Thursday, 31 May 2012

TIP UNTUK BUAT ANAK TAK TAKUT KE KLINIK GIGI

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua....:)



pagi ni nak cerita pasal gigi ...
korang ada tak anak2 yang takut nak periksa gigi kat klinik??
mesti susah kan??
kalau gigi sakit tahan je la..
nak bawak ke klinik dah sah2 dia tak mau..

aku ada tips untuk buat anak tak akut ke klinik gigi.
tapi tips ni untuk kita amalkan dari awal la..

yang pertamanya ceritakan bagaimana cara doktor gigi memeriksa gigi
tapi secara sederhana dan menyeronok kan.
jangan sesekali cerita pasal kesakitan ,berdarah,atau
perkara2 yang boleh buat dia takut.

kalau kita ada pengalaman buruk ketika dapatkan rawatan gigi
jangan sesekali ceritakan pada anak kita.
jangan sesekali cakap "tak sakit pun.."
sebab anak akan fikir kenapa kita cAkap pasal sakit??kan??
jadi soal sakit ke tak tu baik kita diam kan je..
tapi kalau ditanya..."sakit ke?"
baru la kita jawab ."sakit kenapa pulak??doktor tu tengok2 gitu je..
sikit pun tak sakit.." tu ayat aku dulu la masa nak didik maisara
tak takut ke klinik..heheh

jangan ancam anak untuk bawak ke klinik gigi
kalau dia nakal atau makan gula2 dan sebagainya.
ramai ibu bapa yang suka ancam anak..
"malas gosok gigi je mak bawak kamu pergi klinik gigi.
biar doktor tu cabut semua gigi kamu.."
cara ni akan buat doktor gigi tu lebih menakutkan di mata anak2 kita.

bacakan buku2 tentang pengalaman anak2 keciL ketika
melakukan pemeriksaan gigi..
banyak buku2 macam ni yang kalau kita tengok
tak de pun cerita pasal sakit ke,menangis ke..kan?
tapi maisara dulu dia berani sebab tengok katon je..
dalam katon tu,bila lepas check gigi doktor akan bagi gula2..
ha..tu yang dia suka tu..heheh

last sekali kalau anak pertama kali check gigi kat klinik
bagitau doktor yang ini kali pertama dia.
supaya doktor pun akan bagi kerjasama dengan
kita supaya anak tak takut.

Jangan lupa berikan pujian selepas pemeriksaan gigi yang pertama..
boleh jugak berikan sedikit ganjaran..
maisara dulu kami siap puji melambung2
konon nya gigi dia nampak cantik dengan tampalan warna pink tu..hahahah..

ok..tu je la..
selamat berjaya ye..:)

sekian..

Wednesday, 30 May 2012

MAISARA::malas nak layan

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
dah lama tak menulis entry baru ni..
entry2 yang sebelum ni semuanya memang dah ada
dalam draft.tak larat sebenarnya nak menulis..
nak duduk lama2 yang malas tu..
sakit pinggang ni..

aku banyak baring dan tengok tv je sekarang ni..
lepas tu dengar maisara bercakap..
kadang2 aku tertidur
dia siap kejut kan aku semata2 nak
bagi tau Pororo telah menipu..
aih..ada aku kesah katon pororo tu menipu ke idak..



tak larat aku nak layan dia besembang.mulut tak reti penat..
sudah nya aku buat tak tahu je apa yang dia cakap..
dan selalunya bila dia tengok
aku tak layan pun dia,
dia akan kata..

"dah la..malas nak layan ibu ni.."

patutnya aku yang cakap gitu kat dia..

sekian..

TAK PANDAI NAK BAWAK GELARAN CIKGU

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
kalau ditanya apa pekerjaan paling suci murni
bak minyak masak dah tentu jawapan paling atas
dengan markah penuh 10 adalah CIKGU..
setuju tak??

Bila sebut cikgu je
mesti orang rasa kagum dan hormat la..
yang dibayangkan dengan gelaran cikgu tu
ialah dia seorang yang ramah,
pandai bawak diri,berdisiplin,dan yang baik2 saja la..

tapi ada setengah cikgu2 ni yang tak pandai nak jaga reputasi diri..
contohnya macam kat facebook
dia pakai nama cikgu Nona.
tapi bila berkomen2 dah macam nak jual diri,.

alasan...
"alah..bukan anak murid kenal pun..."

kalau gitu apa kata tukar je nama tu..
jangan pakai nama cikgu..
guna je la nama yang lain.

alasan lain:
"cikgu pun manusia biasa jugak.."

bagi aku kalau dah namanya cikgu
dia mesti seorang yang luar biasa.
sebab anak murid ni akan lebih jadikan
cikgu sebagai rujukan.

cer kita jadikan contoh sorang doktor..
bila kita kata.."doktor tu suka berpoya2 tau.."
ada orang heran??pedulikan lah..dia doktor..

tapi kalau cikgu..
"cikgu tu kaki clubbing tau.."

"apa cikgu pun pi clubbing??apa punye cikgu da..."

ha..tu la bezanya...
betapa tingginya pandangan kita pada seorang cikgu..
jadi pada cikgu2..
kalau nak jual diri kat facebook
tolong la jangan pakai nama cikgu..

#antara cikgu paling baik yang aku pernah kenal adalah "dia"

sekian...

Saturday, 26 May 2012

LELAKI KATA DAN PEREMPUAN KATA

Assalamualaikum...

bila orang perempuan minat tunggang motor besar...

lelaki:tergedik2 nya perangai pompuan tu..

Bila lelaki minat jahit manik..

Perempuan:bagusnya dia ni..halus je kerjanya..

Bila perempuan minat bola

lelaki:minat kat pemain je tu.bukan tau apa pasal bola.

bila lelaki masuk masterchef

perempuan:dia ni masak bagus la..selalu juri puji..

Bila perempuan jadi makenik

lelaki:boleh harap ke dia ni??habis kereta aku nanti..

bila lelaki susukan anak(guna botol ye..)

perempuan:untungnya isteri dia..baik suami dia tu..

sampai bila la orang
lelaki ni nak pandang rendah pada orang perempuan ye??
padahal mereka sendiri pun ada masa2nya belajar dari wanita jugak.
tapi sebab memang jenis suka
belagak bagus tu yang berasa macam dia je hero dan mampu...
kita ni lemah je bagi depa.

Sekian

EURO:DULU SOTONG SEKARANG BABI..

Assalamualaikum...

Kalau dulu,sewaktu di piala Dunia 2010 sotong kurita yang bernama paul
menjadi perhatian peminat2 bolasepak.Paul berjaya
meramal 7 perlawanan dengan tepat.

Euro 2012 sekali lagi haiwan digunakan untuk meramal
perlawanan2 yang akan berlangsung.
tapi kali ni bukan lagi sotong.
ianya adalah seekor babi asli ukrain.
namanya belum dipastikan lagi.


Babi tersebut akan meramal keputusan perlawanan setiap jam 4 petang
sebelum perlawanan bermula.
Caranya, dia akan meramal dengan cara menghidu
bendera pasukan yang bertanding.
dengan cara itu lah dia menentukan pemenang nya..

**lepas ni babi pulak jadi perhatian..
ada2je la depa ni..
percaya kat babi nak buat apa???
hahahaha

Friday, 25 May 2012

ISTERI-ISTERI DAH BERSEDIA KAH??

Assalamualaikum...


apa benda ni???

ooo..jadual EURO CUP....

Isteri2 dah bersedia ke??
bersedia untuk menyerahkan remote tv kepada suami???
hehehehh

sekian...