Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Monday, 17 December 2018

SERAM : PENGALAMAN DIGANGGU PENANGGAL

hi semua..

Dah lama tak share kisah seram. Kali ni saya nak kongsikan kisah pasal penanggal. Kisah dikongsikan oleh saudara Jaja Rasid di tempat dimana dia sedang belajar. Tak dinyatakan di mana tapi kalau siapa yang tahu mesti boleh agak dimana sebab Jaja ada kongsikan beberapa hint untuk korang yang bijak meneka.




Thread bermula...
*buka tingkap sikit kasi sejuk malam masuk*

PENANGGAL PART 1

Sixth sense ni antara sense yang special tak semua orang ada dan boleh jadi sebab keturunan ataupun anugerah sejak kecil. Sesetengah masyrakat kita selalu fikir, orang yang ada sixth sense ni 'sakit' ataupun ada 'mental illness'.

Aku tak setuju dgn persepsi masyarakat yg menghukum org macamni seolah-olah menghamba dirikan pada tahyul. Khurafat kan diri dan tiada pegangan agama. Paling sedih, dituduh sebagai ahli sihir yang setuju untuk memutarbelitkan agama. Jauh sama sekali tidak.

Ada beza antara pengamal dan mangsa. Pengamal ni mestilah arif dalam ilmu perubatan Islam dengan niat baik untuk memulihkan mangsa sebagai salah satu IKHTIAR. Semua orang tahu kan? Aku tak nak cerita pasal pengamal, sebab aku bukan pengamal tapi aku ni mangsa.

Cakap pasal mangsa ni aku yakin  dalam kalangan kita ni mangsa juga kan?
Kena kacau, kena rasuk, kena tindih, badan lebam-lebam, tak sihat memanjang, nak solat pun kena ganggu masa lepas bacaan Al-Fatihah. 'Aminnnn...' suara bergogar gogar macam ada saf kat belakang! Aku kena

Alang-alang, aku bagi nasihat. Kalau tengah solat ada rasa tak 'senang' , pergilah ambil wuduk balik dan solat dekat sudut rumah lain. Aku syorkan, dalam setiap rumah ada ruangan khas untuk kita beribadat. Yang stay kolej, pergi solat jemaah kat surau ataupun dengan member.

Haaa aku tau semua dah meronta-ronta nak tahu pasal Penanggal kan? Ok ok, aku terus story. Huh aku pun berdebar ni. Macam ada benda tengah jeling kat aku .  Femes kau jahh, ramai orang nak tahu pasal kau. Untung lerr.

Penanggal momok jenis apa?
 Penanggal = tanggal (buka).

Penanggal ni kalau bahasa budak-budak dorang cakap 'momok berusus yang suka terapung'. Kennot brain kan, kenapa penanggal duduk kat Bumi tapi boleh terapung dgn keadaan macam tu? Ishh! Teori sains pun tak dapat explain. Hehehe jangan stress ok, kita santai.

Pengalaman aku dua kali je dapat jumpa penanggal. Dua kali pun dah rasa serem yakmat. Aku jumpa penanggal ni masa aku study kat matrikulasi dulu. Ahh! Tak nak bagitau matrik mana, ada yang tak dapat terima kangg takpun call mak ayah nak stop study. Mampoihh gue.

Pada satu malam..

Pada satu malam yang agak hening serta bunyi cengkerik krik krik.
Member aku wasap, dia nak buat meeting event sebab masa tu aku emcee so kena join lah kan. Tengok jam, pukul 9 malam! Alahai malas sungguh. Memang salah timing sungguh. Aku dah rasa something akan jadi...

Dia kata nak buat meeting kat blok baru tau. Batch aku tu, batch kedua yang rasmi blok tu. Aku dah tepuk dahi. Aku dah suggest tempat lain tapi tak nak dengar cakap. Hati aku dah berdebar-debar. Blok tu dekat kawasan tasik.
*hint.

Masa otw nak pergi blok tu, aku lambat sikit. Lewat 30 minutes kot sebab aku takut hahaha!! Bilik aku tingkat 4, jalan pun lembab so lambat lah sampai.
 Matrik aku pukul 11 malam pun masih bising. Jadi ada je orang lalu lalang..  So aku pun berjalan lah sesorang ke situ..

Kaki aku berat. Aku rasa ada orang tarik jangan bagi pergi situ. Macam ada magnetic field. Hahaha! Yass,.kekadang aku rasa macam 'dijaga' senang cakap ada bodyguard alam maya.. Korang tak ada. Eleh.
Masa ni aku ikut kata hati, teruskan je pergi. Lawan perasaan takut

Aku yakin, masa aku berjalan ni tak ada sesiapa pun join aku. Siapa nak pergi blok tu memalam? Member aku semua dah ada kat tempat meeting.
Malam tu nice juga langit. Siap ada bintang-bintang. Aku pun tengok lah kat atap..

