Showing posts with label smartphone. Show all posts
Showing posts with label smartphone. Show all posts

Wednesday, 27 December 2017

ADAKAH ANDA BIJAK MENGAWAL PENGGUNAAN SMARTPHONE ANDA?

Assalamualaikum..



ADAKAH ANDA BIJAK  MENGAWAL PENGGUNAAN SMARTPHONE ANDA? Pagi ni saya bangun-bangun je tengok bateri phone dah merah.Terus cas phone sebab takut nanti nak guna baru gelabah nak cas.Sebenarnya kalau phone tu baterinya penuh pun bukan nya ada benda penting yang nak dibuat pun.Tak habis2 dok scroll IG dan twitter.Kadang-kadang buka fb baca ucapan selamat pagi dan Assalamualaikum rakan-rakan lain.heheheh

Saya ada telefon rumah jadi tak de masalah nak buat panggilan jika ada kecemasan.Cuma dua  tiga hari ni talian telekom tu macam bermasalah pulak.Kejap ada kejap tak de..Dah macam internet pulak.Bila angkat je ganggang phone tu tak de bunyi apa..Lampu kat telephone tu pun tak menyala.geram jugak rasa.

Sebab tu kena jugak la pastikan phone sentiasa ada bateri ..






Ada orang yang dia memang tak boleh berenggang dengan phone..Duduk je belek phone.Tengah memandu pun sempat lagi jeling2 phone padahal tak de siapa call pun.hahaha. Apa yang saya perhatikan orang macam ni mesti dia ada banyak join group whatsapp.Sibuk betul membalas mesej-mesej yang masuk.Kalau tak balas nanti tertinggal cerita..kan??Tu yang gigih juga membalas , menyampuk setiap perbincangan ahli group.

Bayangkan kalau phone dia hilang atau rosak...Allahhuakbar..tak dapat bayangkan macam mana perasaan dia.Mungkin dia akan hentak-hentak kepala dia kat dinding sebab stress phone hilang.Hahah...harap-harap tak la macam tu ye..Tapi resah gelisah tu tetap ada..kan??Zaman sekarang phone ni macam satu keperluan jugak.Senang nak berhubung jika ada kecemasan atau hal-hal penting.

Masing-masing sekarang ni pakai telephone pintar tapi telephone je yang pintar, kita tak pintar ,cemana tu?Kita dikawal oleh smartphone kita..Pantang notification masuk bergegas kita buka phone kita..Padahal kalau tunggu 5 minit lagi pun boleh je ..





Saya pernah dapat whatsapp yang marah-marah saya sebab lambat baca whatsapp dan lambat reply whatsapp . Saya tak tahu kenapa yang dia marah sangat padahal bukan tanya benda penting pun.Jangan kerana kita jenis yang tak berenggang dengan phone, kita rasa orang lain pun patut buat macam tu.Tak semua orang yang suka jadi hamba phone.

Bagi saya itu hak kita nak membalas pesanan orang atau tak.Hak kita untuk nak baca whatsapp tu atau tak nak.

Ye la..kalau hal penting dari keluarga memang saya baca dan reply terus.Risau juga kalau2 ada kemalangan atau kecemasan..kan??Tapi keluarga saya kalau ada kecemasan diaorang akan call terus.Tak de pun nak whatsapp2 bagai ni.

Phone ni kalau kita gunakan dengan cara betul , dia jadi baik.tapi kalau kita gunakan untuk perkara yang salah , ianya jadi tak baik la.



Dia boleh buat mata kita melekat kat skrin macam kena gam dan kadang2 sampai kita tak sedar yang kita dah mengabaikan orang-orang disekeliling kita.

Smartphone hanya satu alat yang ada kelemahan dan kebaikan.Cuma cara kita menggunakan nya saja yang boleh tentukan sama ada ianya baik atau buruk

sekian..


Sunday, 1 January 2017

MENJELANG JUN 2017 PENGGUNA BLACKBERY DAN NOKIA TIDAK LAGI BOLEH MENGGUNAKAN WHATSAPP

Assalamualaikum..



WhatsApp telah mengumumkan bahawa ia tidak lagi akan menyokong beberapa platform menjelang akhir tahun.sesetengah pengguna  terpaksa menaik taraf telefon bimbit mereka jika mereka mahu terus menggunakan perkhidmatan ini.

Aplikasi mesej yang popular, yang mempunyai lebih daripada satu bilion pengguna di seluruh dunia, mengumumkan awal bulan ini bahawa ia tidak lagi akan menyokong platform operasi yang  lebih lama menjelang akhir tahun.Ini bermakna  hanya model nokia tertentu sahaja yang tidak boleh menggunakan whatsapp manakala untuk Blackberry pengguna perlu menaik taraf smartphone anda.

Platform telefon pintar yang lebih lama tidak lagi boleh bersaing dengan ciri-ciri terbaru yang dilancarkan untuk aplikasi ini.

Menjelang akhir tahun ini Whatsapp tidak lagi berfungsi  pada:

- Android 2.1 dan 2.2
- Telefon Windows 7
- IPhone 3GS / iOS 6

Pada bulan Jun 2017, WhatsApp tidak lagi akan disokong untuk:

- BlackBerry
- Nokia S40
- Nokia Symbian S60

WhatsApp membuat pengumuman tersebut dalam sambutan meraikan ulang tahun ketujuh, selepas pertama kali melancarkan platform pesanan yang popular ini pada tahun 2009.

sumber: dailymail

sekian..

