Showing posts with label topik semasa. Show all posts
Showing posts with label topik semasa. Show all posts

Friday, 3 July 2015

ADA KE ORANG MAKAN BISKUT RAYA MACAM MAKAN NASI?

Assalamualaikum...

gambar google


Tahun lepas saya pi satu rumah ni..
banyak betul kuih raya dia..sampai penuh meja..
biskut raya je ada dalam 15 jenis..banyak..kan??
belum masuk lagi mee,laksa nasik tomato dia..
erm...banyak sangat saya rasa macam membazir je..

Kalau kat rumah saya
beli kuih raya sikit je sebab dah tentu2 nanti nak masak benda lain
Laksa ke,mee kari ke..kuih raya dalam 4,5 jenis je,.
Tu pun beli balang kecik je..
orang lebih suka makan yang berat2..
biskut raya setakat 1-2 biji je..Bukan macam makan nasik..
jadi beli balang kecik je la..

Pernah nampak tak ada kawan sekerja ke,jiran ke yang
asyik tempah kuih raya..?pantang ada orang bagi sample biskut dia pun
suruh la masuk kan nama dia sekali.
Tau tak kalau biskut tempah ni lagi mahal dari biskut yang jual kat kedai..



Biskut kedai pun dah cukup mahal ni kan pulak biskut tempah.
satu balang ada la 30-50 biji..tapi harga nya sampai 2-3 puluh ringgit.

Sekarang ni baru hari ke 16 berpuasa..
siapa la nak beli kuih raya awal2 ni..kan??
beli hari ni esok dah tinggal setengah dikerjakan anak2..
jadi beli hujung2 je la..
Baru tengah2 bulan puasa dah kata kuih raya tak laku.
Tunggu malam raya nanti tengok makcik pakcik sampai tak pi terawih la
sibuk nak pi memborong kuih raya.

Lagi pun yang jual awal2 tu ,bila la biskut tu dia buat..
sebelum puasa ke??tak mau la beli biskut lama..
nanti belum hujung raya dah kaler hijau2.heheh..

Sekarang ni orang lebih suka beli kerepek2 dari biskut raya..
kan??
teringat kat kawan saya dulu sampai ke indonesia pi beli
kuih raya..kek batik,kerepek.mengaut betul..hahaha
kalau ada yang nak ke Muyanmar,loas atau vietnam semata2 nak beli kuih raya boleh la try tengok2 kat sini..(klik)



sekian...

Tuesday, 26 May 2015

MAKNANYA BETUL LA ADA KES CULIK BUDAK-BUDAK UNTUK DIJADIKAN PENGEMIS

Assalamualaikum...



Ingat tak beberapa bulan lalu ada kenyataan keluar dari ketua polis negara kata
rakyat diminta jangan panik dengan cerita2 penculikan kanak-kanak
yang dijadikan pengemis kat dalam negara ni.
masa tu walau  dia kata jangan panik pun
hati mak ayah tetap berkata2 jugak suruh berhati2
walau disangkal oleh pihak berkuasa..

Pelik kan??

Sepatutnya Kita disuruh berhati2..
ni tidak..dia kata jangan risau pulak..
ish ish..patut la orang asyik pertikaikan kredibiliti pihak berkuasa sekarang ni..kan??

Tup2 semalam keluar berita kata ada budak yang hilang disebuah masjid
di kota Bahru  telah ditemui oleh orang awam sedang meminta sedekah di KB Mall.



 nampak????
lagi nak suruh kita jangan risau ke??
walaupun kejadian tu tak berlaku di negeri kita
patut kah kita tak panik??

tu yang berjaya jumpa..
yang tak jumpa2 tu cemana la nasib nya kan??

Bertambah risau sebab budak ni hilang dalam masjid.
dalam masjid pun penyangak ni boleh buat kerja.

Pada semua ibu bapa tu jaga la baik2 anak kita..
bukan yang umur 2,3 tahun tu je patut di jaga..
yang dah besar ,paham apa kita cakap tu pun kena di pantau..
yang besar2 tu lagi senang orang culik nak suruh buat kerja macam2..