Yelah, nak tengok langit. Dongak kan kepala kat atas kan. Masa ni aku tak masuk lagi dalam blok tempat meeting, ni kat luar lagi.
Aku nampak cahaya yang terang ala-ala fireworks. Merepek apa ada fireworks kan? Aku pun ish.. Aku stop lah kan. Jakun. Nak make sure mende apa

Kalau korang nak tahu, 'fireworks' ni melantun lantun tau. Aku dah kaget. Siapa pula ni. Ada yang nak bunuh diri ke. Tinggi bona ekau panjat!
Aku perhatikan je. Aku yakin aku nampak PENANGGAL! MERAH MUBARA SEMANGAT WAJA WARNANYA ATE MENGIGIL LE TEMAN NI

Size dia? Agak kecik. Memang nampak lah mengerbang sikit rambut kusut masai. Macam berjuntai ke bawah. Aku syak itulah usus terapung. Eh korang tau tak? Kalau badan kita kena 'darah' penanggal, badan korang yang feloles akan melecur. Macam acid! pH berapa aku taktahu

Then, time ni juga aku kena sergah dengan benda lain. Padiaaa laaa depa ni nak keluaq soqhang-soqhang.
Kan aku bagitau tadi, aku pergi alone?
Ni bukan hantu, dia macam jelmaan perempuan bertudung litup. Dia usik bahu aku dari belakang, aku guna ekor mata je ni pandang dia.

Dia pesan..Suara tu tak husky pun, suara mak-mak gitu. Lembut dan perlahan, cukup untuk aku sorang  dengar dengan jelas.

Dia cakap Bahasa Malaysia.

'Maju langkah kalau nampak'

Berderau darah aku memula sebab stuck in between, nak buat-buat pengsan ke apa ni .

Aku balas simple. No kbkk explanations.

' Baiklah'

Hello uols, lidah korang tak kan mampu recite surah dalam keadaan macam ni.
Aku baca bismillah sambil  tengok penanggal tu melantun, terhuyun-hayang. Lapar agaknya. Macam kita lah juga memalam asyik lapar je.

Aku pun berjalan macam biasa, masuk dalam blok tu jumpa member aku, ajak semualah. Berdebar aku hanya Tuhan yang tahu masa ni.  Meeting punya meeting, aku ingat tak ada benda dah. Line clearrr dah. Tetiba aku rasa ada benda lain nak jadi. Alahaiii merecik peluh

Aku nak warning juga ni. Bila memalam korang dalam bangunan baru. Mostly 'keras' tau. Jadi jangan overexcited, gelak kuat-kuat ataupun jangan celupar. Babap kangg!
Nak jadi kan situasi, ada member aku ni suka bergurau tak kena tempat.

Tengah bergurau tu, gelak dorang tuh memang happening lah. Masa ni aku tak bagitau dorang pun aku jumpa penanggal.
Aku suruh la dorang stop gelak, bahaya! Nanti benda buruk jadi. Hmm tak nak ikut.... Pastu kerusi kat satu sudut bergerak.  Kret..kret...Kuat okay! Hahahahaha

Menggelabah semuaorang. Aku pun nak bangun masa ni, nak keluar!! Aku penat tau. Lepastu kan salah sorang member kitaorg ni kena rasuk. Dia menghadap cermin. Orang semua nak berlari, dia mencangkung lat situ. Tetiba menangis. Time ni aku tak tahu punca apa. Aku tak ada ilmu

Dalam bilik tu dah tak terkawal, member lelaki aku azan 4 penjuru sebab member perempuan aku kata 'kat mana nak keluar weiii'

Aku nampak je, jalan keluar tapi aku tak boleh tolong. Member aku call, ustaz (felo) so ustaz naik. Nasib ada line telefon ok tak macam dalam drama tu

Yang melawak orang lain, yang kena orang lain. Ikut nasib! Pastu kan membe yg kena rasuk ni demam berhari-hari.
Dia dapat pelepasan seminggu. Masa ni baru tahu punca, dia nampak penanggal kat tingkap bilik meeting kitaorang 😂
Kena rasuk sebab tokojottt lepas disergah

Itulah kisah penanggal part 1 daripada aku. Rupa bentuk lebih kurang dalam google (cek sendiri! Eheheh)

Penanggal ni ada orang kata mitos, kononnya nak takutkan budak tak merayau waktu malam   tapi kenapa aku nampak? Bukan mitos tapi benar-benar wujud.

PENANGGAL PART 2

Alkisah Penanggal part kedua ni, pengalaman di matrik juga tapi plot twist sikit daripada tadi.
Kali ni, aku terserempak bukan kat atas atap, tapi aku nampak dia bertenggek.
Tak melantun. Penat agaknya. Haahahah kasi can rehat

Masa aku matrik dulu, aku tak balik rumah sangat. Jadi kalau cuti sehari dua, buang masa aku balik. Tiket bas lagi. Kali ni jadi masa nak dekat PSPM. Member aku dah ponteng dah time ni, memasing nak balik rumah  minta restu sebelum exam. Aku stay sesorg dalam bilik je

Actually, aku ni lone ranger masa sem 1 & sem 2 . Aku matrik program dua tahun, total 4 sem.
So untuk sem 1 & sem 2 aku sangat lifeless. Tak rapat dengan budak praktikum, tak rapat dengan roomate. Aku tak dapat adapt lagi. That is why aku selalu seseorang.

Dapat pula bilik tingkat 4, hujung dekat dengan pokok mangga. *hint.
Pokok mangga ada bunian jaga pula tu, betul-betul depan bilik aku.
Sampai sekarang, aku tidur tingkap buka. Syok ooo angin malem.

Nak jadikan kisah, aras aku tak ada orang sangat. 4-5 ketul manusia je ada.

