Wednesday, 14 September 2011

Sokong tapi tak undi pun!

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
entry terakhir untuk malam ni..
entry ke 7..
berjaya jugak aku kumpul 100 komen hari ni..
hahahha..

lama tau tak dapat komen seratus sehari ni..
sejak cuti raya hari tu la..
sunyi suram je rasa blog
sebab kekurangan komen.:p

malam ni nak cerita pasal politik sikit..
bukan nak suruh korang sokong
mana2 parti politik.
tapi nak suruh ambik tahu saja.
ambik tahu yang penting2..
jangan sampai bila orang tanya pun kita jadi
tak tau apa2..
alasan:

"malas nak ambik tau pasal politik..bosan!"
"politik malaysia giler..tak suka cerita politik.!"

kita kata politik gila.politik membosankan
tapi kita tak sedar negara kita ni kalau bukan
kat sini kat mana lagi kita nak pi..
jadi jangan sampai negara tergadai
pun kita tak sedar disebabkan sikap
malas nak ambik tau tu.

kalau bukan kita siapa??
tak kan bangsa asing kot..

ada pulak setengah tu yang fanatik sangt dengan
parti politik yang dia sokong.
sampaikan parti politik lain bagi dia
adalah parti politik yang tak berfaedah..
lepas tu sedap2 mulut je kata orang parti ini bodoh
orang parti politik ini tak guna..

nak berpolitik jangan sampai
jadi lupa pada agama dan adab..
tak nak sokong jangan nak hina orang bodoh.

kalau sokong sila pi mengundi nanti.
cakap berdentum dentam
bila hari mengundi dia bangkit jam 12.
sokong apa macam tu??

teringat masa raya hari tu
sorang kaki kepoh tu bercakap pasal politik..
yang pelik nya sapa tak sokong macam
yang dia sokong orang itu "bodoh"
padahal dia ngundi pun idak..

Kita tak perlu laung2 kan parti apa kita sokong..
sampai masa untuk PRU nanti
kita pangkah saja yang kita sokong.
kat situ la suara kita sebenarnya..

sekian..

Entry nak usik Blogger..

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..
dah makan ka??

ok..malam ni nak tunjuk gambar yang aku
print skrin tadi..
ni gambar kat bloglist aku .
cer tengok2...apa yang boleh kita simpul kan
pada kedua2 gambar ni..

gambar 1

gambar 2

tak reti nak simpui kan dia??
tak pa..aku boleh tolong simpuikan untuk ampa..
hahhaha..

yang pertama...
orang lelaki suka buat kerja mudah..
buat entry ww bukan susah pun..
letak je gambar apa pun..mudah kan??

yang kedua..
orang lelaki suka ambik kesempatan..
pantang ada benda mudah orang
lelaki laju je isi peluang.
kalau tak de ww ni tak tau la
apa cerita orang2 lelaki ni buat..
hahahh

yang ke tiga..
orang perempuan suka berfikir..
bayang kan la..
di saat orang lelaki rebut benda
mudah depan mata kami orang perempuan
tetap berfikir dengan pantas walaupun seawal pagi...

hahahha..
ada yang marah ka??
jangan marah2 ni..
ni sekadar usik2 saja..

Ada blogger yang aku tengok dia tak boleh
terima gurauan..
orang usik2 dia melatah .
orang gini la yang orang lain suka usik..
seronok tengok dia marah..
orang rasa gelihati je tengok dia tak boleh
berfikir mengikut cabang yang lain..
dia fikir lurus saja.

Aku percaya korang yang lelaki2 ni
mesti suka mengusik kan?
macam usik awek la..
lagi dia marah.lagi seronok..

itu kalau awek..
yang bukan awek pulak cemana??

orang mengusik kita ada dua sebab ja..
satu sebab dia suka bila
kita diusik ada sikap kita yang bagi dia
"sangat comel"

yang kedua...
dia suka bila
kita diusik ada sikap kita yang bagi dia
"sangat huduh" dapat ditonton oleh orang lain..

sekian....

Asyiqin

Assalamualaikum...

Petang ni kita sambung review blog yang ke8..
blog yang terpilih kali ni adalah blog Asyiqin..
klik gambar bawah ni untuk ke blog Asyiqin.



Seronok masuk blog Asyiqin ni sebab
tenang je rasa..
tak banyak yang aku nak
tegur tentang blog asyikin ni..
sebab blog dia memang cukup2 ringan..
dari header sampai la sidebar semuanya
tersusun dengan baik..

pertama...
widget follower tu..
letak kat sidebar lagi baik..
ye la..orang follow blog kita,kena la
kita letak kat atas2 kan??
tak kan nak letak bawah2 pulak...
macam tak nak tayang je gambo orang2 yang follow tu..
heheheh..

lagipun bila widget follower
dok kat sidebar senang la orang nampak
dan mudah orang nak follow.

lagi satu digalak kan Asyiqin
letak blog archive yang style hierrarchy .
cemana orang nak tengok entry2 yang lama tu
kalau pakai yang macam asyiqin guna sekarang..
tak de sapa rajin nak godek satu2 entry kita
berpandukan tarikh saja..
letak yang keluar tajuk entry terus.
orang tengok terus klik je.kan??

asyiqin tak gunakan banyak widget jadi
baik letak je semua kat sidebar kanan..
sidebar bawah tu tak pakai pun tak pe.
kalau nak letak labels je kat situ ok la..
yang lain baik letak kat sidebar kanan..

itu je la...
semoga asyiqin
terus bersemangat untuk menulis...
entry2 pun banyak yang best..
rugi kalau tak diasah..
boleh jana pendapatan tu..mana tau boleh jadi
pesaing cik epal ke nanti..
heheheh

JOM KE BLOG ASYIQIN .

sekian...!

Hey blogger!jangan lupa ini...

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
sepatutnya petang ni aku review blog.tapi aku nak tunda dulu review blog tu.
tunda dalam 2,3 jam je..heheheh..Ada 60+ blog yang join segmen tu
jadi tak boleh la tunda2 sangt.hari ahad je aku tak review blog.
sebab ahad hari untuk bersuka ria dan berpoya2..

Blog yang aku review tu kebanyakan nyaadalah blog baru.
ada jugak yang lama tapi sebab kurang pendedahan pasal blog
maka rupa blog orang lama tu lebih kurang je dengan yang baru..
ada 3 perkara yang setiap kali
aku review blog mesti perkara ni aku tekan kan...:

yang aku perasan kelemahan paling ketara sekali adalah
bloggger2 ni tak suka letak scrool.
terutamanya kat bloglistdan blog archive.
scroll ni bukan untuk bloglist dan blogarchive
je tapi boleh guna untuk letak banner dan gambar..

keduanya widget yang tak tersusun kemas..
tambah2 yang guna sidebar kiri kanan..
sebab tu sebaiknya sidebar letak kat belah kanan je.
senang nak susun..
kalau letak 2 belah,itu yang buat kita
nak letak widget merepek2 kat sidebar tu..
lepastu jadi berat..

yang ketiga warna yang tak sesuai..
tak kira la warna kat sidebar ke..
warna kat header ke..
warna background post ke..
semua tu kena ambik kira jugak.
jangan sebarang2 letak..
terutama warna untuk font entry kita..
warna yang paling baik untuk font adalah hitam atau putih.
warna lain kalau nak letak kena sesuaikan dengan warna
background dan sidebar.

paham tak adik2 sekalian??
hehhe..selamat berblog ya...


sekian...

cinta pertama ke,cinta kedua??

Assalamualaikum...

Siapa cinta pertama anda???
jeng jeng jeng!
jangan ada yang buat pengakuan
masih rindukan cinta pertama ye..
kecuali sekarang pasangan korang adalah
cinta pertama korang..hehehehh

Antara cinta pertama dan cinta kedua
kata orang cinta pertama lebih bermakna..
tapi cinta kedua yang sebenarnya lebih utama...
sebabnya..kesilapan sewaktu cinta
pertama tu kita akan elak kan semasa cinta kedua..
jadi cinta kedua nampak lebih ikhlas berbanding
cinta pertama yang penuh dengan kesilapan tanpa pengertian..

Apa pun cinta pertama adalah
cinta yang paling sukar dilupakan..
kerana waktu itu lah bermulanya saat2 kita
mencurahkan rasa kasih dan sayang
terhadap orang lain...

sebab tu la ada kes2 orang yang dah kawen
tapi dok gila bayang kat kekasih lama..
alahai..!jauhkan lah kita semua dari sifat2 buruk itu..

Cinta itu anugerah ilahi..
jika kita betul2 bercinta mengikut jalan yang betul
Insyaallah,cinta pertama ke..cinta kedua ke
pasti akan terjalin dengan penuh barokah..

teringat pesanan ustaz masa sekolah dulu..
jangan meyintai seseorang
melebihi rasa cinta kamu pada Allah..
jika kamu bercinta hingga kamu lupa pada Allah,
itu bukan cinta tapi nafsu yang dikawal syaitan...

sekian..!

Jangan percaya sangat dekat suami-suami ni..:/

Assalamualaikum...

Selamat pagi ..
cerita pasal orang jom..hahahah
kalau tak cerita pasal orang nak ceritapasal apa..kan??
diri sendiri pun orang jugak..hahha..

korang biasa tak jumpa isteri yang tak percaya suami dia..
sikit2 nak curiga..pernah jumpa??
ada orang kata
"jangan percaya sangt kat lelaki ni.."
jangan percaya sangt kat suami kita ni..."

betul ke tak boleh percaya..??
pendapat aku la kan??
awal2 kawen dulu kalau ada rasa was2 atau
curiga pada suami tu kira dimaafkan la..
tapi bila dah lama kawen
dan suami pun jelas tunjuk kan sayang pada kita dan
pernah tunjuk kan pengorbanan tak terhingga
pada kita,perlukah kita was2 dengan suami???
tak patut..kan??

suami dah tunjuk rasa cinta dan kasih dia
kenapa kita nak berprasangka buruk pulak kan??
kan lagi baik kalau kita pun sama2
curahkan rasa kasih sayang tak terhingga pada dia..