Bila keluar dengan anak2 jangan la asyik tengok enpon je..
simpan enpon tu dalam beg..dah balik rumah nanti belek la puas2.
kalau rasa tak boleh nak tinggal tabiat asyik2 tengok enpon tu,
jangan la bawak anak2 keluar..
tahan je dok dalam rumah diam2..


sekian..

Wednesday, 20 May 2015

SAJA NAK BAGI ORANG KELANTAN MARAH

Assalamualaikum...




Memang ada orang yang bukan orang kelantan,
cukup anti dengan  orang kelantan.
kalau bab2 jodoh ni memang tak mau langsung orang kelantan..
lelaki kelantan tak de dalam senarai..
kawan dengan orang kelantan pun tak mau..
kalau kawan serumah tu orang kelantan ,tegur pun tak mau..
memang ada orang  macam ni tau...


Tapi dalam kes wartawan kosmo ni saya tak tahu la kenapa.
Apa sebab bila berita tentang kelantan terus kena highlight kan KELANTAN tu.
Kenapa kalau kejadian melibatkan lelaki perak tak pulak
dia tulis "LELAKI PERAK DITAHAN EDAR DADAH"..
atau pun "WANITA DI SAMUN LELAKI PULAU PINANG."






Wartawan di Kosmo yang yang menulis ketiga2 berita ni..
jangan sampai kosmo di boikot dikelantan pulak lepas ni.hehehe.
kesian rakan kerja yang lain nak cari makan.

sekian..




Friday, 15 May 2015

HAMPIR SEMINGGU MINUM AIR MAYAT

Assalamualaikum...




Agaknya kondominum mana la tu ye yang penghuninya dah seminggu
Minum dan mandi air mayat sebab ada mayat dalam tangki air diaorang.
Mau ada yang pindah nanti tu sebab trauma punya pasal.
mayat tersebut dikesan selepas
penghuni mengadu bau busuk pada air yang mereka gunakan..

Mana yang  ada kemampuan tu
boleh la pi beli air minum kat kedai atau pun
mandi di tempat lain.
tapi yang tak mampu dan tak berkesempatan tu sah2 la
hadap jugak la air busuk tu..hehehh



Tapi kan memang tangki air kat atas tu boleh siapa2 buka tutup ke ?
kalau macam tu baik la ada penutup yang berkunci..kan??
kunci tu pulak dipegang oleh pihak pengurusan..
jadi tak de lah benda2 macam ni berlaku..


Kurafat: air mayat untuk sembuhkan penyakit

Kalau dalam hal2 kurafat ni
air mayat ni orang guna untuk mengenakan orang..
macam nak bagi kedai sebelah melingkup ke...
ataupun untuk bagi orang sakit..macam sihir la..
Tapi kalau dalam kes air mayat dalam tangki tu
rasanya tak de siapa kot yang kena sihir atau perniagaaan nya lingkup..
yang ada cuma mungkin kulit gatal2 dan muntah2 sebab meloya hehhe
jadi jangan risau ye pada siapa yang duduk di kondominium tersebut..
kalau rasa risau sangt pi la klinik buat pemeriksaan kesihatan.


sekian...

Wednesday, 22 April 2015

GANAS NYA PEREMPUAN SEKARANG.MEROMPAK GUNA PEDANG

Assalamualaikum...



Zaman sekarang ni ,orang perempuan memang
berani nya dah macam lelaki.
Setakat kencing berdiri rasanya ramai perempuan dah buat..
Sekarang merompak pun perempuan dah berani..
Bukan pakai taktik jeling2 kiri kanan..lepas tu rembat beg orang,
bawak lari senyap2..itu taktik lapuk dah tu...
Sekarang siap merompak bawak pedang dengan pistol...Kau Mampu???



Tapi benda biasa la...
buat salah lepas tu kena tangkap,menangis merayu
mintak kurangkan hukuman..
menyesal,mula ingat anak,ingat mak,ingat tuhan...



