Showing posts with label rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label rumahtangga. Show all posts

Friday, 3 March 2017

JANGAN BERCERAI..KASIHAN PADA ANAK-ANAK

Assalamualaikum..


Setiap ibu bapa pasti nak kan yang terbaik untuk anak-anak.Kebahagian anak-anak adalah keutamaan.Selalu bila kita lihat ada dikalangan artis atau selebriti yang menghadapi krisis rumahtangga, akan ada yang memberi pendapat supaya jangan bercerai demi anak-anak.



Semua orang yang berlahwin tidak sesekali mengharapkan perceraian.Siapa la yang kahwin sebab nak bercerai..kan??kalau awal2 dah niat nak bercerai buang masa , buang duit je kahwin..Tapi perjalanan setiap rumahtangga tu dah tentu berbeza.Ada yang bahagia dan ada yang tidak.Ada yang kekal selamanya dan ada yang putus ditengah jalan.

Jika perceraian sahaja yang boleh buat kita bahagia, tak salah keputusan kita tu.Mungkin sampai situ saja jodoh kita.Kalau diteruskan tapi hati tak bahagia, tengok muka pasangan pun tak de selera, sikit2 nak bergaduh, makan hati sampai menjejaskan pretasi kerja dan kesihatan bukan kah perceraian saja jalan nya.?



Tak semua anak-anak yang berdepan dengan ibu bapa yang bercerai ni musnah masa depan mereka.Ada juga yang semakin bahagia dan berjaya lebih hebat dari mereka yang mempunyai keluarga yang sempurna.

Bagi saya kalau diri  kita bahagia kita akan lebih mampu untuk membahagia kan mereka yang kita sayang.Bayangkan kalau kita bersedih, emosi tak stabil macam mana kita nak jaga anak-anak kita.Macam mana kita nak pastikan mereka berjaya dalam pelajaran?Kalau siang malam tersiksa dengan sikap pasangan dah tentu anak-anak juga akan terjejas sama.



Satu bonus pada kita jika selepas berpisah hubungan kita dan bekas pasangan masih baik demi anak-anak.Soal mulut orang yang suka cakap2 buruk bila ada yang bercerai ni, itu kita tak boleh nak tutup.Tak payah la dengar dan peduli semua tu.Apa yang penting kita bahagia dan anak-anak juga bahagia.


sekian..


Tuesday, 3 January 2017

MERAJUK SELAMA 20 TAHUN TAPI MASIH TINGGAL SEBUMBUNG

Assalamualaikum..


Korang pernah merajuk dengan pasangan korang tak??rekod paling lama korang merajuk berapa lama?Kalau setakat seminggu memang korang tak boleh lawan sorang lelaki di Jepun ni..nak tau tak dia merajuk berapa lama dengan isteri dia??20 tahun tau..20 tahun tu dia merajuk dengan isteri dia tapi dia boleh hidup sebumbung dengan isteri dia..






Mesti isteri dia jenis tak kuasa nak pujuk.Tu yang sampai jadi 20 tahun..kan??

Otou Katayama berasal dari Nara, Jepun tinggall bersama 3 anak dan isterinya, Yumi. Namun siapa sangka bahawa selama 20 tahun dia hanya diam , mengangguk dan hanya mengeluarkan  sedikit suara sebagai tanda merajuk dengan isterinya.

Apa yang membuatkan dia merajuk?

Anak lelaki pasangan ini yang berusia 18 tahun menulis ke suatu rancangan tv di Jepun meminta pihak televisyen melakukan sesuatu pada ibu dan ayahnya supaya keadaan kembali baik kerana dia tidak pernah mendengar ibu dan ayahnya berbual.

Satu rancangan diatur apabila pasangan ini dibawa ke satu taman di mana tempat pertama mereka berjanji temu.Disinilah buat pertama kali anak-anak pasangan ini mendengar ibu bapanya berbual dan ianya amat menyentuh hati mereka.


Dalam perbualan tersebut jelas Otuo meluahkan rasa terimakasihnya pada Yumi..


"awak begitu mengambil berat tentang anak-anak.Yumi ,sehingga kini, awak telah mengalami banyak kesusahan. Saya mahu awak tahu saya sangat bersyukur dengan segala-galanya. " luah Otuo.

Otou kemudian menjelaskan bahawa sejak lahirnya anak-anak mereka isterinya memberi sepenuh perhatian pada anak-anak dan ianya membuatkan dirinya merasa cemburu.

