Saturday, 11 May 2013

4 PERKARA YANG LELAKI AKAN BUAT BILA JATUH CINTA

  Assalamualaikum...


Pernah tak adik2 yang belum kawen dan ada kawan2 lelaki nih tertanya2
"eh..dia ni syok kat aku ke idak ye.."
sebenarnya kita boleh dapat agak kalau lelaki tu
syok kat kita ke idak..
ni ahkak nak kongsi dengan korang adik2 yang
ada perasaan macam ni..cemana kita nak tahu lelaki tu
tertarik  pada kita...

1. Perhatian & Melindungi
Lelaki yang menaruh hati pada korang cenderung lebih perhatian dalam segala aspek. Misalnya  ketika korang berdua sedang melintas jalan tanpa ragu2 dia melindungi korang,dia yang tengok kiri kanan dan bagi lalauan untuk korang melintas.. atau ketika tiba-tiba turun hujan, si dia terus meletak kan tangannya di atas kepala korang.takut la korang basah lak kan... lelaki yang menyimpan perasaan pada seorang wanita, naluri untuk melindungi si wanita semakin besar.

2. Berpenampilan Lebih Baik
Jika seorang lelaki menjadi lebih menjaga penampilan yang tidak seperti biasa, boleh jadi itu  tanda bahawa dia ingin dilihat menarik oleh wanita diminatinya Jjadi kalau sebelum ni dia keluar dengan jeans lusuh dan muka tak bercukur tapi tetiba penampilan nya makin hari makin berubah dan kemas bila bersama korang itu satu tanda dia nak meminati korang..

3. Renungan Lembut
Lelaki yang tertarik dengan seorang wanita akan merenungnya lebih lama ketika berbual. Bukan hanya ketika berbual malah ketika korang berjalan pergi pun dia masih merenung korang.

4. Bersedia Membantu 
contohnya dia rela menghantar kereta korang yang rosak ke bengkel, menawarkan diri untuk menjemput korang blik dan pergi kerja.., ada kemungkinan dia menganggap hubungan korang dan dia lebih dari sekadar kawan. Semua yang dia lakukan adalah usaha untuk selalu dekat dengan korang.


sekian

TELEKUNG UNTUK MAISARA;LITTLE MUSLIMAH COLLECTOIN


Assalamualaikum...

Aku sangat cerewet bila bab2 beli melaui online nih..
kalau aku minat satu2 barang tu,aku sms atau email penjual nya,
bila dia lambat balas pun aku terus tak jadi beli..
hahahah..teruk kan ..

Bulan lepas aku ada pesan telekung kat Little Muslimah Colection.
laju je dia jawab..terus rasa berbunga2 hati..
Aku nak telekung bunga warna merah.
tapi banyak yang dah habis..
masa tu stok banyak yg habis..

ye la..murah2  telekung dia..
Dia jual telekung untuk kanak-kanak..
sepasang harga RM25  je..
bayaran pos RM5 je..

walaupun banyak yang dah habis tapi aku beli jugak
telekung dari dia sebab layanan nya yang memuaskan hati..
harga pun murah kan..sesuai sangat2 la..
Aku cuma pesan kat dia..
"bagi warna apa pun tak pe la sis.."






 Bila sampai je telekung tu
sangat2 la puas hati..
memang cantik sangt..
suami pun kata cantik..
paling suka kat tali pengikat kepala dia ni.
sangat kemas..



kain telekung ni pun getahnya tak ketat sangat.
selesa la untuk kanak2.

telekung yang dia jual ni kita boleh pilih saiz.
untuk anak yang umur 3 tahun dah boleh pakai..
ada saiz S,M,L..

Sejak dapat telekung baru ni Maisara pun makin rajin solat.
tak susah pun nak ajak berjemaah,.
lagi2 bila ayah selalu puji ..
"comel nya anak ayah pakai telekung..
sama comel macam telekung dia jugak..."


heheheh..dia kan cepat mengembang bila kena puji...

