Monday, 15 April 2013

ANTARA POLITIK DAN ARTIS

Assalamualaikum...

Hari2 tengok kat facebook
rakan2 yang cerita pasal artis..
ada je update apa2 cerita pasal artis...

Cerita buruk ada cerita baik pun ada..
cerita sahih ada cerita tak sahih pun ada..

tak pulak kau nak bising2 sampai nak remove kengkawan..kan??



Tapi bila update pasal politik..
dah di carut2 nya kata bosan la..
benci politik la...

Helllo!!!
ni musim pilihan raya tau..
Biasa la kalau sana sini cerita pasal politik..

jangan nak buat buta sampai hati pun buta,,
cer celik sikit.....
tau nak ambik kesah pasal artis je..
pasal tanah air sendiri bosan pulak..

Artis tu ke yang nak
bagi korang senang nanti??

sekian...

BILA ANAK-ANAK TAKUT...

Assalamualaikum..



Aku cukup tak suka kalau ada orang yang takut2 kan anak aku..
tambah geram kalau sampai dia menangis..
memang nak makan penampar la..kan??





Bukan anak aku je..
kalau tengok anak orang pun bila diusik
sampai dia takut memang geram je rasa..
Bahaya tau kalau budak2 takut sampai dia terkejut..
boleh demam tau..
budak2 kecik demam boleh melarat2..
kita yang tua ni kalau demam pun tak tahan..kan??
,...



Kalau yang macam gambar bawah ni
bukan je boleh buat budak2 demam
malah boleh hilang selera makan seumur hidup..




Dalam hati budak ni mesti kata..

"eiii..awat la buruk sangt..."

hahahah


sekian...

Saturday, 13 April 2013

YASMIN HANI BUKAN KAT TV


Assalamualaikum....

yasmin hani  

tengok kat tv kulit dia cantik..kan??

sekian...

Friday, 12 April 2013

GAMBAR-GAMBAR BLACK MENTOR DAN TUNANGNYA

Assalamualaikum..

pernah tengok kan tunang Black mentor ni??
lawa la..
sekali tengok macam Yana Samsudin pun ada jugak..
siap ada lesung pipit lagi..






Tunang dia ni nama Cira Khairi
depa bertunang 26 january lepas..
Untung la dia..kan??
kenapa untung??
tengok la gambar2 dia ni..kan untung nih..
heheheh

sekian..

APA YANG SELEBRITI NI BAWA??

Assalamualaikum...

Biasanya kalau korang pi bercuti atau pergi mana2 la
yang jauh sampai kena bawak kain baju berapa 
beg yang biasanya korang bawak??

kalau banyak mungkin korang sama macam 
salebriti hollywood nih..
banyak giler beg diaorang bawak 
kalau nak pergi bercuti atau berjalan jauh..




Jennifer Lopez

katie Price

Lindsay Lohan

Paris Hilton

Rihanna

shakira

vanessa Hudgens

Victoria Beckham 

Entah apa la yang depa bawak..
ini baru beg untuk dibawa pergi..
beg untuk balik pulak cemana la gamaknya..kan??
mungkin selori kot..hehehe

Wednesday, 10 April 2013

BUKAN NAK TUNJUK BAIK....

Assalamualaikum...


Alahai adik oi..
bukan la orang nasihat tu sebab nak tunjuk baik..
bukan nasihat sebab diri sendiri tu betul..

tapi orang nasihat sebab
orang takut..
kalau Allah turunkan bala bencana
bukan kena kat awak sorang..
paham??

Dah cukup2 la maksiat atas dunia ni
yang buat Allah murka..
jangan ditambah lagi..
akak takut dik oi....

##orang nama syafiq memang gini ke??muahahha

sekian,,


Tuesday, 9 April 2013

MAISARA:: botol air

Assalamualaikum...

Tiap2 hari bila Maisara balik dari sekolah,
Mikhail paling suka ambik botol air kakak dia..
dah la kakak tu kedekut..
Adik pulak memang tak boleh dibawak berbincang.





Entah apa yang dia suka sangt dengan botol air tu
pun tak tahu la..
tapi aku perasan dia suka
betul minumair masak dalam botol kakak tu..
pandai pulak dia sedut..heheh.