Cer kalau hakim kata tak bersalah..
keluar je mahkamah muka sengih macam kerang busuk..
berjalan penuh lagak..
balik rumah buka tudung ,buka baju kurung tukar
pakai jeans rabak2...
keluar jumpa geng,buat jahat lagi...

Kita ni..selagi tak kena..
selagi tu la tak serik buat jahat..kan??
tak boleh ke kita tersedar sebelum benda2 tak elok jadi pada kita??


sekian...

Tuesday, 14 April 2015

BELANJA UNTUK MAKAN SENDIRI PUN BERKIRA..

Assalamualaikum...

Orang kata bila bab makan jangan berkira..
Sebab nak jamu tekak sendiri..
setuju ke tidak??
kalau saya pulak saya akan kata kena berkira,
cuma tengok keadaaan...



Contoh nya macam ni..

Awak nak makan mee kari..
Kedai A -mee kari dia cukup bahan ,lengkap dengan telur,
udang ayam daging semua..
harga RM9

kedai B- mee karinya cuma ada isi ayam dan telur suku,
daun bawang dan taugeh untuk penyeri.
harga RM3.

kedai mana awak akan pergi?

A? B? atau tengok keadaaan??

kalau dalam beg duit awak sekarang ada rm500,
dalam bank ada 3000,awak makan la kat kedai A.
Tapi kalau dalam beg duit awak ada RM20,
dalam akaun bank ada 12 ringgit,
tak kan awak nak makan kat kedai A.
dah tentu awak pi kedai B...
jadi kalau masuk kedai B ,adakah awak akan di label sebagai berkira bab makan???



Sekarang ni memang ramai yang mengadu
harga di restoran2 agak mahal dan naik mendadak..
tapi ada jugak manusia yang konon nya "boleh semua"
kata 'ala..bab makan pun nak berkira..'

kau ni ..kalau kerja kau goyang kaki je..
lepas tu duit masuk berkepuk2 ,atau kau
setakat suri rumah 24 jam, cukup bulan laki hulur seribu
sebagai nafkah ,lepas tu kau nak kata orang berkira bab makan,baik kau diam! 



Tak de siapa yang nak makan ,makanan tak sedap dalam dunia ni..
kalau minum teh O dan roti kosong tu,
kalau boleh nak je dia tukar dengan Teh o madu dan roti telur.
paling lekeh pun biar lah roti kosong dan kuah kari..


Ada yang mampu dan ada yang tak mampu..
kalau orag komplain tu jangan pandai2 nak kata
"jangan berkira bab makan.." ye....
tunggu time awak susah nanti tengok awak berkira ke tidak.


sekian..

Wednesday, 8 April 2015

CINTA TERHALANG , ANAK GELAR IBUNYA LEMBU

Assalamualaikum...



Ini lah anak jenis tak tahu bersyukur..
jenis tak kenang budi..
kalau tau dah besar nak jadi macam ni..
tak beranak pun tak pe la..kan???




tengok satu gambar ni..
memang bikin panas je hati je..
Bersyukur la kau tak dapat kakak macam makcik ni ye dik..
kalau tak mungkin sekarang kau dah jadi OKU..

Gara-gara ibu nya menghalangan hubungan nya
dengan seorang lelaki yang tidak bekerja ,gadis yang
menggunakan nama Hani menggelarkan ibunya sebagai lembu,.

Dah mak nya lembu..
dia tu anak lembu tapi tak sedar diri jugak..
yang si jantan tu pun..
dah tau tak kerja tak payah la nak melayan
perasaan dengan anak dara orang.
Sedar2 la sikit diri tu..
siapa la nak menantu yang tak kerja..
ingat mak mertua nak bela ka??
lelaki2 yang tak kerja tu sila kecik hati.


sekian..



Tuesday, 31 March 2015

DAH BUAT SALAH ,BISING PULAK..KENA TANGKAP TAU PULAK MALU.

Asalamualaikum...



