Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Saturday, 27 May 2017

KEBAIKAN PEGANG TANGAN PASANGAN

Assalamualaikum...



Kebaikan pegang tangan pasangan bukan saja mengeratkan hubungan malah dikatakan berpegangan tangan dapat menyingkirkan strees dan membuat jiwa lebih tenang.Bila jiwa tenang dan tak stress kita pun sihat, tak de sakit merbahaya..Bermakna semakin tua kita ni janganlah malu untuk berpegangan tangan dengan isteri pulak.baru la hati rasa tenang dan penyakit pun tak de..

Selalunya masa bercinta je sibuk nak pegang tangan..Tak mau la macam tu..kalau boleh bila dah kawen pun jalan2 pegang tangan.Ada anak kecik memang susah sikit nak pegang tangan..Tapi jangan la sampai tak pegang lagsung sampai bila-bila..ok..

Tapi tengok tempat dan keadaan jugak la..Ni kat kubur pun nak jalan pegang tangan, kat dalam masjid nak berpaut lengan.Bukan tak boleh cuma kita pun kena juga jaga diri ita ni dari fitnah.Walaupun orang kata "baru lah sweet" tapi tak kurang juga yang anggap kita kurang menghormati tempat2 tertentu .Mana yang penting ??orang pandang sweet atau elak kan fitnah???Dah tentu mengelak kan fitnah lebih uatama..kan??



Dalam islam pun orang perempuan ni digalak kan menjaga rasa malu tapi saya pernah terbaca kalau di tempat yang sesak dan ramai orang kita digalak kan memegang tangan pasangan..Bukan apa, takut nanti orang lain yang pegang tangan isteri kita.hahaha..mana la tahu kalau tersesat ke, isteri pulak ada sakit , dah tentu akan merisaukan suami..

Berpegangan tangan bukan saja mengeratkan hubungan suami isteri malah hubungan ahli keluarga terutamanya dengan anak-anak dan ianya juga membuatkan emosi anak berkembang dengan baik..Bayangkan bila anak-anak tengok ibu dan ayahnya duduk sama-sama tengok tv sambil pegang tangan , anak pun rasa gembira sebab keluarga nya bahagia.

Berpegangan tangan dengan pasangan bukan bermakna kita lemah, tidak bebas  dan suka bergantung pada orang lain tapi lebih kepada menghargai dan menjaga hubungan yang dibina supaya terus kekal bersama.


lepas ni kena banyak kan pegang tangan pasangan ye..


sekian..

.

Tuesday, 16 August 2016

INI YANG AKAN TERJADI JIKA ISTERI HADIAHKAN SMARTPHONE UNTUK SUAMI

Assalamualaikum..



Hadiah apa yang terbaik yang nak diberikan pada suami di hari jadi nya?jam tangan, PS4, Topi Keledar, dan paling mereka suka adalah smartphone..Kalau ada suami yang kata tak mau la smartphone, cer try cakap gini.." .dah belikan pun..tak pe la kalau tak nak , Nak bagi kat adik, maksu, paklong ..."Mesti lepas tu dia melompat kata nak "...meh nak tengok dulu..." errr...Jangan dok rasa suami kita ni unik sangat la sampai smartphone percuma pun nak tolak..heheh..

Tapi hati2 lah wahai lelaki-lelaki bergelar suami.Ada banyak keburukan nya kalau isteri korang hadiahkan korang smartphone.Awal2 je perasaan gembira tu muncul dalam diri korang..masuk hari ke 7 segala yang tersembunyi dan terselindung mula nampak jelas dan waktu ni korang nak menyesal pun dah tak guna..hahahah



1- Isteri akan  tarik muka 45 inci jika suami lebih melayan smartphone dari dirinya.Kalau isteri tengok tv , suami pun kena fokus pada tv.Isteri lipat baju , suami pun kena lipat baju.Dan yang hairan nya korang pun akan rasa bersalah teramat sangat setiap kali dia merajuk hanya sebab korang layan game candy cruch selama 10 minit.

2-Suami akan rasa merdeka setiap kali keluar dari rumah tanpa isteri.Misal nya nak pi kerja.sampai je tempat kerja , post korang kat group whatsapp la yang paling banyak.Bukan saja gambar2 tak senonoh malah pesanan bersuara korang juga kedengaran ceria seperti baru dapat gaji.Tapi bila di rumah nak balas whatsapp kawan2 pun tak berani.Apa lagi nak bergurau senda dengan kawan2 di group bola dan sebagainya.



3-Panggilan yang masuk bukan sahaja untuk korang malah untuk isteri juga.Dia juga akan memberikan nombor telefon korang pada sesiapa yang  nak menghubungi nya.Alasan nya.." kita kan suami isteri.."

4-Nama dalam "contact " juga haruslah nama-nama yang dia kenali.Contohnya kalau kawan sekolah korang namanya Rahim..Tapi korang letak nama Rahim2 dia akan kata.." letak la nama Rahim PJ..Kalau letak nama Rahim2 bukan ingat pun.." padahal itu bukan smartphone dia,dan sebenarnya dia  risau kalau2 Rahim tersebut ialah Rahimah....

5-Dia jugak akan bebas menggunakan smartphone korang tanpa batasan.Edit gambar la, dengar lagu, dan lebih parah akaun smule dia juga mengguna smartphone korang.



6-Boleh diakatakan apa sahaja dalam smartphone korang bukan lagi hak korang.Ianya ada lah hak bersama termasuk lah gambar yang patut dan tak patut ada..Dia ada hak untuk delete gambar2 yang korang snap walaupun ianya adalah gambar seekor cicak yang tersepit.bagi korang mungkin gambar tu berguna tapi bagi dia, ianya sampah..

Jadi kalau isteri belikan smartphone pada korang jangan nak rasa bangga sangat la..Orang dapat baca dah kat rumah korang apa yang terjadi sebenarnya..hahahah..

Sekian..