Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Saturday, 2 June 2018

CARA BETUL PAKAI TUDUNG YANG SESUAI DENGAN BENTUK WAJAH SUPAYA NAMPAK CANTIK DAN BERSERI



 Cantik je Fazura pakai tudung walaupun tak payah beriya nak lipat dan bentuk kan tudung dia.Ye la..Orang cantik..Kita bukan fokus sangat pada tudung dia..kan??Cer kalau wanita yang muka  sendu2 je pakai tudung macam ni memang tak selera nak tengok..ahhaha

Selalu sangat nampak bentuk kan tudung dengan gaya yang tak sesuai dengan bentuk wajah diaorang. Tu yang kadang2 kita nampak ada perempuan pakai tudung sampai bentuk wajah dan kepala nya jadi bulat macam bola.Sebab dia tak tahu nak bentuk kan tudung dia mengikut bentuk wajah dia yang sebenar.

Hari ni saya nak kongsikan lah sedikit tips cara membentuk tudung kita mengikut wajah supaya nampak cantik dan berseri.Lepas ni bila pergi kerja mesti kawan2 terkejut nampak muka lain dari selalu.

Sebenarnya tak susah pun.Tapi yang penting gunakan fabrik tudung yang mudah di bentuk.Kalau guna fabrik jenis satin memang susah la nak gaya kan tudung ni.kadang2 berjam2 didepan  cermin hanya sebab nak bentuk kan tudung je.

Leceh la..kan??

Jom kita tengok panduan memakai tudung mengikut bentuk wajah kita.

CARA PAKAI TUDUNG IKUT BENTUK WAJAH.




Ha...Dah tahu dah bentuk wajah korang sesuai dengan bentuk tudung macam mana?Boleh la praktik kan masa raya nanti.


Semoga bermanfaat untuk semua..

Friday, 1 June 2018

4 MAKANAN INI SEPATUTNYA TIDAK BOLEH DIPANASKAN SEMULA



Bulan puasa ni kurang sikit masa kita untuk memasak di dapur.Dapat la ibu-ibu berehat sikit.Tak macam selalu yang setiap hari kena masak 3 kali.

Tapi bila bulan puasa kita cuma masak 2 kali je. Sekali pada waktu petang untuk berbuka dan sekali lagi untuk bersahur.

Tapi ada juga yang masak sekali je . Dia masak waktu petang tu dan lauk lebihan berbuka tu dipanaskan semula untuk dimakan pada waktu sahur.

Tahu tak sebenarnya ada makanan  yang kita tak patut panaskan semula untuk dimakan ketika bersahur atau waktu lain.

1- Cendawan - Memasak cendawan memerlukan masa yang singkat .Ianya tak boleh dimasak terlalu lama sebab ianya sejenis makanan yang mudah rosak .

Saya sendiri bila memasak, cendawan tu saya masuk kan last sekali.Kacau2 sikit dan mendidih terus angkat dan dihidangkan.

Cendawan juga sebaiknya di habiskan.Jangan simpan untuk esok la, untuk makan malam nanti la sebab kalau kita simpan mungkin itu akan meneybabkan kita alami sakit perut.

Sebab itu cendawan tak boleh dipanaskan semula untuk di makan.

2- Telur - Telur juga apabila dimasak berulangkali akan merosak kan telur tersebut.Bayangkan lah telur yang dipanaskan selepas melalui proses memasak yang lama , dah tentu telur tersebut akan jadi keras dan liat.

Tidak kira telur rebus atau telur goreng, apabila dipanaskan semula rasanya juga sudah tidak sedap. Isinya keras dan kenyal.

Sudah tentu ahli keluarga juga kurang berselera untuk menjamahnya.

3- Bayam - Bayam juga adalah makanan yang di masak dalam waktu yang singkat kerana makanan ini cepat layu dan lembik.

Jika dipanaskan semula kandungan nutrisi di dalamnya akan berubah jianya  membuatkan  bayam bersifat karsinogenik untuk tubuh.

4- - Brokoli - Brokoli memang sangat baik untuk kesihatan.Ianya sering diamalkan oleh mereka yang mengamalkan pemakanan yang sihat.

