Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Saturday, 5 January 2019

PELAJAR DITEMUI MATI DALAM KERETA : POLIS PERCAYA TIADA UNSUR JENAYAH



Seorang pelajar sebuah universiti awam di Nibong Tebal, Pulau Pinang dijumpai meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Taman Pekaka, Nibong Tebal, pada Sabtu pagi.

Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 pagi di dalam kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan di belakang bangunan rumah kedai dua tingkat di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafee Abd Samad berkata, ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan terbaring di kerusi pemandu yang diturunkan manakala enjin kenderaannya masih hidup.



Menurut Shafee, pemeriksaan oleh pasukan perubatan Hospital Sungai Bakap mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia ketika dijumpai.

Katanya, polis menemukan getah paip berwarna hijau sepanjang lima meter di lokasi kejadian.

Siasatan yang dilakukan pasukan Forensik mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian mangsa.

Mayat kemudiannya dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SUMBER: AWANI

Friday, 4 January 2019

LARANGAN MEROKOK BUKAN SAHAJA UNTUK ROKOK TAPI TERMASUK VAPE, NANO STICK DAN SHISHA

Hi..

Ramai yang tarik nafas lega selepas Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan larangan merokok di semua restoran dan premis yang menjual makanan bermula 1.1.2019. Kalau diikutkan banyak juga tempat-tempat yang dah di tetapkan untuk larangan merokok.

Tapi harus diingat bahawa larangan merokok ni bukan sahaja untuk rokok tapi juga termasuk vape, nano stick dan juga shisha.

Selagi ianya berasap memang tak boleh . Walaupun ada yang kata Vape dan shisha tu cuma wap dan tak de tembakau tapi dia punya flavor tu rasanya datang dari tembakau jugak..kan?



Menghisap vape juga dilarang kerana apa yang saya baca wap air pada vape juga sudah dicemari nikotin. Sama ada wap yang keluar masa hisap vape tu boleh bagi risiko pada orang sekeliling itu saya sendiri tak pasti. Tapi yang pasti wap atau asap yang dihembuskan tu juga merimaskan dan meloyakan orang sekeliling nya juga. 




Bayangkan laj..benda yang keluar dari mulut dan hidung orang masuk ke dalam mulut dan hidung orang lain.. Kan menjijik kan tu kalau difikir2 kan balik.




Untuk rujukan korang diatas ni saya kongsikan tempat-tempat yang dilarang untuk merokok iaitu termasuk lah kedai makan yang di dalam air, di atas kapal  dan restoran diatas tanah persendirian.



Untuk 6 bulan awal kempen larangan merokok ni sudah dijelaskan bahawa tiada saman akan dikeluarkan tapi amaran dan nasihat akan diberikan pada mereka yang melanggar peraturan. Jangan nanti ada orang tegur korang bangun bagi penumbuk pulak ye..

Hahaha..




Apa salahnya jika korang ambil peluang ni untuk berhenti merokok. Mesti orang-orang terdekat akan rasa kagum dan lebih selesa dengan korang. Larangan merokok ni bukan lah untuk menyusahkan kita tapi nak mendidik kita kearah hidup sihat.

Banyak kesan baik pada tubuh badan kita jika berhenti merokok. Semoga berjaya semua.. :)


Saturday, 13 October 2018

LARANGAN MEROKOK DI SEMUA PREMIS TERMASUK RESTORAN BERMULA 1 JANUARI 2019

Assalamualaikum..



LARANGAN MEROKOK DI SEMUA PREMIS TERMASUK RESTORAN BERMULA 1 JANUARI 2019
Dah boleh tarik nafas lega sebab bermula 1 Januari 2019 semua premis makanan termasuk restoran terbuka seperti mamak, kedai-kedai tomyam dan warung-warung tepi jalan termasuk warung-warung kecil yang berniaga di tepi jalan atau tepi-tepi pantai termaktub dalam PPKHT 2004 digubal dalam Akta Makanan 1983, dibawah seksyen 36.




Jadi apa korang perlu buat jika nampak ada orang merokok di tempat-tempat awam dan restoran-restoran lepas ni?