Macam sedih pulak bila baca berita kat Mymetro pasal
anak2 muda yang ditahan polis sebab asyik berpesta
di Kuala Lumpur kelmarin
yang ditahan tu 30  orang..
tapi yang sedihnya paling tua yang ditahan tu umur 42..
paling muda umur 17..
Polis siap jumpa dadah lagi.

mymetro

Yang tua tu tak reti2 ke nak bertaubat..
umur dah 42..dah masuk kilauan emas dah tu.
patutnya dia yang tua ,suruh la bebudak tu balik..
Ni tidak..dia jadi kepala pulak..

kalau di tengok dari kepala lutut budak2 ni
nampak sangt melayu ..kan??
Yang perempuan pun nak menggedik jugak.

dari berita tu...
polis datang tangkap tu sebab bunyi bising
kat tempat diaorang berpesta tu..
nampak tak bongok nya diaorang..
Buat salah tapi tak reti la senyap2..
nak jugak buat bising nak bagi tau kat orang yang dia tengah buat salah.
cemana polis tak tangkap..

teruk bebudak sekarang ni..
kalau buat salah tak reti nak sorok2..
siap tayang dan bangga2 kan..
lepas tu masuk lokap baru nak tutup muka..
malu la konon..

kat tempat saya ni pun ada jugak jenis2 gini..
duduk tepi jalan..tempat gelap..
berkumpul 2-3 puluh orang..
pasang muzik kereta kuat2 sampai orang
telefon polis sebab mengganggu..
Polis datang tengok2 tengah hisap dadah..
Bodoh tak?buat salah tapi tak reti senyap..
kalau dia tak ganggu orang awam tak de nye
orang nak call polis dan depa pun boleh hisap dadah dengan senang hati..
eheheheheh


sekian..

Wednesday, 18 March 2015

BERAPA KALI DAH DIA CAKAP NAK BERHENTI...

Assalamualaikum...



Dulu masa saya bekerja ada juga kawan sekerja yang
jenis kejap nak berenti..lepas tu tengok muka dia
ada jugak datang hari2..
lepas tu asyik sebut nak berhenti kerja
tapi sampai sudah tak berhenti...
hahaha..



Lepas tu bila saya menulis blog ni ada
juga pernah baca blog yang kata nak tutup blog..
tapi sampai ke sudah tak tutup..
kena serang dengan anon je terus nak tutup blog...
lepas tu blogger datang pujuk2 tetap jugak
"saya tetap dengan pendirian saya,,"
tapi 3 hari je la senyap sunyi ..tengok2 timbul balik..hahahhha



kat facebook pun ada jugak
yang perangai gini...
nak tutup akaun facebook..'tengok2 buka akaun lain
add kawan2 yang sama..ekekkekek...



Dan sekarang sekali lagi timbul cerita sama.
Ustaz Kazim kata nak berhenti beri ceramah tapi tunggu esok dia umumkan..
Dulu pun kata nak bersara tapi lepas tu senyap sunyi  tentang bersara tu..
Cuma kali ni dia kata nak bersara..tapi lepas tu dia sendiri pulak
yang bagi alasan dana sekolah tak cukup la..
susah nak tampung kos 150k sebulan la..
orang lain tak de kata apa2 pun..hahahha...
nak dipujuk jugak ke ni??

Marah jugak peminat2 DUKE ni kat saya..
maklum la DUKE ni idola makcik2 tau...:p


sekian...

Thursday, 12 February 2015

AMAH KEJAM LARI TINGGALKAN BAYI KEMBAR DI RUMAH

 Assalamualaikum...



Ayumi Hamasaki ni kawan sekolah saya dulu...
dia ada anak kembar baru usia 3 bulan..
suami dia dah meninggal masa dia mengandung kan kembar tu..