Kalau korang berminat boleh la jenguk  Little Muslimah collection
telekung ni sesuai jugak dijadikan hadiah
untuk anak sedara ke,anak kawan ke,anak sendiri ke..
Mesti anak2 suka bila dapat hadiah macam ni..

sekian..

Friday, 10 May 2013

MAISARA:: Kentut

Assalamualaikum...



Semalam...

Maisara:Ibu...adik berak la..

Ibu: (check diapers) tak de pun..adik kentut je la...

Maisara:ibu..kami rasa adik ni bukan adik kandung kami la..

Ibu: kenapa pulak..

Maisara:kentut dia busuk sangt.tak macam kentut kami pun.kentut kami
masih boleh kami tahan bau dia.ni kentut adik kami tak tahan..

Mak aih.bau kentut pun kena sama baunya kalau satu keturunan ok..

sekian...


BACA LA...

Assalamualaikum...



Agak bosan dah aku dengan citer politik kat facebook.
aku lebih suka baca citer politik kat blog berbanding kat facebook.
tapi nak buat cemana dah ini memang musimnya..
jadi pasrah je la..

Paling meluat bila ada yang kata..

"Tengok la apa jadi kalau negeri kita diperintah DAP nanti jadi macam
Pulau Pinang.."

Apa ingat kami kat Pulau Pinang ni kebulur tak makan ke??
apa yang teruknya aku pun tak tahu la..

Paling nyampah bila baca pasal
nak takut2 kan orang melayu..

"kalau DAP menang depa nak buat negara kita ni macam singapore nun..
melayu dan islam ni depa nak pijak2 ja.."

tu dia...sampai macam tu sekali depa nak takut2 kan orang melayu..
habis tu Agong dan Sultan2 kat malaysia ni tak dak ka??
sebab tu la banyak kan membaca..
cer baca sama apa fungsi raja2 melayu..
lekas google..
jangan malas ye adik2..
bila buta sejarah senang la orang nak tipu kita..

Jiran aku (cina) ..dia kata Melayu sama Melayu gaduh,cina
tak dak masa mau tepuk tangan.cari duit lagi baik ooo..

hahah

tambah kelakar sebab ramai yang inagt DAP tu parti khas untuk orang cina saja..
bukan..bukan..
DAP tak macam MCA..MCA baru la untuk orang cina saja..
Melayu ka india ka..semua boleh join DAP..

Sekali lagi...jangan malas membaca..
baca la jugak tentang asal usul penubuhan parti2 kat Malaysia ni..
InsyaAllah..susah orang nak tipu kita..


sekian..

Thursday, 9 May 2013

KESAN PENYAKIT MELALUI PERUBAHAN PADA KUKU

Assalamualaikum...



Ketika memotong atau melakukan rawatan kuku, perhatikan jika ada perubahan pada kuku anda Misalnya kuku jadi lebih pucat dari biasanya atau nampak menguning. Kuku boleh menjadi 'alat' semulajadi untuk mengesan adanya masalah kesihatan.

1. Pucat
Jika kuku kelihatan  putih pucat, kemungkinan anda menderita anemia.Anemia terjadi akibat kekurangan zat besi yang menyebabkan pengambilan oksigen di dalam darah terganggu Sehingga kulit menjadi pucat, terutama kulit di bawah kuku.
Dalam keadaan yang lebih serius, kuku pucat juga boleh menjadi tanda-tanda awal diabetes atau penyakit hati. Jika didiagnosis lebih awal, diabetes boleh dikawal. Elakkan pengambilan makanan yang mempunyai bahan pengawet atau yang mengandungi banyak gula dan karbohidrat. Ganti pola makan anda dengan memperbanyak kan serat daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan gandum.

2. Menguning
Kuku yang menguning  umumnya disebabkan kerana jangkitan kulat yang telah merebak ke seluruh kuku. Rawatan topikal (disapu dengan krim) biasanya tidak terlalu membantu kerana jangkitan berada di kulit bawah kuku. Biasanya doktor akan memberikan ubat minum yang boleh membasmi kulatdi bahagian dalam epidermis.