"pasir kat pantai boleh berubah..
ni kan pulak hati lelaki.."

waduh2!!!:p
soal berubah hatinya atau tak
sekurang2nya kita dah berusaha untuk
menyintai dan menyayangi dia
seperti mana dia tunjuk kan rasa kasih sayang dia pada kita..
sekurang2nya dia tau
cinta kita pun sama kuat macam cinta dia
pada kita..

cer kita pikir balik..
kalau dia tunjuk dah sayang dan cinta pada kita
siap dengan bukti2 nya sekali
tapi kita tetap dok layan rasa curiga pada suami
tak mustahil kalau dia pun boring kita bersikap gitu
dan pi cari pompuan lain..
lagi haru..kan??

tapi kan..ada orang kata...
suami ni bila dia baik melampau2 dengan
isteri tu ada la niat tersembunyi dia..
mesti ada pompuan lain..
ha!prasangka tak baik lagi tu!hehehe..

kalau tetiba ada yang jadi kes gini
korang cakap je kat suami korang...

"tak pe la abang...
cemana sekali pun kasih sayang saya pada abang tak pernah sikit
pun kurang..sebab selama ni pun
abang tak pernah tunjuk kan kekurangan kasih sayang
abang pada saya..tapi ingat ye..
madu dibalas madu..
racun tetap akan dibalas racun...
lepas ni kalau saya dapat rasa kekurangan kasih sayang
abang pada saya walau seciput pun,saya akan balas dengan asid pulak.."

wakakakaka....
rasa2 dia berani tak??


sekian..!

RESEPI PULUT KUNING PALING MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum...


2,3 hari ni aku teringin nak makan pulut kuning.
Jalan-jalan ke Myresepi.com ada jumpa  Resepi Pulut Kuning paling Mudah dan sedap.
Resepi Pulut Kuning ni mudah saja sebab guna Rice cooker s
ini antara makanan kegemaran aku..
jadi tak heran la kalau selalu
mengidam pulut kuning walaupun ni bukan
musim mengidam..hahhahah...

Pagi ni aku nak kongsikan satu resepi pulut kuning yang mudah dan sedap.
senang je rupanya nak buat..
selama ni ingat kan susah..
pulut kuning jugak sesuai untuk dibuat hantaran
atau hidangan untuk majlis2 yang kita raikan..

resepi yang aku nak buat ni
memang senang..tak payah guna pengukus.
Cuma guna Rice cooker

gambar dari https://www.instagram.com/sittikadizahjamaha/

Bahan-bahan membuat Pulut Kuning paling senang 


4 cawan beras pulut
2 cawan pati santan
2 cawan air panas
1 sudu kecil garam
daun pandan sikit
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara Membuat Pulut Kuning paling Sedap


1)cuci beras pulut sampai bersih.
lepas tu masuk kandalam rice cooker.

2)masuk kan semua bahan2 lain
kedalam rice cooker tu dan gaul sebati..

3)lepas tu tekan suis..

4)bila mendidih kacau2 kan dia..
lepas tu tutup periuk semula dan
tunggu sampai masak..
lebih kurang macam masak nasik la..


Hasilnya sama macam
pulut kuning yang dikukus tu..
memang sebijik sebulat sama..

Rasanya sama lebih kurang dengan opah2 kita
buat dulu walaupun tak kukus.
rupa dan rasa tak lari la..
korang boleh cuba ni..



sekian...

Tuesday, 13 September 2011

Firdaus,sop dan aku!

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
tengok beg ni lawa tak???


ni hadiah dari blogger hebat tau..
dia bagi hadiah ni sebab dia peminat aku..
ok tipu..sebenarnya ni hadiah sebab aku
jadi top 10 referring url untuk blog firdaus life..
terima kasih firdaus..

5,6 bulan nanti boleh la guna beg ni
untuk bawak pi klinik..
isi kad pink..insyaallah..
korang pun doa kan lah ye..
teringin sangat ni..

tadi pi blog sop pun dok cerita pasal bakal
keluarga baru dia..
aku bukan boleh tengok blogger menunjuk2 gitu..
tersentap la aku..
sedih tau..

jangan salah sangka ye..bukan tak suka
tengok kebahagian kawan2..
cuma terasa macam rendah diri tiba2...
biasa la tu kan???

siapa la yang tertekan..kan??
aku pulak bukan makin muda..

malas la nak tulis entry emosi ni..
nak cerita pasal beg je tadi..
aih!!!jom la terus kan blogwalking!


sekian...

Nak sepak anak aku??kau dah lama tak makan penyepak ye??

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
korang tengok blog aku ni ada rupa blog
orang lelaki ke???
hahahh...
setahun lebih aku berblog ni
memang ramai yang ingat ni blog lelaki..
tambah2 kalau blogger yang singgah tu baru
pertama kali jenguk blog ni..

Dulu pernah ada yang tinggal komen
panggil aku bro..hahahahah...
semalam pun ada jugak..
dia panggil aku bro..tapi aku ok je benda2 gitu..
tak sengaja kan??
(padahal terpampang kat header tu
nama Diana Rashid..
ada ke lelaki nama Diana Rashid..??)
hehheeh

kalau dalam blog aku ni cuma satu je aku mintak..
jangan mencarut..
jangan maki2..
jangan berbahasa kesat
sebab aku tak suka orang yang mencarut
berkata kesat dan maki2 orang ni..
bukan dalam blog je..
kat luar pun kalau ada orang gitu kat sekeliling aku
memang aku jauhkan diri..

jadi minta pada blogger2 sekalian gunakan shoutbox dan kotak
komen aku tu sebaik mungkin..
kamu nak maki2 bapak orang ke,nak maki mak bapak sendiri
ke sila buat kat blog sendiri ok..
bukan kat blog ni..

cer kalau korang pi umah orang lepas tu
mencarut,maki2,cakap kesat..
rasa2 kena selipar tak muka korang..??

lagi satu cer orang datang umah korang
lepas tu cakp nak sepak2 anak korang..
korang biar ke korang lawan??
aku nak jugak berdepan dengan blogger yang nak sepak anak
aku semalam..
mesti jenis kaki pukul anak bini ni..
suka hati je nak sepak anak orang..
nak rasa penyepak aku agaknya..
blogger tak de adab.
banyak makan benda kotor gamaknya..

sekian..

SHAFIEZ!

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
petang ni aku nak review blog sorang adik manis ni..
blog hak milik shafiez.Blog ni masih baru lagi..
follower pun tak ramai lagi..
kiranya blog baru lahir la ni..hehheheh..
klik gambar header untuk ke blog shafiez..



mula2 aku nak betul kan sikit tentang
penggunaan warna dalam blog shafiez ni..
shafiez menggunaklan warna ungu sebagai warna
utama blog dia..
jadi sebaiknya untuk font shafiez gunakan warna
yang lebih cerah..
paling baik gunakan warna putih..
sekarang shafiez gunakan warna ungu untuk
font dan itu buat post shafiez kurang menyerlah..

yang kedua bloglist shafiez tu..
cer tambah lebih banyak blog untuk untuk
masuk senarai bloglist tu...
mungkin boleh masuk kan senarai blog
yang follow blog shafiez..
bloglist bukan semata2 untuk blog yang kita follow je..
yang kita tak follow pun boleh masuk senarai jugak..

lagi satu pasal widget kat belah kiri tu..
tak perlu kot sampai dua..
letak satu je pun dah ok...
tak pun tak payah letak langsung..
sebab belah kanan kan dah ada widget love2 tu..kan??
untuk pengetahuan shafiez penggunaan
widget yang terlalu banyak
akan melambatkan proses loading tu..
bila lambat orang malas nak tunggu lama 2 dan klik X je.

Nak saran kan pada shafiez had kan
jumlah post kat home page tu..
sebaik nya letak 2-3 post saja.

Banyak entry2 shafiez yang komen nya 0.
kalau shafiez tak de masa nak bw apa kata shafiez ping je entry
kat group2 blogger di facebook.
ada banyak group2 blogger kat facebook tu.

Semoga shafiez terus tingkat
kan lagi usaha untuk mantapkan blog shafiez..

JOM KE BLOG SHAFIEZ

sekian...

Susahnya nak jaga anak-anak..

Assalamualaikum...

Susah nya jaga anak...
betul tak ibu2 dan bapa2 sekalian???

kalau ada anak2 yang merungut
susah nak jaga mak ayah
fikir2 la sama cemana mak ayah jaga korang yang 5,6 beradik tu..
mak ayah cuma satu je..
tu pun anak 5,6 orang tak boleh nak jaga mak ayah..
tak pelik ke??

jaga anak lagi susah tau dari jaga mak ayah..
dari kecik sampai besar susah nak jaga.
tapi sebab tanggungjawab dan kasih sayang
mak ayah tetap jaga anak2 tu sampai besar..
dah besar pun kena jaga jugak..

kecik2 boleh lagi la..
apa2 hal pun boleh dukung..
boleh jalan pimpin tangan..
yang susah tu bila anak menangis nak mainan..
anak menangis sakit..
itu la yang susahnya time kecik2 dulu..

bila masuk sekolah susah yang lain pulak..
nak kena cari duit lebih sikit sebab anak nak sekolah.
masa ni nak kena jaga umpama
melentur buluh la..
nak kena jaga adab anak2 bercakap..
adab masa makan..
nak kena ajar sembahyang..
mengaji..serba serbi la nak kena ajar masa ni..

masuk pulak anak ke alam remaja..
masa ni bertambah2 susah..
bukan setakat susah je..
tapi bercampur jugak dengan perasaan risau..
masa ni kalau tak jaga betul2
silap2 orang bawak lari.
sedar2 dah sampai lombok.
kalau orang tak bawak lari pun,mungkin
dia sendiri yang nak lari..
tak jaga betul2 takut dia ikut orang tak tentu ke hala..

lepas je zaman anak belajar
masuk pulak zaman anak bekerja..
walaupun duduk jauh terpisah tapi hati mak ayah ni
libang libu je rasa..
tidur tengah malam rasa tak sedap hati
dan2 telepon anak kat bandar nun..
risau takut2 ada apa2 jadi kata anak..
padahal anak dia tengah sedih baru putus cinta.
mak ayah kat kampung boleh rasa anak tu tengah sedih..
hebat tak naluri ibu bapa???

sampai la anak2 berumah tangga..
baru la ibu bapa rasa sedikit lapang dada
sebab dia tau ada orang yang jaga nak dia..
kalau anak lelaki dia tau nak lelaki dia tu
makan minum ada orang tengok kan..
tapi dalam hati tu tetap rasa risau...

jadi korang pikir sendiri la..
susah jaga anak atau susah jaga mak pak???


sekian...