Tapi sebenarnya brokoli yang sudah dimasak kemudian dipanaskan semula sangat merbahaya untuk kesihatan.

Ianya dapat menyebabkan penyakit kanser jika kerap memanaskan brokoli untuk dimakan berulang kali.

sekian..



Monday, 18 December 2017

KENAPA KITA KENA ADA BLOG

Assalamualaikum...



Kenapa kita kena ada blog.Saya selalu terfikir kenapa ramai orang tak buat blog sedangkan ada banyak kelebihan jika kita ada blog.Sejak saya menulis dari 2010 saya dah melihat jatuh bangun ramai blogger. Ada yang menulis dan terhenti di tengah jalan.Ada juga yang sehingga sekarang masih bersemangat menulis dan melontarkan idea-idea dalam penulisan.


Disamping tu ada juga yang baru ada keinginan untuk buat blog dan menguruskan blog sendiri.Jujur lah saya bagitau ni , nak ada blog memang senang tapi nak menguruskan nya sangat susah dan korang perlu jugak ada sedikit kemahiran.Kalau tak de kemahiran korang perlu ada duit.Kenapa kita kena ada blog sedangkan saya kata nak menguruskan nya susah?

Tapi kebanyakan blogger yang saya kenal masing-masing ada kemahiran menguruskan blog.Jadi tak la mereka melaburkan banyak duit untuk blog mereka.Yang tak de kemahiran boleh la upah orang lain untuk edit blog dan untuk tolong update blog.

Setakat ni saya memang melakukan segala nya sendiri. Tak payah laburkan banyak duit untuk blog. Lagipun dah banyak tutorial dan teknik blog yang dikongsi oleh blogger-blogger lain.Cukup lah korang tahu perkara asas tentang blog dan teknik menjadikan blog korang sebagai pilihan pembaca.

Kalau ditanya pada saya perlu kah  ada blog.? Saya akan jawab YA. Saya rasa sepatutnya kita kena ada blog..Ada banyak sebab kenapa kita kena ada blog.Saya kongsikan di sini sebab kenapa korang sepatutnya ada blog.







1- Membantu orang lain
Setiap hari berjuta-juta orang mencari sesuatu di enjin carian.Ada yang mencari tips kesihatan, resepi masakan, tempat membeli belah dan berbagai-bagai lagi maklumat yang dicari.Korang boleh menggunakan blog korang sebagai hebahan untuk perkara-perkara seperti ini.

Ianya banyak membantu orang ramai mencari tempat makan yang murah, kosmetik yang berkesan, cara membayar bil, cara melanggan perkhidmatan dan sebagainya. Maklumat yang korang kongsikan ini sangat-sangat membantu mereka di luar sana.

Korang juga boleh menulis tentang mereka-mereka yang memerlukan bantuan dan dalam kesulitan. Dengan artikel yang korang tulis siapa tahu mungkin ada pihak-pihak lain diluar sana yang sudi membantu.





2- Buat duit
Tidak dinafikan ramai blogger yang menghasilkan wang dengan hanya menggunakan blog.Di Malaysia sendiri ada yang menjadi blogger sepenuh masa kerana mampu menghasilkan pendapatan dengan hanya menulis blog.Bermula dengan minat , mereka kembangkan blog mereka menjadi sumber pendapatan.

Ada banyak cara untuk menjadikan blog sebagai sumber kewangan.Salah satu yang saya lakukan ialah dengan menyertai program affiliate . Kebanyakan program affiliate memberikan komisyen yang tinggi . Korang boleh membuat postblog atau pun hanya memasang banner ads di blog.

Selain itu kolaborasi dengan syarikat lain juga boleh korang lakukan.Ada syarikat yang memerlukan khidmat korang untuk menulis review dan iklan. Untuk satu post sahaja korang boleh dibayar hingga mencecah ratusan ringgit bergantung kepada jumlah pembaca dan teknik penulisan korang.


3- Memperbaiki teknik menulis
Blog juga mampu memperbaiki teknik menulis. Saya masih ingat semasa awal saya membuat blog, teknik menulis saya sangat teruk dan saya rasa kalau saya baca post-post lama yang saya tulis saya rasa nak mencarut je..Tapi sejak beberapa tahun lalu saya sudah mengubah dan memperbaiki penulisan saya supaya lebih baik dan mudah dibaca .

