Friday, 19 August 2011

Orang tau la kamu rujuk dari blog dia tu..

Assalamualaikum...

Sebelum apa2 nak pesan kalau korang ada
nak tanya pasal blog atau tutorial jangan tinggal
mesej kat shoutbox ye..
tinggal kat kotak komen ataupun
pi kat facebook aku..
kalau boleh tolong aku tolong kalau tak boleh
jangan pulak kata aku sombong tak nak tolong..

Belum apa2 dah cakap aku sombong
tak nak tolong..
padahal aku ni pun bukan pandai serba serbi..
ilmu pun terbatas..
maklum la sekolah takat spm je pun...

ok lah..malam ni nak cerita pasal copy paste.
banyak blog dah buat entry pasal copy paste ni..
banyak blog yang dah pesan supaya
bagi credit pada tuan punye entry asal tu..
tapi aku perasan ada satu blog yang
tulis satu entry ni sama macam yang aku pernah baca..
kita namakan dia blog I ye...

bila aku tengok betul2 entry kat blog I
semalam lebih kurang sama
macam entry kat blog yang wajib aku singgah ni.
aku tau entry tu memang hasil tulisan
dari blog "merah" ni..cuma dia ubah la ayat tu bagi
nampak macam entry dia..
sedangkan isi2 penting tu memang asalnya dari blog merah..

Mungkin dia cuma jadikan blog "merah"
ni sebagai rujukan saja..
tapi apa salahnya letak credit kan??
lagipun dia ubah2 pun orang boleh
tangkap itu dirujuk dari blog orang lain..

patut la tuan blog merah ni
selalu merungut entry nya di copy paste
tapi tak diletak kan credit untuk dia..
kesian kawan kita tu..
sibuk2 pun tetap memerah otak
untuk hasil kan penulisan yang ada ilmu untuk kita.
kita pulak pakai ambik je..
cer hargai sikit penat lelah dia tu.....

sekian...



Bila cinta tak berbalas...

Assalamualaikum...

Sakitnya bila cinta tak berbalas..
walau diwajah terukir senyuman tapi dihati
bagai ditusuk sembilu bisa..pernah rasa ke???
heheheh....bagi yang dah pernah rasa mungkin paham la perasaan tu..
saat di tolak tu muka kita seakan2 di penuhi semut hitam..
rasa tebal je kulit muka ni.
nak toleh ke kiri rasa malu nak toleh ke kanan rasa segan..

nak tak nak kena terima dengan berlapang dada.
semat dalam hati cinta tak boleh dipaksa.
bunga bukan sekuntum
kumbang bukan sekoq.

Dalam hati macam tak percaya je
wajah cantik dan kacak macam kita ni
boleh ada yang reject..
heheheh..masa tu persoalan dari mulut cuma
Kenapa?kenapa??kenapa??

Orang dah bagi jawapan pada soalan "kenapa"
tu pun kita masih mengharapkan jawapan..
masa tu kita tak fikir pun kalau2 yang mereject kita
tu fikir kita ni orang yang tak paham bahasa.

jangan pulak kita buat kerja bodoh..
simbah asid,culik,maki2 dia...
tak matang tau kalau macam tu..

tunjuk kan sifat boleh menerima kenyataan tu
walaupun tu cuma lakonan..
dan jangan fikir cinta terhenti kat situ saja..
dunia ni luas..jangan sia2kan..

yang penting kita enjoyyy!!!

sekian...

Bagi kad raya tapi....

Assalamualaikum....

Korang dapat kad raya dah???
aku nak hantar kad raya ni..
tapi sebab tak keluar rumah lagi makanya
terbantut la segala penghantaran dan
barang2 yang dah siap untuk blogger2 kesayangan aku..

Ada sesetangah barang tu dah bungkus lama dah tapi
sebab masa tak de tak pos2 jugak..
ditambah dengan masalah kesihatan baru2 ni
nak keluar rumah pun tak boleh..
mesti echah dengan fariq dah tunggu je tu..
hahah..sorry ye adik2 ku..
masa betul2 mencemburui kita..:p

cerita pasal kad raya...
aku tengok ramai blogger yang
dah mintak2 alamat kengkawan sebab nak bagi kad raya..
bagus la..mengeratkan lagi perhubungan tu..

tapi yang tak bestnya
bila bagi kad raya tapi nak kan habuan...
"sapa nak kad raya,
buat entry khas link kan ke entry nj..
like fanpage..dah dapat kad sila buat entry lagi.."

cis!!tak ikhlas langsung..
teringat pulak masa sekolah rendah dulu..
bagi kad raya kat kengkawan
lepas tu paksa pulak kawan2 balas..
bila kawan2 tak balas ..
"kad raya aku bila nak balas.."

