Showing posts with label tips rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label tips rumah tangga. Show all posts

Sunday, 20 October 2013

JANGAN CERITA KEBURUKAN SUAMI

Assalamualaikum...



Setiap rumahtangga pasti ada la berombak sekali sekala..
bak kata P.ramlee..
sedangkan lidah lagi tergigit..
ini kan pulak suami isteri...

satu yang menjadi trend isteri2 sekarang
bila menghadapi masalah rumahtangga suka beno cerita
secara terbuka dengan orang lain..
cerita kat facebook..cerita kat blog..kat twitter..
macam tak tau hukum hakam saja..
masa kursus kawen ustaz tak bagi tau ka...

ada perkara yang kita boleh cerita..
misalnya cerita2 yang bertujuan untuk memberi peransang
dan semangat atau untuk menghargai pasangan..
cerita yang berbentuk penghinaan dan
merendahkan martabat pasangan kena dielak kan..
jangan sampai orang nampak keburukan suami kita
bila kita bercerita..

memang la kita tertekan..
tapi apapun yang berlaku kita kena selesaikan dengan suami kita..
berbincang dari hati ke hati..
bila dia tak berubah walau sudah beberapa kali perbincangan
barulah guna pihak ke tiga..
pihak ke tiga itu bukan facebook,blog atau apa2 laman sosial lain ye..

kita ada pakar kaunseling..
kita boleh pergi ke pejabat agama untuk khidmat nasihat..
pergi pejabat agama bukan bermakna bercerai..
pejabat agama tu banyak fungsinya..
bukan semata2 nak bercerai je..

sekian...

Monday, 21 May 2012

DAYUSNYA LELAKI

Assalamualaikum...

Bila kita memilih lelaki untuk dijadikan suami
perkara yang penting adalah
keupayaan dia membimbing kita..
betul tak???
kalau suami nak berjalan lurus pun payah
agak susah nak membimbing isteri dan anak2 nanti..
silap2 tanggung jawab suami serah kat isteri..

Bila isteri melakukan kesilapan
sewajibnyalah suami memperbetulkan..
bukan terus memberi hukuman..

tapi itu lah yang berlaku zaman sekarang..
bila isteri buat silap
terus suami lafazkan cerai..
katanya ..
"dayus lah kalau aku biarkan saja.."
betul tu..
dayus kalau kamu biarkan isteri terus terusan melakukan kesilapan..
tapi lebih dayus jika kamu tidak
memperbetulkan kesilapan isteri kamu..

sepatutnye kamu bimbing la dia..
tunjuk kan dia jalan yang betul..
jangan la terus ucap kata cerai.

sekian...

Wednesday, 30 November 2011

LEPAK DI KEDAI MAMAK JADI RUTIN

Assalamualaikum..

selamat petang
ada isteri2 yang tak berapa suka
bila suami jadikan rutin lepak dengan kawan2
setiap malam di kedai mamak sampai 2,3 jam..
kebanyakan isteri rasa macam tu..

kalau sekali sekala itu kita pun tak kisah..kan??
tapi bila setiap malam
agak tak seronok la kita
sebagai isteri..

zaman bujang dulu kalau buat gitu
tak pe la..
tapi bila dah kawen kan baik
masa yang ada tu diisi untuk anak isteri ye dak??

Ada suami yang anggap
"ala..bukan buat benda tak senonoh pun..minum
dan berbual dengan kawan2 je.."

cer pikir pulak kalau setiap petang dari jam 5-7
petang isteri jadikan rutin untuk berbual
dengan jiran tetangga.suami balik kerja
tengok kain baju kat ampaian
tak berangkat,air minum pun tak de..
hangin kan???

ha..macam tu la yang isteri rasa..
kalau seminggu sekali dua nak lepak kat kedai mamak,
rasanya isteri tak kisah pun..



sekian..

Wednesday, 24 August 2011

Kamu yang kedua..jangan banyak merungut!

Assalamualaikum...

Jangan la merungut...
dulu masa kamu ambik dia dari yang pertama,
tak kan kamu tak fikir risikonya..

Sekarang kamu jangan nak merungut pulak..
yang pertama tak merungut pun dulu..
dia terima je..
tak kan sekarang kamu tak boleh terima..

kena sedar diri..
kamu tu yang ke dua..
kamu hidup berkongsi..
jadi jangan fikir dia hak kamu sepenuh nya..
cermin2 diri...

kamu ambik hak orang jadi
kamu tak boleh buat macam hak sendiri..
dulu kamu ada pilihan tapi kamu ikut kata hati..
jadi sekarang kena terima la semuanya..

jangan sukahati nak salahkan takdir.
jodoh pertemuan itu memang takdir..
tapi yang menentukan rentak perjalanan kamu itu
adalah diri kamu sendiri..

bermadu itu indah bila kamu jadikan dia indah..
akan jadi buruk bila dalam hati ada rasa dengki
dan sakit hati...
buang dan kikis sikap buruk itu..
insyaallah..kamu akan lebih tenang..

kamu bagaikan mentimun..dia bagaikan durian..
menggolek pun luka,kena golek pun luka..
jadi baik kamu duduk diam2 je..
lalui ia dengan sabar.

sekian..