Tak matang langsung!

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...
bercerita pasal kesilapan..

Biasanya kesilapan
pasti akan dikaitkan dengan tidak matang..
kalau ada orang yang lumba haram..
kita akan kata..

"budak2 ni.
nampak sangat tak matang nya..
benda tak elok gini pun tak boleh fikir baik buruk nya..
tak matang langsung.."

betul ke bila kita buat silap
itu bermakna kita tak matang??
adakah orang yang matang saja yang tahu
bertindak dengan betul??

kita tengok blogger yang menyumpah2 dalam
setiap post dia..sampai ada yang mengaku tak de dara..
itu pun kita kata blogger yang tak matang..

bagaimana nak nilai seseorang tu
matang atau tidak??
sebab bagi aku dalam diri setiap
orang ada satu sikap dia yang tak matang..

pendapat korang..
betul ke orang yang melakukan kesilapan itu
adalah orang yang tak matang????


sekian...

kenapa perlu post kat wall facebook???

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
awal pulak aku berblog pagi ni..
semangat berblog tu kuat lagi la..
tu pasal awal aku berblog pagi ni...hehhehe..

hari ni budak2 periksa UPSR ye??
rasanya tahun ni tak de sedara mara yang ambik
peperiksaan besar..
tahun depan ramai la rasanya...

cerita pasal peperiksaan ni
semalam aku buka facebook nampak la 2,3
orang ibu yang update status kat wall depa..

"untuk anak mama nursiti bla bla bla..,semoga berjaya menempuh
peperiksaan dengan tenang..bla..bla.."

"kesempatan ni ibu nak ucapkan
semoga anak ibu,mohd alimatabu jawab la sebaik mungkin...bla..bla..bla.."

ada la lagi 2,3 ucapan dari mama,mak,ibu...
aneh nye kenapa kena post kat wall ye??
kenapa tak ucap je kat anak terus..
aku try jugak check nama anak dia kot2
pengguna facebook jugak.
haghammmm tak de..
maknanya tak de nye anak dia nak baca ucapan shahdu dia tu..

sama la jugak masa nak dekat raya hari tu..
ucapan kemain berbunga ketupat palas bagai..
bukit bukau.gunung ganang semua ada...
tapi ucapan tu khas untuk tokwan dengan tok
kat kampung..alahai...
tak banyak kerja sungguh
orang2 sekarang ni..kan??

satgi mesti ada yang nak tinggal komen..
"biar la depa..bukan kacau kita pun..."
aku nyampah orang yang komen gitu..
rasa macam nak ludah je.
hahahahahah
apasal jahat pulak aku hari ni???


bukan la nak menyibuk ke apa..
tapi orang kita ni suka menunjuk2
konon nya dia prihatin..
padahal kat depan orang je...
hakikatnya tak de rasa sangt pun...
kalau betul nak nak ucap dan mendoakan
anak dan sedara mara kita lebih baik luahkan kat depan mereka terus..

bukan hari raya dan peperiksaaan je..
hari lain pun sama..hari ibu..hari bapa...
ucap depan2 depa..
ni bagi ucapan kat facebook tapi orang yang dia ucap
dan doakan tu akaun facebook pun tak de..

sekian...

Monday, 12 September 2011

MAISARA::mandi

Assalamualaikum....

Pagi tadi masa maisara nak mandi....

Maisara:ibu..nak mandi..

Ibu:buka baju buka seluar masuk kan dalam mesin basuh..

Maisara:ibu buka kan la..maisara tak reti..

dah siap tolong bukan kan baju dan seluar dia..
iring dia masuk dalam bilik air..

Maisara:ibu pergi la keluar..maisara mandi sendiri

Ibu:kenapa pulak..hang nak main air ye??

Maisara:malu la maisara ibu tengok maisara mandi..

ibu:???

*******************


habis tu yang dia suruh aku
tolong buka kan baju dengan seluar dia tu
tak de pulak rasa malu...
malu konon!!

***********************

ENTRY KAMU TAK BEST LANGSUNG!

Assalamualaikum...



PERNAH KE BLOG HANIF BORHAN TAK??



Selamat malam semua...
dah makan ka??

Cerita pasal blog sikit malam ni..
boleh tak kalau kita masuk kat satu2 blog tu
dan kita bagitau kat tuan blog..

"entry awak tak best la.."

"entry awak biasa2 je..tak menarik.."

boleh ke kita buat macam tu...?
tak sesuai rasanya kita cakap macam tu..
cer kalau orang cakap macam tu kat kita..
mesti tak best..kan??boleh jatuh
semangat berblog tu..

ada orang yang kata..
"saya tak kisah kalau ada yang nak
kritik penulisan saya.."
ye ke kamu tak kisah...
jangan bila orang dah kritik kamu pulak yang melatah..

sebab kebanyakan blogger,
dia cuma akan terima pendapat
bila dia minta je pendapat tu..
bila kita sebagai orang yang dia tak minta pendapat,
tapi memberi pendapat agak susah dia nak terima..
lepas tu mula la...
"ala..macam la blog kau bagus sangat.."
"entry kau lagi cap ayam la.."

kalau tentang templat atau widget
aku ada jugak la menegur blogger2 ni..
tapi bab penulisan entry aku tak berani nak
tegur walaupun memang ada blog2 yang
aku malas nak baca entry sebab dah tau memang tak best.
ada macam2 cara orang menulis
jadi kita kena terima la jugak entry orang tu
menarik atau tidak..

kalau tak baca kita tak tau menarik ke tak..
tapi bila tiap kali singgah
asyik entry yang tak best memang
di lain kali kita tak kan baca lagi entry blogger tu..
kan??

sudah nya...
kita singgah bagi traffic je la..
best ke tak best diam2 sudah..
dia minta pendapat baru kita terus terang.
jangan pandai2 nak kritik cara penulisan orang
sebab tak semua orang boleh terima..

blogger pun manusia biasa je..
mulut cakap lain,hati kata lain..!
minta pendapat tapi kat belakang kita pulak yang dinilai..
hehehe...

JOM KE BLOG SHERA

sekian...

TAK SERONOK DUDUK KAWASAN PERUMAHAN ORANG MELAYU

Assalamualaikum...

CIK PIEQA NI COMEL JUGAK ORANGNYA..

Selamat petang semua...
kata orang perempuan ni
kalau bercerita memang hebat..
tambah2 kalau cerita tentang keburukan orang lain.
kalau cerita pasal hal sendiri mesti keluar
cerita yang hebat2 saja..
sikit pun tak mau jatuh..

Lagi seronok kalau bercerita
tentang orang yang ramai kenal..
wah!!lagi seronok tu...boleh tambah sikit
bagi sedap jalan cerita...

bercerita pasal orang memang seronok..
tapi kalau orang bercerita pasal kita jadi kurang seronok..
cerita yang buruk2 pulak tu...

pernah seorang kawan mengadu..

"susahnya duduk kawasan yang ramai melayu ni..
suka menyampai2 cerita..
bila kita tak bergaul..
depa kata kita sombong..
bila bergaul,macam2 cerita tak elok yang
kita dengar..baik kurung diri dalam rumah ja la.."

betul ke duduk kawasan perumhan
yang ramai melayu ni selalu terlibat dengan
aktiviti kata mengata..??
aku tak de pengalaman duduk kawasan
orang melayu yang ramai sebab kawasan umah aku ni
ada 3 umah je umah melayu..
tu pun jauh2...cina paling ramai la kat sini..

tak seronok ke duduk kawasan
perumahan yang ada ramai melayu??

JOM SINGGAH BLOG SHERA

sekian...

shera...

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
kita review blog ye..
kali ni nak review blog hak milik shera..
blog "memoriku kehidupanku" ini
adalah blog yang paling lama setia dengan blog aku ni..
ini lah antara follower blog aku paling awal
dan kekal setia sampai hari ni..
terima kasih shera...

blog shera ni dah banyak kali aku perkenalkan
pada korang kan???
yang tak kenal lagi klik kat sini..
blog shera ni sangat kemas..
template yang pakai pun ringan..
cepat je loading..
tambah pulak blog shera tak de widget2 yang
memberatkan ..
Blog shera ni adalah blog personal.
memang banyak entry2 shera yang menarik..
tambah pulak shera ni ada je
aktiviti dia dengan kawan2
jadi memang banyak entry tentang aktiviti dia.
banyak entry shera yang menarik.
dan salah satunya entry tentang bandung..
kalau korang baca,ada tak rasa macam baca majalah??
heheheheh..

susun atur blog shera ni memang tersusun baik.
cuma sejak akhir2 ni shera
dah aktif berblog dan dah tentu la
blog arkib nya akan melorot ke bawah.
jadi kalau shera letak scroll lebih baik.

Rasanya tak de apa2 yang tak elok pada blog shera ni..
teruskan usaha ye shera..

jom ke blog shera..


sekian..

sebulan seribu!

Assalamualaikum....

Selamat petang semua..
semalam tak berblog..
hari ni lambat update pulak..
heheh...sibuk la dengan kerja2 pejabat..
ok tu tipu..sejak bila aku kerja pejabat entah la..
hahahhah...aku kan suri umah..
kerja suri rumah ni tak pernah nya habis..

