Showing posts with label sarung bantal kain sutera. Show all posts
Showing posts with label sarung bantal kain sutera. Show all posts

Tuesday, 3 September 2019

SARUNG BANTAL KAIN SUTERA MAMPU BUAT KULIT AWET MUDA

Hi semua..

Tidur yang cukup sangat penting . Dalam sehari kita memerlukan purata 6-7 jam untuk tidur. Ada orang yang hanya mampu mendapat waktu tidur berkualiti hanya 2-3 jam sehari. Selebihnya hanya tidur yang terganggu atas beberapa faktor.

Perkara yang paling boleh mengganggu tidur kita ialah bantal yang tidak selesa. Bila bangun mula la sakit leher, kepala pening, sakit telinga dan sebagainya.




Selain bantal yang selesa, sarung bantal juga memberi manfaat kepada kita. Kalau di Malaysia kebanyakan dari kita menggunakan sarung bantal yang diperbuat dari kapas sebab kain kapas ni mampu menyerap peluh dan tahan lasak.

Tapi apa kata kita cuba sesuatu yang baru iaitu sarung bantal yang diperbuat dari kain sutera. Terdapat bebrapa kebaikan dan manfaat menggunakan sarung bantal kain sutera.

Membantu mengekalkan kulit anda terhidrasi
- Sutera membantu mengekalkan kulit terhidrasi kerana ia mengekalkan kelembapan semula jadi kulit.

- Menggunakan sarung bantal kain sutera akan membuatkan wajah tidak bengkak selepas bangun tidur.


100 peratus semulajadi dan bebas bahan kimia
- Kain Sutera adalah 100 peratus semulajadi, kerana ia berasal dari ulat sutera yang dibiakkan.

- Kain Sutera juga mempunyai ciri-ciri hipoallergenik yang menghilangkan hama habuk dan alergen lain, serta menghalang pengeluaran kulat





Pilihan yang lebih baik untuk kulit yang berjerawat
- Kain sutera mengurangkan geseran pada kulit semasa anda tidur kerana ianya  tekstur yang licin dan menghalang kerengsaan.

- Untuk orang yang mempunyai kulit berjerawat kain sutera yang lembut akan melindungi kulit anda dari geseran yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit jerawat yang sudah sensitif.

- Kain sutera juga kurang menyerap minyak jadi anda boleh gunakan sarung bantal kain sutera lebih kerap tanpa kerap mencuci.


Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
- Kerana tekstur halus pada kain sutera, ia menyebabkan kurang geseran yang boleh melekat dan menghasilkan garisan pada kulit selepas bangun dari tidur. Garisan-garisan yang melekat pada kulit disebabkan fabrik yang kasar dan bekas jahitan akan menyebabkan kulit menjadi gatal dan boleh menyebabkan luka apabila di garu.

- Kerap kali terjadi setiap kali bangun tidur akan  menghasilkan garis-garis halus dan kedutan di wajah mereka kerana fabrik sarung bantal yang mereka tidur. Dengan sutera, ini tidak berlaku kerana tekstur licinnya dan boleh mengurangkan kedutan pada kulit terutamanya wajah,




Faedah lain menggunakan sarung bantal kain sutera
- Membantu mengurangkan keriting dan melindungi keriting rambut anda.

-  Membantu menghalang hujung rambut pecah

- Rambut lebih mudah diurus pada waktu pagi kerana rambut tidak kusut dan bersimpul.

- Membantu mengekalkan kelembapan pada rambut secara semula jadi rambut anda dan memastikan ia lebih lembut.

Jadi lepas ni boleh la kita tukar sarung bantal kain kapas kepada sarung bantal kain sutera demi menjaga kecantikan dan kekal awet muda. Selain daripada kebaikan yang saya kongsikan diatas ni kain sutera juga melambangkan  kemewahan.

Semoga anda mendapat tidur yang berkualiti dan nyaman sepanjang hari.

bye.