Friday, 8 July 2011

minta pendapat pasangan

Assalamualaikum...


selamat tengah hari..
dah pukul 12..sementara suami2 ke masjid
boleh la kita duduk2 berehat..kan??
kang dia balik nak kopi la...
nak makan nasik la..kan??kan??

Aku nak cerita pasal meluahkan pendapat.
ni cerita dalam rumahtangga la ye..

Ada masa2 nye kita tak sedar yang
kita tak bagi peluang pada pasangn kita
untuk memilih dan bagi pendapat..
dalam semua hal kita je yang nak tentukan..

"abang..baju raya tahun ni awak pakai kaler oren ye.."

"tengah hari ni saya tak masak.belikan nasik kandaq 2 bungkus."

tak tanya apa pun tetiba je buat keputusan untuk dia..
Niat kita sebenarnye mungkin lebih kepada
merancang untuk dia..
kononnye tak nak dia terbeban memikir..

ada jugak yang rasa..

"tak payah tanya dia la..
dia mesti kut cakap saya punye.."

tapi apa salahnye kan kita tanya jugak
pendapat ia..
sekurang-kurang nya dia akan rasa
pendapat dia diperlukan.

"abang rasa tahun ni nak pakai kaler apa pulak..?"

"ok tak kalau hari ni kita beli makan kat luar je.?"

nampak tak??
nak bahagia ni senang je sebenarnye..
nak buat dengan tak nak buat je lagi..'kan??
segalanya bergantung pada hati kita sendiri..
kalau tak nak buat,
mana kan nak datang kebahagiaan tu..


sekian..

Thursday, 10 March 2011

Bila Dah Kawen nanti...

assalamualaikum...

Agak ramai kawan2 yang bakal mendirikan rumahtangga dalam tempoh 2,3 bulan ni..yang nak kawen minggu depan pun ramai..minggu depan kan dah cuti sekolah.best!!!dapat makan sedap2..
tu pun kalau ada jemputan la..kalau tak de jemputan terpaksa la tunggu bulan 4 nanti.makan sedap2 kat rumah eija.dia kan nak bertunang.

Bila kita sebut pasal nak kawen soalan pertama yang kita biasa tanya."hang cukup duit dah ka..?".betoi dak??sebenarnye selain persedian dari segi ekonomi ada satu lagi yang korang kena bersedia.iaitu persediaan sosial.pegh!!!skema punya ayat..hahah

bila dah kawen segala2nya berubah.hubungan juga sudah berubah.tiba2 saja korang sudah ada ibu dan bapa mertua.selain tu ada ipar duai.semua tu korang kena bersedia.kena pandai bawak diri.jangan berlagak bagus2 je bila berdepan ipar duai dan mertua.rendah diri tu perlu jugak sekali sekala

korang kena belajar menyesuaikan diri dengan semua ni..."sebelum kawen pun saya dah memang akrab dengan keluarga mertua ni.."bunyi macam belagak saja..tapi hati2 sebelum kawen hubungan itu lain.kita tak de komitmen.bila dah kawen dan masuk kedalam keluarga mereka semua yang kita buat perlu ikut keadaan kita dan keadaan mereka.tak boleh balik kampung setakat 2,3 jam lepas tu nak balik rumah kita.kita kena pikirkan mertua jugak.

masa bercinta dulu kalau pi melawat keluarga kekasih boleh la bawak buah oren je.tapi bila dah jadi menantu balik kampung kena la beli barang makan dan hulur2 duit untuk belanja mak dan ayah.

tak payah la aku cerita panjang2.yang penting banyak kan bertanya pada orang yang berpengalaman.bertanya saja.bukan bercerita tentang rumahtangga kita ye adik..heheh...

sekian...

Monday, 7 March 2011

Suami cerewet

Assalamualaikum..