Bangun pagi buat sarapan..
kemudian kemas umah..
basuh baju..
sibuk2 hal laman..kemudian memasak..
satgi nak angkat baju pulak..
lipat kain baju...
belum campur lagi dengan aktiviti
berjalan2 dan membeli belah..
alahai..memang padat dan sendat..
malam pulak ajar anak ngaji..
kemudian ajar abc..pengsan!heheh..

terdetik kat hati ni
tak de ke mana2 parti politik
yang nak memperjuangkan
hak2 suri rumah sebagai rakyat malaysia..
setakat ni hak2 suri rumah terhadap
negara hanya layak mngundi je..
hahahah..
kalau ada mana2 parti politik yang
berjuang bermati-matian
agar kerajaan bagi elaun suri rumah seribu sebulan
aku akan sokong parti poltik tu..
hahahhah..

campur dengan yang suami bagi
dan nuffnang bagi..
memang eksyen la makcik!hahhah


sekian...

Saturday, 10 September 2011

Pi belajar SEO kat dia..

Assalamualikum....

kemarin aku ada tulis tips untuk blogger yang
tak de masa nak online..
dan rata2 yang komen tu kata
tak pandai nak bermain dengan SEO.
sebelum tu,SEO adalah SEARCH ENGINE OPTIMIZATION.
Dalam bahasa melayu makna nya..
pengoptimum enjin carian..kan??
aku bukan pandai sangt bahasa inggeris ni..:p

Dulu masa aku tertanya 2 apa itu SEO,
aku cari maklumat cemana nak buat entry SEO.
rata2 yang tulis artikel pasal SEO
semuanya tulis bagi orang pening.SEO la konon nya...
sebab tu tak ramai yang tau cemana nak praktik kan
menulis entry SEO ni..cer tulis bagi orang paham...
hehheh..

Bagi yang tak tahu dan nak belajar
pasal SEO aku saran kan korang belajar dengan
otai SEO ni...
pi blog dia dan geledah semua entry2 pasal SEO..
tak paham tanya...
sebab bagi aku ini lah satu blog yang
cara penyampaian nya lebih jelas dan mudah kita paham..

Yang aku tahu dah ramai
blogger yang berguru dengan entry2 dia ni..
dijamin seratus peratus boleh lulus..
heheheh

apa tunggu lagi..
cepat2 terjah PENDEKAR BERKUDA..


sekian...

SELAMAT HARI JADI Hyz,Padin,Mazeer Dan Ain...

Assalamualaikum....

Selamat malam semua...
ini entry harijadi ok...
aku ni tak pernah nak buat entry hari jadi..
tapi malam ni rasa rajin pulak sebab tengok ada blogger
yang merangkap sahabat2 aku
sambut hari jadi hari ni dan esok...

yang tak de nama dalam senarai
harap maaf...
tak perasan...:)

hari ni..10/9/...hari ni hari jadi hyz..jom gelak kan rambut dia..hehhe

selamat hari ulang tahun untuk hyz..
semoga makin kacak..
cepat2 dapat jodoh sebab umur dah 26.
suami akak dulu kawen umur 25 tau..:p
(nak jugak selit cerita laki dia)

Esok 11/9/... harijadi Padin..

cari gambo padin dengan gadis tapi tak jumpa.

selamat hari ulang tahun...
moga hari2 seterusnya akan
dipermudahkan setiap urusan kamu...
jangan tunggu lama2..nanti lama2..
dia diambil orang...
(ececeh...nyanyi pulak.!)

esok 11/9/... harijadi mazeer mohamad..


My Famous Last Words[SUPPORTERs]

ni gambar banner dia.klik la..!

selamat hari ulang tahun mazeer...
belajar rajin2..
dan semoga kejayaan terus menjadi milik kamu...

esok 11/9/... harijadi adik aku...fatin Norain
selamat hari jadi..
belajar rajin2..
tahun depan nak spm..
jangan kalut nak berseronok ja..
nak sekolah,buat betoi2..
kalau dak aku cari laki bagi kat hang..nak???
(ok..dah jadi sesi mak nenek beletiaq)

sekian saja entry hari jadi...

heheeh...

ini Blog Piccione Blu!

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
petang ni aku nak review blog yang ke 6
yang join segmen review aku dulu...
kali ni aku pilih blog ini...
http://piccioneb-blu.blogspot.com/
klik gambar header untuk ke blog piccione..



Minat sungguh tuan blog ni dengan warna pink.
susun atur widget2 semuanya kemas..
penggunaan warna yang baik digunakan untuk blog ni..

yang tak bestnya...
penggunaan cursor yang ada tulisan tu..
merimaskan..tak sesuai digunakan..
benda tu menggangu kita untuk klik dan membaca..

entry dia semua panjang2..
jadi lebih baik letak readmore je..
kat bawah post ada mister linky's magical widgets..
ala..yang tempat kita tinggal link kita tu..
benda tu sebaik nya letak la scroll..
tak pun buang je.
sebab aku tengok cik piccione ni
jarang2 blogwalking.lagipun sekarang tak sesuai dah nak guna benda tu..
blogwaking berpandukan bloglist lebih baik dari guna benda tu..

satu lagi iklan nuffnang dan advertlets
yang ada kat blog piccione ni...
awat bawah sangt letak nya...
iklan kena letak kat atas sekali..
bukan kat bawah.....lepas ni ubah naik atas ye...

atas sekali letak iklan..
no 2 widget follower kemudian shoutmix..
kemudian bloglist,lepas tu blog archive..
ini benda2 penting yang kena ada dalam blog kita
yang kita kena tonjolkan lebih berbanding
widget2 lain..tak boleh main letak ja.
kena susun elok2..

buat masa ni itu je yang aku nak tegur..
semoga piccione tak kecik hati dengan teguran ni ye.


sekian...

Apasal lambat sangat nak review??

Assalamualaikum....

Selamat petang semua...
ada yang masih belum tahu
segmen review yang aku anjurkan bulan
lepas dah bermula minggu ni..
sepatutnya aku start review minggu depan.
tapi sebab ramai yang join aku cepatkan sikit.

takut orang malas nak tunggu lama2..
aku ni tak suka kalau
ada yang merungut2 kang..
tercalar la imej aku nanti..
wakakaka..bajet artis!

tapi jangan risau kalau2 ada
yang terlepas..
sebab blog yang aku review aku
akan informkan pada tuan blog tu..
jadi tak perlu risau kalau2 terlepas ke apa ye...

Cerita pasal review ni..
teringat pulak satu segmen review blog
yang aku join kat satu blog ni..
senyap sampai sekarang..
nak kata tuan blog tu sibuk,
aku tengok dia ada jugak update entry baru.
bila nak start review pun tak tahu la..
tahun depan agak nya..

yang join memang ramai...
jadi tak patut la dilengah2 kan..
syarat kami dah patuhi..
sekarang jalan kan la tanggungjawab anda sebagai
pengajur segmen..

kalau rasa tak mampu nak buat,
kenapa tak pikir habis2 dulu sebelum
buat segmen...

yang terasa...
jangan marah..ini risiko
bila kamu buat segmen
tapi tak reti nak menjalankan nya.



sekian....

Dah terhantuk baru nak terngadah!

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
semalam ramai yang buat entry pasal
prepaid dikenakan cukai tu..
bukan setakat buat entry je..
ada yang siap buat page kat facebook sebagai menentang
hasrat keraajan mengenakan cukai 6% tu..

Sebenarnya dari bulan july hari tu lagi
dah di war2 kan kerajaan akan kenakan
cukai 6% untuk prepaid ni..
tapi biasalah..orang malaysia...
bila dikuatkuasakan baru nak tentang..

masa dulu kenapa tak suara kan pendapat
sedangkan sana sini orang dok cerita dah..
bukan aku je yang pernah buat entry pasal cukai prepaid ni..
tapi ramai lagi yang dah war2kan hal ni
sejak 2,3 bulan lepas..

kenapa sekarang baru nak menentang??
kenapa baru hari ni nak buat page kat facebook bagai??

tak payah la buat page menentang
bagai semua ni..
kerajaan dah tau..
korang punye bunyi sekejap je..
masuk minggu depan
masing2 senyap..

silap2 page yang menentang ni pun
dok update status pasal artis je...
hahahhah...

perangai rakyat malaysia..
dah terhantuk baru
nak menjerit terlolong2...
kalau awal2 kita sama2 menentang
tak de la kerajaan berani nak pijak kepala rakyat!
sekarang dah terlambat!


sekian...

Friday, 9 September 2011

Maisara::air pasang dalam (audio)

Assalamualaikum....

Nak ajo korang nyanyi ni...
berjaya mengupload suara maisara menyanyi..
hehehe




"Air pasang dalam
sulut pukul lima..
nyonya bangun pagi silam pokok bunga..

Pokok bunga melom
tanam tepi kolam...
itik bertelor ayam mengelam...

Cik Baba jatuh dalam
palit...
cik Amilah ketawa jelit2..."

(milah tu nama opah maisara)

sejak balik dari kampung ni..
itu la lagu yang maisara asyik nyanyi...
makngah dia la yang ajor..
2,3 kali ajor dah dapat..
cer kalau ajor ABC ke,mengaji ke...
lambat betoi nak buleh nya...
cemana aku idak rotan...


ni gambar raya ke 5...
posing kat tepi sawah...
sambil tengok ayah tangkap ikan puyu...


sekian....

I SPEAK 4 MYSELF!

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
masuk jam 4 aku akan review
blog yang join segmen review aku tu ye...
kali ni aku nak review blog "I SPEAK 4 MYSELF"

klik gambar untuk ke blog izzah!



eh!!blog ni tak de header...
padan la laju je loading nye...
bukan je tak de header iklan pun tak de..
jadi pada blogger yang tak suka tunggu loading lama sangt
kerap2 la singgah blog IZZAH ni ye...

Bagi aku ni la
blog paling simple yang aku pernah tengok..
shoutbox tak de..
boleh kata banyak benda la tak de..heheheh..