Untuk memperbaiki teknik menulis , saya juga banyak membaca blog-blog lain yang lebih bagus.Kemudian saya praktik kan teknik menulis tersebut di blog saya..Bila banyak didedahkan dengan penulisan yang baik, sedikit sebanyak ianya mempengaruhi penulisan kita.



4- Menilai sejauh mana pengetahuan am 
Menulis tentang pengetahuan am membuatkan korang perlu banyak membaca tentang isu-isu semasa dan fakta-fakta.Korang boleh mengulas tentang isu semasa dengan mudah jika banyak perkara yang korang tahu.Disini korang boleh nilaikan sendiri sama ada korang tahu banyak perkara atau tidak.

Kalau korang minat nak tulis tentang isu semasa dan pengetahuan am, tapi ada banyak perkara yang korang tak tahu, korang boleh jadikan post korang sebagai medan perbincangan.Dalam post tersebut tak salah kalau korang minta pembaca untuk kongsikan pandangan dan buah pemikiran mereka tentang satu-satu isu.Ini juga mampu mempertingkatkan pengetahuan korang.


5- Untuk kenal dengan lebih ramai orang
Awal saya buat blog saya tak kenal siapa-siapa orang terdekat saya yang ada blog.Saya buat blog sebab seronok baca blog orang je. Tapi bila dah ada blog , saya mula bercampur dengan blogger lain.Tambah mereka sebagai rakan facebook, twitter dan mula ada instagram untuk tahu update terkini dari mereka.

Kami mula berhubung dan semakin hari semakin akhrab.Kami banyak berkongsi pendapat tentang isu semasa, tentang blogging dan sebagainya. Ternyata dengan blog saya  mampu mendapat ramai kenalan.

Selain itu saya mula mengenali mereka-mereka yang ada perniagaan berkaitan kecantikan, makanan dan sebagainya. ianya disebabkan saya banyak menerima khidmat menulis review produk.


Itu lah 5 perkara yang saya boleh kongsikan kenapa kita kena ada blog . Saya harap dengan artikel ini korang boleh buat blog yang bagus dan memberikan korang semanagt untuk menulis blog.


Sekian..

Wednesday, 2 August 2017

ANAK-ANAK JUGA BERHAK UNTUK KATA TIDAK

Assalamualaikum...



Hari ni saya berasa macam nak bercerita tentang paksaan pada anak-anak.Kita selalu menganggap kanak-kanak perlu dipaksa dan mereka perlu menurut apa saja yang ibu-bapa suruh. Alasan nya ialah kerana kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita.Itu memang betul dan saya pun setuju . Tapi tak semua perkara memerlukan kita untuk menggunakan paksaan pada anak-anak.

Apabila semua perkara kita nak anak kita ikut cakap kita sehingga anak kita tak boleh membuat keputusan sendiri, ada kesan negatif nya.Sebenarnya anak-anak kita pun ada hak untuk kata "tidak" .

Baru-baru ni saya ada berbual dengan anak perempuan saya tentang pelajaran nya. Bila saya lihat ramai rakan sebayanya ada kelas tambahan dah tentu saya pun rasa ianya baik untuk anak saya.Jadi saya bagitau dia...

Ibu : kakak .. kakak patut pergi tuisyen la.Kakak kan lemah matematik.

Maisara : Kakak tak mau..

Ibu: nanti nak exam cemana kakak lemah sangat matematik..Tak pernah dapat A.. Paling bagus pun B.tu pun jarang2 dapat B .kena la tuisyen.

Maisara : Kalau kakak tak boleh kata tak kenapa ibu tanya? :(

...dan anak saya tidur ,mungkin dengan perasaan sedih...

Tiba-tiba saya tersentak , Rasa macam disimbah air kat muka saya.Bukan sebab saya marah tapi saya malu dengan sikap saya.Saya memaksa anak saya tanpa saya minta pandangan dan mendengar kenapa dia tak mahu.Saya akui kadang-kadang dengan anak pertama saya ni saya terlalu banyak mengharap pada dia.Saya harap dia dpaat markah yang bagsu, saya harap dia cepat matang, saya harap dia pandai memilih dan macam-macam lagi..

