Skip to main content

Posts

Showing posts with the label urticaria

PENGALAMAN PERTAMA KALI DISERANG GEGATA ATAU KELOPAK GARAM

Hi semua..
5 hari  sebelum raya macam mimpi ngeri bila tiba-tiba nak bangun sahur badan jadi gatal2. Sambil panaskan kuah dan nasi terasa macam gatal-gatal je kat betis ni. Tak kan nyamuk banyak sangat kot saya fikir. Sekali tengok betis bengkak-bengkak macam nyamuk gigit.
Saya perhati je kat dinding ke , kat lantai ke kot-kat ada nyamuk. Macam tak percaya je nyamuk gigit banyak sampai jadi gitu.
Eh!!dah habis sahur pun gatal lagi . Sampai ke siang masih tergaru-garu satu badan pulak. Kulit dah start bengkak sana sini.
Tunjuk kat suami.. Sah!!kena kelopak garam ataupun Gegata





Mula dok fikir apa yang saya makan sampai timbul gegata sedangkan sebelum ni saya tak pernah kena gegata atau kelopak garam ni.
Memang ada makan kepah semalam nya. Tapi sebelum tu pun ada makan juga.Tapi tak jadi Gegata. Tanya pendapat suami.
Katanya "mesti tak tahan dengan bodywash yang baru tu.."
Oh!!betul jugak tu.. Sebelum ni rumah kami ni semua guna LIFEBUOY. Tapi sengaja suami nak tukar selera ja…