Semalam masa saya baca status dia di facebook rasa sedih sangat
sebab ada jugak yang sangggup berlaku kejam pada anak2 kecil ni..

pembantu rumah dia (gambar ) dah lari tinggal kan bayi kembar dia kat rumah macam tu je..dia tinggalkan rumah dan naik teksi.mujur la pakcik teksi tu sembang panjang dengan dia dan terkeluar cerita dia tinggalkan baby kembar tu kat rumah.terus pakcik teksi tu mintak no tel kawan saya ni dan bagi tau kat kawan saya yang anak kembar dia tak de siapa jaga kat rumah sebab pembantu rumah ni dah lari..

mujur la pakcik teksi tu bertindak bijak...kan?? semoga Allah limpahkan rezeki untuk pakcik teksi tu..

Siapa2 yang nak ambik pembantu rumah jangan la terambil perempuan dalam gambar ni..dia tak jujur..
Tak de hati perut betul la..Sabar ye Nadia..

Sekian...

Wednesday, 4 February 2015

SAYA TAK SOKONG HUKUMAN MACAM NI

Assalamualaikum...



Disebabkan ada anak jadi saya tak menyokong hukuman macam ni.
lagi2 ianya dilakukan oleh orang luar..
bagi saya tindakan merotan hanya layak diberi oleh ibu bapa.
sebab dah tentu kalau ibu bapa (yang penyayang) yang
merotan anak2 ialah kerana niat mendidik dan bukan untuk menganiaya..
Itu kalau saya la..kalau mak bapak lain saya tak tahu.

Dalam kes yang saya baca kat suratkhabar ni..
Budak ni baru darjah 4..
dan dia dirotan  kerana tak menjawab dalam 5 saat.
Itu memang saya tak boleh terima..
Lagi2 ianya bukan pertama kali berlaku.

Saya dulu pernah juga dapat cikgu garang..
Siapa tak hafal sifir siap la bontot tu kena rotan dengan
pembaris panjang yang kaler kuning.
Ada lagi tak pembaris tu kat sekolah2 sekarang ni??

Memang ada bontot yang makan pembaris tu..
sampai patah.tapi cikgu saya tak de la bagi masa cuma 5 saat untuk jawab..
Dia siap bagi masa lagi balik rumah dan hafal..
esok datang sekolah tak hafal jugak baru kena..
itu pun bukan kat badan..tapi kat bontot dan kaki.
kadang2 kat tapak tangan guna rotan bulu ayam tu..

Saya percaya cikgu-cikgu pun dah tak boleh terima hukuman rotan nih.
ada sekolah yang rotan pun tak disediakan..

Tak tahu la apa niat cikgu ni menghukum sampai macam ni..
Nak mendidik ke,nak bagi sakit atau nak lepas geram.
tapi ianya sesuatu yang tak wajar.

jangan buang masa cikgu dengan merotan..
Adalah lebih baik memberi hukuman yang dia boleh ingat apa yang cikgu tanya tu..
contohnya tulis jawapan untuk soalan tu
sebanyak 40 mukasarat..itu lebih baik kot...


sekian..

Tuesday, 20 January 2015

TERLAJAK UPDATE STATUS,ORANG SCREEN CAPTURE STATUS KAU DIK OI.....

Assalamualaikum..

hai la adik..
tak pasal2 kau jadi bahan makian..
tu la..biar la muka kita ni hitam pun..
tapi kalau mulut jahat siapa2 pun tak suka dik oi...



Saya pelik la dengan adik2 zaman sekarang ni..
lantang sangat berkata2 sampai 
tak peduli pun perasaan orang lain..

Bukan adik ni je..
yang kat luar nun pun ramai saya jumpa macam ni..
Tengok yang tukang2 maki tu pun sama..
lebih kurang je...

kalau terlajak kata boleh la kita tak ngaku.
''eh..bila masa aku cakap gitu..?"
tapi kalau terlajak update status...orang print screen...
orang guna photoscape untuk screen capture,habis la kau dik..
satu malaysia tahu..
mak ayah terpalit sama...


saya sendiri pun pernah di tengking di herdik 
oleh seorang adik tu..
memang terkejut sebab kita dulu kalau orang tu kita tak kenal nak mendengus tak 
puas hati pun kita takut..
Lain la kalau dah lama kenal..
main ketuk2 kepala je..kan??hahahah
ni tak kenal langsung..
kes terlanggar bahu je dah keluar maki hamun...

sekian...


