Showing posts with label tauhu berlauk. Show all posts
Showing posts with label tauhu berlauk. Show all posts

Friday, 28 June 2019

RESEPI TAUHU BERLAUK AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH

Hi semua..

Kakak saya yang no 2 saya panggil kakngah . Dia ni rajin betul memasak. kalau tiap kali balik kampung dia la yang masak. Mungkin sebab dia pandai masak banyak2 jadi tugas memasak tu macam dia yang pegang la. Kami ni kalau masak periuk kecil boleh la..Hahah..

Tahun 2018 lepas abang ipar saya meninggal dia terus balik ke kampung. Duduk dengan mak. jadi dia pegang lesen besar la kat dapur tu. Jangan memandai-mandai kau nak masuk dapur dia. kena bagitau dulu kau nak masak apa. baru boleh masuk. haha,,






Kakngah saya ni sejak duduk kampung dia berniaga benda-benda makanan ni. Kuih raya, laksa, mee kari, .. Sebut je la apa yang korang nak makan , InsyaAllah dia akan buat. Korang siap duit je. Sampai depan rumah dia hantar.

Kemarin nampak dia share gambar Tauhu Berlauk di facebook dia. Terus tanya resepi . Nak copy masuk blog. Heheh.. Masa mula-mula baca resepinya nampak macam mudah tapi tiba-tiba rasa macam susah je. Sebab lepas kukus nak kena goreng pulak.



Saya ni lemah betul kalau masakan yang kena kukus-kukus ni. Dah dapat bayangkan betapa huru hara nya dapur bila masak makanan berkukus nih. leceh la. haha.. Bagi yang suka kukus-kukus ni boleh la cuba.

Korang yang nak try resepi Tauhu Berlauk , ni dia resepi nya..

Bahan-bahan:

1 mangkuk isi ayam
2 bungkus tauhu telur
2 ketul tauhu biasa
2 biji cili merah
1 biji labu bawang besar
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbuk lada putih
garam
Serbuk perasa (tak suka tak payah letak)
5 biji telur
mintak untuk menggoreng  (minyak kena banyak)






Cara-Caranya:

Bersihkan ayam dan cincang ayam hingga hancur.

Masuk kan tauhu Tauhu telur dan tauhu biasa ke dalam pengisar. Kisar sampai hancur. Jangan letak air,

hiris daun sup dan daun bawang. Hiris halus.

Bawang besar dan cili besar di cincang halus.



Kemudian masuk kan semua bahan yang dicincang dan dipotong ke dalam tauhu yang dah di kisar tu.

Masuk kan garam , lada hitam dan lada putih. kacau sebati

Panaskan pengukus. Bila pengukus dan panas masuk kan tahu ke dalam acuan dan kukus sampai tauhu masak.



Sejuk kan tauhu yang dah di masak.

Lepas tauhu dah sejuk , tu panaskan minyak dalam kuali.



Pukul telur dan celup Tauhu ke dalam telur. kemudian goreng hingga warna bertukar perang,

Siap untuk dihidangkan.

Korang boleh gantikan ayam dengan daging. Kakngah aku dan anak-anak nya tak boleh makan daging. Nanti kulit jadi gegata jadi dia letak ayam je,






Senang je sebenarnya,Tapi buat dengan malas apa pun tak jadi. bagi korang yang sekitar Beruas boleh la order Tauhu berlauk ni dari kakngah aku. Woowoo... sempat lagi tu promote..haha NI facebook dia - Heryantee 

Selamat mencuba..