Disebabkan terlalu mengharap itu saya selalu gunakan paksaan pada anak saya ni.

Kemudian 2,3 hari lepas saya berbincang semula dengan anak saya.Saya tanya dia kenapa kakak tak mau tuisyen .Dan waktu itu baru lah dia banyak berkongsi perasaan dengan saya.Rasa letih seharian di sekolah.Keluar jam 7 balik rumah setengah jam lagi jam 7..Kalau tuisyen dia tak de masa untuk hobi dia (melukis komik dan menonton kartun). Dia juga tak banyak masa bersama saya dan ayahnya.

Saya terlupa yang anak saya baru berusia 10 tahun.Dah tentu pada usia ni dia ada banyak perkara nak dilakukan dan terokai sedangkan saya tak memberi peluang dan asyik memaksa dia buat apa yang saya nak.



Sekarang saya sedar ada sesetengah perkara  yang saya mahu anak saya buat, saya perlu minta pendapat dan pandangan nya. Tak perlu tunggu anak merajuk dan menangis baru kita nak ikut kehendak dia..kadang2 kita ni paksa2 anak, bila anak tak mahu, dia merajuk, menangis, baru kita kata.."kau tak nak sudah la.." ..kita biarkan perkara tu tanpa penjelasan dan kita tak dengar suara hati anak-anak kita.

Jadi dengar pandangan dan luahan mereka kemudian baru kita nilaikan sendiri sama ada perlu atau tidak mereka buat apa yang kita suruh tu..

sekian..




Thursday, 13 July 2017

ADAKAH ANDA CANTIK?JOM CUBA UJIAN JARI INI..

Assalamualaikum..

Bolehkah ujian jari menentukan sama ada anda cantik atau hodoh?
Di laman sosial WEIBO ribuan pengguna menguji  kecantikan mereka menggunakan jari.
Jadi bagaimana untuk menentukan jika anda ' cantik'  atau tidak?

Letakkan jari telunjuk anda antara dagu dan hidung dan lihat jika bibir anda disentuh.
Jika ya,bermakna anda memang cantik.. tahniah, tapi jika tidak,abaikan saja..heheh

Beberapa selebriti Cina telah meletakkan gambar diri mereka mencuba ujian pelik ini
di mana majoriti peserta adalah wanita.
teori ini  digunakan oleh pakar bedah kosmetik untuk mewujudkan profil sempurna '
yang bersamaan dengan hidung, bibir dan dagu yang membuatkan wajah sempurna .

Dr Mark Holmes di Pusat Pembedahan McIndoe berkata ujian Ini
sebenarnya adalah ujian fide tulang untuk simetri wajah yang lebih rendah.
Ia dipanggil E -line Rickett .


jari tak menyentuh bibir..maknanya tak cantik..:p


jari menyentuh hidung bibir dan dagu..maknanya dia cantik..



ok.jom test kat muka kita pulak..cantik ke tidak..
ok..aku cantik..muahahahh..

kecantikan sebenar datangnya dari dalam..
cantik budi bahasa,
cantik jugak la paras rupa..
heheh..ayat orang tak cantik..
jangan marah..:)


sekian...

Friday, 10 March 2017

KETIAK KUAT BERPELUH.CUBA 5 CARA INI UNTUK ATASINYA..

Assalamualaikum..


KETIAK BASAH
Siapa selalu ada masalah ketiak basah dan berpeluh kuat ??
mesti rimas dan rasa tak selesa.bukan??
Tambahan pulak  kalau perempuan lagi la malu..
tak boleh nak pakai warna2 menarik bila keluar..
oren,biru,pink ...banyak warna nampak nya yang kita tak boleh pakai.
Apa kata cuba atasi masalah ni dengan bebarapa cara yang mungkin berkesan untuk
korang yang alami masalah ni..



1-jangan makan makanan pedas
Ini adalah salah satu punca badan kita kuat berpeluh.
Ada yang kata sebab bawang.
sebenarnya bawang tu penyebab peluh tu berbau.
kalau tak makan bawang pun tapi kuat makan sambal belacan
tetap kuat berpeluh,..

