Skip to main content

Posts

Showing posts with the label semasa

PELAJAR DITEMUI MATI DALAM KERETA : POLIS PERCAYA TIADA UNSUR JENAYAH

Seorang pelajar sebuah universiti awam di Nibong Tebal, Pulau Pinang dijumpai meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Taman Pekaka, Nibong Tebal, pada Sabtu pagi.

Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 pagi di dalam kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan di belakang bangunan rumah kedai dua tingkat di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafee Abd Samad berkata, ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan terbaring di kerusi pemandu yang diturunkan manakala enjin kenderaannya masih hidup.




Menurut Shafee, pemeriksaan oleh pasukan perubatan Hospital Sungai Bakap mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia ketika dijumpai.

Katanya, polis menemukan getah paip berwarna hijau sepanjang lima meter di lokasi kejadian.

Siasatan yang dilakukan pasukan Forensik mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian mangsa.

Mayat kemudiannya dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat d…

LARANGAN MEROKOK BUKAN SAHAJA UNTUK ROKOK TAPI TERMASUK VAPE, NANO STICK DAN SHISHA

Hi..
Ramai yang tarik nafas lega selepas Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan larangan merokok di semua restoran dan premis yang menjual makanan bermula 1.1.2019. Kalau diikutkan banyak juga tempat-tempat yang dah di tetapkan untuk larangan merokok.
Tapi harus diingat bahawa larangan merokok ni bukan sahaja untuk rokok tapi juga termasuk vape, nano stick dan juga shisha.
Selagi ianya berasap memang tak boleh . Walaupun ada yang kata Vape dan shisha tu cuma wap dan tak de tembakau tapi dia punya flavor tu rasanya datang dari tembakau jugak..kan?


Menghisap vape juga dilarang kerana apa yang saya baca wap air pada vape juga sudah dicemari nikotin. Sama ada wap yang keluar masa hisap vape tu boleh bagi risiko pada orang sekeliling itu saya sendiri tak pasti. Tapi yang pasti wap atau asap yang dihembuskan tu juga merimaskan dan meloyakan orang sekeliling nya juga. 





Bayangkan laj..benda yang keluar dari mulut dan hidung orang masuk ke dalam mulut dan hidung orang lain.. Kan menj…

LARANGAN MEROKOK DI SEMUA PREMIS TERMASUK RESTORAN BERMULA 1 JANUARI 2019

Assalamualaikum..




LARANGAN MEROKOK DI SEMUA PREMIS TERMASUK RESTORAN BERMULA 1 JANUARI 2019
Dah boleh tarik nafas lega sebab bermula 1 Januari 2019 semua premis makanan termasuk restoran terbuka seperti mamak, kedai-kedai tomyam dan warung-warung tepi jalan termasuk warung-warung kecil yang berniaga di tepi jalan atau tepi-tepi pantai termaktub dalam PPKHT 2004 digubal dalam Akta Makanan 1983, dibawah seksyen 36.




Jadi apa korang perlu buat jika nampak ada orang merokok di tempat-tempat awam dan restoran-restoran lepas ni?

Korang hanya perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk buat aduan. Dalam 24 jam aduan akan di ambik tindakan .

Ini bermakna pengusaha restoran pun boleh diambil tindakan kalau biar pengunjung restoran nya merokok dan akan di denda sehingga rm2500 .

No telefon Pejabat kesihatan Daerahkorang boleh dapat kan disini

 Akta tersebut tidak termasuk untuk mereka yang hisap  vape, rokok elektronik dan shisha ..




Sebenarnya bagus dikuatkuasakan akta ni. Agak …

MATI KERANA SELFIE

Assalamuaaikum..



Sudah seminggu cerita tentang selfie diatas papan tanda IPOH menjadi hangat di laman sosial ni.Bukan kita nak menyibuk cuma kita semua prihatin.Perkara-perkara yang bakal mengundang bahaya ni kalau boleh jangan la dibuat lagi-lagi kita upload pulak benda bahaya yang kita buat tu dilaman sosial.Ianya akan membuatkan orang lain pun nak cuba buat benda yang sama untuk tujuan "banyak like".Panjat dah satu kesalahan.Lepas tu boleh selfie pulak .


Kalau rasa nak buat untuk kepuasan sendiri buat la sorok-sorok benda yang salah tu..Buat salah lepas tu selfie dan muat naik supaya ramai tengok dan tahu  ianya bukan sesuatu yang bijak.Ramai yang suka selfie ketika melakukan sesuatu yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.Mungkin untuk menunjuk kan pada orang lain betapa berani nya mereka .



Tengah memandu pun selfie, tengah naik tangga selfie, tepi jalan raya pun nak selfie...Tahu tak tindakan kita tu boleh membahayakan nyawa kita sendiri.Dekat luar negara …

ALAT SULIT DAH ELOK SEMPURNA TAPI NAK YANG BERDURI PULAK...