Macam biasa, tingkap buka.
 Tingkap aku jarang tutup kecuali hujan, so memalam je mestilah bau mangga tu kuat kan?
Dalam pukul 1-2 pagi macamtu aku masih tak boleh lelap. Tiba-tiba lah aku bau hancing

Aku ingat aku memang 'dah lelap' tapi aku tak sedar. Macam dalam dua alam.  Pernah tahu tak? Kekadang time tidur aku confuse, aku kat mana???? Pelik tapi benar.
Masa tu memang aku yakin yang aku belum lelap. Bau hancing kuat tau. Aku bangun lah. Switch on lampu

Aku ingat kucing ke kencing depan bilik, ada manusia tak sempat ke tandas lalu terkucil. Aku ni suka nak make sure benda yang tak pasti. Lampu dah on, aku buka pintu. Eh tak ada pula kan air kencing. Tutup pintu. Aku pergilah meja study. Meja study aku menghadap tingkap.

Aku tak tahu lah kenapa kat kawasan pokok mangga bau hancing?? Bau hancing vs bau masam mangga. I kennot brain, what happened dude!
Lepastu aku punyalah berani, aku hala kepala aku keluar. Btw, tingkap matrik tu tak ada jeriji pun.

Aitttt! Toleh kiri kanan, tak ada apa-apa. Kalau korang nak tahu, aku bukan jenis 'nampak' setiap masa. Kali ni bau. Instinct aku kuat masa ni, aku yakin benda tu ada kat pokok mangga. Hahaahahahah! Tapi aku tak 'nampak'. Aku dah takut masa ni, meremang bulu romasss

Aku pun ajak menyembang.

'Patik sesorang ni, kenapa tuan hamba? Janganlah kacau.  Cakap pasal bahasa, dengan hantu aku gunakan bahasa ala ala istana ni. Kenapa? Nanti aku cerita.

Benda tu tak menyahut. Senyap je.

Then, aku rasa pokok mangga bergoyang.  Pastu dah tak ada. Ingat kan tupai ke, musang ke kan husnuzon kahkahkah padahal badan aku sejuk dah.
Aku pun macam alah tak apalah, perasaan sendiri kot ni.. Aku duduk je kat meja study tu.. Tiba-tiba..

Aku nampak ada penanggal tengah bertenggek?
Penanggal tak ada badan tau. Tapi dia kat
'kat celah-celah dahan'. Ya auloh jaaaahh kau nak main hide and seek agak-agak lah! Hahahhha

Aku rasa, nak nangis dah sebab aku sesorang kottt kalau terbang kat kau maca mana? Aku dah tawakkal. Ya Allah, tolonglah aku.
Allah tolong. Benda tu ghaib terus daripada pandangan. Kalini, tak ada api. Aku rasa kuasa dia dah habis ahhahahahah

Aku rasa penat sangat bila nampak benda-benda ni. Malam tu aku tidur tutup tingkap, on lampu. Masa ni aku mimpi pasal keturunan aku. Ada benda yang aku tak dapat cerita in details pasal mimpi ni. Cuma dalam mimpi tu, aku mimpi..

Aku dalam istana. Bahasa apa aku tak faham? Cuma dalam mimpi tu firasat aku pasal penanggal (kat pokok mangga) adalah wanita dalam mimpi aku. Macam orang dulu-dulu. Istana emas. Dia senyum kat aku lepastu dia nak bagi 'gelang'

Aku tak ambil gelang tu. Aku geleng lah sebab aku was-was. Sebenarnya, bila aku ambil gelang atau ambil barang dalam mimpi, bermaksud aku dah setuju untuk 'buat perjanjian'.
Sama ada penanggal itu utusan? Orang tengah? Aku tak pasti. Aku rujuk dengan saudara aku.

Saudara aku memang  'pengamal'. Aku tanya dia kenapa aku mimpi pelik-pelik. Aku curious.
Saudara aku kata,
'Kalau kau ambil gelang, 7  keturunan kau akan kaya raya. Kalau tak ambil, miskin dan tidak berkuasa'

Saudara aku ambil gelang tu. Dia sangat kaya raya ok!

Jadi, penanggal malam tu memang orang istana dalam mimpi aku tu.
Aku tak decribe pun dekat saudara aku pasal 'rupa' perempuan tu. Tapi dia tahu.
Maka aku tak terima dan tak buat perjanjian untuk kekayaan keturunan aku. Rugi ke tak rugi?

Gangguan yg korang dapat, boleh jadi 'orang lama daripada beribu tahun dulu' yg datang untuk jumpa keturunan korang yg sekarang ni. Pelbagai cara benda tu akan buat untuk   membinasakan korang bila perjanjian terlanggar. Aku nasihat, jangan taksub.

Lagi satu, aku nak nasihat pada kawan perempuan aku ni. Dalam mimpi, jangan sesekali terima apa-apa.
Beras ke, gelang ke atau apa-apa pertukaran. Apa-apa pun cek balik keturunan korang, sebab perempuan berkuasa di alam sana. Jadi, anak perempuan 'selalu' kena attack.