2-Sapu limau nipis .
Cuma potong limau nipis dan gosok kan di ketiak ketika
mandi.Cara ni juga akan  buat ketiak lebih cerah.

3-baking soda
Banyak jugak fungsi baking soda ni.
Salah satunya mengurangkan peluh di ketiak.
Satu sudu besar soda + air 1 sudu,
Sapu pada ketiak. Awalnya ketiak akan menjadi sedikit kering,
lama kelamaan ianya akan ok..

4-cuka epal
Sapu cuka epal 30 minit sebelum mandi.
cuma ambil kapas,celup dalam cuka epal dan
sapu di  ketiak..

5-tepung jagung
Rasanya semua rumah ada tepung jagung kan?
Sapu sedikit tepung jagung pada ketiak.
kemudian biar selama satu-2 jam..kemudian bilas..
Elok la diamalkan sebelum mandi


Buat masa hari cuti sambil2 dok kat rumah je tau..heheh

selamat mencuba..


sekian...

Thursday, 9 March 2017

CARA UNTUK MELURUSKAN RAMBUT

CARA-CARA  MELURUSKAN RAMBUT TANPA KE SALON

Assalamualaikum....




Rambut korang lurus atau kerinting??
Ada orang suka rambut kerinting.
tapi ramai juga yang memlih untuk berambut lurus..
Salah satu sebabnya kalau rambut lurus ni boleh lah kita pelbagaikan gaya rambut kita.
Kalau rambut kerinting nampak comel dan bergaya..
Tapi susahnya berambut keriting ni ianya kena bijak digayakan..
Betul tak??Sebab tu lah lebih ramai yang memilih untuk berambut lurus..


bagi korang yang berambut kerinting atau ada anak-anak yang berambut kerinting ,
boleh je kalau nak rambut lurus tanpa ke salon.
Cuma ambik masa sikit la..Tpai jimat la duit..
Hari ni saya  nak kongsikan dengan korang
cara2 untuk meluruskan rambut tanpa ke salon
dengan menggunakan daun seleri.
korang boleh gunakan cara untuk meluruskan rambut ni untuk adik2
atau anak korang.
kot2 la tak mau rambut dia kerinting..kan??
nak buat untuk diri sendiri pun boleh jugak..



Cara-cara untuk meluruskan rambut 

1. Ambil satu ikat daun saderi, bersihkan dan  tumbuk sampai hancur
atau kalau nak lebih mudah kisarkan ..(daun , akar dan batang nya)..kemudian tapis..ambil air nya saja..

2. kalau korang tumbuk je , masuk kan 1/2 cawan air dan perah daun saderi.ambil airnya..

3. simpan air saderi tersebut dalam bekas tertutup



4. Keesokan harinya, gunakan air perahan saderi untuk
disapukan keatas kepala.jangan lupa sambil ratakan air diatas rambut gunakan jari untuk memicit kulit kepala,.

5.selepas dibiarkan air perahan selama 2-3 minit,
bilas rambut dengan air bersih.

6.lakukan selama 10 hari dan korang akan nampak
perubahan pada rambut korang..

Selamat mencuba...

sekian..

Tuesday, 31 January 2017

BELAJAR BUAT BLOG : BAGAIMANA NAK DAPATKAN PENGUNJUNG BLOG YANG RAMAI.

Assalamualaikum...

Terima kasih untuk blogger Anuar yang menganjurkan   Contest SEO : Belajar Buat blog bagi mendidik lebih ramai orang untuk menulis blog dan sekaligus menjana pendapatan dari blog.Ini pertama kali saya turut serta dalam kontest SEO yang dianjurkan oleh rakan blogger. Hanya untuk memeriahkan dan memberi sokongan pada rakan blogger sahaja.

Sebenarnya ramai juga dikalangan rakan-rakan saya yang ingin belajar buat blog.Tapi mungkin tak tahu dari mana nak bermula dan saya pula tak pandai nak ajar orang.

