Skip to main content

Posts

Showing posts with the label wanita

WANITA INI DEDAH PENGALAMAN HAMPIR JADI MANGSA ROGOL DI HIGHWAY LATAR

Rata-rata kaum wanita mesti ada pengalaman berdepan dengan lelaki pervert. Tak kira la kat tempat kerja ke, kat sebelah rumah ke dan sebagainya. Tapi tak ramai wanita yang berani dan rasa perlu untuk ambil tindakan atau tampil ke depan dan ceritakan situasi yang diaorang alami. Mungkin sebab bagi mereka lelaki tu "tak ganggu sangat" atau "dia buat macam lelaki lain buat" je..

Jadi kita rasa macam tak pe la dibiarkan saja lelaki macam ni.

Sebenarnya bila kita biarkan saja lelaki macam ni ianya seolah-olah kita menggalak kan mereka dan mereka akan rasa tindakan mereka tu sesuatu yang normal dan orang tak kisah.

Lain kali diaorang buat lagi.Nampak mana-mana perempuan diaorang mula la nak ganggu bila ada peluang. Siulan-siulan nakal tu pun sebenarnya adalah satu gangguan seksual tau. Jangan pandang ringan benda ni. Lelaki tu pandang kita atas bawah pun adalah satu gangguan seksual walaupun cuma kita je yang nampak.






Jangan rasa "oh ..aku je yang lalui. Tak de bukt…

PERKARA YANG SAYA BUAT KETIKA "ME TIME" .

Hi semua...

2,3 hari ni rasa macam tersekat dalam dunia sendiri sampai rasa tak kuasa dah nak melawan untuk keluar dari dunia ni.hahah.

Seronok tau bila kita ada dalam dunia sendiri ni. Tak de gangguan, tak de bising².



Nasib baik la saya ni ada anak². Allah pinjamkan supaya saya tak terlalu asyik dalam dunia sendiri. Saya rasa la kalau saya tak de anak mesti saya terkurung je dalam rumah. Sebab saya memang selesa macam tu.




br />
Saya suka tonton filem, dengar radio, baca buku,melukis, cuba resepi baru, masak2 dan hantar pada jiran..

Sebab tu saya rasa tak pe kalau saya kena kurung dalam rumah pun.hahaha.



Kalau suami pergi kemana² bawak anak² itu lah "me time " saya. Saya tak kan habiskan dengan baring sambil layan sosial media. Tak kan!! Sebab itu je lah masa yang saya ada untuk buat perkara² yang saya suka.

Saya ada kawan yang "me time" dia adalah, tidur, tidur dan tidur. Dia boleh tidur satu hari suntuk bila anak² dan suami dia tak de dirumah. Katanya itu saj…

BERKONGSI PENGALAMAN BERSALIN DI JEPUN WANITA INI BUAT RAMAI YANG NAK BERSALIN DI JEPUN

Hi semua..

Hari ni saya terbaca pengalaman sorang wanita Malaysia yang bersalin di Jepun. Dia share rutin hari pertama selepas bersalin sampai la dia discharge. Memula baca komen ramai yang macam "wah..seronok nya bersalin di jepun..Layanan tip top gini."



Yang komen2 ni buat macam la kat Malaysia tak de layanan macam ni.Hahah.. Tapi ikutkan pengalaman saya bersalin dua kali di hospital kerajaan (Hospital Seri Manjung, Perak ) , macam ni la layanan yang nurse-nurse bagi.

Tak de beza pun. Hari-hari dia check jahitan, check kalau-kalau ada darah beku kat dalam. Nurse ajar macam mana nak menyusukan bayi. cara nak perah susu cemana, nak basuh punggung bayi cemana, Nak tukar diapers pun diajar.

Macam saya anak pertama tu dia ajar cemana nak tukar tuala wanita. saya duduk ward seminggu, 3,4 hari jugak la nurse yang tukarkan tuala wanita. Hari selebihnya saya minta nak buat sendiri sebab malu.hahah.. Nurse juga ajar kita pasal merancang keluarga,

Bab makan pun ok je..sedap2.Masakan…

TUNANG DI GODA ISTERI ORANG HINGGA AKHIRNYA TERPAKSA PUTUS KAN PERTUNANGAN

Hi semua..

Pertunangan adalah ikatan sementara untuk menuju ke alam perkahwinan. Bertunang bukan bermakna sidia adalah hak kita yang mutlak. Ianya lebih kepada fasa untuk mengenali seseorang dengan lebih dekat.



Dengan pertunangan kita akan dapat mengenali seseorang dengan lebih lagi dan inilah masa untuk mencari keserasian. Dalam tempoh bertunang akan ada ujian-ujian yang mungkin juga adalah petunjuk dari Allah bahawa sama ada sidia layak ataupun tidak untuk kita.


Ada yang dipermudahkan urusan sepanjang bertunang dan ada juga yang melalui beberapa konflik perasaan malah lebih dasyat lagi melibatkan orang ketiga.

Baru-baru ini saya dihubungi seorang pengadu  (Ira) yang meluahkan perasaan kesal dan kecewa atas sikap bekas tunang dengan seorang wanita berstatus janda yang menyebabkan hubungan pertunangan nya putus.



" Kisahnya bermula pada hujung bulan december 2018... Ada sorang perempuan whatsapp saya cakap dia buah hati baru tunang saya... Masa tu hnya Allah saja yang tahu perasaa…

ROGOL : SIAPA YANG BERSALAH. WANITA ATAU LELAKI?

Cara berpakaian punca wanita jadi mangsa rogol.

Nak setuju ke tidak korang terpaksa setuju.

"tapi ada perempuan tutup habis semua pun jadi mangsa rogol.."







Ye..sebab lelaki tu dah tengok perempuan yang berpakaian macam telanjang. Tak tahu la dia tengok kat mana. Kat tv ke, kat website ke, kat wasap video ke, kat dalam bas ke, kat tempat kerja ke..

Dia dok tahan2 lama2 tak tertahan jadi yang akan jadi mangsa ialah mana2 perempuan yang sempat dia "sambar".

Sebab tu lah wanita yang tak bersalah pun jadi mangsa kerakusan lelaki tak de moral ni.



Lelaki juga bersalah.. Lelaki salah sebab tak reti nak jaga pandangan.

Kan ke islam dah pesan pada lelaki jaga pandangan. Islam juga pesan pada wanita jaga aurat. Tanggungjawab tak boleh diletak pada satu pihak saja.

Wanita tolong lah bantu lelaki supaya dapat kawal nafsu mereka. Lelaki pula bantu wanita dengan menjaga mata  dan pandangan.

Jangan lah asyik buka website tak senonoh je. Jangan asyik tengok gambar-gambar artis seks…