Sumber: Twitter.com//_JajaRasid

Thursday, 7 June 2018

KISAH SERAM PELAJAR HISTERIA - HAMPIR SEMUA PELAJAR MENJERIT MACAM NAMPAK "BENDA"


Sumber Cerita : Aku Sang Pendosa 
Seperti biasa.. sebelum kita mulakan penceritaan yang penuh dengan babak ngeri dan misteri.. saya minta kerjasama semua pergi duduk sorang2.. hahahaha.. ok la aku tak femes mana pun.. aku mulakan je la cerita aku.. btw nama2 dalam cerita telah diubah.

Kerana cerita ni agak seram sehingga aku mengingatkannya pun meremang segela bulu roma aku.. aku nasihat semua untuk mulakan pembacaan dengan membaca ayatul qursi terlebih dahulu. #pendindingpertama


Cerita ni berlaku pada beberapa tahun yang lepas. Ketika ini aku dah ada team aku sendiri utk pergi merawat di luar2 kawasan. Jam menunjukkan 1.30 pagi kami dikejutkan dengan panggilan dari seorang warden di sekolah asrama penuh.


Berlaku histeria yang agak pelik kejadiaanya.. sampai sahaja kami di sekolah tu.. tanpa sempat ronda2 sekolah kami terus dibawa ke surau sekolah tu. Lebih 50 orang pelajar kerasukkan..


Aku jadi hairan la. Kebiasaan kes2 histeria ni paling ramai pun bawah 20 orang.. ini bilamana dah sampai  lebih 50 orang pelajar wanita dan lelaki yang kerasukkan menimbulkan juga la tanda tanya pada aku.. apa yang sebenarnya yang berlaku kan?



Saiz surau lebih kurang besar ni
Sambil2 perawat yang lain menyediakan perkakas2 rawatan aku sempat la menyembang dengan warden tu apa yang berlaku sebenarnya..

Warden" tempat ni memang keras sikit ustaz.. dari dulu seperti tradisi memang setiap tahun ada je student kami yang kena histeria"


Kebetulan siang tadi.. persatuan kesenian dan kebudayaan ada buat rehearsal untuk pertandingan tarian.. tetapi lagu dia ustaz.. Allah agak keras sikit.. lagu ulik mayang ustaz..


Bila mana warden tu kata macam tu faham la aku kenapa mereka ni kerasukkan lain macam.. rupanya bercampur diantara jin yang dipuja dengan jin yang ada berkeliaran dikawasan sekolah tu.


"Dorang ni jadi macam ni sebelum maghrib lagi ustaz..tapi time tu boleh katakan tak sampai 10 orang yang kena.. jadi kami usung bawa ke surau ni.. sebab takut mereka lari sampai ke kawasan2 pokok kelapa sawit.. (mmg sekolah tu dikeliling dengan pokok kelapa sawit)"


"Sedang elok dorang dah habis rehearsal ada pelajar2 ni yang tak habis2 bergurau tentang lagu ulik mayang.. sampai la ada yang tetiba pengsan"

Jadi lagi teruk ni ustaz bila mana kami ikhtiar ramai2 baca yasin. Tu yang kami panggil ustaz datang sini..




Siap je perkakas. Air syifa dan bebarapa lagi barangan yang lain.. kami 4 orang pecah ambil bahagian masing2.. aku macam biasa tamak sikit.. ruqyah pakai mic..  lebih 50 orang nak ruqyah satu2 memang pancit la wei.. jadi ruqyah la beramai2..


Sedang elok aku tengah sedap baca ruqyah dengan alunan hijaz.. hampir semua pelajar yang kerasukkan menjerit2 macam nampak "benda" dan ada yang tertunjuk2 kat satu kawasan.. perawat keluar pergi check.. Allah.. 

Elok je benda alah tu bertenggek dekat pokok luar surau.



Perawat datang minta pendapat nak buat apa dengan benda yang kat luar.. aku suruh abaikan.. fokuskan terlebih dahulu pelajar2 dalam surau ni.  Bayang kanlah semua student duduk himpit2 di kawasan belakang surau.. takut nak balik ke hostel masing2..


Aku ruqyah sampai la surah yasin aku lakukan 7 mubin.. elok je tengah syahdu mengalunkan ayat..

Bunyi salakan makin galak di luar.. semakin kuat bacaan ruqyah semakin kuat bunyi salakan.
Dah lenjun berpeluh aku kat depan baca ruqyah.. gangguan tak kurang2.. aku ambil keputusan nak berbicara dengan benda yang di luar..

Time ni segala perasaan datang.. diantara keyakinan dengan ketakutan..


Sampai sahaja di luar.. aku melakukan beberapa perkara yang diajarkan oleh guru2 aku.. adat2 yang tak bertentangan dengan syariat islam.. first aku beri salam 3 kali.. tiga2 kali tidak ada sahutan.. yang disambut hanyalah hilaian..


Aku cut story sebelum story ni jadi novel 450 pages nanti.. aku langsung meditasi.. aku ambil masa dan aku langsung bertanya.. "apa yang kamu mahu? Mengapa kau menganggu anak cucu adam ini??"


Segala soalan aku tidak berjawab hanya dibalas dengan hilaian sahaja.. sampai aku dah naik jelek.. aku bacakan ayat lontar.. aku tujukan pada tempat jin bertenggek.. alhamdulilah suara mengilai hilang berganti pula......