Assalamualaikum..



Sebagai seorang manusia saya sendiri tak paham kenapa ada manusia yang tak pernah cukup dan puas dengan apa yang Allah dah ciptakan pada dirinya.Baru-baru ni saya perhatikan kerap sangat satu iklan produk untuk alat sulit lelaki melintas di facebook saya.

Selalu sangat dah kita tengok iklan ubat kuat, minyak itu dan ini tapi kali ni lain sikit.Produk tu namanya kondom berduri..Kondom tapi dia ada macam duri2 kat luarnya.

Bukahkah alat macam tu akan menyiksa dan menyakitkan wanita. ? Tidak kah lelaki-lelaki sekarang yakin dengan apa yang mereka ada..Kenapa nak guna alat bantuan?

Allah dah ciptakan alat sulit korang tu elok dah..tak de berduri-duri pun..kenapa tak puas hati dengan bentuk nya,.Kenapa nak kena ubah?Betul ke orang perempuan suka yang berduri-duri tu?Giler kah perempuan tu?atau orang lelaki ni saja yang suka berangan konon nya perempuan suka benda macam ni padahal tak suka pun..

fikir-fikir kan lah...


sekian..


CARI DUIT JANGAN SAMPAI GILA DUIT

Assalamualaikum...


Tadi saya tengok ada satu post tentang jam tangan paling mahal..harga nya sampai lebih RM4 juta ,,Bukan RM4 tau..tapi EMPAT JUTA...Naik semput dada makcik mengenang kan 4 juta tu..4 ratus lima puluh ringgit pun lambat je nak masuk akaun makcik ni..Ni kan pulak RM4 juta..hahahh..
Memang sekarang ni duit dah jadi salah satu perkara penting..kan??kalau dulu antara sahabat dan duit mana yang penting?orang kata sahabat la yang penting Tapi sekarang ni lain dah..Duit lagi penting..Kawan serumah kita nak kahwin...
"kau datang ye kenduri aku nanti.."
"tak boleh beb..aku kerja..aku nak pakai duit lebih bulan depan.."
Nampak??Siapa kata kawan lebih penting dari duit?


Tengok pulak kalau dalam rumah tangga.Bini ajak  teman pi klinik..
"Jom sayang..teman B pergi klinik pagi esok.."
"tak boleh la B..abang kena kerja ni.Kita kan nak pakai duit lebih nanti.."
Bini pun dah tak penting dah..Duit juga yang penting..

Antara kesihatan dan duit mana …

MAJLIS GRADUASI TADIKA - MASUK BAYAR NAK KELUAR PUN BAYAR

Assalamualaikum..



Nampak dari rumah saya ni ada seisi bergambar kat tadika belakang rumah ni..Comel-comel je budak-budak bila bergaya dengan jubah konvo.Zaman kita dulu mana ada macam ni..kan??kalau ada penyampaian majlis hadiah pun dah cukup baik.Tapi tak de pun..Betapa cikgu sekarang dah kreatif dan bersemangat nak memupuk semangat belajar pada anak-anak kita.

Dalam pada asyik memerhatikan gelagat anak-anak kecil tu sempat saya bertanya pada salah seorang ibu  (berbangsa india)  yang tutur memerhatikan gelagat anak nya di situ..

"bila majlis konvo diaorang..?"

"minggu depan..sabtu.." jawab nya,...

dia kemudian nya berbisik pada saya..

"Baru tadika tapi pakai duit banyak.Mau keluar sekolah pun kena bayar RM50 duit jubah,duit majlis rm50 untuk seorang..Masuk mau bayar keluar pun mau bayar.."

(*ada pulak tak faham maksud "masuk mau bayar keluar pun mau bayar.."
Maknanya dulu nak masuk sekolah dah bayar beratus2 ringgit..ni nak keluar pun kena baya…

RINGKASAN DAN RUMUSAN PEMBENTANGAN BAJET 2017

Pembentangan Bajet 2017:



 RM260.8 bilionPeruntukan Bajet 2017 berjumlah RM260.8 bilion merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM214.8 bilion, perbelanjaan pembangunan RM46 bilion. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.

Pertumbuhan KDNK kekal pada 6%Perdana Menteri berkata Barisan Nasional berjaya mengekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 6% setahun selama hampir 60 tahun berturut-turut.


Tema Bajet 2017Bajet 2017 bertemakan Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat 



 INTIPATI BAJET 2017

Sokongan kepada wanita berkerjaya

Pelepasan cukai baru sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan setiap dua tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberi kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar mulai 2017.