Nnati nak belikan satu yang serupa macam tu..
takut kalau beli yang rupa lain'
dia tak nak pulak..kan...


Semalam kakak balik dari sekolah,
laju je dia ke pintu terus ambik
botol air kakak..



Ibu: bagi adik pegang kejap ye..

Maisara: erm..ok..hari ni mood kakak baik..jadi adik boleh ambik apa saja
barang2 kakak..

(lega aku dengar...)

Maisara: Tapi bukan botol air nih..

(aih...sabor je la aku...)




sekian..

Monday, 8 April 2013

huaaaaa......!!!!










sekian...




Friday, 5 April 2013

WOW..Lukisan Diatas Rama-Rama

Assalamualaikum...

pelukis hebat ini bernama Hassan Kale berasal dari Istanbul
dia boleh melukis diatas apa sahaja..
rama-rama,cengkerang siput,pasta 
dan sebagainya..








sekian..

Thursday, 4 April 2013

MAISARA::adu...

Assalamualaikum..

Selamat petang semua..



Setiap hari ada saja hal2 sekolah yang Maisara adukan pada aku.
kadang2 tu benda tu kecik je tapi nak mengadu jugak.
semua benda yang dia adu tu semuanya
perkara2 yang dia tak suka la..yang buat dia marah.

tak de benda sangt la..hal kecik2 je..
lain la kalau benda yang dia adu tu sampai
buat dia malas nak pi sekolah atau dia balik dalam
keadaan berdarah,luka,ke,lebam ke.kan?
kalau gitu aku ambik kesah la ..

yang dia selalu mengadu..
kawan sentuh beg sekolah dia..
kawan terambik kasut sekolah dia..
kawan2 asyik pinjam pemadam..
cikgu tak bagi buah hari ni..
makanan sekolah tak sedap..
banyak lagi la...ada je tak puas hati..


Tiap kali dia balik ngadu ada orang buat dia marah aku akan kata..

"kesian anak ibu.nanti ibu jumpa dia ibu marah dia.."

tu je la ayat nak bagi dia sedap hati.
semalam dia ngadu lagi..

Maisara: ibu,semalam Alia dia pegang tangan Maisara.maisara suruh lepas,dia tak nak.dia nak pegang jugak.saja nak buat maisara marah..

Ibu:iye??nak kena Aliya nih..nanti dia..esok pi sekolah cakap kat dia.nanti ibu nak cubit perut dia.lepas tu nak sangkut beg sekolah dia kat pokok.paham??

Maisara:ok..kawan2 yang lain pun suka kacau maisara..

Ibu:ish..ish..ish...bagitau kat kawan2 sekolah esok ibu nak pi sekolah nak gantung depa semua kat kipas angin.lepas tu nak ikat kaki tangan depa,letak depa kat pokok.biar semut gigit depa.depa degil jugak??ibu nak ikat depa kat tiang tepi sekolah tu.biar depa kena panas.hitam kulit depa.lepas tu ibu gigit tangan depa sorang2..

(dia diam je lepas aku cakap gitu..lama dia tengok aku..last2 dia kata....)

Maisara:tak pe la ibu..mereka tu bergurau je dengan Maisara..

Ha!!!!tau tak pa!!


sekian,...



LELAKI YANG OBSES UNTUK MENJADI IKAN DUYUNG

Assalamualaikum...





Eric Ducharme mengakui ssangat taksub dengan ikan duyung.Dia  memandu lebih daripada satu jam setengah tiga kali seminggu supaya dia berenang pada musim bunga.
Penyelam skuba ini beraasa bebas ketika dalam air dengan bahagian bawah badan nya  dibalut dalam kostum duyung yang diperbuat dari plastik. dia menahan nafas hingga empat minit pada satu masa.


Eric, dari Florida, Amerika Syarikat, berkata: "Saya tidak makan, bernafas dan tidur cara duyung. Ia adalah gaya hidup saya. Ia adalah jalan dalam kehidupan yang saya telah pilih"

Tambah beliau "Apabila saya memakain ekor saya mula berasa satu perubahan. Saya mula untuk memasuki sebuah dunia yang berbeza apabila saya terkena air.


