Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wednesday, 3 January 2018

VIDEO LELAKI TAMPAR WANITA DI THE CURVE

Assalamualaikum..

lelaki pukul wanita



Memang menyampah betul kalau tengok ada lelaki yang bebas sungguh tangan dia menyakiti tubuh badan orang perempuan ni..Bukan ada hubungan apa pun tapi dah berani naik tangan kat orang perempuan.

Seorang suami pukul isteri atau  menggunakan kekerasan pun orang tak boleh terima apa lagi kalau belum ada apa-apa hubungan.

Bagi saya lelaki penakut macam ni memang berani hanya dengan wanita-wanita yang lemah sahaja.Kadang-kadang benda2 macam ni lah yang membuatkan ada wanita jadi garang hingga ada lelaki tunduk pada arahan nya.Wanita ni takut kalau dia berlembut lelaki pulak yang akan melampaui batas.

Sekarang tersebar satu video pendek yang menunjuk kan seorang lelaki mengasari seorang wanita.Video tersebut dikatakan di rakam di sebuah pusat membeli belah, The Curve .






Jelas kelihatan walaupun mangsa  dalam keadaan ketakutan lelaki   tersebut terus memukul kepala dan menampar pipi wanita itu.

Sedih betul saya tengok keadaan macam ni.Lagi bertambah geram bila lihat wanita tersebut langsung tak melawan.

Orang perempuan tak boleh lembik-lembik sangat macam ni.Bangun lawan kalau korang rasa korang teraniaya dan tak bersalah.

Selalunya orang lelaki ni bila sekali dia dah naik tangan, akan datang dia akan buat lagi.Pesanan saya kat wanita-wanita yang membaca ni bila korang jadi mangsa seperti dalam video ni jangan lah berdiam diri.Laporkan pada pihak berkuasa.

Jangan sebab sayang dan cinta korang rela tubuh badan korang jadi punchbag lelaki penakut macam ni..ok..


sekian,,,

Thursday, 16 November 2017

INI DIA LOOSE POWDER PALING BEST YANG WAJIB KORANG BELI

Assalamualaikum..





INI DIA LOOSE POWDER PALING BEST YANG WAJIB KORANG BELI Suka betul saya dengan Touch Mineral  Loose Powder ( TM ) ni..Yang saya guna ni kod Nautral Touch 03 . Sekarang ni kalau nak keluar sapu TM je terus muka nampak licin je..

Padahal disebalik TM tu ada parut jerawat.hahahha..Dia macam menutup semua cela-cela kat muka kita..

Loose powder ni memang halus sangat tau..Dia tak de berketul ke.Senang sangat nak guna.Ini Loose Powder yang wajib perempuan ada kalau memang suka makeup.Yang tak suka makeup pun kena ada sebab dengan sapu loose powder ni je kulit korang terus jadi cantik..









INI DIA LOOSE POWDER PALING BEST YANG WAJIB KORANG BELI


Walaupun dalam bekas ni ada sponge tapi sebaiknya loose powder digunakan dengan berus solekan.Dia punya sapuan lebih rata dan cantik.

Kalau korang setakat nak  ke kedai runcit je , muka togel2 tu sapu je TM ni..Tapi kalau nak pergi event mana2 , lepas pakai Foundation guna la loose powder ni.. Loose Powder ni pun foudation juga tapi kita nak kekalkan flawless tu sepanjang event , nak buat makeup tahan lama , kita guna la selepas kita pakai foundation.

Nanti bila kena cahaya lampu nampak wow sangat makeup kita tau.. 




Yang atas ni gambar saya pakai Touch Mineral Loose Powder . Saya pakai foundation ,loose powder dan blusher sikit. Tak pandai makeup pun saya ni..hahaha.. setakat basic tu tahu la..nak makeup macam artis tak reti..ahahhaha.

Nanti korang try jugak tau .. Nak beli Loose Powder paling best ni boleh whatsapp sekarang: www.wasap.my/601113108533/ (klik link untuk whatsapp)


sekian..

Tuesday, 14 November 2017

9 CARA WANITA BERHIAS YANG HUKUMNYA HARAM DIDALAM ISLAM

Assalamualaikum...



Perempuan mana yang tak suka cantik dan berhias?Kalau dah namanya wanita mestilah kita suka nampak cantik .Walau apa pun tujuan kita berhias pastikan ianya tidak lari dari syariat islam dan tidak melampau batas.

Sekarang ni kalau dilihat di media-media sosial ramai yang berkongsi tips berhias, bersolek , berfesyen dan sebagainya. Benda-benda macam ni bagus untuk golongan wanita supaya lebih bijak menjaga penampilan diri.

Namun jangan dilupakan ada beberapa perkara yang harus dititik beratkan oleh  wanita islam didalam berhias ini.

Islam tidak melarang wanita berhias dan mempercantik kan diri nya namun ada batas-batas yang harus diikuti oleh wanita untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita islam supaya memberi imej yang baik pada orang lain.

Disini saya kongsikan 9 cara wanita berhias yang hukum nya haram dalam islam.




1- Bertatoo
Wanita yang mencacah tato di tubuhnya akan dianggap sebagai wanita yang nakal dan liar. Rasullullah sendiri melaknat wanita yang mencacah tatoo . Tatoo ni dibuat dengan memasuk kan dakwat  pada lapisan kulit untuk menukar warna kulit.

Tatoo tidak membuatkan seseorang itu murtad namun ianya adalah haram dan berdosa .Kita perlu bertaubat supaya tidak jauh terpesong.

Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni , nak menghilang kan tato bukan lagi menjadi masalah.Dengan rawatan laser korang boleh membuang tatoo dengan selamat dan tanpa menyakitkan. Tatoo yang tidak dapat dibuang atau yang berisiko menyebabkan kecacatan tidak perlu dibuang.Cukup lah dengan bertaubat, memohon keampunan dari Allah dan perbanyak kan beristigfar.



2- Mencabut Kening
Walaupun dunia solekan sekarang dah tak memerlukan lagi kita untuk mencabut kening tapi masih ada lagi yang selesa mencabut kening .Sekarang ni ada gam eyelashes yang kita guna untuk tutup sebahagian kening yang buatkan kita tak payah lagi mencukur kening.Ianya memudahkan lagi wanita islam untuk berhias.

Pernah ada juga yang mempertikaikan penggunaan gam eyelashes ni kerana ada yang mengatakan ianya juga haram kerana kita berhias seolah2 wanita kafir.Itu saya sendiri tak pasti.Dan mungkin kita boleh dapatan penjelasan dari yang lebih arif.

