Showing posts with label suami dan isteri. Show all posts
Showing posts with label suami dan isteri. Show all posts

Saturday, 25 March 2017

ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM SUAMI YANG TAKUTKAN ISTERI

Assalamualaikum....



Baru-baru ni kawan saya cerita tentang seorang sahabat dia yang bergelar suami tapi  takut kan isteri.Pernah di satu majlis perkahwinan dia ditangkap kerana merokok.Dalam suasana ramai tetamu di majlis tu , si anak yang ternampak ayahnya sedang merokok menjerit pada ibu nya yang duduk tak jauh dari situ.." mama...abah hisap rokok..".. ..jadi korang boleh bayangkan keadaan tu macam mana bila si ayah tu terpaksa sorok kan rokok tu supaya isterinya tak nampak.Aduh!!Memang lucu tambah2 lagi sambil diperhatikan orang sekeliling...Itu contoh lelaki takut bini. Kalau dia tak takut pada isterinya dia tak payah sorok rokok tu.Nak balik nanti tipu je la bini tu cakap je nak jaga air muka kawan yang bagi rokok...(ok..nanti ada yang komen merokok membahayakan kesihatan tapi tak perlu teguran pada suami  dalam keadaan macam tu)

Sebenarnya banyak lagi kejadian yang membuktikan sahabat kawan saya tu takut kan isterinya..tapi saya ceritakan salah satunya supaya kita sedar , yang bila suami takut pada isteri, anak juga jadi tak hormat pada ayah nya.Jadi kena hati-hati ok..

Dalam satu-satu hubungan jika pasangan takut pada kita itu bermakna hubungan itu tidak sihat.Apa lagi kalau seorang suami yang selayaknya dianggap pemimpin dalam rumahtangga jadi takut pada isteri..seorang lelaki tak kan mengaku yang dia takut kan isteri.Biasanya dia akan beri alasan, "tak mahu besar-besarkan masalah..".."tak mahu nanti jadi punca pergaduhan..."...kan??..Kan??Padahal dalam diam dia pendam semuanya sampaikan ada yang mengalami masalah mental.So macam mana nak tahu yang anda tu takut isteri atau tidak?



Jom kita tengok ciri-ciri lelaki yang takut isteri.

1- Dia merasa tidak seronok dan setiap kali selepas habis waktu kerja.Ada seperti  satu perasaan tidak selesa setiap kali dia mula memikirkan tentang rumah dan isteri .Dia mula fikir entah apa yang dia akan hadapi bila dia tiba di rumah nanti walaupun dia tahu dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

2- Ramai wanita sukakan pujian.Tapi jika sentiasa mendesak untuk pujian dan suami jelas dengan terpaksa memberi kan pujian, itu bermakna suami takutkan isteri.Suami tak mampu berbincang bersama isteri tentang  keburukan isteri dan hanya pujian yang mampu di berikan sehinggakan perasaan nya sendiri terabai.


3-Tidak mempunyai tempat mengadu masalah juga adalah tanda suami takutkan isteri.Ini kerana dia hanya mampu menunjuk kan yang "saya ok.." untuk tidak menunjuk kan yang dirinya lemah ,dan tetap kuat.Semakin lama rasa takut untuk meluahkan perasaan dan masalah sendiri itu membuatkan diri mereka lebih banyak dikuasai oleh isteri.

4- Ketika isteri mendesak ada perubahan berlaku dalam tubuh suami.Rasa stress dan rasa takut bercampur dan ianya menyebabkan suami menjadi murung bila berdepan dengan isteri tapi berubah menjadi ceria dan gembira bersama kawan-kawan.

Pada suami-suami yang takut nak mengaku anda takut kan isteri, lakukan lah perubahan demi untuk diri anda sendiri.Rumahtangga dan keluarga memang penting tapi kalau diri sendiri tak bahagia adakah anda rasa mampu untuk membahagiakan keluarga anda.Jangan takut dengan ugutan dan suara nyaring isteri bila anda bersuara. Ketahui bahawa bila isteri bbersuara, dan suami jadi takut, itu bermakna isteri anda derhaka.Tidak kah anda mahu ke syurga bersama-sama isteri anda..??Buktikan pada keluarga andalah sebenarnya nakhoda..bukan isteri anda..

sekian..




Tuesday, 22 March 2016

INI SEBAB KENAPA RUMAHTANGGA KITA DIGANGGU ORANG KETIGA

Assalamualaikum..



Rupanya kalau entry personal tentang rumahtangga ni memang ramai yang view ye?
hahahah...terkejut tengok entry semalam pasal block tu.
padahal saya tak de share kat mana2 pun entry tu..
sekali sekala nak tulis pasal rumahtangga ni ok la..
asalkan tak de yang melampau ..
Terlalu mendedahkan hal rumahtangga pun tak elok..
Macam membuka ruang dan peluang untuk orang lain
ikut campur dalam rumahtangga kita.
Silap2 ada pulak orang ketiga yang nak bertukar tempat dengan kita..heheh..

Kadang2 kita tak sedar yang kita membuka ruang untuk orang lain
"mengganggu" rumahtangga kita.Antara punca kenapa
rumah tangga kita ada orang ke tiga :-



1- suka bercerita tentang masalah rumahtangga.
Bila orang tahu kita ada masalah dengan pasangan
dah tentu akan ada yang mencuri peluang dan mengambil kesempatan.
Boleh jadi ianya dari orang terdekat dengan kita.
siapa sangka mungkin kawan akan menjadi lawan.



2-Terlalu mempercayai orang luar
Bila dah terlalu percaya kita kurang berhati-hati.
Kita tak kisah dia kerap datang ke rumah..
Kita selalu bersangka baik bila dia selalu meminta pertolongan pasangan kita.
Dan ada kalanya kita sendiri membuka jalan agar keluarga kita
berbaik2 dengan orang luar tersebut.
jangan lupa yang perasaan kasih dan sayang itu boleh di pupuk..
mula2 mungkin anggap biasa..lama2 jadi suka.



3-Mendedahkan kelemahan diri.
Bila orang lihat kita kurang memberi perhatian pada
sesuatu perkara, mungkin akan ada pengacau yang akan
cuba menjadi lebih baik dari kita di depan mata pasangan kita.
Misalnya penampilan kita yang tidak di jaga.
Atau tentang diri kita yang tak pandai memasak makanan
kegemaran suami.



4)Terlalu kerap bercerita tentang kelebihan pasangan
Suami saya kacak, rajin membantu di dapur, gaji besar, 
hormat orang tua dan berbagai-bagai lagi pujian melangit tentang suami 
diceritakan pada kawan-kawan.
dalam tak sedar ada yang berimpian untuk berkongsi "kelebihan"
yang kita ada bersama dengan nya.

jadi kalau hal2 rumahtangga ni ada baiknya kita simpan rapi di rumah saja .
Tak kira lah hal baik ke hal buruk ke jangan la dicanang-canangkan
Sekarang ni orang perempuan lebih ramai dari lelaki.
peluang mereka nak menambah cawangan tu memang terbuka luas 
walaupun poket kering kita je yang tahu..hahahahh


sekian..