Showing posts with label tips nak buat facebook live. Show all posts
Showing posts with label tips nak buat facebook live. Show all posts

Thursday, 25 July 2019

KESILAPAN YANG SELALU DIBUAT KETIKA FACEBOOK LIVE

Hi semua..

Tadi dok scroll facebook nampak status kawan yang kata  ramai tak tengok dia live.  Hahaha... Saya punya rakan sosial media semua kelakar-kelakar. Makanya hari ni saya nak cerita sikit tentang facebook live. Korang yang selalu buat live boleh baca sebab saya nak terangkan beberapa kesilapan yang kita selalu buat semasa kita sedang facebook live.



Saya memang tak pernah buat Facebook live. Tapi saya selalu juga tonton Facebook live dari rakan2 facebook saya. Tak semua .. tapi kalau ada masa saya tonton la.

Bagi korang yang berniaga atau pun seorang influencer , facebook live ni sangat penting sebab dari sini kita boleh mendedahkan lagi jenama kita kepada orang lain.

Tapi kalau tak kena cara facebook live korang ada lah sia-sia. Kali pertama orang tonton la sebab nak tengok awak secara dekat. Kali kedua orang dah makin kurang, kali ketiga lagi kurang dan makin lama ada lah 1-2 viewer saja.

Sebab orang dah boleh tahu live awak "tak best".

Ada beberapa kesalahan yang korang buat ketika facebook live ni jadi punca kenapa facebook live korang tak dapat sambutan dari rakan2 lain.






1- Tak de tujuan.

Sebelum buat Facebook live pastikan korang tahu apa benda yang korang nak cakap. Jangan start Facebook live dah merapu tak tentu hala. Sembang-sembang kosong pun pastikan ianya ada input untuk orang lain. Sebelum online tulis la sikit apa benda2 penting yang korang tak nak lupa. Tentukan tujuan awak buat buat facebook live.

Kalau boleh sebelum live tu up status dulu bagitau yang korang nak buat Facebook live pada jam sekian-sekian sebab ada benda penting nak diberitahu. Tunjuk la sikit macam ada benda yang betul2 mustahak untuk pengetahuan orang lain .

2- Tak tetapkan tempoh masa untuk facebook live.

Dah bagitau pada kawan-kawan yang korang nak buat Facebook live jam 9 malam. kawan-kawan pun tunggu. Start jam 9 kawan-kawan masuk tengok, 9.05 korang masih lagi dok " share2 dulu, like2 dulu..tunggu kawan2 lain masuk ye..",,

Pot pet pot pet benda merapu yang tak penting je. Kalau nak orang share , awal2 awak dah kena cakap benda berfaedah dan menarik dulu. Baru la orang berminat nak share. Tak kira la walaupun time tu ada 2-3 orang viewer. Benda boleh cakap ulang2 kali bukan nya jadi masalah besar pun kalau start awal.

Korang tahu tak yang semakin lama tempoh Facebook live korang akan buat makin ramai yang tengok. Tapi kalau korang buang masa penonton, ianya tak kan menjadi.

Korang nak buat 1 jam facebook live, pasti kan dalam tempoh tu penuh dan padat. Sebab tu point no 1 tadi tu penting ..



3- Terdesak nak menjual

Siapa yang tonton facebook live korang sebenarnya bukan dia nak beli barang korang pun. Dia cuma nak tengok korang je. Mereka cuma nak kenal korang je. Nama pun sosial media.

Korang berniaga. Korang boleh kongsikan perjalanan susah payah korang dalam bisnes korang semasa buat Facebook live. Cerita sikit jatuh bangun korang sampai korang boleh keluarkan produk korang.

Jangan la live2 je terus susun produk depan korang. Nanti orang akan rasa.." ala..dah la facebook status pun asyik cerita pasal produk dia. Ni masa Facebook live pun nak cerita lagi.." . Bosan weh!!

Korang boleh ajak penonton korang terlibat sama masa Facebook live tu. Ajak main teka teki ke. siapa jawab betul ada hadiah. Tak perlu fokus sangat pada jualan korang. Masa Facebook live ni la korang nak ambik hati pengikut2 korang tu.

