Skip to main content

Posts

TINGGAL DALAM "SEPOTONG" RUMAH PANGSA

Satu blok rumah pangsa menjadi penghalang untuk seluruh
bangunan itu  dirobohkan sebagai protes atas sebab pampasan.



Zheng Meiju bertindak enggan berpindah dari rumahnya di Rui'an,
Zhejiang Province, China,
untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah plaza
perniagaan baru kerana dia tidak berpuas
hati dengan jumlah pampasan yang dia ditawarkan.





Pemaju meneruskan dengan merobohkan
bangunan tersebut tahun lalu,
tetapi terpaksa berhenti melakukan kerja-kerja
meroboh di blok terakhir rumah pangsa tersebut.



dia mula menyesuaikan diri dengan keadaan dimana
rumah pangsa tersebut sudah terputus bekalan air dan elektrik
Setiap hari dia bergerak ke rumah rakannya untuk mengisi baldi air.
Dia berkata: "Saya kini mengambil air setiap hari dari rumah kawan. Satu perjalanan pulang mengambil masa 20-30 minit. '


walaupun sekarang dia lebih banyak menghabis kan masa di rumah kawan nya
namun setiap hari dia akan datang melihat rumah nya
kerana khuatir ada pihak yang merobohkan rumah terse…

JOE DAN UNCLE YANG POSITIF

Assalamualaikum...

Kemarin aku ada tengok video kat youtube
tentang lelaki cina yang nama Joe tu cube berpuasa..
Kagum la sebab dia nak jugak cuba
walaupun kalau dia tak nak buat pun tak de sapa kesah..kan??
tapi ada jugak manusia2 yang pandang negatif dengan apa yang dia buat.



kalau yang pandang negatif tu orang bangsa dan ugama lain
tak pe la jugak..ni orang islam yang berperangai gitu..
bagi depa lelaki ni seolah2 nak persenda kan agama kita dan
anggap puasa ni macam main2 je..

Kita ni bila duduk didalam persekitaran yang negatif
itu yang buat kita asyik berfikir yang negatif saja..
walau orang buat baik jelas dan nyata dia tetap nampak benda tu negatif.
Mungkin bagi dia bila dah namanya bukan islam
orang tu tak boleh buat baik..kalau buat baik itu berpura2 saja..
bagi dia la..tapi pernah tak dia fikir yang bukan islam pun
boleh buat benda yang baik,tak mustahil pun
yang islam selalu buat benda tak baik..

*********

seminggu yang lepas masa suami aku bawak Mikhail jalan2
depan umah …

SPENDAER RAYA PUN ADA...

Assalamualaikum...
Selamat pagi.. semalam langsung tak blogwalking.. Sibuk ngemas umah,, Alang2 dah berpeluh tu biar sampai basah lenjun.. hahah...mula2 kemas bilik anak dara je.. lepas tu kemas stor pulak.. bila dah penat mula la tersadai..siap lena lagi..hahahha..


Sekali pagi ni buka blog tengok Uv boleh pengsan.. kurang 2 kali ganda..rasakan la..kan?? buka pulak nuffnang.. ada CPUV yang dapat seminggu lepas, selalunya sehari akan naik RM1-2 ringgit.. hari ni tengok2 naik tak sampai 2 kupang..hahhahampeh!!!
Tapi best jugak berpeluh.. korang kalau puasa ada berpeluh tak?? aku kalau puasa memang tak berpeluh.. badan jadi macam kering je sebab tak berpeluh.. rasa tak selesa sangt.. tu yang buat kejap2 rasa nak mandi la..nak basuh muka la.kan??

nak tanya ni.. korang kan..bila hari raya beli kasut raya tak?? macam masa kita kecik2 dulu time raya je dari atas sampai bawah semua  baru sempena raya..dah besar ni macam tu jugak ke?? sebab suami aku selalu rasa pelik aku tak beli kasut raya.. …

TRAGEDI SEBELUM ZOHOR

Baling: “Ketika menunggu azan Zuhur, saya dengar bunyi letupan dari sebuah bilik selain bunyi cermin jatuh, tetapi tidak tahu apa yang berlaku. “Saya kemudian membuka pintu sebelum ternampak api marak dari sebuah bilik dan bergegas turun ke tingkat bawah bagi menyelamatkan diri,” kata Saiyada Fateh Mohamad, 74.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, rumah itu musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Titi, Kuala Pegang, dekat sini, kelmarin. Menurutnya, ketika kejadian itu, dia berehat seorang diri di dalam bilik sambil menunggu waktu Zuhur, manakala anak dan menantu ke Pekan Kupang untuk membeli barangan dapur.
Saiyada berkata, dia tinggal di rumah itu bersama anaknya Muhamad Kalim, 43, menantunya, Aisfa Khtoon Iqlak Ahmad, 28, serta dua cucu Fariha, 6, serta Saniah, dua tahun.
Menurutnya, dia tidak dapat menyelamatkan apa-apa barangan dan dokumen penting. “Saya bersyukur tidak ada kemalangan jiwa berlaku meskipun semua harta benda musnah termasuk 12 pucuk geran tanah, pasport I…

