Showing posts with label topik semasa. Show all posts
Showing posts with label topik semasa. Show all posts

Friday, 3 July 2015

ADA KE ORANG MAKAN BISKUT RAYA MACAM MAKAN NASI?

Assalamualaikum...

gambar google


Tahun lepas saya pi satu rumah ni..
banyak betul kuih raya dia..sampai penuh meja..
biskut raya je ada dalam 15 jenis..banyak..kan??
belum masuk lagi mee,laksa nasik tomato dia..
erm...banyak sangat saya rasa macam membazir je..

Kalau kat rumah saya
beli kuih raya sikit je sebab dah tentu2 nanti nak masak benda lain
Laksa ke,mee kari ke..kuih raya dalam 4,5 jenis je,.
Tu pun beli balang kecik je..
orang lebih suka makan yang berat2..
biskut raya setakat 1-2 biji je..Bukan macam makan nasik..
jadi beli balang kecik je la..

Pernah nampak tak ada kawan sekerja ke,jiran ke yang
asyik tempah kuih raya..?pantang ada orang bagi sample biskut dia pun
suruh la masuk kan nama dia sekali.
Tau tak kalau biskut tempah ni lagi mahal dari biskut yang jual kat kedai..



Biskut kedai pun dah cukup mahal ni kan pulak biskut tempah.
satu balang ada la 30-50 biji..tapi harga nya sampai 2-3 puluh ringgit.

Sekarang ni baru hari ke 16 berpuasa..
siapa la nak beli kuih raya awal2 ni..kan??
beli hari ni esok dah tinggal setengah dikerjakan anak2..
jadi beli hujung2 je la..
Baru tengah2 bulan puasa dah kata kuih raya tak laku.
Tunggu malam raya nanti tengok makcik pakcik sampai tak pi terawih la
sibuk nak pi memborong kuih raya.

Lagi pun yang jual awal2 tu ,bila la biskut tu dia buat..
sebelum puasa ke??tak mau la beli biskut lama..
nanti belum hujung raya dah kaler hijau2.heheh..

Sekarang ni orang lebih suka beli kerepek2 dari biskut raya..
kan??
teringat kat kawan saya dulu sampai ke indonesia pi beli
kuih raya..kek batik,kerepek.mengaut betul..hahaha
kalau ada yang nak ke Muyanmar,loas atau vietnam semata2 nak beli kuih raya boleh la try tengok2 kat sini..(klik)



sekian...

Tuesday, 26 May 2015

MAKNANYA BETUL LA ADA KES CULIK BUDAK-BUDAK UNTUK DIJADIKAN PENGEMIS

Assalamualaikum...



Ingat tak beberapa bulan lalu ada kenyataan keluar dari ketua polis negara kata
rakyat diminta jangan panik dengan cerita2 penculikan kanak-kanak
yang dijadikan pengemis kat dalam negara ni.
masa tu walau  dia kata jangan panik pun
hati mak ayah tetap berkata2 jugak suruh berhati2
walau disangkal oleh pihak berkuasa..

Pelik kan??

Sepatutnya Kita disuruh berhati2..
ni tidak..dia kata jangan risau pulak..
ish ish..patut la orang asyik pertikaikan kredibiliti pihak berkuasa sekarang ni..kan??

Tup2 semalam keluar berita kata ada budak yang hilang disebuah masjid
di kota Bahru  telah ditemui oleh orang awam sedang meminta sedekah di KB Mall.



 nampak????
lagi nak suruh kita jangan risau ke??
walaupun kejadian tu tak berlaku di negeri kita
patut kah kita tak panik??

tu yang berjaya jumpa..
yang tak jumpa2 tu cemana la nasib nya kan??

Bertambah risau sebab budak ni hilang dalam masjid.
dalam masjid pun penyangak ni boleh buat kerja.

Pada semua ibu bapa tu jaga la baik2 anak kita..
bukan yang umur 2,3 tahun tu je patut di jaga..
yang dah besar ,paham apa kita cakap tu pun kena di pantau..
yang besar2 tu lagi senang orang culik nak suruh buat kerja macam2..