Nanti Facebook live kali kedua mesti diaorang tak sabar nak tunggu.

4- Jeda yang terlalu lama.

Yang ni kalau saya pun mesti terus stop tengok facebook live awak. Ni salah satu sebab kenapa live facebook kawan2 banyak yang saya tak tengok. Dia punya waktu berhenti tu bukan main lama.

"kejap ye.. nak ambik barang kat luar jap.." kita ni tunggu la , tengok dinding je macam orang bodoh.

 Tunggu seminit, dua minit, 3 minit. Suami lalu kat belakang tanya kita.." awak tengok dinding je ke?" Rasa bodoh tak??

Ada yang stop kejap nak tunggu penonton lain masuk dulu. Dah ramai baru nak start katanya. Sambil tu dia betul kan tudung, cabut bulu hidung, picit blackhead.

Korang rasa kawan2 tu nak tunggu ke? Tak.. kalau korang Mira Filzah atau Remy Ishak mungkin ramai yang tunggu. Tapi sayang  korang bukan artis popular. Korang sendu je.. Hahaha.

Benda 5 minit terus jadi 30 minit. Tunggu orang nak view je dah 15 minit. Buang masa. Dah la data mobile mahal. Internet pulak siput je.

5- Video dengan kualiti yang rendah.

Macam kita tengok tv la. Nak ke kita tengok filem atau drama macam tengok DVD cetak rompak. Gambar berkabus macam kat alam bunian, gambar pun gelap je. Tak nampak jelas muka korang.

 Bukan lah kena ada jurukamera khas bagai.

Cukup la ada tripod, pencahayaan yang bagus, internet yang laju. Suara yang jelas. Jangan la buat live dengan suara anak menangis, anak berebut buku.

Tak nak la facebook live gambar goyang2 rupanya anak tolong pegang phone. Kejap2 phone terbalik . Terkejut kita tiba2 nampak lampu siling je. Rupanya phone dia sandar kat gelas je. Heheheh




6 - Tak pandang kamera dan tak jawab soalan penonton

kadang-kadang ada soalan yang penonton tanya masa Facebook live tu korang try la jawab. Jangan  pilih2 soalan pulak. Si Minah tanya umur berapa kau tak jawab tapi bila Remy tanya berat badan berapa beriya2 kau jawab 40 kg.

Buat2 tak nampak je soalan dari penonton nanti orang malas nak tengok sebab kau tak nak layan dia. Kat status facebook kita pun kalau ada orang komen , lepas tu kita tak jawab. Ada orang yang jenis kecik hati dia delete terus komen dia tau. lepas tu unfollow kita.

Ni kan pulak kat Facebook live.  Jawab laju2 pun tak pe kalau soalan banyak. Tunjuk kan lah sikit kesungguhan korang untuk jawab soalan penonton tu. baru la korang akan disayangi dan disukai. Kalau sempat sebut la nama mereka yang sedang tonton Facebook live tu. cakap terima kasih ke, tanya makan kat mana malam ni.. Ramah dan mesra la sikit.






7- Membiarkan video yang tidak berkualiti kekal di facebook

Lepas korang baca post saya ni mesti korang teringat balik ada video-video Facebook live korang yang tak bagus dan banyak kesalahan yang korang buat.

Apa yang korang perlu buat ialah delete video tersebut sebab video tu mungkin akan di tonton oleh orang lain dan pandangan mereka pada facebook live korang ialah "video live dia ni tak best" dan itu akan buat dia tak kan tonton video live korang yang lain bila korang buat facebook live lagi.

kekalkan video live korang yang bagus dan menarik sahaja di dalam carian facebook.


Kesimpulan nya  untuk buat facebook live yang bagus dan menarik korang kena la lebih kerap buat facebook live. Jangan buat sekali, gagal dan korang terus stop. Makin kerap korang buat live  makin lama korang tahu apa yang penonton korang mahu.

Bila dah biasa buat live, on camera je terus orang view.


semoga berjaya.