Tang ni aku nak cerita seram beb.. aku ingat lagi.. ibarat satu persatu jin dekat pelajar yang kena rasuk berpindah berkumpul di satu jasad budak perempuan. Real beb time ni.  Budak perempuan tu duduk tenung je muka aku.. lidah dia terjelir tak normal panjang dia..

ketika inilah lampu surau ada yang pecah, betul2 di bahagian pelajar yang dirasuki dengan jin2 yang berkumpul didalam surau td..


INNAHU MIN SULAIMAN WAINNAHU BISMILLAHIRROHMANIRROHIM, ALLA TA'LUU ALAYYA WA'TUUNI MUSLIMIIN. 

Aku ulang 7 kali ayat ni.. selesai 7 kali aku ambil keputusan untuk berdialog.

"Wahai sekalian jin yang berada didalam jasad ini.. apa urusan kalian dengan budak ini"

"Kami tidak ada urusan dengan budak ini.. tapi budak ini yang memanggil2 kami.. bila kami dekat dengan dia.. dia tumbang"

Alhamdulilah kali ni pertanyaan aku berbalas.

"Tapi apabila dikalangan kalian terus menerus mengganggu kami. Lebih ramai golongan kami yg datang"

"Demi ALLAH dan demi Rasulullah.. aku diminta utk datang kesini utk memulihkan kembali semangat pelajar2 disini bukan utk memerangi kalian.. aku minta kalian keluar dari tubuh budak ini.. sebagaimana kalian masuk begitu juga aku minta kalian keluar" aku cuba nego.

"Kami boleh keluar tetapi ada diantara bangsa kami yang bengis tidak akan akan ikut keluar dengan kami. Kami minta jangan dipermainkan bangsa kami. Kami nampak kalian tetapi kalian belum tentu mampu untuk nampak bangsa kami" habis je cakap zupp. Terus tumbang pelajar tu..

Seperti biasa.. jangan sesekali percaya pada kata2 jin.. kali ni aku pergi dekat bahagian kepala pesakit.. tekan di belakang telinga dan aku teruskan ruqyah (cara2 utk detect gangguan)

Kali ni.. berderau darah aku. Bilamana suara yang keluar masih bukan suara pelajar tu. "Budak ni yang panggil aku.. aku hanya ikut dia je.. bukan urusan kau utk halau aku dari badan dia.. "

Aku terus potong.
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Mana dalilnya kalian mampu duduk dalam badan manusia.. larangan keras dari ALLAH.. dan laknat ALLAH terhadap kalian yang melanggar batas2 pergaulan.


Aku bukan apa.. aku ikut pesanan guru2 aku.. kalau merawat jangan melanggar batas.. dakwah terlebih dahulu.. jika enggan.. keluarkan jin dari badan pesakit ikut tertib.. jangan main langgar padah akibatnya..


Bilamana dah ikram pun masih lagi jin ni degil. Seperti biasa aku pakai white pepper yang sudah disyifakan..

Digabungkan dengan ruqyah.. aku guna satu2 biji lada putih. Lada putih yang asalnya putih rentung menjadi hitam.




"Sakittttt.... sakittt.."keluar dari mulut pelajar tu. "cikgu, kenapa dengan saya cikgu.. sakit cikgu.. tolong saya cikgu" pelajar tu menagih simpati orang2 disekeliling.

Aku halang cikgu2 warden2 yang cuba dekat dengan pesakit.. aku kata jangan percaya ni masih bukan dia.


"Ngihhh hii hiii hii, selalunya ustaz2 bila aku berlakon mereka percaya.. kau bodoh tak nak percaya dengan aku.. ngihhh hii hiii hiii."

"Dengan menyebut nama ALLAH aku berlindung dari godaan syaitan yang terkutuk" dengan izinNYA bangsa kalian tidak mampu memperdayakan aku.

Aku bermunajat dan cuba membuka hijab aku.. tersentak aku.. wajah yang datang muka nenek tua yang amat hodoh.. sehinggakan daging2 di pipi luruh hanya tinggal tulang..  elok je senyum sinis memandang aku..



Aku dah penat hampir dua jam lebih dah aku tak berhenti dari ruqyah beramai2 sampai la berseorangan ni aku tak berhenti.. perawat2 yang lain bantu memulilhkan semangat budak2 yang kerasukkan td.. jadi memang yg hadap pesakit sorang ni.. aku kena berhadapan sorang diri.


Dakwah dah dakwah.. minta keluar cara baik pun tak nak.. last2 aku dapat satu akal tentang amalan pekikan yang dimana cara shortcut utk merawat..

"Betul kalian tidak mahu keluar? Baik segala padahnya kalian tanggung sendiri"


In kanat illa saihataw wahidatan fa iza hum khamidun.

Bismillahi ALLAH hu akbar.. aku libaskan rida' aku ke arah pesakit.. bubbb jatuh pesakit dari duduk jadi terlentang.


Aku tak berlengah.. gabungkan kaf... aku pasakkan ke badan pesakit.. niat pagarkan badan pesakit..

Aku double triple check pesakit sama ada gangguan lagi atau tidak..


Alhamdulilah tiada tanda2 pesakit masih dalam gangguan.. aku sambung dengan doa2 syifa niatkan utk pesakit.. aku bg air pada warden suruh bantu pesakit utk minum.. bilamana pesakit dah sedar..

Time ni sesi airmata pula beb..