Mencabut kening adalah haram didalam islam.Allah melaknat wanita yang mencabut kening dan menghilangkan bulu di muka.Perbuatan ini mengubah ciptaan Allah.

Namun di bolehkan jika bulu-bulu itu tumbuh terlalu banyak (luar biasa) .



3- Menyambung rambut atau memakai rambut palsu
Memakai rambut palsu dan menyambung rambut juga diharamkan didalam islam. Mennyambung rambut dan memakai rambut palsu yang dimaksudkan di sini ialah memakai sanggul palsu, menyambung rambut supaya kelihatan panjang atau apa saja yang menyerupai rambut adalah dilarang sama sekali.

Dalam keadaan apa sekalipun ianya dilarang malah jika dipakai dihadapan suami sekalipun tetap tidak dibolehkan kerana ianya seolah-olah berhias seperti wanita kafir.



4-Berlebihan dalam menggunakan dan membeli alat solek atau barangan untuk berhias
Lumrah wanita mudah tergoda dengan berbagai barangan solekan namun jika ialah terlalu berlebih-lebihan dikuatiri akan berlaku pembaziran . Begitu juga dengan perhiasan diri. Banyak yang dibeli banyak juga lah yang akan di pakai.

Bersolek dan berhias berlebih-lebihan akan mengundang syahwat lelaki yang memandang dan melirik kearah kita.Namun bersolek berlebih-lebih untuk suami didalam rumah adalah digalak kan.

Sikap suka berlebih-lebihan tidak disukai Allah..sesungguhnya Allah ta‘ala berfirman:

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid. Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” (QS. Al-A‘raaf, 7: 31)


5- menggunakan perfume dengan bau yang kuat dan semerbak
Memakai bau -bauan yang kuat sebenarnya tidak menjadi masalah besar jika hanya didepan suami atau didalam rumah sahaja.Namun menjadi kesalahan jika wanita memakai bau-bauan yang harum dan boleh menarik perhatian  lelaki-lelaki di luar .

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.” (Riwayat Al-Tirmizi)

Ini bermakna , untuk wanita adalah lebih baik memilih haruman yang tidak kuat baunya jika mahu keluar rumah bagi menjaga penampilan kita.


6- Berhias seperti lelaki
Rasulullah s.a.w melaknat wanita yang berpenampilan seperti lelaki. Bukan sahaja dari gaya rambut  malah cara berpakaian juga dilarang sama sekali. Bercakap, berperwatakan seperti lelaki juga dilarang dalam islam .

Diakhir zaman ini perkara seperti wanita menjadi lelaki dan lelaki menjadi wanita adalah sesuatu yang sangat merisaukan.Ianya bagaikan virus yang tiada penawarnya.Sesungguhnya hanya iman dan takwa sahaja mampu membendung masalah ini.

Apa yang dirisaukan ialah perkara-perkara seperti ini akan mengundang seks sejenis.



7- Berhias seperti wanita kafir
Tasyabuh adalah wanita yang berhias seperti wanita kafir.Ianya dilarang didalam islam.Zaman sekarang dah banyak kita dapat lihat  wanita berhias sepeti wanita kafir contohnya , memaki rambut palsu, memakai tanda di dahi (bindi dan sindur) , malah ada juga yang memakai perhiasan dengan lambang2 yang menandakan sesuatu kaum dan agama.

Perkara seperti ini perlu dibenteras,..Mungkin ada yang mengenakan fesyen dan cara berhias seperti ini tidak tahu ianya adalah haram dan berdosa.

Ramai yang menggunakan alasan "suka-suka..tiada niat lain" untuk menutup kesalahan mereka.Namun niat tidak menghalalkan cara.Sebelum berhias atau mengenakan sesuatu fesyen/solekan adalah lebih baik bertanya kan pendapat orang lain.


8-Berhias seperti wanita jahilliah
Dizaman jahilliah wanita-wanita nya berjalan sambil melenggok-lenggok dengan langkah yang manja dan cukup memikat .Ketika berhias mereka akan memperlihatkan leher, rantai dan anting-anting mereka.

Allah melarang prilaku wanita jahilliah diikuti wanita muslimah. Larangan ini bertujuan menaikkan darjat dan kehormatan wanita.Di Zaman jahilliah wanita dipandang rendah dan diperlakukan sesuka hati Malah bayi perempuan akan ditanam hidup2 demi tidak dipandang rendah.



9- Berhias dengan mendedahkan  aurat
Setiap inci tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.Wanita islam wajib menutup auratnya . Mendedahkan aurat dengan tujuan untuk kelihatan cantik adalah dilarang dalam islam.

Siksaan untuk wanita yang mendedahkan aurat sangat la berat. Wanita yang membuka rambut kepalanya selain untuk suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya .Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.

Begitulah hebat nya siksaan untuk wanita yang mendedahkan aurat.


Semoga bermanfaat untuk semua...

sekian..




Monday, 28 August 2017

HOSPITAL TAK TERIMA. GADIS INI TERPAKSA BERSALIN DI TEPI JALAN.

Assalamualaikum..





Zaman yang mencabar sekarang ni buatkan kita sebagai ibu bapa kena peka dengan perubahan anak-anak kita terutamanya bila mereka menginjak ke alam remaja.Kita semua pun pernah jadi remaja dan kita tahu betapa di waktu tersebut kita lebih suka bertindak mengikut kata hati.Nasihat la macam mana pun kita tetap nak bantah walaupun sikit.

Bila anak kita berbuat silap , kesilapan itu jugak sebenarnya berpunca dari ibu bapa  dan keluarga.Sebagai ibu bapa tugas kita adalah mendidik, melindungi , dan memberi hak-nak mereka.Jadi apabila mereka berbuat silap patut kah kita membuang mereka dan melepas kan semua tanggungjawab kita ?

Di India seorang gadis terpaksa melahirkan anak nya di tepi jalan gara-gara dibuang keluarga dan pihak hospital terpaksa menolak untuk membantu proses bersalin kerana gadis ini idak ditemani ibu bapanya .Gadis berusia 17 tahun ini hilang arah tuju dan tidak tahu di mana lagi harus dia meminta bantuan menyebabkan dia melahirkan anak di tepi jalan.