Korang hanya perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk buat aduan. Dalam 24 jam aduan akan di ambik tindakan .

Ini bermakna pengusaha restoran pun boleh diambil tindakan kalau biar pengunjung restoran nya merokok dan akan di denda sehingga rm2500 .

No telefon Pejabat kesihatan Daerah  korang boleh dapat kan disini 

 Akta tersebut tidak termasuk untuk mereka yang hisap  vape, rokok elektronik dan shisha ..



Sebenarnya bagus dikuatkuasakan akta ni. Agak susah nak keluar makan dengan anak-anak bila terpaksa bau asap rokok. kesian kat anak-anak kita.Tak kan nak duduk dalam rumah je..kan??

Nasihat saya pada orang ramai yang makan kat restoran tu , bila nampak orang merokok sebaiknya bagitau lah pada pelayan atau pengusaha restoran tu dulu supaya dapat mereka bagi amaran pada pelanggan.

Jangan la main report je..Kesian juga la pada pengusaha restoran.kalau tak diendah kan baru kita buat report..cemana??

Wednesday, 4 January 2017

MATI KERANA SELFIE

Assalamuaaikum..



Sudah seminggu cerita tentang selfie diatas papan tanda IPOH menjadi hangat di laman sosial ni.Bukan kita nak menyibuk cuma kita semua prihatin.Perkara-perkara yang bakal mengundang bahaya ni kalau boleh jangan la dibuat lagi-lagi kita upload pulak benda bahaya yang kita buat tu dilaman sosial.Ianya akan membuatkan orang lain pun nak cuba buat benda yang sama untuk tujuan "banyak like".Panjat dah satu kesalahan.Lepas tu boleh selfie pulak .


Kalau rasa nak buat untuk kepuasan sendiri buat la sorok-sorok benda yang salah tu..Buat salah lepas tu selfie dan muat naik supaya ramai tengok dan tahu  ianya bukan sesuatu yang bijak.Ramai yang suka selfie ketika melakukan sesuatu yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.Mungkin untuk menunjuk kan pada orang lain betapa berani nya mereka .



Tengah memandu pun selfie, tengah naik tangga selfie, tepi jalan raya pun nak selfie...Tahu tak tindakan kita tu boleh membahayakan nyawa kita sendiri.Dekat luar negara ada banyak punca kematian disebabkan sedang selfie.Bila kita selfie kita tak nampak sekeliling kita.Kita cuma fokus pada kamera kita je.Dah tentu ini membahayakan keselamatan kita.



Rasanya Malaysia pun patut buat macam Rusia la..Ada dikeluarkan tips keselamatan dan larangan pada orang ramai untuk tidak selfie dalam beberapa keadaan macam dalam gambar diatas ni.Larangan dikeluarkan selepas beberapa kejadian meragut nyawa yang berpunca dari selfie.

sekian..

Tuesday, 3 January 2017

ALAT SULIT DAH ELOK SEMPURNA TAPI NAK YANG BERDURI PULAK...

Assalamualaikum..



Sebagai seorang manusia saya sendiri tak paham kenapa ada manusia yang tak pernah cukup dan puas dengan apa yang Allah dah ciptakan pada dirinya.Baru-baru ni saya perhatikan kerap sangat satu iklan produk untuk alat sulit lelaki melintas di facebook saya.

Selalu sangat dah kita tengok iklan ubat kuat, minyak itu dan ini tapi kali ni lain sikit.Produk tu namanya kondom berduri..Kondom tapi dia ada macam duri2 kat luarnya.

Bukahkah alat macam tu akan menyiksa dan menyakitkan wanita. ? Tidak kah lelaki-lelaki sekarang yakin dengan apa yang mereka ada..Kenapa nak guna alat bantuan?

Allah dah ciptakan alat sulit korang tu elok dah..tak de berduri-duri pun..kenapa tak puas hati dengan bentuk nya,.Kenapa nak kena ubah?Betul ke orang perempuan suka yang berduri-duri tu?Giler kah perempuan tu?atau orang lelaki ni saja yang suka berangan konon nya perempuan suka benda macam ni padahal tak suka pun..

fikir-fikir kan lah...


sekian..