Pesakit peluk warden (guru perempuan) takkan la peluk warden laki pula kan.. habis dia ceritakan apa yg berlaku sebelum dia hilang kewarasan.

Lepas je habis.. aku tengok jam pun dah dekat pukul 5.. pelajar2 lain pun dah ramai yang tidur dalam surau.. tak ada satu pun pelajar yang berani balik ke dorm.. jadi aku ajak warden2 lelaki pergi pagar kawasan2 hostel dan kelas..


Selesai sesi pemagaran.. hampir keseluruhan cikgu2 yang ada dekat situ kena tarbiah.. (sebenarnya tarbiah diri aku sendiri juga)

"Jangan kalian terlalu memandang enteng dengan makhluk halus.. mereka ada.. hormati batas2 yang ada.. jangan kerana pertandingan kalian langgar semua"


"Mereka suka apabila kalian memanggil2 mereka.. kalian tidak nampak mereka.. mereka sentiasa dekat dengan kalian bilamana kalian lagha lalai lupakan ALLAH." "Jadi tugas kalian tenaga pengajar memantau pelajar2 agar tidak melampaui batas mereka"


Bilamana aku dah nak balik.. lepas je dari pagar sekolah.aku nampak bayang2 dari ladang kelapa sawit tajam memandang kami keluar

Kami call balik warden tanya ada masalah lg ke.. dia kata alhamdulilah tak ada apa masalah dah.. jadi kami ambil keputusan biarkan makhluk tu kat situ




Alhamdulilah.. dua tiga tahun aku khidmat bermacam ragam dan bermacam kisah aneh yang berlaku.. tapi semua yang berlaku adalah ujian dari ALLAH untuk meningkatkan keimanan kita terhadap diri DIA.

Akhir kalam.. seperti biasa.. kepada yang terlalu takut.. tak boleh nak tidur.. pergi ambil wudhuk.. baca 3 kul dan doa sebelum tidur.. in sha ALLAH.. akan datang keberanian itu..

sekian..

Wednesday, 14 March 2018

HATI-HATI DENGAN BOMOH TULANG .SEKALI X-RAY BERSEPAH SUSUK

Susuk bukan lah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita.Sejak dari dulu lagi penggunaan susuk sudah dapat dikesan.Gaya hidup dan kekurangan ilmu agama menyebabkan  ada yang menjadikan pemakaian susuk sebagai jalan menyelesaikan masalah.

Ada berbagai jenis susuk yang kerap digunakan . Bukan saja untuk kecantikan malah susuk juga digunakan untuk menguatkan tulang. 

Seperti yang didedahkan oleh Dr. Syazwan Basil mengenai penemuan susuk dibahagian kaki salah satu pesakit nya,. Dalam gambar yang ditunjuk kan jelas terdapat beberapa jarum halus dibahagian kaki pesakit.







Tak dapat dipastikan samaada pesakit ini sebelum nya memang tahu yang bomoh tulang tu masuk kan susuk kedalam kaki nya atau pun tidak.

Mustahil jugak dia tak tahu..kan??Tak mungkin susuk tu dimasuk kan secara rahsia tanpa pengetahuan pesakit . 

Tapi boleh jadi jugak ianya dimasuk kan secara rahsia tanpa pengetahuan pesakit sebab nak melariskan perkhidmatan nya.

Bila orang yang dapatkan rawatan tu sihat dah tentu keyakinan pesakit bertambah..kan??

Kata Dr Syazwan biasanya untuk kes macam ni doktor tak kan keluarkan susuk tersebut sebab agak susah nak keluarkan nya memandang kan susuk tersebut terlalu halus dan dah masuk ke dalam otot..

Lagipun bila dah guna susuk ni mesti lah ada melibatkan perkara-perkara ghaib. Bukan boleh keluarkan macam tu je.

Penggunaan susuk macam ni selalunya untuk tujuan menguatkan tulang.. 

Jadi pada korang yang pernah patah kaki, lepas tu dah pi jumpa doktor , ambik masa lama sangat nak sembuh, lepas tu pi pulak ke bomoh tulang tiba-tiba terus je baik, elok la ada rasa was-was tu..Mana tahu kalau ianya juga melibatkan penggunaan susuk.

sekian..

Monday, 12 March 2018

4 KISAH SERAM DI MUZIUM MELAKA

Siapa suka pergi Muzium?Anak-anak saya memang suka ke muzium. pertama nya sebab diaorang suka membaca, dan kedua sebab si adik boleh berguling atas lantai.hahahah..

Tapi ada orang yang tak suka ke Muzium kerana di muzium terdapat barang-barang lama yang katanya ada 'bertuan" ., Jadi benda2 macam ni akan membuatkan ada perkara mistik berlaku dalam muzium tersebut.

Betul ke dalam ada perkara macam tu berlaku?

Mengikut cerita-cerita dari orang ramai , Muzium di Melaka  pernah berlaku kejadian mistik.Perkara ni didedahkan sendiri oleh salah seorang kurator yang bertugas di Muzium tersebut.

Sebelum ni dah ramai yang cerita muzium ni memang seram dan berlaku berbagai kejadian aneh.

Jom kita baca kisah benar kejadian di dalam Muzium tersebut yang boleh buat korang berdiri bulu roma.Kisah-kisah ini diceritakan oleh oleh kurator di muzium tersebut yang tidak didedahkan nama sebenarnya.