Terus memperkasa BumiputeraPertama: 

RM100 juta  kepada…

JADI ORANG POPULAR JANGAN ASYIK UPDATE STATUS TAK PUAS HATI

Asalamualaikum...




saya ni suka follow akaun sosial pengasas produk kecantikan dan juga orang2 yang terkenal ni.Bukan apa,..sekadar nak naik kan semangat.Tengok orang-orang  berjaya ni buat kita pun rasa ingin berjaya walaupun dalam bidang yang berbeza.Bukan nak popular macam diaorang pun..cukup sekadar dapat ilmu macam mana cara nak cari duit.nak tengok juga gaya hidup diaorang macam mana dalam mengekalkan kejayaan tu..

Bagi saya sebagai seorang yang mengasaskan perniagaan yang besar dan dikenali ramai perlu la untuk dia menampilkan sisi baik dan memberi kata2 semangat pada pengikut-pengikut  dia dilaman sosial.Walaupun ada yang pandang negatif tapi dia perlu tunjuk kan sikap tak peduli pada rumput rampai ni.Betul tak??Contohnya macam Dato Alif Syukri tu..Kau cakap la apa pun pasal dia, dia tak heran pun..Dia terus melangkah jauh tinggalkan orang lain.Begitu juga dengan Dato Vida, macam-macam orang mengata tapi dia tetap ceria.

Tapi ada lah sorang pengasas produk kecantikan ni.Setiap…

BARU BERSALIN DAH BERJALAN SANA SINI...

Assalamualaikum...


 klik untuk baca
Klik gambar ni untuk baca...
komen yang aku ambik dari blog dr.zubaidi..
kenal dr.zubaidi..kan??

Setuju sangt dengan komen kat ats tu..
itu lah yang jadi pada aku lepas besalin hari tu..
sebab hari2 kena pi klinik la aku terpaksa balik ke
rumah sendiri lebih awal dari sepatutnya..
patutnya nak duduk 2,3 minggu je kat kampung tapi tak jadi
sebab hari2 nak kena ulang alik ke klinik untuk  chek darah..

kalau kat kampung siapa nak bawak pi klinik..kan??
suami mana boleh cuti lama2 nak tunggu kita kat kampung tu..

sudahnya lepas pantang pun
terpaksa berjalan ke sana sini .hari2 pulak tu..
badan penat hati pun runsing..
bila penat,runsing sah2 la susu pun tak de..
padahal susu ibu tu je la ubat yang kita ada..
mujur la mak aku bagi kata semangat dan
suami pun banyak sangat  bantu.

Rasanya lagi baik kot kalau
nurse datang umah ambik darah dan
bawak semple darah ke klinik untuk check.
kemudian call la kita kat umah ni bagitau bacaan nya berapa..

Bila nur…

PREPAID DAN CUKAI

Assalamualaikum...

selamat Pagi semua.
hajat hati pagi ni nak pi tesco sat.
nak beli barang dapur.tapi kena tunggu big boss
bangun dulu...

Korang guna telefon bimbit..kan??
guna prepaid atau bil?

nak cerita pasal prepaid ni..
dengar2 sikit hari lagi yang prepaid akan dikenakan cukai.
aduhai..semuanya nak cukai la ni..

orang yang guna prepaid tu sebab nak jimat.
nampaknya tak tau nak jimat macam mana dah lepas ni
sebab nak kena salurkan untuk kerajaan pulak.

yang guna bil mungkin dah lama kena cukai2 ni..kan??
aku pun tak tau la
sebab aku memang guna prepaid.
sebab jarang2 nak call dan ber sms.

nampaknye lepas ni nak topup pun bila perlu je la.
banyak jugak nye benda yang kena cukai
sekarang ni.
jadi pandai2 la kita nak hidup..
sebab kerajaan sekarang tengah nak
kumpul duit..
tapi nak kumpul pun jangan la sampai cekik leher rakyat..

sekian..

kerana kasih padamu 2..

selamat malam..

hari ni kurang mengupdate la.. sibuk mensolek blog dan sibuk memeluk maisara..heheh.. mai time dia nak peluk memang tak boleh buat apa la.. ambik bantal selimut satu..pastu siap le peluk dia sambil tengok tv.. sambil tu buat permintaan lagu untuk halwa telinga dia.. mana nak cari ibu baik giler macam aku ni.. besar nanti kalau tak bagi separuh gaji dia kat aku tak tau la....!

ok..aku nak cerita tentang pakai tudung.. banyak dah blog yang cerita pasal tudung ni.. ada yang siap keluar hadis bagai kan..

pernah dengar tak dialog gini..
"belum sampai seru nak pakai tudung.. lagipun tak de paksaan dalam agama kita.."
tak tau dia belajar agama kat sekolah mana entah... giler engkau tak de paksaan... maksud tak de paksaan dalam agama tu hanya untuk orang dari agama lain untuk masuk agama kita. tak de kena mengena dengan tudung ye kawan2...

aku cuma pesan saja ye.. cakap lebih2 kang aku buat orang tersentap dah bertambah dosa aku yang sedia banyak ni.. kita hidup menumpang saja di dunia …