Izzah ni jarang2 update blog..
walaupun dia dah lama ada blog sejak tahun 2009 lagi..
tapi follower dia baru 60+ orang ...
mungkin sebab jarang update dan blogwalking kot...
lagipun dia suka berfacebook je ..

jadi nak sarankan pada izzah...
memang buka facebook hari2 kan??
apa kata setiap kali izzah upadate blog
izzah ping je entry2 izzah kat facebook tu..
tak tau nak ping kat mana??
klik sini dan join mana2 komuniti blogger..

kat sini ada tips untuk izzah
kalau2 tak de masa nak online blog...

balik kepada blog izzah...
sebaiknya buat header..
yang simple2 pun ok..asalkan menyerlah..
letak shoutbox sebab ada ramai blogger yang
suka blog yang ada shoutbox..

letak sidebar belah kanan dan
buat kolum untuk nampak sidebar dan post tak bercampur..
font sidebar dan post sama je..
jadi kurang kemas kat situ..

had kan post di home page untuk 2-3 post.
sekarang ada 7 post di home page.
jenuh nak scroll tu..
dan jangan takut bermain dengan warna...


sekian...

Download Toolbar Alexa

Assalamualaikum...

Apa khabar semua...
dah makan??

Penting ke untuk tahu rank blog
kita ni???
dulu aku selalu mensasarkan dapat
ada dalam rank 500 tu..
bulan lepas dah tercapai impian tu...
tak de benda pun..
sekadar syok sendiri je..

Orang bukan pandang sangat pun
ranking alexa kita tu..
yang pandang ranking kita tu cuma
orang2 yang kejar ranking..adalah seciput je bilangan nya..
tak ramai...

Tapi ranking alexa ni jugak la
penaik semangat kita untuk berjaya dalam berblog ni.
korang boleh install alexa toolbar
untuk memudahkan korang tengok ranking
korang punye blog dan kawan2 lain.

nak install dia senang je...
klik kat gambar bawah ni dan tekan "install alexa toolbar"
eh!tak de gambar..
tak boleh upload pulak...
klik kat sini je...kemudian tekan "install alexa toolbar"


gara2 internet slow hari ni,
lambat la aku
berblog hari ni...
langit gelap weh!!


sekian....

Thursday, 8 September 2011

Blogger bergaduh pasal makan.

Assalamualaikum....

BLOGGER KAMIHIDUP MAKIN KERAP DATANG BLOG AKU..:)

kebetulan hari ni masa blogwalking
aku jumpa 2 entry yang
kalau difikir2kan balik macam berkait pulak...
hahahha...
tapi aku percaya
si penulis masang2 tak pernah saling berjumpa...

tak payah link la sebab
mungkin antara 2 pihak ni
tak suka pulak nanti...
hehehhe...

Blog A-(gaya penulisan aku dah ubah.)

"pelik nya pompuan tu makan..
dah la makan pun lambat...sambil makan
berbual dengan member dia..
boleh pulak dia suap mee dalam mulut dia
lepas tu dia berbual dengan member dia...
habis berbual baru dia sambung kunyah mee yang dalam mulut dia tu..
eiii...kalau aku jadi kawan dia,memang tak selera nak makan dengan dia..
aku tengok mee dalam pinggan dia ada separuh lagi.
tahun depan baru habis mee tu gamaknya..."

Blog B-(gaya penulisan aku dah ubah)

"apasal la mamat ni.aku nak makan pun tak senang.
cemana pun aku tak boleh la tunjuk gelabah.
control bengang ni..tak pernah tengok orang makan ke??
nak sikit cakap je la.tak payah buat muka
macam lapar sangat.."

hahahah..
kebetulan je kot...
jangan marah pada yang terasa..
entry usik2..


JOM SINGGAH BLOG BIRU NI..(LINK)


sekian..

TIPS UNTUK BLOGGER YANG TAK DE MASA NAK ONLINE.

Assalamualaikum....

KIZMYSELF BLOGGER YANG RAJIN BLOGWALKING

Selamat malam semua...malam ni aku nak bagi tips untuk blogger2 yang jarang update blog..selalu nampak ada blogger yang merungut
"saya tak de masa nak update blog hari2..buka blog pun hari cuti je...
cemana traffic nak naik kalau gini"

minat berblog tu dah ada..tinggal tak de masa je lagi...
mudah je benda ni sebeno nye..apa la guna nya autopublish kalau
kita tak nak menggunakan dia...

oleh sebab masa agak terhad untuk update post baru,
ini lah masanya korang kena praktik kan
entry berunsurkan SEO.memang tak ramai yang suka..
tapi ini satu cara supaya traffic tetap ada bila
korang tak online..

tengok sekarang ramai blogger
yang buat entry SEO.copy je dari suratkhabar.
set kan tarikh dan masa..
sehari set kan sekurang2 nya satu entry seo..
buat untuk seminggu..

JOM SINGGAH BLOG BIRU NI..(LINK)

sekian....

titian perjalanan

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
masuk jam ke 4 setiap hari aku akan review
blog yang join segmen review dari aku..
kali ni aku nak review blog seorang sahabat..
"Titian perjalanan" hak milik Ujie Othman.

ini header nya..klik header nya untuk ke blog Ujie.


cerita pasal header dia dulu...
rasanya Ujie ni penggemar warna biru la.
gambar background pun dah biru..
sebaiknya header tu gunakan warna lain yang lebih terang...
baru header tu terserlah.

kemudian tarikh post tu..
tak perasan pun tarikh dok kat situ..
cer bubuh warna yang jelas untuk tarikh tu..
jangan gunakan putih untuk tulisan kalau
background blog ada warna putih..

sidebar...
warna untuk sidebar lebih elok
kalau lebih terang dari warna background post.
kalau sama2 putih=suram..

banyak entry2 ujie yang
ada ilmu dan pengisian..susunan blog jugak kemas..
saiz blog pun tak besar sangat.
loading pun cepat sebab blog ujie tak de
widget2 yang merepek2 ni..

keseluruhan nya blog ujie ditahap yang baik..
cuma kena beri tumpuan pada warna blog saja..
supaya lebih menarik..
jom ramai2 singgah blog ujie...
rugi sapa tak singgah sebab dia rajin balas jejak..:)


sekian...

Cantik luar cantik dalam!

Assalamualaikum...

AFZALSUKASUKI,DIA TULIS PASAL BLOGGER SOMBONG.

Nak cerita pasal kecantikan...
Orang perempuan memang suka cantik..
kalau ada yang kata "muka hang tak cantik.."
boleh bergaduh 7 keturunan tau..
hahahha..

tapi bukan wanita je yang suka kecantikan..
lelaki pun sama...
cantik luar cantik dalam..ianya tetap cantik..
Orang lelaki ni bila kita tanya..

Nak yang muka cantik atau peribadinya cantik.."

dia mesti akan jawab nak yang peribadinya cantik..
susah nak jumpa yang jawab "nak dua2 cantik.."
hahahha...
hakikatnya kecantikan paras wajah tetap jadi pilihan
mereka walau tak dinyatakan dengan terus terang.

wanita A
~muka cantik..
~peribadi tak cantik..

wanita B
~muka tak cantik
~peribadi cantik..

Wanita C
~muka cantik..
~peribadi pun cantik..

3 pilihan kat atas ni ..
percaya tak kalau aku kata ramai lelaki yang lebih suka pilih
wanita A dan wanita C..
wanita B ada jugak yang pilih tapi tak ramai..

sebab tu kecantikan wajah tu tetap jadi
pilihan untuk lelaki memilih pasangan hidup
walaupun muka lelaki tu ala2 je...heheheh

cer tengok pompuan yang tak cantik...
dia baik..sembahyang cukup.sopan santun,
tapi kehadiran dia tak de sapa yang sedar..
sebab dia tak cantik..

cer tengok pulak yang cntik..
pingang ramping..
rambut panjang mengurai...
kulit mulus,-sopan santun,lemah lembut..
itu la yang jadi perhatian orang ramai..

kalau pun korang tak setuju '
dengan apa aku tulis ni,
ini adalah hakikat!

sekian..

BILA ISTERI HILANG RASA HORMAT

Assalamualaikum...

KORANG PERNAH SINGGAH KE BLOG KAKCHIK SEROJA?

Apa khabar semua..??
korang baca dah cerita pasal isteri cakar
muka suami tu???
ala yang dlam suratkhabar semalam tu la...

Nampak sangat sekarang ni
ramai isteri2 dah tak hormat pada suami...
tak hantar pi saloon pun kena cakar.
kesian nya...

Puncanya apa???
kita tak boleh nak tunding jari pada isteri tu je..
selalunya isteri jadi macam ni
sebab suami terlalu berlembut..
bukan la nak suruh suami jadi kaki pukul
belasah bini siang malam..
nanti isteri jadi takut pulak..takut tak sama dengan hormat.
biar isteri hormat suami daripada dia takut suami..kan??

cer tengok suami2 zaman sekarang..
bila isteri marah dia,dia diam je...
alasan::
"malas nak bergaduh,nanti jadi makin besar pulak..
biarlah saya mengalah..."

kalu dah sepuluh kali mengalah,
naik kepala la isteri tu..
dia akan rasa cemana pun suami akan ikut cakap dia jugak..
jadi bila selalu sangt suami mengalah,
kemudian sampai satu hari suami tak nak mengalah
rasa2 isteri nak ikut tak cakap suami??

mimpi la kalau isteri tu nak ikut telunjuk suami
sedangkan dia dah terbiasa suami yang ikut telunjuk dia...

jadi pada para suami jangan lah
rasa bila korang kerap mengalah
itu akan buat rumah tangga aman sampai syurga...
sesekali tunjuk kan sedikit ketegasan..
takut isteri akan bertindak melampaui batas...
masa tu menyesal pun tak guna dah...

JOM SINGGAH BLOG AWEK MACAM CINA NI(LINK)


sekian...

Wednesday, 7 September 2011

BLOG DAH CANTIK TAPI LIAT NAK BAYAR!

Assalamualaikum...

