dapat notification dai rakan kat fb
mintak try KLOUT..
Bila klik je notification tu dia bawak aku 
ke satu page nama KLOUT ni la..

lepas tu tetiba je semua page aku buka keluar gini pulak..
macam kat gambar atas..
menyemak betul mata aku tengok..
satu keja lak nak tekan x..

Aku tak kisah pun kalau menatang tu nak keluatr
kat page2 tertentu je..ni tak..
sepuluh tab aku buka,sepuluh2 tab dia keluar
menggangu betul..

Bagi yang tak tau KLOUT ni 
macam tempat untuk kita check 
kita punya pengaruh kat laman sosial..
lebih kurang gitu la..

Tak payah la nak pengaruh2 sangt..
semak mata aku je..
ada tak sapa2 boleh tolong aku
cemana nak buat supaya aku tak 
nampak menatang tu lagi bila aku buka 
mana2 page??

sudah2 la dok ajak2 aku join page entah apa2 nih..
aku ni bukan nya hantu laman sosial pun..



update:// berjaya delete akaun KLOUT..
bila masa aku register menatang ni pun entah la..

sekian..


Wednesday, 4 September 2013

LAGI KES TEMBAK:MANGSA TERKENA DUA DAS TEMBAKAN



NIBONG TEBAL 4 Sept. - Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak oleh seorang lelaki bermotosikal ketika memberhentikan keretanya di depan kedai di Taman Idaman, Simpang Ampat di sini pada kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Mangsa yang berusia 40-an dipercayai terkena dua dasa tembakan di dada dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan. - UTUSAN ONLINE


**********
Dah 2 kes tembak kat Simpang Ampat ni..
satu kes jadi 2 seminggu lepas..
ni ada lagi..

takut oi nak keluar2 sekarang ni..
tetiba je dapat peluru sesat..

dah la minyak naik harga..
negara pulak tak aman..
eh!!marah pulak kang kalau aku kata
Malaysia dah tak aman..

sekian..


IBU DAN ANAK BERKAHWIN DENGAN LELAKI YANG SAMA DAN TINGGAL SERUMAH


Berkongsi suami adalah perkara biasa yang kita lihat di filem dan drama tv. Didunia nyata pun ada ramai yang berkongsi suami atau poligami. tapi bagaimana kalau berkongsi suami dengan darah daging sendiri?pelik kan??itu lah yang terjadi di Bangladesh..

Masyarakat Mandi di Bangladesh memiliki tradisi unik di mana perempuan menjadi pemimpin keluarga. Walaupun begitu mereka masih memerlukan lelaki untuk melakukan kerja-kerja berat.  Tradisi ini sekaligus membolehkan seorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang ibu sekaligus dengan anak perempuan wanita tersebut.



Orola Dalbot yang sudah berumur 30 tahun tidak pernah menyangka lelaki yang akan menjadi suaminya adalah suami ibu kandungnya.Ayah Orola meninggal ketika dia masih kecil dan  ibu nya berkahwin lagi . Oleh sebab lelaki tersebut lebih muda, ibu Orola boleh berkahwin tetapi dengan syarat dia perlu menikahkan anak nya juga untuk lelaki tersebut.ini dilakukan sebagai menggantikan isteri pertama yang akan tua satu masa nanti.





Kekaguman Orola pada ayah tirinya berubah menjadi ketakutan. Awalnya dia ingin lari dari rumah tapi dia tidak boleh meninggalkan ibunya. Apatah lagi dia dikahwin kan sejak kecil malah majlis perkahwinan nya pun dia tidak ingat. Ketika dikahwin kan dulu ibunya baru berusia 25 tahun.



Kini Orola sudah menerima tradisi yang hampir pupus ini dengan hati terbuka. Sekarang dia adalah ibu dari tiga orang anak yang berusia 14 tahun dan 7 tahun dan seorang anak perempun berusia 19 bulan hasil dari perkawinannya dengan ayah tirinya Noten,42. Mereka tinggal dirumah kecil bersama ibu atau madunya yang berusia 51 tahun di mana mata pencarian mereka adalah menjual minyak untuk memasak dan lilin. Selain itu mereka juga memiliki tanah kecil yang ditanam pisang dan nenas.

sekian..