Selamat petang semua..
ramai lelaki yang tak suka mendedahkan kelemahan diri sendiri.
tambah2 bila sudah berumah tangga..
walaupun pasangan dapat melihat kelemahan diri nya
tapi dia tetap menyangkalnya.
bila ditegur akan bermula la sengketa..
susah nak jumpa pasangan yang boleh menerima teguran.
kalau ada yang boleh terima pun
dalam hati tetap ada luka.
"eleh..cakap kat orang macam la dia sempurna sangat.."
ada kan yang cakap gitu??dalam hati la..heheheh

contohnya dalam soal makan..
bila depan orang ramai...
"saya jenis tak cerewet..
isteri masak apa pun saya makan.."
tapi hakikatnye..itu tak makan..ini tak makan..
sambal belacan dan ulam wajib ada.kalau tak de tak mau makan..

yang peliknye kalau kat rumah
bila isteri masak ada je tak kena..
tapi kat rumah orang hidang apa saja
semuanye sedap2 belaka..
ingt tak de ke suami2 yang begitu..
heheh..

bukan la semua suami2 begitu..
sesetengah nye saja..
tapi ramai la..bukan sedikit.hahahah..

jadi kepada isteri2 selera makan suami itu sangat
penting untuk kita fahami..
jangan ambik mudah ye kawan2..
kalau kita nak ubah selera dia memang tak patut la..
cuba kalau orang paksa kita makan apa yang kita tak suka..
rasa nak sepak je kan?/heheh

sekian..

Monday, 21 February 2011

isteri garang!

Assalammualaikum...

pernah jumpa rumahtangga yang dikawal isteri??suami nak keluar,isteri yang tentukan pukul berapa suami perlu sampai ke rumah.suami nak pi kerja,isteri yang hantar kan sampai ke depan opis.ha..sampai macam tu sekali..suami pulak sebab malas nak bergaduh ikut kan saja undang2 bodoh isteri tu.

sebenarnye punca utama isteri jadi begitu mungkin kerana sejarah silam.mungkin si suami sebelum ni pernah melakukan kecurangan dan kesalahan jadi si isteri mengambil keputusan bertindak bagai seorang penjaga bayi.mungkin juga sejarah keluarga isteri..melihat kakak atau adik nya yang menjadi mangsa kecurangan suami..jadi dia takut kalau2 nasib nya seperti itu.

ada jugak isteri yang jadi macam ni sebab terlalu terpengaruh dengan cakap2 orang.."hang jaga sikit laki hang tu..dia tu ada rupa.silap2 hang dapat madu.."erm..bila sepuluh kali kita dok sebut gitu mau tak terkesan di jiwa dia..kan??

filem2 dan drama2 yamg terlalu kerap menonjolkan sikap kecurangan seorang suami jugak jadi penyebab isteri2 bersikap sedemikian.fikiran nye disogok dengan terlalu banyak drama2 kecurangan.lepas tengok drama emosi sorang2 kat dapur..sambil masak teringat2 adegan si pelakon yang pegang watak suami berkepit di pusat membelih belah dengan wanita lain..

jadi suami kena lah bertegas dengan isteri2 yang macam ni.ajak berbincang.yakin kan padanya bahawa cinta korang sebagai suami tak kan berubah.jelaskan jugak apa kesan nye kalau sikapnye berterusan begini dan bagaimana pandangan masyarakat sekeliling akan melihat keupayaan si suami mengawal rumahtangga..kerap2 lah menjadi imam kepada keluarga bila setiap kali bersolat.

sekian..

Monday, 14 February 2011

dia suka makan.....

Assalamualaikum...

entry pertama untuk hari ni..
kesian blog aku..terabai!
tak pa..sikit hari lagi kita pulun berblog macam dulu..
hehe..berangan!!

malam ni aku nak cerita tentang selera suami..
suami aku suka makam ayam masak kicap..
tak pun daging masak kicap.
memang kegemaran dia.

suami orang aku tak tau la..
aku pernah berbual dengan seseorang..
masa tu kami cerita pasal makan2..
dia cakap gini..

"Mat(bukan nama sebeno) suka makan lauk ni..tapi saya tak berapa reti la nak masak benda ni.
rasa nak makan kami beli ja.."

kesian nye suami dapat isteri gini..
dah tau sumi suka makan benda tu cuba2 la belajar buat.
ambik la hati suami dengan benda2 yang dia suka..

mesti korang2 ni ada yang kata
"dah cuba masak tapi
dia lebih suka makan yang beli tu.."
oh..simpati aku pada isteri begini sebab
suami lebih suka makanan kedai dari isteri masak.

orang tua2 kata ikat selera suami kita dengan air tangan kita sendiri.
buat dia terigau2 dengan masakan kita.
sematkan dalam hatinya hanya
masakan kita saja yang
membuka seleranya...

adik2 yang bakal menjadi isteri,
apa lagi ..risik2 la apa makanan kegemaran bakal suami..
masa ni la nak belajar memikat hati sidia..

sekian

Monday, 7 February 2011

Abang akan kawen lagi tak??

