Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tanda-tanda akan diserang stroke

KETAHUI ADAKAH ANDA BERISIKO DISERANG STROKE

Assalamualaikum...



Tiada siapa yang boleh menduga bila seseorang tu akan di serang stroke atau serangan otak.Stroke ni macam serangan jantung juga .Ianya datang mengejut dan secara tiba-tiba.Stroke berlaku apa bila darah dihalang dari mengalir dalam saluran yang dibekalkan pada otak.

Ada beberapa fakta tentang stroke yang patut kita semua tahu dan juga rujukan tanda-tanda anda berisiko diserang stroke.

1-Stroke lebih cenderung menyerang lelaki berbanding wanita.mengikut statistik stroke lebih mudah  menyerang lelaki ketika berusia 75 manakala wanita pada usia lebih 85 tahun.Ada yang mengatakan stroke adalah penyakit orang tua namun jika anda tidak mengawal gaya hidup dan pemakanan anda , anda akan lebih mudah di serang stroke sebelum umur 75.

2-Jika ibu anda, ayah , atau ada saudara terdekat diserang stroke , risiko untuk anda diserang stroke adalah 1/3 lebih tinggi.

3-Merokok boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel yang melapisi saluran darah, menyempitkan arteri dan menggalak kan …