Kita ni kalau nak jalinkan perhubungan
dengan orang kena la ikhlas..
jangan mengharapkan habuan dan balasan..

alahai..benda ni pun nak kena bagitau ke???

sekian...

Blogwalking lepas sahur memang best!!

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua...
korang biasanya start berblog jam berapa??

masa bukan bulan ramadhan
dulu aku berblog dalam jam 9 pagi.
siap semua kerja2 rumah dan habis bersenam
baru buka blog.

kemudian bila bulan ramadhan ni,
kerja2 rumah siap awal..
ye la..tak payah masak sarapan dan bersenam pagi..
bangun pun awal jadi kerja2 rumah dibereskan awal..
rasanya bila lepas sahur,terus bereskan kerja2 rumah.

siap semua,jam 5:30 aku dah buka blog.
awal kan..ingatkan time tu tak de orang berblog..
rupanya meriah weh!!macam jam 9 malam
blogger2 ni dok blogwalking..

terkejut jugak memula nya...
jadi sejak awal ramadhan lalu
setiap pagi jam 5;30 aku
dah teruja nak buka blog..heheheh..

bukan setakat blogwalking je..
ada yang update entry baru awal2 pagi tu..
tapi kan...berblog jam 5:30 pagi tu
aku buat sekejap je...
lepas subuh,balas jejak dalam bebrapa blog
aku sambung tidur la sampai jam sepuluh...
hehheheh

sekian....


Tak balik kampung sebab ada rumah sendiri??

Assalamualaikum...

Wah..pagi ni banyak betul lagu raya
kat radio...
seronok la rasanya,...

aku nak tanya korang ni...
betul ke bila kita dah umur 40-50 tahun
dan anak2 dah besar kita tak perlu balik raya kat kampung.
kita raya kat rumah sendiri je..

balik kampung pun sekadar melawat je..
tak de lah sampai nak bermalam
dan berkumpul sampai 2,3 hari..

sebabnya aku tengok ramai yang buat gitu..
bila dah tua raya kat rumah sendiri je..
padahal mak ayah masih ada kat kampung..
tapi tak balik raya pun..
untuk tolong masak2 ke,tak de..
cuma balik melawat.pi pagi balik tengahari...

korang boleh tak macam tu??
ada rasa tak nak buat macam tu??


sekian..

Tanggungjawab pada kiri,kanan,depan dan belakang

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
perut dah kenyang kan...??
Pagi2 ni bila online je kompem cari berita2 dulu..kan??
kalau tak rasa otak ni beku je..

cuba tengok berita hari ni...
ada yang pasal kemalangan meragut 9 nyawa tu..
ngeri nya bila tengok kereta hancur macam tu..
kereta pun boleh hancur apatah lagi orang..

Bila nak raya je
kemalangan menjadi2 kan??
memang time bukan perayaan pun ada kemalangan
tapi tak banyak macam musim nak raya ni..

kalau orang2 tua dulu ada pesan..kan??
jangan seronok sangat..nanti menangis..
mungkin ada kena mengena jugak la
dalam kes kemalangan musim perayaan ni..
hati berbunga2 je nak raya..kan??
seronok nak pi shopping,
seronok nak pi berbuka puasa..
last2 jadi gitu...

malang tak berbau..nak seronok tu boleh..
cuma kena lebih berhati2...kita je berhati2 tapi
orang lain tak berhati2 tak boleh jugak..
sebab tu kat atas jalan ni setiap pemandu
kena ada rasa tanggungjawab terhadap nyawa orang lain..
jangan pikir pasal nyawa orang dalam kereta kita je..
nyawa dalam kereta kiri kanan depan dan belakang kita
pun kita kena bertanggungjawab...

sekian....



Thursday, 18 August 2011

Maisara::kata ganti nama

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
lama tak cerita pasal maisara.
rajin dah sekarang ni...tolong kemas umah..
tolong lipat kain..
ok la kan..lagipun yang buat sepah pun dia..
sapa lagi nak kemas kalau bukan dia sendiri..

Mulut je yang makin tak reti nak diam..
ada je benda nak becakap..
kalau tengok tv rasa macam dia belakon sama dengan
pelakon yang dalam tv tu..
berlaga2 skrip dalam tv dan luar tv.
tak tau nak dengar yang mana satu..

satu yang aku dan ayah dia suka tentang
cara dia bercakap bila dia bahasakan diri dia
selain dari "saya" dan "maisara"

~anak ayah
~anak ibu

contoh nya gini la..