 "Saya jenis ... cemburu ..saya merajuk kerana itu.."

Alahai korang..susahnya kalau dapat lelaki kuat merajuk dan tak matang..kan??Tapi tu la...dalam merajuk2 pun lahir juga anak 3 orang..heheheh..

sekian..


 sumber:dailymail




Saturday, 15 October 2016

IBU BAPA KENA AJAR ANAK URUSKAN RUMAH DIAWAL USIA.

Assalamualaikum..


Anak-anak zaman sekarang ni kalau tak disuruh turun ke dapur memang sampai besar pun tak tahu buat kerja rumah.Lagi-lagi dizaman sekarang yang serba mudah ni..Basuh baju guna mesin, apa lagi bab memasak, dah tersedia pengisar makanan, mikrowave , tempat buat kopi, dan macam-macam kemudahan lagi..Risau juga kan, kalau dah besar masih tak tahu buat kerja rumah sedangkan kemudahan dah ada depan mata.

Masa anak kecil biasanya memang mereka ni suka kedapur dengan kita.kalau boleh nak tolong kacau kuah kat atas dapur tu..Kalau diberi peluang nak je diaorang yang potong bawang dan cili..Tapi bila dah besar, usia dah remaja,asyik nak lari je bila disuruh kedapur.Kalau boleh nak berkurung dalam bilik dan kunci pintu.betul tak??

Bukan semua bertuah mempunyai anak yang suka ke dapur sampai usia meningkat remaja..kalau ada , itu satu bonus untuk ibu bapa.Tapi kalau kita tengok ada anak remaja yang liat nak turun ke dapur jangan la pulak kita kata mak ayahnya tak ajar...Ada mak ayah tu sampai dah malas nak marah-marah bila ada anak yang tak mau buat kerja-kerja rumah terutamanya kerja-kerja di dapur.

Bukan tak disuruh..Bukan tak didik, bukan tak marah tapi entah la..Mungkin mereka rasa mereka belum perlu untuk buat semua tu.Nanti dah bersuami baru la sibuk nak beli buku resepi dan belajar memasak.Mungkin ada yang rasa,  tak pe la..kalau tak tahu masak google je la resepi..Bab tak tahu memasak tu memang boleh selesai dengan menggoogle je resepi..Tapi bab menguruskan dapur dan rumahtangga tu kena belajar dari pengalaman jugak tau..Macam mana nak memasak dengan cepat, macam mana nak pastikan rumah sentiasa bersih..Orang kata kena multitasking.kalau buat satu-satu sampai esok tak habis..Sebab tu kalau nak mahir kena mula dari awal..

sekian...


Monday, 19 September 2016

SOALAN UNTUK LELAKI BERGELAR SUAMI: BERAPA KALI ISTERI KORANG TERJAGA DI WAKTU MALAM

Assalamualaikum...




Semalam saya terbaca satu komen di facebook yang kata orang perempuan ni bila dah berumahtangga cepat je mengantuk.letak kepala terus terlelap.Benda tu memang saya pun setuju..Kalau masa bujang dulu sampai ke pagi mata ni bertahan.tapi bila dah berkahwin ada anak pantang ada peluang nak tidur je mata ni..

Satu soalan untuk lelaki yang bergelar suami dan ayah.Tahu tak dalam satu malam tu berapa kali isteri korang terjaga dari tidur.Mesti ramai lelaki tak tahu.Ada yang tak sedar pun isteri dia terjaga...

Cemana korang nak sedar kalau tidur mati.Kebiasaan nya isteri-isteri  ni bila suami dia tidur semua anak2 dia suruh senyap..

"diam..ayah nak tidur tu.."

"ayah nak rehat tu..jangan bising.."

Bila anak menangis.terkejut dari tidur, mimpi ngeri... suami ni malas nak layan

"Baik aku tidur je..Tak pe..Bini aku ada..Pandai2 la dia nak uruskan anak-anak tu.".


Tapi kalau steri yang tidur, anak menangis terus isteri  bangun buat kan susu, pujuk2 anak, kadang ada yang tak tidur terus sampai ke pagi..Betul tak??Takut tangisan anak tu nanti buat suami terjaga..Suami dah la nak kena pergi kerja pagi nanti..padahal isteri tu pun kerja juga tu..hahahah

Jadi kalau isteri tu mengantuk jangan la pandang dia dengan rasa benci dan rimas.Kesian kat isteri.Masa suami dia tidur dia pun pandang suami dia dengan rasa kasihan sebab tu dia suruh anak-anak diam ..

sekian...