Kejadian yang berlaku di wilayah Jharkhand, India ini mendapat perhatian ramai orang yang melihat kejadian tersebut.Orang ramai turut mempersoalkan tindakan pihak hospital yang tidak membantu gadis ini  hingga keadaan menjadi tegang. Ada juga yang turut merakam gambar dan video gadis malang ini

Ada antara mereka juga mengawal lalulintas supaya gadis bersama bayinya tidak dilanggar kenderaan.Tidak lama kemudian seorang Dr dari hospital tersebut datang dan memotong talipusat bayi . Dr yang dikenali sebagai Lalita Kashyap mengakui ianya menjadi kesalahan pihak hospital kerana tidak membantu gadis tersebut.


Gadis tersebut kini dsedang ditempatkan di wad hospital tersebut dan dalam keadaan sihat.Dia dikatakan di buang keluarga dan kekasihnya turut menghilangkan diri selepas mengetahui dirinya hamil.



sekian..

Tuesday, 8 August 2017

LARANGAN MANDI PADA HARI PERTAMA HAID HANYA MITOS SEMATA-MATA

Assalamualaikum..



Hari ni viral tentang satu post yang tersebar tentang pantang ketika haid.Memang kalau dalam haid ni ada pantang2 yang kita kena ikut.Contohnya macam saya sendiri bila haid saya tak minum ais.Bukan sebab orang tua2 kata tak boleh tapi sejak bersalin anak pertama , kalau saya minum ais masa haid perustsaya jadi mengeras dan sakit sangat.Sebab tu saya pantang ais.Satu lagi kalau masa haid saya memang tidur tak boleh sejuk sangat.kaki saya sakit.

Hari ni apa yang menjadi viral ialah satu post yang mengatakan hari pertama haid wanita tak digalak kan untuk mandi.Yang ni saya pun pertama kali dengar.Kalau masa kecil-kecil dulu pun ada yang kata masa haid tak boleh basahkan rambut dan sebagainya.Tapi dilarang mandi ni memang saya tak pernah tahu.
sebelum tu baca dulu post yang tersebar dan jadi viral sejak semalam.

(orang kata tak boleh basuh rambut..saya peduli apa..basuh je..rimas kot kepala berpeluh..gatal la..)





Negara kita ni bukan macam kat korea nun..Negara kita ni negara yang beriklim khatulistiwa.Tambah pulak sekarang ni musim hujan pun pendek sangat.Susahnya nak hujan..kan??Berpanas berbahang setiap hari.Bayangkan lah kalau tak mandi cemana bau kita tu.Mampu ke setakat lap-lap saja.?
Menurut  doktor tak de larangan mandi ketika haid hari pertama .


Takut-takut dapat penyakit kulit sebab kulit berpeluh dan kuman melekat kat badan.Kalau demam cemana?Saya bukan nya nak menyangkal petua-petua ni.Cuma nya bagi saya petua2 haid ni tak semua orang boleh amalkan.Kita jangan suruh orang buat hanya sebab kita buat..

Kalau ada orang yang ketika haid dia minum ais  badan dia ok je..kenapa pulak dia nak kena pantang minum ais..kan??So kalau awak tak nak mandi sebab awak selesa, awak busuk2 pun awak terperuk dalam rumah je tak payah pi kerja, awak tak berpeluh melekit ketiak dan sebagainya, awak buat la.Kita cuma risau kenyataan macam ni akan mempengaruhi pemikiran mereka2 yang nak juga buat macam yang dikata sedangkan mereka tak mampu.

Lepas tu mula la kulit gatal-gatal, bau badan, demam dan sebagainya.Bukan diri sendiri je yang tersiksa , orang lain pun jenuh makan hati sebab bau ketiak.. Kita dah tentu2 kena keluar kerja setiap hari, nak menguruskan anak-anak lagi..macam mana pun kena mandi la.

Minta maaf kalau post saya ni menyinggung perasaan sesiapa.

sekian..

Sunday, 6 August 2017

BAHAYA MERUANG : KENAPA DOKTOR MELARANG WANITA LAKUKAN MERUANG

Assalamualaikum...


Saya tahu tentang meruang sejak 2 tahun lalu.Sebelum tu memang saya tak tahu langsung yang wanita kena lakukan meruang selepas haid. Saya pun tak tahu macam mana ada wanita yang tak risau lakukan meruang tu .Tade rasa seriau ke..kan??hahha..

Bila kita tak buat benda tu ada la risau jugak, ..takut la betul ke nanti sisa2 darah kotor tu tak keluar dan jadi penyakit.Tapi saya percaya yang orang wanita ni sangat istimewa dan sangat "cantik."

Hari ni saya terbaca tentang bahaya melakukan amalan  meruang yang dikatakan boleh menyebabkan bahagian intim wanita ni boleh dimasuki kuman.Post ini dikongsi oleh Doktor Afida Sohana di laman facebook nya.



VAGINAL DOUCHING/MERUANG :
KENAPA DOKTOR MELARANG?

******************************************************
‘MERUANG’ adalah istilah BM baru yang saya pelajari minggu ini. Sudah hamper 15 tahun saya bekerja dalam bidang O&G, tapi memandangkan 14 tahun darinya di luar negara menyebabkan saya kurang arif tentang terma perubatan dalam Bahasa Malaysia (malu sendiri). Terima kasih kepada netizen yang bertanya, dan abam ezzy Muhammad Izzat yang menjawab S.O.S saya di twitter. Dapat ilmu baru saya minggu ini (kita ini sentiasa belajar selagi kita hidup - Lifelong student)

APA ITU MERUANG/DOUCHE?


MERUANG atau dalam istilah English nya VAGINAL DOUCHING adalah perbuatan mencuci atau bahagian dalam faraj. Bagi meruang, ia menggunakan jari, istilah douching menggunakan air/cecair.

Selalunya, air yang digunakan dicampur dengan cuka. ‘Douche’yang dijual di dalam botol selalunya mengandungi antiseptic atau/dan pewangi.

KENAPA ORANG MERUANG/DOUCHE?


Katanya untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, membasuh darah haid, mengelakkan keputihan, menghalang kehamilan (selepas bersama) dan mengurangkan jangkitan kuman. Bila ditanya, ramai rupanya mengamalkan meruang ini.

APA BERLAKU APABILA ANDA MERUANG/DOUCHE?


1. Risiko Jangkitan Kuman


Faraj atau vagina ini adalah organ yang ‘self cleansing’, iaitu mancuci sendiri dengan mengeluarkan lendiran (lendiran atau mucus adalah normal. Jika berbau teruk atau berwarna, sila jumpa doktor).

Di dalam faraj terkandung pelbagai flora bakteria yang hidup seimbang. Bakteria2 ini menjaga pH dalam faraj supaya kekal asid (pH <4.5), yang mana keadaan ini menghalang bakteria atau pathogen lain dari membiak.

