Showing posts with label world cup 2018. Show all posts
Showing posts with label world cup 2018. Show all posts

Tuesday, 19 June 2018

MOHAMED SALAH AKUI SUDAH SEDIA UNTUK PERTEMUAN MENENTANG RUSIA

Penyerang utama pasukan Egypt , Mohamed Salah dilihat melakukan latihan bersama pasukan nya bagi persedian menentang Rusia dalam kempen Piala Dunia. Mohamed Salah mengalami kecederaan bahu yang serius seblum ini dikatakan  memerlukan rehat yang panjang dan ramai yang menjangka kan beliau tidak akan diturunkan sepanjang  Piala Dunia 2018.

Egypt memerlukan khidmat Salah bagi perlawanan menentang Rusia bagi kumpulan A yang bakal diadakan pada 20 Jun ini. 

Dalam satu kenyataan nya beliau mengakui sudah bersedia untuk beraksi menantang Rusia. "saya sudah bersedia untuk perlawanan esok.100% saya kuat " Ujar Penyerang berusia 26 tahun ini .









Hector Cuper menjelaskan sebelum ini tidak menurunkan Salah dalam perlawanan menentang Uruguay sebelum ini kerana tidak mahu mengambil risiko memandangkan Salah belum pulih sepenuhnya.

"Salah adalah pemain yang sangat penting bagi kami. Ianya tidak boleh disangkal sesiapa pun. Tetapi Anda perlu ada pasukan yang bagus,

Mungkin jika Salah  ada di hari ini untuk menentang  Uruguay, keputusan nya mungkin  akan berbeza. " ujar Hector dalam sidang media.

Salah kini adalah harapan rakyat  Mesir yang ingin negara mereka berjaya di Piala Dunia 2018. Pemain lIga eropah ini juga berjanji akan memberikan yang terbaik dan semampunya.

"Mereka adalah orang-orang saya. Mereka tidak  menjadi beban untuk saya. Mereka ada di belakang saya. Mendukung saya. Saat saya melangkah menuju lapangan, kami tetap bersama," kata Salah.

Gambar : Nicklas Hanoatubun


#wc2018 #rusia2018 #salah #egypt