Showing posts with label tips rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label tips rumah tangga. Show all posts

Sunday, 20 October 2013

JANGAN CERITA KEBURUKAN SUAMI

Assalamualaikum...



Setiap rumahtangga pasti ada la berombak sekali sekala..
bak kata P.ramlee..
sedangkan lidah lagi tergigit..
ini kan pulak suami isteri...

satu yang menjadi trend isteri2 sekarang
bila menghadapi masalah rumahtangga suka beno cerita
secara terbuka dengan orang lain..
cerita kat facebook..cerita kat blog..kat twitter..
macam tak tau hukum hakam saja..
masa kursus kawen ustaz tak bagi tau ka...

ada perkara yang kita boleh cerita..
misalnya cerita2 yang bertujuan untuk memberi peransang
dan semangat atau untuk menghargai pasangan..
cerita yang berbentuk penghinaan dan
merendahkan martabat pasangan kena dielak kan..
jangan sampai orang nampak keburukan suami kita
bila kita bercerita..

memang la kita tertekan..
tapi apapun yang berlaku kita kena selesaikan dengan suami kita..
berbincang dari hati ke hati..
bila dia tak berubah walau sudah beberapa kali perbincangan
barulah guna pihak ke tiga..
pihak ke tiga itu bukan facebook,blog atau apa2 laman sosial lain ye..

kita ada pakar kaunseling..
kita boleh pergi ke pejabat agama untuk khidmat nasihat..
pergi pejabat agama bukan bermakna bercerai..
pejabat agama tu banyak fungsinya..
bukan semata2 nak bercerai je..

sekian...

Monday, 21 May 2012

DAYUSNYA LELAKI

Assalamualaikum...

Bila kita memilih lelaki untuk dijadikan suami
perkara yang penting adalah
keupayaan dia membimbing kita..
betul tak???
kalau suami nak berjalan lurus pun payah
agak susah nak membimbing isteri dan anak2 nanti..
silap2 tanggung jawab suami serah kat isteri..

Bila isteri melakukan kesilapan
sewajibnyalah suami memperbetulkan..
bukan terus memberi hukuman..

tapi itu lah yang berlaku zaman sekarang..
bila isteri buat silap
terus suami lafazkan cerai..
katanya ..
"dayus lah kalau aku biarkan saja.."
betul tu..
dayus kalau kamu biarkan isteri terus terusan melakukan kesilapan..
tapi lebih dayus jika kamu tidak
memperbetulkan kesilapan isteri kamu..

sepatutnye kamu bimbing la dia..
tunjuk kan dia jalan yang betul..
jangan la terus ucap kata cerai.

sekian...

Wednesday, 30 November 2011

LEPAK DI KEDAI MAMAK JADI RUTIN

Assalamualaikum..

selamat petang
ada isteri2 yang tak berapa suka
bila suami jadikan rutin lepak dengan kawan2
setiap malam di kedai mamak sampai 2,3 jam..
kebanyakan isteri rasa macam tu..

kalau sekali sekala itu kita pun tak kisah..kan??
tapi bila setiap malam
agak tak seronok la kita
sebagai isteri..

zaman bujang dulu kalau buat gitu
tak pe la..
tapi bila dah kawen kan baik
masa yang ada tu diisi untuk anak isteri ye dak??

Ada suami yang anggap
"ala..bukan buat benda tak senonoh pun..minum
dan berbual dengan kawan2 je.."

cer pikir pulak kalau setiap petang dari jam 5-7
petang isteri jadikan rutin untuk berbual
dengan jiran tetangga.suami balik kerja
tengok kain baju kat ampaian
tak berangkat,air minum pun tak de..
hangin kan???

ha..macam tu la yang isteri rasa..
kalau seminggu sekali dua nak lepak kat kedai mamak,
rasanya isteri tak kisah pun..



sekian..

Wednesday, 24 August 2011

Kamu yang kedua..jangan banyak merungut!

Assalamualaikum...

Jangan la merungut...
dulu masa kamu ambik dia dari yang pertama,
tak kan kamu tak fikir risikonya..

Sekarang kamu jangan nak merungut pulak..
yang pertama tak merungut pun dulu..
dia terima je..
tak kan sekarang kamu tak boleh terima..

kena sedar diri..
kamu tu yang ke dua..
kamu hidup berkongsi..
jadi jangan fikir dia hak kamu sepenuh nya..
cermin2 diri...

kamu ambik hak orang jadi
kamu tak boleh buat macam hak sendiri..
dulu kamu ada pilihan tapi kamu ikut kata hati..
jadi sekarang kena terima la semuanya..

jangan sukahati nak salahkan takdir.
jodoh pertemuan itu memang takdir..
tapi yang menentukan rentak perjalanan kamu itu
adalah diri kamu sendiri..

bermadu itu indah bila kamu jadikan dia indah..
akan jadi buruk bila dalam hati ada rasa dengki
dan sakit hati...
buang dan kikis sikap buruk itu..
insyaallah..kamu akan lebih tenang..

kamu bagaikan mentimun..dia bagaikan durian..
menggolek pun luka,kena golek pun luka..
jadi baik kamu duduk diam2 je..
lalui ia dengan sabar.

sekian..


Friday, 8 July 2011

minta pendapat pasangan

Assalamualaikum...


selamat tengah hari..
dah pukul 12..sementara suami2 ke masjid
boleh la kita duduk2 berehat..kan??
kang dia balik nak kopi la...
nak makan nasik la..kan??kan??

Aku nak cerita pasal meluahkan pendapat.
ni cerita dalam rumahtangga la ye..

Ada masa2 nye kita tak sedar yang
kita tak bagi peluang pada pasangn kita
untuk memilih dan bagi pendapat..
dalam semua hal kita je yang nak tentukan..

"abang..baju raya tahun ni awak pakai kaler oren ye.."

"tengah hari ni saya tak masak.belikan nasik kandaq 2 bungkus."

tak tanya apa pun tetiba je buat keputusan untuk dia..
Niat kita sebenarnye mungkin lebih kepada
merancang untuk dia..
kononnye tak nak dia terbeban memikir..

ada jugak yang rasa..

"tak payah tanya dia la..
dia mesti kut cakap saya punye.."

tapi apa salahnye kan kita tanya jugak
pendapat ia..
sekurang-kurang nya dia akan rasa
pendapat dia diperlukan.

"abang rasa tahun ni nak pakai kaler apa pulak..?"

"ok tak kalau hari ni kita beli makan kat luar je.?"

nampak tak??
nak bahagia ni senang je sebenarnye..
nak buat dengan tak nak buat je lagi..'kan??
segalanya bergantung pada hati kita sendiri..
kalau tak nak buat,
mana kan nak datang kebahagiaan tu..


sekian..