Wednesday, 7 September 2016

MERTUA LAYAN MENANTU DENGAN BURUK NI CUMA ADA DI ZAMAN DULU SAJA..

Assalamualaikum...


Bila saya terbaca komen ni tiba-tiba je rasa sedih..Membayangkan sebenarnya masih ramai lagi mertua2 yang  mulut lancang dan tak pandai nak jaga hati menantu bila bersama menantu.Saya tertanya2 mertua macam ni agak-agak berapa lah umurnya.Sebab budaya mertua layan menantu teruk2 ni ada di zaman dulu je.Sekarang kita di era baru, mertua2 semuanya jenis dah didedahkan dengan perkara2 yang positiv dan bersikap "ada adab" didepan anak menantu.

Saya pernah pergi kerumah sorang kawan suami.Saya tengok ibu dia layan menantu dengan cara yang sangat teruk.Bila isteri kawan saya tu kedapur dia akan mengata isteri kawan saya tu..kawan suami saya tu pulak macam mengiyakan saja..aduhai..sedih saya rasa.Macam mana isteri dia boleh hidup dalam rumah tu.Tak lama lepas tu dengar khabar mereka bercerai...Rupanya isteri pada kawan suami saya tu pun tak tahan dengan mulut lidah mertua nya...

Kita semua akan jadi tua..InsyaAllah akan mengalami keadaan dimana anak kita akan berkahwin dan kita akan ada menantu.Beringat la..kalau kita nak menantu hormat kita, kita pun kena la hormat rumahtangga anak kita.Jangan sesekali melayan menantu kita seperti orang luar.Saya faham..Bukan senang kita nak layan orang luar seperti anak sendiri yang  tiba2 masuk dalam keluarga kita ni.Tapi cuba lah..kalau hati kita bersih, secara semula jadi cara kita melayan orang pun terserlah sisi baik dalam diri kita.

sekian...

Friday, 2 September 2016

KEHIDUPAN SEORANG WANITA BUKAN HANYA BERKISAR TENTANG ANAK-ANAK SAHAJA..

Assalamualaikum...

Seronok kan jadi ibu??mesti lah seronok..tapi tahu tak kadang-kadang saya rasa lucu pulak bila berbual dengan orang mesti topik pasal anak-anak adalah topik utama..Tengah pilih-pilih ikan ada yang tegur.."anak-anak suka makan ikan ke..".padahal kita pilih untuk tekak kita...Keluar pi jogging ,ada nyonya tegur, "anak2-anak sekolah boleh jogging ma..."..padahal anak dok kat rumah dengan ayah dia....heheh..

cer tengok komik bawah ni..ada tak yang sama dengan korang...







Kalau dah namanya ibu-ibu ni memang apa-apa pun hal anak-anak je yang orang nampak.heheh..padahal yang sebenarnya kita pun suka berbual perkara-perkara  lain selain anak-anak..betul tak??Ada masanya kita tak mau la terlalu mengikut sangat peraturan menjaga anak..Dan ada masa nya kita nak juga lupakan SEKEJAP hal ehwal anak-anak..

Tapi tu la..nak buat macam mana..Orang selalu rasa kehidupan seorang wanita yang ada anak ni, hanya ada anak-anak sahaja.hehe..


sekian...

INI KELEBIHAN BILA JADI SURIRUMAH SEPENUH MASA

Assalamualaikum...



Saya ni bukan orang yang aktif diwaktu pagi.Biasanya bila anak dah pergi sekolah, suami pi kerja saya dengan anak saya ni akan baring bergolek2 depan tv..tarik langsir ni bagi gelap..Lepas tu tengok tv la..sampai jam 11 ..Lepas tu bangun kemas2 rumah,sambil mesin basuh melakukan tugas nya dan saya memasak untuk anak yang balik sekolah nanti..

Sebab tu kadang2 lepas jam 2 petang baru nak update blog ni.hehehe...tapi ada jugak suri rumah yang dia bangun pagi, habis je solat subuh terus buat kerja rumah, basuh memasak sampai jam 11 pagi..kemudian baru dia rehat2 sampai petang..



Orang kata jadi surirumah ni memang kerja tak pernah habis.tapi yang bestnya kerja-kerja dalam rumah ni kita boleh tangguh-tangguh..Macam saya bukan hari-hari  saya basuh baju..selang sehari baru basuh baju.Sekali basuh untuk 2 hari punya..memang penuh la ampaian tu..hehhe..

