Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Sunday, 30 September 2018

BERAPA LAMA MASA UNTUK IBU-IBU MELAHIRKAN ANAK

Assalamualaikum..




Sewaktu pertama kali nak melahirkan anak sulung saya 11 tahun lalu , saya selalu fikir "mesti berjam-jam saya kat dalam labour room nanti.." sebab saya fikir orang sakit nak bersalin ni memang lama.. Rupa-rupanya memang lama pun..ahhaahh..

Bayangkan lah, darah keluar jam 8 pagi, tapi sakit2 start jam 10 pagi. Tunggu suami datang bawak pi hospital , sampai hospital jam 12. Disuruh tunggu kat ward dulu sebab katanya pintu masih tertutup.Padahal masa tu dah sakit giler tak hengattt..

Jam 2 baru masuk labour room , bersalin jam 7 lebih dan saya di tolak keluar ke ward jam 4 pagi..Hahahha..Lama oi..

Tapi korang jangan la fikir semua orang bersalin tu lama sampai berjam-jam.. Masa saya bersalin anak kedua tak lama pun.Sama juga dengan ramai lagi ibu-ibu lain yang tempoh melahirkan anak tu sekejap je.Ada yang tak sampai 1 jam pun kat dalam labour room.

Kalau tak percaya meh baca perkongsian ibu-ibu ni yang sudi berkongsi pengalaman berapa jam diaorang duduk dalam labour room.


Klik untuk baca komen penuh





kalau korang nak baca komen penuh ibu-ibu ni boleh la klik pada gambar love2 pink kat atas tu ye..
 Abaikan komen Fariq Jalil tu..hahah.. Tahniah pasaipa entah!

Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak korang jangan susah2 hati.Memang biasa lah ibu nak melahirkan anak ni dia akan fikir macam-macam benda buruk. Tapi korang kena abaikan perasaan tu..

Korang kena keep positif, kena bergembira,.. Kena selalu berbual dengan orang sekeliling., Jangan murung2 nanti melarat sampai lepas bersalin , takut jadi meroyan pulak.

Masa dalam labour room tu nampak je nurse lalu sementara tunggu bukaan tu , korang ajak la dia berbual.Walaupun dia menyampah korang berbual je supaya jangan ada rasa takut tu muncul.

sekian..




Thursday, 10 May 2018

18 KELEBIHAN AMALKAN JAMU NGOSEKK YANG TAK ADA PADA JAMU LAIN

Jamu sangat sinonim dengan wanita. Bila sebut tentang jamu kita akan fikir ianya adalah makanan atau minuman yang rasanya pahit, berbau busuk dan  warna yang kurang menarik.

Walaupun begitu  ramai yang sedia tahu jamu mempunyai 1001 khasiat yang tersendiri bergantung kepada bahan yang terkandung di dalam nya.



Jamu Ngosekk merupakan jamu yang membantu dalaman wanita seperti mengatasi masalah keputihan, kitaran haid dan senggugut.

Jamu Ngosekk menggunakan 100% bahan semulajadi iaitu akar kayu herba seperti manjakani dan nisan madu yang merupakan resepi turun menurun tanpa ada sebarang campuran bahan kimia di dalamnya. Jamu Ngosekk juga merupakan satu-satunya jamu buatan bumiputera Malaysia yang tidak panas

Jamu ini elok diamalkan sejak masih anak dara lagi.Ini supaya dalaman nya tip top kata orang.

Bila dah selalu diamalkan tak risau lagi tentang masalah-masalah dalaman wanita ni. Berikut adalah 18 kelebihan amalkan jamu Ngosekk yang tak ada pada jamu lain

1-    Melancarkan peredaran darah dalam badan
2-    mengatasi masalah angin dalam badan
3-    menghilangkan lenguh badan/pinggang/sendi
4-    mengatasi masalah Sembelit
5-    Mengurangkan Berat badan yang berlebihan
6-    menghilangkan Kelesuan
7-    mengekalkan awet Muda
8-    Mengecutkan peranakan selepas bersalin
9-    Mengatasi kemurungan ibu berpantang
10 - bertindak sebagai Milk booster
11- menghilangkan Senggugut
12- merawat masalah Keputihan
13- mengatasi masalah Haid tidak teratur
14- menghilangkan Kegatalan dan bau missV
15- Merangsang tenaga batin
16- Mengetatkan faraj
17- Menegangkan payudara kendur
18- Mencegah fibroid/cyst

Jamu Ngosekk ni adalah jamu turun temurun yang dibuat oleh pakar perbidanan. Jamu tak panas dan organik.Jadi sangat sesuai juga untuk ibu yang baru melahir kan anak.

Bgai yang sedah berusaha untuk dapatkan zuriat juga digalak kan mengamalkan jamu Ngosekk. Ada set khas untuk wanita yang nak anak .