BILA SUAMI KERJA BARU LA BOLEH BUAT

Assalamualaikum...



selamat tengahari semua...
satu yang tak best bila jadi suri rumah ni bila
kita suka ambil kesempatan..
bukan kita buat jahat cuma sebab bila semua kerja rumah dah siap
mula la kita nak buat sesuatu suami tak tahu kita buat..hahah..
paham dak??

selalunya bila aku dah siapkan semua kerja
dan rasa ada banyak masa lagi sebelum suami balik
mula la nak buat banyak benda sia2..
iaitu main game kat facebook sampai 3,4 jam.
korang pun sama kan>?/ekekek..

benda lain yang aku buat ialah
tengok drama korea sampai habis semua episod..
memang syurga la..puas hati betul..

ada lagi...
yang ni kompem ramai yang geleng2 kepala nih..
aku suka mekap2..hahah..
bila suami tak de ni la masa nak bereksperimen dengan
wjah sendiri..cuba gaya mekap baru
yang aku tengok kat majalah..
kena dengan muka comel aku ni boleh la
cuba depan suami pulak..heheh..

Tak pun cuba tutorial hijab yang ada kat youtube,,
eheheh..dok belit3 sampai tercekik//

dan yang satu ni kiranya hari2 aku buat la..
tidur..lepas suami dan anak keluar umah
akupun mula la tarik selimut..
tambah tengok Mikhail tergolek2 ni lagi la easa nak dakap2 dia..
kalau suami ada tak buat..jatuh saham aku nanti..hahah

korang pulak..
kalau suami pi kerja dan semua kerja umah dah siap
apa korang buat kat rumah?



sekian

HARGA MINYAK NAIK KITA MARAH.ROKOK NAIK TAK MARAH PUN.KENAPA??

Assalamualaikum..



Pagi2 buka facebook belum reda lagi citer pasal minyak naik.
macam2 komen ada sampai malas dah nak baca..
ye la..komen la cemana pun kalau harga tak nak turun tak guna jugak..
Terima dengan terpaksa je la..

Tapi ada jugak yang bagi komen yang tak boleh diterima.
salah satu nya isu kata rokok naik tak bising,
tapi minyak naik terus nak marah2...
kebanyakan nya yang komen gini mesti adik2..
dia belum rasa lagi keluarkan duit sendiri
untuk beli bawang beli ayam atau beli barang dapur hari2...

benda ni mudah je nak paham sebenarnya..
nak bagi mudah lagi baca je status kat gambo kat bawah ni
ye adik2..




gitu la kesahnya...ye adik2...
sebab tu ramai tak suka harga minyak naik..
yang tak pakai kereta pun terkesan dengan kenaikan harga minyak.
jangan pikir pasal orang ada kereta je..
orang miskin bertambah miskin
sebab harga barang naik..
tak kan nak kata kat dia..
"harga barang naik,jangan beli barang.."

sekian...

Tuesday, 3 September 2013

MALU BELUM ADA TEMAN WANITA?JOM CUBA CARA INI

Assalamualaikum...



Selalu tengok kat laman2 sosial ni bila lelaki tu ada kekasih mesti lah ada gambar dia dengan kekasih dia..kan??gambar suap makan..gambar pegang tangan ataupun gambar cubit2..heheh..
tapi yang belum ada teman wanita ni mampu jeling je la..asyik2 orang tanya bila nak cari teman wanita??ada jugak yang sukarela nak tolong kenen2 kan dengan makcik dia la,adik dia la,kakak dia la..kan??macam la tak boleh cari sendiri..terpikir jugak "teruk sangat ke saya ni?"



Tapi jangan risau la adik2 kalau belum ada gadis yang sudi bertahta dihati.setakat nak upload gambar bersuap2 gitu mudah je..guna trick ni..mesti ramai yang cemburu nanti.

cukup dengan bermodalkan foundation, pewarna kuku dan pengikat rambut
Caranya.. pakai foundation di salah satu tangan. Cara ini dilakukan supaya kulit tangan lebih putih dan nampak lebih halus seperti tangan wanita. kemudian gunakan pewarna kuku supaya lebih cantik. Jangan lupa pakai pengikat rambut  di pergelangan tangan supaya nampak lebih keperempuanan.