ISTERI SONGSANG SUAMI BUNUH DIRI

Ampang: Kecewa apabila isteri yang dikahwini 18 tahun menjalinkan hubungan cinta sejenis, seorang lelaki nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol ke badannya sebelum membakar diri di rumah mereka di Pandan Height, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Lim Vit, 58, melecur hampir 100 peratus pada badan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang.
Abang mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum itu adiknya bertengkar dengan isterinya berusia 45 tahun apabila mendapat tahu wanita itu berlaku curang menjalinkan hubungan sejenis dengan majikan berusia 40-an di tempat kerjanya.

Menurutnya, pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun dan dikurniakan tiga anak lelaki berusia lapan hingga 18 tahun. “Hanya dua bulan adik saya (mangsa) mendapat tahu isterinya yang bekerja di sebuah hotel menjalinkan hubungan sejenis dengan majikannya sejak itu sering bertengkar.

KANAK-KANAK DISERANG MONYET

Assalamualaikum...

Pagi ni ada baca satu berita nih.

"Seekor monyet tiba-tiba  marah dan menyerang seorang kanak-kanak semasa lawatan ke zoo manakala bapa kanak-kanak itu dan penjaga zoo berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Raghav telah cedera parah di sebuah pusat haiwan di Ratlam, Madhya Pradesh, India."







Aku dari dulu lagi memang takut dengan binatang ni.. sebabnya depa nih ganas.. kadang2 tengok orang bela pun  aku dah pelik..apasal tak bela kucing je..
Ada setengah zoo memang dia akan lepas kan je  monyet2 nih.. bila nampak orang datang mula la monyet2 nih tunjuk muka. dia akan rampas je apa makanan atau bungkusan yang kita bawak.
kat zoo taiping pun ada.. dah la tempat yang banyak monyet tu tak de sapa jaga.. jalan tu macam sunyi je..
satu lagi kat Taman Botanical kat penang.. yang tu lagi ganas..serik dah nak pi.. tak tahu la sekarang monyet masih ada atau tak.. tapi kata nak bawak anak2 aku kat situ memang tak l…

MAYAT ISTERI DIJADIKAN MEJA RUANG TAMU

Cinta melebihi dari segalanya. Itu lah yang terjadi bila dilihat pada kisah  yang dilalui oleh Jeff Green. Dia begitu mencintai isterinya, ketika isteri nya meninggal, Jeff tidak mahu mengkebumikan isterinya.lalu dia membuat sebuah meja yang boleh diletak kan mayat isterinya. 


Dipetik dari laman web urbanlegends.about.com, sebuah email dan gambar yang  cukup menggemparkan di tahun 2000.
Jeff Green (32 tahun) dari Arizona kehilangan isteri untuk selamanya. isterinya, Lucy, yang dicintai meninggal kerana sakit jantung dan meninggal ketika berusia 29 tahun. Sebelum meninggal, Lucy mengatakan "Kita akan bertemu kembali di syurga,". ..
Ketika hari pemakaman, Jeff kelihatan sangat kecewa dan menghubungi petugas pemakaman untuk membawa mayat isterinya pulang. "Saya lebih suka  dia di rumah daripada menguburnya tujuh meter di bawah tanah," kata Jeff. supaya tidak busuk, Jeff memesan meja kaca khas yang berharga ribuan ringgit. Jeff meletakkan meja yang berisi mayat isterinya …

POLIS BANTUAN MATI REMPUH TIANG

Kuala Lumpur: Akibat tayar pecah, seorang anggota Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Bantuan Maju Holding maut apabila pacuan empat roda dipandunya terbabas dan merempuh tiang lampu jalan di Jalan Mahameru, di sini, berhampiran Muzium Negara, semalam. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, tayar depan bahagian kanan jip Mitsubishi Pajero dipandu Melton Tiunan, 35, meletup menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.  Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, mangsa kemudian merempuh tiang lampu jalan menyebabkan bahagian depan dan bumbung kenderaan itu remuk teruk. 