Ada 4 jenis jamu Ngosekk yang kita boleh try mengikut keselesaan  kita.
1- Jamu asli
2- Jamu premium
3- Jamu insert
4- Pow Kiss 


Jamu Ngosekk tak sesuai untuk kanak-kanak dan wanita hamil . Di bawah ni adalah panduan untuk kita memilih Jamu Ngosekk yang sesuai untuk kita.









Harga nya sangat berbaloi dan memang dah ramai yang cuba serta berkongsi testimoni  selepas menggunakan jamu terbaik ni. Harga nya tak mahal pun.Memang mampu milik.

Hubungi Trusted Seller di bawah untuk order Jamu Ngosekk

Facebook: Achik Ana Suzana
Whatsapp:  http://Wasap.my/60132120801 


Korang boleh klik ke facebook yang saya kongsikan ni..Ada banyak lagi maklumat berkaitan Jamu Ngosekk yang korang boleh dapat kan.Tak pun whatsapp je no dia atas ni dan boleh la tanya kan apa-apa sahaja kemushkilan .

Korang juga akan diajar cara untuk makan dan amalkan jamu Ngosekk ni.

sekian.

Wednesday, 18 April 2018

SPORT HIJAB BY NURD : TUDUNG SUKAN YANG SELESA DAN TAK PAYAH PIN KHAS UNTUK WANITA AKTIF




SPORT HIJAB BY NURD : TUDUNG SUKAN YANG SELESA DAN TAK PAYAH PIN KHAS UNTUK WANITA AKTIF Kalau kita jenis wanita yang suka bersukan dan buat aktiviti lasak penting untuk kita memilih tudung yang selesa dan tak mengganggu pergerakan kita.Dengan cuaca panas di negara kita ni macam-macam alasan kita akan guna untuk tidak bersukan .Betul tak?

Disebabkan sekarang kebanyakan wanita memang suka kan aktiviti lasak dan juga suka bersukan nurdofficial mengeluarkan Sport Hijjab yang sangat sesuai untuk dipakai tak kira dimana juga.

Memang tak selesa bila kita pakai tudung biasa je untuk bersukan. Bila angin bertiup je habis terselak tudung. Mengelibas--libas muka kita ni bila berlari. Mana ke nak lari, nak pegang tudung pulak. Memang tak selesa la.

Tapi dengan tudung Nurd tak de lagi masalah nak kena pegang tudung sambil berlari. Tak de lagi masalah  pin tudung tercabut masa buat aktiviti lasak.Tak kan ada lagi masalah tudung senget dan perlu dibentuk.

Tudung Nurd


Kenapa setiap wanita perlu ada tudung NURD


Sama ada yang suka berbasikal, beryoga, jogging, berfutsal . mendaki atau pun berenang , Tudung Nurd memberikan satu kepuasan dan keselesaan kepada pemakai. Bukan itu sahaja malah ada banyak lagi kelebihan  Tudung Nurd yang menjadikan ianya adalah tudung yang perlu ada pada setiap wanita.

1- Ready to wear
Mudah di pakai dan tak payah nak di bentuk. Hanya sarung kan saja dah siap.Tak ambil masa yang lama pun. Tudung Nurd ni juga tak payah di gosok.

2- Pin-less & Knot-less
Kebanyakan tudung biasa yang kita guna mesti kita nak kena ada pin baru dia ketat dan selesa..kan??Tapi Tudung Nurd ni tak payah pin. Sarung kan saja dia dia memang melekap kuat dan tak mudah tanggal. Boleh juga dijadikan inner kalau korang nak gayakan dengan tudung lain.

3- Light Weight
Fabrik tudung Nurd ni nampak berat tapi sebenarnya dia ringan saja. Bila dipakai dia tak terselak dan tak mudah senget. Dia memang stabil bila kita bergerak aktif.

4- Reflective Gear
Bagi yang bersukan di waktu malam, contohnya yang berbasikal atau berjogging , tudung Nurd mempunyai ciri-ciri keselamatan . Kalau terkena cahaya lampu kenderaan lain ada pantulan cahaya pada tudung Nurd ni..

5- Well-Designed
Design nya membuatkan pergerakan kita tidak terbatas,  lebih mudah bergerak dan sangat selesa. 

6- Quick Drying
Fabriknya menyerap air dan peluh. tapi disebabkan ianya ringan dia juga cepat kering. 

Tudung sukan Nurd



Tudung Nurd ni tak labuh sampai pinggang tapi ianya memang menutup dada. Dia di reka memang untuk mereka yang buat aktiviti lasak.Nama pun sport hijab..kan?

Tengok anak saya pakai ni..Tinggi Maisara 150cm. Dia memang tinggi tau walaupun umur baru 11 tahun. Sikit lagi nak sama tinggi dengan ibu dia ni..Hahhaha..