Jika keseimbangan ini terganggu (ps bila anda meruang/douche, ini AKAN berlaku), maka pH di dalam faraj akan berubah, dan mengizinkan pertumbuhan bakteria atau pathogen lain yang menyebabkan thrush, bacterial vaginosis dan jangkitan kuman lain.

2. Sukar Hamil dan Kandungan di Luar Rahim


Meruang/douche menyebabkan bakteria serta pathogen dalam faraj ditolak lebih dalam melangkaui pangkal rahim, oleh itu meningkatkan risiko untuk ‘Pelvic Inflammatory Disease (PID)’. PID adalah jangkitan kuman yang menular ke bahagian dalam system pembiakan wanita, dan boleh menyebabkan ‘scarring’ atau kesan parut pada bahagian dalam rahim serta tiub falopia.

PID menyebabkan wanita sukar untuk hamil, dan jika hamil - risiko kandungan di luar rahim meningkat (ectopic pregnancy)

3. Bayi Pramatang


JIka meruang/douche sewaktu hamil, perubahan pH dan jangkitan kuman yang dibincang di atas boleh menyebabkan risiko kelahiran bayi pramatang.

4. Kanser pangkal rahim dan kanser ovari


Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan wanita yang selalu douche mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim,
Douche yang dijual pula dikhuatiri mengandungi ‘phtalates’, sejenis bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita, seterusnya meningkatkan risiko kanser ovari.
Risiko kanser ini masih memerlukan kajian yang mendalam, namun beberapa kajian kecil sudah menunjukkan kaitan.


JADI, PERLUKAH MERUANG/DOUCHE?


Selepas membaca semua risiko yang saya bincangkan di atas, apa pendapat anda?

ADDENDUM:

MERUANG DAN KEHEBATAN MALAM BERSAMA?

Saya terbaca promosi satu produk yang menyatakan meruang dapat mengetatkan dan meningkatkan kemesraan ketika bersama pasangan..

Bila meruang atau douche, lendiran fisioloji (yang mencuci dan menjaga lapisan dalam faraj) dikeluarkan. Ini meninggalkan dinding faraj yg kering (tak bagus ya).

Memanglah akan terasa seolah 'ketat' dan 'best'. tapi ini meninggikan risiko luka dan jangkitan ketika bersama...
dan risiko2 lain yang disebut diatas...
dan kalau selalu 'korek' (excuse my french), makinlah longgar..
nak ketat, rajin2 buat pelvic floor exercise ya!

Wallahualam

Dr Afida Sohana
twitter @afidasohana

#MedTweetMY
Medtweetmy
#MTMDouche

Rujukan

MCN Am J Matern Child Nurs. 2010 Mar-Apr;35(2):102-7; An updated review of of evidence to discourage douching.
http://www.nhs.uk/news/2016/08August/Pages/Vaginal-douching-linked-to-increased-ovarian-cancer-risk.aspx
https://health.clevelandclinic.org/2015/03/feminine-odor-problems-what-you-should-know-about-douching/
http://www.medicinenet.com/vaginal_douche_douching/article.htm
http://www.webmd.com/women/guide/vaginal-douching-helpful-or-harmful

Untuk wanita-wanita yang selama ini merasakan amalan meruang patut dilakukan , adalah lebih baik jika kita menghentikan nya.Bagitu juga dengan penggunaan kerap sabun pencuci wanita.Sebaiknya cuci dengan air sahaja tak perlu lah mencuci dengan produk-produk yang banyak di pasaran ni..

semoga ianya bermanfaat untuk semua..

sekian..

Tuesday, 1 August 2017

"BEAUTIFUL BUT SO STUPID " - LIHAT APA YANG WANITA CANTIK INI BALAS UNTUK MENUTUP MULUT LELAKI YANG MENGHINANYA

Assalamualaikum..

Semalam saya dengar radio dan ada dengar pesanan yang kata "Jadi lah Keyboard warrior yang Bijak" .. Pesanan tu bagi saya agak kelakar sebab boleh dikatakan semua keyboard warrior selalu merasakan mereka bijak.Sebab tu setiap komen dan ulasan dari mereka tidak memikirkan perasaan dan kemampuan orang lain. 

Apa yang terjadi pada wanita cantik ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada mereka yang selalu  memberi komen dan kritikan pada orang lain di laman sosial supaya lebih berhati-hati dan menjadi lebih bijak.Bukan perasan Bijak.Gambar dan komen mereka menjadi viral di media sosial sejak semalam.



Wanita cantik yang dikenali dengan nama Tyra ini memuat naik satu video beliau sedang berjalan dengan caption "U kno ..Just Casually walking.." .Tiba -tiba salah seorang pengikutnya dengan nama Nikiskandar_official  meninggal kan komen yang membuatkan ramai yang merasakan ianya satu tindakan yang menyerlahkan kebodohan lelaki tersebut.


"U know not u kno..Walk - berjalan 
walking- menjalankan...
good English..Beautiful but so stupid "

Walaupun sudah dihina namun wanita cantik tersebut dengan tenang menerangkan malah sempat memberi sedikit ilmu bermanfaat untuk lelaki tersebut.Ianya menyebabkan ramai yang kagum dengan wanita cantik ini .
" You know i typed like that just for fun.
And walking is kata kerja,
 so I was berjalan.
Berjalan is walking.Before cakap orang kurang bijak, 
better check yourself first..si pandai.."

Lebih melucukan apa bila ramai lelaki yang meminta maaf atas kebodohan lelaki tersebut..




Saya cuba cari instagram Nikiskandar-official ni..tapi dari bio nya dia menjelas kan akaun nya di hack..hahaha..biasa la..dah buat salah, kena viral terus kata kena hack.

sekian..

Monday, 24 July 2017

MIX AND MATCH FESYEN PAKAIAN DENGAN WARNA PINK

Assalamualaikum..


Warna pink selalu dikaitkan dengan wanita. Pink melambangkan kelembutan dan moden .Tapi ada juga wanita yang tidak merasa yakin untuk mengenakan pakaian dan aksesori dengan warna kegemaran ramai ini.Saya memang suka kan warna pink.Kalau pergi membeli belah memang saya akan elak kan meilhat pakaian warna pink sebab dah terlalu banyak pakaian dengan warna ini dalam almari saya.Bila tengok mesti hati ni meronta2 nak beli.hahahha.