Tuesday, 16 August 2016

INI YANG AKAN TERJADI JIKA ISTERI HADIAHKAN SMARTPHONE UNTUK SUAMI

Assalamualaikum..



Hadiah apa yang terbaik yang nak diberikan pada suami di hari jadi nya?jam tangan, PS4, Topi Keledar, dan paling mereka suka adalah smartphone..Kalau ada suami yang kata tak mau la smartphone, cer try cakap gini.." .dah belikan pun..tak pe la kalau tak nak , Nak bagi kat adik, maksu, paklong ..."Mesti lepas tu dia melompat kata nak "...meh nak tengok dulu..." errr...Jangan dok rasa suami kita ni unik sangat la sampai smartphone percuma pun nak tolak..heheh..

Tapi hati2 lah wahai lelaki-lelaki bergelar suami.Ada banyak keburukan nya kalau isteri korang hadiahkan korang smartphone.Awal2 je perasaan gembira tu muncul dalam diri korang..masuk hari ke 7 segala yang tersembunyi dan terselindung mula nampak jelas dan waktu ni korang nak menyesal pun dah tak guna..hahahah



1- Isteri akan  tarik muka 45 inci jika suami lebih melayan smartphone dari dirinya.Kalau isteri tengok tv , suami pun kena fokus pada tv.Isteri lipat baju , suami pun kena lipat baju.Dan yang hairan nya korang pun akan rasa bersalah teramat sangat setiap kali dia merajuk hanya sebab korang layan game candy cruch selama 10 minit.

2-Suami akan rasa merdeka setiap kali keluar dari rumah tanpa isteri.Misal nya nak pi kerja.sampai je tempat kerja , post korang kat group whatsapp la yang paling banyak.Bukan saja gambar2 tak senonoh malah pesanan bersuara korang juga kedengaran ceria seperti baru dapat gaji.Tapi bila di rumah nak balas whatsapp kawan2 pun tak berani.Apa lagi nak bergurau senda dengan kawan2 di group bola dan sebagainya.



3-Panggilan yang masuk bukan sahaja untuk korang malah untuk isteri juga.Dia juga akan memberikan nombor telefon korang pada sesiapa yang  nak menghubungi nya.Alasan nya.." kita kan suami isteri.."

4-Nama dalam "contact " juga haruslah nama-nama yang dia kenali.Contohnya kalau kawan sekolah korang namanya Rahim..Tapi korang letak nama Rahim2 dia akan kata.." letak la nama Rahim PJ..Kalau letak nama Rahim2 bukan ingat pun.." padahal itu bukan smartphone dia,dan sebenarnya dia  risau kalau2 Rahim tersebut ialah Rahimah....

5-Dia jugak akan bebas menggunakan smartphone korang tanpa batasan.Edit gambar la, dengar lagu, dan lebih parah akaun smule dia juga mengguna smartphone korang.



6-Boleh diakatakan apa sahaja dalam smartphone korang bukan lagi hak korang.Ianya ada lah hak bersama termasuk lah gambar yang patut dan tak patut ada..Dia ada hak untuk delete gambar2 yang korang snap walaupun ianya adalah gambar seekor cicak yang tersepit.bagi korang mungkin gambar tu berguna tapi bagi dia, ianya sampah..

Jadi kalau isteri belikan smartphone pada korang jangan nak rasa bangga sangat la..Orang dapat baca dah kat rumah korang apa yang terjadi sebenarnya..hahahah..

Sekian..

Wednesday, 17 September 2014

SEKARANG SUDAH ADA LALUAN KHAS UNTUK PENGGUNA SMARTPHONE

Assalamualaikum...



Bila dah gila smartphone ,pergi kemana2 pun mata asyik pandang smartphone je.
Zaman sekarang kawan baik bukan lagi si Ramli,bukan lagi si Natasya atau Farah atau Abu bakar..
tapi sekarang kawan baik kebanyakan orang adalah smartphone.
Tak boleh tidur kalau smartphone tak de.
mandi pun smartphone di bawak sekali.
apalagi nak jalan2 keluar rumah..tak boleh tinggal smartphone.
tapi hati2..takut dilanggar kereta sebab asyik bagi tumpuan pada smartphone




Disebabkan itu..
Di China ada dibina satu laluan khas untuk pengguna  smartphone dan telefon bimbit,.
Laluan ini untuk mengelak kan dari pengguna2 smartphone dan tel bimbit ini
mengganggu pemanduan dan mereka2 yang tidak menggunakan smartphone.



Laluan tersebut dibahagiakan kepada dua lorong.
satu lorong untuk pengguna smartphone dan satu lagi lorong untuk
pengguna jalan biasa.'
Cara ini cukup berkesan apabila pengguna jalan yang menggunakan smartphone tidak
melanggar atau menggangu perjalanan orang lain.


Bukan sahaja di China
malah di washington DC,pihak National Geographic pernah
membuat percubaaan yang sama dan ianya membuahkan hasil
apabila ianya tidak membuatkan pengguna jalan
merasa terganggu dengan mereka2 yang sibuk melayari internet menggunakan
smartphone.



agak-agak kat malaysia kena buat tak laluan macam ni.??

sekian..