"Orang ramai yang melihat kejadian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), namun mangsa sudah meninggal serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya…

PELUMBA MOTOR ITALI TERKORBAN

MOSCOW: Penunggang motosikal warga Itali Andrea Antonelli terkorban selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan pembukaan perlumbaan World Supersport Championship di Litar Moscow, hari ini.
Antonelli mengalami kecederaan kepala apabila dia terjatuh dari motosikal Kawasakinya ketika dalam kelajuan 250 kilometer sejam sebelum dirempuh penunggang senegaranyanya, lapor media Itali, Gazzetta dello Sport. Penunggang berusia 25 tahun itu meninggal dunia selepas dimasukkan ke pusat perubatan di litar itu.

Perlumbaan itu dihentikan oleh pihak penganjur.
Pihak penyiasatan pusat Russia sedang meniasat kejadian berkenaan untuk tindakan lanjut, lapor agensi berita Russia, Itar-Tass. - REUTERS

PENYANYI ALYAH PERKENALKAN LELAKI PILIHAN KELUARGA KEPADA PEMINAT

Assalamualaikum...

tak tahu la apa makna sebenar .. mungkin pilihan keluarga nya untuk perbaik bumbung umah ke, mungkin lelaki ni ada jual  lemang untuk raya  dan keluarga nya pilih untuk beli dari dia ke..kan??
tak dinyatakan secara tepat.. tapi ramai pulak yang dah ucap tahniah,.. heheh..
kalau betul la ,kan.. maknanya bukan la Ramli M.S..ye??
sekian..

KEMALANGAN NGERI:KEPALA WANITA MENEMBUSI CERMIN HADAPAN KERETA

Seorang wanita Cina terselamat daripada kemalangan kereta yang mengakibatkan kepalanya terkeluar dari cermin hadapan kereta dan tersangkut dibahagian lehernya.


Kereta yang dinaiki wanita terbabit dikatakan   melanggar belakang sebuah  trak di wilayah Guanxi selatan China.
Wanita yang tidak dikenali itu dipercayai tidak memakai tali pinggang keledar, pada waktu itu yang menyebabkan dia terdorong kehadapan dan kepalanya menembusi cermin hadapan.


Apabila pasukan keselamatan tiba di tempat kejadian, mereka terpaksa mengeluarkan pemandu kereta itu yang tidak sedarkan diri dari kereta sebelum mereka meneliti bagaimana boleh mula mengeluarkan wanita terbabit.


Anggota bomba kemudian  perlahan-lahan membesarkan lubang di cermin di lehernya supaya ianya cukup besar untuk kepala wanita itu dikeluarkan.


Dengan keadaan berlumuran darah dan ketakutan, wanita itu dibawa ke hospital yang berdekatan.

Ajaibnya, wanita tersebut dan pemandu lelaki itu dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan y…

INI YANG DIALAMI LELAKI SELEPAS MEREKA BERKAHWIN

Assalamualaikum..



Orang kata bila dah kawen ni banyak benda yang berubah tak kira la pada isteri ataupun suami.walaupun ada yang kata suami tak ketara sangt perubahan nya tapi ramai suami alami perubahan yang lebih kurang sama je..nak tau apa yang berubah??

1)Berat badan bertambah
susah la nak tengok lelaki yang masa bujang dia gemuk dah kawen dia kurus saja.kalau ada pun mungkin sebab dah memang dia sendiri nak kurus.makan ubat,bersenam dan sebagainya./tapi yang ramai nya bila dah kawen badan makin bulat,perut makin nampak.Tak naik banyak,sikit mesti ada..kan??mungkin sebab tanggungjawab dah bertambah jadi tak sempat nak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

2)Lebih kemas dan rapi
Biasala dah kawen ni kain baju semua isteri yang uruskan walau isteri kerja tapi kain baju tetap bergosok,isteri pulak hari2 cuci kain baju.kalau suami pkai selekeh2 isteri tegur,jadi semuanya serba sempurna.


3)Lebih bertanggung jawab
walaupun ada suami yang masih keluar setiap malam minum kopi dengan…

KOLEKSI LUKISAN TIZ ZAQYAH

Asssalamualaikum..



Selain dari berlakon dan menyanyi
Tiz Zaqyah juga mempunyai bakat melukis yang
tak kurang hebatnya..

jom kita tengok koleksi lukisan
yang dihasilkan oleh pelakon serba boleh ini..
















Macam mana??hebat kan??
sekian..

MAKAN BUAH DIBULAN PUASA BADAN LEBIH KUAT

Assalamualaikum..



Selamat petang semua..
Aku selalu paksa Maisara makan buah..
tambah2 bulan puasa gini lagi la aku paksa..
tapi tu la..dia makan ada la sekali gigit je..
lain nya aku yang habis kan..