Bagi korang yang tak berapa suka kenakan warna pink yang ketara ketika berfesyen korang boleh je jadi kan warna pink ini sebagai warna sampingan . Hari ni saya nak kongsikan cara dan tips mix and match bagaimana nak buat warna pink ni nampak lebih menarik tapi tak terlalu menonjol.Tips ni sangat sesuai bagi korang yang rasa nak bergaya dengan pink cuma risau ianya tak sesuai dengan korang.
 

Pink dan warna pastel

Gabungan pink dan warna pastel adalah kombinasi warna yang sangat tepat dan serasi.Korang boleh menggabungkan pink bersama hijau atau pink dengan kuning cair. 

Warna pink dan pastel ni paling sesuai kalau nak dijadikan tema majlis perkahwinan atau pertunangan.Memang ramai yang suka kan gabungan warna  macam ni.

Pink dan warna gelap


Pink dan hitam atau pink dan maroon...Korang tak pernah cuba?? Ianya adalah gabungan warna yang mewah .Sesuai korang gayakan untuk jamuan makan malam atau juga untuk majlis santai.Apa lagi jika korang ada imej boyish yang tak mahu korang tenggelamkan tapi masih nak nampak feminin. 

Padankan kemeja pink bersama seluar yang berwarna gelap .Korang nampak cool sangat...
Lepas ni mungkin kemeja pink akan jadi kemeja kegemaran yang  korang pakai kalau nak ke tempat kerja :)


Pink bersama pakaian muslimah

Percaya tak kalau saya katakan korang boleh gayakan shawl atau hijab berwarna pink dengan apa saja warna pakaian korang?Tak perlu buang masa dengan sibuk mencari apa warna tudung dan shawl yang sepadan dengan jubah atau baju kurung korang.Pilih saja warna pink sebagai langkah paling selamat..


Serikan juga dengan aksesori tambahan yang mesti akan buat korang tampil lebih yakin dan menarik..


selamat mencuba ye korang..

sekian.

Friday, 21 July 2017

MUSLIMAH MODEL CLASS 2017

Assalamualaikum..

Daftar Muslimah Model Class 2017  dengan bayaran pendahuluan serendah RM100 . 



Harga kelas hanya RM249 dan bayaran penuh ini boleh dibuat pada hari kelas di jalan kan. Untuk satu sesi kelas hanya 15 peserta sahaja di terima.Ini untuk memastikan kelas berjalan dengan lebih lancar dan semua peserta dapat diberi tunjuk ajar dengan lebih baik.



Kelas hanya berlangsung sehari sahaja . Korang yang berminat boleh memilih mana-mana tarikh di bawah untuk menghadiri kelas model muslimah sesi 2017


Kelas akan berlangsung di ALANGRAPHYSTUDIO di Cheras. Korang boleh whatsapp atau hubungi   +60 12-209 4321
untuk mendapatkan alamat lengkap . Boleh juga hubungi nombor ni untuk sebarang pertanyaan berkaitan Muslimah Model Class 2017


Banyak kelebihan yang korang akan dapat bila menghadiri Muslimah Model Class ini  ,malah banyak tips-tips akan dikongsikan yang sangat berguna untuk korang. Korang akan diajar tentang make up, Photoshoot, marketing, pose dan korang juga dapat join group whatsapp Model-model. Best kan??


-


200 model sudah menyertai nya dan menikmati faedah dari Muslimah Model Class ini .Korang yang mempunyai minat dalam bidang peragaan dan ingin menambah pendapatan harus lah   menghadiri kelas ini dan setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan  . 



Ingin menjadi antara model-model yang berjaya sama ada model tv dan majalah?Tunggu apa lagi. Jom sertai Muslimah Model Class 2017 .
Facebook: Muslimah Model 


sekian..





Tuesday, 18 July 2017

"SAYA CAPAI PISAU DAN HAMPIR TIKAM ANAK" - WANITA INI KONGSI PENGALAMAN MEROYAN SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum..



Meroyan bukan lah penyakit yang boleh dipandang ringan.Bagi wanita yang baru melahirkan anak perhatian dan penjagaan rapi perlu di buat supaya si ibu dalam keadaan selesa dan tenang . Perhatian khusus bukan saja untuk si ibu malah juga untuk si bayi. Bayi yang baru lahir dan mempunyai masalah kesihatan seperti jaundis juga boleh mempengaruhi emosi si ibu.

Seorang wanita , Mastura Ab Rashid berkongsi pengalaman mengidap masalah Meroyan selepas bersalin. Awalnya beliau menghadapi kemurungan dan kemuncaknya dia hampir menikam anak-anak dan pernah terfikir untuk membunuh diri.

Baca pengalaman Mastura yang dikongsi di facebook:

SAYA CAPAI PISAU DAN HAMPIR TIKAM ANAK-ANAK

(#pengakuan terbuka)
.
Itu kenyataan yang harus saya terima sampai bila-bila.
Memori menakutkan yang akan tetap diingat sampai mati.
Watak berubah sekelip mata. Ibarat drama yang ditonton di TV.
.
Waktu jiwa terlalu kacau, badan terlampau penat, sakit, saya hampir hilang kewarasan. Berhalusinasi sentiasa sambil badan menggigil menahan marah dan benci. Jeritan marah memecah rumah setiap hari juga menjadi biasa.
.
Sebenarnya susah nak buat pengakuan secara terbuka. Mungkin juga akan dianggap pernah gila.
.
Tapi disebabkan pujukan dan kata-kata semangat dari Ibu Rose untuk bersama-sama muncul di PM LIVE ASTRO RIA pada 13/7/2017, saya mula terbuka untuk berkongsi dan dah bersedia. Mungkin pengakuan ini dapat membantu anda di luar sana, supaya lebih bersedia dan tidak malu untuk mendapatkan rawatan.
.
Sebelum ini saya malu, sangat malu, sebab saya pasti orang lain tidak akan faham malah akan mula memandang serong. Apa taknya, meroyan ni dianggap hanya terjadi ketika di dalam pantang saja. Tapi rupanya, boleh terjadi selepas pantang dan waktu anak dah mula membesar.
.
Serius, saya tak ada ilmu waktu tu. Tak tahu apa perlu dibuat.
.

BAGAIMANA IA BERMULA?

