Showing posts with label senaman untuk kurus. Show all posts
Showing posts with label senaman untuk kurus. Show all posts

Tuesday, 6 August 2019

5 TIPS MUDAH SUPAYA TETAP FOKUS UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

Hi semua..


Dah lama tak menulis tentang diet dan kalori memandangkan saya dah makin gemuk dan tak mengamalkan gaya hidup sihat. :p Tahun 2016 saya pernah berdiet dan berjaya dapat berat badan ideal. Masa tu saya buat diet atkins.

Nampak tak betapa bulat nya muka. Hehe

Mengikut pengalaman saya ada beberapa perkara yang korang boleh buat kalau nak konsisten dan tetap fokus untuk turunkan berat badan supaya tak la jadi hangat-hangat taik ayam. Heheheh


Lakukan secara berkumpulan atau bersama Pasangan
Baru-baru ni bila suami ajak diet rasa bersemangat balik nak kuruskan badan.

Baru lah seronok bila ada geng nak tahan selera makan nih. Selalunya diet tak jadi sebab dia minta masak itu ini  lepas tu kita join sekaki. Bila dia nak diet kita pun semangat la nak ikut sama.

Sebab tu bagi sesiapa yang nak diet atau nak kurangkan berat badan kalau boleh cari lah geng, Buat Whatsapp group pun ok jugak. Masing2 saling bagi semangat , nasihat dan idea nak makan apa. Baru lah usaha tu berterusan.

Berbeza kalau diet sorang2 ni , nanti orang sekeliling makan depan kita macam-macam kita pun join sekaki. Tak de siapa nak tegur dan nasihat kita,






Kawal mata dan sekaligus kawal selera
Satu lagi kalau nak konsisten dalam berdiet ni kita kena kawal mata kita. Jangan lah asyik tengok gambar makanan je. Selalu nya bila buka Instagram paling banyak sekali adalah gambar makanan. Daripada asyik scroll Ig je lebih baik korang lompat bintang 50 kali.

Kalau satu dua gambar je boleh la scroll laju-laju. Tapi kalau banyak sangat follow akaun IG yang asyik post gambar makanan, memang tak mampu la nak tahan selera. Mungkin tengok gambar burger je dah buat kita tak keruan.

Mungkin boleh la buat sementara Unfollow dulu IG yang asyik post gambar makanan.,Nanti dah dapat berat ideal dan yakin yang korang boleh tahan mata dan selera tu  korang follow la semula akaun-akaun kegemaran korang tu.



Banyak membaca tentang kejayaan mereka yang sudah berjaya menurunkan berat badan.
Yang ini sangat penting dan saya yakin ini lah yang beri kesan besar untuk korang tetap fokus dalam menurunkan berat badan.

Bila buka FB, pastikan post2 di group atau page diet yang korang join tu korang setting kepada "See first" . Sama juga kalau Di IG. Korang follow la banyak akaun2 yang berkongsi tentang diet dan mereka-mereka yang  mengamalkan cara pemakanan yang sihat.

Korang boleh ikut apa gaya senaman yang diaorang buat, apa yang diaorang makan dan sebagainya. Dulu saya follow group Atkins Malaysia. Selalu baca post2 mereka yang dah berjaya turunkan berat badan dan ianya memang memberi semangat dan motivasi pada saya.





Set alarm untuk work out 
Bersenam jangan culas sebab kawal makan cemana pun tapi kalau tak work out, tak keluarkan peluh memang lambat la nak turunkan berat badan.

Cemana nak buat supaya rajin bersenam? Korang boleh ajak kawan untuk keluar jogging atau jalan sekitar taman perumahan. Set alarm setiap hari jam berapa korang perlu keluar.,

Kalau tak boleh keluar, malu nak keluar boleh buat dalam rumah. dalam bilik pun boleh. Setakat buat tabata dalam 20 minit pun dah cukup baik tu. Tabata paling senang sebab dia ulang pergerakan yang sama je. Buat la dalam 5-6 set.

Saya buat tabata yang ni sebab senang sangat dan tak susah nak buat.Tapi tetap berpeluh

Ada banyak video tabata kat youtube yang korang boleh ikut. masuk seminggu dah tak payah pakai video. Berbunyi je alarm terus on muzik je terus dah tahu apa pergerakan yang korang perlu buat.

Ada orang dia malas bersenam sebab dia tak tahu nak bersenam cemana.Jadi paling mudah sekali tengok video tabata,

Formula kurus
Nak kurus kena ada panduan dan sebenarnya ada formula ajaib untuk kurus dengan lebih cepat dan sihat. Apa yang diajar dalam formula kurus ni antaranya cara untuk korang makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Selain tu korang juga akan diajar tentang teknik high intensity cardio training & weight training dalam masa yang singkat  yang mampu menurunkan 3 ke 5 kg sebulan konsisten (Jumlah penurunan 25kg 5 bulan),  akan mengurangkan ukur lilit pinggang dan paling penting sekali membuang lemak badan.

Klik gambar di bawah untuk mendapatkan E-book Formula Kurus