Bila dia pakai tudung Nurd memang menutup dada . Kiranya tak terlalu labuh dan tak terlalu singkat.




Dapat tudung yang memang selesa nak bergerak ni , memang asyik nak pakai tudung Nurd je la... Sampaikan nak balik dari bercuti hari tu pun dia paaki jugak tudung Nurd ni. Katanya cuaca panas dan dia nak pakai tudung yang tak buat dia banyak berpeluh.

Sedangkan tudung Nurd ni dia dah pakai masa mandi pantai tapi sebab tudung Nurd ni cepat kering, dia dah boleh pakai masa nak balik jugak.Bukan nya jemur tempat panas pun.Jemur dalam bilik hotel je.


.Tudung sejuk dan selesa



Tengok dia pakai ni, tak payah pin pun..kan??selalunya kalau dia pakai tudung apa pun mesti nak ada pin. Bayangkan bila berpeluh-peluh tu, pin di leher kan buat dia rasa gatal-gatal dan tak selesa.Lepas tu bila masuk dalam kereta dia tanggalkan je tudung tu.

Dengan tudung Nurd, dalam feri pun dia tak merungut, lepas tu dalam kereta pun dia tak tanggalkan tudung.


Saya pun tak paham kenapa banyak sangat design tudung yang bahagian muka nya tu besar..Susah untuk orang yang muka comel2 macam kebanyakan wanita malaysia ni nak pakai..Terpaksa guna pin.

Dengan tudung Nurd tak payah lagi guna pin.



Korang yang berminat nak dapatkan tudung ni untuk kegunaan sendiri, atau untuk hadiah kan pada rakan futsal, rakan travel atau pun untuk sesiapa je boleh la ke Sport Hijab By Nurd 

Laman web : Nurdofficial.com   





Dengar-dengar nya dah ada kaler yang out of stock. Memang laris la tudung Nurd ni... 

sekian..

Friday, 30 March 2018

7 GAMBAR MAKEUP ILUSI YANG TAK PERNAH KITA BAYANG KAN

Sesekali tengok gambar makeup ilusi  yang kreatif-kreatif ni rasa gerun pun ada.. Kali ni saya kongsikan koleksi makeup ilusi yang saya ambil dari instagram Cedoviste dan juga  Mimi Choi..

 kedua-dua mereka ni memang terkenal dengan makeup Ilusi yang sangat wow dan yang tak pernah kita bayang kan.












macam mana?? menarik bukan??


sekian..

Sunday, 18 March 2018

PUNCA KENAPA HAID LAMBAT YANG PALING KERAP DIALAMI OLEH WANITA

Hi semua..




Haid lambat memang merisaukan setiap wanita. Tanda-tanda tubuh badan mengalami kelainan, salah satunya ialah haid datang lewat. Itu lah yang menyebabkan wanita akan merasa cemas jika kitaran haid mengalami perubahan .

Ada beberapa punca mengapa haid lambat. Mungkin setiap dari kita tidak menyedari perubahan pada tubuh badan sehingga lah haid tidak datang. Setelah diteliti baru lah kita akan dapat mengesan apa punca nya haid lewat.


Kitaran haid kita  mungkin tidak teratur dari bulan ke bulan. Ini bermakna bahawa bulan lepas kitaran kita  mungkin telah 24 hari, dan bulan ini boleh menjadi 32 hari. Perubahan kitaran haid boleh berubah bergantung kepada gaya hidup kita

Tekanan juga boleh menyebabkan haid lambat dari biasa.Apabila kita stress badan kita akan mengeluarkan hormon stress yang boleh mengganggu ovulasi. kerana itu pentingnya kita mengawal stress dalam kehidupan kita supaya ianya tidak berlarutan.

Jangan terlalu memikirkan masalah dan lakukan lah perkara2 yang kita mampu.Jangan memaksa diri untuk perkara yang kita tak mampu hadapinya.

Tahniah..Anda mungkin hamil. :) , Lakukan ujian kehamilan untuk memastikan perkara tersebut.Kita boleh melakukan ujian seminggu selepas tarikh haid kita sepatutnya muncul.

Berdiet juga boleh jadi sebab mengapa haid lambat.Malah melakukan senaman lebih dari biasa juga akan membuat kan haid lambat. kedua-dua perkara ini menyebabkan badan kita bekerja kuat . tapi kebiasaan nya proses ini akan berjalan seperti biasa jika kita mengekal kan nya.

So tak perlu risau..teruskan menjaga pemakanan dan bersenam..

Pengambilan ubat baru atau kita mengambil supplement baru juga boleh menjadi punca haid lewat.. Mengambil preskripsi tertentu atau menukar ubatan  juga  boleh menjejaskan kitaran kita, jadi berbincanglah dengan doktor  jika haid terlalu lewat dari sepatutnya.

semoga bermanfaat untuk semua..


sekian..