TERIMA KASIH LF SUDI SINGGAH BLOG NI..:)

Selamat malam semua..
Macam2 cara blogger gunakan untuk tarik pembaca
ke blog ..salah satu caranya cantik kan blog.
walaupun blog cantik bukan
sebab utama orang akan melekat dengan
blog kita tapi ramai yang beranggapan macam tu..

Ada yang sampai upah orang
untuk edit2 blog dia bagi lebih menarik.
cerita pasal upah orang untuk
edit blog ni,2,3 hari ni kecoh sikit pasal
ada blogger yang liat nak bayar bila blog dah siap cantik..
ada 2,3 orang blogger mengadu pasal ni...

Pada aku tak payah kot sampai nak upah
orang edit blog kita.kalau korang mampu nak upah
orang apa salahnya.
itu jugak boleh membantu kawan2 lain
dapatkan wang sampingan..kan??

tapi tak payah la upah orang edit blog
kalau belanja sekolah pun mak ayah bagi hari2 setakat 2,3 ringgit.
tak payah la nak upah orang edit blog
kalau kita update pun seminggu sekali..
tak payah la upah orang edit blog
kalau lepas update blog kita tutup blog
pi layan ceting kat facebook.

berbaloi tak kita upah orang edit blog kita
sedangkan blog kita bukan aktif mana pun.

kalau tak mampu nak upah orang,
cer belajar edit sendiri..
eh!rasanya blogger2 yang sedia tau pasal
edit2 blog ni tak kedekut ilmu la.
tanya je apa pun kompem depa ajar..

sibuk nak upah2 orang,bila tak boleh
bayar kan menyusahlan orang tu...
bila orang buat entry,kita jugak yang malu..kan??
jadi fikir2 dulu..
perlu sangat ke upah orang edit blog???
mampu ke nak bayar..walaupun rm5 je..?
berbaloi tak kalau aku upah orang??

jangan marah ye adik2...



JOM SINGGAH BLOG AWEK MUKA CAM CINA NI..(LINK)


sekian...

JIWA MEMBERONTAK

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
macam biasa dalam jam 4 ni aku akan review
blog dah join segmen review dulu..
kali ni aku akan review blog "JIWA MEMBERONTAK "
ini header dia..klik untuk kesana..


Sebenarnya template blog dia dah ok..
jadi tak ok dan agak serabut bila dia
letak header yang sarat macam background blog.
background blog ada imej sebaiknya buat header yang simple2 je..
tak payah letak imej ala2 background jugak kat header tu.
kalau nak letak imej pada header,
kurangkan imej pada background.pening tak baca?hahhaha...

Lagi satu post kat home page.ada 7 post kat home page.
ini la yang buat loading lambat.sebaiknya letak 2,3 post saja..
lagipun kebanyakan entry dia panjang2.

Aku suka kalau blog yang sidebarnya belah kanan..
sebab dah jadi kebiasaan bila kita singgah kat satu2 blog
tumpuan kita lebih kepada post berbanding sidebar.
bila sidebar belah kiri kita akan pandang sidebar dulu sebelum post..
betul tak??kalau sidebar kemas dan menarik ok la..
tapi bagi blog jiwa memberontak ni
sidebar dia suram je..

ceriakan sidebar..
gunakan warna2 yang terang dan menarik.
bagi blog archive guna style hierarchy supaya
orang nampak tajuk2 post yang lepas..

tak de salji2..tak de blink2 pun kita
boleh ceriakan blog kita..
pandai guna warna salah satu cara nak
serlahkan blog kita...

Korang singgah blog dia
dan kalau ada cadangan suara2 kan..
mungkin ada lagi yang aku terlepas pandang...

jom terjah...(LINK)


sekian...

Baiknya dengan warga asing!

Assalamualaikum...



TERIMA KASIH DANIAL RAZAK DATANG KOMEN2 TADI..:)


Selamat petang semua...
nak cerita pasal masa zaman aku kecik2 dulu..

Dulu masa aku umur 14 tahun aku tinggal
dengan mak aku kat kuaters RISDA.
mak aku masa tu menoreh getah.

Dekat kuaters tu ada jugak pekerja2 asing
dari bangladesh dan indonesia..
semuanya lelaki..
Orang melayu pun ramai kat situ..

Yang menjengkel kan
bila ada sesetengah keluarga melayu ni baik melampau2
dengan warga asing ni.
baik tu boleh..layan biasa2 sudah la.
ni ada yang sampai warga asing tu bertandang dari pagi sampai
ke malam baru balik rumah.

mana2 keluarga yang baik dengan warga asing ni
kebanyakan nya anak dara dia mesti termengandung
dengan warga asing ni..
90 peratus nya!
Bangladesh liwat budak pun ada.

Benda ni berlaku 10,11 tahun lalu.
tapi sekarang pun masih ada yang mcm tu.
tak ambik pengajaran langsung.
bila anak dara lari ikut warga asing
baru nak mintak tolong sana sini..

Bila anak kecik kita kena liwat dengan
bangladesh baru nak berteriak tangis.
aku bukan nak kata depa semua ni jahat.
tapi bila depa nak balik ke negara depa
kebanyakan dari warga asing ni akan buat taik kat
orang kita.sampai ja depa kat negara depa baru kita nak tepuk dahi.

Korang kalau ada anak
tolong la jangan biar warga asing ni
rapat sangat dengan anak2 kita.
lagi2 kalau anak dara.
umur 12,13 tahun pun
depa rembat jugak oi...hati2 la ..

nak buat baik boleh.
tapi jangan melebih2...

*ada kawan yang kensel nak datang beraya
rumah aku sebab nak beraya kat rumah bangla yang
baik dengan anak dia..*


sekian...

jangan merungut !

Assalamualaikum...

SALEH SELALU SINGGAH BLOG AKU NI..:)

selamat pagi...
hari ni...
buka facebook..nampak status
"ish..malasnnya nak buat kerja pagi ni...gara2 cuti lama sangt.
rasa nak cuti lagi..."

buka blog kawan2...
ada nampak entyry pasal
betapa malasnya dia hari ni sebab
penat bangun pagi
gara2 bangun lewat masa cuti raya seminggu tu...

buka radio...
dengar ada pemanggil yang kata
masih malas nak mula kerja sebab cuti lama sangat..

Tak habis2 merungut.
bagi cuti lama salah...
bagi cuti sekejap pun salah...
peliknya tak pulak disalahkan
diri sendiri...
salahkan cuti yang terlalu lama pulak..
tak patut!!

tahun depan punya raya ambik cuti sehari dah la..
tak de la merungut2 lagi lepas ni..
tapi bila nak dekat raya kalau
boleh nak habis kan aje
cuti tahunan tu..
tak nak simpan2.tak teringat langsung
yang dia akan jadi malas bila
cuti terlalu lama..

ada tu yang sejak minggu lepas dah start kerja..
tapi dok rasa malas lagi nak mula kerja..
aih!!orang kita memang suka merungut2 ni..


JOM TERJAH BLOG BULAT NI..(LINK)

sekian...

Tuesday, 6 September 2011

Rafiuddin

Assalamualaikum....

Nak cerita pasal raya hari tu...
aku,maisara dengan suami
memang penggemar laksa...
Bau kuah laksa pun kami dah tau dah
laksa tu sedap ke idak..

raya ke tiga tu..
kami pi la ke rumah kawan suami aku..
langkah kanan sebab dia masak laksa..
punye la sedap laksa akak dia masak..
sampai 3 pinggan kami tambah.
memang muka tak malu sungguh...
hahahah...

Dalam banyak2 rumah yang kami raya hari tu
rumah kawan suami aku tu la
yang hidang kuih raya paling banyak...
cer tengok gambar bawah ni...


Bekas kuih dia besaq oi..
oleh sebab besaq satu bahagian tu ada 3,4 jenis kuih..
jenuh nak makan..
yang korang nampak dalam gambar tu pun
dah tinggal sikit sebab kami 3 beranak bedal..

kalau tak selongkar cari kuih2 raya dalam
bekas tu memang rugi la sebab
kuih2 raya dia sedap2...

ni la pemilik sebenar kuih raya tersebut...
muda lagi..umur 17 ka 18 entah..
lebih kurang tu la...
single lagi kot.adik2 nak berkenalan ka???
nama nya Rafiuddin...

dah macam entry cari jodoh ni..
hahhahaha...
raya haji nanti buat laksa lagi na...
nanti kami pi umah lagi..:p

JOM TERJAH BLOG BULAT NI..(Link)

sekian...

Tayang body sebab...

Assalamualaikum...




TERBLOG TU SELALU SINGGAH BLOG AKU..:)

Selamat malam semua...
dah makan malam ka?

korang yang lelaki....
bila terserempak dengan pompuan yang
body lawa pakai baju ketat,mesti
pandang dengan mata tak berkelip..kan??

Bila pompuan tu dah hilang dari pandangan
baru la terdetik dalam hati..
"Awat la pakai baju lagu tu...
tak malu ka...macam tak dak maruah..."

korang pernah terfikir tak apa pasal
dia pakai baju ketat2 tu??
nak tau kenapa???sebab muka dia tak lawa...
jadi nak bermegah2 dengan muka
tak layak..jadi tayang body je la...

korang tengok artis2 tu..
pakai baju ketat atas bawah..
nampak muka depa lawa dak???tak lawa la...
nampak lawa sebab depa mekap..
kalau tak mekap,hantu pun lari tau..

tengok pulak yang muka lawa tu..
tak payah pakai ketat2 pun
tetap ada orang nak..

Ada jugak yang muka dah lawa,
tapi tetap nak pakai ketat..tu orang yang
tak yakin dengan diri sendiri..
dia rasa orang akan suka dia bila dia pakai
ketat2 walaupun muka dia dah cukup lawa...

jadi pada semua perempuan...
korang muka lawa ke idak??
kalau muka lawa baik jangan pakai ketat2..
pakai ketat2 sah muka tak lawa..
aku lawa oi...!
entry usik2 orang tak lawa...hhehehh

JOM TERJAH BLOG BULAT NI..(link)

BuLAt.iTU.CircLE

Assalamualaikum....