.
Sejak melahirkan Bilal Miqdad pada Februari 2015, badan saya tak pernah sihat akibat tak dapat berpantang dengan betul. Bilal prolonged jaundice. Ketika di hospital, luka c-sect pecah semula pada hari ke-7. Darah membuak-buak keluar hingga bertakung di wheelchair dan lantai hospital.
.
Dalam keadaan terpinga-pinga, saya hampir dimasukkan semula ke OT untuk buka dan jahit semula luka lama. Alhamdulillah doktor dan nurse di Hospital Ampang banyak membantu dan memberi semangat supaya luka boleh baik dengan sendiri. Saya tidak digalakkan berurut selama setahun supaya tidak mengganggu proses pemulihan di kawasan perut.
.
Kemudian, saya ditegah oleh doktor dari memakan apa-apa saja jamu atau herba yang boleh memberi kesan pada kuning Bilal. Badan Melayu, kalau tak pantang, tak berjamu, tak berbengkung, mana nak sihat.
.
Kuning Bilal sembuh sepenuhnya bila dah nak habis pantang sedangkan baby orang lain, 1 minggu pun dah hilang kuning. Sangat penat dan stress bila tiap-tiap hari perlu ke hospital atau klinik untuk ambil darah Bilal.
.
Asal balik saja ke rumah, saya bentan. Darah menitik-nitik ke lantai, ari-ari sakit melampau dan demam urat menjadi perkara biasa.
.
Februari 2016, saya keguguran pula. Jadi bayangkan, badan yang lemah bertambah sakit. Kegembiraan menerima ahli keluarga baru setahun lalu semakin pudar.
.
Saya masih trauma memikirkan luka yang pernah pecah setahun lalu. Terbayang-bayang situasi di mana bila saya sarat mengandung nanti, parut c-sect pecah dan meletup macam belon.
.
Anak-anak yang lain pula masih kecil, perlukan perhatian, hyper dan aktif buatkan fikiran tambah berserabut. Mereka mula dirasakan sebagai beban.
.
Saya mula menjadi pemarah yang melampau. Setiap hari asyik menjerit-jerit. Rumah bersepah-sepah dan anak tidak terurus. Kadang-kadang saya tak tahu pun apa yang saya marahkan sangat. Menangis ketika mandi perkara biasa, sambil menggigil menahan marah dan benci yang datang secara tiba-tiba.
.
Orang luar nampak seperti tiada apa-apa. Sebab ketika berada di luar rumah, saya bersikap seperti biasa. Tapi bila balik ke rumah, saya mula jadi panas dan menggelegak.
.
Saya mulai membenci ahli keluarga sendiri. Lama-kelamaan saya benci dengan semua orang. Saya rasa tiada siapa pun yang memahami sedangkan mak paling banyak membantu dan berkompromi.
.
.

SIAPA YANG MULA MENGESAN PERUBAHAN SAYA?

.
Junior sekolah saya iaitu Rida Baharudin, dengan hanya melalui tulisan di Facebook waktu saya menulis tentang meroyan dan tindakan orang meroyan.
.
Rida dapat rasakan saya sebenarnya sedang bercakap tentang diri sendiri. Malu, tapi lega bila ada yang sedar dan cuba membantu.





.
Percaya tak, saya tak tahu pun apa yang sedang terjadi pada diri sendiri. Saya agak mungkin disebabkan terlampau tertekan, cerita-cerita di Facebook menjadi sangat emosional hingga disedari Rida.
.
Rida juga pernah mengalami meroyan yang teruk, jadi saya fikir, orang sebegini sangat memahami dan sensitif dengan perubahan sekeliling.
.
Rida juga menasihati saya untuk mendapatkan rawatan doktor. Tapi perkara paling saya takuti, saya akan dicop gila bila diketahui berjumpa dengan doktor pakar sakit jiwa.
.
.

APA TINDAKAN PALING TERUK SAYA PERNAH CUBA BUAT?

.
Banyak.
.
Waktu ni, saya lebih suka mengurung diri di dalam bilik. Anak-anak berterabur. Mak yang bagi makan, masak dan uruskan kain baju saya dan anak-anak. Kakak nombor 2 juga selalu bantu dengan menjaga anak-anak.
.
Waktu ni juga, saya tidak boleh masuk ke dapur. Saya jadi serabut.
.
Pernah waktu sedang memotong sayur, anak-anak bergaduh dan masuk ke dapur sambil menangis, tiba-tiba saya capai pisau pemotong daging, dan meluru sambil mengacah akan menikam mereka. Anak yang ketakutan terus berlari keluar sambil menjerit dan menangis. Dah beberapa kali ini terjadi sampaikan saya tak boleh langsung pegang pisau di dapur.
.
"Bunuh Mas! Bunuh semua!", terngiang-ngiang waktu tu.
.
Memasak jadi perkara paling dibenci. Sebab saya takut hilang kewarasan diri.
.
Sentiasa berhalusinasi bila berseorangan atau ketika mendengar bunyi bising suara anak-anak, buat saya semakin teruk. Nampak baldi, saya teringatkan muka bilal. Rasa nak rendam dia dalam air. Suara-suara jahat di belakang telinga sentiasa mengganggu.
.
Saya menangis. Rasakan diri ibu dan isteri yang paling tak berguna. Yang paling jahat di dunia. Suami balik ke rumah, lauk pun belum dimasak apa-apa. Kadangkala saya hanya goreng telur saja.
.
Tak tahu nak mengadu pada siapa.
.
Kemuncak hilang kewarasan diri adalah bila saya whatsapp kakak, saya katakan saya mahu membunuh diri. Baru lepas solat waktu tu, tapi jiwa saya kosong. Otak bercelaru.

.
Kakak punyalah risau, dia telefon saya berkali-kali, saya tak angkat. Waktu tu saya dah nekad. Tapi tiba-tiba terbayang gelak ketawa anak-anak. Terbayang wajah suami yang penat bekerja dan menunggu masa nak balik ke rumah. Terbayang saat senang dan susah yang dilalui bersama. Terbayang wajah dia yang sangat sayangkan saya dan anak-anak. Terbayang rupa dia mencari dan memeluk Bilal selepas balik dari kerja.
.
Saya terus menangis tanpa henti. Menggigil-gigil bencikan diri.
.
Saya hanya nakkan MASA UNTUK DIRI SENDIRI SAJA. SAYA PENAT. BADAN YANG SAKIT BUATKAN PERGERAKAN TERBATAS.
.
Sambil menangis, saya paksa diri untuk tidur, dan bila bangun saja, saya rasa lega yang amat sangat.
.
.

APA YANG SAYA BUAT UNTUK STABILKAN EMOSI DIRI?