Jimat masa buat gitu sebab letih nya sekali..Hari yang kita tak basuh baju tu kita boleh buat benda lain.Contohnya cuci longkang.Jangan la rasa bila jadi suri rumah ni ,asyik buat kerja rumah je..Nanti ada pulak yang takut nak jadi suri rumah.



Ada wanita yang rasa dunia dia dah berakhir bila dia jadi surirumah.Dia rasa terkongkong , tak bebas dan sebagainya.Sedangkan menjadi suriruamh ni adalah kerja yang bagi banyak kelebihan pada wanita tu sendiri.Dia ada lebih masa untuk bersama keluarga, lebih masa untuk beribadat dan yang paling best dia sendiri yang tentukan apa kerja dia nak buat..hahah

Tapi ada juga wanita yang memang berharap akan dapat jadi surirumah sepenuh masa tapi keadaan tak mengizinkan.Tak pe la..Buat masa ni kerja la dulu.Nanti dah ada peluang, rezeki lebih boleh jadi surirumah, buat kerja2 atas talian macam saya ni.. :)

sekian..

Thursday, 1 September 2016

CARI BOMOH UNTUK BUAT IBU SAYANG PADA ISTERI

Assalamualaikum...



Dunia..Dunia..Makin dipenuhi dengan manusi-manusia yang sakit dan parah jiwanya.Dah tak kenal mana mak ,mana anak, mana bapak....Demi untuk kepentingan diri sendiri sanggupp melakukan perkara2 yang di tegah agama..

Semalam saya sembang2 dengan sorang kawan dan terkeluar la cerita tentang sorang sahabat kami.. Manurutnya ibu sahabat kami ni tak ngam dengan isterinya..Benda biasa la tu..Dalam drama pun ada tunjuk mertua tak ngam dengan menantu..Apa nak heran..kan??

Tapi yang mengejutkan kami ialah permintaan sahabat tu yang nak kan kawan saya ni carikan seorang bomoh .Katanya dia dah tak tahu nak buat macam mana agar hubungan isteri dan ibu nya pulih jadi dia nak bomohkan mak dia tu supaya sayang dan berbaik dengan isterinya..

Mengucap panjang saya dengar..Dah la nak guna bomoh lepas tu nak buat kat mak sendiri pulak..Akai ada ka??Geram pulak saya rasa..Itu saja ke penyelesaian yang ada??

Bagi saya la..kalau mertua tak suka kat menantu, walaupun menantu dah buat yang terbaik . rasanya baik biarkan aje mertua tu dengan sikap dia..Lantak la..asalkan pasangan tahu hati budi kita.Lagipun orang tua memang perangai macam tu...Jangan cuba2 nak ubah sikap diaorang sebab yang jenis ego ni kau letak parang kat leher pun tak kan jadi apa..Silap cara kau juga yang di cop derhaka..

Jadi biarkan lah mertua tu bersikap macam tu..Asalkan dia sihat..Alah..Kita ni bukan boleh hidup sampai 200 tahun pun..Tak esok lusa mertua yang pergi dulu, atau kita yang pergi dulu..semua ni dunia je...

sekian..

Monday, 22 August 2016

LELAKI NEKAD SERAH BAYI PADA ALONG DEMI LANGSAI HUTANG

Assalamualaikum...



Saya sentiasa menyokong tindakan anak-anak muda yang nak berkahwin diusia muda.
Seronok tengok umur awal 20 an  dah jadi isteri..Macam zaman ahkak2 kita dulu la..
Zaman saya dah tak ramai yang kawen muda sebab saya kahwin pun masa umur lebih 25.
kemudian aada anak tahun 2007..
Dan sekarang ramai yang memilih untuk menamatkan zaman
bujang pada usia hampir 30 atau lebih.Benda biasa..tak pelik pun..

Apa-apa pun kenali dulu pasangan awak dan keluarga nya..
ambil la masa untuk betul2 kenali pasangan kita.
lagi bagus tanya kan pada adik beradik dia ke, kawan2 dia atau musuh dia juga tentang
bakal pasangan kita tu..jangan jadi macam seorang wanita ni..
Berkahwin muda dengan niat nak bercinta selepas nikah.
Sudahnya bayi yang dikandung dalam bahaya dan sekarang dia tengah runisng tak tahu nak buat apa..