Blog kedua yang aku nak review...terima kasih sebab bagi peluang untuk
aku review blog ini...meh tengok header dia....lawa tak???
simple je kan??




Ini blog kepunyaan Encik axixou..aku tak reti nak sebut.hehheheh
BuLAt.iTU.CircLE nama blog dia..

Sebenarnya template dari blogger
adalah template yang terbaik la bagi aku..
blog ni menggunakan template dari blogger.
nampak kemas je..dia guna apa yang sedia ada je..
tak serabut...

Blog ni ada lagu...
tapi yang bagusnya dia bukan auto..
sapa2 yang ada pasang lagu kat blog
tolong la jangan pakai gratisan muzik tu..
pakai yang macam kat blog encik axixou ni...
senang pengunjung nak on off.

Cuma satu je yang aku nak tegur
pasal bloglist...panjang bebenor...
cer bubuh scroll..
tak de la meleret ke bawah sangt...

Aku tercari2 jugak kat mana blogarchive dia..
rupanya memang dia tak letak...
rugi tau kalau tak letak sebab entry2 dia boleh kata
80% best...macam korang baca novel la..
cuma yang ni lebih santai...
letak blogarchive ye lepas ni...

pesanan untuk blogger perempuan:dia kacak weh!!
hahhahah

jom terjah blog best ni...
klik gambar header untuk ke BuLAt.iTU.CircLE


sekian...

sebulan seratus jeee...

Assalamualaikum...

Korang..
sabar ye...
aku jalan slow2 ni...
banyak blog nak di komen...
mungkin sampai lambat sikit ke blog korang.

eh!!nuffnang dah boleh cashout la..
tetiap bulan cashout sekarang ni..
lepas la setakat nak berjoli sakan..hahahah..

Ada yang tanya apa tips nak dapat cashout
tetiap bulan???padahal aku ni traffic purata 5,6 ratus je.
blogwalking pun jarang2...
tips nya mudah je..
mudah sebut,nak buat susah..
'JANGAN PUTUS ASA.."

tak nak la print screen dah income aku ni..
kang ada yang kata menunjuk2 pulak..
ni bukan entry menunjuk2 ye,.
cuma nak tegur sikap setengah blogger
yang buat blog untuk duit..

baru 5,6 bulan buat blog dah mengharapkan income
ratus2 sebulan..mana nak dapat...
aku nak dapat cashout tetiap bulan gini pun
ambik masa setahun tau..
tu dalam tempoh 5 bulan sebelum ni la baru aku dapat
cashout tetiap bulan.

mungkin bulan depan dah tak dapat gini..
Be pun bukan macam korang
yang sekali dapat 5,6 be.
aku punye be sebulan satu je tau.
dengan satu be tu la aku dapat cashout.
macam bulan 9 ni satu be pun tak de.
dapat cashout pun sebab ada iklan kempen tu..

walaupun pagi2 tadi buka inbox ada mesej yang cakap
aku ni blogger syok sendiri dan berblog
sia2 tak de hasil,
tapi sekurang2nya ada la jugak sebulan walau dapat seratus je..
hang ada ka??????

sekian...

Bila nak kawen??

Assalamualaikum....

selamat petang semua..
selamat makan tengahari..

Seronok tak jadi bujang???
yang dah kawen tu,masa bujang dulu seronok tak???
mana yang best???dah kawen atau masa bujang2 dulu??

kalau tanya aku...sah2 la masa bujang dulu tak best..
sebab kena kerja,kesunyian...hhhehehe...

dah kawen la paling seronok sebab ada tempat mengadu...:p
dulu kalau ngadu kat kengkawan pun bukan depa ambik kesah sangt pun..
walaupun kita mengadu kat teman tapi mesra,dia buat dekkkkk je....!

Bagi yang belum kawen agak pedih jugak telinga
bila ada yang bertanya "bila nak kawen..?"
kalau lelaki tak kisah sangt kot..
yang sengsara nya kita2 orang perempuan ni la...
calon pun tak de tetiba ditanya tentang kawen..

yang ada calon pulak tapi tak kawen2 lagi haru..
silap2 kena ceramah...
"tak baik kehulu ke hilir berdua tanpa ikatan yang sah..
berdosa...jadi apa2 nanti..bla..bla..bla..."

aduhai..
kenapa entah...
ramai orang suka mengharapkan
kesempurnaan pada orang lain sebelum
sempurnakan diri mereka sendiri...???


sekian..

Ingat macam Tambah nasik ka?

Assalamualaikum....

selamat pagi semua...
dok ingat kuih raya lagi ka???
tak pa2...satgi petang sambung raya lagi..

nak cerita pasal tambah2 ni..
balik raya hari tu naik bengkak dah
telinga aku ni dok dengar orang tanya

"hang bila nak tambah lagi sorang.."

oleh sebab aku malas nak menjawab aku
banyak diam je...
diam dan buat2 sombong.
biar la orang nak kata
"dah la tak lawa sombong pulak tu"

hahahha..
aduhai...
ingat tambah anak ni macam tambah nasik ka??

"tolong tambah sesenduk nasik.."

hulur pinggan,terus dapat nasik...
terus masuk mulut..kenyang..
perut buncit..sakit perut pi berak..
kalau tambah anak semudah tambah nasik
dalam pinggan,kan bagus..kan??

nak tambah anak kena tunggu 4,5 bulan baru perut buncit.
bukan macam makan nasik.
makan nasik sambil minum ayaq
2,3 gelas dah boleh buat perut buncit.
tak sama macam tambah anak..

awat entah..
susah sangat depa nak paham..
selalunya pompuan je yang suka
menyibok ni..
orang lelaki tak de pun yang tanya..
yang nak beranak nya aku.
bukan nya depa..kalut sangat apa pasai entah.

kalau depa kata..

"hang bila nak tambah sorang lagi..
aku nak ambik cuti ni..nak jaga hang dengan anak
hang dalam pantang nanti.."

kan best!!!

JOM JENGOK BLOG SEMPOI NI..(LINK)


sekian...

6 JENIS MANUSIA YANG DIKUTUK OLEH ALLAH DAN RASUL

Assalamualaikum....

selamat pagi semua....
pagi ni nak berkongsi sabda Nabi s.a.w..

"Ada 6 orang yang aku kutuk dan
Allah s.w.t juga mengutuk mereka dan
doa-doa semua nabi diperkenankan..iaitu:-

1)orang yang menambah isi al-quran
(dengan tafsiran dan takwil yang menyimpang)

2)orang yang mendustakan takdir Allah s.w.t

3)orang yang berkuasa yang suka memaksa
dan takkabur,sehingga ia memuliakan orang
dihinakan oleh Allah.dan ia menghina orang yang
telah di muliakan oleh Allah

4)orang yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan
oleh tuhan di mekah

5)Orang yang meninggalkan sunnah nabi.

6)orang yang menghalalkan apa2 yang diharamkan oleh Allah.

maka sesungguhnya Allah s.w.t
tidak memandang mereka dihari kiamat
dengan pandangan kasihan.."



JOM TERJAH BLOG SEMPOI NI..(LINK)


sekian..

Monday, 5 September 2011

Untung jadi blogger

Assalamualaikum....

Selamat malam semua..
masa balik kampung beraya hari tu
sedara mara tau tak yang korang tu blogger??
tak tahu??ruginya....
kenapa tak bagi tahu..??heheheh

nak cerita pengalaman balik beraya
sebagai seorang blogger..
ada yang tanya..
"betul ke tu blog hang??"

malas dah nak malu2 kucing parsi..
mengaku je la...

"ye ..tu blog kita.. ada baca ke??"

korang percaya tak bila kita mengaku gitu
ada ramai orang yang sudi berkongsi cerita
dengan kita...

"cer hang tulis pasal bla..bla..bla..."

"nanti hang tulis la pasal aku..."(motif:nak popular)

"kalau hang tulis cerita ni dalam blog bagus jugak.."

nampak tak???
jadi bila balik dari bercuti
korang dah tak payah
pening2 nak pikir apa cerita nak tulis ni..
tak de la asyik tulis pasal beraya je...
selagi tak habis syawal,selagi tu dok tulis
pasal raya..gara2 trak de idea nak tulis..hehehe..

lagi satu...
bestnya beraya bila sedara mara
tau kita seorang blogger...
sedara mara tak berani nak buat perangai huduh depan kita.
buat la..tak pasal2 jadi tajuk utama
blog kita..
tambah pulak lepas update kita suka ping entry kat facebook..
habis la satu kampung tau perangai huduh dia..
hahahah....

entry usik2...
ada yang senyummmm..??? :)

JOM TERJAH BLOG SEMPOI NI..(LINK)


sekian....

MAISARA::Raya

Assalamualaikum...

malam ni nak cerita pasal
raya maisara..

raya kat kedah paling raya sakan la bagi maisara.
walaupun raya kat kedah pada hari raya ke dua..
maisara cucu tunggal mertua
aku kat kedah ni.
jadi duit raya memang warna warni la ..
kalau kat kampung aku duit raya seringgit je banyak
sebab maisara cucu yang entah ke berapa.
hehehhe..
duit raya maisara sampai raya ke

duit seringgit paling banyak..
ada dalam seratus duit seringgit tu tak salah..
maisara kata nak beli rantai tangan
dengan duit raya kali ni..:p

maisara dihari raya pertama.

raya haji ni raya kat kedah.
kat sini raya haji pun dapat duit jugak tau..
ada blogger kedah yang nak aku pi
rumah dia raya haji ni???
jangan lupa siap duit raya ye...
bukan untuk maisara..untuk aku la.hahahah

JANGAN LUPA TERJAH BLOG SEMPOI NI(LINK)..

sekian...

ingat nak pi umah solihin zubir raya haji nanti..:p

Hanya A.K.U....

Assalamualaikum...



Selamat petang semua...
sambil2 makan kuih raya tu meh kita berkenalan
dengan sorang blogger
yang punye blog hebat..
terima kasih Untuk blogger ini sebab sudi
bagi peluang untuk aku review blog dia.