Assalamualaikum..

nak baca satu cerita tak??
pada satu malam jumaat..
selepas penat menonton rancangan gusti di tv3 sepasang suami isteri
basuh2 kaki dan apa yang patut kemudian merebahkan kepala ke atas bantal..
tiba2..

puan maimun:abang..kalau saya mati abang akan kawen lain tak?

encik Mat:tengok keadaan la..

puan Maimun:kenapa pulak?

encik mat:ye la..anak kita kan kecik2 lagi..kalau mati sekarang
mungkin abang akan kawen lagi.kalau tak sapa nak jaga anak2 kita masa abang pi kerja..kan??

puan maimun:kalau saya mati masa anak2 dah besar nanti?

encik mat:tengok keadaan jugak..mana la tau kot2 dah tua nanti anak2 tak mau jaga abang..

puan maimun:uh!!menyampah!benci lah!!!

hehe..lumrah la orang perempuan ni,
mereka memang suka mengharapkan suami2 berkata sesuatu mengikut apa yang hati
dan telinga mahu dengar.
walaupun sesuatu itu tak mampu suami laksana kan namun
cukup la sekadar suami2 bermanis mulut..
mungkin maimun mengharapkan cerita diatas seperti ini..

puan maimun:abang..kalau saya mati abang akan kawen lain tak?

encik mat:tak mungkin la..hati dan rasa cinta abang hanya pada mon sorang ja..
tak dak sapa yang boleh ganti mon.kalau mon mati merana la abang..
gelap la masa depan abang..

hahah..memang nampak "janji manis mu"..tapi itu yang isteri nak dengar.
mungkin sebab tu la orang pompuan senang kena tipu..

contoh yang lain bila isteri kata..
'abang..satgi tolong alihkan pasu bunga kat depan tu"

jawapan yang isteri nak dengar ialah
"okey.."

'okey' tak semestinye suami kena buat terus..
'okey' tu cuma untuk sedapkan hati dia ja..

sekian..:)


Saturday, 5 February 2011

tip terselit mencari isteri!

Assalamualaikum..

selamat malam semua..
bila kita sebut pasal nak cari isteri mesti la kita nak yang cantik..
nak yang berbudi bahasa..dan yang elok2 saja la..kan??
siapa nak yang buruk dan perangai tak serupa orang kan?
tip2 gitu banyak dah orang cerita..yang memahami lah..yang ikhlas la..
yang rajin la..yang serba serbi baik la kiranye..
bila dah rasa serasi nak la berkenal2 pulak dengan keluarga dia..kan?

malam ni aku nak bagi sikit tip terselit
memerhati pasangan sewaktu kita pi berkunjung ke rumah
keluarga dia..

yang pertama mestilah bab kebersihan.bila mana sampai ja korang kat
depan pintu umah dia,tiba2 je bau air kencing sah la
bab kebersihan tak jadi keutamaan bakal bini korang tu..
masuk dalam rumah je dah nampak baju bersangkut2 kat tepi tingkap..
sangkut tepi tv..lantai pun berpasir je..cuba2 juga berani kan diri mintak izin
pinjam bilik air sat..selidik2 la sama tahap kebersihan dapur dan bilik air tu..
kalau kurang memuaskan ...aih!!
balik rumah nanti sila pikir semula keputusan korang
untuk ambik dia jadi isteri..

kemudian tengok pulak adik beradik dia..
kalau yang perempuan tu bertudung litup..
dan yang lelakinye tidak la terdedah kepala lutut yang hitam tu
maknanye bab2 agama ni meraka ambil berat la jugak..
kalau sebaliknye sila tanya diri sendiri mampukah korang mendidik isteri korang untuk menutup aurat sepenuhnye bila dia dah jadi isteri nanti..

lepas tu tengok pulak cara layanan adik beradik dia pada korang..
kalau mereka banyak bertanya dan ramah tamah itu maknanye mereka
mempunyai hubungan kekeluargaan yang agak rapat.tapi kalau
korang sedia maklum adik beradik dia ada 7 orang tapi yang korang nampak
kat ruang tamu berbual dengan korang adalah sorang je,yang sorang pi memancing,
sorang lagi pi main gitar tepi jalan ,sorang lagi ngadap cerita korea kat dalam bilik
tu maknanye mereka tak peduli pun akan kehadiran seseorang yang bakal menjadi sebahagian dari hidup diaorang.dalam kata lain "aku tak heran la kat ko"..

