Wednesday, 18 July 2012

ELEH!!ENTRY DIA MEMANG BEST.TAPI ENTRY KAT BLOG AKU PUN BEST JUGAK LA...

Assalamualaikum...



Selamat malam semua..
"bersempena ulang tahun ke 2 blog ciktom[dot]com, cik tom ingin berkongsi rezeki hasil income blog cik tom dengan menganjurkan satu giveaways buat semua pelawat blog cik tom. Harap dapat penyertaan yang mengalakkan dari blogger. Jomlah join ramai-ramai meriahkan giveaway cik tom."

bila baca je post ni kat blog cik tom kemarin memang teruja sangat nak join..tapi selalunya bila teruja mesti tak menang..hahaha..menang ke tidak itu tak penting.yang penting aku join.kalau menang itu satu bonus.kalau tak menang,tak pe.sebab bulan lain cik tom akan buat GA lain lak.dengar2 hadiah nya cash RM500..muahahahah..tersedak kalau cik tom baca ni..:)

Seingat aku la..blog cik tom ni antara blog terawal yang aku follow masa mula2 berblog dulu.dulu kan kami rajin bw..kan cik tom??jadi wajib la saling menerjah.jumpa blog cik tom ni pun sebab blogwalking.bila singgah blog cik tom makin ramai la kenal blogger2 lain sebab masa tu cik tom ni pun boleh kata blogger yang tengah meningkat naik.penulisan nya menarik dan ada identiti walaupun masa tu dia masih baru.jadi senang sanagt nak ingat.jadi kalau tersinggah kat blog2 yang pernah copy entry cik tom ni jangan nak ngaku tu entry korang ye.sebab aku tau tu korang copy kat blog cik tom.ehem...siapa makan cili dia berak2..heheh

tapi kan...walaupun entry cik tom best,entry aku pun banyak yang best..tiba2 sahaja..kan???perasan best??boleh jugak kalau nak anggap gitu...best tak best meh baca dulu la...klik sini..http://www.dianarashid.com/2011/05/kenapa-perlu-buat-entry-bila-nak-masuk.html.tak tahu la best ke tak best.aku pilih entry ni sebab entry ni banyak komen..hahahah

meleret2 dah entry aku ni.cik tom kata buat ringkas2 je...cemana la aku nak menang kalau gini kan??hahahah.ok la..sapa2 yang nak join GA cik tom ni jangan lambat2 sebab tarikh tutup nya 31 ogos 2012.

Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer, Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.”

klik gambar atas untuk join.


sekian...

TAK MAU LA DENGAR ORANG CAKAP MACAM TU....

Assalamualaikum...

Cuma nak bagitahu...
bukan tak nak beli barang2 mewah..
kereta mewah...
gadjet2 terkini yang canggih manggih...
bercuti ke luar negara setahun 3,4 kali..
makan di restoran yang mahal2...
bukan tak nak semua tu...

cuma...
lebih selesa bila hidup cara sederhana..
beli apa yang perlu..
pakai apa yang ada..
bercuti seadanya...

sebab..
tak nak la nanti...
bila sakit mula sibuk nak kutip derma dari orang ramai..
sedangkan bila ada duit
tak ingat pun nak menyimpan untuk kegunaan waktu kecemasan.

bila anak sakit,
kita tunggu tepi katil sambil
tekan2 gadjet terkini kita tu..,.orang tengok pun..
"orang kaya ni....
aku pun tak de benda yang dia pakai ni...
tak kan la dia tak de duit nak mengubat anak dia.."
tak mau la orang cakap macam tu..kan??tak seronok rasa hati..

sekian...


Monday, 16 July 2012

SAYANG CIKGU KETAT-KETAT~RAFINA MIMI ZAIRUL MURNI

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
malam ni curi masa untuk update blog
sementara tunggu maisara habis tengok katun Doc Mcstuffin tu..

Siang tadi lepas balik dari klinik
apa yang ditunggu2 dah pun sampai..
apa lagi kalau bukan Novel sulung Rafina Mimi ni..
"sayang cikgu ketat-ketat"


selama ni baca kat blog dia je..
bila novel sulungnya depan mata memang seronok sangat la
sebab aku ni boleh kata pembaca paling beremosi la bila
baca novel ni..hahaha..

geram weh..tambah2 bila ada babak melibatkan si Aida gedik tu..
anak dua pun gedik..sapa tak geram..kan??

sekarang ni Kak Mimi ada karya baru
yang bagi aku memang tak kurang best cerita nya
dengan "DIA YANG AKU PILIH"
dan "SAYANG CIKGU KETAT-KETAT".
yang terbaru ni tajuk "mengharap sisa kasih mu.."
yang ni pun bikin aku emosi tiap kali habis satu2 bab.
kalau tak percaya pi la baca kat blog dia.

terima kasih kak Mimi sebab sudi hadiah kan saya
novel pertama kak mimi ni..
saya sangat suka..heheheh

sepetang tadi asyik baca novel tu je..
sampai kan maisara kata..

Maisara:nanti malam maisara tidur ibu tolong bacakan cerita
ni je la ye..

amboi..dia ingat novel ni
macam cerita sleeping beauty?snow white?

sekian...