Pemilik blog "Hanya A.K.U" ni namanya SHAHRIZAL SUHAIMI.
Yang menarik kat blog dia ni
ialah entry2 dia..ini blog personal..
jadi banyak la cerita2 tentang diri dia sendiri.
tapi ada jugak tentang hal2 lain..:p

aku dah geledah entry2 lama dia
dan yang paling best bagi aku adalah entry ini...
yang tak bestnya tentang entry dia,
dia gunakan short form untuk sesetengah perkataan.
jadi lepas ni elak kan guna short form untuk tulis blog.
tulis blog tak sama dengan taip sms..:)

selalunya kalau entry best ni ramai orang nak "like"
jadi ada baik nya Shshrizal letak butang "like" kat post.
ini sebahagian cara untuk meningkatkan traffic dan pageview blog kita.

Susun atur widget2 kat blog dia pun nampak kemas dan tak serabut.
walaupun dia pakai templete yang ada imej
tapi tak mengganggu post2 dia untuk di baca.
sebab blog dia tak gunakan banyak warna.
betul la kata orang blog orang lelaki lebih
kemas dari blog perempuan..:p

satu lagi yang perlu diberi perhatian adalah
blog arkib dia.
aku pernah tulis entry pasal blog arkib.
tolong jenguk entry ni sekarang..
Bagi aku blog arkib yang Shahrizal guna sangat tak sesuai.
nak tau kenapa?
sebab tak menarik kalau setakat ada bulan dan nombor.:p
tak de sapa teringin nak klik kat situ.

yang lain tu tak de apa nak di komen.
semuanya sedap mata memandang.
bagi yang belum kenal blogger bakal menggegar dunia ni,
jom la terjah...
klik gambar header dia yang sempoi tu..ok???

sekian...

Ikut cakap bini

Assalamualaikum....

Raya hari tu..
bila berkumpul ramai2,macam2 cerita la keluar..

Sambil bercerita sambil makan..
ada la sorang lelaki tu makan nya
menatang pinggang.
tau ke tantang pinggan tu cemana ??
alah...makan sambil pinggan tu di letak atas tapak tangan.

kata orang tua2..
kalau orang lelaki makan gitu
nanti kawen,dia suka ikut cakap bini.

jadi kak minah pun tegur la budak lelaki tu..

"oi..hang makan tatang pinggan ka??
nanti dok ikut cakap bini ja la.."

tetiba je ada sorang makcik tua ni bersuara.
"erm...tengok macam X(bukan nama sebenar) tu..
asyik ikut cakap bini ja.."

Aku:itu bukan ikut cakap bini..
dia cuma bertolak ansur..

Mak aku:dalam rumah tangga ni mana
yang betul kena la ikut.tak kisah la bini cakap ka,
laki cakap ka..kita yang tak serumah dengan depa ni
tak boleh la nak kata dia ikut cakap bini..
mungkin bini dia pun ikut cakap dia..
tapi kita tak nampak.

terus makcik tua diam...
makcik tua adalah ibu X.hehehe..

memang ramai sebenarnya ibu2 yang
suka salah anggap pada menantu perempuan.
mungkin dia nak melindungi anak lelaki dia.
tapi tak bagus la macam ni.

kalau kita2 ada nak lelaki
dan besar nanti dia dah kawen
jangan salah anggap pada menantu tau..
tak elok..

(semua nama watak diatas adalah bukan nama sebenar..)

sekian...



cerita laman pulak,

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua..
dah makan ke??
semalam langsung tak update blog rasa
gatai tapak tangan ni..
hahhaha...

masa kat kampung haritu
ada ambik anak pokok kunyit,lengkuas
daun kari..ada macam2 pokok lagi la...banyak la jugak..
tu yang semalam sebuk bercucuk tanam
sampai tak buka blog.
seminggu tinggal rumah,rumput2 pun naik
macam disiram2..
panas2 pun dia boleh naik tu..
sibuk la semalam mencabut rumpurt,tanam pokok..

nak bubuh simen je kat laman ni..
tapi suami tak nak sebab nanti nak tanam2 pokok tak de tempat.
dah la laman secoet je..heheheh

entry panas2 kan badan je ni..:p
1 jam lagi datang blog ni balik ye..
ada cerita nak bagitau ni..
heheheheh

sekian...

Saturday, 3 September 2011

Panas,hangat,berbahang!

Assalamualaikum....

Petang ni nak balik ke pulau pinang..
habis dah mood raya...
tak tau la kalau2 balik pulau pinang nanti
ada yang nak jemput ke rumah terbuka
mungkin mood raya tu datang semula..

masih kat kedah...
ya Ampun..punye la panas..
berbahang-bahang dah muka aku ni..
rasa macam di salai2 je...
nak tido pun tak boleh.
nak kena suruh mak mertua aku pasang aircond ni..:p

Maisara dengan ayah dia pun
dah tak boleh bertenang lagi...
kejap2 keluar..
kejap2 masuk...
tak tau nak dok kat mana dah
sebab semua tempat rasa panas..
hahhaah..sekali sekala..rasakan!!!hehhehe

card reader tak bawak balik.
kalau idak boleh jamu korang
dengan gambar2 raya..

tak de benda la nak cerita hari ni.
panas sangt.tak boleh nak hadap lappy lama2..
nak kena ambik angin kat luar rumah je la..

bye..

sekian...


Friday, 2 September 2011

MAISARA::Duit Raya

Assalamualaikum....

Masih dalam mood raya..
petang tadi pun pi beraya lagi..
kumpul duit raya.hehheeh..
dah tua2 ni tak de sapa nak bagi duit raya dah..

Tapi maisara banyak betul dapat duit raya.
dia tak nak pun..tapi orang tetap bagi..

Orang:nah duit raya..

Maisara:tak pe la.tak payah...

Hahahha..
jenuh jugak la nak ajar dia terima
apa orang bagi.
bila masuk tengahari sikit baru dia
tau yang duit raya tu jangan ditolak..hahahah...

tapi lain pulak yang jadi bila masuk raya kedua..

Ibu/Ayah:nak balik dah ...

Maisara:yeyyy!!!duit raya..boleh la shopping!

hari ni masuk raya ke 4...
bila dapat duit raya je..

Maisara:dapat duit raya lagi..

Ibu:meh ibu simpan.

maisara:simpan baik2 ye ibu.nak beli rantai tangan ni..

hehheheh...
satu yang lain nya maisara dengan
budak2 lain ialah
bila dapat duit raya dia tak kan buka sampul tu
sampai la kat rumah.
sebab itu yang aku dah pesan kat dia..

Ibu:kalau dapat duit raya dalam sampul
jangan buka tau.takut duit tu terjatuh...

sebenarnya saja je tak nak
dia buka sampul tu depan tuan rumah..
hehehh


sekian...

Tadi kata barang mahal..

Assalamualaikum...

Selamat pagi jumaat..
ada yang dah bergerak balik dari kampung ke??
aku balik esok ke pulau pinang..
jadi hari ni masih ada lagi aktiviti beraya ke rumah orang.
raya kan sebulan...hehehe

Esok ada yang nak buat rumah terbuka ke???
belambak2 la rumah terbuka dalam tempoh sebulan ni..
dalam dok merungut2 barang mahal pun
bajet untuk rumah terbuka tetap ada..
maknanya tak la susah sangat pun orang malaysia ni.

Ni bukan nak cerita pasal politik ye..
cuma nak cerita pasal raya je.
jumpa setahun sekali banyak benda la
nak sembang..kan??
maka terbuka la cerita barang mahal
dikalangan tetamu2 yang beraya tu..

sampai babitkan hal2 politik.
bukan nya tak tahu cerita politik ni
kalau dibualkan 7 keturunan pun tak habis.
jadi baik la jangan buang masa bercerita hal2 politik
dengan kawan2 yang kita jumpa 3,4 tahun sekali.
kan baik cerita pasal hal2 yang boleh mengeratkan lagi hubungan tu...

balik semula kepada tetamu yang cerita pasal barang mahal tu...
dalam dok merungut2 barang mahal...
merungut bil itu ini naik...
sejam lepas tu dia nak balik..
sambil salam..."3 hb ni kami buat rumah terbuka..mai la.."

wah!!!tadi merungut barang mahal segala..
alih2 buat rumah terbuka pulak..
tak mungkin la rumah terbuka dia bajet seratus ringgit je..kan??

tu la manusia ni...
orang mengkritik,dia pun nak ikut mengkritik jugak..
tapi sekadar ikut2 je la...
sembang buang air liur nak buat apa??

sekian...

Thursday, 1 September 2011

tak de benda pun....hehheheh

Assalamualaikum...

Apasal entah...
line slow sangat kat kampung ni...
selalu nya tak gini pun...

dah la rindu nak blogwalking ni..
rindu nak update macam2 cerita ni...

Banyak benda nak cerita..
minggu depan,hari isnin
aku start review blog yang join
segmen review tu ye...
sapa yang join tu jangan lupa tau...

yang tak join pulak,
sudi2 la kenal2 blogger yang
join segmen tu ye...

sekian...


IKLAN BERBAYAR

Assalamualaikum...

siapa2 yang nak beriklan kat blog aku ni.
boleh hubungi aku kat email dan facebook aku ye..

syarat nya...
mesti ada banner saiz 125x125..
bukan blog ada unsur2 lucah.
bukan iklan churp2 atau says..

mesti ada banner saiz 600x70 (terhad untuk 1)
atau banner bersaiz 240x350 dibahagian
sidebar kanan (terhad untuk 1)

harga iklan..
untuk yang bersaiz 125x125=RM5 untuk 1 bulan
untuk yang bersaiz 600x70=RM10 untuk 1 bulan
untuk sidebar kanan 240x350=RM 10 untuk sebulan

email:diana.rashid36@gmail.com
facebook:klik disini..

ini prestasi blog aku untuk minggu lepas..
dan sudah pastinya jumlah uv akan terus
meningkat.(gambar akan di update setiap minggu)



Ini pulak kedudukan blog aku dalam rank alexa.




terima kasih kerana sentiasa menyokong
blog ini..

sekian...