MAISARA:ibu..ANAK IBU ni dah lapar la..nak makan.

MAISARA:jom la pi kedai..ANAK AYAH teringin nak makan ais krim.

ha..macam tu la cara maisara bahasakan diri dia.

bukan tu je..
gelaran lain untuk ayah=SUAMI IBU.
contoh gini la..

MAISARA:kejap lagi SUAMI IBU nak balik makan ke?

Macam tu jugak bila dia bercakap dengan ayah dia..

MAISARA:ini semua ISTERI AYAH yang masak untuk ayah ni..

Tak tau la mana dia dapat tu..
tapi kalau "anak ibu" dan "anak ayah" tu
memang selalu kami berdua bahasa kan gitu
dengan dia..

"sayang anak ibu ni...".
atau pun..
"anak ayah ni bijak.."

jadi dia terikut2 dengan apa
yang kami cakap..
hehehe..

sekian...



Pesanan untuk adik-adik...

Assalamualaikum....

Adik2 yang masih muda dan belum bekeluarga...
waktu ni adik2 masih belum faham
makna sebenar kehidupan dan tanggungjawab...
waktu ini adik2 hanya
fikirkan tanggungjawab pada diri sendiri
dan ibu bapa..

Satu hari nanti..
saat adik2 sudah punya keluaraga
dan anak2,adik2 akan faham
betap luas dan besarnya tanggungjawab
yang perlu adik2 pikul..
setiap tanggungjawab
perlu di sulam dengan pengorbanan...

dalam rumahtangga bukan hanya ada gelak tawa..
ianya penuh dengan pancaroba..
setiap pancaroba dan dugaan
memberi pengalaman yang mematangkan...
saat melahirkan hingga membesarkan
anak2 adalah saat yang paling mencabar bagi
kami sebagai ibu bapa...

sepanjang tempoh itu..
pengorbanan,kesetian,kehormatan,
tanggungjawab,kewajiban
sentiasa teruji..

tak ada ibu bapa yang
tak merasai lelah dah payah dalam mendidik anak2...
tapi kami diamkan dan tak kan mengeluh
kerana rasa kasih sayang dan tanggungjawab yang terkalu kuat.
waktu inilah kesabaran sangat2 diperlukan.

adik2...
akan tiba masanya itu
semua untuk adik2 lalui...
harus tabah dan kuat...
kalau letih lepaskan keluhan...
berhenti sekejap...
kemudian teruskan perjalanan..

jangan sesekali berapa puas
dengan apa yang ada...
Bukan tidak besyukur..
tapi bila kita rasa puas itu buat
kita berhenti dan malas...


sekian...

Layak ke hang nak bersaing dengan aku??

Assalamualaikum...

Baru aku tau rupanya hang nak bersaing dengan aku..
mana la aku layak nak bersaing dengan hang..
hang blogger hebat...
kita tak sama taraf la.
lagipun hang kena tau sesuatu...

Aku buat blog ni bukan nak
bersaing dengan sapa2 pun...
aku buat blog sebab aku tengok orang ramai ada blog ja..

tak payah la nak bandingkan ranking alexa aku dengan hang...
tak payah la nak ukur iklan apa aku pasang..
tak payah nak tau sehari uv aku berapa..
tak payah nak ambik kesah berapa ringgit sebulan aku dapat..
tak bawak mati la benda2 tu..

kalau kita bersaing berdua pun
salah sorang dari kita dapat apa???
sedangkan ada lagi yang hebat2 tu...

kan aku dah cakap..
hang blogger hebat...entry2 hang semua menarik..
semua SEO je.. kalau tak SEO pun tajuk kelucahan je..
nak bandingkan dengan entry aku??
aku tak reti la nak main SEO..
tak pandai nak buat tajuk entry lucah2..
tu bukan cara aku la nak naik..
tu cara hang..cara kita berdua lain.tak sama..

hang nak bersaing pi ajak
blogger yang sealiran dengan hang..
yang buat entry SEO dan ada tajuk lucah2 tu..

Aku tak berminat nak bersaing ..
bukan dengan hang ja..
malah dengan blogger lain pun aku tak mau bersaing.
aku nak macam ni ja..
lebih selesa...