KISAH 1 
Kejadian ini berlaku di salah satu muzium di negeri Melaka. Muzium ini berbentuk kapal, pada masa itu aku kena stay up. Sudah 3 hari bahagian atas di tutup. Nak repair and nak ubah letak cara patung-patung dan repair lighting.


Aku sebagai kurator, nak tak nak kene tunggu kontraktor selesaikan kerja. Jam 10 malam, Melaka lengang. Maklumlah, hari berkerja. Masa tu aku nak turun bawah. Nak keluar.


Dekat luar muzium, ala-ala macam tempat dek kapal aku pusing nak amik kasut dan pakai. Tiba tiba ada orang memanjat tangga.


Berpakaian segak, bertanjak, bertengolok dan bersongket! Naik dan lihat aku. Dan terus masuk dalam muzium! Aku terus cabut! Tak tutup pintu. Tau dek bos, mati aku.


Pagi esok, aku first sampai. Terkejut tengok patung mannuquien Panglima Awang dan Ferdinand Magellan di luar muzium sedang melihat lautan! Maksud aku mengadap. Tangan Magelan menunjuk arah sungai . 


Cepat-cepat aku letak ke dalam. Aku rasa macam Ben Stiller dalam cerite Night at The Museum.


KISAH 2
Ini kisah bersambung dengan kisah yang pertama. Sejak kejadian itu, aku takut nak ke muzium itu. Tetapi apakan daya atas sebab kerja.


Suatu malam, aku terpaksa dan ini semua salah kawan aku, Ali yang tertinggal blue print di dalam. Bos nak blue print malam tu. Katanya nak tunjuk kat Menteri Besar  untuk mintak dana.  Masih awal kira 2 jam 1040 malam.


Ali ke dalam, aku tunggu luar. Aku nyala rokok dan tunggu.

PAPPP!!!

Bahu aku di tepuk! Belakang aku ada lembaga berbadan besar sama macam malam itu! Bertempik di telinga aku:

“Labuhkan sauhhh!!”


Aku tertelan asap rokok dan terus berlari ke bawah. Sampai di bawah.elok je aku tengok Ali tunggu kt kereta. 

“Aku dah panggil ko masa keluar. Aku ingat ko dengar. Aku rasa seram, tu yang aku turun cepat”

ujar Ali


Dalam hati aku menyumpah seranah.


KISAH 3
Hobi aku download movie dan jual pada teman ofis. Kadang2 siap amik job downloadkan cerita korea untuk kakak2 di office. Hasil boleh dikatakan lumayan. Aku maksimakan kepandaian aku dalam bab komputer. 

Muzium di negeri ni , Besar muziumnya. Sebab utama, sebab situ wifi laju giler! dan aku tau pasword!


Malam tu, Adi, kawan aku tu ajak g ronda. Aku malas, tengah download dan kira-kira 5 minit, aku jadi bosan. Jadinya aku pun mencari Adi.


Kami berborak dan Adi ajak masuk dalam. Tiba di dalam, aku ni dari dulu nak pergi ke bailarung istana. Nak duduk kat kerusi sultan. Haha! Ada patung-patung sedang menghadap sultan konon2 nak bagi ufti. Dah malam, aku masuk dan terus naik ke kerusi sultan.


Adi hanya senyum dan aku malam itu sangat cabul. Aku usap-usap rambut ‘sultan’ dan siap bertitah kononnya dengan delegasi dari Arab. Sambil aku memakai tanjaknya. Ketat, sudah dijahit mati.


“Beta tak nak matawang buaya kamu pak aji. Beta mahu Ipad dan telaga minyak. Hahaha” berdekah-dekah aku ketawa.


Sejurus dari itu, terasa ada angin sayup-sayup masuk ke perkarangan istana. Terus aku cuak! Dan tiba tiba ada suara seperti berbisik di cuping telinga aku ;

“Diperkenankan. Daulat tuanku”


Spontan aku tertolak mannuquien ‘sultan’ dan terjatuh! Dan tanjak sempat aku buang
Dan terus aku lari memanggil Adi. Dan sempat aku pandang ke belakang, Perlahan-lahan ‘Sultan’ itu bangkit dengan sendiri. Seperti di bangunkan oleh tangan ghaib.


KISAH 4
Masih di tempat yang sama. Selepas kejadian itu, Adi mohon aku jaga tingkah laku. Aku akur dan download movie. Tiba waktu rondaan, aku memang follow Adi, takut!


Ronda kira2 20 minit, kami terpaku. Di hadapan pintu keluar. Berselerak kepala kepala manuquien. Kepala patung dan dapat aku lihat kesemua patung dalam tu. Semuanya headless!


Cepat-cepat aku lihat Adi membaca ayat kursi dan terus menarik aku. Perlahan-lahan kami keluar. Tiba di bilik pengawal:


“Dah selalu ar aku kena Lan. Kurator bagi tahu aku, ada sesetengah baju yang patung tu pakai memang baju zaman-zaman diorang.


Siap ada yang dibasuh sebab ada kesan darah dan ada yang dijahit sebab ada kesan tusukan tombak. Salah satunya, tanjak ‘sultan’ tu. Itu memang penah dipakai oleh tuanku sultan..” Ujar adi . Dan aku memang terkedu mendengarnya...




sumber: twitter Illansfwn

Sebenarnya bukan Muzium Melaka je yang ada berlaku kejadian-kejadian macam ni..Kan??Cuma mungkin kisah-kisah nya tak didedahkan.