.
Sepanjang tahun lepas, waktu kemurungan belum memuncak, saya mula buat bekal untuk di jual Shariff Miqdad di sekolah. Lepas tu berhenti walaupun ramai kawan-kawan dia minta saya jual semula burger RM1. Gembira sekejap, tapi murung semula lepas tu. Waktu ni saya tak fikir langsung untuk mengambil untung. Hanya satu kebajikan untuk membuat budak-budak kecil gembira dan menyerap aura gembira mereka.
.
Kemudian, saya mula aktifkan diri menjual kimchi dan tteokbokki dengan kakak di Jamae Shop 자매 가게. Tapi disebabkan terlampau penat, dengan kakak pula selalu ikut suami outstation, saya tangguhkan jualan. Murung makin bertambah.
.
Kemudian, saya bantu pula adik ipar menjual bento untuk lunch.
.
Namun, semua pun masih tak dapat mengembalikan kegembiraan.
.
Jadi, saya mula menulis di Facebook. Bermacam-macam cerita saya kongsi terutama sekali tentang anak-anak dan keluarga. Saya juga banyakkan membaca untuk memberi ketenangan. Saya mula rasa lega, kerana menulis ibarat terapi.
.
Saya banyak berborak dengan Rida, dan keluar mengopi dengan kakak nombor 2. Walaupun sering ditegur suami akibat selalu keluar dan tinggalkan anak-anak di rumah dengan mak, tapi saya tetap buat apa yang saya rasa suka. Rasa lega kepala setiap kali balik dari mengopi.
.
Suami takkan pernah faham, sebab saya pun tak tahu nak mula cerita dari mana.
.
Waktu ni, mak dah mula paksa saya minum dan makan apa yang dia buat. Iaitu air ubat dari herba dan rempah yang dibuat sendiri, dan daun hutan yang dipanggil daun harimau beranak untuk mengubati orang meroyan dan sakit badan.
.
Mak pengamal herba dan natural remedy. Jarang sekali dari muda hingga tua makan ubat doktor.
.
Perubahan yang pertama, adalah emosi.
Perubahan kedua, kesihatan diri.
Perubahan ketiga, saya mula menyayangi kembali anak-anak dan suami.
.
Saya juga dah tiada rasa bencikan diri sendiri.
.
Setakat artikel ini ditulis, saya dah sihat sepenuhnya dari segi mental dan fizikal.
Langsung tak ada rasa nak buat perkara bodoh seperti dulu.
Saya tahu, Allah sayangkan saya, dan masih memberi kegembiraan.
.
Bila baca buku "You Can Be The Happiest Woman In The World", saya jadi sebak. Kenapa saya tak jumpa buku ni lebih awal waktu kemurungan tahun lepas. Setiap kali dah habiskan 1 topik, saya mendapat semangat baru, kerana tahu Allah sayangkan dan menunjukkan jalan keluar bagi saya.
.
Bukan saya tidak solat, bukan tidak mengaji, bukan tidak berzikir, tapi dalam keadaan otak bercelaru, jiwa kosong, badan sakit, kita memang tak punya apa-apa daya pun untuk menolak sebarang gangguan pada jiwa.
.
.

APA PESANAN UNTUK ANDA YANG LALUI PERKARA SAMA SEPERTI SAYA?

.
Berkongsilah cerita. Luahkan perasaan dengan orang yang paling kita percayai.
.
Dapatkan sokongan keluarga, dan jika perlu, berjumpa doktor dan dapatkan khidmat kaunseling.
.
Tak ramai tahu jika diri sendiri mengalami kemurungan. Perlu ada seseorang yang sedar dengan perubahan diri kita.
.
Apapun, sokongan keluarga sangat penting.
.
Jangan hiraukan jika ada yang mengata anda pemalas, tak jaga anak-anak. Sebab mereka bukan tahu apa kondisi kesihatan anda, malah sebenarnya mereka taknak ambil tahu pun sebab sikap pentingkan diri. Tau mengata dan membawa cerita saja.
.
Cari aktiviti yang boleh buat kita keluar dari kemurungan dan kesedihan.
.
Antara perkara paling saya gembira, adalah bila mula membuat perkongsian tentang herba dan rempah yang boleh digunakan sebagai natural remedy dengan anda semua. Petua yang dikumpul dari mak, tukang urut, orang tua, bidan lama dan pembacaan buatkan saya gembira.
.
Bila nampak sokongan, dan ucapan terima kasih di atas petua mak dan cerita dikongsi, semangat makin berkobar-kobar. Walaupun kadangkala saya melalut dan bahasakan diri sebagai fiona, tapi tetap berasa gembira. Aura gembira melimpah ruah.
.
Sentiasa tersenyum bila "fiona" adalah usikan comel yang suami berikan kepada saya sejak Shrek ditayangkan. 
.
Rasa gembira dan manis bila dapat sebarkan kebaikan.
.
Ingat, jika anda dah mula ada rasa benci tiba-tiba, rasa nak mencederakan anak, bertukar watak, tolonglah terus dapatkan rawatan. Jangan bertangguh, anda tak tahu nyawa siapa yang akan anda rentap.
.
Berita ibu meroyan bunuh anak bukan main-main. Bukan untuk dijadikan berita pandang sekali lalu saja. Ibu tak sedar pun siapa yang dia pegang, siapa yang dia tikam, siapa yang dia buang.
.
Untuk anda yang tiada kaitan, perilaku ibu meroyan, kemurungan ni, berubah-ubah. Sekejap baik, sekejap garang, sekejap sayang. 
.
Jangan hairan jika anda jumpa mereka di luar, mereka boleh tersenyum-senyum, melayan anda dengan baik, tapi bila balik ke rumah, anak di rotan hingga patah kaki.
.
Sokongan suami dan keluarga sangat penting. Berikan rehat secukupnya buat ibu berpantang. Jangan biarkan emosi ibu berpantang naik dan turun. Pastikan kesihatan mereka di dalam keadaan terbaik supaya emosi sentiasa stabil. Menangis adalah permulaannya.
.
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan teladan. Ibu kemurungan memang cenderung membunuh diri dan mencederakan anak-anak. Cari punca mereka murung, dan bantulah mereka keluar dari perangkap itu.
.
Tak ada siapa pun nak bunuh diri dan mencederakan anak sendiri, kalau bukan disebabkan gangguan pada jiwa.
.
Anda suami?
Bantulah isteri. Perhatikan perubahan isteri. Jika sebelum ni dia bidadari dari syurga, tapi tiba-tiba menjadi rasaksa, carilah masa berbual dengan dia. Penat badan lelaki yang bekerja, tak sama dengan penat seorang isteri yang membawa anak dalam perut selama 9 bulan dan keluarkan pula dengan pelbagai masalah.
Bantulah isteri dalam membuat kerja rumah. Isteri bukan orang gaji, tetapi bidadari anda sendiri.
لرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِم (سورة النساء: 34)
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” SQ. An-Nisaa’: 34
Jangan hairan jika bidadari anda mula bersikap seperti rasaksa bila bersama-sama anak-anak. Masa anda pulang ke rumah, adalah masa untuk isteri berkongsi cerita, berborak gelak ketawa, anak-anak bergurau, dan bukan masa untuk anda menonton Maharaja Lawak atau konsert, main game di telefon atau keluar lepak dengan kawan-kawan. Isteri bukan tunggul, bukan mak guard.
.
Saya bersyukur suami mula memahami. Salah sendiri kerana tidak pernah cuba buat luahan hati. Kesibukan suami bekerja buatkan saya hilang mood.
.
Mak dan kak Shidah Ab Rashid paling banyak membantu. Saya akan ingat sampai mati jasa dan budi mereka. Kalau tidak, mungkin sekarang saya sedang menangis di tepi kubur, meratapi kematian anak-anak. Mungkin juga dah masuk hospital gila.
.
.
Jika rasa boleh membantu yang lain, kongsilah supaya semua pun dapat manfaat. Tapi jika anda berkongsi hanya untuk mengecam perilaku saya waktu kemurungan, saya hanya mampu doakan yang terbaik saja untuk anda. Apa lagi yang boleh saya katakan jika orang taknak faham?
.
Semoga anda semua mendapat manfaat dari perkongsian hari ini.
.
Saya kongsikan juga doa hilangkan rasa sedih dan resah gelisah.
إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”
.
— HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173.
.
.
Amalkan juga zikir ini di pagi hari.
.
Zikir Pagi No. 4
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى. اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ular atau tenggelam dalam bumi dan lain-lain yang membuat aku jatuh).” (Dibaca 1 x)
.
Tonton temuramah saya dengan Ibu Rose di sini selepas selesai di Astro tempoh hari.
.
#like dan #share untuk educate lebih ramai lagi wanita di luar sana.
.
Semoga saya mendapat #komen yang positif yang boleh memberi semangat di atas perkongsian terbuka saya.
.
INGAT, MEROYAN BUKAN PERKARA RINGAN.
YOU ARE NOT ALONE.
BUT YOU ARE STRUGGLING TO LOVE.