Hang nak bersaing dengan aku,
hang tak rasa ka macam saja2 tambah tekanan dalam hidup???

heheheh
hang tau hang sapa...
pi la cari orang lain...


sekian...

jangan main sapu ja...

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua...
tengok sana sini orang cerita pasal
polis traffic yang makan rasuah tu???
dah tengok ke belum video nya...
eeeeii...memalukan betul la...

Tak paham betul la dengan orang2 macam ni..
tak tau haram halal ke??
mustahil la tak tahu...kan???

kalau ada anak bini
bagi pulak anak bini makan duit tu..
lepas tu bila anak besar jadi setan
mula nak berdoa tadah tangan tanya pada Allah..
"kat mana la silap aku didik anak sampai jadi gini.."

padahal dia sendiri yang bagi anak dan keluarga
makan sumber yang tidak halal.

dalam islam tak kira la rasuah rokok ka..
rasuah duit ka...
apa saja bentuk rasuah tak dibenarkan..
ada yang tak tau ka rasuah tu apa???

rasuah tu macam satu bentuk pemberian
dari satu pihak ke pihak lain dengan niat
untuk mendapatkan sesuatu demi
kepentingan diri sendiri...
apa yang dia beri tu pulak akan memberi kesan yang tak baik
pada pihak yang lain ..
itu lah rasuah.

rasuah bukan melibatkan duit saja ye..
bagi hadiah2 dalam bentuk barang
dan makanan pun itu boleh jadi rasuah jugak..
jadi hati2 ye dalam menerima
dan memberi ni...

orang yang bagi rasuah pun salah..
yang menerima pun salah...

kita boleh tolak sebenarnya...
saudara Omar Abdul Aziz pernah diberi hadiah waktu
beliau menjadi khalifah.tapi beliau tolak...
orang yang bagi hadiah tu kata kat beliau..
"Rasullullah juga menerima hadiah..."
beliau jawab...
"Apa yang diterima Rasullullah itu memang hadiah,
tapi yang ni bagi aku adalah rasuah.."

Kita ni kadang2 apa orang bagi main sapu ja..
tak dak langsung rasa was2 tu...
kononnye..."rezeki jangan di tolak musih jangan di cari"
asal ada untung untuk diri sendiri
kita ambik je.

Rezeki halal tu penting tau..
bukan boleh buat sambil lewa..
selalu kan kita dengar orang kata..
"mencari yang halal itu fardu"
maknanya wajib..

jadi mulai hari ni cer kita
membina semula diri kita untuk tak terlibat
dengan rasuah ni..
sama ada memberi,menerima atau sekadar
pengantara ...


sekian...

Reunion::nak jumpa kekasih lama

Assalamualaikum....

betul ke ni???
betul ke apa yang aku dengar ni????
aih...dengar apa???
nak tau???

Ada la sorang makhluk tuhan paling seksi tu..
dia kata ada sesetengah orang
yang pergi reunion bekas2 pelajar
masa sekolah dulu hanya untuk
berjumpa dengan bekas kekasih..
ala..kira pertemuan semula
2 cinta yang tak dapat bersatu la...
kekonon nye...!

wah!!ada ke yang buat gitu???
tak baik tau...
tak baik tuduh2 la.
kata si pembuka cerita...

"memang la niat nya nak jumpa kawan2 sekolah
dulu..tapi tak kan tak terdetik langsung
di hati nak jumpa bekas kekasih..
mesti dalam hati tertanya2 jugak...
cemana rupa dia..lawa ke suami/isteri dia...??
anak dia dah berapa???
dan yang penting sekali
dia ingat lagi tak kisah dulu2..??"

eiiii....
ada ke yang masih teringat2
kisah cinta sekolah dulu???
cinta monyet je tu...
tak payah kenang2 la...
bukan apa..
masing2 dah ada keluarga..kan???
kalau dikenang cerita lama
takut cinta silam berputik kembali...
dah jadi macam pisang berbuah 2x..

Orang tua2 kata
pokok pisang yang berbuah 2 kali
tak elok dimakan buahnya..
tak tau la kenapa???
takut perut buncit kot..
ekekekeke...


sekian...

panduan memilih kasut untuk anak.

Assalamualaikum....