Contohnya macam Kompleks Sejarah di Pasir Salak.Memang banyak cerita-cerita mistik yang tersebar sejak saya kecik lagi.tapi tempat tersebut sentiasa jadi tumpuan pengunjung dan pelancong.Mungkin genarasi sekarang dah tak tahu kisah2 seram di Kompleks Pasir Salak tu.

Kalau ikutkan rasa takut tu , memang rugi la sebab sampai bila kita nak tahu sejaran dengan hanya membaca. Kan lagi bagus kalau dapat lihat kesan2 sejarah terus di depan mata..


sekian..


Friday, 2 March 2018

SERAM!! KELIBAT BUDAK KECIL TANPA MUKA SERING DILIHAT DI DALAM RUMAH .

Rumah ada gangguan makhluk halus ni biasanya gangguan akan berulang dan selagi kita tak lakukan sesuatu selagi tu lah benda tu tetap ada dalam rumah.

Tapi ramai orang akan memilih untuk berpindah sahaja bila tak de jalan lain lagi selepas berbagai usaha dilakukan.

Bagi yang pernah alami gangguan dalam rumah ni ,mesti selalu nampak lintasan atau bayang2 melintas lebih teruk lagi ada yang dapat melihat benda tu dengan jelas .

Ada kisah seram yang dikongsikan Mira Jemy tentang beberapa kejadian seram yang berlaku dalam rumah keluarga nya.

"...So kalau korang zoom dekat bahagian atas kiri korang boleh nampak macam tangan kan. Yup tu tangan "dia". Aku kalau berdiri dekat situ  bahu aku sama paras dengan tangan tu. So benda tu terapung actually btw tinggi aku 168cm. Gambar ni adik aku ambik waktu 2014 tak silap aku




First day  ambik gambar ni memang tak perasan apa-apa pelik tapi lepas 2 minggu adik aku tunjuk dekat mak aku "Umi tu tangan siapa?". Pastu mak aku terkejut sebab baju yang benda tu pakai sama macam baju mak aku dulu tapi baju tu dah terbakar waktu rumah nenek aku terbakar


So mana dia boleh dapat baju tu? Balik je rumah mak aku bukak album lama and jumpa gambar dulu-dulu mak aku pegang abang aku waktu baby sambil pakai baju tu and sekarang abang aku dah 23 tahun.


Tapi takde lah nak kecoh sangat sebab rumah aku memang agak keras and 3 kali jugak la panggil ustaz and tiap kali ustaz datang dia mesti pergi area dekat dalam gambar tu. Tapi yang makin pelik sebulan lepastu abang aku nampak "benda" ni f2f


Abang aku memang jenis boleh nampak tapi dia jenis buat bodoh je kalau nampak. Dah biasa katanya. And one day abang aku tidur lambat sebab dia main game dekat tingkat atas rumah aku. Tiba-tiba dia dengar bunyi budak kecik gelak dekat tingkat bawah macam tengah main.


Abang aku tinjau lah sekali dia nampak "benda" dekat dalam gambar tu. Budak kecik rupanya. Tengah main lari-lari dekat bawah. Abang aku pandang je benda tu tiba-tiba benda tu berhenti lari and dia pusing pandang abang aku sambil gelak and guess what??? DIA TAKDE MUKA!!!




Abang aku terus lari masuk bilik dia. Ni abang aku yang sulung yang kena. Patutlah dalam gambar tu tak nampak muka sebab dia "TAKDE" muka. 2 bulan lepas abang aku yang kedua pulak kena kacau


Dengan benda yang sama. Abang aku baru balik daripada main badminton lepastu dia lepak mamak kejap. Dia sampai rumah dalam pukul 11:30 malam. Time dia nak masukkan kereta dalam parking garage dia ternampak ada kelibat budak kecik lari dekat belakang kereta dia


Abang aku keluar pergi tengok tapi takde orang pon. And time tu jugak lah dia dapat call daripada kawan dia cakap dia ada tertinggal barang dekat tempat diorng lepak tadi. Abang aku pon pergi lah keluar nak ambik balik dekat rumah kawan dia


Abang aku tunggu dalam kereta pastu dia call kawan dia cakap dia dah sampai depan rumah nak ambik barang. Lepastu kawan dia cakap "Lah kau ke dalam kereta tu? Aku ingatkan sape lah tadi. Datang dengan family ke?"




Abang aku pelik ah "Eh asal tanya?". Pastu kawan dia cakap "Yelah tu ada budak kecik dalam kereta kau. Adik ke?". Abang aku terus terdiam sebab dia datang sorang and dia mana ada adik kecik. Adik bongsu pon umur 16 tahun. Abang aku cepat-cepat ambik barang lepastu terus balik


Sampai je dekat rumah dia cerita dekat mak aku. Mak aku just cakap "Haa padan lah muka sapa suruh balik lambat kan dah kena". Tapi kitorang sampai sekarang tak tau siapa budak kecik tu and kenapa dia pakai baju sama macam baju mak aku dulu. Abang aku pon dah insaf tak balik lambat .."


sekian.