##eh!dah baca ustaz k-pop ke belum??
yang ni pun best tau..heheh

Sunday, 15 July 2012

TULISAN NURSE KAT SINI MEMANG COMEL-COMEL LA..

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...
selamat bercuti...

Aku suka tengok tulisan nurse2 kat klinik kesihatan
kat umah aku ni.(Simpang Ampat,Tasek)..
sebab comel2 je tulisan depa.
tengok ni..comel kan??



mudah je kalau kita nak baca.
tulisan doktor pun bulat2 tau..hehehe

berbeza kalau nurse kat kampung aku yang tulis.
sampai kena eja apa benda la
yang depa tulis .hahah..

esok kena pi klinik lagi.
sekarang ni dah start kena pi 2 minggu
sekali pulak..
jadi tak la aku asyik risau2 je..kan??
maklum la,bila dah 7 bulan ni memang
ada rasa risau2 sikit...sakit sikit je mula gelabah dah..hehehe..

sekian...

Thursday, 12 July 2012

ADIK DAN MAISARA

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...
entry semalam..tak sangka masih ramai yang nak
komen2 entry busuk aku tu..hahahah..
terima kasih..ingatkan tak dak sapa nak baca dah...

aku sekarang dalam keadaan tertekan dan susah hati.
cemana tak risau,baru je 30w..
tapi perut aku ni asyik mengeras je.
lagi2 bila duduk atau berdiri.
takut besalin awal je..
baby pulak menendang bukan sejam sekali dah..
tapi sejam entah nak dekat 6,7 kali.
dekat buku pink tu pun aku tanda bila dia tendang
yang betul2 kuat je.setakat gerakan ombak rindu tu aku tak tanda..
kalau tanda memang jam 10 dah dapat 10 tick.

isnin ni baru nak pi klinik.
memang tak sabar2 nak tunggu isnin.

semalam Rara tanya anak lelaki ke perempuan..kan??
dengan yakin nya aku jawab perempuan..mak kat kampung pun
yakin sangt kali ni perempuan..:p
hahah..tapi tak tau la bila keluar2 nanti tengok2 lelaki...
apa pun,dalam keadaan aku sekarang tak de harap lain.
cuma nak baby keluar tepat pada masanya..
tak nak la keluar time ni..belum masanya.
kesian dia nanti..

Barang2 baby semua dah siap..
eh.tinggal nak beli stroller,drypers dan sarung tangan/kaki je..
yang tu malam nanti kot..
cuma stroller tu je yang melemas kan sikit..
sebab bukan senang nak cari..kena cari betul2..malas!
aku suka tangguh2 nak keluar beli barang baby ni
sebab tak larat nak bejalan..
risau nak jalan2 pun ada.sebab orang kata banyak bejalan
cepat sikit laluan tu buka..kan??
jadi aku tak nak jalan2..ahahahah..
dah la tulang pelvik ni makin rasa sengal2 nya..risau tak habis2 ni..
sampaikan kerap sangat aku mimpi aku dah besalin..

sekarang memang malas la nak keluar2 ni.
start minggu depan suami tak bagi dah aku pi ambik maisara kat sekolah.
dia suruh dok umah je..
tapi kan..maisara ada cakap..



Maisara:ibu,maisara tak mau la naik motor dengan ayah tu..

Ibu:kenapa??

Maisara:malu la...

Ibu:nak malu apa nya..kawan2 lain pun ibu tengok ayah depa hantar naik motor kan??

Maisara:maisara malu la..nampak macam orang dah kawen je..

hahahhahah...
ke situ pulak budak gemuk nih!!

sekian..

Wednesday, 11 July 2012

MAISARA::baju merah jambu

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...lama tak update..
rasa malu2 pulak nak menaip..ekekek..
tengah sakit tangan ni..
sakit lagi...kan??tak habis2 sakit..
meluat dah orang dengar..muahaha..

mula2 sakit belakang lepas tu sakit
tu melarat-larat sampai ke tangan pulak..
sabar je la...:p
sekarang ni nak keluar jalan2 pun malas..
sebab asyik tak sihat je..kan??

malam tadi maisara ajak jugak keluar..

Maisara:Ibu..jom la kita pergi beli barang baby lagi..

Ibu:lain kali la..ibu sakit tangan ni..

Maisara:jom la..baby belum ada sarung tangan dan sarung kaki lagi..

Ibu:sabtu nanti la..lagi pun sejuk la kalau keluar malam2.

balik je dari sekolah tetiba je dapat bungkusan.
aku dah buka dah awal2..
saja bungkus semula bagi dia buka sendiri..

maisara:wah..baju untuk maisara ke ni ibu??

Ibu:ye..

Maisara:siapa bagi?


dapat2 terus pakai..

Ibu:kawan ibu..nama dia Amy..

maisara:terima kasih.."kakak" Amy tu memang pandai jahit baju la..mcm mana dia tahu maisara suka merah jambu?

Ibu:semua orang tahu..

Maisara:malam ni kita beli barang baby jangan belikan dia barang warna merah jambu.merah jambu tu untuk maisara saja.nasib baik "kakak" Amy tu tahu ni warna maisara.kalau tidak,maisara menangis sampai esok..

ada aku kesah hang nak menangis sampai minggu depan pun?????

*terima kasih Amy..untuk hadiah comel ni..!


sekian...