Showing posts with label tempat best untuk bercuti. Show all posts
Showing posts with label tempat best untuk bercuti. Show all posts

Friday, 8 February 2019

PERCUTIAN KELUARGA : BERKELAH DI TELUK SENANGIN , PERAK

Hye semua...

Bukan pertama kali keluarga kami ke Teluk Senangin. Dah banyak kali tapi kali ni baru nak bercerita sebab kali ni pergi dengan ahli keluarga yang lain. Teluk senangin adalah salah satu tempat best untuk bercuti. Kalau 13 tahun yang lalu kami ke Teluk senangin berdua je..Saya dan suami.. Masa tu kat Teluk Senangin tak macam sekarang.




Pengunjung pun tak ramai masa tu. Tak sesak dengan kereta yang keluar masuk.Tapi sekarang dah berbeza.Susana dan persekitaran nya juga berbeza. Kali ni kami datang ke Teluk Senangin untuk berkelah je. Bawak mak, dan anak-anak saudara.

Sebelum ni bawak anak-anak juga datang sini bercuti 2 hari. Anak-anak suka cuma tak meriah macam bawak opah dan sepupu-sepupu yang lain. 



Kami pergi masa hari Tahun Baru Cina. Boleh agak lah betapa ramai nya manusia kat Teluk Senangin tu sampaikan seekor beruk pun tak keluar dari hutan.Hahah.. Selalunya ada beruk kat belakang2 hutan tu akan keluar tapi kali ni mungkin depa rasa seram sebab ramai sangat.

So korang yang nak datang  bercuti ke Teluk Senangin hati-hati lah bab beruk ni ye. Kalau orang tak ramai memang bukan main berani lagi dia keluar dan ada yang rampas makanan orang lain. Kereta tu pastikan cermin nya sentiasa tertutup.Kalau tidak habis barang-barang korang dibawa lari.


Kami tak menginap di Motel atau Chalet memandangkan datang untuk berkelah saja. Kami sampai dalam jam 2 petang dah ramai orang. Walaupun banyak kereta keluar masuk tapi orang tetap ramai sampai nak marah cari parking. Pergi 3 buah kereta tapi semua terpisah sebab cari parking tak jumpa.Hahhaa..

Untuk parking korang boleh parking kat tepi jalan je atau masuk ke dalam kawasan parking. Kalau cuti umum ada RELA akan jaga parking tu. Jangan risau. Kalau nak ke motel atau Chalet boleh terus sampai ke hujung jalan.Kat situ banyak tempat parking 

Chalet dan motel di Teluk Senangin ni  kalau korang nak duduk masa cuti umum atau sabtu ahad korang kena booking dulu. Jangan datang main redah je lepas tu baru nak contact pulak sebab memang tak kan dapat. Sentiasa full kalau hari cuti. Tak  pasal2 nanti kena tidur dalam kereta je la..





Satu lagi kalau hari pengunjung yang ramai akan ada masalah air.Terutamanya kalau korang duduk kat motel yang tinggi kaler kuning tu, Lupa pula nama nya apa. Jadi nak datang bawak la air dalam 1-2 tong kecik tu untuk kecemasasan. 

Kalau lepas mandi di panttai nak bersihkan badan tu pergi je la kat tempat mandi yang dah disediakan atau boleh ke kedai2 jualan tu. Ada sesetengah nya sediakan tempat mandi dan tukar baju untuk pengunjung dengan bayaran RM1. Itu lebih baik dari korang naik ke motel tengok2 tak de air.. Tak rugi kalau bawak air banyak2 dari rumah.Lebih selamat.



Kat Teluk Senangin kami buat Bbq.. Ada jagung bakar , ayam dan sosej.. Kalau korang nak datang semata-mata untuk berkelah macam kita orang , boleh je guna peralatan membakar dan kerusi meja kat situ tapi kena bayar lah. 

Kalau tempat yang macam pondok tu kena bayar rm10. Kalau nak guna meja dan tempat bakar tu pun kena bayar. Sampai je Teluk Senangin terus pilih korang nak duduk kat meja ke, pondok ke, .. Nanti tuan nya akan datang untuk collect bayaran.

Saya tak pasti lah bayaran ni dikira jam ke apa..sebab bukan saya yang bayar..hahaha.Kerusi pun kena bayar tau.Kalau tak salah dalam harga rm4 untuk 1 kerusi.


 Bukan main seronok lagi budak-budak mandi kat sini. Lepas mandi naik makan, lepas tu mandi lagi, makan lagi..wah!!bahagianya...hahaha..

Selalunya kalau datang Teluk Senangin ni saya yang kena pantau anak-anak mandi.Tapi bila datang ramai-ramai ni saya arahkan abang-abang nya yang jaga. Tapi tu la, bila abang-abang yang jaga diajarnya budak tu terjun lipat la, menyelam kepala la..




Sampai menangis-nangis adik-adik yang kecik2 ni sebab air masuk hidung.Melampau betul..ahhahaha..

 Lain kali kalau ada masa boleh la datang lagi. 

Thursday, 13 August 2015

ZAMAN MAKCIK DULU TAK DE SEMUA NI..

Assalamualaikum...



Rupa-rupanya kat malaysia ni pun
ada banyak tempat menarik yang kita boleh kunjungi..
lagi2 kalau untuk aktiviti berkumpulan..
memang seronok..

Teringat masa zaman muda mudi dulu..
kalau hari cuti kami akan rancang aktiviti bersama..
Semua kawan2 sekerja yang ada masa lapang akan join sama..
memang seronok dan buat kami makin rapat..

Tapi dulu seronok nya tak macam sekarang la..
Sekarang lagi banyak benda yang kita boleh buat.
Contohnya macam main paintball..
zaman makcik dulu tak sempat nak merasa..hehheh



Nak tahu apa lagi yang best??
boleh tengok kat sini..(cipta kenangan indah awak sekarang..!!)
Mana la tahu kalau2 boleh beri sedikit idea dan cadangan
tempat yang awak akan tuju bersama2 kawan sempena
cuti hari kemerdekaan ni..


sekian..