Sumber:KHK



Tapi saya kurang setuju jika anak muda ni berkahwin muda dengan rasa terburu-buru.
Semata-mata nak ikut trend bercinta sebelum bernikah..
memang bagus tapi zaman sekarang risiko untuk awak tak kan bahagia tu tinggi sangat.
Saya bukan nak kata salah bercinta selepas nikah ni.
saya bukan boleh ramal awak bahagia ke tidak..
Tapi disebabkan keadaan semasa kita ni susahnya lahai nak jumpa manusia
yang betul2 baik berilmu agama dan ada ilmu rumahtangga.
Kena ada sikap berhati-hati jugal

Harap muka kacak, update status agama tak berenti,
share lokasi  masjid 5 kali sehari tak bermakna bila kahwin itu jugak la yang awak akan nampak.
Ada jugak yang ilmu agama tinggi, solat 5 waktu, siap buat solat sunat..
duduk atas sejadah dari maghrib sampai lepas isyak..tapi
bab tanggungjawab dan perhatian pada keluarga tak de..

sekian..






Tuesday, 16 August 2016

INI YANG AKAN TERJADI JIKA ISTERI HADIAHKAN SMARTPHONE UNTUK SUAMI

Assalamualaikum..



Hadiah apa yang terbaik yang nak diberikan pada suami di hari jadi nya?jam tangan, PS4, Topi Keledar, dan paling mereka suka adalah smartphone..Kalau ada suami yang kata tak mau la smartphone, cer try cakap gini.." .dah belikan pun..tak pe la kalau tak nak , Nak bagi kat adik, maksu, paklong ..."Mesti lepas tu dia melompat kata nak "...meh nak tengok dulu..." errr...Jangan dok rasa suami kita ni unik sangat la sampai smartphone percuma pun nak tolak..heheh..

Tapi hati2 lah wahai lelaki-lelaki bergelar suami.Ada banyak keburukan nya kalau isteri korang hadiahkan korang smartphone.Awal2 je perasaan gembira tu muncul dalam diri korang..masuk hari ke 7 segala yang tersembunyi dan terselindung mula nampak jelas dan waktu ni korang nak menyesal pun dah tak guna..hahahah



1- Isteri akan  tarik muka 45 inci jika suami lebih melayan smartphone dari dirinya.Kalau isteri tengok tv , suami pun kena fokus pada tv.Isteri lipat baju , suami pun kena lipat baju.Dan yang hairan nya korang pun akan rasa bersalah teramat sangat setiap kali dia merajuk hanya sebab korang layan game candy cruch selama 10 minit.

2-Suami akan rasa merdeka setiap kali keluar dari rumah tanpa isteri.Misal nya nak pi kerja.sampai je tempat kerja , post korang kat group whatsapp la yang paling banyak.Bukan saja gambar2 tak senonoh malah pesanan bersuara korang juga kedengaran ceria seperti baru dapat gaji.Tapi bila di rumah nak balas whatsapp kawan2 pun tak berani.Apa lagi nak bergurau senda dengan kawan2 di group bola dan sebagainya.



3-Panggilan yang masuk bukan sahaja untuk korang malah untuk isteri juga.Dia juga akan memberikan nombor telefon korang pada sesiapa yang  nak menghubungi nya.Alasan nya.." kita kan suami isteri.."

4-Nama dalam "contact " juga haruslah nama-nama yang dia kenali.Contohnya kalau kawan sekolah korang namanya Rahim..Tapi korang letak nama Rahim2 dia akan kata.." letak la nama Rahim PJ..Kalau letak nama Rahim2 bukan ingat pun.." padahal itu bukan smartphone dia,dan sebenarnya dia  risau kalau2 Rahim tersebut ialah Rahimah....

5-Dia jugak akan bebas menggunakan smartphone korang tanpa batasan.Edit gambar la, dengar lagu, dan lebih parah akaun smule dia juga mengguna smartphone korang.



6-Boleh diakatakan apa sahaja dalam smartphone korang bukan lagi hak korang.Ianya ada lah hak bersama termasuk lah gambar yang patut dan tak patut ada..Dia ada hak untuk delete gambar2 yang korang snap walaupun ianya adalah gambar seekor cicak yang tersepit.bagi korang mungkin gambar tu berguna tapi bagi dia, ianya sampah..

Jadi kalau isteri belikan smartphone pada korang jangan nak rasa bangga sangat la..Orang dapat baca dah kat rumah korang apa yang terjadi sebenarnya..hahahah..