Ini tahun ke 7 saya terlibat dengan dunia blog.Blog bukan saja menjadi medan untuk saya berkongsi pandangan dan buah fikiran tapi ianya juga membantu saya menjana pendapatan melalui blog.Kalau ditanya apa rahsia blog saya boleh bertahan selama 7 tahun , sama saja dengan blog-blog lain cuma mungkin blog saya mempunyai pembaca setia yang sekian lama bersama saya sejak awal saya menulis blog lagi.

BELAJAR BUAT BLOG

Memandangkan kepentingan blog yang semakin diguna pakai untuk tujuan perniagaan dan pemasaran , saya rasa semua orang perlu ada keinginan untuk belajar buat blog dan praktik kan sebaik mungkin.Dunia blog ini sangat luas.Ianya bukan sahaja melibatkan penulisan malah melalui blog kita juga kita  boleh berkongsi video dan fotografi.



Bagaimana nak dapatkan jumlah pelawat di blog kita?

Kalau nak dibandingkan jumlah pelawat blog saya dengan blog orang lain, jauh lagi yang perlu saya kejar.Tapi menulis blog ni tak boleh hanya pentingkan jumlah pelawat semata-mata.Kita perlu nampak lebih ikhlas dalam menyampaikan sesuatu di dalam blog kita.Ada banyak cara yang boleh kita lakukan jika nak kan jumlah pelawat yang ramai.Cuma jangan putus asa dan ikut tips dibawah:-

Entry yang Original
Menulis dengan idea sendiri.Bukan nya copy paste kerana entry yang di copy paste dari blog lain mudah di kesan oleh google .Kita boleh saja merujuk dari sumber-sumber lain dan mengolah menggunakan ayat kita sendiri.Cara ini lebih mendedkatkan kita dengan pembaca.

Menggunakan kata Kunci
Kita  juga boleh menulis menggunakan kata kunci atau keyword yang menarik yang membolehkan entry kita  berada di halaman pertama search engine.Saya jarang-jarang menggunakan kata kunci dalam blog saya .Saya masih belajar bab SEO .Dan harap-harap dapat lah ianya memperbaiki penulisan dalam blog saya.



Berkunjung ke blog lain
Jika kita baru menulis blog tapi kita mahu blog kita mendapat jumlah pelawat yang ramai , kita perlu melawat ke blog lain dan tinggalkan komen supaya kewujudan blog kita disedar.Blogwalking sangt penting bagi blogger yang baru menulis blog.Sewaktu awal-awal saya menulis blog, blogwalking adalah wajib untuk saya setiap hari.

Kongsikan Artikel
Kita juga boleh berkongsi artikel blog kita di facebook atau twitter..Hingga sekarang saya masih berkongsi artikel blog saya di facebook dan dari situ lah saya mendapat ramai pembaca setia.

Itu saja sedikit tips dari saya untuk pembaca-pembaca yang ingin belajar buat blog.

BELAJAR BUAT BLOG 








Pada yang ingin belajar buat blog boleh la dapatkan panduan belajar buat blog yang dilengkapi dengan rahsia menjana pendapatan melalui blog  dengan klik pada banner diatas.

Contest BELAJAR BUAT BLOG ini turut disertai oleh Blog:

  1. calrasepatrick.blogspot.com 
  2. nonasani.blogspot.my 
  3. missobsesi.blogspot.my 
  4. sayidahnapisah.com 
  5. mommyfiqa.com 
  6. bloggerlelaki.com 
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my 
  8. dianarashid.com 
  9. susahsenangblogger.com 
  10. at-tarmizi.blogspot.my 
  11. myideakini.com 
  12. amirkhalis.blogspot.my 
  13. sayabukancikgu.com 
  14. messarah.blogspot.my 
  15. jangan-bukak.blogspot.my 
  16. fadzirazak.com 
  17. heroborneo.com 
  18. nikkhazami.com 
  19. misztrex.blogspot.my 
  20. ummizarra.com 
  21. infopelajar2u.com
  22. sabreehussin.com
  23. topseofriendly.blogspot.my
  24. ummiseri.com
  25. saidila.com
  26. qiyasaad.com
  27. kataubaid.com
  28. belajarbuatblogpercuma.wordpress.com
  29. iuzira.com
  30. hiburansabah.com
  31. heroborneo.com
  32. nasitambah.com
  33. aynorablogs.com
  34. ohtiptop.com
  35. jebengotai.com
  36. sensasi2020.com
  37. sayaazieera.blogspot.my
  38. jambubatublog.com
  39. adibsite.com
  40. sishawa.blogspot.my
  41. cikilamenari.blogspot.my
  42. alongxp.com
  43. elihjapahar.com
  44. jiesusanos.com


sekian..