3. Garis Coklat Kehitaman
Waspada jika anda mendapati garis atau urat kehitaman di kuku, kerana kemungkinan adanya melanoma atau tumor  yang harus dikesan dan dirawat sejak awal,

4. Mudah patah
Kuku yang mudah patah hanya kerana sedikit tekanan atau impak yang kuat, kemungkina ada gangguan pada kelenjar thyroid anda. Kelenjar yang terdapat di bahagian leher ini bertugas mengatur metabolisme, tenaga dan pertumbuhan tubuh. Kekurangan thyroid boleh menyebabkan rambut gugur, juga kuku yang mudah patah dan menipis.

Kuku juga tumbuh lebih lambat dan dalam keadaan yang sudah teruk, kuku boleh terangkat dari kulit di bawahnya. Jika ini terjadi pada anda, segera membuat pemeriksaan doktor untuk diambil sampel darah. Pemeriksaan ini membantu untuk memeriksa sama ada gangguan thyroid yang perlu diberi rawatan.

5. Garis-garis Putih
Garis-garis putih mendatar yang memenuhi seluruh kuku disebut dengan garis Muehrcke. Ini menunjuk kan adanya penyakit buah pinggang, gangguan hati atau kekurangan protein. Munculnya garis putih memanjang disebabkan oleh gangguan pada bekalan darah ke kuku kerana penyakit-penyakit yang disebutkan tadi,

6. Membiru
Kuku yang keliohatan biru, adalah tanda badan anda kekurangan oksigen. Kurangnya oksigen dalam darah boleh disebabkan beberapa hal, di antaranya gangguan pada saluran pernafasan atau masalah di pembuluh darah. Beberapa orang memang ada yang peredaran darahnya lebih lambat terutama ketika berada di tempat bersuhu sejuk.


sumber: shape.com

sekian.

Thursday, 2 May 2013

UNDI ITU RAHSIA ..TAK PAYAH DOK RAHSIA SANGT LA...

Assalamualaikum...


dari google

Selamat petrang semua...3 hari lagi untuk mengundi..
kalau tengok kat jalan2 raya tu penuh dengan bendera ..
masa balik kedah minggu lepas
tengok kat jalan banyak betul replika2 yang
penyokong2 parti buat..
ada wau..ada roket,ada kapal selam..
tengok kat instagram solihin Zubir semalam,
cincin Rosmah pun ada..hahhah..Rajin betul depa nih..

Kalau kat facebook pulak penuh dengan
kempen2 dari penyokong yang teranng2
menyatakan sokongan pada parti pilihan masing2..
tapi ada jugak yang memilih untuk berdiam diri
kononnya "undi itu Rahsia.."

"Undi Itu Rahsia."
Ini yang aku nak cerita nih..
Apa sebenarnya maksud "undi itu rahsia"
yang sering kita dengar kat dalam iklan tv tuh..

Undi itu Rahsia bukan bermaksud korang kena
berahsia apa parti yang korang sokong sampai
kan orang tanya pun korang diam ..
kat facebook pun diam...
kira betul2 rahsia la ..tak tunjuk langsung yang korang sokong
semata2 sebab undi itu rahsia..
hahaha..salah tu...

"Undi itu rahsia" ni hanyalah untuk SPR..
pada hari korang mengundi tu..
hari korang memangkah,lepas je korang memangkah undi
SPR tak kan mendedahkan apa parti yang korang pangkah..
tak de la lepas undi tu dia bagi tau satu kampung..
"perhatian..encik Seman yng umah coklat hujung simpang sana
dia undi PAS.."..tak de..ok..

itu sebenarnya maksud "undi itu Rahsia.."
jadi tak de salahnya kalau korang terang2 mengaku
yang korang undi PAS..muahhaha..
mana yang pegang prinsip "undi itu rahsia" tu
harap penjelasan ini terang dan jelas..

sekian..