-Mastura Ab Rashid-

sekian..

Monday, 17 July 2017

WANITA DIPUKUL DENGAN KAYU HOKI KERANA MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

Assalamualaikum..



Rasa sayu dan sedih dengan nasib seorang wanita yang dipukul dengan kejam oleh mertua dan iparnya hanya kerana melahirkan bayi perempuan. Video yang tersebar diseluruh negara ini mendapat perhatian ramai dan pihak berkuasa juga .Dari apa yang saya baca , sebelum ni laporan polis dah dibuat tapi tak de tindakan apa2..Selepas video tersebar ke seluruh negara , baru lah keluarga suaminya di dakwa melakukan jenayah pada wanita ni..Itu lah kuasa viral..

Sebuah video tersebar di media sosial  apabila memaparkan seorang wanita india dipukul dengan kejam menggunakan kayu hoki.Kejadian tersebut dirakam seseorang dari atas tangga jelas menunjuk kan Meena Kashyap,  35 tahun dipukul oleh 2 orang lelaki yang merupakan abang ipar bersama rakan nya.


Menurut laporan mangsa melahirkan bayi perempuan  dan keluarga suaminya tidak dapat menerima bayi tersebut .Wanita itu juga kerap di pukul sebelum ini disebabkan masalah pertikaian mengenai Mas Kahwin sebanyak 70000 rupee.

Bapa mangsa juga berkata kejadian tersebut sudah berlaku sejak 2 tahun lalu apabila anak nya kerap dipukul oleh keluarga mertua nya dan suaminya sendiri.

Wanita di India sering dipukul dan ada yang menyebabkan kematian , jika keluarga mereka enggan atau tidak dapat membayar mas kahwin yang dituntut oleh saudara suaminya.

sumber :dailymail


sekian..
.

Thursday, 13 July 2017

INI PERKARA YANG WAJIB ANDA TAHU TENTANG TONER

Assalamualaikum..



Ada antara kita yang menggunakan Toner setiap hari.Tapi ada juga mereka yang tak memerlukan toner.Tapi kalau dah sekali guna korang akan dapat rasakan perbezaan kulit korang bila guna Toner.Kulit korang akan lebih baik dan kurang mengalami masalah.Itu antara kelebihan apabila menggunakan toner.


Gambar selfie selepas memakai toner. Ada macam umur 15 tak??ekekek..
cisssss!!!sangat kan??


Kalau dulu toner hanya digunakan untuk melembabkan kulit wajah kita.Tapi sekarang fungsi toner sudah dipelbagaikan . Saya start menggunakan toner sejak usia 19 tahun..Itu pun tak la secara tetap.Kadang bila dah habis tu , tak de duit tunggu berbulan jugak nak beli.hahahahah..maklum la..dulu kan tak pandai nak simpan2 duit ni..Dapat gaji je memang ingat nak enjoy je..heheh..

Tapi bila dah berusia ni Toner dah jadi macam benda wajib untuk saya.Salah satu fungsi toner ialah membuang sel kulit mati. paling bagus gunakan toner yang ada kandungan acid glycolic  dan lactic acid sebab ianya boleh merawat kulit kita juga supaya lebih cerah, lembab dan boleh memelihara dari debu kotoran.



Penggunaaan toner selepas mencuci wajah juga ada fungsinya.Iaitu untuk mengekal kan PH pada kulit kita yang sudah berubah setiap kali kita mencuci muka .Jadi bila sapu toner tu dapat la mempercepatkan proses keseimbangan ph kulit kita .Tak la nanti muka kita jadi berminyak atau  kulit kering.Paling perlu dielak kan ialah toner yang ada kandungan alkohol yang tinggi.Yang ni kena pilih betul2 sebab ada juga toner yang boleh merosak kan kulit wajah kita.Jadi kena tahu kandungan toner tu.




waktu paling sesuai untuk memakai toner ialah selepas mencuci muka apabila kita nak tidur dan juga apabila kita bangun pagi..Lepas mandi tu pakai toner  dan krim siang.Kalau malam pulak lepas cuci muka sapu toner dan apply cream malam.Itu lah cara paling lengkap dan betul untuk menjaga kulit wajah kita menggunakan skincare.Tak kira la apa2 skincare pun gunakan dengan cara yang betul , InsyaAllah memang dapat kesan  yang baik.

sekian..