Tuesday, 6 December 2016

19 BARANGAN DI DALAM RUMAH YANG ADA TARIKH LUPUT TAPI KITA TAK TAHU

Assalamualaikum...



Kebanyakan dari kita sayang sangat nak buang barang-barang dalam rumah selagi barang-barang tu tak rosak. Ada yang mampu bertahan sampai 10 tahun barangan dalam rumah dia... Pernah dengar tak orang kata "saya punya bantal busuk ni dah berusia 25 tahun.." tudia..lama tu...Jangan tak tahu sebenarnya ada barang-barang dalam rumah kita ni ada tarikh luput nya walaupun dari mata kasar kita barang tu masih elok. Salah satu barang nya ialah bantal.Nak tahu apa lagi barang yang ada tarikh luput selain bantal?jom kita tengok....








 ok..sekarang cer fikir2 dalam senarai kat atas ni berapa lama dah barang2 tu kita guna dan kita simpan.??kalau dah terlepas tarikh luput tu buang je la. Beli baru..:)

sekian..

Monday, 15 August 2016

AIR BERKARBONAT BUKAN HANYA UNTUK DIMINUM

Assalamualaikum...



Siapa suka minum air berkarbonat ?
Tak salah pun kalau nak mnum cuma jangan berlebihan.
Lagi2 kalau mengandung dan ada penyakit kronik.
Air berkarbonat ni tak sesuai di minum setiap hari.
Sekali sekala boleh la sebab kandungan gulanya yang sangat tinggi.
Ianya bukan minuman yang boleh menghilangkn dahaga.
Tapi airberkarbonat juga bukan tak elok langsung..
Ada juga kelebihan air berkarbonat ni..
nak tahu apa yang boleh iair  berkarbonat ni buat??jom tengok..



-Meringankan kesakitan disengart obor-obor
Jika kulit anda terkena obor-obor
siram kan saja air berkarbonat dikawasan
yang digigit.Rasa sakit akan berkurangan..



-menghilangkan karat dan hangus
jika ada alatan di rumah yang sudah berkarat
gosok tempat yang berkarat atau hangus tu dengan menggunakan air berkarbonat.



-mencuci mangkuk tandas
Air berkarbonat juga boleh digunakan untuk mencuci
mangkuk tandas agar kelihatan berkilat dan bersih.


-Menyubur kan tanah.
Bahan yang terdapat di dalam air berkarbonat boleh
meningkatkan kadar asid  dalam tanah yang mampu menyuburkan tanah.



-Menghilangkan kotoran pada fabrik
Tuang air berkarbonat di tempat yang kotor seperti darah dan minyak.
biarkan sekejap dan kemudian berus dan bilas fabrik tersebut.,



-Membunuh serangga
saya pun tak pasti betul ke air berkarbonat boleh menghalau serangga.
Tapi apa salahnya jika kita cuba..
Jangan mengundang semut dan lalat dah la..heheh

kalu nak cuba silakan..:)


sekian..


Friday, 12 August 2016

MACAM MANA NI...ZIP SELUAR TERBUKA SENDIRI

Assalamualaikum...



Boleh dikatakan semua orang ada seluar jeans sekurang-kurangnya sehelai..
Ada yang simpan je ada yang pakai hari-hari.
Memang selesa pakai jeans sebab nak berlari boleh nak terbang boleh..hehe
nak jaga pun senang..tak payah nak basuh hari2..
Fabrik nya juga susah nak memerangkap bau.
sebab tu ramai suka pakai jeans.
lain la kalau kau peram jeans tu dalam tempat tertutup memang berbau la..
cer lepas pakai letak kat tempat yang terdedah dengan udara
dan cahaya matahari..mesti tak berbau..