Sekian..

Sunday, 5 June 2016

6 KISAH ISTERI YANG KEJAM

Assalamualaikum...

Isteri yang baik ialah isteri yang mengutamakan suaminya dalam segala hal.Isteri yang menjaga maruah dan hati suaminya dan menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas serta tidak membebankan suami.Ramai suami mengimpikan isteri yang seperti ini.Tapi ada juga suami yang tidak sedar sikap mereka kadang2  memaksa isteri untuk berlaku kejam sehingga sanggup melukakan suami dan ada yang sehingga menamatkan riwayat suami sendiri.Berikut disenaraikan 6 wanita bergelar isteri yang paling kejam di dunia.

BUNUH DAN MASAK DAGING SUAMI



Katherine Knight digelar isteri paling kejam kerana dia membunuh suaminya  dan memasak daging suaminya untuk akan malam.Mujur lah anak-anaknya belum sempat menjamah makanan yang dihidangkan kerana polis berjaya memberkas Khaterina sebelum aanak2 nya makan.Khaterina di jatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

GIGIT ORGAN INTIM SUAMI

Katya Kharitovona dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun kerana menggigit alat sulit suaminya hingga putus.Suami nya Mikhail dikatakan curang dan Katya menemui suaminya sedang melakukan hubungan intim dengan sahabatnya sendiri iaitu Liza Dimitriyeva.

MEMINTA CERAI HANYA KERANA  SUAMI INGIN MELIHAT WAJAH



kejadian berlaku di arab Saudi apabila seorang wanita meminta cerai dari suaminya hanya kerana suami ingin melihat wajah sebenar isterinya.Selama 30 tahun berkahwin suami nya laangsung tidak pernah melihat wajah isteri kerana isterinya memakai burqa.Disebab kan keinginin yang kuat untuk melihat wajah isteri nya dia cuba membuka burqa isterinya ketika isterinya tidur tapi disedari oleh isterinya itu.Dengan sangat marah isterinya terus meminta cerai.

ISTERI CERAIKAN SUAMI HANYA KERANA BUAYA PELIHARAAN

Disebabkan terlalu sayangkan buaya peliharaan nya seorang isteri sanggup bercerai dengan suaminya.Vicky Lowing  merasakan suaminya tidak penting dalam hidupnya.Dia lebih suka menguruskan buaya peliharaan nya berbanding suaminya sendiri.Di usia 52 tahun Vicky memilih untuk bercerai dan menguruskan buaya kesayangan nya sahaja.

BUNUH SUAMI DEMI DUIT INSURANS


Wanita berusia 76 tahun ini pernah berkahwin sebanyak 4 kali.Keempat2 perkahwinan nya berakhir dengan pembunuhan suaminya sendiri .Dia melakukan hal tersebut kerana ingin mendapatkan wang insurans milik suaminya.Dia juga sanggup mengupah pembunuh untuk menamatkan riwaat suami2 nya.


CURANG SELEPAS SUAMI DERMAKAN BUAH PINGGANG

Dawnel Batista mengidap penyakit buah pinggang dan keadaan nya sangat kritikan.Kerana terlalu cintakan Dawnel, suaminya , Richard dengan rela hati sanggup mendermakan satu buah pinggang nya untuk Dawnel .Dawnel berjaya diselamatkan dan keadaan nya beransur pulih dan bebas dari penyakit yang dihidapinya.Tapi sayang tidak lama selepas itu Dawnel tergamak berlaku curang dan menduakan suaminya.kecewa dengan apa yang terjadi Richard menuntut ganti rugi sebanyak 18 juta atas sikap Dawnel yang tidak menghargai cinta dan pengorbanan nya.


sekian...

Thursday, 5 May 2016

ISTERI TAK SPORTING BOLEH JADI PUNCA SUAMI CARI LAIN.

Assalamualaikum..

Ingat lagi tak dengan gambar whatsapp seorang suami yang
nak berikan 3 ekor kucing pada isteri dia tu?
gambar yang ni...



Banyak komen dari wanita yang saya baca tentang gambar ni..
Ramai yang tak suka dengan apa yang suami dia buat..
"kalau suami aku buat macam ni memang siap la.."
"tak lawak pun..suami macam ni memang tak guna.."
"kesian isteri dia suami buat macam ni.."
"apa jenis gurauan ni?kalau suami i, memang i carut kan je.."