WARGA ASING JADI TAUKEY SEBAB ORANG MALAYSIA PEMALAS?

Assalamualaikum...

kecik besar kecik besar je saya tengok tajuk entry ni..
padahal saya sendiri yang taip tu..hahaha..
tapi itu bukan la pendpaat saya tau..
Ini pendapat yang saya dengar dari mulut orang.



Kat tempat saya ni ada satu kedai runcit..
warga asing punya..
memang ramai pelanggan nya..
barang2 dalam kedai dia pun lengkap..semua ada..

Saya percaya kat tempat lain pun  sama..ada je warga asing yang jadi taukey.
macam mana diaorang boleh berniaga kat sini ye??
ada lesen ke?siapa yang bagi?

Sebab nak duit cepat..
Tak payah kerja berat.dapt duit berganda.
Ada rakyat tempatan yang
bagi warga asing tu guna nama dan no ic
untuk warga asing tu mohon lesen dan sewa bangunan
untuk dijadikan kedai.

Bila diserbu penguatkuasa,orang yang namanya tertera dalam lesen
tu sukarela datang mengaku warga asing tu pekerja dia..
nampak tak betapa duit berkuasa sangat sekarang nih.
Kita nak duduk goyang kaki,
nak duit masuk poket dengan mudah.

Salah ke mereka berniaga?

Tak salah pun.mereka cari rezeki halal..
Cuma ianya  menutup peluang berniaga kepada rakyat tempatan..
kalau nak tau kat tempat saya ni sederet kedai tu dah tutup semua nya..
dulu kedai runcit ada 3 ..
sekarang tinggal satu je yang dok bersaing dengan kedai warga asing tu.
kenapa ye?adakah sebab kita tak usaha lebih macam mereka??
Betul ke rakyat Malaysia malas  sampai tutup kedai?
orang Malaysia tak pandai berniaga ke?

sekian..

Wednesday, 14 January 2015

BERITA PALSU PUNCA GAMBAR KANAK-KANAK INI MENJADI VIRAL

Assalamualaikum...

Rasa geram pulak bila pagi2 dah baca berita macam ni.hairan la dengan manusia yang tak de rasa bersalah mereka-reka cerita yang tak betul...nampak sangat dia mereka-reka cerita tu untuk seronok2 je..meh baca berita yang boleh buat darah naik tinggi nih..

******

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam  tahun, tiba-tiba menjadi ‘terkenal’ di rangkaian media sosial apabila gambarnya  yang memakai pakaian seragam pra-sekolah, menjadi viral.



Ketua Polis Asisten Komisioner M Chandran  mengesahkan laporan, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nozalle Alfred  Joe ditemui penduduk kampung di tepi jalan di Inanam, kira-kira 10 kilometer  dari sini, sebelum membawanya ke balai polis di sana untuk tindakan  selanjutnya.

 Nozalle yang berpakaian pra-sekolah yang comot ditemui  penduduk kampung ketika berjalan kaki balik ke Kampung Kionsom.

“Kami mendapat tahu, kanak-kanak itu membuat  keputusan untuk berjalan kaki dari sekolah Kemas di pekan Inanam ke Kampung  Kionsom semalam apabila bas sekolahnya tidak tiba untuk mengambilnya di sekolah.  Sebenarnya bas itu terlambat tiba.

“Seorang penduduk kampung yang prihatin segera  menghantar kanak-kanak itu ke balai polis untuk mencari siapa ibu bapanya,” katanya.

Chandra berkata, maklumat mangsa segera dimuat  naik ke kumpulan WhatsApp polis dan dikongsi sehingga mereka menemui  bapanya, Alfred Joe.

“Ibu bapa kanak-kanak itu datang ke balai polis  untuk mengambil anak mereka pada jam 7.30 malam,” kata Chandra.

