Showing posts with label sihir ibu sendiri. Show all posts
Showing posts with label sihir ibu sendiri. Show all posts

Thursday, 1 September 2016

CARI BOMOH UNTUK BUAT IBU SAYANG PADA ISTERI

Assalamualaikum...



Dunia..Dunia..Makin dipenuhi dengan manusi-manusia yang sakit dan parah jiwanya.Dah tak kenal mana mak ,mana anak, mana bapak....Demi untuk kepentingan diri sendiri sanggupp melakukan perkara2 yang di tegah agama..

Semalam saya sembang2 dengan sorang kawan dan terkeluar la cerita tentang sorang sahabat kami.. Manurutnya ibu sahabat kami ni tak ngam dengan isterinya..Benda biasa la tu..Dalam drama pun ada tunjuk mertua tak ngam dengan menantu..Apa nak heran..kan??

Tapi yang mengejutkan kami ialah permintaan sahabat tu yang nak kan kawan saya ni carikan seorang bomoh .Katanya dia dah tak tahu nak buat macam mana agar hubungan isteri dan ibu nya pulih jadi dia nak bomohkan mak dia tu supaya sayang dan berbaik dengan isterinya..

Mengucap panjang saya dengar..Dah la nak guna bomoh lepas tu nak buat kat mak sendiri pulak..Akai ada ka??Geram pulak saya rasa..Itu saja ke penyelesaian yang ada??

Bagi saya la..kalau mertua tak suka kat menantu, walaupun menantu dah buat yang terbaik . rasanya baik biarkan aje mertua tu dengan sikap dia..Lantak la..asalkan pasangan tahu hati budi kita.Lagipun orang tua memang perangai macam tu...Jangan cuba2 nak ubah sikap diaorang sebab yang jenis ego ni kau letak parang kat leher pun tak kan jadi apa..Silap cara kau juga yang di cop derhaka..

Jadi biarkan lah mertua tu bersikap macam tu..Asalkan dia sihat..Alah..Kita ni bukan boleh hidup sampai 200 tahun pun..Tak esok lusa mertua yang pergi dulu, atau kita yang pergi dulu..semua ni dunia je...

sekian..