Ish..ish...tak spoting langsung isteri2 ni..
Gurauan dengan betul2 pun tak dapat nak beza..

Ada isteri yang sampaikan suami sebut nama
rakan sekerja perempuan pun tak boleh..
Ada juga yang bila lalu je perempuan cantik depan suami,
dia dah jeling2 suami, dah tarik muka..
Padahal bukan suami dia berkenan kat perempuan tu pun..
Depan anak2 pun nak bagi amaran kat suami..
"abang jangan nak jeling2 perempuan tu..saya tampar nanti.."

Jangan la nak kawal suami macam tu..
kalau suami naik rimas dia bosan dengan perangai awak,
terus dia lari cari lain...nak kawal pun agak2 sama..
Suami awk bukan budak2 kecik nak di kawal
mata, perut , tangan dan hati mereka..

Tak salah pun suami nak bergurau2..
tak kan la asyik nak bergurau main geletek2 je..
bosan aih..sekali sekala gurau kasar kan best..
ehehheh

sekian..

Wednesday, 30 March 2016

SAYA STRESS LA MACAM NI.SAYA TAK BAHAGIA LANGSUNG - SUAMI

Assalamualaikum...



Saya tak suka betul kalau suami membebel..Untungnya suami saya sama macam saya..
kami tak suka bercakap benda2 yang tak best jadi memang
tak de la membebel.Tapi saya pulak kalau membebel mesti untuk anak2 je..
kalau saya membebel kat suami maknanya tu bukan saya la tu..
mungkiin saya di rasuk la kot..hahhaha

Hari ni ada seorang suami mengadu pada saya yang isterinya sangat kuat membebel.
Buka-buka pintu terus membebel,masuk kereta terus membebel..
ada je tak kena.


Ada orang kata wanita membebal sebab dia nak kan perhatian.
Tapi kalau asyik membebel saja , rimas jugak.
tak kan lah setiap masa lelaki nak beri perhatian pada dia..kan??
Kebanyakan isteri yang kuat membebel ni,
mesti suaminya lebih pendiam.

Sikap diam suami ini la yang buat isteri lagi kuat membebel.
Suami jangan anggap isteri akan berubah dengan sendiri sedangkan
suami pun tahu sejak mula kenal, berkahwin sampai dah mempunyai anak
isteri memang jenis yang suka membebel.

Pesan pada isteri jangan suka membebel.
sesekali gunakan kuasa anda sebagai suami untuk mengubah sikap buruk isteri tu.
Tak perlu anda menyiksa diri sendiri dengan hanya
diam dan menahan perasaan sedih, benci dan rimas bila isteri membebel.
Ingat...anda ialah seorang suami, bukan isteri.

sekian.




Tuesday, 22 March 2016

INI SEBAB KENAPA RUMAHTANGGA KITA DIGANGGU ORANG KETIGA

Assalamualaikum..



Rupanya kalau entry personal tentang rumahtangga ni memang ramai yang view ye?
hahahah...terkejut tengok entry semalam pasal block tu.
padahal saya tak de share kat mana2 pun entry tu..
sekali sekala nak tulis pasal rumahtangga ni ok la..
asalkan tak de yang melampau ..
Terlalu mendedahkan hal rumahtangga pun tak elok..
Macam membuka ruang dan peluang untuk orang lain
ikut campur dalam rumahtangga kita.
Silap2 ada pulak orang ketiga yang nak bertukar tempat dengan kita..heheh..

Kadang2 kita tak sedar yang kita membuka ruang untuk orang lain
"mengganggu" rumahtangga kita.Antara punca kenapa
rumah tangga kita ada orang ke tiga :-



1- suka bercerita tentang masalah rumahtangga.
Bila orang tahu kita ada masalah dengan pasangan
dah tentu akan ada yang mencuri peluang dan mengambil kesempatan.
Boleh jadi ianya dari orang terdekat dengan kita.
siapa sangka mungkin kawan akan menjadi lawan.



2-Terlalu mempercayai orang luar
Bila dah terlalu percaya kita kurang berhati-hati.
Kita tak kisah dia kerap datang ke rumah..
Kita selalu bersangka baik bila dia selalu meminta pertolongan pasangan kita.
Dan ada kalanya kita sendiri membuka jalan agar keluarga kita
berbaik2 dengan orang luar tersebut.
jangan lupa yang perasaan kasih dan sayang itu boleh di pupuk..
mula2 mungkin anggap biasa..lama2 jadi suka.



