Skip to main content

Posts

Showing posts with the label world cup

SUASANA DI PERANCIS SELEPAS MENANG PIALA DUNIA - 2 PENYOKONG MATI DAN RUSUHAN BESAR-BESARAN DI PARIS

Berakhirlah sudah demam Piala Dunia apabila Perancis menjulang Piala dunia untuk kali kedua . Kalau di Malaysia ni, malam tadi jalan memang lengang. Tapi di kedai-kedai makan dan restotan  yang ada skrin besar  semuanya penuh dan padat.

Setiap kali gol dijaringkan bergegar suasana di kedai-kedai makan tu.Itu lah penangan Piala Dunia di Malaysia walaupun pasukan kita tak layak pun ke Piala Dunia.Bayangkan kalau Malaysia ke Piala Dunia.Memang meriah..la..kan??

Itu di Malaysia, Tapi di Perancis suasana lebih meriah ,hangat dan dicemari dengan insiden yang menyedihkan hingga meragut nyawa 2 orang penyokong perancis .

Segelintir peminat yang sedang berpesta  melepaskan bom asap dalam warna kebangsaan - biru, putih dan merah -sebagai tanda kemenangan. Jalan-jalan mula dipenuhi orang ramai.

Orang ramai juga mula memanjat papan iklan dan perhentian bas di kawasan itu untuk mengibarkan  bendera sementara lagu kebangsaan Marseillaise dimainkan

 Namun, kemeriahan sambutan menjadi tidak terkawal…