Khabar angin mengenai kanak-kanak itu menjadi  viral sehingga ada yang mengatakan dia ditinggalkan di sekolah selepas ibu  bapanya terlibat dalam kemalangan maut di mana ibunya meninggal dunia di tempat  kejadian, sementara bapanya dimasukkan ke unit penjagaan intensif.

“Khabar angin itu tidak benar. Kanak-kanak itu  selamat dan kembali kepada keluarganya,” katanya.

Sementara itu jurucakap Kemas Sabah mengesahkan  menerima laporan yang sama dan menambah kanak-kanak itu kembali ke sekolah hari  ini, seperti biasa..

***

-Siapa lah yang punya keja dok buat cerita merepek kata mak ayah dia kemalangan nih??tak rasa bersalah ke bila dok buat fitnah macam tu?

-kecik lagi dah kena pi skolah naik bas.hehehe...masa tunggu bas tu mak ayah tak tunggu dia ke?Ish..ish..budak ni kecik lagi.jangan la dibiar tunggu bas sendirian.bahaya la cik kak oi..bahya ada dimana2..



sekian..

Tuesday, 6 January 2015

ZAMAN SEKARANG BERTANYA PUN DAH JADI SATU KESALAHAN...

Assalamualaikum...



Bak kata pepatah orang dulu2..
malu bertanya sesat jalan.
maknanya kalau kita tak tahu apa2
kita tanya la  supaya tak la kita ni
selamanya tak tahu..

Tapi berbeza dengan zaman sekarang..
kalau kau tak tahu,
lepas tu kau tanya  sebab tak faham,
memang teruk la kau kena bahan..



"Kenapa ni saya tak faham la..
apa cerita nya..??"

Lepas tu yang bijak pandai ni jawab la..

"Bodohnya..".

"Kau ni  baru keluar dari  hutan ke?"

"Alahai..soalan.."

Nampak tak??
Dah orang tu tak paham,
apa la salah nya kalau kau cerita
supaya dia paham..
ni tak, dia bahan nya budak tu cukup2..

Lepas tu sampai sudah budak tu
tak tahu apa2..



Entah nak label kan apa la
manusia jenis nih??



Sekian..

Friday, 2 January 2015

PADAH SAYANG ANAK TAK KENA GAYA

Assalamualaikum...

Orang kata budak2 kalau nampak 10 ringgit pun dah rasa banyak..kan??
Apa lagi kalau rm50..
kalau dapat rm50 tu rasa macam "syurga" sangat tau..
Tu yang jadi macam kes kat Terengganu tu.
Nak rm50 sampai mengamuk2 la..

gambar sekadar hiasan


Yang tak tahu cerita meh nak cerita..
Alkisahnya budak 15 tahun ni dok dalam bilik..
Ayah dia dok kat ruang tamu la kot.
Dia yang kat dalam bilik sms ayah dia mintak Rm 50.
Ayah dia baca lepas tu buat tak tahu je..
Dia yang juga seorang penangih dadah
mungkin berasa geram sangat sebab ayah dia buat "dek.." je..
terus keluar mengamuk2 sampai nak rosak kan barang
dan mencederakan ahli keluarga lain...
Gitu lah kesah nya..

Nampak tak kurang ajar nya budak ni..
Mintak duit guna sms je padahal dok satu rumah.

Nampak sangat kurang nya berinteraksi
guna mulut ..
kalau tidak tak de nye dia mintak guna sms.betul tak??

Sampai dah tahap jadi penangih dadah pun nak simpan dalam rumah lagi.
campak je la budak ni kat pusat pemulihan nun..

Ini lah silap mak bapak sekarang.
Sayang anak tak kena gaya.
dah sampai tahap nak membunuh baru nak gelabah.

sekian..

Friday, 19 December 2014

BERGADUH PASAL ARTIS ADALAH PERKARA YANG SIA-SIA

Assalamualaikum..