Raye lagi berapa hari je lagi weh..korang dah beli ke kasut untuk anak2.aku kan,kalau pi beli kasut kat anak aku,memang le tak boleh kawal selera..aku nampak itu..aku nak itu..aku tengok ini ,aku nak ini..ish..ish..comel2 kan kasut dia orang.sebelum korang pi beli kasut anak kena la tau serba sikit tentang cara nak pilih kasut.takut nanti rosak lak kaki anak kita yang comel2 mcm kaki ibu dia kan..heheh..

yang pertama sekali..pesyen nye..kalu nak beli beli la yang tutup tulang mata kaki anak dan kasut tu hujung dia bentuk bundar.supaya jari kaki anak boleh gerak2.kalau korang beli yang hujung dia runcing,jari dia tak dapat gerak la.dia tersekat..kang dia mula la sakit kaki la,nak meragam segala kan..pastu tak nak pakai rugi je kan..pastu elak kan la kasut yang tumit nye tinggi.nak pakai yang tumit boleh tapi maksimum 1cm je.ikut dia memang dia nak,tapi kalau pakai setengah hari je kan rugi duit je.lagipun tak elok sebab nanti kaki anak akan kedepan.ganggu pertumbuhan jari2 comel nye itu..

yang kedua lak bahan2 kasut tu.maksud aku kasut tu di buat daripada ape.pilih la yang di buat daripada bahan yang lembu dan fleksibel.kalau terlalu lembut pun tak elok jugak.kalau boleh beli yang boleh lentur.bile dia jengket kasut tu ngikut le.kalu tak nanti sakit le kaki anak kita.sian dia.sekarang kan banyak kasut yang atas dia plastik kan..jangn le beli yang mcm tu.udara tak masuk ke dalam kasut dia,pastu mula la berpeluh..gatal..mcm2 la..budak2 kan,kulit sensetip!

yang ketiga lak..

ukuran dia..tidak terlalu sempit..dan tidak terlalau longgar.senang je,korang ukur dari tumit sampai ke jari yang paling panjang.pastu tambah satu ruas jari kita.penting ni sebab kaki budak2 cepat besar.sebab tu dalam setahun kena beli 3,4 pasang kasut kat dia orang..ade gak anak yang sebelah kaki nye besar.kalu ade mcm ni,beli je yang saiz kaki yang besar tu..

yang ke empat ..bahagian dalam kasut..semesti nye beli yang pengalas nye lembut dan selesa.ni untuk menyerap hentakan mase anak kita bejalan atau belari..sakit tau kalau pengalas dia keras..kita yang dewasa ni pun kalau kerap pakai yang pengalas nye keras boleh sakit buku lali.

last sekali pastikan kasut ni ringan dan tak terlalu berat..biar lah dia melangkah dengan nyaman dan begaya..

selamat membeli kasut..

sahur apa jam 1,2 pagi??

Assalamualikum...

Selamat pagi semua...
selamat bersahur...
ada yang tak bangun sahur lagi ke??
rugi la...
kenapa rugi.??
ye la...
dah la tak dapat makan...
pahala bersahur pun tak dapat..

ada orang yang bersahur jam 12-1 pagi..
sahur ke tu??
ingat ni rancangan singgah sahur ke..??
singgah sahur ye la..
jam 1 pagi dah bersahur..hehhe..
kalau dok kat oversea nun lain la..
sahur jam 2 pagi gitu..
kita kat malaysia ni tak kan nak sahur jam 1,2 pagi???hehehe


Ada jugak yang tak suka bersahur..
sedangkan Nabi saw bersabda..

"Bersahur ada keberkatan.
Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya
walaupun hanya meminum seteguk air.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur."

lagi satu kalau nak tau..
waktu sahur adalah waktu yang
paling mustajab untuk berdoa kepada
Allah s.w.t.

jom sahur...:)
sambil sahur kita dengar sesuatu untuk
menginsafi diri...




sekian..

Wednesday, 17 August 2011

Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum....

Korang tengok tak tadi drama kat tv3 tu..
Drama ramadhan terakhir..
best kan drama tu..
banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari drama tu..



Aku ni jarang2 minat tengok drama bersiri..
tapi drama ni memang aku tengok hari2..

kalau korang belum tengok
esok jam sepuluh setengah malam
tengok tv3..
belum terlambat untuk korang
menyelami pengajaran yang ada dalam drama ni..

yang paling terkesan sekali
bila mana drama ni buat kita berfikir
macam mana kita nak menghadapi musibah dalam hidup kita.
bukan sekadar menyerah saja..

Setiap apa yang berlaku
itu adalah ujian dalam hidup kita...
ujian2 itu pulak akan merubah hidup kita
bergantung pada cara kita menanganinya..

buruk cara kita tanganinya..
buruk la yang datang...
macam tu jugak sebaliknya...

ingat tau ..malam esok..
lepas tarawih..:p

sekian..