Pergi makan kat restoran2 yangmenyediakan menu-menu seperti kentang goreng. Dengan satu tangan memegang kamera, tangan yang satu lagi (tangan 'perempuan') menyuapkan makanan ke mulut. Kemudian ambil pose yang cute, seolah-olah sedang disuap oleh teman wanita. 
kemudian apa lagi.muat naik la gambar korang dengan kekasih misteri korang tu..mesti ada yang cemburu bila tengok muka tak ensem korang di picit2 oleh tangan wanita yang mulus dan lembut tu..muahhah






Alahai..kesian pulak tengok..heheeh..cara ni boleh jugak digunakan untuk buat kekasih cemburu atau cara mudah nak mintak putus dari teman wanita..

ekekek..

sekian..

GAMBAR SHILA AMZAH BERSAMA JOHAN AS'ARI..APA KATA SHARNAZ AHMAD?

Assalamualaikum...

Rupa-rupanya ada gossip kata Shila Amzah bercinta 
dengan Johan Asari atau pun Johan Arif Asari..
Tu pun aku tau masa tengah belek2 Instagram semalam..
patut la...depa selalu bergambar berdua..
masa rumah terbuka Johan,
Shila Amzah pun ada datang...

Tapi entah ye entah tidak..
kalau betul bagus jugak..
cepat2 la kawen supaya tak de la kejap2 
dengan orang tu,kejap2 dengan orang ni/..kan??
jom la tengok gambar depa berdua..











dalam dok tenyeh2 jari tengok gambar kat insta
ternampak pulak post dari Sharnaz Ahmad ni...
macam tau je dia tuju kat sapa..kan??
apa pun..harap bersabar la..

sekian...

Monday, 2 September 2013

RON95, DIESEL NAIK 20 SEN MULAI TENGAH MALAM INI



PUTRAJAYA 2 Sept. - Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu merupakan sebahagian daripada proses merasionalisasi subsidi.

"Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Menurut Perdana Menteri, bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. - UTUSAN ONLINE

SURAT "JANGAN JADI SEPERTI MILEY CYRUS" TARIK 3 JUTA PEMBACA




Aksi ghairah dan kurang sopan Miley Cyrus di MTV Video Music Award telah mendapat kecaman dari berbagi pihak termasuk la seorang ibu yang lantas menulis surat untuk anak nya.Surat yang ditulis Kim Keller melalui blognya, Roadkill Goldfish, mengundang perhatian. Dalam tempoh  tiga hari, surat ini dibaca oleh  tiga juta pembaca dan mendapat 1568 komen setakat ini. Surat terbuka yang di beri tajuk “Dear Daughter, Let Miley Cyrus be a Lesson to You" itu menunjukkan kerisauan sebagai seorang ibu yang tak ingin anak perempuan nya melakukan perkara yang sama..

Anak ku, ambil pengajaran dari apa yang dilakukan Miley Cyrus.

Inilah yang terjadi bila dirimu selalu dipuji-puji. Inilah yang terjadi bila orang-orang selalu setuju dengan "tweet" dan gambar-gambar kamu di Instagram. Inilah yang terjadi ketika dirimu tidak punya ibu bapa yang mengingatkan atau mengatakan "tidak" pada pilihan baju yang kamu pakai, atau memukul punggungmu dengan kuat kerananya.

Jangan pernah berfikir untuk melakukan aksi seronok itu.Walaupun   dirimu pernah berfikir untuk mencubanya,ibu berjanji akan menunjukkan pada kamu bagaimana bentuk gerakan twerk itu sehingga dirimu tahu betapa janggal dan tidak elok untuk dilihat.

Ibu akan memberi pita pelekat pada bibirmu supaya lidah tidak terjulur seperti anjing yang kepanasan. Ibu akan memukul lelaki yang kamu dekat2 pada bagian pelvisnya, malah ibu akan memukul punggungmu terlebih dahulu sebelum itu. Agar kamu tak lupa bagaimana caranya bersikap seperti seorang perempuan di depan orang ramai.