3-Mendedahkan kelemahan diri.
Bila orang lihat kita kurang memberi perhatian pada
sesuatu perkara, mungkin akan ada pengacau yang akan
cuba menjadi lebih baik dari kita di depan mata pasangan kita.
Misalnya penampilan kita yang tidak di jaga.
Atau tentang diri kita yang tak pandai memasak makanan
kegemaran suami.



4)Terlalu kerap bercerita tentang kelebihan pasangan
Suami saya kacak, rajin membantu di dapur, gaji besar, 
hormat orang tua dan berbagai-bagai lagi pujian melangit tentang suami 
diceritakan pada kawan-kawan.
dalam tak sedar ada yang berimpian untuk berkongsi "kelebihan"
yang kita ada bersama dengan nya.

jadi kalau hal2 rumahtangga ni ada baiknya kita simpan rapi di rumah saja .
Tak kira lah hal baik ke hal buruk ke jangan la dicanang-canangkan
Sekarang ni orang perempuan lebih ramai dari lelaki.
peluang mereka nak menambah cawangan tu memang terbuka luas 
walaupun poket kering kita je yang tahu..hahahahh


sekian..

Thursday, 3 March 2016

INI SEBAB KENAPA SURIRUMAH PUN KENA ADA PENDAPATAN SAMPINGAN

Assalamualaikum..



Dulu...masa baru kawen tak dak anak boleh la dok rumah goyang kaki ja.
keluar berjalan fikir nak beli itu ini untuk diri sendiri. .
Tapi sekarang dah ada ank-anak,
tak boleh nak fikir pasal belanja untuk diri sendiri saja.
Bila keluar ,untuk anak2 pun kena beli,...

Sebab tu sekarang ni jadi surirumah pun kena pastikan duit tetap masuk.
80% rakan saya di facebook ni berniaga.
Tak kira yang suri rumah atau yang memang
dah ada kerja tetap semuanya berniaga.
Buat kek, buat biskut, jahit baju, menulis novel, jual barang shaklee,
jual emas, mengasuh budak2 kat rumah, dan saya sendiri
jadikan blog saya ni sebagai pendapatan sampingan saya.



Benda ni bagi kesan juga pada saya untuk
cari duit walaupun saya cuma surirumah je.
Tengok kawan2 kat facebook jual itu ini buat
saya lagi semangat nak cari duit lebih.
Anak2 pulak makin membesar dah tentu mereka pun ada keinginan sendiri.

Kecik2 dulu boleh la kita sendiri tentukan mainan apa untuk diaorang.
setakat mainan boleh pegang2 bunyi ting tong ting tong
yang harga rm10 satu tu , tak pun yang takat harga 2-5 ringgit
kita beli je asal kan murah..
tapi sekarang anak tak mau dah semua tu..
mainan pun semuanya mahal2..



Kalau kita surirumah ni asyik nak harapkan suami semata2 belikan semua tu,
memang sebulan sekali je la boleh keluar jalan2 dan membeli.
entah2 hanya cukup untuk anak je.
Untuk kita , terpaksa tolak tepi dulu.betul tak??

Pada wanita2 yang jadi surirumah tu kena faham la
keadaan kewangan suami.
jangan main minta je..tak dapat mula kata suami abaikan tanggungjawab.
kalau nak macam2 apa kata cari duit sendiri.
macam2 boleh buat sekarang ni..
facebook pun banyak membantu kalau nak promosikan apa2..



Surirumah dan wanita bekerja  mencari pendapatan sampingan ni,
bukan lah sebab suami diaorang tak  bagi duit belanja.
Bukan sebab suami yang suruh , tapi sebab niat nak bantu suami dan
macam saya niat saya nak anak2 dan saya lebih selesa.
maknanya bila kami keluar nampak apa2 yang best tak payah la
sampai nak gesel2 lengan suami ..nak buat2 muka sedih muka comel bagai.
sebab kita boleh beli sendiri..
buat macam ni suami pun tak kisah nak keluar jalan2
dengan kita seminggu pat lima kali pun..



Ada perempuan yang pelik dan meluat kat suami sebab
bila ajak keluar ja mesti suami bagi alasan mengantuk la, penat la..
Padahal dia tak tau suami pening kepala nak bawak dia keluar.
dah kalau tiap kali keluar nak baju  seluar sampai 3, 4 pasang..
Belum umur 40, kepala laki dah botak licin...hehehe


sekian..