Skip to main content

Posts

Showing posts with the label scammer

KANTOI : ASTRO DEDAHKAN DATA PENGGUNA PADA PIHAK KE 3.

Hi semua..

Korang mesti pernah terima panggilan telefon dari wakil insuran kan? Mesti korang tertanya-tanya dari mana la diaorang ni dapat no phone kita. Nak kata kita ni artis tak jugak. wakil rakyat pun bukan. Tapi macam mana diaorang boleh hubungi kita.



Hari ni saya nak cerita pengalaman saya dihubungi seorang wakil insurans yang telah mengkantoikan dari mana dia dapat no tel kita. Dan dalam kes saya ni pihak yang terkantoi ialah Astro.

Astro lah yang mendedahkan no phone saya ni kat wakil insurans tersebut.

Kisahnya macam ni..

Oleh sebab saya dah pasang Unifi TV kat rumah jadi saya dan suami sepakat nak tamatkan perkhidmatan Astro. Jadi suami saya pun call Astro dan bagitau la tujuan nak potong astro tu. Selepas dah bincang2 mata bersetujulah kami untuk menamatkan perkhidmatan Astro.





Keesokan hari nya saya dapat panggilan dari seorang wakil insuran. Panggilan diterima oleh nombor telefon saya yang saya gunakan untuk daftar akuan astro, tapi  akaun astro ni menggunakan nama suami.

HATI-HATI DENGAN SCAMMER JUAL BARANG KEMAS INI.

Hi korang..

"Korang.. acik nak mintak tolong viralkan minah neh.. dia dah ambik duit acik RM99 .. acik bayar on 30th August.. sampai sekarang tak dpt brg.. bila acik pm page terus kena block.. tak dpt tengok dah page pompuan jahanam neh.. takpe.. tak kaya ko dgn duit celah gigi aku tu.. cuma aku takkan halalkan.. membusung lah ko makan duit org.. sekian thanks but no thanks"

Kesian akak ni dia kena scam kat facebook. Akak ni nak beli cincin harga rm99.  Bayaran dibuat pada 30 August 2019. Sampai sekarang barang tak dapat, dan dia pun dah di block dari facebook page scammer ni.

Kalau tengok pada Whatsapp Info ni dia siap tulis situ "Dropship will active On August 2018" bermaknan dari 2018 lagi dah buat kerja menipu ni.






Korang yang nak beli barang online hati-hati lah ye. Saya try cari  nama Mazad Lagacy kat Facebook Page dan nampak dia juga ada jual penapis air Coway. Saya rasa dia memang scammer yang banyak menipu la. No tel jual penapis air tu pun sama macam dalam…

BELI BARANG DI SHOPEE UNTUK HADIAH KEJUTAN BUAT ANAK TAPI ITEM YANG SAMPAI BUAT SI IBU PULA YANG TERKEJUT

Dah selalu sangat kita dengar ramai yang terkena apabila order barang melalui online kemudian barang lain pula yang sampai. Selalunya barang yang sampai tu adalah barang yang nilainya lebih rendah daripada yang kita pesan sebelum ni.

Belum ada lagi kes beli barang rm10 dapat barang rm100. Jadi di situ je dah boleh nampak barang tersebut sengaja di hantar atau kita boleh kata ianya sebagi satu penipuan.

Macam yang terjadi pada Junaina Abdullah beliau awalnya membuat pembelian Travel makeup bag yang harga asalnya bernilai rm32.03 . Selepas diskaun harga tersebut menjadi RM15.79 termasuk kos penghantaran. Pembelian dan pembayaran dilakukan pada 10-4-2018 dan barang yang di pesan sampai pada 3-5 2018.





Namun apa yang mengejutkan ialah barang yang sampai bukan lah seperti yang dipesan. Tetapi adalah sebatang black head removel yang harganya lebih rendah dari apa yang dibayar.

Menurut Junaina barang yang dipesan sebenarnya adalah hadiah kejutan  untuk anak perempuan nya. Beliau sudah membua…