Seluar jeans biasanya susah nak rosak atau koyak.
Biasanya bila kita tak pakai dah jeans tu ada dua sebab je..
Pertama sebab dah tak muat dan kedua sebab zip rosak.
Zip rosak yang biasa kita alami ialah dia terbuka sendiri.
hahha..pernah tak alami benda ni..
sedar2 je zip seluar dah kebawah..
eh!siapa pulak yang buka.?hahah..



Ok..ni nak kongsikan cara nak elak kan zip seluar terbuka.
Cuma guna untuk kecemasan je la..
Kalau nak pakai minggu depan rasanya
baik tukar terus zip tu..
tapi kalau nak pakai hari jugak,
tengok2 zip terbuka sendiri ini tips nya..


mudah kan??benda bulat2 tu kat kunci kita biasa ada..kat keychain tu..
untuk terdesak waktu kecemasan boleh la guna cara ni..


sekian..



Tuesday, 2 August 2016

PESANAN UNTUK SEMUA YANG BAKAL MENGADAKAN MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum...



Ramai yang memilih untuk menamatkan zaman bujang bila tiba penghujung tahun Biasanya selepas raya adalah waktu yang menjadi pilihan ramai pasangan untuk mengadakan majlis akad nikah dan juga risepsi perkahwinan mereka.Sejak awal tahun dah berbagai persiapan dilakukan kini tiba lah hari yang dinanti-nanti kan..



Tapi perlu diingat apa bila tiba sahaja hari berlangsungnya majlis yang dinanti-nantikan ini ada beberapa perkara yang pasangan pengantin perlu tahu samaada boleh buat atau pun tidak.



Malam sebelum berlangsungnya majlis dah tentu hati berdebar-debar.nak pejam kan mata pun tak boleh apa lagi nak lena .Tapi kalau nak cantik berseri tidur kena la cukup.Tak kan nak duduk di pelamin dengan mata merah , mata panda muka pun pucat saja..kan??Tidur awal,tenangkan fikiran dan hindari dari melakukan kerja2 berat sehari sebelum majlis berlangsung supaya wajah lebih ceria, berseri dan segar.



Tiba majlis yang dinantikan bangun lah awal.Selepas solat berdoalah semoga majlis berjalan dengan lancar.Lakukan sedikit senaman untuk menyegarkan badan.Jangan abaikan sarapan gara-gara takut baju pengantin tak muat.Badan tak kan gemuk dengan mengambil masa hanya sehari..



Dihari bersejarah ini anda tak perlu lagi memikirkan tentang makanan untuk tetamu, baju untuk pengapit dan sebagainya.Untuk hari ini anda hanya perlu siapkan diri anda sendiri.Perkara2 di dewan makan, atau tentang bunga telur ada berapa pokok itu semua sudah anda uruskan sebelum ini.jadi jangan risau.Pandai2 lah mereka yang sudah diberikan tugas untuk menguruskan semuanya..



Jangan abaikan tetamu yang hadir dimajlis anda.Raikan lah tetamu dan tegurlah saudara mara, sahabat handai yang datang untuk meraikan majlis anda.Jangan sesekali tinggalkan mereka hanya disebabkan anda perlu mengambil gambar perkahwinan di sawah, taman tasik atau tempat2 lain.Sepatutnya sesi bergambar selain dari rumah atau dewan perkahwinan bersama tetamu, anda diaturkan pada tarikh lain atau pilih hari keesokan nya untuk acara tersebut.



Jangan hanya melayan kawan-kawan anda sahaja.Ini lah masanya anda nak mengenali saudara mara pasangan anda jauh dan dekat.Kenalkan saudara mara anda pada pasangan anda.Jangan biarkan pasangan anda bersendiri dan keseorangan seolah2 majlis ini hanya untuk anda seorang.



Ucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir..Mungkin boleh lakukan ucapan ringkas di pertengahan majlis sebagai menghargai mereka yang hadir dan saudara mara yang bertungkus lumus untuk hari bersejarah anda.

Untuk semua bakal pengantin , Selamat pengantin Baru..Semoga majlis anda berjalan dengan lancar..:)


sekian..