Saya memang Follow ramai instagram artis.
sebab saya suka tengok gambar2 diaorang.
kalau fb dengan twitter saya tak peduli pun.
Paling saya suka kalau artis tu tunjuk
apa barang makeup diaorang..
atau pun kasut diaorang..
tak pun apa yang diaorang makan dan masak..
majlis kawen ke,majlis harijadi ke..
Best la sebab mana tahu kita pun boleh buat macam tu..kan??

heheheheh...



Sama la macam kat blog jugak.
Biasanya kalau blogger tulis pasal makan,makeup,
atau pun baju dan kasut,
pasal perkahwinan,review inai la...
review baju pengantin la..itu dulu la yang saya baca.
ye la..saya kan perempuan !

Tapi satu yang tak best tengtang IG artis ni
bila datang masa bergaduh tu..
ya Ampun!!artis rilek je baca notification..
yang pengikut nya bergaduh maki hamun sesama sendiri.



Kadang2 geram jugak la dengan artis macam tu.
Dia biar je depa bergaduh.
sepatutnya bila dah tengok ada apai2 nak bergaduh tu
awak delete kan je la gambar yang bikin panas tu..
Nak delete komen satu2 banyak pulak masa kau..kan??
jadi delete je gambar tu.
habis cerita..



Salah seorang artis yang tak ambik kesah  
dengan perangai pengikut2 yang suka
bergaduh ialah Nora Danish..
Dia biar je benda tu melarat2 sampai 1,2 ribu komen..
lama2 pandai pulak pengikut nya berhenti bergaduh..
minggu depan bergaduh lagi..ehehhehe


sekian...

Friday, 21 November 2014

PAKAI LILITAN DI LENGAN BAJU HUKUMNYA HARAM



KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis meminta supaya anggota beruniform seperti polis dan ahli sukan beragama Islam tidak memakai lilitan hitam ataupun warna lain di lengan baju kerana perbuatan itu adalah haram.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perbuatan berkenaan sering dilakukan ketika kematian sedangkan ia merupakan adat kebudayaan bagi orang kafir.

“Pihak kami telah menyemak perkara ini dan mendapati Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1987 telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu haram, oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara menerima keputusan itu.

“Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain,” katanya merujuk kepada keputusan berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Perlis di sini, semalam.

***************************

Ye ke nih??
erm...banyak persoalan bermain kat fikrian saya
bila baca berita nih.
tapi tu la kita bukan orang bijak pandai..
jadi diam kan je la..

angguk..angguk...
geleng2..geleng...

heheheh


sekian.

Wednesday, 19 November 2014

KAT MANA-MANA PUN SAMA NAIK JE...

Assalamualaikum..



kawan saya,orang seberang cerita pada saya yang
harga minyak di sana sudah naik.
Dia rasa2 nak kembali ke sini untuk bekerja..
hehehe...dia tak tahu kat sini pun sama je.
harga barang makin naik..
belum kira bil2 lagi tu..

kata kawan saya lagi disana
sampai ada rusuhan dan tunjuk perasaan sebab harga minyak naik.
Disini belum sampai lagi tahap nak tunjuk perasaan
dijalanan hanya kerana harga minyak naik.
sebab kalau nak berkumpul ramai2 pun tak guna
Tiada siapa peduli....
tak sempat pun ya..

Orang kat sini tengah berlumba-lumba mencari duit.
Yang berkumpul dijalanan tu biasanya orang tak kerja je kot.heheh
tapi kalau tunjuk perasaan di media sosial memang ramai..

Saya katakan pada kawan saya..
lebih baik tinggal disana saja..
dekat dengan keluarga.
Kat sini bahaya..lagi2 pada orang luar..
Orang malaysia sendiri pun ada yang kena kelar,
kena buli apalagi dia yang dari luar
dan tiada siapa2 disini..

kan??

lagipun kat sini dah ramai warga asing...
kami rimas..ekekekkek

sekian...




Sunday, 16 November 2014

GENG BIKERS MACAM BABI KELAPARAN

Assalamualaikum...

Biar gambar berbicara..



huhu..Geng2 bikers..cer komen sikit!!

sekian,,,