Showing posts with label vitiligo. Show all posts
Showing posts with label vitiligo. Show all posts

Tuesday, 26 February 2019

KUCING INI ASALNYA BERWARNA HITAM KEMUDIAN BERTUKAR MENJADI WARNA PUTIH DALAM MASA SETAHUN

Hye semua..



Vitiligo, satu keadaan yang menyebabkan kehilangan warna kulit yang boleh berlaku kepada 1% manusia dan ianya jarang berlaku pada haiwan. Elli, salah seekor kucing yang mengalami Vitiligo, dilahirkan dengan bulu hitam, tetapi selepas setahun dia didiagnosis dengan keadaan misteri ini, bulunya hampir putih sepenuhnya.




Nicole, pemilik kucing ini , menjumpai Elli di sebuah ladang di Jerman,Ketika itu Elli hanya berusia sekitar 4 bulan. Dia ditemui dalam keadaan yang sangat kurus dan memerlukan rawatan perubatan.

Jadi Nicole mengambil nya dan memelihara Elli. Elli berwarna hitam dengan bintik-bintik putih di dada membuatkan dia kelihatan seperti memakai tuxedos berbulu.



Tetapi pada suatu hari, tuxedos Elli mula hilang warnanya. Pada mulanya ianya hanya tompok putih kecil tapi selepas sebulan berlalu, bulu hitamnya berubah menjadi tompok-tompok  hitam dan putih.



Selama beberapa bulan kemudian nya, bintik-bintik putih yang lebih kecil muncul di bulu hitam Elli, jadi Nicole membawanya ke doktor haiwan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.



Dia terkejut apabila mengetahui bahawa Elli menderita Vitiligo, keadaan yang sangat jarang berlaku yang menyebabkan perubahan warna kulit dan bulu. Nasib baik, kesannya adalah estetik semata-mata, jadi ia tidak mengganggu kesihatan Elli.





Setahun selepas Nicole melihat tempat putih yang pertama di bulu Elli, warna hitamnya kini bertukar menjadi warna putih, dengan kelabu dan bintik gelap. Ia masih berubah setiap hari , jadi pemiliknya membuat akauan Instagram khas untuk Elli, di mana dia berkongsi perubahan yang berlaku pada Elli. Kalau nak tahu perkembangan terkini Elli boleh la ke instagram nya Elli.vitiligo .