Showing posts with label syed saddiq. Show all posts
Showing posts with label syed saddiq. Show all posts

Saturday, 23 June 2018

SYED SADDIQ KONGSI PENDAPAT MENGAPA BELIA UMUR 18 PERLU DIBERI HAK MENGUNDI




Baru-baru ni kerajaan mencadangkan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas diberikan hak untuk mengundi dalam pilihanraya. Cadangan tersebut mendapat banyak perhatian dan maklum balas dari orang ramai.

Rata-ratanya ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan mereka yang baru berusia 18 tahun tidak ramai yang didedahkan dengan dunia politik dan kematangan dalam berfikir mengenai politik menjadi point utama kebanyakan rakyat Malaysia.

Namun Ahli Parlimen Muar ,Syed Saddiq menerusi akaun twitter nya tampil memberi beberapa pendapat mengenai perkara tersebut.Beliau merasakan cadangan kerajaan membenarkan mereka yang berumur 18 tahun untuk mengundi sebagai sesuatu yang bagus dan mengikut jejak langkah negara-negara maju yang lain. :

1. Sudah tiba masanya Malaysia mengikut jejak langkah negara membangun dan maju yang lain di mana usia mengundi bermula pada umur 18 tahun. Ini adalah thread.

2. Negara-negara seperti Indonesia, France dan Nigeria membenarkan anak muda mereka berumur 18 tahun untuk mengundi.

3. Umur 18 adalah usia di mana usia seseorang itu dianggap dewasa dan boleh memasuki kontrak, berkahwin dan memandu kereta.

4. Adalah sangat tidak adil untuk seseorang pada usia 18 yang telahpun diberi tanggungjawab dewasa.

5. Ia tidak terhenti di situ, pada usia 18 tahun orang itu sudah pun boleh dibicarakan sebagai seorang dewasa.

6. Ini bermaksud, undang-undang Malaysia menganggap pada usia 18 , mentaliti mereka sudahpun mencecah tahap dewasa.

7. Pada usia 18 tahun, mereka sudahpun disuruh menyertai pelbagai undang-undang seperti kadar pembayaran kwsp, kadar gaji minima dan skim perumahan baru.

8. Lebih sedih adalah pada usia 18 tahun, mereka boleh menyertai aktiviti politik tetapi tidak boleh mengundi.

9. Kita faham dan mengambil kira pandangan rakyat yang risau akan pemahaman anak muda dalam isu politik.



10. Tetapi seperti Indonesia, selepas mereka merendahkan usia mengundi ke 18 tahun, kita melihat lebih banyak penyertaan anak muda dalam arena politik dan aktivisme.

11. Parti-parti di Indonesia pun aktif mendidik anak muda untuk memahami isu politik.

12. Saya percaya Malaysia boleh lakukan jua. Dengan kebebasan berpolitik yang wujud di Malaysia Baru, semua parti berpeluang untuk menarik minat anak muda.

13. Baru-baru ini, dialog Pemuda UMNO melakar realiti baru dalam politik Malaysia. Anak muda kini boleh melihat parti kerajaan dan pembangkang di media utama dan menilai sendiri.

14. Saya percaya, dengan kebebasan seperti ini, anak muda akan pantas menyerap dan memahami politik dunia.

15. Kalau Sebastian Kurz boleh menjadi pemimpin Austria pada usia 37 tahun, Shamma Al Mazrui dilantik Menteri pada usia 24 tahun, anak muda Malaysia pasti bersedia mengorak langkah politik pada usia 18 tahun! - Syed Saddiq-

Berdasaran pendapat di atas ramai yang agak bersetuju dengan point yang diberikan.Namun pendedahan awal berkaitan politik perlu diberikan . Perkara ini akan mengambil masa mungkin beberapa tahun. Ianya dianggap agak tergesa-gesa untuk dilaksanakan untuk PRU yang akan datang jika tiada pendedahan awal berkaitan politik.

sekian..