"Ia mengambil smasa yang benar-benar panjang untuk memahami tempat saya dalam kehidupan. saya berasa seperti saya jauh dari dunia.

@selalunya kalau ikan duyung ni yang biasa kita tengok dari cerita2 dongeng adalah perempuan ..kan??ni lelaki pulak nak jadi ikan duyung..nak tau kenapa??sebab dia gay..siap ada boipren lagi yang menyokong impian giler dia nih..hehehe

#obses untuk kurus..:p
sekian...

Wednesday, 3 April 2013

PESANAN SULTAN LANGKASUKA SEMPENA PEMBUBARAN PARLIMEN

Assalamualaikum..

gambar dari sukanstar(laman berita sukan yang diulas dengan kaki)


Rupanya ramai yang percaya bulat2
pasal Sultan langkasuka tu.
ala yang kecoh2 kat facebook tu..
tak tahu ke tu troll je..
kelakar la sapa yang percaya tu..

Ada pulak yang maki2 dia ..
buat dosa je la..dia saja je buat gitu sebab 
kes Encik Kiram yang dok mengaku sultan tu..



tak kan la benda gitu pun tak boleh nak beza betul2 atau usik2 je.??

Heheheh..

sekian...



MAISARA::pekerja yang degil

Assalamualaikum...



Suami aku ni jarang cuti..
boleh kata sebulan sehari dua je cutinya..

Ahad lepas...

Maisara: ibu..akak tu dengan Kebal tak de kat rumah la..

(akak tu dengan kebal adalah anak jiran aku.)

Ibu: depa pi jalan la..hari ni kan cuti..

Maisara:kenapa kita tak pi jalan pun..

Ibu: dah ayah awak tak cuti..

Maisara: kenapa la ayah ni degil sangt..hari ahad kan untuk cuti.ish..ish..(sambil geleng2 kepala..)

Ibu: entah la..

Maisara: mesti kat tempat kerja dia,dia lah pekerja paling degil sekali.melampau!!

:p


sekian,..

Monday, 1 April 2013

MAISARA:: lukisan maisara

Assalamualaikum...

Selain dari main air,melompat atas sofa,dengar tv (bukan tengok ye tapi dengar)..
merekacipta dan naik motor sebagai hobi Maisara,
melukis juga adalah hobi maisara sejak kecil lagi..

Sekarang Maisara banyak tengok youtube 
cara2 melukis ...
kalau dia malas nak melukis dia akan tengok youtube 
cara hias kek,cara mekap dan cara melukis guna software.

Jom tengok lukisan2 Maisara
yang dia lukis sepanjang cuti sekolah nih..

Nobita

entah la.ni sapa..

dora

bunga

cinderella

conan

mulan

ikan duyung

mulan

kalau korang nak tengok maisara melukis ada satu video kat keek..
jom follow aku kat keek : keek.com/dianarashidM


sekian..

ADIK DAN KAKAK

Assalamualaikum....

malam tadi adik tak boleh tidur..
terjaga je menangis.
tak tahu nk buat apa..ingatkan kembung.tapi tak..
hilang punca,aku ubah tempat tidur.
terus tidur lena sampai pagi nih..
kesian adik..

bila ubah tempat tidur kakaknya
pun sibuk la nk ikut ubah jugak..
sejak ada adik ni
dia memang tak nak dah tidur sendiri.
nak tidur dengan adik.

Adik sekarang ni kerja nk rebut barang mainan kakak je.
bila dia tengok kakak melukis ke,
main masak2 ke mula la menyulur kejar apa kakak pegang.
yang kakak pulak memang silap sikit nangis..
memang tak de tolak ansur la.
barang mainan dia semua adik tak boleh pegang.
alasan:"besar nanti beli sendiri"
padahal mainan dia tu pun orang belikan.


tapi kalau datang mood baik dia
bila adik nak apa yang dia pegang,dia akan kata..
"nanti kakak dah keja kakak
belikan mainan beng 10(ben 10) untuk adik ye.."
mainan dia tetap dia tak bagi..haha...

sekian....