Pelik snagt apasal tak suka makan buah..
padahal aku dulu masa kecik2 kalau dapat makan buah tu
kira nikmat sungguh2 la..
sejak dari Maisara kecik lagi dia dah tengok aku makan buah.
memahg hari2 makan buah makan sayur.
kenapa la dia tak boleh ikut ye..

tau tak bila bulan puasa
makan buah boleh buat badan kita lebih kuat.
Buah membantu perut berasa kenyang lebih lama sebab ada
kandungan serat yang tinggi,
selain tu ianya membantu menjaga kadar glukosa darah supaya lebih stabil.
Kadar glukosa dalam darah yang lebih stabil akan membantu
kita merasa kenyang lebih lama, namun tetap bertenaga ketika
melaukan apa2 aktiviti.

Selain itu, kandungan vitamin dan mineral dalam buah juga
menjaga daya tahan dan stamina tubuh.
sebaik2nya makan buah setiap kali berbuka dan bersahur.

Tapi jangan sesekali…

MAISARA::Blogbuster

Assalamualaikum...



Aku ada dapat tawaran untuk iklan blogbuster tu.. korang pun dapat kan.. sebelum ni dapat tapi tak terpikir pun nak buat.. tapi kali ni dapat dari Ambi Pur tu.. nak la cuba buat.
Rasa2 macam nak suruh Maisara belakon jap.. sebab ibu dia pemalu nak tunjuk2 muka nih..
Ibu: kakak nak tak kalau ibu suruh belakon sikit je..
Maisara: belakon apa?filem??
Ibu; bukan la..iklan pendek je..kejap je..iklan pewangi macam ni.. (sambil tunjuk kat dinding)
Maisara: Ibu nak bayar berapa??
wah!!!!kemain lagi soalan.. artis ke???belum kerja dah minta bayaran.. tak kuasa tau..
sekian..




KEBANYAKAN WANITA BEKERJA RASA RISAU TINGGALKAN ANAK BERSAMA PENGASUH

Assalamualaikum..


Aku tahu ramai kawan2 aku yang bekerja  dan tinggalkan anak pada pengasuh ada  sedikit rasa bersalah pada anak.
Bila pagi2 tu hantar anak kat pengasuh rasa sayu je hati. kalau boleh menangis,dah menangis pun kan?? Tapi demi membantu suami dan meningkatkan  taraf kehidupan keluarga semua tu terpaksa ditolak ketepi. Lagipun kerja untuk anak tu jugak kan?/
Bila sampai je ke pejabat tu asyik fikir pasal anak je.. tapi kerja tetap buat.. tetap sempurna.. itu lah hebatnya wanita bekerja ni kan..
Sebenarnya yang lebih difikirkan ialah  soal keselematan anak tu.. selamat ke dia kat pengasuh tu?? pengasuh tu bagi tak anak aku makan? pengasuh tu marah2 anak aku ke?? kan??
Korang boleh sesekali telefon pengasuh kalau rasa kuatir. aku pernah mengasuh sorang kanak2 dulu. ibu dia akan telefon 2 kali sehari. bukan sebab tak percaya pada pengasuh  tapi dia telefon sebab dia nak tau keadaan anak dia je..
dah mandi ke belum.. dah makan ke.. nakal ke tidak..
pengasuh pun tak boleh la a…

GAMBAR IZZUE ISLAM DAN ISTERI NYA DI THAILAND

Assalamualaikum...
kesian Izzue Islam dan isterinya nih.. Bulan puasa pun terpaksa menjalani pengambaran untuk rancangan Romantika Raya yang akan disiarkan di Astro.
Jom kita tengok gambar2 romantik Izzue islam dan isterinya ketika menjalani pengambaran di Thailand















sekian...

GURU PUKUL DAN TENDANG PELAJAR PEREMPUAN DI DALAM KELAS

Assalamualaikum..

Seorang guru dirakam CCTV sedang menyeret seorang murid perempuan yang ketakutan  dan  memukulnya di sebuah sekolah di Cina

Guru tersebut marah kepada pelajar perempuan tersebut yang sedang meletak kan kepala nya diatas meja seolah-olah sedang berehat.
Setelah menyeret dia keluar dari kelas, dia kemudian menendang gadis itu  sebelum menolak nya ke dinding.

Kelihatan nya pelajar perempuan tersebut tidak sihat dan kemudian dia jatuh ke lantai



#cikgu ke gangster nih??


sekian..

TARIF ELEKTRIK MUNGKIN DINAIKKAN

KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.

"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.

"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.

Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM2…

GAY MINTAK RESTU..RESTU KEPALA LUTUT DIA!

Assalamualaikum...
nak restu?? ala..ngada2 nye belalai 2 ketol ni.. aku sekeh kepala bana tu baru tau..


 tengok taik pun
tak geli macam tengok depa  ni..

sekian..