Bila keluar dengan anak2 jangan la asyik tengok enpon je..
simpan enpon tu dalam beg..dah balik rumah nanti belek la puas2.
kalau rasa tak boleh nak tinggal tabiat asyik2 tengok enpon tu,
jangan la bawak anak2 keluar..
tahan je dok dalam rumah diam2..


sekian..

Wednesday, 20 May 2015

SAJA NAK BAGI ORANG KELANTAN MARAH

Assalamualaikum...




Memang ada orang yang bukan orang kelantan,
cukup anti dengan  orang kelantan.
kalau bab2 jodoh ni memang tak mau langsung orang kelantan..
lelaki kelantan tak de dalam senarai..
kawan dengan orang kelantan pun tak mau..
kalau kawan serumah tu orang kelantan ,tegur pun tak mau..
memang ada orang  macam ni tau...


Tapi dalam kes wartawan kosmo ni saya tak tahu la kenapa.
Apa sebab bila berita tentang kelantan terus kena highlight kan KELANTAN tu.
Kenapa kalau kejadian melibatkan lelaki perak tak pulak
dia tulis "LELAKI PERAK DITAHAN EDAR DADAH"..
atau pun "WANITA DI SAMUN LELAKI PULAU PINANG."






Wartawan di Kosmo yang yang menulis ketiga2 berita ni..
jangan sampai kosmo di boikot dikelantan pulak lepas ni.hehehe.
kesian rakan kerja yang lain nak cari makan.

sekian..




Friday, 15 May 2015

HAMPIR SEMINGGU MINUM AIR MAYAT

Assalamualaikum...




Agaknya kondominum mana la tu ye yang penghuninya dah seminggu
Minum dan mandi air mayat sebab ada mayat dalam tangki air diaorang.
Mau ada yang pindah nanti tu sebab trauma punya pasal.
mayat tersebut dikesan selepas
penghuni mengadu bau busuk pada air yang mereka gunakan..

Mana yang  ada kemampuan tu
boleh la pi beli air minum kat kedai atau pun
mandi di tempat lain.
tapi yang tak mampu dan tak berkesempatan tu sah2 la
hadap jugak la air busuk tu..hehehh



Tapi kan memang tangki air kat atas tu boleh siapa2 buka tutup ke ?
kalau macam tu baik la ada penutup yang berkunci..kan??
kunci tu pulak dipegang oleh pihak pengurusan..
jadi tak de lah benda2 macam ni berlaku..


Kurafat: air mayat untuk sembuhkan penyakit

Kalau dalam hal2 kurafat ni
air mayat ni orang guna untuk mengenakan orang..
macam nak bagi kedai sebelah melingkup ke...
ataupun untuk bagi orang sakit..macam sihir la..
Tapi kalau dalam kes air mayat dalam tangki tu
rasanya tak de siapa kot yang kena sihir atau perniagaaan nya lingkup..
yang ada cuma mungkin kulit gatal2 dan muntah2 sebab meloya hehhe
jadi jangan risau ye pada siapa yang duduk di kondominium tersebut..
kalau rasa risau sangt pi la klinik buat pemeriksaan kesihatan.


sekian...

Wednesday, 22 April 2015

GANAS NYA PEREMPUAN SEKARANG.MEROMPAK GUNA PEDANG

Assalamualaikum...



Zaman sekarang ni ,orang perempuan memang
berani nya dah macam lelaki.
Setakat kencing berdiri rasanya ramai perempuan dah buat..
Sekarang merompak pun perempuan dah berani..
Bukan pakai taktik jeling2 kiri kanan..lepas tu rembat beg orang,
bawak lari senyap2..itu taktik lapuk dah tu...
Sekarang siap merompak bawak pedang dengan pistol...Kau Mampu???



Tapi benda biasa la...
buat salah lepas tu kena tangkap,menangis merayu
mintak kurangkan hukuman..
menyesal,mula ingat anak,ingat mak,ingat tuhan...



Cer kalau hakim kata tak bersalah..
keluar je mahkamah muka sengih macam kerang busuk..
berjalan penuh lagak..
balik rumah buka tudung ,buka baju kurung tukar
pakai jeans rabak2...
keluar jumpa geng,buat jahat lagi...

Kita ni..selagi tak kena..
selagi tu la tak serik buat jahat..kan??
tak boleh ke kita tersedar sebelum benda2 tak elok jadi pada kita??


sekian...