seterusnye korang perhatikan pulak cara mak ayah dia..
kalau mak ayah nye lebih suka bercakap banyak tentang politik dan
perkara2 di luar dan niat sebenar korang datang,tu makna nye
mereka tak kisah pun dengan sapa anak diaorang berkawan..sangat bahaya!!
tengok jugak kalau2 setiap kali korang bercerita tentang kerjaya korang,
gaji atau cerita tentang keluarga korang,mak atau ayahnye seakan "eleh..tak la hebat sangat"
sila la dengan segera undur diri..takut nanti bila dah kawen korang akan kurang di hormati..

dan yang last sekali sewaktu korang berbual dengan mak ayah dia,
kalau dia tu menempek je tepi korang sah le dia memang jenis tak tau malu..
tapi kalau dia duduk dalam bilik ke..
duduk sebalik dinding ke..
curi2 dengar dari dapur ke...ha..sangat cantekkkk!!
heheh...

tu je lah..
kalau sapa2 nak tambah boleh la buat entry baru kat blog korang sendiri..
hehhehe..

sekian..

Friday, 28 January 2011

cerai

Assalamualaikum...


nak cerita tentang cerai..hari2 ada orang bercerai.
orang perempuan suka mintak cerai,yang lelaki pulak
suka2 hati je bagi cerai..
bila dah mintak suami pulak bagi.
rasa tercabar je bila isteri jerit2,
"'ceraikan aku!!!ceraikan aku!!"
macam di sampuk hantu..

lepas tu bila dah bercerai cakap pulak suami kejam
ceraikan dia ..
padahal dia yang nak bercerai..hehhe

korang biasa kan baca dalam surat khabar
dalam ruangan soal jawab,
ada yang tanya pada ustaz tu..
"saya melafazkan cerai dalam keadaan marah..
adakah boleh jatuh talak?"

tak tau la masa kursus kawen dia buat apa.
tidur kot..

talak tetap jatuh walaupun dalam keadaan marah atau
tanpa niat jika dilafazkan dengan jelas..
tapi kalau suami korang giler ke,belum baligh ke,
talak tak jatuh ye kawan2..
masa tu sila rujuk kat mahkamah..!

tapi kalau pun laki tu tak baligh lagi jangan la
mulut tu dok sebut cerai saja..
satgi benda tu jadi dah terbiasa pulak..
bila dah baligh,ada isteri mula la sikit2 nak cerai.
sikit2 jatuh talak..

tengok budak2 yang bercinta sekarang ni..
bila putus je orang tanya la..

"eh!kamu kawan dengan dia lagi ke?"

"tak la..dah bercerai.."

amboi..bercerai ye??belum kawen dah berani sebut cerai berai..
sebab tu la bila kawen perkataan cerai tu biasa je pada diaorang..!

tak dak sapa yang kawen untuk bercerai..
jadi pandai2 la kawal diri..
kalau ada bunga2 nak bergaduh tu,
baik la masing2 mula bertenang..
jangan bila perkataan cerai dah keluar baru nak cari jalan penyelesaian..
kawal mulut masing2 supaya perkataan cerai itu tak keluar..okey..


senyummmm!! :)






Thursday, 27 January 2011

kunci kebahagian

Assalamualaikum...

Bila tengok pasangan yang punye anak yang baik..
yang tidak terlibat dengan masalah sosial..
yang patuh pada ibu bapa..
mesti kita tertanya2 bagaimana dia mengasuh anak2 nya..
kan??

nak tahu apa kunci rahsia mereka??

"kemesraan suami isteri"

sekian..

Tuesday, 21 December 2010

terima lah daku seadanya..!

selamat petang..

bila kita berpasangan kita mengharapkan pasangan kita itu
menerima kita seadanya.
baik buruk kita haruslah dia sedia maklum..
tapi awas..
bukan semua pasangan begitu..

lebih ramai yang mengharapkan kita jadi lebih baik dari biasa..
jika ada sikap kita yang tidak disenangi kawan2,
mungkin satu hari nanti pasangan kita jugak
tidak senang dengan sikap kita itu.
mula2 memang dia boleh terima
kerana fikirnya kita akan berubah.tapi makin lama jika
kita begitu juga
tak mustahil sikap kita itu akan jadi punca perpisahan dan pertelingkahan

makanye cuba perbaiki diri kita
dari masa ke semasa..
bukan untuk pasangan kita saja..
malah untuk orang lain juga...

misalnya jika kita suka melatah dan mengeluarkan
perkataan yang kurang enak didengar..
pastilah pasangan kita mahukan kita berubah dari menjadi badut
didepan teman2 dan saudara mara kepada
sikap yang lebih sopan..


sekian...