Showing posts with label tips jika keluarga tak restu perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label tips jika keluarga tak restu perkahwinan. Show all posts

Monday, 3 April 2017

JANGAN TERUSKAN JIKA TIADA RESTU ORANG TUA

Assalamualaikum...

Dulu saya pernah tulis entry tentang hubungan tanpa restu orang tua .Sampai ada yang marah bila saya sendiri setuju kalau hubungan tanpa restu tu perlu dielak kan.Anggap saja kita tak ada jodoh.Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.



Bagi mereka yang percaya cinta adalah segalanya , kenyataan saya memang nampak agak kejam tapi kita kena terima salah satu punca perceraian suami isteri adalah disebabkan tiada restu orang tua.Kau kahwin la walaupun mak ayah kau tak suka pada pasangan kau..Tengok selepas kahwin agak sedikit mak ayah yang boleh terima menantunya dengan lapang dada.Yang ramainya, di mulut saja kata terima tapi di hati tak sepenuhnya.Bila salah sikit terus di hina kata , tak layak jadi menantu.

Mungkin ada yang fikir.."lama-lama nanti ok la...."

Korang yakin ke semuanya akan berubah nanti?Tidak kah korang fikir di dalam hidup bakal pasangan korang nanti bukan saja ada mak dan ayah nya malah keluarga nya yang lain juga.Korang yakin boleh harungi semuanya??



Saya kongsikan 4 sebab kenapa korang tak perlu teruskan hubungan yang tiada restu orang tua.


1- Rasa tertekan jika setiap kali berdepan dengan ibu dan ayah mertua.Walaupun korang tinggal jauh dari keluarga mertua tapi ada masa-masanya korang akan bertemu juga,.Waktu itu korang akan dianggap macam tak ada saja.Lebih buruk lagi jika setiap kali bertemu hanya kata-kta yang menyakitkan hati saja yang dilemparkan pada korang.

2- Isteri/ suami boleh di cari tapi ibu bapa tak ada gantinya.Sampai satu masa nanti dia tetap akan memilih kedua ibu bapanya. Apa lagi kita ni hanya manusia biasa dan kadang-kadang kita melakukan kesilapan dalam rumahtangga.Waktu itu kesalahan kita akan dianggap sebagai satu kesilapan besar dan merasakan ibu bapa nya betul.



3- Jika di lihat dari pengalaman orang lain, berapa ramai yang bercerai dan putus cinta di sebabkan tiada restu orang tua.Di facebook sendiri kita boleh lihat kisah-kisah yang melibatkan layanan mertua yang tak boleh menerima menantunya.Agak sedikit yang pengakhiran nya , mertua menerima  dan memberi layanan baik pada nya.Ada kah korang fikir korang tergolong di dalam yang "sedikit" itu?

4- Kebanyakan kes mertua tidak merestui perkahwinan, selepas berkahwin mertua akan masuk campur dalam setiap hal rumahtangga korang terutamanya melibatkan kewangan.Tak kira la korang berkerja atau tidak,hal kewangan akan menjadi titik utama yang selalu diperkatakan oleh mertua.



Tak perlu terburu-buru mengejar cinta tanpa restu.Kita sendiri yang harus menentukan sama ada kita nak bahagia atau pun tidak.Tapi kebanyakan dari kita tak tahu nak hidup bahagia.Lebih suka mengikut perasaan sendiri sampai melukakan dan menyakiti hati sendiri.kemudian kita salahkan mertua sebab tak boleh terima kita sedangkan awal2 kita dah sedia maklum dia tak mahukan kita.Patut kah kita salahkan orang lain bila kita tak bahagia??

sekian...