Showing posts with label shopee sale. Show all posts
Showing posts with label shopee sale. Show all posts

Tuesday, 9 July 2019

TIPS DAN TRICK SHOPPING ONLINE YANG PATUT ANDA TAHU.

Hi Semua..

Saya mula menjebak kan diri dalam pembelian atas talian sejak 10 tahun lalu. Dari Zalora , Lazada dan terkini Shopee saya rasa sangat berbangga dengan kepintaran saya membeli belah diatas talian. Hahah..Setiap bulan 3-4 kali wajib shopping online.



Mana boleh tak shopping. Sebagai suri rumah sepenuh masa perlu ada sesi terapi untuk saya rehatkan badan dan minda. Ingat duduk rumah je tak serabut ke..

Saya tahu ada yang setiap minggu shopping online.Tapi kerap membeli tak buat kita nampak hebat. Kita perlu juga ketahui ada beberapa perkara yang membuatkan aktiviti shopping online lebih menyeronok kan dan memberi nilai pada wang kita.





Ketika membuat belian ramai yang lebih suka survey, order dan bayar. Itu benda asas ketika membeli belah. Tapi sebenarnya ada tips dan trick  lain yang boleh membuatkan kita nampak lebih bijak ketika membeli belah diatas talian.

1- Jangan abaikan Free Shipping
Ada banyak laman web membeli belah yang menyediakan free shipping dengan menyediakan code voucher untuk free shipping. Jangan sia-siakan peluang ini. Kita boleh menjimatkan wang kita dengan membeli sekaligus beberapa barangan yang kita mahu dengan menjimatkan kos penghantaran. 



Kebiasaan nya program free Shipping adalah kerjasama antara pihak pos laju dan juga pihak laman web e-dagang terbabit. Bermakna pihak pembeli dan penjual tidak mengeluarkan apa-apa pembayaran untuk penghantaran.

Satu kerugian jika kita tidak menggunakan kemudahan yang disediakan. Lepas ni kalau shopping online wajib tebus code free shipping okay... :)
                  
2- Pilih hari yang tepat untuk shopping online
Pada tarikh-tarikh tertentu setiap bulan pasti akan diadakan jualan murah. Ada website yang turut mengadakan pra jualan murah seminggu sebelum jualan murah berlangsung. Shopee dan Lazada paling kerap membuat jualan murah . Setahun 4-5 kali diadakan jualan murah dengan menawarkan berbagai hadiah giveaway dah flash sale.



Paling menarik adalah flash sale yang menawarkan harga runtuh sehingga ada yang mencecah diskaun 90 peratus. Cuma kita perlu pantas dan peka dengan tempoh flash sale berlangsung. Jika kita bernasib baik pasti barang idaman kita menjadi milik kita dengan harga yang tidak disangka-sangka.

3Guna Kupon dan code voucher
Penggunaan kupon dan voucher semakin mendapat tempat di hati pelanggan . Sudah banyak kedai-kedai fizikal yang menggunakan sistem kupon dan voucher untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Kedai atas talian tidak ketinggalan menggunakan sistem ini memandangkan ianya lebih mudah untuk diakses oleh pengguna ketika shopping online. Antara yang paling mudah untuk digunakan ialah Shopcoupons yang melibatkan beratus-ratus jenama dan laman e-dagang terkenal.

Bermula 7.7 ini Shopee akan mengadakan Shopee's 7.7 Sale . Turut disediakan ialah Shopee promo code untuk korang gunakan ketika membeli sepanjang sale berlangsung. Kita boleh dapat diskaun hingga 25% dengan menggunakan code promo. Untung nya!!!!



4 - Kumpul mata ganjaran dan pulangan tunai bila anda membeli
Sistem mata ganjaran memang menarik minat ramai pembeli. Dengan jumlah wang yang dikeluarkan kita mendapat point yang boleh di tebus menjadi wang tunai. Mata ganjaran tersebut yang telah mencukupi boleh digunakan untuk pembelian akan datang.

Saya pernah menebus mata ganjaran melalui pembelian selama setahun . Dan akhirnya berjaya jimat 50% dengan pembelian menggunakan mata ganjaran. Sangat menyeronok kan seolah-olah mendapat hadiah besar dan berharga.





Semakin kerap kita shopping online semakin banyak mata ganjaran yang kita akan dapat. Untuk kaki shopping online, jangan lupa semak mata ganjaran anda setiap kali selepas anda shopping,

5 - Tunggu beberapa hari sebelum anda buat bayaran
Pernah kah terjadi selepas korang google beberapa barangan yang ingin dibeli kemudian nya korang dapati disetiap sosial media korang seperti facebook dan instagram mula muncul iklan-iklan berkaitan produk dan barangan yang korang cari?



Ini lah masanya untuk anda meneliti setiap iklan tersebut. Mungkin ada antara nya mempunyai harga yang lebih murah dan berkualiti.

Masuk kan items atau barangan yang kita ingin beli ke dalam cart anda. Tunggu beberapa hari dan kita akan mendapat beberapa email peringatan tentang barangan yang kita biarkan didalam cart. Jika bernasib baik email peringatan tersebut juga disertakan dengan kod diskaun.

Cemana?? Berguna tak tips dan trick yang saya kongsikan ni? Pernah cuba? kalau belum ayuh jadi pembeli yang bijak dan jangan lupa untuk turut serta dalam Shopee's 7.7 Sale yang sedang hangat berlangsung.

Bye..