Showing posts with label selekeh selepas kahwin. Show all posts
Showing posts with label selekeh selepas kahwin. Show all posts

Sunday, 17 July 2016

LELAKI SELEKEH SELEPAS KAHWIN

Assalamualaikum...



Ramai yang percaya lelaki selepas kahwin akan lebih terurus dan bergaya. disebab kan ada isteri yang boleh menguruskan bab pakai dan makan.Sebab tu ramai lelaki yang kalau sebelum kahwin kurus je, baju pun depan belakang bergosok tapi kat lengan berkedut.hehehh..Selepas berkahwin semua urusan pakai dan makan diuruskan isteri..Badan makin berisi, muka nampak bersih, baju kerja pun cantik je bergosok sempurna.

Tapi kalau ada lelaki yang selepas kahwin makin selekeh jangan pulak disalahkan isteri sebab tak pandai jaga laki.Dah tentu suami dia tu bukan budak sekolah tadika.Sebelum kahwin boleh je melaram , kemas dan bergaya.tapi lepas kahwin asyik berseluar pendek, pakai singlet dan rambut kusut masai..memang ada lelaki macam ni sebab mereka merasakan bila dah kahwin tak payah la nak bergaya macam orang bujang. Bukan isteri tak tegur tapi kalau dia sendiri tak nak berubah apa la yang isteri boleh cakap.nasihat lebih2 nanti tersentap pulak ,..Dah katanya derhaka..



Saya tengok contoh macam pelakon Shukri Yahya.Ramai yang kata dia nampak selekeh selepas berkahwin.Dengan jambang nya, lepas tu rambut tak terurus.Selalunya perempuan je yang buat perangai macam ni...Bila dah mengandung mula la rambut mengerbang, badan pun busuk, mandi lewat..muka pun kusam je macam tak cukup vitamin.hehehhe..

Jangan fikir orang tak mengata kalau lelaki selepas kahwin ni selekeh..Ingat orang perempuan je ke yang orang perhati.lelaki pun sama jugak.kena jaga penampilan..Pergi spa, potong rambut, pakai pakaian yang sesuai kalau nak bergambar untuk tatapan orang ramai, sebelum upload gambar tu tengok2 sama gaya kau .Jangan la muka berminyak , kusam pun kau nak upload..takut pulak nanti balik kampung mak ayah tegur, isteri tak jaga ke sampai kau nampak selekeh macam ni.nama isteri jugak yang busuk.kau tetap nampak suci.heheheh..


sekian..