Kenapa ibu berbuat begitu? Kerana ibu sayang kan  kamu, dan ingin agar dirimu menghargai diri sendiri. Miley Cyrus sebenarnya tidak hebat dan seksi. Di pentas itu dia seperti seorang gadis yang dahagakan perhatian, yang seakan-akan menjerit, "lihat lah saya, saya cantik, saya seksi, semua lelaki inginkan saya, dan semua perempuan ingin menjadi saya”.  

Mungkin pada satu masa nanti, Anak ku, kau akan melihat ada rakan yang akan melakukan tarian yang dianggap cool ini. Tapi percayalah, jangan sesekali kamu melakukan. Dirimu jauh lebih berharga, dan itu hanya akan membuat dirimu nampak murahan. Biarkan mereka menilaimu dari sikap dan keperibadian, bukan sekadar dari penampilan, yang hanya akan mereka nikmati sebentar dan kemudian mereka lupa.

Ibu minta maaf jika kamu pernah berasa sedih kerana ibu seperti tidak menghargai ke atas semua yang kamu lakukan. Peranan ibu adalah untuk memuji apabila layak di puji, tetapi juga untuk memberi kritikan membina dan pembetulan apabila ia diperlukan juga. Ibu juga berasa sedih jika kamu pernah berasa patah semangat kerana tidak mendapat banyak komen di instagram yang memuji2 penampilan mu.

Ibu minta maaf jika kamu mahu mempunyai seorang kawan dan bukannya ibu, .Anak ku..ibu berjanji, akan sepenuh hati sampai mati akan terus menjagamu agar kamu tidak sampai berkelakuan seperti apa yang dilakukan Miley Cyrus.

Dan dirimu akan berterima kasih kerana ibu mengatakan semua ini suatu hari  nanti.

Kim menulis surat ini dengan alasan dia dan anak perempuan nya juga dulu selalu mengikuti siri Hannah Montana yang dilakon kan oleh  Miley Cyrus. Apabila melihat aksi Miley di VMA yang berubah watak dan sangt menghairahkan, diaterus mengerutkan dahi  dan tak mahu anak nya menganggap menganggap itu perkara biasa.

Surat Kim mendapat sambutan luas sehingga dia juga kemudian turut diundang dalam talkshow Good Morning America.

SUMBER:kompas

ABBY ABADI BERSAMA MOHAMED MORSI DIMAJLIS POERKAHWINAN NYA

Assalamualaikum....

Cantik betul baju kawen Abby ni..
ada bunga2 pink lagi..
baju kawen pun menutup aurat tau..
kagum sangat dengan penampilan dia sekarang ni..
Selalunya apa yang Artis pakai orang suka tiru kan??
jadi harap2 makin ramai bakal pengantin yang akan 
jadikan Baju pengantin Abby ni 
untuk mereka pun bersama menutup aurat

  

satu lagi yang menarik di majlis perkahwinan Abby dan farhan ni 
adalah poster Mohamed Morsi yang Abby tampal ni..
satu usaha yang bagus untuk lebih ramai lagi
yang mendoakan saudara2 kita di mesir nun..

      

sanagt sederhana tapi penuh makna majlis perkahwinan Abby dan Farhan ni..kan?

sekian..

6 JAM RATAP MAYAT AYAH

Miri: Tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menangis lebih enam jam sambil mendakap jenazah bapanya yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya

.Keadaan jalan yang sunyi ditambah dengan hujan lebat membuatkan tiada sesiapa yang menyedari kemalangan itu sehinggalah beberapa pengguna jalan raya curiga melihat sebuah motosikal tersadai di bahu jalan berhampiran Universiti Curtain di sini, semalam.

Motosikal dinaiki Mohd Amin Abdullah, 28, dan anaknya, Mohd Ariel dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting ke bahu jalan dalam kemalangan ketika hujan lebat sekitar jam 12.30 malam.

Difahamkam berlaku ketika Mohd Amin dalam perjalanan menghantar anaknya ke rumah bapanya di Kampung Merikan, Lutong terletak tidak sampai 10 kilometer dari asrama pekerja didiaminya di Senadin, di sini.

Saksi yang juga rakan mangsa, Micheal Nyami, 24, berkata, dia dimaklumkan sebelum kejadian Mohd Amin menunggang motosikal untuk menghantar anaknya pulang ke rumah bapanya selepas seharian menghabiskan masa bersama sempena cuti umum, kelmarin.