Showing posts with label trend baju kahwin 2016 2017. Show all posts
Showing posts with label trend baju kahwin 2016 2017. Show all posts

Tuesday, 6 September 2016

GAUN PERKAHWINAN DIP DYE BAKAL MELETOP DITAHUN 2016/2017

Assalamualaikum..

Pernah tak rasa bosan dengan baju perkahwinan yang kebiasaan nya ada satu warna saja..Bila orang tanya apa warna baju pengantin kita nanti..dan kita pun jawab .."warna oren.." orang pun akan bayangkan baju kau nanti macam  ni..


hahahah..tetiap tahun gitu je la warna baju pengantin..pusing-pusing  macam tu jugak kaler dia..Untuk tahun 2016 dan 2017 ni dijangkakan fabrik dengan 2 ton warna menjadi pilihan ramai bakal pengantin.Gaya ni memang tengah popular sekarang dibeberapa buah negara.Trend fabrik Dip Dye menjadi pilihan kerana kelainan dan gabungan warna  yang tidak membosankan dan cantik..



Cantik tak??itu sebahagian dress dan gaun pengantin yang menggunakan fabrik yang menggunakan teknik dip and dye ni.Teknik dimana kain dicelupkan dengan pewarna dan menghasilkan kombinasi warna yang menarik.Hari ni saya kongsikan gambar-gambar  gaun pengantin yang fabriknya asas nya ialah putih dan untuk dip dye nye tu ada macam2 warna lagi..
Mungkin boleh memberi sedikit idea untuk korang yang bakal mendirikan rumahtangga ni kalau-kalau nak buat baju pengantin yang cantik dan meletop...











Menarik..kan?Bukan saja baju kahwin nak buat jubah dan dress pun sesuai sangat..kan??Sebenarnya trend fabrik dip and dye ni pernah popular tapi tak ramai yang buat sebab mungkin melibatkan kos yang tinggi..

sekian..